The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zuraidahisa, 2022-11-17 02:18:58

Buletin April 2022

Buletin-2022-APRIL

www.utm.my/studentaffairs/
Bil 4/2022, Edisi April 2022

60 PELAJAR SERTAI PROGRAM OPS BALIK RAYA
UTM ANJURAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR

28 April 2022 - Program Ops Jom Balik Raya UTM yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar UTM dengan kerjasama Jabatan TNC HEP,
Kluster Perkhidmatan (TNCP) dan Bahagian Keselamatan telah dijalankan bermula jam 9.00 malam.

Seramai 60 orang pelajar yang dihantar pulang ke negeri masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di samping keluarga tersayang.
Pecahan seramai 27 orang pelajar pulang ke zon pantai timur dan 33 orang pelajar pulang ke zon tengah dan zon utara.

Urus Setia Ops Jom Balik Raya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir
& Batin kepada semua warga UTM.

TILAWAH AL-QURAN TIMBALAN MENTERI
UNIVERSITI-UNIVERSITI KEWANGAN I
PERINGKAT SANTUNI PEMIMPIN
ANTARABANGSA 2022 PELAJAR UTM
DAPAT SAMBUTAN DALAM MISI
BAIK JELAJAH BAJET
NEGERI JOHOR
m/s 10-11
m/s 12-13

Dari Meja Ketua Editor SIDANG REDAKSI
BULETIN
Assalammualaikum dan Salam HEP Prihatin.
PENAUNG
Alhamdulillah, Buletin MyHEP terbitan Jabatan TNC (HEP) Edisi YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin
April 2022 telah berjaya diterbitkan. Edisi kali ini merakamkan
pelbagai coretan peristiwa-peristiwa utama dan menarik yang KETUA PENASIHAT
berlaku sekitar Jabatan TNC (HEP) sepanjang bulan April 2022. En. Arman bin Md. Yasin

Paparan menarik dalam terbitan Buletin MyHEP pada kali ini TIMBALAN PENASIHAT
antaranya ialah sesi dialog Timbalan Menteri Kewangan I Pn. Norhafizah binti Mohd Hanapiah
bersama pemimpin pelajar yang memberikan inspirasi selepas
pemulihan pandemik Covid-19 di bawah misi jelajah bajet KETUA EDITOR
Negeri Johor. En. Zaidi bin Haji Mohmod

Di samping itu, Buletin MyHEP juga turut menghimpunkan PEMBANTU EDITOR
berita aktiviti kemeriahan sambutan bulan Ramadan antaranya Pn. Zuraidah binti Isa
Tadarus Al-Quran, Tilawah Al-Quran dan program iftar dan
sumbangan makanan kepada warga kampus dan frontliner. REKA BENTUK / SUSUNAN
Pn. Norlin binti Mohamad A’danan
Wadah buletin kali ini juga turut merangkumkan berita-berita
semasa sepanjang bulan April yang dilaksanakan oleh pelbagai JURU FOTOGRAFI
PTj dibawah Jabatan TNC (HEP). En. Mohamad Nur bin Idris

Banyak lagi sajian menarik yang telah disediakan untuk TERBITAN
santapan minda para pembaca, terutamanya kepada para Unit Multimedia dan Publisiti
pelajar dan staf UTM, pemegang taruh mahupun rakan-rakan Bahagian Pentadbiran (HEP)
sinergi Jabatan TNC (HEP) termasuklah Kementerian Pengajian Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
Tinggi Malaysia dalam Buletin MyHEP kali ini. UTM Johor Bahru

Selamat membaca dan semoga menambah wawasan
pengetahuan mengenai Jabatan TNC (HEP).

Salam HEP Prihatin
#HEPPrihatin

KETUA EDITOR Edisi April 2022
Zaidi bin Haji Mohmod
© Hak Cipta Terpelihara.
MYHEP | 02
Tiada dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Teknologi
Malaysia.

SESI SERAHAN HAMPER RAYA DAN SESI FOTOGRAFI RAYA
KEPADA PENGETUA, FELO DAN PEMBANTU FELO

26 April 2022 - Sesi serahan hamper raya dan sesi fotografi raya telah diadakan di Ruang Legar Jabatan TNC (HEP) pada jam 1.30 tengah
hari. Pihak Pengurusan, Jabatan TNC (HEP) telah mengambil kesempatan sempena Hari Raya Aidilfitri untuk menyerahkan hamper raya
kepada pengetua, felo dan pembantu felo yang bertugas pada Hari Raya Pertama di Kolej Kediaman UTM.
Semoga dengan inisiatif ini dapat memberi sedikit semangat dan kegembiraan kepada mereka yang bertugas di pagi hari raya demi
kesejahteraan pelajar.

MYHEP | 03

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 04

RANGKUMAN INFO PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TNC (HEP)

MYHEP | 05

MAJLIS KHATAM AL-QURAN ANTARA AKTIVITI
WARGA JABATAN TNC (HEP) SEMPENA RAMADAN

21 April 2022 - Sempena bulan Ramadan, Jabatan TNC(HEP) Usai semua giliran staf membaca surah lazim, doa khatam al-Quran
dengan kerjasama Kelab Kaseh telah menganjurkan Majlis dibaca oleh Ustaz Panji Alam. Beliau telah mengambil kesempatan
Khatam Al-Quran peringkat Jabatan TNC (HEP). Majlis ini telah untuk memberikan tazkirah ringkas mengenai Nuzul Al-Quran.
disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas oleh YBrs. Prof.
Timbalan Naib Canselor (HEP), Universiti Teknologi Malaysia Dr. Shamsul bin Sahibuddin. Dalam ucapannya, beliau berkata Nabi
(UTM). Muhammad S.A.W telah berusaha mendapatkan ilmu al-Quran dalam
masa yang sangat panjang.
Semua staf Jabatan TNC (HEP) mendaftar masuk dalam talian
Cisco Webex sebelum jam 10.00 pagi. Majlis ini dimulakan “Al-Quran adalah sumber ilmu yang perlu difahami isi kandungannya
dengan kata aluan oleh pengacara majlis, Encik Mohammad bagi menambah pengetahuan,” tambah beliau.
Hasyiq bin Hamdan. Seterusnya majlis khatam al-Quran di bawah
pimpinan Ustaz Panji Alam bin Mazhisham mula bersiaran. Majlis berkahir dengan pemberian cenderahati berupa kain pelikat
Kumpulan tadarus lelaki dari Jabatan TNC (HEP) membaca surah untuk kumpulan tadarus lelaki dan kain batik untuk kumpulan tadarus
lazim dengan diselang-seli oleh dua (2) orang penterjemah iaitu perempuan. Jabatan TNC (HEP) juga turut mengagihkan bungkusan
Encik Mohd Rozaili bin Mhd Rashid dan Puan Nur Fatihah binti nasi beriani kepada semua staf Jabatan TNC (HEP) untuk juadah
Md. Rafi. iftar.

MYHEP | 06

SUMBANGAN MANFAAT KEMATIAN PELAJAR &
SKIM PERLINDUNGAN PELAJAR BANTU
RINGANKAN BEBAN WARIS

Pada 14 April 2022 (Khamis), Bahagian Kebajikan, Jabatan TNC(HEP) telah menyampaikan sumbangan
manfaat kematian pelajar di bawah Skim Perlindungan Pelajar dalam bentuk cek berjumlah RM11,000 kepada
Puan Junainah binti Mohamad Salleh, balu Allahyarham Juhari bin Jalil yang telah meninggal dunia pada 13
Februari 2022 akibat masalah jantung.

MYHEP | 07

AKTIVITI MEMASAK BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADAN

14 April 2022 | Kabin Pemandu, HEP

MYHEP | 08

RAKAN SISWA YADIM ANJUR PROGRAM AL-QURAN TUNJANG
BUDAYA ILMU SEMPENA SAMBUTAN NUZUL QURAN

19 April 2022 - Persatuan Rakan Siswa Yadim, Universiti Teknologi benar. Selain itu, seluruh mukmin juga amatlah digalakkan untuk
Malaysia (UTM) dengan kerjasama Pusat Islam telah menganjur- mentadabbur seluruh isi kandungan al-Quran kerana ianya penuh
kan sebuah program bersempena sambutan Nuzul Quran pada dengan ilmu dan nasihat bermanfaat yang mampu untuk memudahkan
bulan Ramadan bertajuk Al-Quran Tunjang Budaya Ilmu. Program hidup bukan sahaja untuk urusan ukhrawi tetapi ia juga mampu untuk
perkongsian ini telah disertai dan ditonton oleh 89 orang peserta meningkatkan kualiti hidup manusia secara realiti. Sebagai contoh,
secara dalam talian yang terdiri daripada mahasiswa, staf UTM pelbagai pengetahuan sains dapat kita peroleh berdasarkan kajian
atau pun orang awam melalui liputan langsung di laman Facebook daripada isi kandungan al-Quran supaya kita sedar akan kebesaran
rasmi Rakan Siswa Yadim. Program perkongsian ini bermatlamat dan kekuasaan Allah dalam memerintah dunia ini. Justifikasinya,
untuk memberi kesedaran kepada orang awam terutamanya manusia perlulah sedar akan kelebihan mentadabbur al-Quran kerana
daripada golongan mahasiswa tentang kepentingan memahami isi ia mampu memberikan pelbagai impak positif dalam kehidupan.
al-Quran serta kelebihan mentadabbur al-Quran.
Di akhir program, sesi soal jawab antara ahli panel dan peserta
Seorang guru cemerlang Pendidikan Islam dari Sekolah Menengah berlangsung bagi menjawab segala persoalan yang berkaitan. Setiap
Kebangsaan Taman Universiti telah dijemput sebagai ahli panel soalan telah dijawab dengan penuh penjelasan yang padat bagi
bagi program tersebut. Beliau ialah Ustaz Mohd Rifqi yang menghilangkan kekeliruan dalam diri para peserta. Antara persoalan
mempunyai banyak pengalaman dalam menyampaikan dakwah yang telah diajukan adalah “bagaimana untuk kekal istiqamah dalam
serta pencapaian tertinggi beliau adalah sehingga ke peringkat membaca al-Quran?” Justeru, Ustaz Rifqi amat menggalakkan supaya
antarabangsa. Tamsilnya, beliau pernah menjadi pembentang bagi semua umat Islam memperuntukkan satu masa khusus bagi membaca
seminar antarabangsa “International Seminar on Islamic Thought” al-Quran pada setiap hari agar tidak lalai dengan urusan duniawi
di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). sahaja terutamanya pada zaman kini yang penuh dengan hiburan yang
melampau.
Program mula berlangsung pada hari Hari Selasa, jam 5.00 petang
dengan bacaan doa oleh moderator sebagai pembukaan program Akhir kalam, Rakan Siswa Yadim dan Pusat Islam mengucapkan
dan diteruskan dengan sesi perkongsian daripada Ustaz Rifqi ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Rifqi kerana sudi menerima
bertemakan al-Quran yang menjadi asas kepada kehidupan jemputan bagi menjayakan program yang penuh bermakna
manusia di dunia ini. bersempena sambutan Nuzul Quran tahun 1443 Hijrah. Keberhasilan
program ini juga tidak lain tidak bukan atas hasil bimbingan selaku
Antara soalan yang telah diajukan oleh peserta adalah berkaitan penyelaras Rakan Siswa Yadim, UTM iaitu Ustaz Panji Alam bin
maksud mukjizat terbesar iaitu al-Quran. Ahli panel telah Mazhisham yang telah memberikan sokongan kepada barisan
menerangkan secara terperinci mengenai mukjizat al-Quran serta pimpinan yang berusaha untuk menganjurkan program ini dengan
bagaimana ia mengubah hidup manusia mengikut jalan yang sempurna.

MYHEP | 09

TILAWAH AL-QURAN UNIVERSITI-
UNIVERSITI PERINGKAT
ANTARABANGSA 2022 DAPAT
SAMBUTAN BAIK

20 April 2022 - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama
Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Institut Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS) telah
menganjurkan Tilawah Al-Quran Universiti-Universiti Peringkat Antarabangsa 2022
bermula 22 Mac 2022 hingga 21 April 2022 secara dalam talian. Program ini
ditunjangi oleh Persatuan Mahasiswa Islam, UTM dengan kerjasama Pusat Islam
UTM, dan Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
Sebanyak 76 penyertaan diterima daripada Universiti Awam dan swasta di
Malaysia dan juga luar negara. Antara penyertaan luar negara ialah universiti-
universiti dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Mesir dan Rusia.
Peringkat saringan program ini telah dilaksanakan pada 9 April 2022 dari jam 8.00
pagi sehingga jam 3.00 petang di Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail,
Universiti Teknologi Malaysia untuk menentukan finalis-finalis yang akan bertanding pada peringkat akhir yang dijadualkan pada 21 April
2022. Peserta-peserta bagi peringkat saringan pertandingan ini dinilai oleh barisan hakim yang terdiri daripada mantan qari dan qariah
peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pengumuman peserta ke peringkat akhir diumumkan pada 14 April 2022 oleh Pengarah Pusat Islam merangkap Pengerusi Jemaah Hakim
iaitu, Prof. Dr. Arieff Salleh bin Rosman. Seramai 20 orang peserta telah terpilih layak ke peringkat akhir terdiri daripada 10 qari dan 10
qariah dari Universiti Indonesia, Brunei, Mesir dan Malaysia. Peserta-peserta bagi peringkat akhir akan diadili oleh para hakim pada 21 April
2022.
Program ini mendapat sambutan yang baik dari semua universiti sama ada dari dalam dan luar negara. Pihak penganjur mengambil
kesempatan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Senarai negara dan universiti yang menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran Universiti-Universiti Peringkat
Antarabangsa 2022.

MYHEP | 10

Para petugas dan hakim yang menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan Musabaqah Tilawah Al-Quran Univer-
siti-Universiti Peringkat Antarabangsa 2022.

Sesi penilaian hakim peringkat saringan.

MYHEP | 11

TIMBALAN MENTERI KEWANGAN I SANTUNI PEMIMPIN
PELAJAR UTM DALAM MISI JELAJAH BAJET NEGERI JOHOR

UTM JOHOR BAHRU - Sesi Dialog Timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah bersama pemimpin pelajar telah
berlangsung pada 13 April 2022 bertempat di Dewan Tun Rahah, Kolej Tun Razak telah memberikan inspirasi dan pencetus semangat
selepas pemulihan pandemik Covid-19. Kehadiran beliau ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebahagian daripada agenda
Kementerian Kewangan di bawah Misi Jelajah Bajet Negeri Johor.

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah merupakan tokoh alumni UTM yang telah mengikuti pengajian Diploma Kejuruteraan Elektrik, Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan seterusnya Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Elektronik – Telekomunikasi). Semasa bergelar
pelajar, beliau juga turut terlibat secara aktif dalam persatuan dan pernah menjawat jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan
Pelajar UTM dan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Razak (KTR). Hasil dari didikan dan acuan graduan UTM yang holistik,
beliau telah berjaya membuktikan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin, tidak hanya bergantung kepada akademik semata-mata.

Majlis yang diselitkan dengan sesi moreh itu dihadiri oleh seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada pemimpin pelajar seperti Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP), pemimpin Jawatankuasa Kolej Mahasiswa dan juga wakil-wakil persatuan dan kelab. Antara wakil Pengurusan
Tertinggi yang turut hadir ialah Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar,
Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin, Bendahari UTM, Tn. Haji Abu Bakar bin Mohd Salleh@Ahmad dan barisan pegawai-pegawai UTM.

Selain itu, wakil-wakil agensi kewangan cawangan Johor yang bernaung di bawah Kementerian Kewangan turut dijemput hadir terdiri
daripada Bank Negara, Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri Johor
(LHDN), Jabatan Kastam Diraja, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.

Jemputan yang hadir bagi memeriahkan majlis. Sesi soal jawab dan pertanyaan dari wakil pemimpin pelajar.
MYHEP | 12

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail dalam
ucapan aluannya turut berpesan kepada wakil pemimpin pelajar agar
menjadikan pengalaman dan perkongsian pada malam ini sebagai pencucuh
atau spark untuk terus bersemangat menggalas amanah dengan penuh
tanggungjawab walau pelbagai cabaran yang mendatang terutamanya dalam
era Covid-19.

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah dalam ucapannya berkata, “Tiga
perkara yang perlu diberi perhatian untuk menjadi pemimpin yang berwibawa.
Pertamanya, kemampuan untuk mengurus diri sendiri, keupayaan mesti jelas,
tak boleh kata tak nak, pemimpin always be ready dan sentiasa proaktif
mengambil tanggungjawab sebagai cabaran. Kedua, berupaya mengurus
pasukan dengan baik dan bermula dari belajar menjadi anak buah yg baik
serta meletakkan objektif di hadapan. Ketiganya adalah mengurus network,
sentiasa bersiap sedia kerana peluang itu hanya datang sekali sahaja.”

Dalam ucapan, beliau turut menerangkan halatuju yang
sedang dilaksanakan oleh kementerian, “Kerajaan melalui
Kementerian Kewangan telah memperuntukkan bajet
sebanyak RM320.2 bilion pada tahun 2022 dan antara
penerima manfaatnya adalah terdiri daripada mahasiswa dan
juga bakal graduan di bawah skim tertentu yang diperkenalkan
seperti e-Start (Transaksi Tanpa Tunai), Go-eCommerce
Onboarding, Peranti Siswa Keluarga Malaysia dan diskaun
bayaran balik PTPTN. Selain itu, salah satu agenda lain yang
menjadi tumpuan kementerian pada masa akan datang adalah
projek perumahan mampu milik untuk graduan.”

Majlis turut dihebahkan dengan sesi perkongsian berkaitan
belanjawan negara oleh Timbalan Pengarah Pasukan Bajet
Negara 2022, Encik Ezleezan bin Othman dan diteruskan
dengan sesi dialog bersama pelajar. Dalam sesi dialog
tersebut, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi
2021/2022, saudara Danial Iskandar bin Jafridin telah
mengajukan pertanyaan dan cadangan agar syarat untuk penerima PTPTN diberi sedikit kelonggaran selain menaikkan jumlah pinjaman
yang bukan sahaja untuk yuran pengajian tetapi juga merangkumi kos sara hidup di dalam kampus.

Antara pertanyaan lain yang diajukan oleh Thivagar a/l Pushparaju selaku Naib Yang Dipertua adalah berkaitan Central Credit Reference
Information System (CCRIS) dan Credit Tip Off Service (CTOS) yang mengekang keupayaan pelajar untuk menjadi usahawan terutama dari
segi penggunaan kad kredit.

Naib Yang Dipertua MPP, Thivagar a/l Pushparaju mengajukan YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah menandatangani papan
pertanyaan semasa sesi soal jawab. akrilik di luar Dewan Tun Rahah, KTR.

MYHEP | 13

PROGRAM 50 QARI 50 JAM TADARUS AL-QURAN SEMPENA
50 TAHUN UTM

14 April 2022 - Program yang berpaksikan pembudayaan bacaan al-Quran iaitu "50 Qari 50 Jam Tadarus Al-Quran" yang telah dianjurkan
oleh Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Persatuan Rakan Siswa Yadim, UTM. Program ini telah
berlangsung selama tiga (3) hari, bermula pada 14 April, jam 5.00 petang dan tamat pada 16 April 2022, jam 7.00 petang. Perja lanan
program berjalan sesuai dengan tentatif yang hanya ketika waktu solat dan terawih sahaja ahli jawatankuasa dan peserta berhenti rehat.
Alhamdulillah, program berjaya dilaksanakan dengan menamatkan pembacaan senaskah kitab suci yang berakhir dengan majlis khatam al
-Quran.
Program 50 Qari 50 Jam Tadarus Al-Quran disemarakkan lagi dengan penetapan angka "50" seiring ulang tahun ke-50 Universiti
Teknologi Malaysia. Peningkatan kemahiran insaniah para jawatankuasa serta peserta program ini diasah melalui peningkatan jati diri,
pengurusan masa dan perkhidmatan sosiologi dalam menjayakan sesuatu tugasan atau tanggungjawab yang diberikan. Hal ini bukan
sahaja memberi impak kepada pelajar mahupun pemain taruh di Universiti, tetapi para penonton yang menyertai secara dalam talian di
platfom media sosial Masjid Sultan Ismail dan Rakan Siswa Yadim UTM.
Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
pengarah program iaitu saudara Muhammad Badrul Amin bin Abdul Rashid dan penyelia program, Ustaz Panji Alam bin Mazhisham dalam
menjayakan program kerohanian peringkat Universiti.

MYHEP | 14

PUSAT KAUNSELING SAMBUT MAJLIS BERBUKA
PUASA BERSAMA KELUARGA STAF

Ramadan yang dinanti-nantikan umat Islam kini telah pun tiba. Pahala dan ganjaran berganda menjadi buruan mereka yang ikhlas
mencari reda Ilahi. Sebagaimana kebiasaan umat Islam di Malaysia, bulan puasa ini disambut dengan penuh kesyukuran.
Bersempena dengan kedatangan Ramadan, Pusat Kaunseling mengambil kesempatan ini dengan mengadakan majlis berbuka puasa
bersama staf dan keluarga.
Majlis berbuka puasa Pusat Kaunseling diadakan pada 13 April 2022. Majlis yang bermula seawal jam 6.30 petang itu dihadiri oleh
staf, pelajar latihan praktikal dan ahli keluarga staf. Konsep jamuan yang diterapkan adalah secara ‘potluck’ dengan hidangan Nasi
Ayam Geprek sebagai hidangan utama. Tepat masuknya waktu solat fardu maghrib, setiap orang berbuka secara ringkas sebelum
beramai-ramai mendirikan solat maghrib secara berjemaah. Sesudah solat, mereka kembali menikmati hidangan yang disediakan.
Selesai berbuka puasa, staf mengambil inisiatif bagi membersihkan ruang majlis bersama-sama. Walaupun majlis berbuka puasa ini
diadakan secara ringkas, namun semangat berpasukan amat ketara ditampilkan setiap masa. Dengan sedikit masa yang diluangkan
bersama, ia mampu mengeratkan tali ukhuwah sesama staf dan ahli keluarga yang hadir.

MYHEP | 15

MAJLIS PERASMIAN PENJANA KPT CAP JOB CREATION :
PROGRAM SKIM LATIHAN GRADUAN MUDA
(PRO-GRADM) UTM

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan Program Job Pada majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal
Creation: Skim Latihan Graduan Muda UTM atau dikenali sebagai Pelajar), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin telah menyerahkan
ProGradM pada 7 April 2022. Program ini diwujudkan oleh Universiti watikah kepada wakil jabatan terlibat yang akan berperanan
melalui Pusat Kerjaya (UTMCC) dengan kerjasama Jabatan sebagai mentor kepada setiap peserta. Antara yang terlibat
Pendaftar di bawah PENJANA KPT-CAP sebagai satu inisiatif untuk adalah Sekolah Pengajian Siswazah, Jabatan Pendaftar,
membantu kebolehpasaran graduan dengan menawarkan latihan Institute for Life-Ready Graduate (UTM ILeaGue), Pusat
pekerjaan yang boleh memberi nilai tambah kepada mereka. Pengurusan Penyelidikan (RMC), dan Jabatan Timbalan Naib
Sepanjang tempoh latihan, setiap peserta diberi elaun sebanyak Canselor (Akademik dan Antarabangsa) (JTNCAA).
RM1,500 pada setiap bulan selama setahun.
Universiti yakin, menerusi latihan pekerjaan yang diberi selama
Semua peserta telah mula melapor diri di UTM bermula 20 Mac 2022. setahun ini dapat memberi peluang kepada graduan untuk
Mereka ditempatkan selama setahun di pelbagai jabatan di UTM meningkatkan kemahiran, mempelajari kemahiran baharu,
mengikut keperluan dan pengkhususan latihan pekerjaan yang memperoleh pengalaman bekerja serta membantu mengurangi
ditawarkan. Tiga pengkhususan tersebut adalah multimedia isu pengangguran dalam kalangan graduan. Pelaksanaan
ambassador, penganalisis database projek dan pengurusan inisiatif ini juga secara tidak langsung turut membantu jabatan
pentadbiran dan operasi. yang menghadapi kekurangan sumber manusia menerusi
penempatan peserta.

MYHEP | 16

PENCAPAIAN GE TERTINGGI DAN PERKONGSIAN
AMALAN STRATEGI KEBOLEHPASARAN DI KPT

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dinobatkan sebagai
Universiti Awam yang mempunyai peratusan tertinggi bagi
kebolehpasaran graduan (GE) dalam kalangan dua puluh (20)
Universiti Awam di Malaysia bagi tahun 2021, iaitu 97.94%
(data mewakili warganegara sahaja). Pencapaian ini adalah
yang tertinggi dicapai oleh UTM berbanding tahun sebelumnya.

Menerusi Sistem Kajian Pengesanan Graduan 2021 (SKPG)
yang dijalankan ke atas 4,663 graduan semasa, UTM
menunjukkan kelompok sasaran ini berjaya mendapat tempat
dalam pasaran kerjaya di pelbagai sektor pekerjaan. Ada di
antara mereka ditawarkan bekerja di syarikat dengan
pendapatan berkualiti atau premium iaitu melebihi RM4,000.
Dapatan daripada kajian ini juga telah membuktikan UTM
berjaya menyediakan ekosistem pengajaran dan pembelajaran
yang mampu menghasilkan graduan yang berkualiti dan
kompeten sejajar dengan keperluan majikan. Ini dapat dilihat
menerusi kejayaan cemerlang berdasarkan pencapaian 85%
kebolehpasaran bagi semua Program Akademik UTM 2021
yang ditawarkan.

Berikutan pencapaian cemerlang tersebut, UTM melalui Pusat
Kerjaya (UTMCC) telah diberi pengiktirafan dan dijemput oleh
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk membuat sesi
perkongsian amalan terbaik kepada semua wakil Universiti
Awam pada 13-14 April 2022 di Hotel Dorset, Putrajaya. Menerusi sesi tersebut, UTMCC telah menyatakan strategi kebolehpasaran
dengan menubuhkan pasukan khas iaitu Jawatankuasa Kebolehpasaran Graduan yang dikenali sebagai 'Rising Above Covid-19
Challenges - Graduate Employability (RACE-GE)' yang dilaksana secara sinergi dengan penglibatan dari pelbagai pusat tanggungjawab
UTM telah memberi banyak impak kepada pencapaian ini.

UTMCC selaku ketua task force ini juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif pengurusan kebolehpasaran graduan di UTM. Antaranya
adalah pelaksanaan program pembangunan kerjaya (Talent & Competency Management), mewujudkan kerjasama dengan industri
premium dan mengendalikan Seminar Kebolehpasaran Graduan. Program intervensi turut dilaksanakan menerusi program Dana
Intervensi GE KPT, PENJANA KPT-CAP & KPT-PACE, program upskilling/reskilling, program pensijilan profesional dan program
pemadanan pekerjaan iaitu Job-Matching - UTM Get Hired.

UTMCC sangat yakin, sinergi dan komitmen yang diberi oleh semua ahli telah berjaya membantu kebolehpasaran graduan sekali gus
melonjakkan nama UTM dalam pencapaian peratus kebolehpasaran yang tertinggi.

MYHEP | 17

STAF DAN PELAJAR UTM SERTAI JOM KACAU DODOL
PERDANA PERINGKAT UTM

20 April 2022 - Kolej Perdana telah menganjurkan aktiviti Jom Kacau Menurut beliau, program tersebut diadakan bagi memupuk
Dodol Perdana bertempat di Dataran U4 Kolej Perdana, Universiti semangat gotong-royong dan menambahkan kemeriahan dan
Teknologi Malaysia (UTM). Program ini dirasmikan oleh Timbalan Naib keceriaan bulan Syawal kepada komuniti yang tinggal di UTM.
Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin.
Program ini bersinergi antara kolej kediaman dan 10 buah pusat Bermula seawal jam 10.00 malam, peserta yang mewakili 10
tanggungjawab (PTj). Seramai 150 peserta terdiri daripada pelajar dan pusat tanggungjawab di UTM termasuk komuniti dari kawasan
staf UTM serta komuniti telah menyediakan 1,000 pek dodol untuk rukun tetangga (KRT) Taman Desa Idaman Senai telah
diagihkan kepada warga Universiti. bertungkus-lumus menyediakan dodol sehingga selesai kira-kira
jam 2.00 pagi.
Program ini bertujuan untuk memelihara tradisi turun-temurun di
samping memperkenalkan tradisi tersebut kepada pelajar Kemeriahan aktiviti Jom Kacau Dodol Perdana telah menjadi
antarabangsa di UTM. Pengetua Kolej Perdana, Dr. Syamsul kenangan indah yang sukar untuk dilupakan. Semangat gotong-
Hendra bin Mahmud berkata sebanyak kira-kira 160 kg bahan telah royong yang ditunjukkan seperti kata pepatah Melayu ringan
disediakan dan dodol tersebut dikacau menggunakan 10 kawah yang sama dijinjing berat sama dipikul telah dapat mengeratkan
melambangkan 10 wakil PTJ. hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti yang tinggal di
UTM.

MYHEP | 18

PROGRAM IFTAR KDOJ 2022 ERAT HUBUNGAN
WARGA KDOJ

18-19 April 2021 - Majlis Felo Kolej Kediaman, kakitangan pejabat berakhir pada pukul 6.30 petang. Aktiviti pengagihan pek nasi
dan Jawatankuasa Mahasiswa Pelajar Kolej Dato’ Onn Jaafar (JKM beriani kepada para pelajar telah dilakukan secara berpusat iaitu di
KDOJ) telah menganjurkan program iftar KDOJ 2022 sempena bulan Café Jutawan Selatan, dengan mematuhi Standard Operating
Ramadan al-Mubarak pada tahun ini. Procedure (SOP) demi mencegah penularan wabak COVID-19.

Program ini diadakan bertujuan untuk memudahkan urusan para Pada hari kedua program, 19 April 2022, beberapa aktiviti program
pelajar KDOJ khususnya pelajar muslim untuk mendapatkan sumber telah berjaya dijalankan seperti sesi fotografi antara kakitangan
makanan sebagai juadah berbuka puasa. Selain itu, program ini kolej, pengetua, majlis felo serta Jawatankuasa Mahasiswa KDOJ.
bermatlamat untuk membantu pihak kolej menjaga kebajikan para Setelah itu, program ini telah diteruskan dengan Majlis Perasmian
pelajar KDOJ, khususnya pelajar dari luar negara yang menghadapi Program KDOJ 2022 yang telah dihadiri oleh Prof. Madya Dr.
kesukaran mendapatkan makanan untuk berbuka puasa. Ahmad bin Che Yaacob, Pengarah Wakaf UTM. Majlis perasmian
program telah berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.
Di samping itu, program ini juga diharapkan agar dapat menjadi salah
satu medium yang berfungsi untuk mengeratkan hubungan Setelah itu, program diteruskan dengan aktiviti pembungkusan
silaturahim antara Majlis Felo, JKM KDOJ dan juga para pelajar di bubur lambuk. Aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya dengan
kolej ini. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada Unit Wakaf menggunakan tenaga daripada beberapa pihak termasuklah majlis
Pendidikan UTM dan Pusat Islam UTM, Program Iftar KDOJ 2022 felo, pengetua, kakitangan kolej serta beberapa Ahli Jawatankuasa
telah berjaya diadakan untuk tempoh selama 2 hari. Mahasiswa KDOJ. Seterusnya, bungkusan bubur lambuk diedarkan
ke kawasan sekitar UTM. Sebanyak 800 pek bubur lambuk telah
Program ini telah dibahagikan kepada beberapa aktiviti iaitu dapat diedarkan kepada warga setempat UTM.
pengagihan makanan pek nasi beriani kepada para pelajar,
pengagihan kurma, Majlis Perasmian Program Iftar KDOJ 2022, sesi Pada sesi petang, pihak KDOJ dengan berbesar hati telah
ramah mesra bersama TNC (HEP) UTM dan akhir sekali, pengagihan menerima lawatan daripada pihak Timbalan Naib Canselor (HEP),
bungkusan bubur lambuk kepada wakil kolej, kakitangan dan alumni UTM. Kehadiran TNC (HEP) ke KDOJ adalah bertujuan untuk
UTM. beramah mesra dengan pelajar-pelajar KDOJ khususnya warga
negara asing. Pihak TNC (HEP) juga turut sama mengagihkan pek
Pada 18 April 2022, sebanyak 150 pek nasi beriani telah berjaya makanan iftar serta bubur lambuk. Semasa pengagihan bubur
diagihkan kepada pelajar muslim KDOJ yang melibatkan para pelajar lambuk, para pelajar KDOJ turut menerima pek topeng muka demi
dari Blok XC1, Blok XB1 dan juga Blok XB2. Aktiviti pengagihan memastikan agar Standard Operating Procedure (SOP) di UTM
makanan ini telah dilakukan bermula pada pukul 5.30 petang dan khususnya KDOJ sentiasa dijaga.

MYHEP | 19

KOLEJ TUN FATIMAH ANJUR PROGRAM KESEDARAN
COVID KEPADA WARGA KTF

9 April 2022 - Program Webinar: The Impact of Covid-19 on
Environment ini telah berjalan dengan jayanya dengan
kerjasama Ahli Jawatankuasa Kolej Tun Fatimah (JKM KTF)
dan bantuan penasihat-penasihat program secara dalam
talian melalui aplikasi Streamyard.
Objektif program ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran dalam kalangan pelajar tentang kesan positif dan
negatif pandemik Covid-19. Wabak global penyakit Covid-19
menjejaskan setiap aspek kehidupan manusia. Langkah-
langkah yang diambil untuk mengawal penularan virus dan
kelembapan aktiviti ekonomi mempunyai kesan yang ketara
terhadap alam sekitar. Selain itu, program ini juga bertujuan
untuk meningkatkan pengetahuan untuk membendung
penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar.
Program ini bermula pada jam 2.30 petang. Para pelajar yang hadir memasuki pautan pendaftaran. Pengerusi majlis iaitu saudari Intan
Nursabrina binti Saharin mengendalikan pembukaan majlis. Seterusnya, pengarah program iaitu saudari Yong Han Nee merakamkan rasa
syukur atas kejayaan majlis ini yang berjalan dengan lancar. Program diteruskan dengan ucapan perasmian dari Pengetua Kolej Tun Fatimah
iaitu Dr. Noor Mala binti Ibrahim. Pada 3.00 petang, majlis diteruskan dengan sesi ceramah oleh Pengarah Kelestarian Kampus UTM iaitu Prof
Ir. Ts. Dr. Mohd. Fadhil bin Md Din. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab yang dijalankan melalui platform Quizizz dan sesi bergambar.
Program ini membawa manfaat kepada pelajar, kelab, kolej dan universiti kerana pengisian program ini memberi peluang kepada pelajar
supaya sentiasa peka terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.

MYHEP | 20

KOLEJ 9&10 EDAR BUBUR LAMBUK KEPADA
WARGA UTM

TARIKH : 20 APRIL 2022
MASA : 3.00 - 6.00 PETANG
ANJURAN : PEJABAT PENGETUA &

JAWATANKUASA KOLEJ
MAHASISWA KOLEJ 9&10
JUMLAH : 350 BEKAS BUBUR
LAMBUK

MYHEP | 21

PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN ANJUR PROGRAM
SAHUR RAIKAN FRONTLINER

15 April 2022 - Pusat Kecemerlangan Sukan dengan kerjasama Kolej Perdana, UTM menjayakan aktiviti menyemarakkan bulan Ramadan
dengan menganjurkan program sahur for frontliner. Aktiviti memasak secara bergotong-royong antara staf dan pelajar diadakan bermula
seawal jam 5.00 petang dan berakhir pada jam 12.00 tengah malam.
Sebanyak 400 pek makanan iaitu mee hoon goreng, nasi goreng, telur sambal dan ayam goreng dimasak khas buat petugas barisan
hadapan. Agihan makanan tersebut dibuat bermula jam 12.30 tengah hari. Agihan dipecahkan mengikut beberapa zon iaitu Balai Polis, Balai
Bomba dan hospital di sekitar Daerah Johor Bahru dan Kulai, termasuk Bahagian Keselamatan UTM.
Program ini juga salah satu inisiatif untuk menerapkan nilai murni untuk bersedekah di bulan Ramadan di samping meningkatkan hubungan
silaturahim di antara staf dan pelajar serta menghargai jasa dan pengorbanan barisan hadapan yang bertugas demi negara tanpa mengira
masa.

MYHEP | 22

MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN PROGRAM
CABARAN 100 HARI BERAT IDEAL 3.0

Pusat Kecemerlangan Sukan, Jabatan TNC (HEP) dengan
kerjasama Jawatankuasa Gaya Hidup Sihat Jabatan Pendaftar UTM
akan meneruskan Program Cabaran 100 hari 1.0 kepada 2.0 dan
seterusnya 3.0 untuk kesinambungan peserta warga Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) yang terlibat mendapat berat badan ideal
ke arah kesihatan fizikal yang lebih baik dan mempunyai tahap
kecergasan yang tinggi serta mematuhi SOP sektor am sukan.
Peserta program 3.0 pada kali ini adalah dalam kalangan pelajar di
setiap kolej di bawah Jabatan TNC (HEP). Program ini telah
diadakan bermula pada 27 Mac sehingga 2 Julai 2022.
Program ini disokong oleh Pusat Kecemerlangan Sukan (PKS)
sebagai pemudahcara dalam kalangan peserta yang mahukan
indeks jisim tubuh yang ideal. Menerusi program ini, peserta yang terlibat akan mengikuti teknik penjagaan kesihatan melalui diet
pemakanan yang seimbang dan aktiviti senaman yang disediakan. Penyertaan program 3.0 ini buat julung kalinya terbuka kepada pelajar
lelaki dan wanita di UTM yang mempunyai BMI melebihi 26.
Program ini telah dirasmikan oleh TNC (HEP), Prof. Dr. Shamsul bin Hj. Sahibuddin. Ucapan aluan disampaikan oleh Pengarah PKS, Tn.
Hj. Armadi bin Ahmad pada 12 April 2022 secara maya (Google Meet) bermula pada jam 3.00 petang.
Program ini terbahagi kepada lima (5) kumpulan mengikut warna biru, merah, hijau, kuning dan ungu. Setiap kumpulan mempunyai
enam (6) orang peserta dan seorang pengurus. Setiap kumpulan dibantu oleh seorang jurulatih daripada staf Pusat Kecemerlangan
Sukan. Penganjur telah menyediakan hadiah bagi kategori individu lelaki dan wanita dan kategori berpasukan supaya peserta
bersemangat untuk mendapatkan berat badan ideal. Para pemenang akan dimaklumkan selepas 2 Julai 2022 kelak.

MYHEP | 23

Bil 4/2022, Edisi April 2022

Helpdesk Jabatan TNC (HEP) Jabatan Timbalan Naib Canselor (HEP)
[email protected] - Pertanyaan Umum Aras 2&3, Bangunan Persatuan Pelajar (SUB)
[email protected] - Taskforce Pergerakan Pelajar
[email protected] - HEP UTM KL Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
81310, Johor Darul Takzim

https://www.utm.my/studentaffairs/

Talian HOTLINE Jabatan TNC (HEP) UTM Student Affairs
Kampus Johor Bahru
011-5559 9651

Kampus Kuala Lumpur
Puan Nurul Ain : 012-750 1969

heputmjb

Terbitan:
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar)


Click to View FlipBook Version