The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nhbasiron, 2019-03-24 21:19:45

Kertas kerja perkhemahan

perkhemahan 2019 KKD

SK LABOHAN DAGANG
42700 BANTING, SELANGOR

TARIKH :27 – 28 FEBRUARI 2019
HARI :SABTU - AHAD
MASA :07.30 PAGI
TEMPAT :KEM DELTA KOMASIR, JALAN BUKIT
JUGRA, JUGRA LAMA,
42700 BANTING. SELANGOR

ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM SK LABOHAH DAGANG

1.0 PENGENALAN

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform anjuran unit Ko-kurikulum SK Labohan Dagang, merupakan salah satu agenda
tahunan sekolah yang paling utama. Program ini dijalankan sebagai salah satu inisiatif pihak sekolah untuk menyahut
seruan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berdasarkan kepada anjakan PPPM ketiga - me-
lahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai, pihak sekolah perlu memperkembangkan murid secara holistik dengan
mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam perkhemahan dan menyediakan platform bagi murid-murid Tahap 2
untuk menimba pengalaman melalui pembelajaran di luar bilik darjah. Peserta-peserta perkhemahan akan dapat ber-
kongsi pengetahuan dan kemahiran, bertukar-tukar idea dan pengalaman, membina keyakinan diri, serta menjalinkan
hubungan kerjasama yang erat melalui aktiviti-aktiviti mencabar yang akan dijalankan dalam perkhemahan ini. Harapan
pihak sekolah agar perkhemahan ini dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek
(JERI), seiring dengan pernyataan Falsafah Pendidikan Negara.

2.0 RASIONAL

2.1 Memupuk unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan secara terus kepada para peserta apabila mereka
mengalami sendiri situasi yang memerlukan amalan terpuji seperti bertolak ansur,bertoleransi,tolong-menolong,
berdisiplin dan lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri.

2.2 Mendedahkan para peserta kepada cabaran dalam aspek fizikal, mental dan kerohanian yang secara
langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri masing-masing.

2.3 Memberi kesempatan kepada para peserta untuk menggembleng daya inovasi dan kreativiti mereka
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.0 MATLAMAT

3.1 Melahirkan generasi pelajar yang seimbang dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani serta berpotensi
untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, negara dan
agama.

3.2 Memberikan para peserta pengalaman, pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai aktiviti yang
berkonsepkan kemahiran kongnitif, afektif dan psikomotor yang menarik dan mencabar.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Melahirkan ahli yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang seimbang
dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.

4.2 Memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh.

4.3 Memupuk semangat bekerjasama dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan keyakinan diri setiap
peserta.

KERTAS KERJA PROGRAM

1. Ketetapan dan pelaksanaan:-

1.1 Tarikh :27 – 28 April 2019
1.2 Hari :Sabtu - Ahad
1.3 Tempat :KEM DELTA KOMASIR, JALAN BUKIT JUGRA, JUGRA LAMA,
42700 BANTING. SELANGOR

1.4 Majlis Perasmian Penutup

a) Tarikh : 28 April 2019
Ahad
b) Hari : 11.30 Pagi
Guru Besar
c) Masa : SK Labohan Dagang

d) Perasmi :

2. Maklumat Penyertaan:-

Setiap badan uniform akan diwakili oleh murid Tahap 2 . Bilangan peserta perkhemahan ialah seramai
80 orang( 44 orang Lelaki , 36 Orang Perempuan).

3.Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Perdana

Penaung : Dato Haji Sabari Bin Misran
YDP PIBG SK Labohan Dagang

Penasihat : En Mhd Sazali Bin Jailani
Guru Besar SK Labohan Dagang

Pengerusi : Pn Mazlina bt Mustafa
PK Kokurikulum

Naib Pengerusi : En Hamizi Bin Mohamad
PK Pentadbiran

En. Roslan Bin Supar
PK Hal Ehwal Murid

Setiausaha : Pn Noor Hakimah Mohd Basiron
Pn. Rafizah Bt Hj Jamil
Penolong Setiausaha :

Bendahari : Pn. Zuraida Ramli

Kem Komandan : En Muhammad Soberi Bt Abdul Hamid

Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Program

URUSETIA RIADAH
Pn Noor Hakimah Mohd Basiron Pn Hashinaila Ismail
Pn Rafizah Hj Jamil Pn Nor Aizah Sanat

PENDAFTARAN JURUACARA MAJLIS ( PENUTUP )
Pn. Suzana Bt Hashim Pn. Hasylnn Sharina Bt Adam
Pn. Ruziah Bt Tumeran Pn Nurul Hafizan Arshad
Pn Fazilawati Mahmud
KEROHANIAN
TAPAK PERKHEMAHAN & PERALATAN En Mohd Idrus Osman
Pn. Jamiah Bt Osman Pn Rafeah Zakaria
Pn Sabihah Ariffin Shah Pn Roziana Hj Tahir
Pn Norhayati Misdi Pn Farhatul Jannah Sobani
Pn Ruzila Sazat
SIAR RAYA/ ELEKTRIK
En. Mohd Idrus Osman
En Khalid Mohd Latif

KESELAMATAN / BERMALAM
En. Khalid Bin Mohd Latif
En Mohd Nasrul Md Nasir
Pn. Norasiah Md Nor
Pn Noor Hayati Adnan
Pn Alimah Nasehah

HADIAH/ CENDERAMATA/ SIJIL PENYERTAAN
Pn Norzuraidah Bt Sharif
Pn Nurpaznin bt Jusoh
Cik Norazlina Sebah@Misbah
Pn Norazah Mokhtar

MAKANAN DAN MINUMAN
Pn Anita Abu
Pn Rosnah Hassan
Pn Norizan Misri
Pn Siti Rosmah Hashim
Pn Sh. Samihatul Saadiah Syed Omar
Pn Rafeah Zakaria
Pn. Norhashimah Bt Daud

BUKU ATURCARA / DOKUMENTASI
Pn. Noor Hakimah Mohd Basiron

AKTIVITI
En.Muhamad Soberi Bin Abd Hamid
Pn.Zuraida Bt Ramli
Pn Faridah Bt Md Nor
En Mohd Idrus Osman
Pn Nor Amizalfairu Ismail

4. Anggaran Perbelanjaan:

Bil Perkara Kos Jumlah
1. Bayaran Konsultan : RM 100.00 RM 100 x 80 murid ( RM )

Jumlah Besar RM 8 000

RM 8000

Sumber Perbelanjaan = RM 100 x 80 murid
Sumbangan Peserta = RM 8000.00

Jumlah

Penutup
Diharapkan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jaya dan mencapai objektif yang digariskan
serta mendapat kerjasama dan komitment yang tinggi daripada semua pihak.

Disediakan oleh : Disemak oleh :
………………………………..
…………………………………
( NOOR HAKIMAH MOHD BASIRON )

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA (SABTU)

MASA PROGRAM
9.00 pagi Taklimat program
10.00 pagi LDK 1 : Kawad kaki
11.30 pagi LDK 2 : Teknik pemasangan dan penutupan khemah
12.30 pagi Makan tengah hari / Solat Zohor
2.00 petang LDK 3 : Ikatan dan Simpulan
3.00 petang LDK 4 : Gajet
4.30 petang Solat Asar
5.00 petang LDK 5 : Cabaran masakan
6.30 petang Makan Malam / Khidmat Diri / Solat Maghrib
8.00 malam LDK 6 : Debat Parlimen
9.30 malam LDK 7 : Campfire Bombastik
10.30 malam Solat Isyak
11.00 malam LDK 8 : Night walk
12.30 malam Rehat

HARI KEDUA ( AHAD) PROGRAM
Solat Subuh /Tazkirah / Moral
MASA Istiadat pagi / Kawad kaki
6.00 pagi Sarapan pagi / Khidmat Diri
7.00 pagi LDK 9 : Jungle Tracking
8.00 pagi LDK 10 : Res-Q Course
9.00 pagi Khidmat Diri / Makan tengah hari/ Solat Zohor
10.30 pagi Rumusan Program
11.30 pagi Majlis Penutup
Bersurai
1.30 tengah hari
2.00 petang
2.30 petang

BIDANG TUGAS AJK

TUGASAN BIDANG TUGAS
URUSETIA 1. Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan.
2. Menyelaras perjalanan aktiviti dan pertandingan.
3. Sentiasa menghebahkan segala maklumat terkini.
4. Mengambil pendaftaran peserta dan juga mencatat kehadiran guru

bertugas.

4. Melantik hakim-hakim pertandingan.
5. Membuat laporan setiap aktiviti yang dijalankan.
6. Mengendalikan acara majlis pembukaan dan penutup.

Menyediakan kain rentang perkhemahan

PENDAFTARAN 1. Menyediakan murid untuk menyertai perkhemahan.
2. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa bagi setiap peserta
3. Menyediakan segala peralatan yang diperlukan semasa

perkhemahan.
4. Mengutip bayaran dari peserta

1. Menyediakan pelan pembahagian tempat tapak perkhemahan
mengikut unit.
2. Menyediakan khemah yang mencukupi bagi keperluan murid dan
TAPAK PERKHEMAHAN & PERALATAN guru.
3. Memastikan komponen khemah dan segala peralatan yang
berkaitan mencukupi.
4. Memastikan setiap khemah di buka dan dibersihkan selepas
perkhemahan.
5. Menyediakan segala dokumen perlu sekiranya terdapat
pinjaman khemah dari luar.

1. Menyediakan,memasang dan menyiapkan semua jenis peralatan
dan halangan bagi aktiviti lasak yang akan diadakan.
2. Mengemas dan menyimpan semula peralatan yang telah digunakan
ditempat yang sesuai.
3. Menyediakan keperluan setiap aktiviti
RIADAH 4. Menguruskan semua urusan berkaitan aktiviti pertandingan dan

bukan pertandingan
5. Menyediakan jadual bertugas pengendali Riadhah
Mengendalikan perjalanan riadah selama tempoh kem
berlangsung.

HADIAH/ CENDERAHATI DAN SIJIL PENYERTAAN 1. Menyediakan hadiah kepada peserta berdasarkan pertandingan
yang dijalankan.

2. Menguruskan majlis penyampaian hadiah
3. Menyediakan lain-lain hadiah jika sekiranya ada.

BUKU PROGRAM 1. Menyediakan buku program
KEROHANIAN 1. Menyediakan jadual bertugas imam mengikut waktu solat.
2. Mengendalikan kuliah maghrib dan subuh.
ELEKTRIK DAN SIARAYA
1. Memastikan elektrik dan peralatan siaraya yang sempurna
KESELAMATAN / KECEMASAN/ BERMALAM diseluruh tapak perkhemahan .

DOKUMENTASI 2. Mengemaskini peralatan yang telah digunakan dan disimpan
JURUACARA MAJLIS ditempat yang sesuai

3. Mengurus dan menyediakan peralatan pada malam kebudayaan

1. Memastikan tahap keselamatan peserta dan segala peralatan
berada dalam keadaan yang baik.
2. Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta peti rawatan yang
sempurna dan mencukupi.
3. Menyediakan jadual pengawasan dan kawalan keselamatan
kawasan perkhemahan.
4. Membuat makluman kepada pihak polis berhubung perkhemahan.
5. Membuat makluman kepada klinik kesihatan berdekatan berhubung
bantuan kecemasan semasa perkhemahan.
6. Menyediakan peti kecemasan yang lengkap.

1. Mengambil gambar sepanjang program
2. Membuat dokumentasi lengkap program

1. Mengacarakan majlis penutupan


Click to View FlipBook Version