The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilan8000, 2024-05-10 19:09:26

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE 49

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE 49

Sabtu • 11 Mei 2024 • 8:30 Pagi • Dewan Sejahtera SMKPADANGPOLO, PULAUPINANG Mesyuarat AgungTahunan kali ke-49 DIRASMIKAN OLEH : TUAN MOHD MURSALIN BIN RAMLI @ YUSOF TIMBALAN PPDSEKTORPEMBANGUNAN MURID PPDTIMURLAUT


KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG KATA ALUAN PENGETUA ATURCARA MAJLIS AGENDA MESYUARAT PIBG KALI KE-49 JAWATANKUASA PELAKSANA MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2023/2024 LAPORAN KEWANGAN PIBG SESI 2023/2024 JAWATANKUASA PIBG BARU SESI 2024/2025 SENARAI USUL CADANGAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENCAPAIAN AKTIVITI KURIKULUM/ HAL EHWAL MURID / KOKURIKULUM / PENDIDIKAN KHAS PENGHARGAAN CATATAN Senarai Kandungan


Sekapur Sirih YANG DIPERTUA PIBG SESI 2023/2024 RosiIawati Binti P. Ramli 01 Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita telah diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul pada pagi yang begitu indah ini bagi menghadiri Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 bagi sesi 2024/2025 SMK Padang Polo. Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atas ibu bapa dan guru-guru diatas komitmen dan kesudian hadir dalam majlis ini. PIBG merupakan sebagai medium ataupun platform bagi kita duduk bersama-sama berbincang mahupun berkongsi cadangan ataupun pandangan antara guru dan ibu bapa demi kemenjadian dan kecemerlangan anak-anak kita. Saya percaya, kita semua semua mengharapkan kecemerlangan daripada anak-anak kita. Oleh itu, kerjasama pelbagai pihak perlulah digembleng bagi bersama-sama bagi kemenjadian anak-anak untuk meneruskan pembelajaran mereka. Saya juga percaya guru-guru di sekolah ini sedaya upaya mencuba sebaik mungkin dalam memberikan galakan dan motivasi agar anak-anak kita ini terus mendapat pendidikan yang sewajarnya kepada semua murid terutamanya bagi murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan SPM tidak lama lagi. Diharapkan dengan kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah kita dapat bersama-sama untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam memberikan galakan mahupun sokongan dari pelbagai segi supaya anak- anak kita ini sentiasa konsisten dan bersemangat datang ke sekolah dan mengikuti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kebersamaan antara guru dan ibu bapa juga adalah penting demi merealisasikan segala program yang dirancang oleh pihak sekolah demi kepentingan anak-anak. Diharapkan kerjasama ini dapat membantu pelbagai pihak demi kepentingan kejayaan anak-anak kita. Akhir kata, sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah yang telah bertungkus lumus merancang dan berusaha bagi memastikan mesyuarat pada kali ini berjalan lancar. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf jika terdapat kesalahan sepanjang saya meneraju PIBG di sekolah ini. Sekian, terima kasih.


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera, Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dalam mesyuarat ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. PIBG seharusnya memainkan peranan penting khususnya memberi bantuan, kewangan dan peralatan untuk melengkapkan kemudahan murid belajar. Dengan pemuafakatan ini, SMK Padang Polo akan menjadi lebih cemerlang dan seterusnya dapat mencapai visi yang telah disematkan. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada YDP PIBG, Puan Rosilawati Binti P. Ramli dan ahli jawatankuasa PIBG SMK Padang Polo Sesi 2023/2024 yang lain kerana telah banyak menabur jasa dalam memberikan buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan beberapa program sekolah. Bersama-samalah kita berganding bahu menjadikan SMK Padang Polo pilihan utama dalam kalangan masyarakat serta dapat meletakkannya setanding sekolah-sekolah hebat yang lain. Bagi mencapai hasrat ini, guru-guru sedaya upaya berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan bermakna. Penglibatan ibu bapa dan komuniti yang meletakkan rasa kepunyaan terhadap sekolah sesungguhnya amat membantu pihak sekolah dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Akhir kata, saya merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama pihak ibu bapa kerana dapat menghadirkan diri bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 SMK Padang Polo pada tahun ini. Saya berharap mesyuarat pada kali ini berjalan lancar dan segala usaha yang akan dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih. 02 Pengetua SMK Padang Polo Rashidah Binti Daud Selautan Kasih


8.30 pg : Pendaftaran ibu bapa & guru serta ketibaan VIP 9.00 pg : Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri : Bacaan Doa : Ucapan alu-aluan YDP PIBG SMK Padang Polo :Tayangan Montaj : Ucapan Pengetua SMK Padang Polo : Ucapan Perasmian daripada Encik Mohd Mursalin bin Ramli @ Yusof iaitu Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid, PPDTL : Penyampaian penghargaan kepada para Penyumbang SMK Padang Polo : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG tahun 2024/2025 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-48 : Pembentangan Laporan Tahunan 2022/2023 : Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan 30 April 2024 : Pembentangan Usul : Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK PIBG tahun 2023/2024 : Pembubaran AJK PIBG tahun 2023/2024 : Pelantikan Pengerusi Sementara : Pelantikan AJK PIBG Baharu tahun 2024/2025 : Ucapan YDP PIBG Baharu tahun 2024/2025 dan penangguhan mesyuarat : Cabutan Bertuah : Sesi bergambar dengan AJK PIBG Baharu 2024/2025. 12.30 tgh : Bersurai 03 Aturcara Majlis


04 : Ucapan alu-aluan YDP PIBG Rosilawati Binti Ramli : Membentang & Mengesah Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 48 : Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan 2023/2024 : Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan Tahun 2023/2024 : Pembentangan Usul dan Cadangan : Pembubaran AJK PIBG tahun 2023/2024 : Pelantikan Pengerusi Sementara : Pelantikan AJK PIBG Baharu tahun 2024/2025 : Yang Dipertua : Naib Yang Dipertua : Setiausaha : Naib Setiausaha : Bendahari : Naib Bendahari : AJK Ibu Bapa ( 4 orang ) : AJK Guru ( 4 orang ) : Juruaudit ( 1 guru , 1 waris) : Cabutan Bertuah : Ucapan YDP PIBG Baharu 2024/2025. : Hal-hal lain : Ucapan Penangguhan Agenda Mesyuarat


Penasihat : Pn. Rashidah binti Daud Timbalan Penasihat : Pn Suhaily Azlin binti Wahiddin : Dr Sohba a/p Velloo : Pn Lim Siew Phaik : Pn Rosnita Binti Abdul Razak Pengerusi : Pn Rosilawati Binti Ramli Setiausaha : Pn. Fatin Nur Amalia Bt Mohd Zuhri Pen. Setiausaha : Cik Nurul Norasuwat Binti Rosli Bendahari : Cik Nur Atikah Bt Othman Pen. Bendahari : Puan Siti Noor Hamira Bt Saleh AJK JEMPUTAN IBU BAPA & PENYELARASAN USUL Pn Geraldine Dass (K) Pn Loo Seah Fern Cik Nur Lee Arianna Putri AJK PENCATAT PENGUNDI Pn Tang Lai Shin (K) Cik Hazwani Bt Zainol AJK TEKS UCAPAN Pn Siti Mazidah Bt Ghazali (K) AJK PROTOKOL / PENYAMBUT TETAMU Semua pentadbir & Guru Kanan Cik Nur Najjah AJK PENGHARGAAN Pn Lee Sum Yin Pn Nur Alya Sabrina PEMBACA DOA En. Mohd Imran Bin Rozli LAPORAN PIBG & MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG Pn Fatin Nur Amalia Mohd Zuhri Pn Nurul Norasuwat Bt Rosli LAPORAN KEWANGAN PIBG Cik Nur Atikah Bt Othman (K) Pn Siti Noor Hamira bt Saleh Pn Dalila Aqilah bt Mohd Yusof PARKIR DAN KEBERSIHAN En Firdaus Bin Abdollah PERSEMBAHAN MULTIMEDIA Cik Nazira Hajjar binti Mohd Fisool (K) Pn. Hasmahafiza bt Othman BUKU PROGRAM & ATUR CARA Pn Nurul Aqila binti Kamaruddin Pn Shafiqah Shakinah binti Masrom PERSIAPAN TEMPAT, KESELAMATAN & KEBERSIHAN DEWAN En Zainol bin Hussain (K) Pn Siti Mardhiah binti Mohd Nor Cik Aini Najwa bt Mohd Shoffi PENCATAT PELANTIKAN AJK BARU Pn Hasmahafiza Bt Othman (K) Pn Nurhalina binti Hashim PENCATAT MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2024 Pn Siti Hajar bt Ismail (K) Cik Nurul Aimawanis bt Mohd Nawi PENDAFTARAN Pn Huda bt Mustafa (K) Pn Nurul Fatihah bt Mamat PENGERUSI SEMENTARA Pn Parameswary a/p Muruthy (K) Cik Che Amylieyulia bt Mohd Azmar En Mohd Azwan bin Kahar JAMUAN Pn Tengku Rohana binti Tengku Ismail Pn Fatin Hazwani binti Abdul Rahim SISTEM SIAR RAYA En Mohd Rosdi Bin Ridzwan (K) En Wong Kok Haw HADIAH & CABUTAN BERTUAH Pn Salini bt Mohd Salleh (K) Pn Amiza bt Muhamed Cik Sarah Dina bt Bujang DOKUMENTASI Pn Siti Hazwani bt Abd Rahim (K) Pn Era Peterina Peter Jawatankuasa Kerja 05 AJK TEKS UCAPAN Pn Nurul Norasuwat Bt Rosli PENGACARA MAJLIS Pn Nur Kareena Aqila bt Mahdzir Pn Shahirah bt Mohd Shukri HEBAHAN & PROMOSI Cik Farah Liyana bt Mohd Noor (K) Pn Sharinah bt Mohd Ibrahim PENAJAAN Pn Shelah a/p W.Nimbalker (K) Cik Nurul Syuhada Bt Mohd Siraj


Minit Mesyuarat Agung Tahunan & Laporan Aktiviti PIBG SESI 2023/2024 06


Bil Nama Guru & Staf: Bil Nama Guru & Staf: 1. Pn. Rashidah Bt Daud 26. Pn Loo Seah Fern 2. Dr. Sohba a/p Vello 27. Pn Amiza Bt Mohamed 3. Pn. Suhaily Azlin Bt Wahiddin 28. Pn Nurul Fatihah Binti Mamat 4. Pn. Lim Siew Phaik 29. En Nor Firdaus Bin Abdullah 5. Pn Fatimah Binti Mohamed Ismail 30. Cik Nur Najjah Binti Abd Manas 6. Pn Parameswary A/P Muruthy 31. Pn Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir 7. Pn Geraldine Dass A/P Adaikaladass 32. Pn Rosmawani Binti Razali 8. Pn Farhana Binti Ab. Rashid 33. Pn Salini Binti Mohd Salleh 9. Pn. Nurhalina bt Hashim 34. Pn Sharinah Binti Mohd Ibrahim 10. Cik Nurul Norasuwat Binti Rosli 35. Pn Shelah A/P W. Nimbalker 11. Cik Siti Noor Hamira Binti Saleh 36. Pn Huda bt Mustafa 12. En. Mohd Rosdi Bin Ridzwan 37. Pn Tengku Rohana Binti Tengku Ismail 13. Pn. Lee Sum Yin 38. En Wong Kok Haw 14. Pn. Siti Hajar Binti Ismail 39. Pn Siti Mazidah Binti Ghazali 15. Pn. Nurul Aqilah Binti Kamaruddin 40. Pn Nur Dalila Aqilah Binti Mohd Yusof 16. Cik Nazira Hajjar Binti Mohd Fisool 41. Pn Shafiqah Shakinah bt Masrom 17. Pn Hasmahafiza Binti Othman 42. Cik Rasyidah bt Ruslan 18. Pn Siti Hazwani Binti Abd Rahim 43. Pn Fatin Nur Amalia bt Mohamed Zuhri 19. Pn Shahirah Bt Shukri 44. En Mohamad Firdaus B. Nak Mat 20. Cik Nor Farhana bt Norani 21. En Zainol Bin Hussain 21. Cik Nur Atikah bt Othman 22. Pn Siti Mardhiah Binti Mohd Nor 23. Pn Tang Lai Shin 24. Pn Siti Zubaidah Ahmad 25. Pn Jamaliah Bt Man PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK PADANG POLO SEKOLAH TS25 JALAN SEPOY LINES, 10450 GEORGE TOWN PULAU PINANG. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE-48 SESI 2023/2024 Tarikh : 13 Mei 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Polo, Jalan Sepoy Lines, 10450 George Town, Pulau Pinang. Kehadiran Guru dan Staf : 07


Kehadiran Ibu Bapa: TIDAK HADIR BERSEBAB 1. Pn. Lee Sum Yin 2. Pn. Wan Munirah Radhiah binti Wan Mohammad 3. Pn. Loo Seah Fern 4. Pn. Nur Dalila Aqilah binti Mohd Yusof 5. Cik Nur Najjah binti Abd Manas 08 Pn Saravani Devi a/p Muruthy Pn. Ch’ng Keat Bee Pn Muneera binti Esa En Adzhar bin Nor Ariffin Pn. Fairuz bin Samat Pn Nor Asyobah binti Zainal Abidin Pn Parameswarry a/p Muruthy Pn Paizah binti Abdullah En Jamil Hanafi Pn Aslinda binti Hashim Pn Annuratna a/p Chinthiran Pn Wan Rohaiza binti Wan Yaacob Pn Maizatul Muna binti Mohd Kamal Al Ajab Pn Siti Naimah Pn Lina Teoh En Naseem Ali Pn Tee Suan Cheng Pn Norjuliawaty Pn Rokkiah binti Mohd Mydin Pn Wan Zuraini binti Othman En Shamsuri Pn Azizah En Shahril bin Abdul Wahab Pn Siti Aishah binti Yahaya Pn Hazlinda binti Hamdan Pn Yusniar Lubis


1.0 UCAPAN PENGETUA SMK PADANG POLO 1.1 Puan Rashidah binti Daud mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi mendukung visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid. 1.2 Ucap beliau, PIBG seharusnya memainkan peranan penting khususnya dalam memberi bantuan kebajikan berbentuk tenaga, usaha, nasihat, masa mahupun bantuan lain dalam menyediakan kemudahan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada murid. 1.3 Puan Rashidah binti Daud turut mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada YDP PIBG, Pn. Saravani Devi a/p Muruthy, perasmi En. Mohd Nazree bin Che Man dan barisan AJK PIBG sesi 2023/2024 kerana telah banyak menabur jasa dalam memberikan buah fikiran, komitmen dan juga sumbangan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang bersama pihak sekolah. Kurikulum 1.1 Pn Rashidah binti Daud menjelaskan keputusan peperiksaan awam kerajaan, iaitu SPM bagi tahun 2021, sekolah ini memperoleh 100% layak mendapat sijil SPM. Kesemua calon lulus dalam kedua-dua subjek wajib lulus, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. 1.2 Pn. Rashidah juga mengharapkan keputusan SPM bagi tahun 2022 yang akan diumumkan tidak lama lagi akan dapat mengekalkan status 100% layak sijil malah berlakunya peningkatan dalam GPS sekolah. 1.3 Beliau memohon sokongan ibu bapa dan waris untuk menggalakkan murid-murid untuk ke sekolah terutamanya murid tingkatan 5 bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. 09


1.4 Pihak sekolah juga menjalankan beberapa program seperti Hari Jejak Waris yang telah dijalankan pada 24 Mac 2023 dan Majlis Aku Janji dan Penetapan Target SPM pada 7 April 2023. 1.5 Bagi aliran PPKI pula, guru-guru sangat komited dalam merancang pelbagai program akademik agar dapat memastikan anak-anak ini mendapat pendidikan yang sewajarnya sesuai dengan keupayaan mereka. 1.6 Pelbagai pengkhususan kemahiran juga didedahkan seperti bidang pertanian, tanaman mahupun asas masakan, pembuatan roti agar dapat melahirkan golongan mahir seterusnya dapat menjamin masa depan mereka kelak. Hal Ehwal Murid 1.1 Terdapat beberapa bantuan kebajikan telah disalurkan oleh pihak sekolah melalui sumbangan yang telah diberikan dan para penyumbang untuk kebajikan murid SMK Padang Polo terdiri daripada penerima Program Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan, Program Penyerahan Sumbangan Zakat Pulau Pinang dan Program Inspirasi Qaseh Ramadan. Antara penerima sijil penghargaan Sempena Program Jalinan Korporat SMK Padang Polo 2022/2023 i.Mr Ang Meng How Pertumbuhan Kebajikan RuYi Pulau Pinang Sumbangan: Pembelian mesin air coway untuk PPKi (RM4330) Makanan murid B40 PPKi untuk waktu rehat (RM6120) ii.Cik Kweh Seok Bin Kweh Teik Hin’s Family Sumbangan: Pembangunan Galeri Polo dan Tagging Kelas (RM4000) Kebajikan murid SPM 2022 (RM500) Penyelenggaraan PPKi (RM2000) Penyelenggaraan Pusat Sumber Sekolah (RM5000) 10


i. En. Hameed Sultan bin Ahamed KRT HJK Greenland Heights Sumbangan: T-shirt Sukan Murid PPKi (RM2016) ii. Jason Ong Lay Seang Pertubuhan Kebajikan MASG Pulau Pinang Sumbangan: Pembinaan bumbung carwash (RM4000) iii. Gadang Holdings Berhad Sumbangan: 24 LCD untuk bilik darjah dan bilik khas dengan jumlah RM49200 iv. Mr Colberh Ooi (Lion Club Penang Host) Sumbangan: 43 buah beg dan peralatan sekolah v. Lina Teoh Sumbangan: Kepada PPKI (Pertandingan PLCC-C peringkat negeri dan kebangsaan) – RM1250 vi. En Zafarin bin Idros Sumbangan: Kepada murid Wisma yang ditimpa musibah bumbung asrama wisma runtuh sebanyak RM650 Menyumbang makanan dan minuman sempena Hari Sukan Tahunan Sekolah tahun lepas 1.12 Bagi penerima Anugerah Khas PIBKS SMK Padang Polo ialah Pn Ch’ng Keat Bee. 1.13 Untuk makluman semua tetamu, beliau telah bergiat aktif dalam membantu sekolah mencari penyumbang-penyumbang luar dan sentiasa mengikuti program-program yang diajurkan oleh pihak sekolah. Selain itu, beliau merupakan ahli PIBG yang paling aktif 1.14 Antara sumbangan yang berjaya diusahakan untuk kebajikan murid Smk Padang Polo: 1. Sumbangan 43 buah beg dan peralatan sekolah dari Lion Club Penang Host 2. Sumbangan makanan untuk murid B40 waktu rehat 3. Sumbangan dari Leh Multi Tee System iaitu 2 unit pendingin dingin, 1 unit Cuckoo air filter, 8 unit kipas dinding, 8 unit kipas syiling dan semua kos pemasangan serta pendawaian elektrik yang berjumlah RM 20,000. 4. Sumbangan mesin Coway dan wang bernilai RM 34,330. 5. Sumbangan pertubuhan kebajikan MASG Pulau Pinang dari Dato Jason Ong Lay Seang – RM 4000.00 (pembinaan bumbung carwash) 6. Sumbangan set uniform sekolah,beg sekolah, alat tulis dan pek makanan keperluan asas (kering) dari Mtt Shipping Sdn.Dhd 11


1.15 Diharapkan semua bantuan yang disalurkan dapat memberikan galakkan kepada para murid untuk ke sekolah dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan pihak sekolah. 1.16 Selain itu, dapat dilihat dari segi aspek sahsiah dan disiplin murid SMK Padang Polo adalah sangat terpuji. Kokurikulum 1.17 Bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga bahagian iaitu unit beruniform, kelab/persatuan serta sukan dan permainan. 1.18 Pelbagai program kokurikulum telah dirancang oleh unit kokurikulum sekolah dan setiap murid wajib melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bagi memperoleh skor yang baik dalam PAJSK. 1.19 Antara pencapaian murid PPKI SMK Padang Poloialah: 1.19.1 Memperoleh sebanyak 6 emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas PPDTL. 1.19.2 Murid juga telah berjaya memperoleh 4 emas dan 2 gangsa dalam Kejohanan Olahraga MSSPP Pendidikan Khas dan 2 emas, dua perak dan 8 gangsa dalam Kejohanan Olahraga PPDTL. 1.20 Banyak program yang telah dianjurkan kepada murid dalam usaha membantu murid dari aspek penglibatan kokurikulum. Ibu bapa dan waris diminta untuk menggalakkan murid supaya menyertai program yang diuar-uarkan oleh guru-guru. 1.21 Infrastruktur sekolah sering dinaik taraf antaranya ialah pondok bacaan, kawasan surau, perpustakaan, kantin dan makmal bagi memberi keselesaan kepada para murid semasa berada di sekolah 1.22 Harapan Puan Roshidah binti Daud agar kita berganding bahu menjadikan SMK Padang Polo sebagai pilihan utama dalam kalangan masyarakat serta dapat meletakkannya setanding sekolahsekolah hebat yang lain. 2.0 UCAPAN YDP PIBG SMK PADANG POLO (Pn Saravani Devi A/P Muruthy) 2.1 Pn. Saravani Devi A/P Muruthy selaku YDP PIBG mengucapkan tahniah dan syabas kepada ibu bapa dan guru atas komitmen dan kesediaan menghadiri mesyuarat agung PIBG kali ke-48 sesi 2023/2024 ini. 2.2 YDP mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 sekolah ini kerana telah memberikan komitmen yang tinggi kepadanya selaku YDP PIBG sekolah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti bersama pihak sekolah. 2.3 YDP menyatakan pihak ibu bapa perlu bersama-sama menggembleng tenaga, usaha dan masa untuk membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai aktiviti demi kemenjadian murid dan kecemerlangan anak-anak. 2.4 Kebersamaan antara guru dan ibu bapa juga adalah penting demi merealisasikan segala program yang dirancang oleh pihak sekolah untuk kepentingan anak-anak. 2.5 YDP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus merancang dan berusaha bagi memastikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-48 pada kali ini berjalan dengan lancar. 12


3.0 UCAPAN PERASMIAN DARIPADA EN MOHD NAZREE BIN CHE MAN 3.1 En. Mohd. Nazree mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kesudian menjemput beliau bagi menyampaikan ucapan. 3.2 Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak pengurusan dan jawatankuasa PIBG yang telah berjaya mengelola program ini. 3.3 Beliau turut menyatakan perasaan bangga dengan kehadiran ibu bapa dalam program yang dianjurkan. Kehadiran para ibu bapa menunjukkan komitmen dan iltizam yang tinggi. 13.4 En. Mohd Nazree menyatakan objektif mesyuarat PIBG diadakan, iaitu sebagai medium ibu bapa bersama-sama pihak sekolah untuk berbincang dan berkongsi idea berkaitan kemajuan dan kebajikan anakanak murid SMK Padang Polo. 3.5 Beliau menyeru agar ibu bapa dan pihak sekolah bersama-sama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Padang Polo. 3.6 En. Mohd. Nazree seterusnya merasmikan mesyuarat pada hari ini. 4.0MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG LALU 4.1 Puan Saravani Devi a/p Muruthy selaku YDP PIBG bagi sesi 2023/2024 membentangkan Minit Mesyuarat Agung SMK Padang Polo Kali ke-48. 4.2 En. Suntheran a/l Gopal mencadangkan minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Puan Shelah a/p W.Nimbalker. 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG 5.1 Cik Nurul Norasuwat binti Rosli selaku setiausaha PIBG bagi sesi 2022/2023 membentangkan laporan tahunan PIBG. 5.2 Untuk makluman, beberapa usaha telah dilaksanakan dalam membantu pihak sekolah untuk penambahbaikan infranstruktur sekolah ke arah yang lebih baik. 6.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN 6.1 Cik Siti Noor Hamira binti Saleh selaku bendahari PIBG bagi sesi 2022/2023 membentangkan penyata kewangan bagi akaun Maybank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). 6.2 Puan Roshita mencadangkan pembentangan tersebut disahkan dan disokong oleh Puan Surahaida binti Mohd Salleh. 6.3 Cik Siti Noor Hamira Binti Saleh membentangkan penyata kewangan bagi akaun BSN iaitu sebanyak RM 6092.14 merupakan baki dalam akaun BSN pada tarikh 28 Febuari 2023. 6.4 Cik Siti Noor Hamira binti Saleh memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima wang kemenangan daripada Program Skim Galakan Simpanan Pelajar BSN (SGSP) daripada pihak BSN sebanyak RM 800 dan wang tersebut merupakan untuk kegunaan program Unit HEM. 6.5 Selain itu, pihak sekolah telah mendapat sumbangan Zakat Pulau Pinang untuk projek menaik taraf surau sekolah sebanyak RM 10,000dan telah dimasukkan ke dalam akaun BSN. 13


6.6 Selanjutnya, sumbangan untuk menaik taraf Pusat Sumber Sekolah daripada Cik Kweh Seok Bin dan disalurkan terus ke akaun BSN. 6.7 Sebanyak RM4800 telah disalurkan oleh pihak Gadang Holdings kepada pihak sekolah untuk sumbangan bantuan makanan murid. 6.8 Wang kemenangan Pertandingan Kitar Semula sebanyak RM1900. 6.9 Seterusnya, pihak sekolah menerima sumbangan daripada Bank Rakyat sebanyak RM 1940 untuk melaksanakan Program Tuisyen SPM 2022. 6.10 Untuk makluman semua, pembayaran untuk semua projek penambahbaikan dan infrastruktur sekolah telah dibuat kepada semua kontraktor yang terlibat secara telus. 6.11 Cik Siti Noor Hamira binti Saleh meneruskan perbentangan penyata kewangan bagi akaun Maybank. Penyata kewangan tersebut diambil sehingga tarikh 28 Febuari 2023. 6.12 Cik Siti Noor Hamira binti Saleh memaklumkan baki wang dalam akaun Maybank sebanyak RM13,271.75 pada tarikh 28 Febuari 2023 dan RM 10,000 merupakan deposit tetap akaun Maybank. 6.13 Semua urusan pembayaran untuk projek-projek menaik taraf kemudahan sekolah juga telah dilaksanakan dengan lancar kepada semua kontraktor yang terlibat. 6.14 Selain itu, segala bentuk sumbangan yang masuk ke dalam akaun Maybank telah direkodkan dalam penyata akaun yang disediakan. 6.15 Untuk makluman, Cik Siti Noor Hamira binti Saleh menyatakan hasil kutipan sumbangan PIBG tahun 2022 sebanyak RM 8650 dan wang tersebut digunakan untuk kebajikan semua murid SMK Padang Polo. 7.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN Usul dan Cadangan Pihak SMK Padang Polo. 7.1 Encik Mohd Rosdi bin Ridzwan (Guru) mencadangkan bahawa bayaran tahunan mesin air Coway blok A ditanggung PIBG kerana sebelum ini menggunakan yuran kelab guru & kakitangan dengan jumlah bayaran RM900+ (tahun 2022). Kelab Guru dan Staf perlu menggunakan kutipan yuran penyelenggaraan bilik guru pada tahun semasa. Cadangan ini telah disokong oleh Puan Saravani Devi a/p Murathy. Beliau berpendapat bebanan guru dapat dikurangkan. 7.2 Puan Tang Lai Shin (Guru) Usul memohon kutipan RM40 setahun (bayaran RM 5 untuk 1 permainan x 8 sesi terapi) daripada peserta Program Terapi Boling PPKI. Cadangan ini telah disokong oleh Puan Nazura iaitu ibu pelajar PPKI dan ibu bapa PPKI yang lain untuk kepentingan murid-murid PPKI sendiri. 7.3 Cik Nazira Hajjar (Guru) mencadangkan memohon kebenaran untuk mengutip derma untuk program anjuran sekolah apabila ingin menjalankan sesuatu program untuk meringankan beban pihak sekolah. Antara program yang memerlukan kutipan wang adalah: 1. Program Special Starz (RM58) 2. Program Graduasi dan Apresiasi Tingkatan 5 (RM100) 3. Kem Kepimpinan dan Jati Diri Badan Beruniform dan Pengawas (RM30 seorang) 4. Lawatan Sambil Belajar Pasukan Badan Beruniform (RM120 seorang) Cadangan ini telah disokong oleh Puan Nazura. 7.4 Pn Saravani a/p Muruthy mencadangkan jumlah kutipan sumbangan PIBG dikekalkan dan telah disokongdan dipersetujui secara sebulat suara oleh semua ahli PIBG yang menyertai mesyuarat tersebut. 14


8.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG 2022/2023 8.1 Puan Saravani Devi Muruthy selaku YDP PIBG telah membubarkan AJK PIBG yang sedia ada bagi sesi 2022/2023 pada 10.35 pagi. 9.0 PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN 9.1 Sijil Penghargaan telah diberikan kepada semua AJK PIBG bagi sesi 2022/2023 sebagai tanda ucapan terima kasih atas sumbangan bakti dan kerjasama sebagai AJK PIBG SMK Padang Polo. 10.0 PELANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2023/2024 10.1 Hasil undian yang telah dijalankan, Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2023/2024 adalah seperti berikut : Penasihat Puan Rashidah binti Daud Yang Dipertua Puan Rosilawati binti P. Ramli Naib Yang Dipertua Puan Ch’ng Keat Bee Setiausaha Puan Fatin Nur Amalia binti Mohamed Zuhri Naib Setiausaha Cik Nurul Norasuwat binti Rosli Bendahari Cik Nur Atikah binti Othman Naib Bendahari Puan Siti Noor Hamira binti Salleh Ajk Guru Cik Nazira Hajjar binti Mohd Fisool Puan Nurul Fatihah binti Mamat Puan Loo Seah Fern Puan Huda binti Mustafa Ajk Ibu Bapa Puan Surahaida binti Mohd Salleh Puan Lina Teoh Puan Siti Nazura binti Md Noor Puan Nurkhairin binti Shahidan Juru Audit (Dalaman) Puan Dalila Aqilah binti Mohd Yusof (Guru) Puan Muneera binti Esa (Ibu Bapa) 11.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT 11.1 Puan Rosilawati binti Ramli mengucapkan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada beliau dan berharap semua PIBG dapat bekerjasama untuk meningkatkan kesejahteraan dan kecemerlangan warga SMK Padang Polo serta menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali Ke48. 12.0 PENUTUP Mesyuarat PIBG kali ke-48 ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari dan sesi bergambar bersama AJK baharu. Disediakan oleh : Disemak oleh : (Fatin Nur Amalia Binti Mohamed Zuhri) (Rosilawati binti Ramli) Setiausaha PIBG Sesi 2023/2024 YDP PIBG Sesi 2023/2024 SMK Padang Polo SMK Padang Polo Pulau Pinang Pulau Pinang 15


Laporan Aktiviti PIBG SESI 2023/2024 16


Laporan Aktiviti PIBG SESI 2023/2024 LAPORAN TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG POLO 10450 PULAU PINANG BAGI SESI 2023/2024 1) Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 PIBG SMK Padang Polo telah mengadakan mesyuarat agung kali ke-48 pada 13 Mei 2023. Dalam mesyuarat tersebut, pemilihan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi 2023/2024 telah diadakan. Sehubungan itu, ahli jawatankuasa baharu PIBG bagi sesi 2023/2024 telah berjaya dilantik melalui pemilihan tersebut. Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2024 yang dipilih ialah Puan Rosilawati binti P. Ramli. Ahli jawatankuasa (AJK) yang dipilih terdiri daripada bekas AJK sebelum ini dan juga muka-muka baharu. Dua orang AJK dilantik sebagai juruaudit iaitu Puan Nur Dalila Aqilah Bt Mohd Yusofselaku juruaudit untuk guru dan Pn Muneera binti Esa merupakan juruaudit mewakili ibu bapa. 2) Mesyuarat-Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SMK Padang Polo telah mengadakan mesyuarat -mesyuarat pada tarikh-tarikh yang berikut pada tahun 2023 dan 2024 bertempat di Bilik Gerakan SMK Padang Polo. 17


NAMA AJK TARIKH MESYUARAT AJK PIBG 11/7/2023 25/7/2023 02/02/2024 23/4/2024 Puan Rosilawati Bt P. Ramli / / / / Puan Ch’ng Keat Bee - - - - Puan Rashidah bt Daud / / / - Dr Sohba a/p Velloo / / / / Puan Suhaily Azlin bt Wahiddin / / / / Puan Lim Siew Phaik / / / - Puan Fatimah binti Mohamed Ismail / / - - Puan Rosnita bt Abdul Razak - - - / Puan Nurul Norasuwat binti Rosli / / / / Puan Fatin Nur Amalia bt Mohd Zuhri / / / / Puan Siti Noor Hamira binti Salleh / / / / Cik Nur Atikah bt Othman / / / / Cik Nazira Hajjar / / / / Puan Nurul Fatihah bt Mamat / / / / Puan Loo Seah Fern / / / / Puan Huda bt Mustafa / / / - Puan Surahaida bt Mohd Salleh / / / - Puan Lina Teoh - - - - Puan Siti Nazura bt Md Noor / / / - Kehadiran AJK PIBG Mengikut Tarikh Panggilan Mesyuarat 18


NAMA AJK TARIKH MESYUARAT AJK PIBG 11/7/2023 25/7/2023 02/02/2024 23/4/2024 Puan Nurkhairin binti Shahidan / / - - Puan Dalila Aqilah binti Mohd Yusof / / / - Puan Muneera binti Esa / / / - Kehadiran AJK PIBG Mengikut Tarikh Panggilan Mesyuarat 19 3) Laporan Kecemerlangan Akademik / Hal Ehwal Murid / Kokurikulum Sepanjang tahun 2023/2024, pihak PIBG sentiasa menyokong dan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti demi kejayaan akademik anak-anak SMK Padang Polo. Antara program yang telah dijalankan pada tahun 2023/2024 ialah: i. Jejak Waris ii. Perkampungan Ilmu iii. Program Bulan Dakwah (Ihya’ Ramadhan) iv. Hari Sukan Sekolah 2023 v. Majlis Hari Anugerah 2023 vi. Majlis Graduasi Tingkatan 5 vii. Gotong Royong Madani viii. Jejak Waris ix. Sekolah Hijau


4) Laporan Pembangunan, Insfrastruktur dan keceriaan Sepanjang tahun 2023 hingga 2024, pihak PIBG telah mengusahakan beberapa projek pembangunan sekolah untuk digunakan seluruh warga SMK Padang Polo. Antaranya ialah: i. Sumbangan bantuan bekal makanan waktu rehat kepada murid. ii. Sumbangan bantuan bekalan makanan kepada murid kurang berkemampuan. iii. Sumbangan bungkusan nasi kepada murid, guru dan akp daripada Jakel. iv. Sumbangan bantuan cermin mata kepada murid yang kurang berkemampuan. v. Sumbangan wang tunai sempena Program Bacathon. vi. Sumbangan makanan dan wang tunai sempena Gotong-Royong PIBG. vii.Sumbangan makanan sempena Majlis Penutupan Ihya Ramadhan 2023. 5) Laporan Pendidikan Khas SMK Padang Polo Program dan projek yang diusahakan oleh pihak sekolah dan PIBG sepanjang tahun 2023/ 2024 adalah untuk memastikan kebajikan murid PPKI juga terjaga. Antara projek yang diusahakan oleh pihak sekolah dan PIBG ialah: i. Program ABC (Anak Baik & Cerdik) ii. Program Hari Waris PPKI iii. Majlis Penyerahan Sumbangan Beg dan Peralatan Sekolah dari Lion Club Penang Host iv. Program Terapi Bowling v. Hari Orientasi Murid PPKI 2023 vi. Aktiviti Senamrobik & Sukaneka PPKI vii. Sumbangan Makanan dari MTT Shipping Sdn. Bhd. viii. Majlis Penyerahan Sumbangan Duit Raya Aidilfitri 1444H ix. Majlis Penyerahan Duit Raya PPKI x. Program Jamuan Akhir Tahun PPKI Disedikan oleh, ..................................... (FATIN NUR AMALIA BINTI MOHAMED ZUHRI) Setiausaha PIBG sesi 2023/ 2024 SMK Padang Polo, Pulau Pinang. 20


Laporan Kewangan PIBG SESI 2023/2024 21


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG POLO JALAN SEPOY LINES, 10450 GEORGETOWN, PULAU PINANG. BUKU TUNAI PIBG (BSN) 22


23


24


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG POLO JALAN SEPOY LINES, 10450 GEORGETOWN, PULAU PINANG. BUKU TUNAI PIBG 2021/2022 25


26


27


JAWATANKUASA PIBG LANTIKAN BAHARU 2024/2025 PENASIHAT : YANG DIPERTUA NAIB YANG DIPERTUA SETIAUSAHA BENDAHARI: AJK IBU BAPA : 1. 2. 3. 4. AJK GURU : 1. 2. 3. 4. JURUAUDIT IBU BAPA : JURUAUDIT GURU : 28


Senarai Usul & Cadangan Ibu Bapa / Penjaga / Guru 29


30 USUL 1 USUL 2 Nama : Pn Asniza Bt Isnin Aliman Nama Anak : Siti Hajar (KPKP 14) Usul: makanan kantin terlalu mahal Nama: Pn Muneera Esa Nama Anak : Ainun Mardiyah (4M) Usul : Mencadangkan pihak kantin menukar menu dan harga makanan SENARAI USUL USUL 3 Nama : Pn Lina Teoh Nama Anak : Rex Chew Hook Song (KPKP 8) Usul : Berharap pihak sekolah dapat membenarkan ibu bapa menjaga atau memberi makan kepada anak-anak waktu rehat atau perayaan


31 USUL 4 Nama : Pn Siti Nazura Bt Md Noor nama anak : MUHAMMAD AMZAR BIN ROSLI (KPKP 8) Usul: adakan satu tabung untuk kegunaan sebarang program sekolah yang memerlukan sumbangan dari pihak luar atau parents. saya cadangkan kutip setiap pelajar RM 10 setiap bulan SENARAI USUL USUL 5 Nama : Pn Halimaton Binti Adam nama anak : Saidatul Nur Hafizah Binti Syabani (3M) Usul: Makanan di kantin yang kurang sedap dan mahal dan Coway tiada air untuk diminum USUL 6 Nama : Pn Anizah Binti Mohd Anuar nama anak : Nurul Damia Qistina (5D) Usul: Jangan mengadakan kelas tambahan pada hari jumaat. dan kelas tambahan hari jumaat diganti pada hari rabu kerana kekangan masa pada hari jumaat untuk mengambil anak. USUL 7 Nama : En Muhamad Muzamir bin Mustafa nama anak : Syifa Dhia Qistiena binti Nor Affendy (4D) Usul: Mengadakan kokurikulum pada hari rabu sahaja, dan menukar design dan warna baju t-shirt rasmi sekolah.


32 SENARAI USUL USUL 8 Nama : En Wong Kok Haw Usul : Kebenaran untuk mengutip sumbangan sebanyak RM200 bagi peserta daripada ibu bapa bagi program kadet koreksional di peringkat negeri dan kebangsaan seperti perkhemahan. USUL 9 Nama : Pn Geraldine Dass Usul: Membenarkan guru mengutip wang untuk tujuan penyediaan bahan Pdpc bagi subjek Prinsip Perakaunan tingkatan 4 iaitu 8 orang, tingkatan 5 iaitu 6 orang, subjek Perniagaan tingkatan 4 iaitu 25 orang, dan subjek Perniagaan tingkatan 5 iaitu 11 orang. Kutipan wang maksimumrm10.00 bagi seorang murid. USUL 10 Nama : Cik Nur Najjah Binti Abd Manaf Usul: Membuat kutipan sebanyak RM40 untuk perkhemahan Kepimpinan Dan Jati Diri bagi badan beruniform dan pengawas sekolah. USUL 11 Nama : Pn Sharinah Bt Mohd Ibrahim Usul: Pihak sekolah telah membuat pindaan dalam Buku Peraturan Sekolah. Dilampirkan 2 QR kod (Perdana dan PPKI) dalam Buku Program PIBG kali ke-49


33 SENARAI USUL USUL 12 Nama : Pn Rosnita Binti Abdul Razak Usul : Permohonan untuk kutipan wang / yuran bagi program PPKI : Program boling (RM50.00) Program Special Starz (RM 100.00) Program Sosialisasi Menontong Wayang (RM30.00) Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah Mengenal Flora dan Fauna (RM50.00) Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah Mobaliti Pasaraya (RM50.00) Lawatan Sambil Belajar (RM300.00) Kem Peningkatan Kendiri MBPK (RM50.00) USUL 13 Nama : Pn Siti Noor Hamira Bt Salleh Usul: Membuat kutipan duit makanan sebanyak RM 5.00 daripada murid-murid bagi Kejohanan Sukan Tahunan sekolah. USUL 14 Nama : Cik Nur Atikah Bt Othman Usul: Membuat kutipan duit untuk sebarang program dibawah unit HEM dan kutipan hanya melibatkan murid yang terlibat dengan program sahaja.


Analisis Peperiksaan TAHUN 2 SPM 022 34


JUMLAH % Calon yang mengambil peperiksaan 19 Calon yang layak mendapat sijil 16 84.21 Calon yang lulus semua mata pelajaran 13 64.42 TAHUN GPS BEZA GPS 2022 4.95 2021 5.21 0.26 2019 4.86 PELAJAR CEMERLANG TAHUN 2022 BIL NAMA BILANGAN A 1 NUR SYAHDAH BT MOHD ALI 8A (BM, BI, PI, SJ, MM, SN, PA,PN) 2 NUR ZARIFAH BT NASRUL ALI 4A ( BM, BI, PSV, SJ ) 3 NURHIDAYAH BT ABDULLAH 4A ( BM, PI, SJ, MM) 4 NOR SHAHIRAH BT MOHD ASRI 4A ( BM, PI, SJ, MM) 5 NURUL IZZATI BT ZAMZURI 4A ( BM, BI, SJ, MM) ANALISIS KEPUTUSAN S P M 2 0 2 2 35


ANALISISKEPUTUSAN SPM 2022 BERDASARKAN PERATUS (%) LULUSDAN GPS MENGIKUT MATAPELAJARAN 36


Pencapaian / Aktiviti Bagi Tahun 2023/ 2024 K U R I K U L U M H A L E H W A L M U R I D K O K U R I K U L U M P E N D I D I K A N K H A S 37


39 MAJLIS AKU JANJI & PENETAPAN TARGET SPM 2023 LENSO POLO PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT KURIKULUM 2023/2024 PROGRAM MBMMBI


KUMPULAN SASARAN PENCAPAIAN /PROGRAM SEMUA MURID JEJAK WARIS MURID TING. 5 PROGRAM BIMBINGAN SULUH IMU MURID TING. 5 KELAS PDCA SEMUA MURID PROGRAM MINGGU AKADEMIK TING. 5 PROGRAM BIMBINGAN ASPIRASI POLO SEMUA MURID PROGRAM MBMMBI TING. 5 MAJLIS PENETAPAN TARGET TING. 5 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEMUA GURU AMALAN TERBAIK PDPC MURID MENENGAH RENDAH PENDEKATAN BERTEMA SEMUA MURID PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN TING. 5 PROGRAM PERKAMPUNGAN ILMU SEMUA MURID PROGRAM AMALAN TERBAIK PDPC TING. 5 DIALOG PRESTASI PPD, GURU & MURID PROGRAM & AKTIVITI BAGI TAHUN 2023/ 2024 U N I T K U R I K U L U M 40


41 LENSO POLO PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID 2023/2024 PROGRAM GOTONG - ROYONG


42 LENSO POLO PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID 2023/2024


43 LENSO POLO PROGRAM DAN AKTIVITI UNIT HAL EHWAL MURID 2023/2024


PROGRAM & AKTIVITI BAGI TAHUN 2023/ 2024 U N I T H A L E HWA L M U R I D 44


PROGRAM & AKTIVITI BAGI TAHUN 2023/ 2024 U N I T H A L E HWA L M U R I D 45


PENCAPAIAN : PERKHEMAHAN KADET KOREKSIONAL PERINGKAT KEBANGSAAN TEMPAT : PUSAT KOKURIKULUM NEGERISELANGOR, KEM TEKALI TARIKH : 31 OKT – 2 NOV 2023 GURU PENASIHAT : 1. NURUL NORASUWAT BT ROSLI 2. FATIN NUR AMALIA BT MOHAMED ZUHRI PESERTA : 1 .NUR SYIFANA BALQHIS BINTI MOHD KASSIM 2 NURAZRINA BINTI ABU BAKAR 3 ELLY NATASHA BINTI KHAIRUL ANUAR 4 NORSYAZWARINA HANIM BINTI NORHASRI 5 NUR AMEESYA BADRIYA BINTI IZHARALI 6 NUR HIDAYAH BINTIFIZAL 7 SOFIYA ALYSHA BINTI MOHD RIZAL 8 NUR AZLYANA NATASHA BINTI AZLAN 9 NUR ALIA FARHANA BINTI ABDUL WAHAB 10 NUR ZAHIRAH BINTINASRUL AZLI 11 WAN NURTASNIM AINA BINTI MIOR MOHD NAWAWI 12 NOR MAS AYU BT FAIRUS ULASAN : KONTINJEN PULAU PINANG DIWAKILI OLEH SMK PADANG POLO DAN SMK TAMAN WIDURI TELAH BERJAYA MERANGKUL PINGAT SEPERTI BERIKUT: 1.PERTANDINGAN SENTAP: TEMPAT KE – 4 2. PERTANDINGAN TARIAN KEBUDAYAAN : NAIB JOHAN 3. KESELURUHAN TERBAIK: TEMPAT KE - 3 PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM 46 TAHUN 2023/2024


PENCAPAIAN : NAIB JOHAN KAWAD KAKI KATEGORI BP KARNIVAL E-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS NEGERI PULAU PINANG TEMPAT : DATARAN KASIH, SMK PADANG POLO TARIKH : 30 JULAI 2023 GURU PENASIHAT : 1. NUR NAJJAH BINTI ABD MANAS PESERTA : 1.MUHAMMAD ADLI FAHMI BIN ABDULLAH (KPKP 8) 2.MUHAMAD ADAM HAIKAL BIN ZAKARIA (KPKP 10) 3.ANIQ MIRZA BIN NURUL AZMIN (KPKP 10) 4.ALICIA LAILY LEONG BINTI MUHAMMAD FAIRUZ LEONG (KPKP 1) 5.NUR ALYA MARSYA BT MOHD NIZAM (KPKP 1) 6.NURUL HAWA BINTI ABDULLAH (KPKP 10) 7.NURSHAHIRA SHAZEREN BINTI MOHAMED MUSTAFA (KPKP 13) ULASAN : PENYERTAAN SERAMAI TUJUH ORANG AHLI PENGAKAP PPKI SMK PADANG POLO DALAM PERTANDINGAN KAWAD KAKI KATEGORI BP SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH KARNIVAL E-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS NEGERI PULAU PINANG BAGI TAHUN 2023. KEPUTUSAN KAWAD KAKI KATEGORI BP KARNIVAL E-KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS NEGERI PULAU : NAIB JOHAN LINK PENGUMUMAN KEPUTUSAN: https://youtu.be/6upmaplrvw8?feature=shared 47 PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2023/2024


48 PENCAPAIAN : Pertandingan Anugerah Sekolah Hijau Tahun 2023 TEMPAT : Townhall,Majlis Bandaraya Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang TARIKH : 15 November 2023 GURU PENASIHAT : 1. Nur Kareena Aqila Binti Mahdzir– Setiausaha Sekolah Hijau PESERTA : 1. Nur Liyana Binti Rahmat (3 Melur) 2. Heinarika Povaneswaran (3 Melur) ULASAN : Anugerah Yang Telah Dimenenangi Adalah Seperti Berikut: Johan Video Terbaik (RM300 Dan Sijil) Anugerah Khas KecekapanSumber Asli (RM500, SijilDan Trofi) Naib Johan Keseluruhan AnugerahSekolah Hijau (RM1500, Sijil Dan Trofi) PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2023/2024


PENCAPAIAN : (1) JOHAN DALAM KATEGORI KEMAHIRAN : KEBUDAYAAN PENGAKAP (2) TEMPAT KETIGA DALAM KATEGORI KEJURUTERAAN : ROKET TEMPAT : SK BALIK PULAU TARIKH : 28 OKTOBER 2023 GURU PENASIHAT : 1. NUR NAJJAH BINTI ABD MANAS PESERTA : 1.ANIS ALISA BINTI MOHD JAFFERY (2 MELUR) 2.NUR ERIEANA LUTFIAH BINTI ZULKIFLI (2 MELUR) 3.NUR ARISHA MAISARAH BINTI HAZAM (2 MELUR) 4.NUR DANIA AFRINA BINTI HASROL HISHAM (2 MELUR) 5.ALYA BATRISYIA BINTI ABDULLAH (2 MELUR) 6.WAN ZARA QISTINA BINTI MOHD SAIFUL (KPKP 10) 7.MUHAMMAD ADLI FAHMI BIN ABDULLAH (KPKP 8) 8.NUR FARAH HANNA BINTI MOHD HARRIS (4 MELUR) 9.NOR FAZREN FAUZANA BINTI ABDULLAH (2 MELUR) 10.IZZATUL NABIHAH BINTI AZIAN (1 MELUR) ULASAN : PENYERTAAN SEBANYAK 2 KATEGORI (KATEGORI KEBUDAYAAN DAN KEJURUTERAAN) DARI SMK PADANG POLO DALAM SAMBUTAN HARI PENGAKAP MALAYSIA KE-115 & STEMBOREE TAHUN 2023. 49 PENCAPAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2023/2024


Click to View FlipBook Version