PENTAKSIRAN BERTERUSAN SEMESTER 2 TAHUN 2 (TUGASAN 1) NAMA PELAJAR: NUR AINA AFIAH BINTI ABDUL KARIM ANGKA GILIRAN: 2021142340310 NOMBOR KAD PENGENALAN: 030822030186 KUMPULAN/UNIT: BAHASA MELAYU 5 PISMP JUN 2021 B KOD DAN NAMA KURSUS: MPU3441a KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 NAMA PENSYARAH: DR. HJH. SHOLEHAH BINTI ISMAIL TARIKH HANTAR: 29 FEBRUARI 2024 Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Balas Daripada Pensyarah Medium:- Tanda Tangan: Tarikh: Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja NO. TUGASAN MARKAH Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 1 2 3 4 JUMLAH Markah Selepas Moderasi Markah dalam 100 % IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA Kumpulan Individu Kuliah √
BUKU LOG PANDU PUTERI BUKU LOG PANDU PUTERI N U R A I N A A F I A H B A H A S A M E L A Y U 5
Isi Kandungan ASAS PANDU PUTERI Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu-lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya Bendera dunia dan maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGKPM Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGPM Sejarah Perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah
NAMA NUR AINA AFIAH BINTI ABDUL KARIM NO. KAD PENGENALAN 030822-03-0186 ALAMAT TETAP NO.123-B, KAMPUNG BESUT, 16200 TUMPAT, KELANTAN NO. TELEFON 011-37555924 E-MEL [email protected] AMBILAN JUN 2021 (B) PENGKHUSUSAN BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN TAHUN DAN SEMESTER TAHUN 2 SEMESTER 2 INSTITUSI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA Biodata Diri
ASAS PANDU PUTERI
SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
FASA PENUBUHAN Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. FASA PERKEMBANGAN Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanyak dia ribu ringgit mulai tahun 1932. FASA HALANGAN Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta dan Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 hingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.
PERLEMBANGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA
PERSETIAAN PANDU PUTERI PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri
UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1. Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2. Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3. Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. 4. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 5. Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun. 6. Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. 8. Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun pada masa kesulitan. 9. Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10. Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
COGAN KATA Selalu Sedia – Terus Berkhidmat Selalu Sedia – Terus Berkhidmat
LAMBANG • Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga persetiaan Pandu Puteri. • Bintang pecah 14 melambangkan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.
ISYARAT PANDU PUTERI ISYARAT PANDU PUTERI Pada dasarnya, Isyarat Pandu Puteri adalah sama dengan Hormat Pandu Puteri. Yang berbeza ialah kegunaan dan kedudukan tangan. Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa: (i) Seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri. (ii) Semasa Pandu Puteri membaharui ikrar. Isyarat Pandu Puteri melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1. Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. 2. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 3. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 4. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15-25 cm dari telinga kanan. 5. Kira masa 1,2,3 dan turun 3,2,1.
HORMAT PANDU PUTERI HORMAT PANDU PUTERI Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: 1. Perjumpaan dengan Pemimpin, ketua dan orangorang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 2. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 3. Upacara mengibarkan bendera. Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1. Tiga jari tangan kanan ditegakkan. 2. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 3. Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. 4. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ.
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Ia juga manjadi amalan tradisi Pandu Puteri dunia. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengam orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Semua Pandu Puteri di negara ini yang berpakaian seragam berjabat tangan menggunakan tangan kiri.
ETIKA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM ETIKA PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
PANDU PUTERI KELIP-KELIP PANDU PUTERI KELIP-KELIP Skaf Pandu Puteri Kelip-kelip berwarna jingga dan dipakai dengan ikatan atau wogel. Ahli memakai baju T PPPM dan seluar sukan. Kasut sekolah/sukan.
PANDU PUTERI TUNAS (9-12 TAHUN) PANDU PUTERI TUNAS (9-12 TAHUN) PAKAIAN SERAGAM AHLI PANDU PUTERI TUNAS YANG TELAH DILANTIK BAJU PERKHEMAHAN AKTIVITI 1. Baju T PPPM berwarna biru. lanya perlu dibeli dari Kedai Ibu Pejabat PPPM. 2. Bagi mereka yang bertudung: - tudung hitam kosong tana sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. 3. Seluar sukan berwarna biru tua atau hitam. 4. Kasut hitam. 5. Stokin hitam. 6. Baju ini di guna pakai untuk semua peringkat ahli Pandu Puteri. 7. Vest hanya boleh dipakai bersama dengan baju T PPPM. 8. Skaf tidak perlu di pakai bersama baju T.
PANDU PUTERI REMAJA (13-15 TAHUN) PANDU PUTERI REMAJA (13-15 TAHUN) PAKAIAN SERAGAM AHLI PANDU PUTERI REMAJA YANG BELUM DILANTIK
PANDU PUTERI RENJER (16-17 TAHUN) PANDU PUTERI RENJER (16-17 TAHUN) PAKAIAN SERAGAM AHLI PANDU PUTERI REMAJA YANG TELAH DILANTIK
PEMIMPIN 5 JENIS BAJU PEMIMPIN Baju Batik PPM Baju Kurung Berpesak Baju Kebaya Baju Perjalanan/Aktiviti Baju Perkhemahan/Aktiviti Mempunyai pasukan Pandu Puteri untuk diuruskan. Baju ini adalah baju kasual yang boleh dipakai ketika majlis tidak rasmi. BAJU BATIK PPM
Baju rasmi adalah baiu kurung berpesak biru dan baju kebaya berwarna biru. Baju kurung mestilah berpesak buluh/tradisional. Kain polos biru perlu di beli dari Kedai Ibu Pejabat PPPM. Tudung PPPM: Penampang di pakai atas tudung sebelah kiri dada. Tudung sutera segiempat PPPM: Penampang di pakai pada baju sebelah dada kiri. Klip emas di kenakan pada tudung. Tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala. Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan baju kebaya. 'Shoulder flashes' dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Labuh baju kurung 5 cm bawah paras lutut. Kocek tersembunyi adalah pilihan sendiri. Lisu kain baju kurung disusun sebelah kiri. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak. BAJU KURUNG BERPESAK
Kebaya rasmi adalah kebaya kelepet pendek. Bajunya mempunyai potongan puteri (princess cut) dari bahu hingga hujung baju. Labuh baju sama paras genggaman tangan. Tudung PPPM: Penampang di pakai atas tudung sebelah kiri dada. Tudung sutera segiempat PPPM: Penampang di pakai pada baju sebelah dada kiri. Klip emas di kenakan pada tudung. Tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala. Kedua-dua jenis tudung boleh dipakai untuk baju kurung berpesak dan baiu kebaya. 'Shoulder flashes' dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Kain baju kebaya di lipat depan sebelah kiri tanpa belah. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak. BAJU KEBAYA
Blaus berlogo berpoket dua dan berpotongan 'princess cut' dipakai ketika perialanan dan aktiviti. 1 'slit' belakang baju di bahagian punggung adalah belah bertindih. Topi 'bowler' pemimpin: -Tali warna emas - pemimpin -Tali warna perak - pesuruhjaya Jika bertudung, tudung berwarna hitam kosong tanpa sebarang hiasan dan dimasukkan ke dalam baju. Klip PPPM berwarna emas dipakai bersama skaf pemimpin. 'Shoulder flashes' dijahit rapat pada kelim bahu kanan dan kiri. Seluar biru gelap berpotongan lurus dan tidak ketat. Kasut hitam, bertutup dan bertumit rendah. Beg hitam kosong iaitu tidak bercorak. BAJU PERJALANAN/AKTIVITI
LAGU DUNIA Versi Bahasa Melayu Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. English Version Our way is clear as we march on, And see our flag on high Is never furled throughout the world For hope shall never die We must unite for what is right In friendship true and strong Until the earth in its rebirth Shall sing our song. Shall sing our song.
TAPS SIANG TAPS MALAM Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi, hidup kami Tuhan saksi Thanks and prise, for the day Neath the sun, neath the stars, neath the sky As we go, this we know God is nigh Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat tuhan Day is done, gone the sun From the sea, from the hills, from the sky All is well, safely rest God is nigh
Lagu Pandu Puteri Tunas Puteri Tunas bertujuan Menolong dan berkawan Lagu Kumpulan: Siantan Siantan datang berkawan Berani macam pahlawan Lagu Kumpulan: Melur Melur taat dan setia Berusaha setiap masa Lagu Kumpulan: Kenanga Kami Bernama Kenanga Berjasa bertenaga Lagu Kumpulan: Cempaka Cempaka bersukaria Menolong orang duka Lagu Kumpulan: Teratai Teratai nama kami Bekerja setiap hari Lagu Kumpulan: Kesidang Kami Kesidang datang Menolong pagi dan petang Lagu Ahli Baharu Ahli baru suka hati Menjadi Puteri Tunas
LAGU LOCENG Oh, tuhanku Seruan hambamu Beri kami nikmat Sepanjang hayat Selamat tinggal Selamat tinggal Selamat tinggal
LAGU SELAMAT DATANG Selamat datang tuan/puan Selamat datang tuan/puan Selamat datang kami ucapkan Selamat datang tuan/puan
BENDERA MALAYSIA BENDERA MALAYSIA
BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI 1.Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. 2.Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. 3.Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia.
BENDERA DUNIA • Tiga blok /petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan. • Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri sedunia terhadap keamanan. • Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. Bintang pada cabang trefoil bermaksud bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri. • Jalur kompas bermaksud penunjuk jalan yang harus dituju dalam pandu puteri. • Tapak bermaksud perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyawa dalam jiwa Pandu Puteri.
Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi,membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Pow wow dikendalikan oleh pemimpin. Cara melaksanakan: Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dan menyebut Pow Wow berulang kali. 1. Seterusnya, ahli-ahli akan berkumpul membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. Pemimpin akan memberi arahan kepada ahli sekiranya ahli ingin memberi pendapat, letak tangan atas telinga seperti arnab (3 jari). 2. Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letak tangan dibelakang dan tunjukkan isyarat seperti gengam jari (tidak setuju) / buka gengaman (setuju). 3. Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. 4. Apabila selesai pow wow semua ahli bolehberdiri dan bersurai. 5. ISTIADAT POW WOW ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS ISTIADAT PANDU PUTERI TUNAS
ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dibuat dan meletakkan pennant ditengah-tengah kawasan. Tetapkan satu tema untuk rekaan membentuk lingkungan contohnya tema haiwan, kenderaan dan lain-lain yang sesuai dan menarik. Pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk satu persatu. -Arahan : Ketua kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan...... -Respon : Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi pennant dan kemudian berdiri dalam lingkungan besar yang akan terbentuk setelah enam kumpulan mengambil tempat) Apabila semua kumpulan telah berada dalam lingkungan besar, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri sambil menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai skip ke kiri, skip pula ke kanan dan menyanyikan lagi PP Tunas. -Catatan: Tujuan menggunakan tema adalah sebagai satu cara yang menarik bagi ahli membentuk satu lingkungan besar . Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir (tanpa pegang tangan), berskip dan ’humming’ lagu kumpulan ”na na na na.....” . Ahli kumpulan akan membuat lingkungan kecil disekeliling pennant, pegang tangan dan skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan. Setelah selesai ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar didahului dengan ketua kumpulan. Semasa berskip balik ke lingkungan besar, ahli sekali lagi ’humming’ lagu kumpulan.
ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS ISTIADAT LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS Setelah selesai ke enam kumpulan menyanyikan lagu masingmasing, semua ahli pegang tangan dalam lingkungan besar, skip ke kiri dan ke kanan beramai-ramai dan menyanyikan lagu PP Tunas. Setelah selesai menyanyikan lagu PP Tunas dan berskip, semua ahli berhenti, lepaskan tangan dan berdiri tegak . -Pemimpin : akan sebut perkataan ’T.O.S’ sekali -Ahli : Tangan dalam keadaan hormat ( aras bahu) dan sebut T.O.S tiga kali . Setelah selesai serentak turunkan tangan. Aktiviti semasa dalam lingkungan adalah seperti menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan lain-lain. Lingkungan boleh ditutup dengan cara rekaan atau cara yang diguna dalam dalam kuda.