The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitinuraishahmathussin02, 2024-04-02 06:33:54

Buku Panduan Pendekatan Bertema

Buku Panduan Pendekatan Bertema

PANDUAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM KEBANGSAAN Naskhah Uji Rintis


RUKUN NEGARA 05 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 06 DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 07 BAB 1: PENGENALAN 09 1.1 Definisi Pendekatan Bertema 10 1.2 Rasional 11 1.3 Matlamat 12 1.4 Kelebihan Pendekatan Bertema 13 BAB 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 14 2.1 Pentadbir Sekolah 14 2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia 15 2.3 Guru Mata Pelajaran 16 2.4 Guru Pendidikan Khas (PK) 17 2.5 Peranan Ibu Bapa atau Penjaga 18 2.6 Peranan Murid 19 BAB 3: PENGOPERASIAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP 20 3.1 Jadual Waktu 20 3.2 Peruntukan Masa Mata Pelajaran 20 3.3 Langkah-Langkah Melaksanakan Pendekatan Bertema 21 BAB 4: PEMILIHAN TEMA UTAMA, SUBTEMA DAN STRATEGI PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PDP 22 4.1 Tema Utama dan Subtema 23 4.2 Strategi Pelaksanaan 24 4.2.1 Strategi 1 25 4.2.2 Strategi 2 26 4.2.3 Strategi 3 27 BAB 5: AKTIVITI PEMBELAJARAN BERTEMA 28 5.1 Pendekatan Bertema & Pembelajaran Digital 29 5.2 Kepentingan Pembelajaran Digital 30 5.3 Contoh Aktiviti Pembelajaran 31 5.3.1 Contoh Pelaksanaan Aktiviti I 32 5.3.2 Contoh Pelaksanaan Aktiviti II 33 5.3.3 Contoh Pelaksanaan Aktiviti III 34 BAB 6: PENTAKSIRAN 35 BAB 7: SOALAN LAZIM 36 Kandungan


KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)


DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN Kurikulum Kebangsaan (1) Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1996 [PU(A)531/97]


Kurikulum berasaskan standard yang mula dilaksanakan pada tahun 2011, melibatkan perubahan kandungan, kemahiran dan nilai serta elemen merentas kurikulum selaras dengan perkembangan global. Perubahan ini menuntut guru merancang dan mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggalakkan pembelajaran bermakna serta selari dengan minat, situasi dan cara murid belajar. Salah satu cabaran dalam pembelajaran ialah keupayaan murid menghubung kait maklumat yang diperoleh dengan kehidupan harian. PdP yang sangat bertumpu kepada penguasaan kandungan mata pelajaran melalui kaedah menghafal atau mengingat konsep dan fakta berkemungkinan menyebabkan murid kurang menggunakan keupayaan berfikir dan kurang berpeluang membuat hubung kait antara kandungan pelajaran dengan kehidupan harian. Kaedah menghafal fakta merupakan satu strategi yang sering digunakan untuk membantu murid mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Namun dengan kaedah ini, tidak bermakna murid berupaya mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan harian. Berdasarkan kajian, murid berupaya menguasai pengetahuan dengan baik apabila belajar dalam konteks keseluruhan yang koheren kepada mereka dan berupaya menghubung kait apa yang dipelajari dengan dunia sebenar (Saraswathi & Stanly, 2018). Elemen kesepaduan kandungan pelajaran dengan konteks sebenar dalam kehidupan murid di bawah satu-satu tema akan membolehkan pembelajaran yang lebih bermakna dalam kalangan mereka. Pendekatan bertema dalam PdP memberi peluang kepada murid membuat perkaitan apa yang dipelajari dengan pengalaman sebenar dalam kehidupan harian mereka. Ini membolehkan murid menguasai pelajaran melalui pemahaman yang mendalam, dan bukan melalui kaedah hafalan semata-mata. BAB1: PENGENALAN 9 BPK, KPM


10 BPK, KPM Kaedah PdP Satu kaedah PdP yang menggunakan tema. Kesepaduan Ilmu dan pembelajaran mendalam Pengetahuan, kemahiran dan nilai dari beberapa disiplin ilmu. Kesesuaian tema Tema yang dipilih bersesuaian dengan minat, persekitaran latar belakang, masa dan tahap perkembangan murid. Pembelajaran bermakna dan menyeronokkan Pembelajaran melibatkan hubungan kandungan mata pelajaran dengan kehidupan harian murid dan dunia sebenar. 1.1 Definisi Pendekatan Bertema Pendekatan bertema ialah kaedah PdP yang menggunakan satu tema yang bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini menggunakan tema bagi mewujudkan PdP yang aktif, menarik, mendalam dan bermakna. Pendekatan bertema juga menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis serta mengembangkan kebolehan kognitif melalui pemikiran idea-idea baharu. Pendekatan ini menekankan pengajaran konsep yang diajar secara bersepadu di bawah satu tema dan melibatkan pengintegrasian atau kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai dari beberapa disiplin ilmu. Kesepaduan ini membolehkan pembelajaran yang bermakna dan mendalam apabila murid berupaya membuat penerokaan serta hubung kait kandungan pelajaran dengan kehidupan harian dan dunia sebenar. Pendekatan ini berupaya memberi keseronokan belajar, meningkatkan minat, motivasi, keyakinan dan penglibatan murid. Hasilnya murid dapat menguasai kemahiran dengan lebih cepat (Triyanto, 2011).


11 BPK, KPM 01 02 03 04 Gelombang 3 PPPM: ▪ Keluwesan ▪ Alternatif (kepada guru dalam mempelbagaikan kaedah pelaksanaan kurikulum) Tinjauan BPK 2019 KSSR (Semakan 2017) ▪ Tahap pemahaman guru: tinggi KSSM Menengah Rendah ▪ Tahap pemahaman guru: sederhana tinggi Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) dan KSSM lengkap satu kitaran Gelombang 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 Sekolah Rendah: ▪ Pemansuhan UPSR ▪ Aktiviti bawah pendekatan bertema - kaedah alternatif dalam pentaksiran bilik darjah. Menengah Rendah: ▪ Perkasa penguasaan konsep ▪ Aplikasi pengetahuan & kemahiran; ▪ Persediaan ke menengah atas. Memperkasakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Elemen Merentas Kurikulum: ▪ Pembelajaran digital Bantu murid membuat perkaitan: ▪ antara disiplin ilmu yang dipelajari ▪ dengan dunia sebenar secara kontekstual. Memperkasakan Pelaksanaan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) 1.2 Rasional


01 02 1.3 Matlamat Pendekatan bertema dalam PdP bermatlamat memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan dan membolehkan murid belajar dengan lebih bermakna, mendalam serta berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kehidupan harian dan dunia sebenar. 12 BPK, KPM


1.4 Kelebihan Pendekatan Bertema Terdapat beberapa kelebihan pendekatan bertema dalam PdP kepada murid. Antaranya ialah: Pembelajaran Bermakna Penyerapan pelbagai disiplin ilmu dan peluang murid membuat hubung kait pengetahuan, kemahiran dan nilai dengan dunia sebenar adalah tinggi. PdP Menyeronokkan Wujud suasana pembelajaran kondusif yang berkaitan dengan persekitaran serta menyeronokkan. Amalan Pembelajaran Kendiri Murid membuat penerokaan berkaitan kandungan pelajaran di bawah satu tema. Kemahiran Komunikasi Meningkatkan kemahiran interpersonal dan intrapersonal melalui perkongsian dalam pelbagai aktiviti. Menyemai nilai murni dan memupuk perpaduan. Pemikiran Aras Tinggi Membangunkan daya imaginasi, kreativiti dan pemikiran kritis. 13 BPK, KPM


2.1 Pentadbir Sekolah PGB, PK dan GKMP atau KP perlulah terlebih dahulu memahami apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan bertema dan bagaimana pendekatan ini boleh dilaksanakan dengan berkesan. ❖ Pentadbir menyampaikan hasrat ini kepada semua warga sekolah termasuk ibu bapa supaya pendekatan ini dapat dilaksanakan secara optimum. ❖ Satu perancangan strategik bagi memastikan latihan dalaman berbentuk komuniti pembelajaran profesional (PLC) secara berterusan atau program pementoran wajar dijalankan demi meningkatkan keupayaan guru menggunakan pendekatan ini. ❖ Pentadbir menyediakan ruang perbincangan seperti bengkel kerja atau diskusi profesional supaya guru dapat berbincang dan menyediakan RPT serta pemetaan standard pembelajaran yang sesuai berdasarkan tema yang telah ditentukan. Proses ini perlu dilaksanakan secara muafakat supaya boleh merancang dan mereka bentuk kesepaduan pelbagai bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai. Peranan dan tanggungjawab setiap pihak yang terlibat dalam pelaksanaan pendekatan bertema adalah penting bagi memastikan kejayaan dan kebolehlaksanaannya. Pihak yang terlibat di peringkat sekolah ialah pentadbir iaitu pengetua atau guru besar (PGB), guru penolong kanan (GPK), guru kanan mata pelajaran (GKMP), ketua panitia (KP) dan guru. PGB dan GPK bertanggungjawab menerajui perbincangan bagi pelaksanaan pendekatan bertema di peringkat sekolah. BAB 2: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 14 BPK, KPM


2.2 Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia 15 BPK, KPM GKMP dan KP semua mata pelajaran berbincang untuk mendapatkan kesepakatan skop bagi setiap tema utama yang telah dipilih supaya ada kesepaduan bidang ilmu yang akan disampaikan melalui setiap mata pelajaran. Mereka akan menyampaikan hasil perbincangan (rujuk rajah di bawah) kepada semua guru mata pelajaran. KP juga perlu memastikan guru mata pelajaran menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) berdasarkan strategi pelaksanaan yang telah dipilih bersama-sama dengan guru mata pelajaran lain. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) juga perlu disediakan dengan mengambil kira penggabungjalinan dan hubung kait pelbagai disiplin ilmu di bawah tema utama dan subtema yang berkaitan. Objektif PdP adalah berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran dan bukan berdasarkan tema semata-mata. Mengenal pasti strategi 1, 2 atau 3 (Rujuk muka surat 22-24) Menentukan aktiviti dan pentaksiran yang bersesuaian bagi setiap subtema dan mata pelajaran yang berkaitan supaya tidak ada pertindanan ilmu dalam aktiviti yang dirancang. Menentukan tema utama dan subtema yang sesuai Meneliti Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang hendak dicapai


Perancangan guru 2.3 Guru Mata Pelajaran Pendekatan bertema ini menggunakan kurikulum dan bahan sumber sedia ada termasuk buku teks. Oleh itu ia memerlukan perancangan dan komunikasi antara guru bagi mewujudkan penggabungjalinan kandungan mata pelajaran dan elemen merentas kurikulum khususnya PAK-21 dan pembelajaran digital. 1 Merancang dan menggunakan tema yang 2sama dengan guru mata pelajaran lain Mewujudkan kesepaduan pengetahuan, kemahiran dan nilai dari pelbagai mata 3pelajaran di bawah sesuatu tema Membentuk jaringan dengan guru mata pelajaran lain Mengenal pasti konsep yang serupa daripada SP yang hendak dicapai dalam pelbagai mata pelajaran Merancang aktiviti yang membolehkan pembelajaran bermakna dalam kalangan murid 4 5 16 BPK, KPM


17 BPK, KPM 2.4 Guru Pendidikan Khas (PK) Guru PK perlu mengambil kira potensi individu, tahap keupayaan dan kebolehan murid berkeperluan khas (MBK) yang terdiri daripada pelbagai kategori sebelum melaksanakan pendekatan bertema ini. Guru PK perlu menyesuaikan strategi PdP, ruang masa, susunan aktiviti dan bahan bantu belajar dengan ketidakupayaan MBK yang dididik agar pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat diaplikasikan dengan lebih berkesan, bermakna dan menyeronokkan. Keluwesan dalam Pendidikan Khas ini terkandung dalam Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013:, …8(1)(c) seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada - (i) kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran; (ii) masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti; (iii) susunan aktiviti; dan (iv) bahan bantu mengajar. (2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas


2.5 Peranan Ibu Bapa atau Penjaga Membuka peluang kepada murid untuk membuat perkaitan disiplin ilmu yang dipelajari secara mendalam melalui penerokaan. Pembelajaran sebegini memberi peluang kepada murid untuk menghubung kait perkara yang dipelajari di sekolah dengan dunia sebenar mereka kerana tema utama dan subtema yang dipilih dekat dengan mereka. Peluang Sokongan Memberi sokongan kepada murid dan pihak sekolah terutamanya bagi memastikan kelangsungan pembelajaran di rumah seperti menggalakkan murid mengaplikasi kemahiran yang telah dipelajari di sekolah dalam aktiviti harian di rumah. Motivasi Memberi motivasi dan memupuk minat murid terhadap perkara yang telah dikuasai supaya menjadi lebih tekal dengan mencipta ruang dan peluang untuk murid meneroka secara lebih mendalam di luar bilik darjah. 18 BPK, KPM


19 BPK, KPM 2.6 Peranan Murid Pembelajaran seharusnya berpusatkan murid. Oleh itu murid perlu dibimbing dan diberi galakan agar lebih bertanggungjawab dan aktif sama ada dalam kumpulan atau secara kendiri. Bagi menghasilkan pembelajaran bermakna, murid perlu: 1 2 3 4 membuat rujukan dari pelbagai sumber termasuk bahan digital. membuat hubung kait pengetahuan, kemahiran dan nilai semua bidang ilmu sehingga membawa kepada penerokaan yang lebih mendalam. meneroka bidang ilmu yang dipelajari melalui tema utama atau subtema yang diberi secara kendiri atau bersama rakan tanpa menunggu arahan. melibatkan diri dengan secara aktif dalam semua aktiviti sama ada secara berkumpulan atau pembelajaran kendiri.


BAB 3: PENGOPERASIAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP Pengoperasian pendekatan bertema ini memerlukan persediaan guru sama seperti melaksanakan PdP menggunakan kaedah atau pendekatan yang lain. 3.1 JadualWaktu Menggunakan jadual waktu sediaada. 3.2 PeruntukanMasaMata Pelajaran Peruntukan masa mata pelajaran adalah menggunakan peruntukan masa sedia ada seperti dinyatakan dalam surat pekeliling yang sedang berkuat kuasa. 3.3 Langkah-langkah Melaksanakan Pendekatan Bertema Perancangan pendekatan bertema dalam PdP memerlukan perbincangan guru di dalam panitia yang sama dan di antara panitia atau mata pelajaran yang berbeza. PdP dan pentaksiran yang dirancang adalah berdasarkan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid melalui tema. Proses atau langkah pelaksanaan pendekatan bertema dalam PdP adalah seperti berikut: 20 BPK, KPM


21 BPK, KPM 01 05 Menentukan strategi (1,2 atau 3) 02 Setelah tema utama dan subtema ditentukan, guru perlu memilih strategi yang sesuai dan boleh dilaksanakan oleh setiap guru. Proses 01 boleh diulang sekiranya perlu Memilih tema utama, subtema dan Standard Pembelajaran Pemilihan tema utama, subtema dan Standard Pembelajaran dilaksanakan secara perbincangan bersama guru mata pelajaran yang lain Menyenaraikan aktiviti dan merancang pentaksiran 04 Guru mempelbagaikan aktiviti dan memastikan setiap mata pelajaran melaksanakan aktiviti yang berbeza di bawah satu tema utama yang sama Menyediakan pemetaan dan RPT 03 RPT disediakan dengan mengambil kira pelaksanaan pendekatan bertema Menyediakan RPH RPH disediakan mengikut cara dan format sedia ada Menjalankan PdP dan pentaksiran yang berterusan 06 PdP dilaksanakan mengikut mata pelajaran masingmasing. Pentaksiran dilaksanakan sepanjang proses PdP secara berterusan Langkah-langkah Pelaksanaan (Menggunakan kurikulum sedia ada)


BAB 4: PEMILIHAN TEMA UTAMA, SUBTEMA DAN STRATEGI PELAKSANAAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PdP Pemilihan tema, kandungan pelajaran dan aktiviti PdP merupakan komponen yang penting dalam merancang dan melaksanakan pendekatan bertema. Tema utama yang dicadangkan dalam buku ini dipilih berdasarkan pemetaan kandungan semua mata pelajaran dengan tema, domain, atau bidang sedia ada dalam kurikulum mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah rendah. Selain itu, penentuan tema utama ini juga adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dasar serta aspirasi negara seperti Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Pendidikan Digital, Dasar Sukan Negara, Kelestarian Global, Pendidikan Kewangan, Revolusi Industri 4.0 serta Dasar Perpaduan Negara. 22 BPK, KPM


23 BPK, KPM 4.1 Tema Utama dan Subtema Lapan tema utama dicadangkan bagi membantu guru merancang PdP mereka. Guru boleh menetapkan subtema mengikut minat murid, latar belakang dan kesesuaian dengan disiplin ilmu yang digabungkan . Selepas memilih tema utama, guru perlu menentukan subtema yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang hendak dicapai dalam PdP bagi mengecilkan skop dan menepati kandungan mata pelajaran. Aspek berikut perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tema utama dan subtema untuk membolehkan penerokaan serta mewujudkan pembelajaran bermakna: Sesuai dengan SP dalam mata pelajaran yang terlibat. Sesuai dengan minat dan berkaitan dengan pengalaman serta kehidupan harian murid. Kemudahan mendapatkan bahan dan sumber untuk PdP supaya guru boleh merancang aktiviti yang menarik, secara handson dan menyeronokkan. Sesuai dengan situasi, masa atau peristiwa yang berlaku di persekitaran murid. TEMA UTAMA Sukan & Permainan Sains & Teknologi Keselamatan Ekonomi & Kewangan Kesihatan Kesenian & Kebudayaan Alam Sekitar Masyarakat


Strategi 2 Subtema yang sama melalui beberapa mata pelajaran Strategi 3 Projek melalui Pendekatan Bertema Strategi 1 Subtema berbeza melalui beberapa mata pelajaran 4.2 Strategi Pelaksanaan Tiga strategi khusus disarankan bagi pelaksanaan pendekatan bertema. Ketiga-tiga strategi ini memerlukan guru untuk membuat persediaan awal iaitu perbincangan bersama guru dalam panitia yang sama atau panitia berlainan. Guru mengenal pasti tema utama, subtema dan SP yang hendak dicapai, dan merancang aktiviti supaya boleh menghubung kait disiplin ilmu yang akan dipelajari oleh murid serta merancang kaedah pentaksiran yang sesuai. Strategi tersebut ialah: 24 BPK, KPM


25 BPK, KPM 4.2.1 Strategi 1: Subtema berbeza melalui beberapa mata pelajaran Contoh: Nota: ❑ Mencapai SP dalam mata pelajaran masing-masing. ❑ Perkaitan melalui aktiviti mata pelajaran terhadap fokus yang sama (contoh: Tanggungjawab manusia terhadap kelestarian alam sekitar). ❑ Aktiviti PdP dilakukan secara digital atau bukan digital melibatkan pelbagai media. ❑ Pentaksiran dilaksanakan berdasarkan aktiviti yang dijalankan dalam setiap mata pelajaran. 1 2 3 4 TEMA UTAMA: ALAM SEKITAR Subtema 1 Muka Bumi Subtema 3 Fauna Subtema 4 Tanggungjawab terhadap Alam Sekitar Subtema 2 Ekosistem & Biodiversiti Mata Pelajaran I Bahasa Melayu Mata Pelajaran II Sains Mata Pelajaran III Bahasa Inggeris Mata Pelajaran IV Pendidikan Moral


4.2.2 Strategi 2: Contoh: Nota: ❑ Mencapai SP dalam mata pelajaran masing-masing. ❑ Perkaitan melalui aktiviti mata pelajaran terhadap fokus yang sama. Guru boleh memilih jenis haiwan yang ingin dipelajari mengikut minat dan persekitaran murid. ❑ Aktiviti PdP dilakukan secara digital atau bukan digital melibatkan pelbagai media. ❑ Pentaksiran dalam setiap mata pelajaran mengikut aktiviti yang dijalankan. Subtema yang sama melalui beberapa mata pelajaran Mata Pelajaran VI: Pendidikan Muzik Mata Pelajaran I: 6 1 Sejarah Mata Pelajaran V: Pendidikan Jasmani 5 Mata Pelajaran II: 2 Pendidikan Islam Mata Pelajaran IV: Matematik Mata Pelajaran III: Pendidikan Seni Visual 4 3 Tema Utama: Alam Sekitar Subtema: Haiwan 26 BPK, KPM


Nota: ❑ Guru merancang projek yang sesuai mengikut minat murid. ❑ Guru berbincang dan tentukan bilangan mata pelajaran yang terlibat dalam sesuatu projek. ❑ Projek dilaksanakan secara berkumpulan Pentaksiran: ❑ Guru mata pelajaran yang terlibat perlu berbincang untuk menyediakan rubrik bagi pentaksiran projek secara keseluruhan. ❑ Murid diberi autonomi menentukan kaedah pembentangan (secara digital atau bukan digital dari pelbagai media) 27 BPK, KPM 4.2.3 Strategi 3: Contoh: Projek melalui Pendekatan Bertema Pernyataan Masalah: Masalah gangguan bekalan air. Tajuk Projek: Punca Gangguan Air Dan Langkah Pencegahan. 1 2 3 Mata Pelajaran I Bahasa Melayu Mata Pelajaran II Sains Mata Pelajaran III Pendidikan Moral Tinjauan: Meninjau sikap dan amalan rakan-rakan dalam penggunaan air. Penyediaan risalah: Dapatan dari temu bual dan soal selidik digunakan dalam risalah tentang cara-cara berhemah menggunakan air. Kajian Saintifik: Menjalankan kajian tentang tekanan air dan tekanan atmosfera. Kemahiran Saintifik: Mengaplikasi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif Lisan: Berbincang mengenai punca masalah air terjejas Bacaan: Laporan, artikel, teks deskriptif tentang air Penulisan: Kertas kerja, laporan TEMA UTAMA: Alam Sekitar SUBTEMA: Air


BAB 5: AKTIVITI PEMBELAJARAN BERTEMA Pendekatan bertema dalam PdP memerlukan perancangan yang rapi supaya terdapat ruang untuk murid membuat perkaitan tentang perkara yang telah dipelajari dalam mata pelajaran lain melalui tema yang sama. Guru hendaklah memastikan SP menjadi objektif utama yang perlu dicapai oleh murid. Tema hanya digunakan sebagai medium pembelajaran. Ketika merancang aktiviti pembelajaran, guru mengambil kira kesediaan murid menerima sesuatu maklumat dan kemahiran yang baharu tanpa mengabaikan minat, kecenderungan dan tahap perkembangan murid. Guru memberi peluang kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dengan menyediakan aktiviti yang mencabar tetapi mampu disertai. Murid perlu memahami tema dari pelbagai sudut dalam masa yang sama menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disampaikan. Guru dan murid boleh bersama-sama meneroka sehingga memperolehmaklumat baharu. 28 BPK, KPM


5.1 Pendekatan Bertema & Pembelajaran Digital Dengan kemudahan alat teknologi dan capaian Internet, guru dan murid kini mempunyai lebih banyak akses kepada sumber maklumat bagi memahami sesuatu tema yang dipelajari. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dirancang supaya murid dapat mencapai kefahaman yang mendalam dan bermakna serta dapat mencapai SP yang dihasratkan. Aktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan ini akan menjadikan proses pembelajaran bertema lebih interaktif serta berpusatkan murid. Suasana pembelajaran yang ceria boleh meningkatkan minat murid terhadap kandungan yang diajar dan menjadikan hasil pembelajaran lebih bermakna kepada mereka. Penggunaan peralatan dan bahan digital akan memperluaskan lagi peluang pembelajaran kendiri oleh murid. 29 BPK, KPM


KAEDAH DIGITAL MATLAMAT KEMENJADIAN MURID 5.2 Kepentingan Pembelajaran Digital • Berpengetahuan • Fasih Digital • KewarganegaraanDigital • Kritis • Kreatif& Inovatif • Kolaboratif • Kemahiran Insaniah • Nilai (Bergantung kepada infrastruktur di sekolah) • Pembelajaran Teradun • Flipped Classroom • Tugasan berasaskan teknologi dan digital • WebQuest • Video dan televisyen • Podcast, dan lain-lain • Lebih capaian kepada sumber maklumat • Mencapai Standard Pembelajaran, lebih mendalam dan bermakna • Kaedah pembelajaran inklusif dan holistik 30 BPK, KPM


31 BPK, KPM 5.3 Aktiviti Pembelajaran Bermain Simulasi Main Peranan Bercerita Berdebat Lawatan Penyiasatan/ inkuiri Nyanyian Penyelesaian Masalah Berlakon Projek Kuiz Murid dibimbing menggunakan teknologi dan pelbagai media untuk menjalankan aktiviti yang dirancang. Peluang dan ruang menggunakan teknologi ini akan meningkatkan keupayaan murid dalam pembelajaran digital, seterusnya dapat melahirkan murid yang fasih digital di samping menguasai kandungan mata pelajaran masing-masing.


5.3.1 Contoh Pelaksanaan Aktiviti I • Bercerita • Bermain • Berlakon • Nyanyian 01 02 03 04 Mengajar ayat seruan melalui cerita Arnab dan Kura-kura dalam mata pelajaran BM. Murid boleh mempersembahkan cerita Arnab dan Kurakura versi mereka sendiri menggunakan pelbagai media dan teknologi seperti rakaman video, rakaman suara, lukisan komik dan sebagainya. Mengajar nombor bulat 1 hingga 100 (Matematik) melalui permainan dam ular yang telah diubah suai dengan meletakkan gambar pelbagai jenis haiwan dalam kotak dam. Murid akan mengeja nama haiwan sekiranya terpaksa turun ke kotak bernombor lebih kecil. Permainan boleh dilaksanakan secara digital. Murid mempelajari pelbagai jenis haiwan dalam bahasa Inggeris sambil melakonkan watak haiwan menggunakan boneka. Guru boleh merakam lakonan murid dan mempamerkannya di laman sesawang sekolah. Mempelajari tentang nilai bertanggungjawab melalui tema haiwan. Mendengarkan cerita teladan “Sang Kancil” dan menyanyikan lagu tentang haiwan contoh: Bangau oh Bangau dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Murid boleh menggunakan kemudahan Internet untuk mencari maklumat cara memelihara haiwan tertentu. Mempelajari habitat haiwan dalam mata pelajaran Sains melalui lawatan ke Zoo. Lawatan boleh dibuat secara maya. Murid boleh mengumpul maklumat dari laman sesawang dengan bimbingan guru mengenai habitat haiwan yang tidak terdapat di zoo. 05 • Lawatan Tema : Alam Sekitar Subtema : Haiwan Tahap : Satu Tahun : 1 Bahasa Melayu Matematik Bahasa Inggeris Pendidikan Moral Sains 32 BPK, KPM


Tema : Alam Sekitar Subtema : Haiwan Tahap : Dua Tahun : 5 33 BPK, KPM 5.3.2 Contoh Pelaksanaan Aktiviti II Bahasa Melayu Matematik Pendidikan Seni Visual Pendidikan Moral 01 02 03 04 05 Sains Membaca petikan dan maklumat tentang kepupusan haiwan dan memahami maklumat tersurat dan tersirat dengan menjawab soalan berkaitan petikan dengan betul. Membaca dan memahami maklumat berdasarkan bahan multimedia bagi perbincangan berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan yang pupus serta kemapanan alam sekitar. Menggunakan data tidak terkumpul untuk memperkenalkan dan menentukan mod, median, min dan julat bagi piktograf, carta palang dan carta pai. Membina piktograf, carta palang dan carta pai bagi data berkaitan kepupusan haiwan atau kemandirian spesis haiwan menggunakan fail Excel. Murid juga mentafsir data dan menyelesaikan masalah tentang data tak terkumpul berkaitan haiwan. Murid membuat penerokaan Internet untuk mengumpul maklumat berkaitan ciri dan tingkah laku khas haiwan untuk melindungi diri daripada musuh. Murid menerangkan dapatan penerokaan mereka melalui skrap book digital menggunakan MS Word/ PowerPoint/ Flipbook (jika ada kemahiran). Murid juga boleh menghasilkan Inshot (video) untuk berkomunikasi tentang kandungan ini. Menghuraikan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat dalam menjaga haiwan peliharaan dan haiwan di persekitaran. Melaksanakan tanggungungjawab sebagai anggota masyarakat dari aspek kemandirian spesis haiwan. Komunikasi tentang tanggungjawab sebagai anggota masyarakat dengan penghasilan bahan berbentuk digital dan bukan digital bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kemandirian spesis. Menghasilkan model haiwan imaginasi daripada bahan-bahan kitar semula yang terdapat di persekitaran murid. Mempersembahkan hasil ciptaan tersebut dalam bentuk video pendek dengan menerangkan setiap ciri khas yang terdapat pada model haiwan imaginasi tersebut. Murid juga menceritakan tentang pengalaman dalam penghasilan karya tersebut.


Tema : Sukan & Permainan Subtema : Sukan Sekolah : Menengah Tingkatan : 2 5.3.3 Contoh Pelaksanaan Aktiviti III Bahasa Melayu Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Seni Visual Sains 01 02 Mendengar maklumat berkaitan jenis sukan bersama keluarga melalui aplikasi seperti Telegram/ WhatsApp/ TikTok dan memberi respons berkaitan apa yang didengar. Membaca pengumuman dan iklan berkaitan syarat dan penyertaan ahli keluarga dalam Temasya Sukan yang dipaparkan melalui pelbagai media sosial seperti Berita Online, Blog, Facebook, e-mel dan lain-lain. Membina kerangka karangan Temasya Sukan Keluarga menggunakan MS Words/ Power Point/ Key Notes/ Page/ tulisan tangan dan menghantar tugasan tersebut melalui e-mel/ WhatApps/ Telegram/ pautan DELIMa/ bercetak/ buku latihan. Melakukan permainan kecil ‘Hantar dan Tangkap Bersyarat’ dalam permainan bola baling. Mengaplikasi pengetahuan konsep pergerakan dan prinsip mekanik dalam kemahiran asas hantaran bola seperti aras bahu, atas kepala, lantun dan sisi dengan menggunakan daya yang berbeza semasa bermain. Syarat permainan melibatkan kemahiran hantaran bola dan jumlah langkah bergerak yang dibenarkan semasa memegang bola. Permainan kecil ‘Hantar dan Tangkap Bersyarat’ bagi kumpulan kecil dirakam menggunakan aplikasi TikTok. Meneroka kemahiran asas bola baling yang sesuai digunakan semasa menyerang melalui video perlawanan dan menyunting video dengan menghimpunkan kemahiran kemahiran yang telah dikenal pasti. Mencuba kemahiran yang telah dikenal pasti semasa menyerang dalam permainan bola baling. Mengumpul dan mengkategorikan rekaan simbol dan logo dengan melayari internet dan mendokumentasikan dalam portfolio. Membuat penerokaan dan eksperimentasi menggunakan aplikasi atau Perisian Reka Bentuk seperti Photoshop, Adobe illustrator, Flash, Autodesk Maya dan lainlain aplikasi. Menghasilkan logo Pasukan Sukan Sekolah yang dipilih serta mendokumentasinya menggunakan aplikasi seperti MS Word/ PowerPoint/ Key Notes/ Page/ dan sebagainya. Mengkaji kesan daya terhadap perubahan bentuk, kedudukan, kelajuan dan arah dengan menjalankan eksperimen mengukur jarak dan masa menggunakan kaedah balingan/ hantaran bola dengan daya yang berbeza. Menyelesaikan masalah numerical menggunakan rumus: Tekanan = Daya / Luas permukaan, Beban x Jarak Beban daripada fulkrum = daya x jarak daya dari fulkrum, Momen daya = daya (N) x jarak tegak dari pangsi ke daya (m) 03 04 34 BPK, KPM


` 35 BPK, KPM BAB 6: PENTAKSIRAN Panduan penilaian (contoh: aktiviti projek) Sebelum Bagaimana murid merancang pelaksanaan projek. Beberapa aspek seperti perancangan, penggunaan bahan atau kaedah pelaksanaan boleh dinilai. Semasa Bagaimana murid menguruskan data/ maklumat ketika melaksanakan penerokaan. Aspek komunikasi boleh dinilai. Selepas Bagaimana murid menerangkan dan mempamerkan hasil kerja. Aspek bahasa boleh dinilai. Aspek Keseluruhan Kolaboratif/ kreativiti/ inovasi/ penyelesaian masalah/ membuat keputusan Pentaksiran bagi pembelajaran bertema adalah sama seperti pentaksiran pendekatan pembelajaran yang lain dan perlu dilaksanakan sepanjang proses PdP. Pentaksiran ini merupakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang berlaku secara berterusan (on-going) bagi semua mata pelajaran yang terlibat; real time dan autentik iaitu pada masa yang sebenar, suasana yang sebenar dan hasil kerja murid yang sebenar. PBD perlu direkodkan supaya prestasi dan pencapaian murid dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat dipantau dari semasa ke semasa.


BAB 7: SOALAN LAZIM


37 BPK, KPM Soalan Lazim (FAQ) Mengapakah guru perlu menggunakan pendekatan bertema sedangkan banyak pendekatan lain dalam PdP? Jawapan: Pendekatan bertema ialah satu kaedah PdP yang menggunakan tema sebagai medium pengajaran. Penggunaan tema ini membolehkan penyerapan pelbagai bidang ilmu dan memberi lebih peluang kepada murid untuk membuat hubung kait tentang apa yang dipelajari melalui tema dengan kehidupan harian atau dunia sebenar. Inilah salah satu kelebihan pendekatan bertema berbanding pendekatan PdP yang lain. Sila rujuk buku panduan muka surat 10 untuk mengetahui kelebihan lain dalam pendekatan bertema. Bagaimanakah guru merancang PdP berdasarkan tema utama sedangkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP tidak disusun mengikut tema utama yang dicadangkan? Jawapan: Guru perlu membuat pemetaan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran berdasarkan tema utama yang sesuai. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) juga perlu disediakan dengan mengambil kira penyusunan tema utama yang selari dengan perancangan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Bagaimanakah penyerapan ilmu mata pelajaran dapat berlaku sedangkan tidak semua Standard Pembelajaran dalam mata pelajaran dapat disampaikan melalui tema yang sama? Jawapan: Guru perlu berbincang dengan guru mata pelajaran lain bagi menyediakan pemetaan Standard Pembelajaran berdasarkan tema utama. Guru perlu memilih mata pelajaran yang mempunyai Standard Pembelajaran yang dapat dicapai di bawah tema yang sama sahaja. Sekiranya tema utama terlalu umum, guru diberi keluwesan untuk mengecilkan skop kepada subtema yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Melalui subtema ini penyerapan ilmu mata pelajaran lain boleh dilaksanakan. 1 2 3


Soalan Lazim (FAQ) Apakah mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penyerapan ilmu dan penggabungjalinan kemahiran berlaku dalam PdP menggunakan pendekatan ini? Jawapan: Tidak ada mata pelajaran yang menjadi subjek utama untuk memastikan penggabungjalinan dan penyerapan ilmu berlaku dalam PdP. Guru perlu berbincang untuk merancang dan menyusun aktiviti yang boleh dijalankan dalam PdP masingmasing supaya penyerapan ilmu dan penggabungjalinan kemahiran berlaku semasa murid menjalankan aktiviti. Berapakah bilangan mata pelajaran yang perlu diintegrasikan di bawah satu-satu tema? Jawapan: Bilangan minimum mata pelajaran yang boleh diintegrasikan ialah 2 mata pelajaran. Bagaimanakah guru hendak mengajar sesuatu tema sedangkan kurikulum dan buku teks tidak mempunyai tema tersebut Jawapan: Guru tidak mengajar tema tetapi sebaliknya guru mengajar kandungan (Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran) mata pelajaran masing-masing. Tema digunakan sebagai medium bagi menyampaikan kandungan mata pelajaran tersebut. 6 5 4 38 BPK, KPM


Bahan rujukan seperti buku teks yang disediakan oleh KPM tidak selari dengan tema utama yang dicadangkan. Adakah buku teks masih boleh digunakan? Jawapan: Buku teks masih boleh digunakan kerana kandungannya adalah selari dengan kurikulum sedia ada. Guru boleh menggunakan sumber rujukan lain selain buku teks bagi menyokong penyampaian ilmu di bawah satu-satu tema tersebut. Bagaimanakah pendekatan ini boleh memastikan semua kemahiran boleh digabungjalinkan dan kesepaduan ilmu berlaku tanpa mengabaikan kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira? Jawapan: Keluwesan diberikan kepada pihak sekolah untuk menentukan kandungan yang sesuai disampaikan di bawah satusatu tema. Pengajaran sesuatu konsep asas dalam mata pelajaran adalah penting dan pihak sekolah boleh menyediakan satu waktu khusus bagi mengajar konsep asas sesuatu mata pelajaran. Sekiranya sekolah melaksanakan pendekatan bertema ini adakah pendekatan dan kaedah pengajaran yang lain boleh digunakan? Jawapan: Ya, guru masih boleh menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang bersesuaian dengan keperluan muridnya. Malah pendekatan bertema ini boleh digunakan bersama dengan kaedah lain seperti inkuiri penemuan, projek dan sebagainya. 7 39 BPK, KPM Soalan Lazim (FAQ) 9 8


Soalan Lazim (FAQ) Bagaimanakah guru boleh mendapatkan kerjasama daripada guru mata pelajaran lain untuk berbincang mengenai perancangan PdP melalui pendekatan ini? Jawapan: Pihak sekolah boleh mengatur masa bagi memberi ruang dan peluang untuk guru mengadakan perbincangan melalui Profesional Learning Community (PLC). PLC ini perlu dimantapkan oleh pihak sekolah dengan memberi fokus kepada pengurusan kurikulum dan PdP. Adakah pendekatan ini mesti dilaksanakan setiap kali menjalankan PdP? Jawapan: Tidak. Pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian sekurang-kurangnya satu kali setahun mengikut tempoh yang dirancang. Apakah bahasa instruksional yang akan digunakan semasa pembelajaran bertema ini? Jawapan: Bahasa instruksional bagi setiap mata pelajaran masih sama seperti yang dilaksanakan pada masa sekarang. 12 11 10 40 BPK, KPM


41 BPK, KPM Soalan Lazim (FAQ) Adakah semua tema utama mesti dilaksanakan dalam tahun yang sama atau bagi kelas yang sama? Jawapan: Tidak. Guru boleh memilih tema utama yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang hendak disampaikan sahaja. Namun, guru digalakkan menggunakan sebanyak mungkin tema utama yang telah dicadangkan dan mengelakkan pengulangan tema yang sama. Adakah guru boleh mencipta tema utama yang lain selain dari 8 tema utama yang dicadangkan? Jawapan: Ya, boleh. Guru boleh menggunakan tema utamanya sendiri mengikut kesesuaian Standard Pembelajaran dan keperluan lokalti. Namun, pemilihan tema utama yang baharu hendaklah mengikut panduan pemilihan tema yang disarankan dalam buku ini. Rujuk muka surat 20 Siapakah yang menentukan strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang perlu digunakan oleh guru? Jawapan: Guru boleh memilih apa jua strategi (Strategi 1, 2 dan 3) yang sesuai melalui perbincangan dengan guru mata pelajaran lain. Guru juga digalakkan mencuba semua strategi yang disarankan. Rujuk muka surat 21 13 14 15


16 Soalan Lazim (FAQ) Adakah guru akan diberi latihan bagaimana untuk melaksanakan pendekatan bertema dalam PdP? Jawapan: Ya. Guru akan dibimbing oleh SISC+ di daerah masing-masing. BPK menyediakan Buku Panduan Pelaksanaan Pendekatan Bertema dalam Pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan, Contoh PdP Bertema, video penerangan berkaitan pendekatan bertema dan slaid pembentangan yang digunakan dalam bengkel latihan sebagai rujukan. Adakah keperluan merombak jadual waktu mata pelajaran untuk memberi ruang pelaksanaan pendekatan bertema ini? Jawapan: Tidak. Pelaziman pendekatan bertema ini boleh dilaksanakan mengikut jadual waktu sedia ada dan mengikut jumlah waktu minimum mata pelajaran sedia ada. Adakah format penulisan RPH perlu diubah dan templat RPH akan dibekalkan oleh BPK? Jawapan: Tidak. Guru boleh menulis RPH mengikut format sedia ada. 17 18 42 BPK, KPM


KETUA PENASIHAT: Tn. Haji Azman bin Haji Adnan (Pengarah BPK) PENASIHAT 1. Dr. Latip bin Muhammad Timbalan Pengarah Kanan Kluster Dasar, Sains dan Teknologi 2. Pn. Nooraini binti Kamaruddin Timbalan Pengarah Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum 3. Pn. Hajah Nor’aidah binti Nordin Timbalan Pengarah Sektor Sains dan Matematik 4. Dr. Azwan bin Abd Aziz Timbalan Pengarah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi 5. Pn. Sarina binti Salim Timbalan Pengarah Sektor Bahasa dan Kesusasteraan 6. Pn. Fazlinah binti Said Timbalan Pengarah Sektor Sains Sosial 7. Dr. Kashry bin Ab. Rani Timbalan Pengarah Sektor Pendidikan Khas 8. En. Ramlan bin Haji Abu Talib Timbalan Pengarah Sektor Kesenian dan Kesihatan 9. Pn. Zurina binti Zulkarnain Timbalan Pengarah Sektor Prasekolah PENASIHAT JAWATANKUASA PETUGAS PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM DI SEKOLAH


JAWATANKUASA PETUGAS PELAZIMAN PENDEKATAN BERTEMA DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM PENASIHAT: Dr. Latip bin Muhammad PENGERUSI: Hajah Nor’aidah binti Nordin AHLI JAWATANKUASA: 1. Arni Suharti binti Mohamed Yasin 2. Bakhtiar bin Mohd Salleh 3. Dayang Nor Ashikin binti Harun 4. Dr. Mazlan bin Ismail 5. Faridah binti Ramly 6. Hajah Isnazhana binti Ismail 7. Hajah Ida Hairani binti Bakar 8. Hajah Nor Azza binti Ibrahim 9. Hajah Oliza binti Omar 10. Hajah Susilawati binti Ehsan 11. Kamariah binti Mohd Yassin 12. Kumaresan a/l M. Subramaniam 13. Mazlan bin Awi 14. Mohd. Hafiz bin Baharom 15. Nur Haswani binti Mazlan 16. Paizah binti Zakaria 17. Ramanathan a/l Nagarathinam 18. Regina a/p Joseph Cyril 19. Ruszidah binti Limat 20. Siti Aisyah binti Sahdan 21. Siti Sarah binti Mohd. Noor 22. Tan Huey Ning 23. Tajul Effandy bin Hassan


BPK KPM Naskhah Uji Rintis Terbitan, Unit Cetak BPK


Click to View FlipBook Version