BAB 1: Kem: 1.1
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN NEGARA
Aliran Pusingan Pendapatan
ALIRAN FIZIKAL ALIRAN WANG
Aliran Faktor Aliran Barang Aliran Penggunaan Aliran Pendapatan
Catatan: Rajah ini tidak perlu dilukis ketika menjawab soalan
- Aliran Fizikal menunjukkan hubungan antara isi rumah dengan firma. Aliran fizikal terdiri kepada
alliran faktor dan aliran barang.
-
- Aliran faktor menunjukkan dimana isi rumah membekalkan faktor pengeluaran kepada firma
untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan manakala firma akan menawarkan upah, gaji,
bunga dan untung kepada isi rumah.
-
- Aliran barang menunjukkan dimana firma akan menjual barang & perkhidmatan yang dihasilkan
kepada isi rumah untuk memenuhi keperluan dan kehendak isirumah.
1. Aliran pusingan pendapatan merujuk kepada aliran pendapatan dan perbelanjaan yang
berlaku antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah, firma, kerajaan dan luar negeri.
2. Isi rumah ialah individu atau sekumpulan individu yang tinggal bersama dan membuat
keputusan ekonomi.
3. Firma ialah unit ekonomi atau organisasi yang menggunakan faktor-faktor pengeluaran
buruh, tanah, modal dan usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
4. Kerajaan ialah pemerintah yang merupakan pelaku ekonomi yang campurtangan dalam
kegiatan ekonomi melalui dasar percukaian dan subsidi.
5. Luar negara merujuk kepada penglibatan perdagangan import dan eksport dengan
negara asing.
1
EKONOMI DUA SEKTOR
Aliran pusingan pendapatan berfungsi dalam ekonomi dua sektor.
- Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi dua sektor merujuk kepada aliran pendapatan
dan perbelanjaan yang berlaku antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah dan firma
melalui aliran wang dan aliran fizikal
-
- Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan
sektor negara asing tidak wujud..... (1m)
-
- Aliran factor menunjukkan hubungan antara isi rumah dengan firma dimana isirumah
menawarkan factor-faktor pengeluaran kepada firma sebagai input untuk mengeluarkan
barang & perkhidmatan.
- Oleh itu, dalam ekonomi dua sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal
dan aliran wang antara sektor firma dengan sektor isi rumah.
- Isi rumah menerima pendapatan gaji/upah, sewa, bunga dan untung kerana menawarkan
faktor pengeluaran buruh, tanah, modal dan usahawan..... (1m)
- Firma menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dan
isi rumah akan menggunakan pendapatannya untuk membeli barang yang dikeluarkan oleh
firma. (Aliran penggunaan).......(1m).
- Sebahagian pendapatan ditabung di bank dan tabungan ini diberi pinjam kepada pelabur untuk
membuat pelaburan dalam firma semula sehingga tabungan = pelaburan....(1m)
- Maka dalam ekonomi 3 sektor Y = C + I atau S = I
2
EKONOMI TIGA SEKTOR
Aliran pusingan pendapatan bagi ekonomi tiga sektor.
RAJAH (3 markah)
Keterangan rajah:
- Aliran pusingan pendapatan tiga sektor ialah aliran pendapatan dan perbelanjaan yang berlaku
antara sektor-sektor ekonomi iaitu isi rumah, firma dan kerajaan.....(1m)
- Isi rumah menerima pendapatan gaji/upah, sewa, bunga dan untung kerana menawarkan
faktor pengeluaran buruh, tanah, modal dan usahawan..... (1m)
- Firma menggunakan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dan
isi rumah akan menggunakan pendapatannya untuk membeli barang yang dikeluarkan oleh
firma. (perbelanjaan pengguna).......(1m).
- Sebahagian pendapatan ditabung di bank dan tabungan ini diberi pinjam kepada pelabur untuk
membuat pelaburan dalam firma semula....(1m)
- Kerajaan akan mengenakan cukai kepada isi rumah melalui cukai pendapatan persendirian dan
mengenakan cukai keuntungan syarikat kepada firma...(1m)
- Cukai kerajaan ini merupakan hasil akan digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan
pengurusan untuk menyuntik pendapatan negara. .....(1m)
- Maka dalam ekonomi 3 sektor Y = C + I + G atau S + T = I + G
3
EKONOMI 4 SEKTOR
Aliran pusingan pendapatan berfungsi dalam ekonomi empat sektor.
- Aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi empat sektor merujuk kepada aliran pendapatan
dan perbelanjaan yang berlaku antara sektor-sektor ekonomi, iaitu sektor isi rumah, firma dan
luar negara melalui aliran wang dan aliran fizikal
- Ekonomi dua sektor terdiri daripada sektor isi rumah dan sektor firma. Sektor kerajaan dan
sektor negara asing tidak wujud..... (1m)
- Aliran factor menunjukkan hubungan antara isi rumah dengan firma dimana isirumah
menawarkan factor-faktor pengeluaran kepada firma sebagai input untuk mengeluarkan
barang & perkhidmatan.
- Oleh itu, dalam ekonomi empat sektor, aliran pusingan pendapatan menggambarkan alirann fizikal
dan aliran wang antara sektor isi rumah, firma, kerajaan dan luar negara.
[ Pendapatan factor]
[ Perbelanjaan kerajaan] [ Perbelanjaan kerajaan]
Kerajaan
Cukai Cukai
[ Eksport Setor .luar [ Import ]
] negara
[ Import ]
[ Perbelanjaan penggunaan]
- Apabila sektor isi rumah membekalkan faktor pengeluaran (buruh, tanah, modal, dan
usahawan) kepada sektor firma (Aliran Faktor), sektor isi rumah menerima pendapatan dalam
bentuk upah dan gaji, sewa, bunga, dan untung daripada firma (Aliran Pendapatan).
-
- Daripada pendapatan ini, sebahagian besar akan dibelanjakan (Aliran Penggunaan) terhadap
barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sektor firma (Aliran Barang), manakala bakinya
disimpan sebagai tabungan di institusi kewangan (Aliran Tabungan).
-
- Tabungan di dalam institusi kewangan akan dipinjamkan kepada para pelabur yang seterusnya
akan digunakan untuk membuat pelaburan dalam sektor firma (Aliran Pelaburan).
- Kerajaan akan mengenakan cukai kepada isi rumah melalui cukai pendapatan persendirian dan
mengenakan cukai keuntungan syarikat kepada firma...(1m)
- Cukai kerajaan ini merupakan hasil akan digunakan untuk perbelanjaan pembangunan dan
pengurusan untuk menyuntik pendapatan negara. .....(1m)
- Isi rumah dan firma juga akan membelanjakan sebahagian pendapatannya untuk membeli barang
dan perkhidmatan dari luar negara. (Aliran import)
-
4
- Barang keluaran firma juga dibeli dan digunakan oleh sektor luar negara (Aliran Import)
- Maka dalam ekonomi empat sektor; Y = C + I + G + (X – M) atau S + T + M = I + G + X
ISU MAKROEKONOMI Kem: 1.2
1. Inflasi
- Inflasi ialah keadaan kenaikan harga umum (P) secara berterusan dan tiada terbatas (tak terkawal).
- Harga umum ialah harga purata semua barang & perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara.
- Inflasi
- Kadar inflasi = IHP1 – IHP0 x 100 ..... (½m)
- IHP0
i) Jika nilainya menurun berbanding tahun sebelumnya; maka berlaku penurunan dalam kadar
inflasi. ....(1)
ii) Jika nilainya meningkat, maka berlaku peningkatan dalam kadar inflasi. .....(1)
iii) Jika nilainya sama; maka tiada perubahan dalam kadar inflasi. ...........(1)
Sebab-sebab inflasi perlu diatasi.
1) Inflasi meningkatkan kos hidup dan menurunkan taraf hidup (½)
- Inflasi menyebabkan harga barang naik. Perbelanjaan pengguna akan meningkat untuk mendapatkan
sesuatu barang. Oleh itu kos hidup dan taraf hidup masyarakat akan berkurangan.
2) Inflasi menyebabkan nilai wang merosot (½)
- Nilai wang diukur melalui (IH0 x 100) .......(½).
- IH1
- Peningkatan inflasi (IH1) akan menyebabkan nilai wang dan kuasa beli merosot.(½) maka lebih banyak
wang perlu digunakan untuk mendapatkan sejumlah barang & perkhidmatan berbanding dengan
sebelum inflasi (½)
3) Inflasi menyebabkan keluaran negara (KDNK) merosot (½)
- Peningkatan inflasi (IH0) akan menyebabkan harga barang meningkat, kuasa beli merosot, penggunaan
dan permintaan agregat merosot dan KDNK merosot. (1m)
- Inflasi juga akan menyebabkan harga input seperti bahan mentah dan buruh meningkat. Kos dan kuasa
beli firma turun, pengeluaran akan turun dan KDNK merosot. (1m)
-
4) Inflasi menyebabkan pertumbuhan ekonomi merosot (½)
- Pertumbuhan ekonomi diukur melalui (KDNKbenar1 – KDNKbenar0 x 100) ......(½).
- KDNKbenar0
- Peningkatan kadar inflasi menyebabkan KDNK benar turun dan pertumbuhan ekonomi bernilai
negatif.
5) Inflasi memburukkan imbangan perdagangan. ½ . Inflasi menyebabkan harga eksport menjadi mahal,
jumlah eksport akan turun, harga import relatif murah, jumlah import meningkat. Akhirnya imbangan
perdagangan semakin buruk kerana import melebihi eksport.
- Oleh itu, inflasi perlu diatasi supaya imbangan dagangan mengalami lebihan dan KNK meningkat.
5
6) Agihan pendapatan tidak sekata: ½ . Inflasi memberi keuntungan kepada orang yang berhutang kerana
nilai hutangnya semakin turun dan peniaga memperolehi pendapatan yang tinggi akibat kenaikan harga
barang. Tetapi inflasi memberi kerugian kepada pemberi hutang dan individu yang perpendapatan tetap
kerana pendapatan benar atau kuasa beli telah turun akibat inflasi. Akibatnya agihan pendapatan menjadi
tidak sekata.
7) Menjatuhkan nilai matawang; Inflasi menyebabkan harga import relatif murah berbanding harga eksport.
Import meningkat menyebabkan permintaan terhadap matawang asing meningkat. Eksport menurun
menyebabkan permintaan terhadap nilai matawang tempatan menurun. (1m) Ini menyebabkan nilai
matawang tempatan semakin merosot. ½
Cara mengatasi masalah inflasi;
(1) Melalui Dasar Kewangan
- Inflasi dapat diatasi dengan mengurangkan jumlah bekalan wang melalui cara menaikkan kadar bank
dan nisbah rizab berkanun. Ini menyebabkan kos meminjam bank perdagangan meningkat,
kemampuan memberi pinjam turun, bekalan wang (Ms) turun, kadar bunga naik, pelaburan turun,
permintaan agregat turun, tingkat harga umum turun.
- Melalui Operasi Pasaran Terbuka iaitu Bank Pusat menjual bil perbendaharaan kepada orang ramai.
Bekalan wang berkurangan , kadar bunga naik, pelaburan turun, permintaan agregat turun, tingkat
harga umum turun.
- jumlah bekalan wang dalam ekonomi berkurang, , kadar bunga naik, pelaburan turun, permintaan agregat
turun, tingkat harga umum turun.
- Melalui pendanaan/funding; iaitu bank pusat mengeluarkan surat jaminan jangka panjang. Tempoh matang
lebih lama. Wang dlm tangan kurang. AD turun, tingkat harga umum turun.
-
(2) Melalui Dasar Fiskal
- iaitu melaksanakan dasar belanjawan lebihan (TX > G) dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan
meningkatkan cukai.
- TX > G menyebabkan perbelanjaan agregat (AE) turun, permintaan agregat (AD) turun, dan akhirnya tingkat
harga umum turun.
- Dasar sebelah penawaran ½ iaitu menurunkan Tx dan memberi subsidi kepada firma supaya kos firma
turun dan AS ke kanan semula dan P akan turun.. (1½)
(3) Melalui Kawalan langsung
- Dasar harga maksimum bahan mentah ½ .
- Kerajaan akan mengenakan D.H Maksimum dengan menentukan harga bahan mentah pada paras yang
minimum...... kos firma turun, AS naik, P turun.. (1½)
- Kawalan terhadap kesatuan sekerja ½
- Kerajaan akan mengawal Kesatuan Sekerja supaya tidak menuntut upah yang terlalu tinggi.. (1½)
- Melaksanakan tarif, kuota dan subsidi eksport (½)
- Bertujuan untuk mengurangkan import dan menggalakkan eksport agar kesan inflasi yang diimport
dikurangkan.
6
(2) Pengangguran
- Pengangguran merujuk kepada penduduk berumur 15-64 tahun yang sanggup bekerja tetapi tidak
mendapat pekerjaan.
- Pada GTP ; kadar pengangguran pada tahap minimum antara 4 – 5%.
- Pengangguran yang tinggi menunjukkan faktor-faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya,
berlaku pembaziran sumber dan terdapat kekurangan perbelanjaan agregat untuk mencapai guna
tenaga penuh.
- Pengangguran yang rendah menunjukkan faktor-faktor pengeluaran tidak digunakan sepenuhnya,
tiada pembaziran sumber kerana sumber telah digunakan secara optimum untuk mencapai GTP.
Sebab-sebab pengangguran perlu diatasi
1. Pembaziran sumber (½) :
- berlakunya pengangguran menunjukkan terdapat sumber yang tidak digunakan dalam pengeluaran
atau berlaku pembaziran sumber. (½). Oleh itu Keluaran Negara sebenar lebih kecil daripada
Keluaran Negara Potensi. (½). Jadi pengangguran perlu diatasi supaya sumber ekonomi digunakan
secara cekap dan optimum. (½)
2. Pendapatan per kapita berkurang. (½).
- Pengangguran menyebabkan pendapatan negara berkurangan dan menurunkan pendapatan per kapita.
(½) Jadi pengangguran perlu diatasi supaya gunatenaga meningkat , pendapatan negara meningkat dan
pedapatan per kapita meningkat. (½)
3. Taraf hidup akan merosot (½)
- Taraf hidup diukur melalui pendapatan per kapita (½) Pengangguran akan menurunkan KNK sebenar
dan apabila penduduk bertambah, pendapatan per kapita akan jatuh dan menurunkan taraf hidup.
Oleh itu pengangguran harus diatasi supaya pendapatan negara benar meningkat.
-
4. Pertumbuhan ekonomi terjejas. (½)
- Pertumbuhan ekonomi diukur melalui KNK benar. (½). Pengangguran menyebabkan KNK benar kurang
daripada yang sepatutnya. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi terjejas. Oleh itu pengangguran perlu
diatasi supaya sumber ekonomi digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan KNK dan pertumbuhan
ekonomi. (½)
5. Masalah sosial (½).
- Pengangguran menyebabkan individu hilang pendapatan bagi menampung keperluan diri dan keluarga.
(½) . Kesannya berlaku masalah sosial seperti kecurian, rompakan, ragut dan sebagainya. (½)
6. Ketidakstabilan politik (½).
- Pengangguran yang tinggi akan menjejaskan kestabilan politik kerana pihak tertentu akan mengambil
kesempatan untuk menghasut masyarakat supaya berdemonstrasi dan rusuhan. (½)
7. Pengangguran mengurangkan hasil kerajaan
- Pengangguran akan mengurangkan pendapatan isi rumah, permintaan agregat turun, keluaran dan
produktiviti firma turun.
- Keuntungan firma akan turun, maka cukai keuntungan syarikat turun, hasil kerajaan akan berkurang.
7
Langkah-langkah mengatasi pengangguran
1. Melalui Dasar Kewangan mengembang (½). iaitu dengan menurunkan kadar bunga dan menambah
bekalan wang ½ .
- bila kadar bunga bank turun, , kos meminjam turun, pelaburan naik, perbelanjaan agregat(AE) naik,
pendapatan negara meningkat, peluang kerja meningkat, pengangguran turun. (1½)
- bila bekalan wang ditambah (½), melalui pembelian surat jaminan oleh kerajaan dan menurunkan
nisbah rizab berkanun atau nisbah rizab tunai, bekalan wang (MS) meningkat, kadar bunga turun,
pelaburan naik, AE/AD meningkat, Yn meningkat, peluang pekerjaan meningkat, pengangguran turun. (
1½ )
2. Melalui Dasar Fiskal (½). Iaitu melalui dasar belanjawan kurangan.
- Belanjawan kurangan (Tx > G) dilaksanakan dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan (G) dan
menurunkan Cukai (Tx).
- Bila G naik, AE akan naik, AD naik, pendapatan negara meningkat, peluang pekerjaan meningkat dan
pengangguran turun. (½) .Peningkatan AD akan mendorong firma menambah pengeluaran dan
pengambilan buruh. (½) .
- Bila Tx diturunkan, pendapatan bolehguna (Yd) meningkat, penggunaan meningkat sebanyak
(MPC x ∆Tx) dan permintaan agregat naik. Peningkatan AD akan mendorong firma menambah
pengeluaran dan pengambilan buruh. (½) .
3. Menambah peluang pekerjaan(½):
- iaitu menambah perbelanjaan kerajaan untuk membina projek pembangunan baru supaya peluang
pekerjaan bertambah (1).Contohnya Koridor Ekonomi dan Kawasan Perindustrian baru. ½
4. Memberi latihan kemahiran kepada buruh (½) ; melalui latihan teknik dan vokasional, kemahiran
teknologi maklumat (ICT), skim latihan siswazah dan kursus keusahawanan supaya buruh lebih
berdaya saing dan kemahiran tinggi untuk pasaran kerja. (1½)
5. Memberi insentif dan pengecualian cukai kepada firma yang berorientasikan buruh. (½) Ini
mendorong firma meningkatkan pengambilan buruh. . Kesannya guna tenaga akan meningkat,
pengangguran akan berkurangan. (1)
6. Melaksanakan dasar kuota dan tarif untuk mengurangkan import. (½)
- Ini akan mendorong firma meningkatkan pengeluaran domestik untuk memenuhi permintaan dan
meningkatkan industri penggantian import tempatan. Kesannya guna tenaga akan meningkat,
pengangguran akan berkurangan. (1½)
8
(4) Pertumbuhan Ekonomi (PE)
- Ialah peningkatan kegiatan ekonomi yang meningkatkan KDNK benar atau pertambahan barang dan
perkhidmatan. Pertumbuhan ekonomi ialah perubahan pendapatan negara benar atau keluaran negara
benar pada tahun semasa berbanding tahun sebelumnya
- Merujuk kepada pembangunan fizikal ; seperti jumah keluaran, jumlah sekolah dll.
- PE dihitung mengikut KDNK benar.(harga tetap)
- Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap dihitung melalui formula;
- Pertumbuhan Ekonomi = KNKbenar1 –KNKbenar0 X 100
- KNKbenar0
(i) Jika nilainya positif maka berlaku pertumbuhan dan perkembangan ekonomi.(1m)
(ii) Jika bernilai negatif, maka berlaku kemelesetan ekonomi. (1m)
- Jadi pertumbuhan ekonomi dapat menggambarkan prestasi sesebuah ekonomi.
- Oleh itu, matlamat ekonomi ialah untuk mencapai pertumbuhan yang postif.
- Sebab pertumbuhan ekonomi perlu ditingkatkan.
(1) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi meningkatkan keyakinan pelaburlangsung asing. Jika pelaburan
bertambah, perbelanjaan agregat meningkat, pendapatan negara meningkat.
(2) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan meningkatkan tahap kebajikan rakyat melalui pembinaan
insfrastruktur seperti sekolah,universiti, jalanraya dan kilang.
(3) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi meningkatkan keyakinan Institusi Kewangan untuk memberi
pinjaman untuk melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat kerana
yakin kepada kemampuan membayar balik hutang pinjaman.
(4) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi akan mendorong kepada kestabilan politik kerana kadar
pengangguran yang rendah dan perkembangan ekonomi mengurangkan risiko mogok,demonstrasi dan
rusuhan oleh pekerja.
Langkah-langkah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi
(1) Mencari sumber baru ekonomi
- Dengan mencari sumber-sumber baru ekonomi yang melibatkan hasil galian, lautan dan tanah.
Contohnya usaha cari gali hasil minyak baru oleh PETRONAS.
(2) Meningkatkan kemahiran tenaga buruh (½ m)
- melalui latihan dan kursus kemahiran untuk meningkatkan daya pengeluaran sut buruh. (½ m)
- Daya sut buruh meningkat, kecekapan buruh meningkat, produktiviti meningkat (½ m), pertumbuhan
ekonomi meningkat. (½ m)
(3) Meningkatkan teknologi (½ m)
- Teknologi boleh ditingkatkan melalui inovasi, kerjasama teknologi dengan firma asing dan pembelian
teknologi terkini.
- Teknologi meningkat, kecekapan pengeluaran meningkat, pengeluaran bertambah, pertumbuhan
ekonomi meningkat.
9
(4) Meningkatkan pelaburan (½ m)
- Pelaburan ditingkatkan melalui galakan dan insentif pelaburan, pengecualian cukai pelaburan,
menyediakan zon perindustrian (½ m) dan mengurangkan kadar bunga. (½ m)
- Pelaburan meningkat, perbelanjaan agregat meningkat, permintaan agregat meningkat, keluaran
meningkat (½ m), pertumbuhan ekonomi meningkat (½ m)
.
(5) Menyediakan kemudahan infrastruktur
- seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air, bank, kemudahan ICT, telekomunikasi dan lapangan
terbang supaya firma tidak menanggung kos yang tinggi dalam perniagaannya.
- Jika kos firma rendah, produktiviti meningkat, keuntungan meningkat, pelaburan meningkat,
pertumbuhan ekonomi meningkat.
5. IMBANGAN PEMBAYARAN
- Imbangan pembayaran ialah penyata kewangan yang merekodkan penerimaan dan pembayaran
kewangan sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.
- Lebihan Imb. Pembayaran ; rizab pertukaran asing meningkat.
- Kurangan Imb. Pembayaran ; rizab pertukaran asing merosot.
- Oleh itu matlamat ekonomi ialah memastikan imbangan pembayaran positif melalui peningkatan
eksport, kawalan nilai matawang dan tarif untuk mengurangkan import.
Sebab-sebab imbangan pembayaran perlu diberi tumpuan.
(1) Untuk memastikan imbangan yang menguntungkan.
- Imbangan pembayaran lebihan menyebabkan rizab matawang asing mengalir masuk. Keadaan ini
akan menguntungkan negara.
-
(2) Untuk memastikan kestabilan nilai matawang tempatan.
- Imbangan pembayaran lebihan menyebabkan aliran masuk modal. Ini akan mengukuhkan nilai
matawang tempatan.
- Imbangan pembayaran kurangan menyebabkan aliran keluar matawang melebihi aliran masuk. Ini
akan menyebabkan nilai matawang semakin merosot.
- Jadi kerajaan akan memastikan negara mempunyai imbangan pembayaran lebihan untuk mengukuhkan
nilai matawang.
(3) Imbangan pembayaran kurangan akan merugikan negara.
- Imbangan pembayaran kurangan akan mengurangkan rizab antarabangsa bersih bank pusat.
- Ini akan mengurangkan keupayaan sesebuah negara untuk membiayai import negara tersebut dan
meningkatkan hutang negara.
- Jadi kerajaan mesti memastikan imbangan lebihan supaya rizab antarabangsa mengalami lebihi untuk
membiayai import.
(4) Hutang negara bertambah
- Kerajaan terpaksa meminjam untuk menampung kurangan imbangan pembayaran,
10
Langkah-langkah untuk mengatasi imbangan pembayaran defisit
(1) Menggalakkan eksport
- dengan cara memberi subsidi, taraf perintis dan insentif kepada pengeksport supaya jumlah eksport
barang dan perkhidmatan meningkat.
- Contohnya, mengadakan promosi, kempen dan pakej istemewa untuk menggalakkan
pelancongan dan pembelian barang tempatan.
(2) Mengurangkan import
- dengan cara melaksanakan sekatan perdagangan seperti tarif dan kuota agar harga barang import
menjadi lebih mahal dan jumlah import berkurangan.
(3) Kawalan pertukaran asing
- kawalan pertukaran asing dilakukan untuk menghadkan penawaran matawang asing supaya
jumlah import berkurangan.
(4) Melaksanakan dasar belanjawan lebihan. (TX > G)
- iaitu dasar menurunkan perbelanjaan kerajaan (G) dan meningkatkan cukai supaya hasil (TX)
melebihi perbelanjaan(G).
- Bila dasar belanjawan lebihan dilaksanakan maka permintaan agregat (AD) turun, tingkat harga
umum turun, harga eksport semakin murah, jumlah eksport meningkat, harga import relatif mahal,
jumlah import berkurangan, defisit imbangan pembayaran dibaiki.
-
(5) Melaksanakan dasar kewangan menguncup
- Dasar kewangan menguncup ialah meningkatkan nisbah rizab berkanun, kadar bank, supaya
penawaran wang (MS) berkurang.
- Bila penawaran wang berkurang, kadar bunga meningkat, pelaburan turun, permintaan agregat turun
(AD), tingkat harga umum turun. Harga eksport menjadi lebih murah, permintaan terhadap barang
eksport meningkat, imbangan pembayaran dibaiki.
(6) Devaluasi
- Devaluasi ialah tindakan kerajaan menurunkan nilai mata wang tempatan melalui sistem pertukaran
tetap.
- Bila nilai matawang turun akibat devaluasi, harga eksport menjadi lebih murah dalam sebutan
matawang asing, permintaan terhadap barang tempatan meningkat maka jumlah eksport meningkat.
Harga import relatif lebih mahal, jumlah import berkurang, defisit imbangan pembayaran dibaiki.
(7) Menarik pelaburan asing
- Pelaburan asing boleh ditingkatkan melalui galakan dan insentif pelaburan, pengecualian cukai
pelaburan dan menyediakan zon perindustrian.
- Bila pelaburan meningkat, aliran masuk modal meningkat, defisit imbangan pembayaran dibaiki.
11
PETUNJUK PEMBOLEHUBAH MAKRO EKONOMI Kem: 1.3
(1) Keluaran Negara Kasar (KNK)
- Pendapatan negara ialah jumlah pendapatan faktor seperti sewa, faedah, upah dan untung yang
diterima oleh sesebuah negara dalam tempoh setahun.
- Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah nilai barang akhir & perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
sejumlah faktor milik sesebuah negara dalam tempoh setahun.
- Ada empat konsep KNK iaitu;
(1) KNK nominal ; iaitu nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran
milik sesebuah negara berdasarkan harga pada tahun semasa.
(2) KNK benar; iaitu nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor pengeluaran milik
sesebuah negara berdasarkan harga pada tahun asas
Rumus KNK benar = IHP0 x KNK nominal ...... IHP0 = Indeks harga tahun asas
IHP1 IHP1 = Indeks harga tahun semasa
(3) KNK potensi ; ialah iaitu nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh faktor
pengeluaran milik sesebuah negara jika semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya.
(4) KNK sebenar; ialah iaitu nilai barang akhir dan perkhidmatan yang sebenar dihasilkan oleh
faktor pengeluaran milik sesebuah negara dalam tempoh setahun.
Hubungan antara KNK sebenar dan KNK potensi;
- Jika KNK sebenar > KNK potensi ; berlaku inflasi.
- Jika KNK potensi > KNK sebenar; berlaku pengangguran dan pembaziran sumber.
- Jika KNK potensi = KNK sebenar; tingkat guna tenaga penuh dicapai. Kadar pengangguran pada
tahap yang minimum (4 – 5%)
- Perbezaan antara KNK potensi dan KNK sebenar dinamakan jurang KNK.
- Jurang KNK = KNK potensi – KNK sebenar
(2) Kadar Pengangguran
- Pengangguran merujuk kepada penduduk berumur 15-64 tahun yang sanggup bekerja tetapi tidak
mendapat pekerjaan.
- Pada GTP ; kadar pengangguran antara 4 – 5%.
- Rumus; Kadar pengangguran = Jumlah penganggur x 100......(½m) ......atau
- Jumlah buruh
- Rumus; Kadar pengangguran = (J. Buruh – J. Guna tenaga) x 100......(½m)
- Jumlah buruh
(i) Jika kadar pengangguran antara 4 – 5%, maka GTP dicapai, tiada pembaziran sumber, ekonomi
mencapai kecekapan optimum. (1m)
(ii) Jika kadar pengangguran melebihi 5%, GTP belum dicapai, berlaku pembaziran sumber.(1
12
(3) Kadar Inflasi
- Inflasi ialah keadaan kenaikan harga umum (P) secara berterusan dan tiada terbatas (tak terkawal).
- Harga umum ialah harga purata semua barang & perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara.
- Kadar inflasi = IHP1 – IHP0 x 100 ..... (½m)
- IHP0
- Jika nilainya menurun berbanding tahun sebelumnya; maka berlaku penurunan dalam kadar inflasi.
....(1)
- Jika nilainya meningkat berbanding tahun sebelumnya, maka berlaku peningkatan dalam kadar
inflasi. .....(1)
- Jika nilainya sama; maka tiada perubahan dalam kadar inflasi. ...........(1)
(4) Pertumbuhan Ekonomi (PE)
- Ialah peningkatan kegiatan ekonomi yang meningkatkan KDNK benar atau pertambahan barang dan
perkhidmatan.
- Merujuk kepada pembangunan fizikal ; seperti jumah keluaran, jumlah sekolah dll.
- PE dihitung mengikut KDNK benar.(harga tetap).
- Pertumbuhan ekonomi dihitung mengikut harga tetap dihitung melalui formula;
- Pertumbuhan Ekonomi = KNKbenar1 –KNKbenar0 X 100
- KNKbenar0
i. Jika nilainya positif maka berlaku pertumbuhan dan perkembangan ekonomi.(1m)
ii. Jika bernilai negatif, maka berlaku kemelesetan ekonomi. (1m)
iii. Oleh itu, matlamat ekonomi ialah untuk mencapai pertumbuhan yang postif.
(5) Akaun Dagangan
- Akaun dagangan menunjukkan aliran nilai eksport dan immport barang nampak (tidak termasuk
perkhidmatan).
- Imbangan dagangan = Nilai eksport nampak – nilai import nampak.
i) Jika nilainya positif; maka eksportnampak > importnampak, berlaku imbangan dagangan lebihan.
ii) Jika nilainya negatif; maka importnampak > eksportnampak, berlaku imbangan dagangan kurangan.
iii) Jika nilainya sifar, maka importnampak = eksportnampak, berlaku imbangan dagangan seimbang.
(6) Imbangan Akaun Semasa
- Akaun semasa merupakan akaun yang mencatatkan semua urusniaga barang nampak, barang tak
nampak, pendapatan dan pindahan semasa.
- Akaun semasa = Akaun dagangan + Akaun perkhidmatan + Akaun pendapatan + Akaun pindahan
semasa.
i) Jika nilainya positif; bermakna aliran masuk wang ke Malaysia melebihi aliran keluar wang dari
Malaysia. Terdapat perkembangan ekonomi.
ii) Jika nilainya negatif; bermakna aliran keluar wang dari Malaysia melebihi aliran masuk wang ke
Malaysia. Terdapat kemelesetan ekonomi.
13
(7) Kadar Bunga
- Bunga ialah ganjaran kepada pemilik modal.
- Kadar bunga ialah peratusan daripada modal yang dipinjamkan kepada pihak lain.
- Ada dua jenis kadar bunga iaitu kadar bunga nominal dan kadar bunga benar.
- Kadar bunga nominal ialah kadar bunga yang sebenarnya dikenakan ke atas sejumlah modal wang,
iaitu kadar faedah semasa yang terdapat di pasaran dimana jumlah bunga yang dibayar adalah
mengikut kuasa beli semasa.
- Contohnya; sebuah firma meminjam RM100 000 daripada bank A dan dikenakan kadar bunga sebanyak
6%. Kadar bunga 6% ini dinamakan kadar bunga nominal.
- Kadar bunga benar ialah kadar bunga sebenarnya yang dibayar setelah mengambil kira keadaan
inflasi.
- Kadar bunga benar = kadar bunga nominal – kadar inflasi
- Dalam contoh di atas, jika kadar inflasi ialah 2 %, maka kadar bunga sebenar yang ditanggung
ialah sebanyak 4% iaitu 6% - 2%.
- Hubungan antara kadar inflasi dan kadar bunga benar.
i) Jika kadar inflasi rendah, maka kadar bunga benar semakin tinggi.
ii) Jika kadar inflasi tinggi, maka kadar bunga benar semakin rendah
(8) Kitaran Perniagaan
KNK KNKSEBENAR - Kitaran
perniagaan
G ialah keadaan
D KNKPOTENSI yang
menunjukkan
Q1 E ekonomi
A F melambung
atau meleset
C dalam suatu
tempoh
B tertentu.
0 T1 T2 T3 T4 T5 Tahun
- Keadaan
ekonomi melambung atau meleset ini ditunjukkan melalui perbezaan antara KNK sebenar dan KNK
potensi seperti rajah di atas.
- Jika KNK potensi > KNK sebenar (titik B & F) ; menunjukkan ekonomi mengalami masalah
pengangguran dan pembaziraan sumber.
- Jika KNK sebenar > KNK potensi; (titik D & G) menunjukkan pengembangan ekonomi, kekurangan
sumber dan masalah inflasi.
- Jika KNK sebenar = KNK potensi, (titik C & E) menunjukkan ekonomi telah mencapai tingkat guna
tenaga penuh.
Disediakan oleh,
Encik Anuar Ali/SMKTAD
14