The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Info mengenai laman herba SK Convent Teluk Intan, Perak.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by lanizamhari, 2022-10-04 04:06:38

Glorious Herbs Garden

Info mengenai laman herba SK Convent Teluk Intan, Perak.

INFO
LAMAN HERBA
SK CONVENT
TELUK INTAN

Peppermint Peppermint adalah tanaman aromatik yang terdiri dari campuran
water mint dan spearmint. Tanaman ini digunakan untuk
menambah rasa atau aroma pada makanan, kosmetik, sabun,
ubat gigi, ubat kumur, dan produk lainnya.

Daun peppermint (Mentha piperita) dapat digunakan untuk
membuat teh dalam bentuk kering ataupun dalam kondisi teh
segar. Daun peppermint berasal dari Eropah, namun saat ini
peppermint telah dibudayakan dan banyak ditemukan di
pelbagai wilayah.

Di samping itu, tanaman peppermint juga memiliki beberapa
kegunaan bagi kesihatan termasuk memberikan efek
menenangkan dan mengurangi efek sakit kepala jika digunakan
sebagai aromaterapi.

2

Rosemary Nama Rosemary berasal dari dua perkataan latin iaitu “Ros” yg bermaksud embun (dew) dan “Marinus” yg bermaksud dari
lautan (of the sea). Secara umum memang menjelaskan habitat asalnya iaitu di sepanjang pinggiran laut Mediterranean.

Kegunaan Rosemary:
1. Infused oil.
Pernah dengar tak infused oil? Atau minyak yg telah diserapi dengan herba dan biasa digunakan dalam aromaterapi. Cara
utk menghasilkannya dengan rosemary amat mudah. Mula-mula potong batang rosemary (dgn daun sekali) pada ukuran 3
inci panjang. Sediakan 5 keratan. Lepas tu masukkan ke dalam secawan minyak zaitun dan panaskan pada api sederhana
selama 5-7 minit. Sejukkan dan simpan di dalam botol untuk digunakan kemudian. Selain utk aromaterapi, minyak
rosemary ni boleh digunakan dlm penyediaan salad.
2. Madu Rosemary
Sediakan 5 kerana rosemary berukuran 3 inci panjang. Masukkan ke dalam secawan madu dan panaskan pada suhu
sederhana selama 5 minit. Biarkan sejuk selama 45 minit. Keluarkan keratan rosemary tadi dan masukkan madu sahaja ke
dalam bekas. Madu rosemary sekarang telah sedia utk digunakan.
3. Minyak Pati Rosemary (Essential oil)
Minyak pati Rosemary boleh membantu melegakan masalah pencernaan, sakit sendi, selesema, sakit kepala dan banyak
lagi. Sekarang anda akan belajar cara nak buat minyak pati Rosemary sendiri di rumah. Teknik hampir sama dengan proses
menghasilkan infused oil iaitu memasukkan beberapa keratan rosemary ke dalam minyak zaitun. Gunakan ukuran yg sama.
Lepas tu masukkan minyak zaitun yg mengandungi keratan Rosemary ke dalam balang kaca dan tutup. Kemudian letakkan
balang tadi di bawah cahaya matahari selama 6 minggu. Mudah tak?
4. Melegakan Hidung Tersumbat
Kalau anda sering mengalami hidung tersumbat dan dada terasa sesak sebab sejuk, mungkin kaedah ini boleh membantu.
Panaskan air sehingga mendidih menggunakan cerek atau pot. Tungkan air yg masih mendidih ke dalam mangkuk yg
besar. Masukkan lebih kurang satu genggam rosemary dan kacau. Boleh guna rosemary segar atau kering. Ambil tuala
untuk menutup belakang kepala dan membongkok ke atas mangkuk tadi. Sedut wap air sehingga 10 minit.
5. Melegakan Kesakitan
Rosemary boleh membantu melegakan kesakitan ulu hati atau angin dalam perut dengan mengambilnya dalam bentuk
minuman teh rosemary. Minyak rosemary pula boleh digunakan untuk melegakan sakit gigi, enzima, sakit kepala, sakit urat
dan gout. Ciri analgesik (melegakan kesakitan) dan anti-keradangan pada rosemary sebenarnya telah dibuktikan secara
saintifik malah telah diiktiraf oleh Badan Kerajaan yg bertanggungjawab meluluskan ubatan di German untuk merawat
sakit otot dan artritis.

3

Thyme Thyme merupakan tanaman herba yang berasal dari keluarga mint. Tumbuhan ini memiliki lebih dari 400 subspesies dan
memiliki rasa yang unik. Pelbagai hidangan menjadi nikmat dengan taburan daun thyme segar, mahupun dari thyme botol
yang dijual di pasaraya.

Manfaat thyme:

1. Mengendalikan tekanan darah

Salah satu spesies thyme, yakni Thymus linearis Benth, dilaporkan memiliki khasiat untuk mengawal tekanan darah. Anda
juga boleh menggantikan penggunaan garam dengan taburan thyme, untuk menjaga tekanan darah.

2. Meningkatkan daya tahan tubuh

Thyme mengandung vitamin C dan vitamin A. Keduanya berperanan dalam menjaga sistem imun tubuh.

3. Melegakan batuk

Thyme juga tersedia dalam bentuk minyak esensial yang telah banyak digunakan untuk meredakan batuk. Kombinasi daun
thyme dan daun ivy mampu meringankan batuk.

4. Mengatasi jerawat

Jerawat di kulit pun boleh diatasi dengan thyme. Thyme dilaporkan memiliki sifat antibakteria dan berpotensi untuk
menjadi kandungan antijerawat di masa mendatang.

5. Memiliki sifat antioksidan

Thyme memiliki kandungan yang boleh bertindak sebagai molekul antioksidan, seperti lutein, zeaxanthin, dan timonin.
Antioksidan penting untuk mengendalikan radikal bebas yang dapat membaiki sel dan pelbagai penyakit.

6. Berpotensi untuk menyihatkan mata

Thyme mengandung karotenoid dan vitamin A. Kedua nutrisi ini sudah lama dikenal sangat baik untuk kesihatan mata,
sekaligus bertindak sebagai molekul antioksidan. Misalnya, karotenoid dapat mengendalikan radikal bebas di sistem okular
sehingga membantu memperlambat degenerasi makula dan mencegah katarak.

4

Parsley Sebenarnya daun parsley berbeza dengan daun sup. Khasiat juga berlainan. Daun Parsley juga dikenali
dengan nama Pasli. Daun parsley biasanya digunakan untuk masakan Itali.. Daun Parsley adalah
tumbuhan keluarga Umbelliferae lebih dikenali sebagai sayuran. Batangnya lembut serta memiliki daun
yang kerinting. Pokok Parsley (Petroselinum crispum) merupakan sejenis pokok herba dwitahunan yang
daunnya biasa juga digunakan sebagai rempah.
Seperti dalam entry sebelum ni khasiat daun parsley adalah untuk mencuci buah pinggang..selain dari itu
daun parsley yang kaya dengan vitamin B, C dan E serta zat galian seperti kalsium, magnesium dan
klorofil ini jugak boleh diguna untuk :

1. Rambut
Daun parsley yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air
ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

2. Pulihkan Hipotensi
Air rebusan daripada sayuran yang mengandungi pelbagai zat ini merupakan minuman terbaik untuk
pesakit hipotensi iaitu penyakit tekanan darah rendah yang berpunca daripada anemia, kekurangan saraf
akibat diabetes, paras gula rendah dalam darah, tiriod yang tidak aktif atau kekurangan zat makanan.

3. Parsley/ juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan
menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.

5

Vicks Oleum eucalypti adalah minyak yang diperolehi daripada penyulingan daun segar
Eucalyptus Globulus, Labill (N.O Myrtaceae) atau spesies Eucalyptus yang lain.
Minyak ini mempunyai banyak kandungan cineol dan sedikit phellandrene. Ciri
oleum eucalypti adalah bahawa ia berwarna kuning muda, tidak tebal, dengan
aroma camphoraceous segar dan mempunyai rasa yang sedikit pedas tetapi sejuk.

Berikut adalah beberapa faedah oleum eucalypti:

1. Membentuk dan menguatkan tulang dan gigi

2. Membantu mengekalkan struktur bingkai dan fungsinya

3. Menjaga jantung berfungsi dengan sihat

4. Memainkan peranan penting dalam pengecutan otot

6

Culantro Nama umum culantro adalah ketumbar panjang (bandhania) kerana ia adalah saudara dekat
ketumbar, juga dinamakan sebagai ketumbar (dhaniya). Di India, kebanyakannya terdapat di
bahagian timur laut yang merangkumi Sikkim, Manipur, Assam, Nagaland, Mizoram dan
Tripura. Culantro juga dijumpai di beberapa bahagian di India Selatan seperti Pulau
Andaman & Nicobar, Karnataka dan Tamil Nadu.

Rasa daunnya harum dengan aroma yang unik. Itulah sebabnya mengapa ramuan ini banyak
digunakan untuk membumbui pelbagai jenis makanan termasuk kari, chutney, sup, daging,
sayur-sayuran, mi dan sos. Culantro terasa pahit dan hanya digunakan dalam jumlah kecil.

Manfaat Kesihatan Culantro:
1. Merawat penyakit berjangkit
2. Menguruskan diabetes
3. Menghilangkan bau mulut
4. Merawat penyakit jantung
5. Merawat gangguan buah pinggang
6. Mencegah Alzheimer
7. Menguruskan asma

7

Stevia Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga
bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana
dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas
sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai
sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba
berbatang lembut.

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak
mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori,
lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis
dari gula biasa.

Stevia iaitu sejenis daun yang memiliki kemanisan semulajadi sebanyak 300 X
GANDA dan kadar kalorinya amat RENDAH berbanding gula biasa dan ia adalah
satu-satunya Alternatif yang semestinya diperlukan oleh semua Rakyat malaysia
kerana Stevia dapat membantu dan merawat pengaliran darah yang bermasalah dalam
badan kita. Stevia tidak begitu popular dikalangan rakyat Malaysia yang masih
gemarkan makanan dan minuman bermanis yang berlebihan

Stevia bukan saja indah pada nama tetapi unik kerana khasiat yang dihasilkan
daunnya boleh menggantikan gula. Ia dikatakan boleh menggantikan gula untuk
pesakit kencing manis, yang juga dikategorikan sebagai pokok renek sesuai menjadi
penghias penutup bumi.

8

Mexican Tarragon mudah tumbuh dimana saja, memiliki dedaunan hijau dan bunga-
Tarragon bunga kecil berwarna kuning. Tanaman ini popular karena kegunaannya
dalam bidang kulineri. Tarragon digunakan untuk menambah rasa pada
banyak makanan dan sos. Seperti halnya oregano, tarragon memiliki banyak
kegunaan selain hanya menambah rasa pada makanan kegemaran anda.

Manfaat Daun Tarragon untuk Kesihatan:

1. Tarragon mengandungi banyak sumber mineral seperti magnesium, zat
besi, zink dan kalsium.

2. Tanaman herba ini kaya akan vitamin A, vitamin C dan B-6.

3. Tarragon mengandungi antioksidan yang dapat membantu menetralkan
radikal bebas dalam tubuh.

4. Tarragon membantu menjaga kesihatan jantung. Bila diamalkan secara
teratur dapat membantu mengurangi risiko pembekuan darah, strok dan
serangan jantung.

5. Tarragon mengandungi banyak minyak esensial yang baik untuk
kesihatan.

9

Thai Basil Selain digunakan sebagai pelengkap sajian dan penambah rasa pada
makanan, Thai basil ternyata juga mengandungi pelbagai manfaat bagi
kesihatan tubuh dan pencegahan penyakit.

Thai basil (O. basilicum var. thyrsiflora) merupakan tumbuhan berbunga
dari keluarga mint (Lamiaceae) dan termasuk sebagai salah satu variasi dari
selasih atau kemangi Italia, yang juga dikenal dengan common basil / sweet
basil (Ocimum basilicum L.), sehingga seringkali disamakan dengan daun
kemangi biasa.

Manfaat Thai Basil Untuk Kesihatan:
1. Kaya Antioksidan
2. Mencegah Peradangan
3. Antibakteria dan Antimikroba
4. Mengatasi Masalah Kulit
5. Melindungi dan Mengurangi Risiko Kerosakan Saraf
6. Melawan Sel Kanser Usus

10

Sweet Basil Perkataan basil dalam bahasa greek membawa maksud tumbuhan diraja. Ia
diberikan nama jolokan raja herba kerana keistinewaannya. Bersesuaian
dengan namanya tumbuhan ini mempunyai pelbagai kegunaan masakan dan
perubatan.

Basil atau dikenali dengan panggilan selasih dalam bahasa melayu
merupakan kumpulan tumbuhan yang terdiri dari pelbagai varieti. Antara
yang sering digunakan dalam masakan barat ialah sweet basil atau jika
diterjemahkan dalam bahasa melayu menjadi selasih manis. Ia juga dikenali
dengan nama Genovese basil. Dalam masakan asia pula selasih yang sering
digunakan ialah selasih thai( Ocimum basilicum var thyrsiflora), kemangi (
O. X citriodorum) dan selasih hijau (ocimum tenuiflorum).

Sweet basil digunakan dalam pembuatan sos terkenal pesto. Sos ini dimakan
bersama pasta, pizza dan roti bawang putih. Ia juga digunakab dalam
pembuatan sos bolognese dan penambah perisa kepada masakan itali seperti
pizza.

Aroma daun selasih ini mampu memberikan ketenangan, maka ia sesuai
digunakan terus atau dalam bentuk pati minyak. Anda juga mungkin ingin
mencubanya dalam bentuk teh.

11

Pecah Pecah kaca/beling atau nama saintifiknya Strobilanthes
Kaca crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae)
merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar
hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama
kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang
mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta
(tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Di Malaysia,
pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah
beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup
subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara
tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta
batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

12

Lembing Pokok Lembing Ali ini berasal dari benua Afrika dan ada banyak
Ali
spesis iaitu lebih daripada 70 jenis. Antaranya ialah Sansevieria
cylindrica, Sansevieria ehrenbergii, Sansevieria eilensis, Sansevieria
kirkii, Sansevieria pinguicula, Sansevieria trifasciata dan Sansevieria
stuckyi. Spesis yang paling digemari ramai sebagai tanaman hiasan
ialah spesis Sansevieria trifasciata.

Tanaman ini sesuai dijadikan tanaman pagaran atau ditanam
berasingan serta boleh juga ditanam di dalam pasu cantik dan
diletakkan di dalam rumah (pastikan kedudukannya hampir dengan
pintu atau tingkap untuk mendapatkan cahaya matahari).

Sebagai tanaman hiasan, untuk kelihatan lebih cantik, daunnya
hendaklah disembur dengan air dan dilap supaya bersih dan berkilat.

Dari segi perubatan tradisional pula, daun lembing ali boleh
digunakan sebagai pembalut luka.

13

Belalai Pokok belalai gajah merupakan sejenis herba popular
Gajah dalam perubatan tradisional thai dan China. Ia
merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang
kecil dan panjang.

Ia digunakan di Thailand sebagai bahan untuk merawat
penyakit kulit. Ekstrak daripada daunnya yang segar
digunakan untuk merawat ruam kulit. Malahan ekstrak
dari tumbuhan ini juga digunakan di dalam krim yang
disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox)
. Ekstraknya juga digunakan untuk mengubati dermatitis
Ia juga digunakan sebagai penawar kepada racun dari
gigitan ular.

14

Cabang Pokok cabang tiga merupakan tumbuhan herba yang
Tiga mengandungi pelbagai khasiat kesihatan.

Pokok liar yang biasanya tumbuh di kebun getah atau dusun
ini sudah mula ditanam untuk tujuan komersial kerana
permintaan yang tinggi dalam kalangan penggemar ulaman
herba.

Pucuk pokok cabang tiga atau juga lebih dikenali sebagai
pokok tenggek burung enak dijadikan ulaman dimakan
bersama sambal belacan dan nasi panas. Ia dipanggil pokok
cabang tiga kerana setiap tangkai daunnya mengandungi tiga
helai daun.

Di antara khasiatnya termasuklah untuk merawat penyakit
darah tinggi, melancrkan peredaran darah, menghilangkan
lenguh-lenguh badan, untuk perawatan wanita selepas bersalin
dan untuk kaum lelaki juga.

15

Aloe Vera Aloe Vera adalah tumbuhan yang sangat biasa terima kasih kepada
banyak sifatnya, bukan sahaja perubatan tetapi juga esoterik. Dalam
artikel ini kami menunjukkan kepada anda ciri, sifat dan penjagaan
tumbuhan ini tidak begitu cantik, tetapi berfungsi. Baca dan pelajari
semua yang anda perlu tahu tentang Aloe Vera.
Khasiat Aloe Vera Untuk Kesihatan:
1. Meningkatkan Tahap Pencernaan
2. Meningkatkan Imunisasi
3. Kulit Yang Sihat
4. Penjagaan rambut
5. Melegakan Sakit Sendi & Otot
6. Menyembuhkan luka
7. Menurunkan Gula Dalam Darah
8. Penyembuhan Penyakit Gusi

16

Inai Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi pada daunnya. Daun inai atau Henna
merupakan sejenis pokok renek dengan bunga yang berwarna hijau pucat serta daun-daun
yang sangat berguna. Orang-orang melayu dan cina menggunakannya untuk
menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Untuk itu, daun-daun ini dibersihkan
dan ditumbuk, kemudiannya disapukan pada tempat yang sadaikit. Selain daripada itu,
orang melayu juga menggunakan air daun inai untuk menyembuhkan sakit perut. Air ini
berupa campuran daun inai segar yang telah dicincang atau inai kering dengan dua gelas
air. Ia direbus di dalam bekas yang tidak ditutup. Airnya ditapis dan diminum.

Serbuk daun inai digunakan untuk menyembuhkan luka-luka semasa berkhatan, bisul,
penyakit-penyakit kulit dan sengal-sengal tulang. Sementara itu, akar-akar palpa digunakan
untuk mengubati bisul. Bagi orang-orang India,air daun itu adalah baik sebagai bahan
astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan
atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya bahawa berkumur
dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak. Orang India juga
menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit,
bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun-daunnya untuk menyembuhkan sakit
kepala dan rasa panas di kaki.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, orang-orang Melayu juga menggunakan
daunnya untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurrkan dengan
pewarna-pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan
rambut atau bahan tekstil.

17

Halia Halia adalah sejenis pokok herba berumbisi atau berubi
dan ia dikatakan berasalkan dari Malaysia. Nama
saintifik halia ialah Zingiber officinale dari famili
tumbuhan Zingiberaceae. Ia sebenarnya adalah sejenis
tumbuhan liar dan ubi atau rizomnya boleh menjalar di
dalam tanah di kawasan yang lembap, gembur dan kaya
dengan bahan organik.

Selain sebagai ramuan perasa dalam masakan, halia juga
dikatakan mempunyai banyak khasiat perubatan.
Antaranya membuang angin dalam badan dan dapat
mengawal kandungan kolestrol dalam darah. Kaedahnya
mudah sahaja iaitu dengan hanya meminum air rebusan
isinya.

18

Telang Pokok telang atau kacang telang (nama saintifik: Clitoria ternatea)
merupakan sejenis pokok kekacang yang mempunyai bunga bewarna ungu
terang dalam keluarga Fabaceae.

Dalam makanan bunganya digunakan secara tradisional sebagai bahan
pewarna makanan menghasilkan warna biru dalam masakan seperti nasi
kerabu, pulut dan mi tetapi kini amat jarang atau hampir tidak lagi
digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk
digunakan.

Kuntum-kuntum bunga ini boleh diseduh sebagai air teh (yakni "teh bunga
telang"); teh ini diketahui di Vietnam, Thailand dan Malaysia sebagai
minuman pelega selepas makan malam mahupun dinikmati manis
dicampur dengan limau dan pemanis seperti madu atau gula merah.
Peminuman teh bunga telang juga dipercayai membantu mengekalkan
awet muda dan ketegangan kulit.

Tujuan lain bunga telang sering digunakan sebagai barang sembahyang
penganut Hindu.

19

Durian Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan
Belanda yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali
sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut
sehingga montane bawah.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau.
Isinya memiliki banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

Durian belanda atau nama botaninya Annona muricata L daripada famili Annonaceae dipercayai berasal
dari Amerika Selatan.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Isinya terdapat banyak biji,
dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya.

Durian Belanda adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari
pada terapi kemo menurut satu kajian tertutup oleh pengusaha ubatan dunia. Saya pernah mendengar
petua orang tua-tua mengenai penggunaan durian belanda dalam pengubatan kanser (lebih tepat lagi
kanser payu dara), walau bagaimana pun ia tidak begitu jelas dan petua ini juga tidak disebarkan
dengan meluas.

Khasiatnya dalam pengubatan kanser telah dibuktikan menerusi kajian tertutup yang dinyatakan tadi
kerana pengusaha farmasi tamak yang mahu mengkomersialkan tetapi mereka gagal untuk
mempatentkan kerana “Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat
adalah DILARANG dipatentkan.”

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan
terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini
juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing,
menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang
kurang baik.

20

Tembaga Pokok Bakong atau juga disebut sebagai pokok
Suasa Tembaga Suasa (Crinum Asiaticum L.) merupakan
sejenis pokok herba yang mempunyai taburan tanaman
semulajadi seluruh negara Asia. Ia ditanam dengan
menggunakan biji ataupun dengan memisahkan
bahagian bebawangnya daripada pokok induk. Daun
Bakong tumbuh memanjang, bunganya keluar jambak
berwarna putih dan berbau wangi pada waktu malam.
Pokok ini memang cantik dan banyak dijadikan hiasan di
taman-taman kerana sifat daunnya yang lebar merimbun.
Ia boleh tumbuh di tempat yang terdedah kepada cahaya
matahari atau di bawah teduhan. Dari segi khasiat
perubatan, ia dipercayai mampu merangsang muntah,
mengubati luka, demam panas, sakit sendi dan
meredakan tangisan budak.

21

Bakawali Pokok bunga bakawali juga dikenali sebagai pokok Epiphyllum atau ada
juga yang memanggilnya sebagai pokok kaktus orkid. Ia adalah sejenis
pokok kaktus yang hidup berumpun mengeluarkan batangnya yang
berbentuk leper seperti daun walau pun sebenarnya ia tidak berdaun.

Kita jarang-jarang dapat melihat bunga pokok bakawali ini berkembang
mekar kerana jangka hayat mekar bunga ini hanyalah sehari sahaja. Uniknya
bunga bakawali akan mekar penuh pada waktu malam dengan
mengeluarkan bau yang harum semerbak (malam bulan mengambang).
Bunga ini akan layu pada waktu siangnya. Ada beberapa kepercayaan orang
dulu-dulu berkaitan bunga bakawali ini tetapi masyarakat sekarang mungkin
sudah tidak mempercayainya lagi.

Pokok dan bunga bakawali dikatakan ada nilai herba juga dan digunakan
oleh orang-orang dahulu intuk mengatasi msalah rabun mata dan perawatan
untuk mencantikkan kulit. Ada juga yang menggunakannya untuk merawat
luka, bisul, bengkak dan beberapa penyakit lain.

22

Kari Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii tergolong dalam keluarga Rutaceae. Ia
sering ditanam di kawasan sekitar rumah untuk kegunaan sebagai rempah dalam masakan
terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak
pahit.

Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat India kerana ia bukan sahaja digunakan
dalam masakan kari, malah dalam masakan lain seperti rasam, chutney , muruku dan sebagainya
lagi. Berasal dari negara India dan Sri Lanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika.

Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda
dan ungu setelah matang. Ia membiak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh
dari akarnya. Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai
tumbuhan hiasan.

Berikut pula ialah khasiat kesihatan daun kari ini:

1. Penawar cirit birit dan buasir

2. Loya dan pening

3. Diabetes

4. Rambut panjang dan sihat

5. Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa

6. Lebam dan bengkak

7. Kecantikan dan kesihatan diri

8.Khasiat Daun Kari Untuk Darah Tinggi

23

Lengkuas Pokok lengkuas boleh ditanam dengan mudah
iaitu dengan menanam keratan rizomnya (ubi).
Lengkuas menghasilkan rizom berwarna merah
jambu air dan kuning pucat serta mempunyai
rasa pedas. Rizom yang semakin tua akan
menjadi berserat dan keras serta mengeluarkan
bau harum yang kuat. Rizomnya itu sering
digunakan sebagai bahan utama penyedap rasa
dalam beberapa masakan daging dan ayam
seperti rendang, serunding dan lain-lain
masakan.

24

Kesum Kesum (Polygonum minus) adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Polygonaceae yang terdapat di
Malaysia dan negara yang beriklim tropika. Tumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara seperti
Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. Ia digunakan sebagai ulaman dan bahan untuk masakan
seperti Asam Pedas dan juga Laksa Penang. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan tanah lembab dan
berair seperti di tepi kolam, tepi parit dan juga di kawasan kebun keliling rumah kampung (selalunya di
tepi bilik air). Daun kesum merupakan bahagian yang paling banyak digunakan terutamanya dalam
masakan. Ia akan menghasilkan rasa masam lemak dan aroma yang cukup menyelerakan setelah
dicampurkan dalam masakan. Nama lain bagi kesum adalah seperti Chinese Knotweed (English), Duo
mao lio (China), Surudo kudami (Jepun). Walau bagaimanapun ianya adalah spesis yang lain dari
Kesum di Malaysia.

Antara kegunaan daun kesum selain dari masakan adalah:

1. Merawat Kelemumur

Jika anda mempunyai masalah kelemumur boleh lah cuba cara ini ,kisarkan satu ikat daun kesum
sehingga lumat kemudian sapukan pada keseluruh bahagian kulit kepala. Biarkan seketika kemudian
cuci bersih rambut seperti biasa. InshaAllah masalah kelemumur pada rambut anda akan pulih.

2. Mengubati Sakit Perut

Rebuskan daun kesum bersama satu cawan air sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan
sejuk seketika. Minum air rebusan tersebut inshaAllah akan melegakan sakit perut anda. Daun yang
direbus tadi juga boleh dilekapkan ke perut. Anda juga boleh mengamalkan minum air rebusan daun ini
sebulan sekali untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.

Namun begitu meskipun khasiat daun kesum ini banyak namun pengambilan terlalu kerap adalah tidak
digalakkan, kerana kandungan asid oksalik di dalamnya boleh menghalang penyerapan mineral ke
dalam tubuh.

25

Kunyit Kunyit putih adalah akar tumbuhan curcuma zedoaria. Termasuk dalam keluarga
Putih rempah dapur, biasanya tumbuhan ini mempunyai peranan penting untuk menambah
rasa atau warna kepada hidangan. Serbuk kembar kunyit oren juga biasanya ditambah
kepada hidangan, seperti dalam kari.

Kunyit putih mengandungi beberapa sebatian kimia yang terdiri daripada
curcuminoids, tanin, saponin, steroid, dan flavonoid. Terima kasih kepada ini,
tumbuhan ini juga digunakan secara tradisional untuk merawat pelbagai penyakit.

Tumbuhan herba ini berwarna kuning muda yang hampir dengan warna putih di luar,
dan kuning terang pada daging. Kunyit putih mempunyai rasa yang menyerupai halia,
tetapi dengan penambahan rasa yang lebih pahit.

Jangan memandang rendah kunyit putih, kerana tumbuhan ini juga mempunyai
banyak manfaat untuk kesihatan badan iaitu;

1. Radang

2. Menghalang sel-sel kanser

3. Anti-tumor

4. Mengatasi sindrom metabolik

26

Serai Tanaman serai wangi dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai
Wangi wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di
Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan
kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanamnya bagi
menghasilkan minyak pati. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan
mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya
bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar
dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan
serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang
iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan
pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau
dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam
menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan
serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam
khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang
dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua
bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan
untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan
mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri
wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga
tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.

27

Kadok Pokok kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum
merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya
menyerupai pokok sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia
bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui.
Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal
dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing.
Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum
air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan
batuk-batuk, selsema ,sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal
tulang.

28

Limau Pokok limau purut merupakan salah satu tanaman herba yang perlu ada di
Purut kawasan rumah kita kerana kegunaannya yang pelbagai. Ia boleh ditanam di
atas tanah atau pun di dalam pasu dan sesuai dijadikan tanaman hiasan juga.
Pokok limau purut boleh disemai melalui biji benih atau pun tut. Untuk
mendapatkan pertumbuhan pokok yang baik, limau purut bolehlah dibiakkan
melalui cara cantuman mata tunas menggunakan pokok penanti (anak benih)
limau nipis. Pokok limau purut cepat berbuah dan lambat membesar.

Kegunaan utama pokok limau purut ialah daunnya yang biasa digunakan dalam
masakan tempatan seperti rendang, tomyam, sop sayur, laksa dan kuah satay.

Manakala buah limau purut digunakan dalam perubatan tradisional, penjagaan
kesihatan dan kebersihan dan juga perasa minuman. Buah limau purut sesuai
dijadikan bahan mandian untuk membasmi bau badan dan melembutkan kulit..
Ia boleh digunakan juga sebagai bahan pencuci rambut untuk mengurangkan
kelemumur serta melembut dan melebatkan rambut. Buah limau purut juga
digunakan sebagai bahan pencuci tandas/bilik bilik air kerana aromanya. Ia
juga digunakan sebagai bahan mencuci ikan air tawar untuk menghilangkan
bau hanyirnya.

29

Cekur Cekur atau nama lainnya Maraba, Finger Root, Aromatic Ginger dan
Kencur (dalam bahasa Jawa) adalah sejenis tumbuhan yang ditanam
secara meluas di Malaysia. Cekur sering digunakan dalam masakan
pecel iaitu masakan ala Jawa yang sohor di sekitar negeri Johor. Pecel
merupakan ikan keli dibakar atau daging ayam bakar.

Kebaikan yang boleh diperoleh dari cekur ialah:
1. Ekstrak Cekur digunakan sebagai repellent nyamuk
2. Melancarkan peredaran darah
3. Meredakan kembung perut
4. Mencantikkan kulit dan awet muda
5. Meredakan sakit otot dan sengal badan
6. Meningkatkan pengeluaran susu ibu
7. Melawaskan sistem pencernaan

30

Serai Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau
yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris).
Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar
luas di kawasan tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.
Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya
masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.

Tumbuhan ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau
digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, serai juga sesuai digunakan
dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut.

Terdapat lebih 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah
tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon
citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih
sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-
wangian.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling
menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana
minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh
digunakan sebagai penghalau nyamuk.

31

Halia Bara Pokok Halia merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di
tanam sebagai makanan. Halia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan
pasar sayur. Halia bara pula adalah sejenis halia yang digunakan dalam perubatan
tradisional.

Antara khasiat halia bara adalah seperti kegunaanya didalam mengubati penyakit kulit
seperti Panau dan Kurap. Selain itu khasiatnya adalah seperti ia mampu juga
menghilangkan tompok-tompok panau dengan mujarab. Halia Bara juga mampu
menghilangkan kelumumur pada rambut serta merawat untuk menghilangkan rasa
sengal-sengal otot serta sendi urat saraf. Halia bara juga didapati dapat
menghilangkan batuk, meredakan demam malaria, didakwa dapat membantu
menghilangkan masaalah penyakit gout dan juga merawat penyakit resdung. Paling
seronok diperkatakan adalah kerana pati halia bara mampu meningkatkan kekuatan
tenaga batin lelaki. Bagaimana pun perlu diambil ingatan bahawa adalah tidak
digalakan minum air rebusannya selalu kerana ia akan merosakkan usus perut dan
menyebabkan pedih ulu hati. Dalam temuan lain dinyatakan bahawa halia bara
mampu melembutkan perut serta membantu didalam proses penghadaman makanan .
Seperti air minuman halia, minuman halia bara juga mampu mengeluarkan angin dari
dalam tubuh setelah meminumnya seperti 'air sarbat halia bara'. Ramai penduduk
kampong dan orang asli yang menggunakan halia bara untuk merawat kesan gatal
gigitan serangga. Selain itu ia melegakan demam dan kadang-kadang digunakan
sebagai bahan untuk rawatan ibu selepas bersalin.

32

Mengkudu Pokok Mengkudu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia
serta di negara-negara asia tenggara dan negara-negara kepulauan pasifik yang lain.
Nama botaninya Morinda spp.

Pucuk Mengkudu juga boleh dibuat ulam. Pokok ini juga digunakan sebagai ubat
tradisional.

Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya
"Noni" (Hawaii, Polinesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry"
(India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia
Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Di
Malaysia terdapat tiga spesies mengkudu, iaitu pokok Mengkudu Besar ("Morinda
citrifolia Linn."), pokok Mengkudu Kecil ("Morinda Elliptica Ridl") dan pokok
Mengkudu Akar ("Morinda Umbellata").

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya
pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah
lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat
tenaga.

Pucuk atau daun muda mengkudu mengandungi khasiat makanan tinggi.

33

Delima Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang
sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu
dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau
ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama
sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan
sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya
berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud
firman Allah swt.

Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara
mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas
ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya
dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia
penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.
Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis
bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga,
pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadhaman.

34

Kacip KACIP FATIMAH (Labisia pumila) merupakan sejenis herba yang
Fatimah popular berkhasiat daripada keluarga Pumilaceae. Ia merupakan
sejenis tumbuhan herba yang lazimnya terdapat dalam hutan dan
belukar di kawasan negara kita dan beberapa negara jiran.

Kacip Fatimah bersifat anti-kanser, anti-kulat dan anti-radang,
disamping khasiatnya yang merangsang estrogen.” Kajian lanjut
perlu diteruskan secara klinikal untuk mendapatkan khasiat sebenar
penggunaan kacip fatimah.

Kajian terhadap keupayaan Kacip Fatimah untuk melindungi sel
semasa rawatan kemoterapi atau mengurangkan kesan kemo-
ketoksinan ketika pesakit barah menjalani rawatan. Beliau
mendapati keberkesanan bagi tujuan perubatan ada pada tiga jenis
Labisia pumila Benth, yang mempunyai kandungan fitokimia seperti
phenolic dan sebatian flavonoid. Dalam amalan perubatan
tradisional, daun Kacip Fatimah direbus bersama dengan ramuan
herba lain dan campurannya diminum atau digunakan untuk mandi.

35

Pandan Pokok pandan atau nama saintifiknya Pandanus amaryllifolius adalah
sejenis pokok tropika. Pokok pandan berwarna hijau dan tumbuh menegak
dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu.
Pokok pandan membiak melalui cara keratan, akar, anak benih sulur, dan
anak pokok. Pokok pandan hanya berdaun dan tidak mempunyai bunga.

Antara khasiat pandan ialah mengurangkan sakit. Pandan mengandungi
sifat-sifat julap dan daunnya boleh melegakan kesakitan untuk pening
kepala, sakit dada dan kejang perut.

Pengambilan daun pandan dalam pemakanan mampu menyahtoksik hati
dan badan daripada toksin. Sifat julap daun pandan juga mampu menolong
proses penyahtinjaan.

Mengikut suatu kajian di Thailand yang diterbitkan dalam majalah
Pharmacognosy pada tahun 2015, teh pandan atau ekstrak pandan boleh
membantu merendahkan tahap gula dalam darah. Ianya terbukti bahawa
kadar glukos plasma di dalam subjek manusia yang dikaji menurun semasa
tempoh kajian.

36

Tenggek POKOK TENGGEK BURUNG (Euodia redleyi)
Burung merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Rutaceae
iaitu merupakan tumbuhan renek yang tumbuh secara
liar di Malaysia. Tumbuhan ini telah diberikan nama
'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung bersaiz
kecil suka hinggap diatas pokok ini (seperti burung
kelicap, burung murai, burung kecil lain) untuk
menyedut nektar daripada bunganya dan membuat
sarang untuk bertelur. ULAM DAUN TENGGEK
BURUNG mempunyai khasiat yang agak menakjubkan.
Bahagian pucuk tumbuhan ini dipetik dan dijadikan
ulam dengan rasa masam, kelat dan pahit sedikit dan
biasanya amat enak dimakan dengan sambal belacan
bersama nasi putih.

37

Terima Kasih

38


Click to View FlipBook Version