NOVEL :
JALAN KE
PUNCAK
NUR FATIN ALYANA
2 AL-BIRUNI
MRSM TRANSKRIAN
TEMA
• Kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan
kerjaya masa depannya dengan cara berdikari .
PERSITIWA YANG PENNTING
MEMBUKTIKAN TEMA NOVEL
1. Laiman berkeras kepala dengan nasihat Pak Kiassim supaya menerima tawaran
bekerja di Jabatan Pertanian dan hendak mengusahakan projek ternakan ikan air
tawar dan kebun tembikainya tanpa bantuan kerajaan
2. Laiman terus memujuk Pak Sahok dengan bersungguh-sungguh untuk menggunakan
tanah payah yang menghampiri tanah Pak Sahok walaupun sudah tidak diberi
kebenaran.
3. Tugasan yang diberi kepada Laiman dijalankan dengan lancar dan penuh usaha di
sebuah syarikat minyak ketika dia berada di Sarawak
SIPNOSIS
BAB 1 : BAGAIKAN MIMPI
• Seorang pelajar yang dinamakan Laiman yang berasal dari Sabah seakan-akan bermimpi bahawa dia berada di
Sarawak untuk menjalankan latihan industri. Dia mengambil bidang kejuruteraan dan dihantar untuk membuat
praktikal di sebuah syarikat minyak. Sudah tentu tugasan yang diberi kepada Laiman dijalankan dengan lancar dan
penuh usaha. Dia bercerita kepada kawan baiknya, Sukri bahawa dia akan berehat selepas sahaja tamat pengajian
walaupun dia terima tawaran kerja dari mana-mana syarikat. Sukri berasa ganjil terhadap kata-kata Laiman tersebut.
Laiman teringat akan kisah kawan lamanya, Chow Chin yang sambung pelajarannya di universiti hinggatamat
pengajian lalu membuka perniagaan kereta terpakai dan bukannnya memohon pekerjaan. Kemudian, dia menjadi ejen
import eksport lalu mengusahakan hotel. Kini, Chow Chin menjadi jutawan baharu. Kisah ini menyebabkan Laiman
mengikut jejak langkah Chow Chin. Laiman percaya terdapat juga pemuda lain yang gagal belajar di pusat pengajian
tinggi tetapi tetap Berjaya dalam kehidupan mereka seperti Chow Chin. Pada pandangan Laiman,perkara yang paling
penting ialah pengalaman, kemahiran dan usaha serta percaya bahawa perkara tersebut kunci kepada kehidupan yang
lebih terjamin.
BAB 2 : SESAL
• Selepas waktu pejabat, Laiman bersiar-siar ke Lutong. Disebabkan sikap Laiman yang
cekap, pengurus Laiman berpuas hati dan dipuji kayalak ramai. Laiman terserempak
dengan rakan sekerjanya, Soniah di pekan Lutong lalu memutuskan untuk berbincang
tentang hal kerja. Soniah lalu bertaya Laiman padangannya terhadap Muluk. Pada
pandangan Laiman, Muluk seorang yang amat pelik yang menyebabkan Laiman tidak
berbual dengannya. Soniah enggan menjawab persoalan tentang Muluk yang ditanya
oleh Laiman seolah-olah Soniah sedang menyembunyikan sesuatu tentang Muluk.
BAB 3 : MUSIBAH
• Ketua jabatan, Sukri yang menyelia Laima menerima berita bahawa sebuah tangki minyak yang dibaiki
oleh Laiman telah terbakar. Laiman berada di Kuching untuk bertemu kawan sekuliahnya yang sedang
mengambil buku-buku rujukan yang disimpan sambil menjalankan latihan di sebuah jabatan kerajaan
ketika kejadian.Anggota bomba dan pekerja-pekerja disitu dapat memadamkan kebakaran tiga jam
kemudian. Kini, punca kebakaran tersebut disoalkan. Sukri berasa mustahil bahawa Laiman punca
kebakaran tersebut kerana Laiman tiada ketika kejadian. Sukri memaklumkan kejadian traumatik
tersebut kepada Laiman kesokkan harinya. Menurut teori Sukri, kejadian tersebut terjadi mungkin
disebabkan oleh pembuatan khianat.Teori tersebut mengingatkan Laiman tentang perbualannya dengan
Sonia.
BAB 4 : HASRAT
• Di Bandar Miri, Laiman menghabiskan cuti hujung minggu dengan bersiar-siar
bersama Soniah. Soniah bercerita kepada Laiman bahawa dia ingin melanjutkan
pelajaran dalam jurusan kejuruteraan. Pada pendapat Laiman, bidang kejuruteraan
sangat mencabar dan mengambil masa berbulan-bulan tetapi ia bukanlah penghalang
bagi Soniah kerana Soniah suka akan cabaran dan impiannya untuk menjadi jurutera
akan tercapai dengan keyakinannya. Laiman berharap kejadian kebakaran pada hari itu
tidak menjejaskan perjalanan kulihanya di universiti apabila Soniah bertanyakan
tentang kejadian tersebut. Pada masa yang sama, Laiman menyedari kewujudn Muluk
yang memerhatikan gerak-geri mereka.
BAB 5 : PULANG
• Laiman berubah setelah pulang dari universiti. Laiman yang dulu sudah tidak wujud
lagi.
BAB 6 :TENTANGAN
• Di Sabah, Laiman mengusahakan tanaman tembikai di kampung halamanya. Dia
tidak ingin bergantung kepada kerajaan dengan menyahut seruan kerajaan.
Menurut pemikiran Laiman, selagi dia rajin berusaha, rezeki akan berada di mana-
mana. Laiman merancang untuk mengusahakan projek ternakan lebah madu dan
ikan air tawar.Terbongkar juga akhrinya punca kebakaran tangi minyak yang lalu
diisebabkan oleh perasaan cemburu Muluk. Muluk menyangka Laiman menjalinkan
hubungan cinta dengan Soniah menyebabkan Muluk bersifat dengki dan cemburu
kepada sesiapa yang menghampiri Soniah.
BAB 7 : RESAH
• Apabila ayah Laiman, Pak Kiassim dapat tahu bahawa anak lelakinya itu menolak tawaran bekerja di
jabatan pertanian, beliau menegur Laiman dengan perasaan kesal. Ini kerana usaha yang Pak Kiassim
usahakan untuk pengajian Laiman di Universiti hanya sia-sia disebabkan Laiman yang tidak
memanfaatkan kelulusannya untuk bekerja terutama dengan jabatan kerajaan sebaliknya Laiman
pulang ke kampung untuk menajdi petani. Laiman berasa sangat tertekan kakibat impiannya yang
tidak difahami oleh ayahnya. Laiman ingin berusaha sendiri tanpa mengharapkan batnuan dan
membuka mata penduduk kampung dengan sikap berdikari sepupunya. Laiman mendapat sokongan
daripada sepupunya, Milan.
BAB 8 :TEKAD
• Pak Sahok tidak membenarkan Laiman untuk mengusahakan tanah paya berhampiran tanah
sawahnya untuk dijadikan kolam ternakan ikan walaupun tanah paya itu bukan milik Pak Sahok. Ini
kerana Pak Sahok sedang mengusahakan sebagahagian paya itu untuk dijadikan sawah. Laiman terus
memujuk Pak Sahok dengan bersungguh-sungguh. Milan membantu Laiman mengusahakan kebun
itu. Laiman berancang untuk mengambil pemuda-pemuda kampungnya untuk mengurangkan beban
ketika bekerja.
BAB 9 : PUJUK
• Pak Sahok tetap berkeras dan tidak bersetuju dengan keputusan Laiman
sehinggakan Laiman mengalah dan cuba memilih lokasi lain. Pada masa yang sama,
ayahnya mula menyedari hasil usaha Liaman. Kebun tembikainya mula menjadi
buah mulut penduduk kampung. Pak Kiassim memujuk Pak Sahok berkaitan
projek ternakan ikan air tawar di tanah paya berhampiran tanahnya menyebabkan
Laiman berasa terharu lalu meminta maaf kepada ayahnya kerana tidak dapat
memenuhi hasrat ayahnya.
BAB 10 : HARAPAN
• Laiman mendapat banyak perhaitan dari banyak pihak termasuk Jabatan Pertanian berpunca dari
hasil projek Laiman. Pak Sahok telah eberi kebenaran kepada Laiman untuk menggunakan tanah
paya berhampiran tanahnya. Proek tersebut menggunakan hasil jualan tembikai untuk modal. Ramai
pemuda yang mahu bekerja dengan Laiman sementara kebun tembikai diusahakan oleh ayahnya.
Soniah melanjutkan pelajarannya di universiti.
BAB 11 : GALAU
• Milan memaklumkan kepada Laiman bahawa dua orang pekerjanya iaitu Kadek dan Muali yang
berlatih dalam bidang ternakan air tawar membuat keputusan untuk mengusahakan projek
ternakan sedniri. Laiman amat terkejut dan marah pada mulanya tetapi dia yakin ramai lagi orang
kampung yang berkebolehan. Pak Kiossim mula menyedari pengorbanan Laiman yang anggan
bekerja dengan kerajaan walaupun mempunyai ijazah.
BAB 12 :TABAH
• Abang Laiman, Mail menasihati adiknya itu untuk menghiraukan kata-
kata negatif orang kampung dan melakukan kerjanya bersungguh-
sungguh.
BAB 13 : LUMAYAN
• Sementara Laiman dan Milan menunggu hasil dari kolam penternakan mereka
yang dijaga oleh enam orang pekerja, Laiman dan Milan menjalankan kerja-kerja
sambilan yang lain seperti menjaja kuih, meraih pisang dan kelapa. Pendapatan
mereka disimpan di bank untuk kegunaan masa depan mereka
BAB 14 : SINAR
• Laiman berterima kasih kepada Pak Sahok kerana mengizinkannya
menggusahakan tanah di sebelah tanah Pak Sohok. Kini Laiman dan Milan telah
muncul sebagai usahawantani termuda yang berjaya.Wang simpanan mereka
mencapai RM10000.
BAB 15 : IMPIAN TERLAKSANA
• Nama Laiman disebut-sebut sebagai contoh baik kepada anak-anak muda.
Walaupun memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan, kerjanya kini sebagai
seorang penternak, pengusaha kedai makan dan pemborong berjaya. Laiman masih
mengingati Soniah yang telah tamat pengajiannya. Laiman sedar dia menyimpan
perasaan terhadap gadis itu. Berita Soniah akan berhijrah ke Sabah untuk bekerja
di syarikat pakciknya amat mengujakan Laiman. Dia berhasrat untuk mencurahkan
isi hatinya kepada Soniah.