The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aleeya.irdinaaaa, 2022-10-25 02:55:33

FOLIO PENDIDIKAN KESIHATAN UNIT 6.0 PENYAKIT

Folio Pendidikan kesihatan

FOLIO PENDIDIKAN KESIHATAN:
UNIT 6.0 PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

NUR ALEEYA IRDINA BINTI ROSLAN
2 BESTARI

MAKSUD PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

• Penyakit yang berlaku disebabkan faktor genetik atau gaya
hidup.

• Penyakit kronik yang tidak boleh disebarkan atau
dipindahkan kepada orang lain.

CONTOH-CONTOH PENYAKIT TIDAK
BERJANGKIT

ASMA/ASTHMA ATAU SEMPUT • Asma adalah penyakit paru-paru kronik yang
membengkak dan menyempitkan saluran
pernafasan.

• Ia merupakan salah satu penyakit yang
terbanyak diadukan di klinik dan di hospital.

• Batuk yang sering berlaku adalah pada
waktu malam atau awal pagi.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA ASMA

• Jangkitan pernafasan dan selsema
• Pendedahan kepada asap rokok
• Reaksi alahan atau alergi kepada debunga, kulat, bulu haiwan, bulu, habuk,

makanan, dan lipas
• Pencemaran udara dalaman dan luaran, termasuk ozon dan pencemaran zarah
• Pendedahan kepada udara sejuk atau perubahan suhu secara tiba-tiba
• Tekanan (stress)
• Latihan (senaman)
• Ubat-ubatan termasuk aspirin dan ubatan anti-radang bukan steroid seperti

asid mefenamic (ponstan) atau ibuprofen

GEJALA-GEJALA (MINOR) ASMA

• Sesak nafas atau kesukaran bernafas
• Sakit dada atau dada terasa ketat
• Susah untuk tidur kerana sesak nafas dan batuk-batuk
• Bunyi “wheezing” atau seperti bunyi bersiul ketika melepaskan nafas dan ini merupakan

simptom yang paling biasa untuk pesakit kanak-kanak
• Batuk atau “wheezing” yang teruk kerana disebabkan oleh virus, seperti virus demam.

GEJALA-GEJALA (MILD) ASMA

• Serangan seperti gejala minor , tetapi ianya lebih kerap dan lebih parah

• Kesukaran bernafas yang sangat teruk. Ia boleh diukur menggunakan sejenis alat yang
dipanggil“peak flow meter”.

• Perlu menggunakan ubat untuk melegakan simptom atau kesukaran bernafas dengan lebih kerap.
Ia juga dikenali sebagai “quick-relief inhaler”.

BEBERAPA SITUASI BERLAKUNYA GEJALA
ASMA KEPADA SESETENGAH PENYAKIT

• Ketika bersenam - ketika udara kering dan sejuk

• Ketika di tempat kerja - kerana terdedah kepada bahan kimia bahaya yang
disedut

• Ketika mengalami alahan - seperti pollen bunga, habuk, binatang peliharaan,
dan kulat

CARA MENGATASI ASMA

• Elakkan faktor penyebab sebanyak mungkin
• Ambil ubat-ubatan seperti yang disyorkan
• Orang yang mempunyai alahan luaran harus mengelakkan aktiviti luar apabila bacaan

indeks pencemaran adalah tinggi/tidak sihat.
• Senaman juga boleh menyebabkan berlakunya asma. Beberapa perkara boleh membantu

seperti menjalankan aktiviti pemanasan (warming up) sebelum memulakan aktiviti dan
secara beransur-ansur melakukan penyejukan badan selepas bersenam. Elakkan bersenam
semasa jangkitan saluran pernafasan serta elakkan senaman dalam cuaca yang sangat
sejuk.

KESIMPULAN

Asma mungkin kelihatan seperti penyakit yang tidak berbahaya tetapi ia sebenarnya
boleh menjadi penyakit yang mengancam nyawa jika tidak dirawat.

RUJUKAN

• http://www.myhealth.gov.my/asma/
• https://www.doctoroncall.com.my/asma#show
• Buku teks Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan

tingkatan 2 KSSM


Click to View FlipBook Version