The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haikalwariy, 2022-04-12 10:18:32

BMMB1144 HAIKAL WAFIY BIN SAMSUDIN

KESANTUNAN BAHASA

BMMB1144
KESANTUNAN BERBAHASA
NAMA : HAIKAL WAFIY BIN SAMSUDIN

NAMA PENSYARAH : PUAN NORMI BINTI MOHD DALI

KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan berbahasa merupakan aspek yang sangat penting sebagai usaha untuk
berkomunikasi dengan individu yang lain menggunakan strategi tertentu agar
dapat mewujudkan keselarasan sosial dalam menyesuaikan penggunaan bahasa
dengan suasana dan aktiviti sosial yang dilakukan.
Kesantunan dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang dapat mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi (Lakoff, 1975) dan berlaku apabila kontrak
perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha untuk
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik
(Fraser & Nolan, 1981).

Kesantunan bahasa ini meliputi amalan berbudi
bahasa, sopan santun,lemah lembut dan memiliki
segala ciri yang baik dan murni serta
dapatmenimbulkan keramahan dan kemesraan.
Antara aspek bahasa yang perlu diberikan perhatian
semasa bertutur dalam mana-mana situasi ialah
penggunaan ganti nama, sistem sapaan dan
panggilan serta pemilihan perkataan yang betul,
tepat, dan tidak menyinggung perasaan pendengar.

CONTOH BAHASA KURANG SOPAN

https://vt.tiktok.com/ZSdhFmfGM/

JUSTIFIKASI

-Berdasarkan link yang telah diberi pada halaman sebelum ini, video
tersebut menunjukkan salah satu contoh penggunaan bahasa yang
kurang sopan digunakan. Gelaran ataupun panggilan seperti bodoh,
bangang dan sebagainya yang telah digunakan semasa beliau
bercakap boleh menyinggung perasaan orang lain dan secara tidak
langsung boleh menyebabkan timbulnya pergaduhan antara satu
sama lain. Menurut Asmah Hj Omar (2000) kesopanan asas adalah
kesopanan yang sedia ada yang merupakan pedoman bagi ahli-
ahli masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan cara
menunjukkan adanya sikap berbaik-baik antara mereka.

CARA MENGATASI

Pihak kerajaan mestilah menetapkan undang-undang
tentang penggunaan bahasa yang digunakan semasa
bersidang di dewan rakyat ataupun dewan parlimen.
Contohnya, kerajaan perlu mengenakan tindakan
undang-undang atau mengenakan denda kepada
individu yang menggunakan bahasa kesat semasa
bersidang. Jika masalah seperti ini berterusan, ia
akan menjadi contoh yang tidak baik kepada
masyarakat di negara kita kerana masyarakat boleh
terikut-ikut dengan cara mereka bercakap.
Tambahan pula, ia akan menimbulkan pergaduhan
dan memecahbelahkan hubungan silaturahim antara
orang politik serta rakyat di negara kita.

CONTOH BAHASA
KURANG SANTUN

JUSTIFIKASI

Berdasarkan gambar yang telah diberi, ia menujukkan bahawa sesetengah
masyarkat di negara kita mempunyai kesantunan bahasa yang kurang baik. Orang
tersebut tidak berpuas hati dengan sesetengah orang politik yang gila kuasa dan
sanggup makan rasuah kerana gilakan jawatan. Di dalam komen 'facebook' itu
menunjukkan beliau mengeluarkan kata-kata yang kesat seperti gila, babi dan
sebagainya. Cara percakapan seseorang itu menunjukkan sikap dalaman dalam
dirinya. Menurut Yahya Othman (2005), bahasa yang diujarkansemasa
berkomunikasi dapat menggambarkan budi bahasa penuturnya. Masyarakat
mestilah menggunakan bahasa yang lebih sopan dan santun supaya tidak
menimbulkan pergaduhan dan juga fitnah.

CARA MENGATASI

Rakyat di negara kita ini mestilah menanam sifat sabar dalam diri
mereka supaya apabila mereka menulis sesuatu atau mengeluarkan
sesuatu perkataan dari mulut mereka, mereka tidak menggunakan
bahasa yang boleh mengguris hati dan perasaan orang lain. Mereka
perlu mempraktikkan cara untuk mengaplikasikan kesantunan bahasa
dalam diri mereka dengan orang-orang terdekat seperti ahli keluarga
atau kawan-kawan mereka. Dengan itu, mereka akan terbiasa untuk
bercakap dengan santun dan baik bersama orang sekeliling mereka.

CONTOH BAHASA KURANG
SANTUN

JUSTIFIKASI

Gambar sebelah menunjukkan bahawa anak muda pada
zaman sekarang tidak mempunyai kesantunan bahasa. Dia

menggunakan gambar atau pelekat "sticker" untuk
menyindir ataupun memerli rakannya. Gambar tersebut
menunjukkan bahawa seorang budak sedang mencium
rakannya dan ia dikategorikan sebagai kurang sopan. Selain

itu, penggunaan perkataan 'babi'. Perkataan 'babi' ini
ditujukan kepada sesorang apabila dia berasa tidak puas

hati. Akhirnya, gambar yang berada di bawah sekali
menunjukkan seseorang itu kurang sopan apabila dia
mengaitkan agama. Dia menyindir rakannya bahawa
perangai rakan dia tak akan masukkan dia kedalam syurga.

MECNAGRAATASI

Ibu bapa perlu memantau anak-anaknya
semasa mereka bermain telefon bimbit.
Ibu bapa perlu mendidik anak mereka tentang
kesantunan bahasa sejak dari kecil lagi supaya
mereka terbiasa bercakap dengan sopan
Guru juga perlu memainkan peranan penting
untuk menerapkan kesantunan bahasa dalam
diri murid-murid supaya mereka menjadi orang
yang bersopan santun apabila mereka besar
nanti.

CONTOH BAHASA TIDAK
SANTUN

JUSTIFIKASI Gambar tersebut menunjukkan
bahawa seseorang itu sedang
menjejaskan imej atau maruah
rakannya.

Sikap seperti ini boleh
menimbulkan fitnah dan
dikategorikan sebagai
mengumpat.

Mengumpat merupakan sesuatu
perkara yang diharamkan di
dalam Islam kerana ia boleh
mencetuskan perbalahan.

CARA MENGATASI

Pihak kerajaan boleh mengadakan
kempen kesedaran kepada masyarakat
tentang kesantunan berbahasa
Pendedahan serta peringatan tantang
kelebihan yang boleh didapati jika
seseorang itu mempunyai kesantunan
berbahasa dalam diri.

Supaya dapat memupuk sikap toleransi
antara satu sama lain.

KEBAIKAN KESANTUNAN BERBAHASA

1 2 3

Dapat menjaga perasaan Tidak meremehkan Menjaga perasaanya dan
dan hati orang lain kelebihan yang dimiliki oleh menghormati pendapat

seseorang atau pandangannya

RUMUSAN

Kesantunan bahasa ini Manusia perlu Kesannya, kesantunan
meliputi bahasa verbal, menggunanakan kata- ini dapat menjaga
kata yang sopan bagi
bahasa nonverbal, menjaga perasaan dan hubungan silaturahim
kesantunan lisan dan air muka supaya tidak antara kita yang terdiri
kesantunan penulisan
berlaku sebarang daripada pelbagai
pergaduhan bangsa, agama dan juga

budaya

SUMBER RUJUKAN

Khidhir uzair. (2021). kesantunan masyarakat. Academia.edu.
https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat

Awang Sariyan. 2007. Santun Berbahasa.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar.2000. Wacana Perbincangan
Perbahasan dan Perundingan. Dewan Kuala Lumpur:
Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version