The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by theradish135, 2021-01-27 08:51:14

PERMAINAN TRADISIONAL FATIN ALYANA

PERMAINAN TRADISIONAL

PERMAINAN
TRADISIONAL

- Gasing
- Congkak
- Wau

GASING

• Gasing adalah satu permianan tradisional yang bertujuan menguji
kepintaran pemain memusingkan gasing supaya gasing dapat berpusing
dalam jangka masa yang Panjang

• Permainan ini dimainkan oleh lelaki dewasa dan kanak-kanak yang
berumur Sembilan tahun ke atas.

• Jumlah pemain bagi permianan ini adalah 2 orang atau lebih dan
dimainkan di kawasan yang lapang dan rata

• Alat yang diperlukan untuk permainan ini ialah gasing timah, tali gasing,
lopak, bong, bulu ayam, getah kecupu, bilah, dan sedikit minyak pelincin.

GASING

• Cara2 main gasing :

1.Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan

terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara

melilit tali iaitu:
• Melilit di lengan • Melilit di jari kelingking

2.Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing. Gasing boleh dililit menggunakan
dua cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun
melilit tali pada pokok dan kemudian dililit pada gasing.

GASING

3. Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan
sorong tarik atau pusingan sentap. Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing
perlu sentiasa berada dalam keadaan mengiring. Pemain akan menumpukan
perhatian pada sasaran di hadapan dan badan dibongkokkan kira-kira 45
darjah. Gasing akan diayunkan dan semasa ayunan dibuat, gasing akan
ditegakkan. Pusingan secara sentap pula dilakukan untuk menghasilkan
pusingan yang ligat. Pemain akan berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan
yang memegang gasing menghala ke atas. Tangan pemain berada kira-kira 30
darjah dari paras lengan. Ketika gasing diayunkan, pemain akan menyentap
sedikit tali supaya gasing menjadi lebih ligat dan mampu berpusing lama.

GASING

4. Pemain yang ingin memangkah gasing pihak
lawan, perlu menumpukan perhatian tepat
mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing
dengan lama dan menghasilkan uri yang ligat.
Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu
pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang,
dan pangkah tebang.

GASING

CONGKAK

• Congkak adalah satu permainan yang memerlukan pemain mengisi ‘buah’
ke dalam deretan lubang yang diperbuat pada sekeping papan yang
dinamakan papan congkak

• Tujuan permainan ini adalah untuk menguji kecekapan pemain
mendapatkan seberapa banyak buah dari yang dimiliki oleh pihak lawan

• Ia dimainkan oleh kaum lelaki dan juga kaum perempuan yang mana
bilangan pemainnya hanyalah dua orang sahaja.

CONGKAK

• Cara2 main congkak :

1.Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan
buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga
ke rumah dan kampung lawan.

2.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung
kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang
setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung
tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

CONGKAK

3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada
pihak lawan.

5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

CONGKAK

WAU

• Permainan wau adalah satu permainan yang menguji kepakaran dan kecekapan
pemain membuat, manaikkan dan melayangkan wau.

• Ia biasanya dimainkan oleh golongan lelaki dewasa. Permainan ini tidak menetapkan
jumlah pemain dalam permainan ini.

• Lebih ramai pemain lebih menyeronokkan dan dimainkan dikawasan yang luas dan
lapang.

• Alat yang digunakan dalam permainan ini adalah wau dan tali atau benang kasar
yang panjang.

WAU

1.Pada kebiasaannya, wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan memegang
wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin bertiup maka
tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.

2.Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni. Di
masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan
dan juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-
layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan
menggunakan dua utas tali.

3.Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang mas==ih mendapat tempat di Malaysia,
terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa. telah
dicipta, ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan
dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih
mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.

WAU

4. Selain itu, wau juga harus dimainkan di kawasan yang sesuai. Wau hendaklah dimainkan di
kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan
tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau.

5. Kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak
bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.selain itu, unsur yang mempengaruhi
kenaikan wau Tekanan angin apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka
kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat. Daya tarikan graviti juga adalah daya yang
menarik wau ke bawah.

6.Daya seretan iaitu akan membuat Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan
wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau
tradisional Melayu akan dimainkan menggunakan satu tali sahaja.

WAU

7. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara
melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang
digunakan adalah tali tangsi. Teknik menaikkan wau jarak dekat. Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz
kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini.

8. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan
dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan
sehingga wau naik tinggi ke udara. Mengawal penerbangan pula iaitu Tiupan angin yang tidak meneru
menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk
mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus.

9. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila
angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke
tanah. Seterusnya teknik menurunkan wau,cara ini memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali
dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung
tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali.

WAU

10. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan
tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan
kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan
serpihan kaca halus.

WAU


Click to View FlipBook Version