The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuraidahisa, 2022-11-17 02:16:23

Buletin Mac 2022

Buletin-2022-MAC

www.utm.my/studentaffairs/
Bil 3/2022, Edisi Mac 2022

4,026 PELAJAR MENDAFTAR MASUK SESI

AKADEMIK 2021/2022

Proses kemasukan pelajar dilakukan dalam beberapa fasa dengan syarat telah lengkap vaksinasi, mendapat kelulusan Universiti dan daripada
kumpulan pelajar yang berkeperluan. Seramai 4,026 orang pelajar telah mendaftar masuk bagi memulakan sesi Akademik 2021/2022 pada 16
Mac 2022 sehingga 19 Mac 2022 bagi Kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru manakala bagi Kampus UTM Kuala Lumpur
bermula 18-20 Mac 2022. Kemasukan pelajar ke UTM Space pula telah bermula pada 3-9 Mac 2022 yang lalu.

Kemasukan pelajar pada tahun ini mendapat kerjasama daripada Jabatan TNC (HEP), Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Bahagian
Keselamatan, Kluster Hospitaliti, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor (JKM KTC)
bagi membantu melancarkan lagi kemasukan pelajar pada fasa kali pertama ini.

Bagi kemasukan tersebut, pelajar perlu menunjukkan surat kelulusan memasuki kampus sebelum menjalani prosedur saringan kesihatan iaitu
pemeriksaan suhu badan, imbasan MySejahtera dan imbasan QR Code masuk kampus.

Semua pelajar perlu melakukan ujian saringan kendiri Covid-19 RTK-Antigen Saliva secara pandu lalu. Pelajar yang bergejala akan
dikuarantinkan selama 10 hari di Pusat Isolasi yang disediakan di blok S46 manakala bagi pelajar UTM Kuala Lumpur, mereka ditempatkan di
bilik kuarantin Aras 4, Blok B. Mereka perlu melakukan semula pemeriksaan ujian kendiri Covid-19, sekiranya negatif mereka boleh masuk ke
kolej kediaman yang telah ditetapkan oleh Kluster Hospitaliti.

PUSAT KERJAYA UTM UTM BOLOT
DIPILIH SEBAGAI KEJUARAAN DI
PENYELARAS PROGRAM VARSITY
DANA KEBOLEHPASARAN CYCLING
GRADUAN (GE) CHALLENGE 2022

m/s 14 m/s 19

Dari Meja Ketua Editor SIDANG REDAKSI
BULETIN
Assalammualaikum dan Salam HEP Prihatin.
PENAUNG
Alhamdulillah, Buletin MyHEP terbitan Jabatan TNC (HEP) Edisi YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin
Mac 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi kali ini merakamkan
pelbagai coretan peristiwa-peristiwa utama dan menarik yang KETUA PENASIHAT
berlaku sekitar Jabatan TNC (HEP) sepanjang bulan Mac 2022. En. Arman bin Md. Yasin

Paparan menarik dalam terbitan Buletin MyHEP pada kali ini TIMBALAN PENASIHAT
antaranya ialah kemasukan 4,026 pelajar bagi sesi akademik Pn. Norhafizah binti Mohd Hanapiah
2021/2022 secara fizikal secara berperingkat bermula Mac 2022.
KETUA EDITOR
Di samping itu, Buletin MyHEP juga turut menghimpunkan En. Zaidi bin Haji Mohmod
berita berkaitan Pusat Kerjaya UTM yang dipilih Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) sebagai penyelaras bagi pelaksanaan PEMBANTU EDITOR
Program Dana Kebolehpasaran Graduan (GE). Turut dipaparkan Pn. Zuraidah binti Isa
kejayaan atlet UTM dibawah seliaan Pusat Kecemerlangan
Sukan cemerlang dalam Varsity Cycling Challenge 2022. REKA BENTUK / SUSUNAN
Pn. Norlin binti Mohamad A’danan
Wadah buletin kali ini juga turut merangkumkan berita-berita
semasa sepanjang bulan Mac yang dilaksanakan oleh pelbagai JURU FOTOGRAFI
PTj dibawah Jabatan TNC (HEP). En. Mohamad Nur bin Idris

Banyak lagi sajian menarik yang telah disediakan untuk TERBITAN
santapan minda para pembaca, terutamanya kepada para Unit Multimedia dan Publisiti
pelajar dan staf UTM, pemegang taruh mahupun rakan-rakan Bahagian Pentadbiran (HEP)
sinergi Jabatan TNC (HEP) termasuklah Kementerian Pengajian Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Tinggi Malaysia dalam Buletin MyHEP kali ini. UTM Johor Bahru

Selamat membaca dan semoga menambah wawasan
pengetahuan mengenai Jabatan TNC (HEP).

Salam HEP Prihatin
#HEPPrihatin

KETUA EDITOR Edisi Mac 2022
Zaidi bin Haji Mohmod
© Hak Cipta Terpelihara.
MYHEP | 02
Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi
Malaysia.

TAKLIMAT KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS MUDAHKAN
PROSES KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS

9 Mac 2021 - Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP) telah menyaksikan
taklimat antara Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr.
Shamsul bin Sahibuddin bersama pelajar Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) bermula jam 3.30 petang secara dalam talian menerusi aplikasi Cisco
Webex dan Facebook Live. Ini merupakan sesi pertama, taklimat ulung yang
disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) bagi awal tahun 2022. Sesi
ini telah dikendalikan oleh Setiausaha Agung, Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) saudari Nadratul Huda binti Ahmad. Seramai 1,317 orang pelajar UTM
telah menyertai sesi ini.
Pada sesi kali ini Timbalan Naib Canselor (HEP) telah memperincikan
dengan lebih jelas perkara berkaitan panduan pergerakan pelajar. Rasional
panduan ini dikeluarkan agar menjadi garis panduan yang boleh dirujuk oleh
semua pelajar kampus UTM Johor Bahru dan UTM Kuala Lumpur. Ia meliputi
langkah-langkah kawalan yang perlu dilaksanakan oleh kolej kediaman
berkuat kuasa pada 16 Mac 2022 bagi memastikan pergerakan pelajar yang
teratur, berfasa dan mengurangkan kadar jangkitan Covid-19 dalam kalangan
pelajar dan staf. Panduan ini juga menerangkan kaedah pergerakan pelajar
masuk ke dalam kampus untuk tujuan menginap, mengambil barang atau
peraturan semasa keberadaan di dalam kampus.
Pelajar yang masuk ke kampus dipecahkan kepada beberapa fasa iaitu fasa 1 melibatkan kemasukan pelajar ke kampus UTM Johor Bahru
pada 16-19 Mac 2022 manakala UTM Kuala Lumpur pada 18-20 Mac 2022 dan UTM Space pada 3 Mac dan 9 Mac 2022. Fasa 2 pula meli-
batkan kemasukan pelajar ke kampus UTM Johor Bahru pada 6-8 April 2022.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) mengharapkan dengan panduan ini segala pergerakan pelajar dapat berjalan dengan lancar
bagi mengekang jangkitan Covid-19 dalam kalangan warga kampus. Panduan ini perlu dipatuhi kerana Malaysia dalam fasa ‘Peralihan ke
Endemik’. Kita akan hidup bersama Covid-19 dengan norma baharu yang memerlukan kepekaan dan kerjasama semua orang agar wabak
tersebut berada pada kadar terkawal.

MYHEP | 03

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 04

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 05

21 Mac 2022 - Wakil dari Bahagian Kemudahan,
Kebajikan & Tatatertib Pelajar, Jabatan Timbalan Naib
Canselor (HEP), UTM Johor Bahru telah menyerahkan
sumbangan khairat kematian berjumlah RM500 kepada
Encik Lau Meng Heng, suami kepada pelajar, Mendiang
Foo Mee Leng (Pelajar Sarjana Pendidikan, FSSH) yang
telah meninggal dunia pada 5 Mac 2022 akibat kanser.

SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN PELAJAR & SKIM
PERLINDUNGAN PELAJAR BANTU RINGANKAN
BEBAN WARIS

17 Mac 2022 - Wakil dari Bahagian Kemudahan,
Kebajikan & Tatatertib Pelajar, Jabatan Timbalan Naib
Canselor (HEP), UTM Johor Bahru telah menyerahkan
cek sumbangan kematian pelajar di bawah Skim
Perlindungan Pelajar berjumlah RM9,469 kepada
Puan Haniza binti Borhan, balu pelajar, Allahyarham
Mohamed Nazlen bin Abdul Jabar, pelajar Sarjana
daripada Azman Hashim International Business
School (AHIBS) yang telah kembali ke rahmatullah
pada 5 Januari 2022 akibat strok.

30 Mac 2022 - Bahagian Kebajikan, Jabatan TNC(HEP)
telah menyampaikan sumbangan manfaat kematian pelajar
di bawah Skim Perlindungan Pelajar dalam bentuk cek
berjumlah RM9,430.00 kepada Puan Puvaneswary a/p
Ranggasamy, mendiang Pragash a/l Sopromanen yang
telah meninggal dunia pada 3 Februari 2022 akibat kanser.

MYHEP | 06

KAMPUS SELAMAT DAN BEBAS ROKOK BENTUK
WARGA KAMPUS YANG SIHAT

29 Mac 2022 – Ceramah Keselamatan Ruang Bangunan & Ceramah dimulakan dengan kata aluan daripada moderator majlis
Penguatkuasaan Merokok yang telah dianjurkan oleh Jabatan iaitu Encik Zaidi bin Haji Mohmod dan diteruskan dengan pengisian
Timbalan Naib Canselor (HEP) bersama Bahagian Keselamatan daripada Encik Muhammad Afdhal bin Abdul Razak selaku Pegawai
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Program yang berlangsung Keselamatan (KP41) tentang ancaman-ancaman keselamatan yang
selama 1 jam 30 minit ini telah disampaikan oleh Encik berlaku di jabatan. Ceramah ini diakhiri dengan sesi soal jawab
Muhammad Afdhal bin Abdul Razak selaku penceramah bersama Encik Muhammad Afdhal selama 20 minit.
jemputan. Ceramah ini telah dijalankan secara dalam talian
dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex. Menerusi program ini, warga UTM dapat memperoleh maklumat-
maklumat yang penting berkenaan keselamatan yang perlu dikawal
Ceramah ini melibatkan warga Jabatan Timbalan Naib Canselor rapi terutama keselamatan dokumen yang mengandungi perkara-
(Hal Ehwal Pelajar) dan staf UTM. Ceramah ini telah mendapat perkara sulit. Bukan itu sahaja, beliau turut memberi penekanan
sambutan yang baik dimana seramai 90 orang telah menyertai kepada isu merokok di kawasan kampus, di mana kawasan kampus
program ini. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kefahaman merupakan kawasan larangan merokok. Beliau berpesan kepada
tentang dasar keselamatan perlindungan di jabatan, warga Jabatan TNC (HEP) dan staf UTM untuk membuat laporan
meningkatkan sikap tanggungjawab individu serta meningkatkan kepada pihak keselamatan sekiranya dapat mengenal pasti mereka
tahap kualiti keselamatan perlindungan di jabatan. yang merokok di kawasan larangan.

MYHEP | 075

ANUGERAH KUALITI PERKHIDMATAN BUKTI
PERKHIDMATAN TERBAIK JABATAN TNC (HEP)

Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UTM Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin juga turut hadir pada hari kedua
sentiasa berusaha untuk menambahbaik kualiti perkhidmatan untuk memberikan semangat kepada semua peserta bengkel ini.
yang diberikan kepada stakeholder yang terlibat secara langsung
mahupun tidak langsung. Salah satu penambahbaikan yang Bengkel ini telah melibatkan penyertaan seramai lebih kurang 60
dilakukan adalah dengan menambahbaik penyediaan dokumen orang pegawai dan staf dari semua bahagian/unit di Jabatan TNC
dan data yang diperlukan dalam Penyediaan Dokumen Anugerah (HEP). Pegawai dan staf dari Pejabat HEP, UTM Kuala Lumpur
Kualiti Perkhidmatan (AKP) bagi tahun 2021. turut menyertai bengkel ini. Bengkel selama dua (2) hari ini telah
dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan berdasarkan tiga (3) kriteria
Sehubungan dengan itu, Unit Kualiti, Bahagian Strategi dan utama yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti.
Pembangunan Kompetensi (BSPK), UTM Johor Bahru selaku
Urus setia Induk Anugerah Kualiti Perkhidmatan Jabatan TNC Alhamdulillah, hasil daripada bengkel ini telah berjaya
(HEP) telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel menghasilkan satu dokumen yang lengkap dengan fakta, data dan
Pemurnian Dokumen AKP Jabatan TNC (HEP) 2021 pada 15-16 bukti sokongan yang diperlukan bagi menyokong semua usaha-
Mac 2022 bertempat di Hotel Trove, Johor Bahru. usaha penambahbaikan perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan
ini.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Arman bin Md. Yasin,
Ketua Pentadbiran Jabatan TNC (HEP), UTM Johor Bahru. YBrs.

MYHEP | 08

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN KEPADA 31 AHLI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UTM SESI 2021/2022

6 Mac 2022 - Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sesi 2021/2022
kepada barisan Ahli Majlis Tertinggi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim.
Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM. Turut hadir, Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin.
Semoga pelantikan baharu ini dapat membantu pihak Universiti menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sekali gus meneruskan
kecemerlangan mahasiswa pada era norma baharu.

MYHEP | 09

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) BANTU LESTARIKAN
ALAM SEMASA PENGANJURAN BENGKEL PERANCANGAN
STRATEGIK

17 Mac 2022 - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Sesi 2021/2022 telah melaksanakan Bengkel Pelan
Perancangan Strategik bertempat di Lotus Desaru Beach Resort. Seramai 27 anggota yang diketuai oleh Yang Dipertua MPP, saudara Danial
Iskandar bin Jafridin telah sama-sama menyumbang pendapat dan idea bagi menetapkan hala tuju MPP sepanjang penggal perkhidmatan
mereka.
Turut hadir, Timbalan Pendaftar, Hal Ehwal Pelajar, Puan Norhafizah binti Mohd Hanapiah yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang
bengkel. Selain itu, lima (5) orang staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar UTM juga turut membantu bagi melancarkan program MPP.
Pada program tersebut, anggota MPP juga turut memberikan komitmen dalam membantu kerja pembersihan pantai di sekitar kawasan Pantai
Desaru. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu pengisian Bengkel Perancangan Strategik MPP.
Menerusi aktiviti ini peserta mengutip sampah sarap, sisa-sisa makanan dan minuman serta barangan terbuang sepanjang 2 km di kawasan
pesisir pantai berhampiran Lotus Desaru Beach Resort.

MYHEP | 10

CERAMAH KESEDARAN PSIKOSOSIAL:
"KEKUATAN DAN KECEKALAN JIWA SEORANG WANITA"

8 Mac 2022 - Bersempena dengan Hari Wanita 2022 yang bermatlamat
memartabatkan peranan para wanita di Malaysia dalam pelbagai sektor
pembangunan negara, Pusat Kaunseling UTM, Jabatan Timbalan Naib
Canselor (Hal Ehwal Pelajar) telah berjaya menganjurkan program
Ceramah Kesedaran Psikososial secara dalam talian yang bertajuk
"KEKUATAN DAN KECEKALAN JIWA SEORANG WANITA" bersiaran
melalui saluran ‘Cisco Webex’ yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah
Pusat Kaunseling, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur,
Puan Norhasrina binti Sulaiman.
Sudah menjadi fitrah hidup bahawa sesuatu itu diciptakan secara
berpasangan. Lelaki adalah pasangannya wanita dan begitu juga wanita
yang merupakan pasangan buat lelaki. Namun, sejarah sering
memaparkan kekuatan dan kelebihan lelaki dari segala segi hingga
menciptakan ketidakseimbangan dalam persepsi terhadap wanita yang
sering dianggap lemah, kurang bijaksana, terkebelakang, tidak profesional
dan sebagainya. Persepsi ini telah mendorong kejadian-kejadian yang
tidak berperikemanusiaan seperti menanam bayi wanita seperti mana yang
berlaku ketika zaman Jahiliah dalam kalangan orang Arab sebelum diutusnya Rasulullah (SAW). Hal ini terjadi kerana persepsi
masyarakat ketika itu yang mempercayai bahawa wanita membawa nasib yang kurang baik.
Justeru, kali ini Pusat Kaunseling UTM terpanggil untuk berkongsikan pandangan yang harus diletakkan secara benar terhadap wanita.
Istimewanya wanita, dalam kelembutan yang menghias diri tetap mampu menggoncang dunia. Hakikatnya, tubuh yang dianggap lemah
itulah yang paling tabah mengharungi ujian hidup. Realitinya, kekuatan wanita yang begitu dahsyat boleh membesarkan dan mendidik
anak dengan kegigihan yang tiada beza disebalik keperkasaan seorang lelaki.

MYHEP | 11

ROBOCON UTM CIPTA ROBOT MENARI ZAPIN
SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN UTM

14 Mac 2022 - Sambutan 50 tahun Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini diadakan di Dewan Sultan Iskandar yang dirasmikan oleh Duli
Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor. Sambutan istimewa ini diserikan lagi dengan
persembahan zapin kumpulan tarian Citra Daksina dari Unit Kebudayaan UTM yang diketuai oleh saudari Najmah Samah.
Tarian zapin yang dipersembahkan dikenali sebagai zapin fusion. Sempena sambutan bagi meraikan 50 tahun UTM, kumpulan tarian
Citra Daksina telah melakukan satu inovasi baharu iaitu menari zapin bersama dengan robot yang dicipta oleh kumpulan Robocon UTM.
Robot ini diselaraskan menari bersama dengan penari-penari kumpulan Ciktra Daksina.
Kumpulan Robocon UTM yang dipimpin oleh Dr. Ridzuan bin Ahmad telah menjuarai pertandingan Robocon Malaysia sebanyak 10 kali
serta pernah dinobatkan sebagai juara Asia Pacific Robot Contest peringkat antarabangsa pada tahun 2016. Robot ini dicipta khas
sempena 50 tahun UTM yang memerlukan masa selama satu minggu untuk menyiapkannya. Robot ini telah diprogramkan untuk
menyelaraskan segala pergerakan zapin supaya selaras dengan pergerakan penari manusia. Ini merupakan satu cabaran besar bagi
kumpulan Robocon sepanjang proses menyiapkannya. Menurut Dr. Ridzuan, inovasi baharu ini mendapat sambutan dan sokongan yang
baik dari seluruh warga UTM.

MYHEP | 12

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI (PKU) ANJUR
PROGRAM CAKNA SIHAT BERI PENDEDAHAN
KEPADA WARGA UTM

10 Mac 2022 - Demi memupuk budaya pemakanan sihat sempena menjelang bulan
Ramadan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
telah menganjurkan ceramah kesihatan dan demonstrasi penyediaan makanan
sahur dan iftar dengan kerjasama Pegawai Dietetik dari Klinik Kesihatan Taman
Universiti, Cik Suhada Al-Ilmi Aliyaa binti Abd Jalil. Ceramah ini merupakan salah
satu acara teras dalam Program Cakna Sihat tahunan Pusat Kesihatan Universiti.
Bak kata pepatah Socrates “Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan,”
kebanyakan penyakit berpunca daripada cara pemakanan yang kurang sihat.

Cik Ilmi telah memberi penerangan tentang cara pengawalan pemakanan dari sajian
tradisional. Pinggan suku-suku separuh sekali lagi diperkenalkan, berserta dengan
piramid makanan yang telah dikemas kini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO). Dengan keadaan corak pemakanan pada hari ini, WHO telah menyarankan
kumpulan makanan berasaskan karbohidrat kini berada di aras dua dari bahagian
bawah piramid makanan.

Selain itu, Cik Ilmi juga memberi tunjuk ajar dari segi keperluan pengambilan air
dengan mengguna pakai formula berat badan darab 40 bersamaan dengan jumlah kuantiti air yang diperlukan tubuh manusia pada setiap
hari.

Usai sesi demonstrasi dan pertandingan memasak hidangan sahur dan iftar, wakil dari PKU telah berjaya menyediakan menu mengikut
sajian suku-suku separuh. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang menang dalam pertandingan
demonstrasi menu sihat.

MYHEP | 13

PUSAT KERJAYA UTM DIPILIH SEBAGAI PENYELARAS
PROGRAM DANA KEBOLEHPASARAN GRADUAN (GE)

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Pusat Kerjaya (UTMCC) telah dipilih oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai
penyelaras bagi pelaksanaan Program Dana Kebolehpasaran Graduan (GE) peringkat nasional tahun 2022. Program berbentuk Train
& Place ini dilaksanakan dengan kerjasama Redbeat Academy (anak syarikat Airasia) menyediakan tiga (3) modul yang boleh dipilih
oleh peserta iaitu Data Analytic, Software Engineering dan Digital Marketing.
UTMCC telah melaksanakan program ini sebanyak tiga kohort secara dalam talian. Pada 21 Mac hingga 1 April 2022 pula, UTMCC
telah melaksanakan program ini bagi kohort keempat secara bersemuka di Redbeat Academy, Kuala Lumpur Sentral. Seramai 33
graduan daripada tiga (3) buah Universiti Awam terlibat sebagai peserta program. Sesi pemantauan pelaksanaan program telah
dilaksanakan oleh UTMCC bersama pihak KPT yang diwakili oleh Presiden Airasia Group, Puan Hanani dan Puan Aireen Omar yang
turut menyertai dalam program ini.
Menerusi program ini, semua peserta mengikuti sesi pembelajaran secara teori dan menjalani penilaian bagi mendapatkan pensijilan
profesional. Setiap peserta seterusnya diberi penempatan pekerjaan di pelbagai syarikat yang diuruskan oleh Redbeat Academy.

MYHEP | 14

CERAMAH BUSINESS OR STUDY BERI PENDEDAHAN
ILMU PERNIAGAAN KEPADA PELAJAR

31 Mac 2022 - Business or Study merupakan sebuah program untuk
membincangkan tentang kelebihan dan kekurangan untuk para pelajar
menjalankan perniagaan sambil menyambung pengajian serta menekankan
kepentingan menyambung pengajian sebagai salah satu langkah untuk
menjadi usahawan berjaya.

Program tersebut telah dijalankan secara dalam talian menggunakan platform
Streamyard dan disiarkan secara langsung di Facebook Live Jawatankuasa
Kolej Mahasiswa (JKM), Kolej Tun Fatimah (KTF), Universiti Teknologi
Malaysia (UTM). Program ini telah mendapat sambutan yang memberang-
sangkan dengan tontonan seramai 179 orang.

Program telah dirasmikan pada jam 8.30 malam oleh Timbalan Pendaftar,
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Puan
Hanifah binti Ahmad, diikuti ucapan aluan daripada pengarah program iaitu
saudari Fatanah binti Hamzah.

Pada forum ini, Dr. Mariani binti Abdul Hamid, pengasas produk kecantikan
Dermags Skincare telah memberikan perkongsian berkaitan tip-tip bagi
memulakan perniagaan kepada para pelajar yang tidak mempunyai latar belakang perniagaan. Pelajar dinasihatkan supaya menyelidik
produk yang memang diperlukan di pasaran dan mengenal pasti keperluan pelanggan sebelum menghasilkan sesuatu produk. Niat
yang jelas adalah elemen yang sangat penting sebelum memulakan perniagaan kerana ia akan menjadi penguat untuk terus
memajukan perniagaan di samping menyambung pengajian.

Perkongsian daripada Dr. Afnizanfaizal bin Abdullah pula menampilkan kisah perjalanan hidup beliau yang berasal daripada kelu arga
yang kurang berkemampuan. Kesusahan hidup dijadikan sebagai inspirasi untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Kini,
beliau telah berjaya mendirikan perniagaan yang berfokus kepada penyediaan perkhidmatan kepada klien.

Sepanjang sesi perkongsian, Dr. Afnizanfaizal telah menekankan tentang kepentingan untuk meningkatkan kemahiran diri sebelum
memulakan perniagaan. Pembahagian masa perlu dititik beratkan oleh pelajar jika mahu mendirikan perniagaan sambil menyambung
pengajian.

Pengisian terakhir menampilkan perkongsian daripada saudari Nur Anis binti Suhaini tentang pengalamannya dalam melibatkan diri
secara aktif dalam dunia perniagaan walaupun masih bergelar sebagai seorang mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Berdasarkan perkongsian, Nur Anis telah menceburi bidang perniagaan sejak tamat persekolahan. Bapanya merupakan insan yang
banyak memberi inspirasi supaya dirinya bergiat dalam bidang perniagaan sambil menyambung pelajaran.

Pada program ini, pihak penganjur telah memberikan cenderahati kepada tiga (3) orang pelajar terawal yang mengutarakan soalan
kepada panel. Program pada malam tersebut, telah diakhiri dengan pemilihan enam (6) orang pelajar yang telah berjaya memenangi
sesi ujian minda.

MYHEP | 13

SEMINAR ‘HOW TO PUBLISH IN
HIGH IMPACT JOURNAL’
TAMBAH ILMU PENERBITAN
ARTIKEL JURNAL

1 Mac 2022 - Kolej Dato Onn Jaafar telah mengadakan seminar ‘How to
Publish in High Impact Journal’ yang melibatkan seramai 92 orang peserta
yang terdiri daripada pelajar Kolej Dato Onn Jaafar, Ahli Jawatankuasa
Kolej Mahasiswa dan Ahli Majlis Felo Kolej Kediaman. Program ini telah
diadakan secara dalam talian melalui aplikasi ‘Cisco Webex’.
Program ini telah disampaikan oleh penceramah yang bertauliah iaitu Dr.
Wahid Ali Hamood Al-Towayti, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM). Perkongsian ilmu ini telah dapat membantu para pelajar memahami
inti pati dan perkara-perkara penting yang harus difahami sebelum
memulakan penulisan artikel jurnal.
Pada penghujung sesi ceramah, setiap peserta telah diberikan peluang
untuk bertanyakan soalan. Seminar ini sememangnya telah membantu para
pelajar prasiswazah dan pascasiswazah agar dapat memahami prosedur
penyediaan artikel jurnal.

MYHEP | 16

PERSEDIAAN GRADUAN MENGHADAPI
REVOLUSI INDUSTRI 4.0

25 Mac 2022 - Webinar bertajuk “Kesediaan Graduan Menghadapi
Revolusi Industri 4.0” telah diadakan secara dalam talian melalui Google
Meet dan bersiaran langsung melalui Facebook Kolej Rahman Putra.
Webinar ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kolej Rahman Putra
bersama Kelab Rahman Interactive Student Center (RAIS) dengan
kerjasama daripada Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE)
Malaysia Kuala Lumpur Subsection. Panel jemputan webinar tersebut ialah
Ts. Dr. Hafiza binti Abas, pensyarah kanan Fakulti Teknologi dan
Informatik Razak dan Dr. Zilal binti Saari, pensyarah kanan Akademi
Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan daripada Universiti
Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Mereka juga merupakan ahli IEEE.
Program ini diadakan dengan tujuan bukan sahaja mendedahkan penonton
tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) tetapi juga untuk memberikan idea
kepada mereka tentang perkara yang perlu dilakukan seperti kemahiran
penting yang perlu diasah sebelum memasuki alam pekerjaan.
Webinar ini mempunyai tiga bahagian iaitu slot 1 tentang Revolusi Industri
4.0 (IR 4.0), slot 2 tentang kesediaan graduan dan bahagian ketiga ialah
kuiz untuk melihat kefahaman penonton sepanjang webinar berlangsung. Daripada webinar tersebut, dapat disimpulkan bahawa
terdapat sembilan teras IR 4.0 dan teras terpenting merupakan “sekuriti siber” kerana berkait dengan penyimpanan maklumat peribadi
individu.
Seterusnya, 4 kemahiran abad ke-21 yang perlu graduan kuasai ialah kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran menjadi kreatif,
kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berkolaborasi.
Selain itu, cara pemikiran minda keusahawanan dapat menjamin graduan untuk menjadi lebih bersedia dan lebih positif mengharungi
kehidupan. Akhir sekali, kuiz telah diadakan dan pemenang tempat pertama ialah saudara Muhammad Nazim bin Modihi, tempat
kedua, saudara Ayadi Muhajir bin Khusairi dan tempat ketiga ialah saudara Lim Xin Yu.
Secara keseluruhan, melalui webinar ini, graduan yang menyertai diharapkan dapat mengatur strategi untuk terus membentuk masa
depan masing-masing. Dengan mengetahui tentang perkembangan IR 4.0 dan kelebihannya, graduan harus terus berjuang untuk
menjadi yang terbaik kepada masyarakat. Menurut pengarah program, semoga program ini memberi kesedaran kepada graduan
untuk terus berjuang memperoleh sebanyak ilmu yang mampu untuk menghadapi arus cabaran dunia yang semakin maju.

MYHEP | 17

UTM DAN PBNJ ANJUR KURSUS ASAS PENGADILAN
BOLA SEPAK IPT NEGERI JOHOR

5 Mac 2022 - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dengan Seramai 26 orang peserta terbuka kepada semua pelajar IPT
kerjasama Pusat Kecemerlangan Sukan telah menganjurkan di Negeri Johor telah menyertai program ini. Majlis perasmian
Kursus Asas Pengadilan Bola Sepak Institusi Pengajian Tinggi telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan Sukan,
(IPT) Negeri Johor 2022 di Bilik Seminar Omega, Blok V01, Fakulti Tuan Hj. Armadi bin Ahmad. Penceramah program pula terdiri
Kejuruteraan dan Padang Tapak, Universiti Teknologi Malaysia daripada dua (2) orang iaitu Pengadil Negeri Johor, Dr.
(UTM). Kamaruzaman bin Soeed dan Encik Mohd Faisal bin Md. Zin.

Objektif program ini adalah supaya peserta mendapat ilmu asas Program ini telah berjalan dengan teratur dan lancar di bawah
sebagai pengadil dan mengetahui undang-undang permainan bola seliaan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Encik Shahril
sepak secara teori dan praktikal serta memberikan panduan dan Annuar bin Bahrom. Semoga peserta program ini mendapat
galakkan kepada pelajar IPT Negeri Johor untuk menjadi pengadil manfaat dan dapat menerapkan ilmu sekiranya berpeluang
di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. dipilih sebagai pengadil suatu hari kelak.

MYHEP | 18

UTM BOLOT KEJUARAAN DI VARSITY CYCLING
CHALLENGE 2022

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menganjurkan Varsity Cycling
Challenge 2022 di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Program dirasmikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad
pada 25-26 Mac 2022. Seramai 500 orang peserta telah menyertai kategori pelajar IPT dan terbuka dari seluruh negara. Penganjuran
sukan berbasikal ini merupakan platform untuk mengesan bakat dan pelancaran Le Tour de IPT 2023.
Pada kejohanan itu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menjadi johan dalam Kategori Berpasukan Lelaki Institusi Pengajian
Tinggi (IPT) dengan catatan masa terkumpul 5:05:27 bagi tiga pelumba terbaik iaitu saudara Faiz Hata, saudara Helmi Hariri dan saudara
Estiq Faiq. Seterusnya, bagi Kategori Individu Lelaki IPT, saudara Faiz Hata dan saudara Helmi Hariri berjaya mendapat tempat kedua
dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan masa 1:41:48.
Tahniah juga diucapkan kepada wakil tunggal bagi Kategori Wanita Individu IPT, saudari Syafika Natasha yang berjaya mendapat tempat
ketiga dengan catatan masa 57:51.
Hadiah disampaikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

TERUSKAN TRADISI KECEMERLANGAN DAN SYABAS PASUKAN BERBASIKAL UTM!

MYHEP | 19

Bil 3/2022, Edisi Mac 2022

Helpdesk Jabatan TNC (HEP) Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
[email protected] - Pertanyaan Umum Aras 2&3, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
[email protected] - Taskforce Pergerakan Pelajar
[email protected] - HEP UTM KL Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
81310, Johor Darul Takzim

https://www.utm.my/studentaffairs/

Talian HOTLINE Jabatan TNC (HEP) UTM Student Affairs
Kampus Johor Bahru
011-1868 7022

Kampus Kuala Lumpur
Puan Nurul Ain : 012-750 1969

heputmjb

Terbitan:
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)


Click to View FlipBook Version