LENCANA KEAHLIAN
Pengakap Kanak Kanak
Unit Pengakap Kanak Kanak
SK Convent Infant Jesus 2, Melaka
LENCANA KEAHLIAN
1. Sebelum menjadi seorang ahli Pengakap Kanak-kanak, seseorang
Pengakap itu perlu mengetahui beberapa perkara yang
melayakkannya memakai Lencana Keahlian Pengakap seperti
dalam rajah.
2. Berikut adalah ujian yang perlu LULUS bagi memakai Lencana
Keahlian Pengakap:-
● Lambang Pengakap Malaysia dan Lambang Pengakap Dunia
● Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap
● Lima Prinsip Rukun Negara
● Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap
● Sejarah Pergerakan Pengakap
● Sejarah Pengakap Malaysia
● Cerita Hutan
● Laung Agung
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
Tiga kelopak yang berwarna merah melambangkan tiga elemen di
dalam Persetiaan Pengakap.
Bintang kuning berbucu 14 melambangkan Kesemua Negeri di
Malaysia.
Dua bintang hijau berbucu lima berwarna hijau (10 bucu)
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan hijau pada pangkal kelopak merah itu
melambangkan Persaudaraan Pengakap.
Lingkaran tali yang berwarna kuning melambangkan Perpaduan
Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia.
Bulan sabit berwarna kuning melambangkan Islam sebagai Agama
Rasmi di Malaysia.
LAMBANG PENGAKAP DUNIA
Tiga kelopak yang berwarna putih melambang tiga elemen
dalam Persetiaan Pengakap.
Dua bintang berbucu lima berwarna ungu (10 bucu)
melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh.
Ikatan Buku Sila berwarna putih melambangkan Persaudaraan
Pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih melambangkan Persaudaraan Pengakap
Dunia.
Warna Ungu melambangkan Warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna Putih melambangkan Kebersihan dan Kesucian.
PERSETIAAN PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP
1. Persetiaan Pengakap dilafazkan
ketika:-
● Istiadat Bendera
● Istiadat Melantik
● Istiadat Meningkat Naik
● Sebelum memulakan
mesyuarat Pengakap
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pertama
Pengakap adalah seorang yang sentiasa DIPERCAYAI maruah dan kehormatan dirinya.
Kedua
Pengakap adalah seorang yang TAAT kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya,
pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang
dibawahnya.
Ketiga
Pengakap wajib menjadikan dirinya BERGUNA dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat
Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan BERSAUDARA kepada lain-lain pengakap walau apa
negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima
Pengakap itu baik dan sempurna BUDI pekertinya dan sentiasa berbudi.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Keenam
Pengakap itu baik dan KASIH kepada segala BINATANG.
Ketujuh
Pengakap itu seorang yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu-bapanya, kepala
patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
Kelapan
Pengakap itu seorang yang sentiasa TABAH HATI, sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
Kesembilan
Pengakap itu JIMAT dan cermat
Kesepuluh
Pengakap itu bersih dan SUCI FIKIRANnya, PERKATAANnya dan PERBUATANnya.
RUKUN NEGARA
COGANKATA PENGAKAP
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Pada 22 Februari 1857, seorang bayi telah dilahirkan di
sebuah rumah berhampiran Hyde Park, London.
Bayi itu dinamakan Robert Stephenson Smyth Baden
Powell.
Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, iaitu
seorang maha guru di Universiti Oxford.
Ibunya ialah anak seorang Laksamana British bernama
W.T. Smyth.
Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik. Pada usia
tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah
beliau dalam pemeliharaan ibunya.
Beliau sangat gemar kepada penghidupan di luar rumah.
Beliau terkenal dengan nama ringkas BP.
BP amat sayang kepada kanak-kanak.
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan
Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India pada tahun
1876 dan kemudian mendapat pangkat Ketua Inspektor
pada tahun 1903.
Dalam satu serangan terhadap Mafeking pada tahun 1899,
BP merancang membawa pesanan-pesanan dan
menggantikan askar-askar di medan perang dengan
kanak kanak yang tinggal di bandar yang diserang itu.
Kepantasan dan kecekapan kanak kanak ini meninggalkan
kesan yang amat dalam pada hati BP dan pada tahun
1907, ketika pulang ke England, beliau telah menganjurkan
suatu perkhemahan percubaan di Pulau Brownsea bagi
kanak-kanak lelaki.
Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu,
pada tahun 1908, BP telah mengarang sebuah buku
bernama Scouting For Boys.
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
BP menanam semangat taat kepada Tuhan, Raja dan
Negara.
Kejayaan ini tidak dapat ditandingi oleh teman-teman
yang sezaman dengannya.
Inti daripada pusaka yang ditinggalkannya ialah adunan
teratur bagi kecekapan dan tatatertib yang
mengembangkan dasar dasar asas seorang manusia.
Dalam Jambori Pengakap Sedunia Pertama di Olympia,
BP telah dilantik menjadi Pengakap Agung bagi seluruh
dunia.
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Pada tahun 1937, sewaktu berumur 80 tahun, BP bersama-
sama isterinya.
Lady Baden Powell, seorang yang telah bersungguh-
sungguh membantu BP dalam segala kerja
mengembangkan pergerakan pengakap, dengan disertai
oleh anak-anaknya, meninggalkan Bandar Raya London
menuju Kenya di Afrika dan bermastautin di sebuah
kampung yang aman dengan pemandangan yang indah,
hutan yang menghijau, kemuncak gunung yang diselaputi
oleh saiji;
di situlah BP berehat setelah lama berbakti kepada dunia.
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Buku Scouting For Boys dijadikan panduan untuk semua
pengakap dunia.
Ramai yang telah menerima ideanya kerana ini terbukti
dengan perkembangan pergerakan ini ke serata dunia
kecuali negara-negara komunis.
Pergerakan pengakap telah memberi peluang kepada
muda mudi mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti
dan telah menunjukkan kecekapan dalam berbagai
perkara yang diuji.
Pada mulanya masyarakat menganggap perkhemahan
sebagai sesuatu yang janggal, tetapi Lord Baden Powell
telah menyangkal perkara ini sehinggalah kini
perkhemahan bukan sahaja popular di kalangan
pengakap malah di kalangan masyarakat biasa.
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Lord Baden Powell telah menerima banyak anugerah
scperti 'Baron’ dan telah menjadi Ketua Pengakap Dunia.
Pada tahun 1937, beliau menerima Order of Merit.
Beliau telah meneruskan usaha dalam lapangan ini
sehingga berumur 80 tahun.
Beliau kemudiannya melancong ke serata pelosok dunia
untuk menyaksikan sendiri kegiatan pengakap dan pandu
puteri.
Seumur hidupnya, BP telah berusaha mewujudkan
kegembiraan kepada orang lain melalui pergerakan
pengakap.
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP
Oleh yang demikian, adalah menjadi kerugian besar bagi
semua orang khususnya pengakap apabila pada
8 Januari 1941 BP meninggal dunia.
Mendiang dikebumikan dengan penuh kchormatan di
bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.
Kata-kata akhirnya kepada kita semua di dalam
pergerakan ini ialah :
‘TUHAN MEMIMPIN DAN MEMBANTUMU DI DALAM KERJA-
KERJAMU’
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila
F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura
pada tahun 2hb Julai 1910, 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di
England.
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-
budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,
juga di Singapura.
Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang
(Pekan) oleh G.M.Laidlow.
Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet,
Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini.
H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan
pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun
1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap
Malaya selama 13 tahun lamanya.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala
Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.
Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah.
Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan
kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun
1926 oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen
Akbar.
Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927.
Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle, dan di Kelantan pula ialah YM
Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931.
Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada
tahun 1915.
Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah
Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia.
Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan
Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930)
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930)
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM
Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 Selangor Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
1931 Perlis
MOWGLI CERITA HUTAN
Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor
harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci
oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah
kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.
Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap
mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah
pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu
suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil
sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun
api menyala dengan maraknya. Kerana terlalu gembira
menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam.
Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada
di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga
menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal
dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.
MOWGLI CERITA HUTAN
Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak
menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu
merayap di dalam semak.
Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak
seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya
dengan berani.
Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di
dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila
terdengar lolongan Shere Khan tadi.
Bapa serigala menggonggong budak itu dan
membawanya ke dalam gua.
Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana
budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah
berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap
susu Ibu Serigala.
MOWGLI CERITA HUTAN
Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima
budak itu sebagai anak mereka sendiri dan
menamakannya Mowgli.
Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan
menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.
Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut
gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal),
yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan
binatang-binatang lain.
Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke
mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan
mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika
harimau tempang itu memakan budak itu nanti.
MOWGLI CERITA HUTAN
Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya
Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya
sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang.
Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam
gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.
Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi
bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap
menjadi mangsanya.
Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga
serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di
dalam hutan.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu.
Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka
mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan.
Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada
malam bulan purnama di kawasan berbatu batu yang
dipanggil Batu Sidang.
Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada
diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya.
Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai
anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh
membunuhnya, dan jika ada yang membunuh,
hukumannya ialah bunuh juga.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya
termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari.
Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan
Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu
Sidang itu.
Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ
dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor
Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela,
mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak
masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota
Kumpulan.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli.
Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya
bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia
pun serigala juga.
Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan
melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere
Khan mengaum dari belakang batu besar.
"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula
kerana anak manusia tidak layak hidup bersama
kumpulan Serigala!" katanya.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak
serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak
setuju mereka menerima Mowgli.
Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul
perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan
ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap
menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota
Kumpulan.
"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia
menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.
Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu
Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian
untuk mempertahankan Mowgli.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu
tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah
Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar
anak-anak serigala Undang-undang Hutan.
Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo
berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan
menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota
Kumpulan.
Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli.
Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor
Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba
bercakap.
Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut
Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh
ditebus dengan seekor buruan.
Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru
dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk
menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota
Kumpulan.
Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima
Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah
lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.
CERITA HUTAN
DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA
Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai
mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera,
Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.
Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah
kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya.
Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana
manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli
akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari
kelak.
" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli
sekawannya
dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam
sekawannya "
LAUNG AGONG
Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan
telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK
untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat
"Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada
pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah
diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
TUJUAN
a. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu
perjumpaan
b. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
c. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
d. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta
membina disiplin
e. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT
LAUNG AGONG
1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK
berhenti, diam dan dengar arahan
seterusnya dalam keadaan sedia).
2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu
melebarkan kedua tangan separas bahu
yang menunjukkan isyarat untuk
membentuk bulatan kecil.
3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-
kanak berlari menghampiri Akela lalu
membentuk bulatan mengelilingi Akela
mengikut sekawan. Akela mendepa tangan
dan PKK pula berpegangan tangan.
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT
LAUNG AGONG
4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat
tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK
segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu
duduk mencangkung rapat manakala tangan
berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak
' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja
menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia
mengadap Akela.
5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat
kepada Akela dan mencabar sambil berteriak
" KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK
yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI
BUAT HABIS BAIK ".
CARA PELAKSANAAN ISTIADAT
LAUNG AGONG
6. Akela membalas hormat dalam keadaan
sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka
sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi
tabik hormat ).
*** Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada
Perkara 1 - 6 seperti di atas.
Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar
Bendera dilakukan bagi PKK.
LENCANA KEAHLIAN
Adalah dengan ini, diakui bahawa
Ahli Pengakap Kanak Kanak SKCIJ2
Telah Lulus Ujian Lencana Keahlian
Anjuran Unit Pengakap Kanak Kanak
SK Convent Infant Jesus 2, Melaka