The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMENANG PERTAMA
KELAS 4 DLP
PERTANDINGAN BUKU SKRAP/FLIPBOOK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normi.ibrahim, 2021-09-14 03:31:29

AIMAN HAZIM B HAIZAT

PEMENANG PERTAMA
KELAS 4 DLP
PERTANDINGAN BUKU SKRAP/FLIPBOOK

PENGERTIAN KEMERDEKAAN

 Kemerdekaan (Tulisan Jawi: )‫كمرديكأن‬ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk dalam
sesebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan.[1]

 Istilah kemerdekaan digunakan untuk membezakan dengan penaklukan yang
merujuk kepada sesuatu kawasan sebagai "wilayah" yang dikawal oleh
sebuah kerajaan luaran dari segi politik dan tentera. Perkataan ini kekadang juga
digunakan dalam erti kata yang lebih lemah untuk membezakan
dengan hegemoni yang merupakan kawalan sebuah negara secara tak langsung oleh
sebuah negara yang lebih kuat.

 Kemerdekaan boleh merupakan taraf permulaan bagi sebuah negara muncul (sering
kali untuk mengisi kekosongan politik), tetapi sering merupakan pembebasan daripada
kuasa yang mendominasi kawasan itu. Dari segi negatif, kemerdekaan juga boleh
ditakrifkan sebagai keadaan yang tidak dikuasai oleh kuasa yang lain
melalui penjajahan, dasar peluasan kuasa atau imperialisme.

SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

 Walaupun kedatangan Islam di Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku seawal abad ke-
10, agama tersebut mula mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu pada abad ke-14.
Penerapan Islam pada abad ke-14 telah menyaksikan kebangkitan kesultanan-kesultanan,
yang paling menonjol ialah Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Brunei. Islam
sememangnya mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap orang Melayu. Pada tahun
1511, Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis yang merupakan kuasa
penjajah Eropah pertama yang mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah
Melayu dan Asia Tenggara. Kemudian, Melaka ditawan oleh Belanda pada tahun 1641.
Akhirnya, British yang asalnya menubuhkan pangkalannya di Jesselton, Kuching, Pulau
Pinang dan Singapura, memperoleh hegemoni mereka di seluruh wilayah Tanah Melayu
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824. Perjanjian tersebut menetapkan sempadan
antara Tanah Melayu British dan Hindia Timur Belanda (yang menjadi Indonesia).
Kemudian, Perjanjian Inggeris-Siam 1909 pula menetapkan sempadan antara Tanah
Melayu British dan Siam (yang menjadi Thailand). Fasa keempat pengaruh asing ialah
kemasukan buruh-buruh dari negara China dan India untuk memenuhi keperluan ekonomi
kolonial yang dicipta oleh British di Semenanjung Tanah Melayu dan Borneo.

 Pencerobohan Jepun ketika Perang Dunia Kedua mengakhiri penguasaan British di Tanah Melayu
setelah pentadbiran British di Singapura menyerah kalah secara rasmi terhadap Jepun. Pendudukan
Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak dari tahun 1942 hingga 1945 memekarkan lagi
semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan. Setelah Jepun berundur dari Tanah
Melayu selepas dikalahkan oleh pihak Pihak Berikat, Malayan Union ditubuhkan pada tahun 1946
oleh pentadbiran British tetapi ekoran daripada penentangan oleh orang Melayu, penubuhan itu
disusun semula sebagai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai
sebuah protektorat hingga tahun 1957. Di Semenanjung Tanah Melayu, Parti Komunis
Malaya melancarkan pemberontakan bersenjata untuk menentang British dan ketegangan ini
menyebabkan pengisytiharan darurat selama 12 tahun dari 1948 hingga 1960. Tindak balas
ketenteraan yang serius terhadap pemberontakan komunis sepanjang tempoh darurat
serta Rundingan Baling pada tahun 1955 membawa kepada kemerdekaan di Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957 yang dicapai secara diplomatik melalui rundingan dengan British. Tunku Abdul
Rahman menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika itu. Pada
tahun 1960, darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin berkurangan dan pengunduran
mereka ke sempadan di antara Tanah Melayu dengan Thailand.

 Pada 16 September 1963, Persekutuan Malaysia ditubuhkan berikutan penggabungan Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak. Kira-kira dua tahun
kemudian, parlimen Malaysia meluluskan rang undang-undang tanpa persetujuan
penandatangan Perjanjian Malaysia 1963 untuk memisahkan Singapura daripada Persekutuan
Malaysia.

SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA

TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah (8 Februari 1903
– 6 Disember 1990) merupakan Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955,
dan Perdana Menteri pertama
sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga
1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya
yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku",
beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan"
dan "Bapa Malaysia".

TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

 Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar (12 Februari 1895 –
19 Januari 1962) merupakan pengasas dan
Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik
sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947
tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun
kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk
menumpukan perhatiannya kepada UMNO. BELIAU
juga adalah Perdana Menteri Ke-2.

TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

 Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun
H. S. Lee (19 November 1900–22 Jun 1988) merupakan
antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian
menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah
Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi
Menteri Pengangkutan dalam kabinet
sementara sebelum kemerdekaan.

 H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang
usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan
isterinya Kam Kwok-chun. Pada 1924, H. S. Lee
berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan
bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan
aktif berpersatuan.

 Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh
yang terlibat dalam menubuhkan MCA, dan kemudian
bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum
sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.

TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

 Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan (16 Jun
1919 – 18 Mei 1979) ialah Presiden kelima Kongres
India Malaya (MIC), sebuah parti politik Malaysia,
serta menteri penuh dalam pelbagai kementerian
dalam kerajaan Malaysia.

RUNDINGAN KEMERDEKAAN MALAYSIA

 Sejarah perundangan di Tanah Melayu berasaskan proses perkembangan Perlembagaan sehingga
penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

 Suruhanjaya Reid 1956 dan laporannya pada 1957 dari sudut jurisprudens. Apa yang didakwa
sebagai rundingan kemerdekaan itu sebenarnya ialah kemajuan proses perkembangan
Perlembagaan di negeri Melayu sehingga Tanah Melayu kembali bersekutu.

 Apabila Malayan Union dibatalkan maka Perjanjian Negeri 1948 menjadi batu asas kepada terma
pembinaan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Proses rundingan yang berlaku selepas
Jawatankuasa Kerja Perlembagaan 1946 menghasilkan kemajuan pada 1948 dan 1957.

 1. Rundingan antara Raja-Raja Melayu dengan Kerajaan British yang mewakili Negeri-Negeri

 Selat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan sementara 1948 selanjutnya Kerajaan Yang di-Pertuan
Agong melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957, bermaksudkan sebuah persekutuan yang
kuat untuk berdepan dengan ancaman luar dan mampu berdikari.

 Rundingan itu antara lain untuk memohon perkenan Raja-Raja Melayu untuk mendelegat sebahagian
kuasa kerajaan-kerajaan negeri mereka kepada Kerajaan Persekutuan dan sistem kerajaan
berpersekutuan yang tetap mengekalkan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Hasilnya termaktublah Jadual
9 dan lain-lain peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang bersifat agihan bidang kuasa kepada
Persekutuan.

 2. Proses bagi kerajaan-kerajaan negeri Melayu berkerajaan sendiri bebas daripada campur
tangan British.

 3. Proses bagi Negeri-Negeri Selat untuk merdeka dan diserahkan kedaulatannya kepada
Kerajaan Yang di-Pertuan Agong.

 4. Permohonan kaum pendatang untuk menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
Justeru, dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, ada syarat dan sumpah
kewarganegaraan, iaitu Borang VIII.

 5. Lahirlah bangsa Melayu yang terdiri daripada orang Melayu, orang Asli dan bukan orang
Melayu (kaum-kaum etnik lain).

 Sekiranya rundingan berlandaskan terma Persidangan London 1956 tidak berjaya, pastinya
kerajaan negeri-negeri Melayu akan kekal sebagai entiti bebas merdeka tanpa ikatan
Persekutuan. Pada sisi lain, rakyat bangsa asing daripada pelbagai kaum pendatang yang
tidak diterima sebagai bangsa Melayu atau warganegara Persekutuan Tanah Melayu,
pastinya kekal dengan status bukan warganegara Persekutuan Tanah Melayu, dan Malaysia
pada hari ini. Ringkasnya, berdasarkan fakta sejarah dan sejarah perundangan di Tanah
Melayu, rundingan kemerdekaan tidak wajar dianggap sebagai rundingan antara kaum apatah
lagi kontrak sosial. Kontrak sosial dari sudut undang-undang ialah kedaulatan rakyat. Hal ini
kerana kedaulatan Raja-Raja Melayu sebelum dan pasca Hari Merdeka masih terpelihara di
dalam undang-undang tertingginya.

PENGUMUMAN KEMERDEKAAN

 Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30
Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab
Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan
bendera Union Jack seiring lagu kebangsaan British[2] menandakan
berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu; Bendera
Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan berganti oleh
anggota Angkatan Laut Tanah Melayu sambil disaksikan
sendiri Tunku Abdul Rahman menandakan lahirnya sebuah negara
baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-
negara dunia.[3][2] Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
dinaikkan

 Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan
peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu
daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu. Sebanyak 20,000 orang mengisi lapangan Stadium
tersebut.[4]

 Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh
pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran
bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di
sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan
ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera
Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.

 Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu
dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda
yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah
ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

 Antara kumpulan pengunjung yang tiba di stadium adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian putih, topi putih dan
seluar pendek berwarna biru), Pandu Puteri (berpakaian biru muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna merah dan
emas, merah dan hitam, merah dan biru, merah dan putih), Pasukan Briged St. John's Ambulance dan Palang
Merah British turut mengambil tempat di sisi stadium manakala kumpulan pancaragam dan pengawal kehormat berada di
susur terowong masuk.

 Kemudian, tetamu-tetamu kehormat mula tiba Lord Chancellor dari England berpakaian yang sama seperti ketika beliau
menjadi hakim Mahkamah Tinggi Persekutuan. Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan merupakan Raja
Melayu yang pertama berangkat tiba diikuti Tengku Mahkota Johor (dalam pakaian uniform tentera baginda) yang
menggantikan Sultan Johor, Sultan Perak (berpakaian berwarna krim), Sultan Terengganu (berpakaian emas bersama
merah gelap dan hijau), Sultan Kelantan (berpakaian emas pucat), Sultan Kedah (berpakaian biru dan perak)
Raja Perlis (berpakaian emas), Sultan Pahang (berwarna merah senduduk dan dan perak) serta yang akhir sekali,
baginda Yang di-Pertuan Agong yang berpakaian perang serta memakai keris yang baru. Setiap daripada baginda diiringi
bunyi nafiri dan berdiri di bawah payung kuning keemasan sambil Yang di-Pertuan Agong berjalan ke tempat duduk
baginda. Pengunjung stadium masih lagi berdiri apabila Putera Henry, Duke Gloucester masuk sambil diiringi Sir Donald
MacGillivray. Dengan ketibaan semua tetamu diraja, upacara Pengisytiharan dimulakan.

 Adikung Duke membawa watikah perlembagaan yang menyatakan pengunduran daripada
perlindungan British terhadap negeri-negeri Melayu dan kedaulatan terhadap Pulau
Pinang dan Melaka. Raja-raja Melayu mula melangkah ke pentas dan Duke mengambil tempat di
depan pentas sambil menerima hormat diraja sambil diiringi oleh Sir Donald MacGillivray. Ketika
itu merupakan kali terakhir satu-satu upacara negara menyanyikan lagi kebangsaan British di
Persekutuan Tanah Melayu. Kemudian, baginda Duke membacakan perutusan daripada
baginda Ratu Elizabeth II akan pernyataan baginda yang mengalukan kemasukan Persekutuan
ke dalam Komanwel dan mendoakan kejayaan negara ini.

 Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima
watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada
Persekutuan Tanah Melayu. Duke mengambil tempat duduk dan Tunku mulakan ucapannya
dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain atas
pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pemasyhuran
Kemerdekaan".

 Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "merdeka" sebanyak 7 kali sebagai Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah
Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara
asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu
Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah
negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh Hassan Azhari sebagai simbolik
keberadaan Islam sebagai agama rasmi negara Tanah Melayu baru terlahir,[4] serta
tembakan meriam seratus satu das.

 Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester berangkat
pergi dari pentas diikuti pemerintah Melayu yang lain, Perdana Menteri dan Sir Donald
MacGillivray. Kemudian, doa selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah
terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan. Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah
penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu
termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya
Tinggi British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya
telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.





















RUJUKAN

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemerdekaan
 https://ms.wikipedia.org/wiki/V._T._Sambanthan
 https://ms.wikipedia.org/wiki/H._S._Lee
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Malaysia
 https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/10/621324/kerangka-rundingan-

merdeka


Click to View FlipBook Version