The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zimanmohammad, 2020-12-14 08:35:47

KOMPAS KKGLMSM 2021

KOMPAS 2021

Untuk AHLI Sahaja

Kalau 31 Ogos adalah tarikh keramat yang perlu diingati oleh seluruh
rakyat Malaysia, ada lagi tarikh lain yang warga pendidik tidak akan lupa iaitu
pembukaan sekolah pada 24 Jun 2020 akibat pandemik Covid-19, Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) lebih 3 bulan “bercuti dan dicutikan” mulai 18
Mac 2020 yang lalu. Dalam keresahan, kerisauan dan ketidaktentuan, warga
pendidik diminta bersedia daripada segi mental dan fizikal bagi menyambut
kehadiran murid kembali meneruskan persekolahan.

Berbekalkan SOP yang wajib dipatuhi
dengan memastikan keselamatan dan kesihatan
murid terjamin, warga pendidik sedar bahawa nyawa
mengatasi segalanya. Sementara itu, dalam masa yang sama sesi pembelajaran perlu diteruskan.
Prasarana pula perlu disesuaikan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Stigma yang mengatakan guru beruntung kerana duduk di rumah tetapi menerima habuan di
hujung bulan adalah suatu tanggapan yang perlu diperbetulkan. Sebaliknya sebelum sekolah beroperasi

semula setelah PKP, warga pendidik telah membuat persediaan fizikal di sekolah, seperti menyusun
kerusi meja mengikut penjarakan, menampal pelbagai label, menyediakan tempat

membersihkan tangan malah mempelbagaikan alat untuk meletakkan cecair nyah
kuman sesuai dengan kemampuan sekolah.

Kini kami menyambut kedatangan
murid dengan berbekalkan semangat,
diiringi doa, ditemani alat penyukat suhu dan
cecair sanitasi tetapi tidak dengan pakaian khas (PPE)
seperti jururawat dan doktor. Kami kaum guru memahami
dan menghargai tugas barisan hadapan di Kementerian
Kesihatan yang terdedah dengan risiko jangkitan virus
Covid-19. Sedarkah kita dalam masa yang sama guru-guru
juga berisiko untuk dijangkiti kerana guru bukan sahaja
bersemuka dalam jangka masa yang lama malah setiap
hari. Guru-guru pun tidak tahu status perjalanan anak-anak
murid bersama-sama keluarga pada hujung minggu. Walaupun di sekolah ada direkodkan suhu,
peringatan secara lisan setiap hari, poster, nasihat, teguran dan apa jua SOP yang diarahkan oleh
KPM dan KKM. Kami guru tidak lari daripada rasa cuak dan bimbang. Kadangkala kebimbangan
terhadap sesi pembelajaran yang terganggu dan memikirkan masa depan murid-murid yang akan
menduduki peperiksaan besar mendahului rasa takut dan kerisauan itu. Guru bukan sahaja menjadi
pendidik di kelas tetapi menjadi penghantar makanan atau pengurus makanan untuk murid-murid
pada waktu rehat. Kami akan memastikan semua murid dapat makan dan tidak berasa rendah
diri tiada makanan di kelas. Semua contoh situasi di kelas ini menggambarkan betapa akrab dan
dekatnya guru-guru dengan murid-murid di sekolah.

1

Apabila ada sekolah di beberapa buah negeri ditutup lagi kerana
pandemik Covid-19 buat kali kedua tidak hairanlah kalau ada guru merasakan
mereka juga frontliners dan wajar diberi vaksin sama seperti barisan hadapan
lain seperti jururawat, doktor dan anggota keselamatan. Walaupun guru ini
ibarat “wira yang tidak didendangkan” tetapi tidak salah sekiranya masyarakat
menghargai pengorbanan guru ketika ini. Diharapkan ibu bapa juga dapat
memainkan peranan untuk mendidik anak-anak mereka mengamalkan norma
baharu. Hal ini menjadi semakin penting bagi meneguhkan amalan yang
diterapkan di sekolah.

Kepada barisan pendidik, teruskan tanggungjawab dan amanah yang diberikan seperti hari-hari biasa demi
kelangsungan sesi pembelajaran di samping menjaga keselamatan murid dan diri sendiri. KKGLMSM mengucapkan jutaan
terima kasih dan amat berbangga kepada semua guru yang bertungkus lumus bagi memastikan sistem pendidikan dapat
diteruskan dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang telah ditetapkan. Para guru adalah wira yang sentiasa bersedia menyahut
arahan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya sekolah perlu beroperasi seperti sediakala meskipun mengetahui betapa
besarnya risiko kemungkinan dijangkiti virus Covid-19.

KKGLMSM amat prihatin dengan denyut nadi insan bernama guru yang sanggup melakukan apa saja yang termampu
demi memastikan kemenjadian murid dan memartabatkan sistem pendidikan negara kita. Justeru itu, kami sebagai peneraju
barisan kepimpinan KKGLMSM sentiasa memastikan kebajikan dan keselesaan para guru akan sentiasa terbela.

Akhir kalam, wahai insan mulia bernama guru, bertabahlah dalam
melaksanakan tugas murnimu. Usah gentar dan mudah mengalah dalam arus
perjuangan untuk menjadikan pendidikan berkualiti, mendidik anak bangsa agar
menjadi insan terdidik dan menyediakan murid kalis masa hadapan. Budimu luhur
dan tidak terbalas oleh apa pun ganjaran yang ada di dunia ini.

TERIMA KASIH CIKGU

SAHIBUL BAHRIN BIN AHMAD
Presien KKGLMSM

SIDANG REDAKSI PERANCANGAN TAHUNAN KOMPAS 2021

Ex – Officio
Sahibul Bahrin Bin Ahmad
Zamhuri Bin Haji Ahmad
Haji Zulkefli bin Haji Mohd Noor

Ketua Editor
Nor Asiah Binti Ahmad

Penolong Ketua Editor
Mohamad Zapawi bin Mamat

Ketua Pengarang
Haji Shaudin Bin Jalil

Pengarang
Mustafa Kamal Bin Husin

2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sekali lagi kita bertemu dalam KOMPAS 2021. Kepimpinan KKGLMSM mengucapkan
Selamat Tahun Baru dalam Norma Baharu Pendidikan.

Tahun 2020 telah menyaksikan banyak perubahan drastik yang berlaku dalam semua
sektor termasuklah sektor pendidikan. Kehadiran Covid-19 yang tidak diundang telah merubah
senario kehidupan kita. Norma baharu dalam setiap pergerakan menjadi kebiasaan yang tidak
dapat dinafikan oleh warga pendidik. Istilah-istilah seperti “Google-Meet, e-learning”, PdPR,
BDR, penjarakan sosial dan sebagainya sudah tidak asing bagi kita. Malahan anak-anak kecil pun
sudah mahir dengan istilah-istilah serta tanda-tanda SOP yang berkaitan dengan Covid-19.

Pelantar telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian
yang dilarang dibawa ke sekolah pada satu ketika yang lalu, kini menjadi nadi terpenting dalam
dunia pendidikan yang menggunakan alam maya serta dilakukan di rumah. PdPR merupakan
tali penghubung di antara guru dan murid. Guru dan murid wajib menyesuaikan diri dengan
corak pengajaran dan pembelajaran masakini. Walau bagaimanapun KKGLMSM berharap KPM
khususnya dan Kerajaan amnya perlu pastikan semua guru dan murid mempunyai akses yang
memungkinkan PdPR berlaku tanpa gangguan. Dalam keghairahan kita menjalankan PdPR,
kita juga tidak boleh abaikan murid golongan B40 yang serba kekurangan. Kemudahan untuk
mereka mengikuti PdPR secara maksimum perlulah difikirkan. Biarlah kita menjadi frontliners
yang mampu membina bangsa unggul walaupun dalam suasana pandemik Covid -19 yang tidak
menentu.

Salam Hormat,

ZAMHURI BIN HJ AHMAD
Setiausaha Agung
KKGLMSM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Bertemu kembali dalam Kompas 2021. Semoga pembukaan tirai tahun 2021 ini akan
memberi kita kekuatan dan semangat baharu untuk istiqamah dalam mendidik, mengajar,
mengasuh, membentuk dan mentarbiyah anak-anak didik kita agar menjadi insan ampuh dan
berketrampilan dalam semua peradaban dan tamadun.

Rakan-rakan seperjuangan sekalian, jika mahu mengubah generasi, maka kita perlu
mendidik anak bangsanya dengan setiap sumber yang ada. Hal ini adalah kerana ‘Ilmu Penyuluh
Kehidupan’.

KKGLMSM sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan
namun masih ramai lagi yang kehilangan punca apabila sesuatu perkara baharu dilaksanakan di
sekolah. Warga guru yang menjadi golongan pelaksana termasuklah Pengetua dan Guru Besar
dibebani dengan pelbagai keperluan yang mendesak. Sekolah bagaikan kilang untuk menghasilkan
produk-produk yang bermacam-macam kualiti. Produk yang tidak berkualiti dipersoalkan oleh
pihak-pihak tertentu termasuklah masyarakat secara amnya. Adalah tidak adil, jika warga guru
sentiasa dipersalahkan.

Semoga apa yang sedang kita lalui ini, dengan membudayakan Norma Baharu akan
mampu sedikit sebanyak merubah pemikiran (Anjakan Paradigma) dan keegoaan pihak-pihak
tertentu dalam menangani isu-isu yang berlaku di sekolah. Terima kasih.

Salam hormat,
NOR ASIAH AHMAD, PJK
Ketua Editor

3

SOALAN LAZIM (FAQ)
BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT

(PKPB)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

1. Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?
Tidak, semua sekolah masih ditutup.

2. Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?
Sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

3. Bolehkah Pengetua/Guru Besar dan pentadbir hadir bertugas di sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika ada keperluan.

4. Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.

5. Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan

kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

6. Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa
PKPB?

Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh
Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Guru perlu membuat perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.

7. Adakah guru yang pulang ke negeri tempat bertugas perlu menjalani kuarantin?
Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.

8. Bagaimanakah guru yang sedang berada di Semenanjung boleh pulang bertugas ke Sabah/Sarawak/
Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya?

Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA bagi perjalanan ke lapangan terbang yang
merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri dengan seawal mungkin bagi memastikan proses
perjalanan yang lancar termasuk keperluan untuk kuarantin.

4

9. Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi memastikan keselamatan
mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh PKPB dan Pasca PKP?

Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang turut terpakai semasa PKPB.

C. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

10. Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika terdapat keperluan dengan kelulusan pentadbir sekolah. Pentadbir sekolah perlu memastikan

kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

D. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

11. Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah/institusi pendidikan/
pejabat/kuarters di bawah KPM dilaksanakan semasa PKPB?

Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan yang diselia oleh Agensi
Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

12. Berapakah bilangan pekerja perkhidmatan KBK yang dibenarkan hadir bertugas?
Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.

13. Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut ketetapan dalam kontrak?
Ya.

14. Apakah arahan/tindakan yang perlu dipatuhi oleh pekerja KBK ketika melaksanakan perkhidmatan?
Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa mencuci tangan dengan sabun atau
menggunakan hand sanitizer dan memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu,
pekerja perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

15. Apakah tanggungjawab syarikat/kontraktor perkhidmatan KBK dalam melaksanakan perkhidmatan?
Syarikat/kontraktor perlu:
a) memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan perlu menjalani pemeriksaan

kesihatan;
b) memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas bagi mengelakkan

sebarang bentuk perhimpunan; dan
c) memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang disahkan positif COVID-19.

E. SEKOLAH SWASTA

16. Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?
Ya.

Catatan: Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA 3 MEI 2020

5

Guru kelas peperiksaaan tidak patut dibebankan dengan tugas tidak berkaitan
pengajaran selepas sekolah dibuka semula 24 Jun ini. - Foto NSTP/NADIM
BOKHARI

LANGKAWI: Guru yang mengajar kelas peperiksaan awam sepatutnya tidak
dibebani dengan tugas lain kerana mereka mengejar masa untuk menghabiskan
sukatan pelajaran.

Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia
(KKGLMSM) mahu pendidik itu fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang
banyak tertangguh disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Presidennya, Sahibul Bahrin Ahmad, berkata guru berdepan dengan kekangan
masa bagi menamatkan silibus tingkatan lima untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang dijadual pada suku pertama tahun depan.

"Penulisan Rancangan Pelajaran Harian ketika PKP dan pascaPKP agak berbeza.
Jadi, guru perlu diberi ruang menggunakan masa berbaki yang terhad untuk
membantu pelajar sepenuhnya.

"Pentadbir sekolah perlu membebaskan guru kelas peperiksaan daripada pelbagai
kajian, kerja luar dan tugas menguruskan keselamatan sebaik sekolah dibuka
semula," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin
mengumumkan sesi persekolahan untuk pelajar Tingkatan Lima dan Enam yang
mengambil peperiksaan awam bermula 24 Jun ini.

Pembukaan semula itu membabitkan 500,444 pelajar dari 2,440 sekolah pelajar
kelas peperiksaan awam dan peperiksaan antarabangsa.

Petikan Akhbar Berita Harian - Jun 12, 2020
Sumber rujukan: https://www.bharian.com.my/berita/pendidi-
kan/2020/06/699443/guru-kelas-peperiksaan-mesti-tumpu-kepada-sukatan

6

INFO GRAFIK APA GURU PERLU TAHU

Jenis Cuti Jumlah Cuti Rujukan Kelulusan Catatan
Rehat Khas 10 hari Ketua Jabatan
JPA. SARAAN 223/5/4 • Disahkan / Tetap
Sakit Swasta - 15 hari - 3 Jid.3(19) JPN / JPA • Sementara 6 tahun
Kerajaan - 90 hari + 90 hari Ketua Jabatan
Haji Kusta/Barah - 24 bulan Perintah Am Hari Peperiksaan
Mengambil Peperiksaan Jangkamasa yang diperlukan Bab (C) JPN / JPA 5 kali
Para 31 (a) JPN
Bersalin tidak melebihi 40 hari Dalam Malaysia
Tempoh Peperiksaan Perintah Am Ketua Jabatan
Tanpa Rekod PJJ Bab (C) 34/35
60 hari Ketua Jabatan
Aktiviti Kesatuan / Perintah Am
Ko-operasi 30 hari Bab (C) JPN

Isteri Bersalin 14 hari + Pekeliling Perkhidmatan Bil. JPN
Kematian ahli keluarga (2 hari Perjalanan) 2/1998 - 26.4.1998 Perintah Ketua Jabatan
Ketua Jabatan
Umrah Tujuh (7) hari Am Ketua Jabatan
Kuarantin Tiga (3) hari Bab (C) 25/26 Ketua Jabatan
Tujuh (7) hari
KP (BB) 06/01/4 Jid (48)
Lima (5) hari 5.6.98 Hanya di ITP Awam 50

tahun
(Bukan Kolej Swasta)

Perintah Am
Bab (C) 42 (a)

Bil. 9 Tahun 2002

Bil. 10 Tahun 2002

JPA. SARAAN 223/5/4
- 3 Jid.3(15)

JPA. SARAAN 223/5/4
- 3 Jid.3(13)

7

1. Cuti Gantian 7. Cuti Mengambil Bahagian Dalam Olahraga/Sukan
2. Cuti Latihan Pasukan Sukarela 8. Cuti Tugas Khas Perubatan
3. Cuti Menghadiri Latihan atau Khemah Kerja Tahunan 9. Cuti Isteri Bersalin
10. Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat
Pertubuhan / Persatuan 11. Mengikuti Kursus Intensif Di Bawah Program PJJ dan
4. Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama 12. Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Program PLKN
5. Cuti Memasuki Peperiksaan
6. Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas

1. CUTI GANTIAN
i. Bagi menggantikan masa bertugas lebih masa atas kepentingan awam atau kepentingan perkhidmatan yang tidak

berkelayakan dibayar elaun lebih masa atau bayaran khas. Contoh masa bertugas lebih masa;
• Bertugas pada hari minggu dan kelepasan am
• Bertugas lebih masa dariwaktu yang ditetapkan (PA 17 BAB G 1974)
ii. Kadar kelayakan cuti gantian adalah 9 jam masa yang dipanggil bertugas bersamaan dengan 1 hari.
(PA 40 BAB C 1974)
iii. Hendaklah diambil pada bila-bila masa dalamtempoh 6 bulan dari tarikh tugas. Jika tidak diambil dalam tempoh

berkenaan akan dianggap luput. (JPA 43/26 Klt. 2 (109) bertarikh 8/6/1995 surat kepada JPM) 1
iv. Kemukakan salinan’workorder’ yang disahkan bagi kerja-kerja yang dijalankan

2. CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA
JENIS PASUKAN SUKARELA YANG DIBENARKAN;

Askar Wataniah, Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja, Simpanan Sukarela Tentera Udara Di Raja, Simpanan Sukarela
Polis, Pertahanan Awam dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA). Syaratnya ialah:-

• Hadir latihan atau khemah kerja tahunan sahaja.
• Sebarang cuti yang melebihi kelayakan hendaklah ditolak dari Cuti Rehat.
• Jika Cuti Rehat telah kehabisan, dapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (PA 41 BAB C 1974)
• Tidak melebihi 30 hari setahun untuk latihan / khemah kerjatahunan.
• Tambahan 2 hari lagi untuk perjalanan (pergi dan balik).

3. CUTI MENGHADIRI LATIHAN ATAU KHEMAH KERJA TAHUNAN
PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG DIBENARKAN

Kadet Laut, Kadet Persekutuan, Pasukan Latihan Udara Persekutuan, Pengakap, Pandu Puteri 2, Briged Budak Lelaki,
Briged Budak Perempuan, Ambulan St. John, PBSM, Persatuan Perancang Keluarga, PEMADAM, Persatuan Penyelamat
Kelemasan Di Raja Cawangan Malaysia, Pertubuhan Orang-orang Buta, Institut Dakwah dan Latihan Islam JPM, Jabatan
Perpaduan Negara, JPM, Persatuan Pengguna, Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Malaysia, PUSPANITA, Jawatan kuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kadet Polis, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), PERKIM, Majlis
Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Majlis Keselamatan Negara, JPM, Biro Tata Negara dan JPM.

Tempoh: Tidak lebih 14 hari, dan tambahan 2 hari untuk perjalanan (pergi dan balik).

Syarat: Sebarang cuti yang melebihi kelayakan hendaklah ditolak dari Cuti Rehat. Jika Cuti Rehat telah kehabisan, boleh
diberi Cuti Tanpa Gaji.

4. CUTI MENDUDUKI/MEMASUKI PEPERIKSAAN
Boleh diberi kepada staf yang memasuki peperiksaan yang dianggap oleh Ketua Jabatan sebagai boleh membaiki peluang

hidup atau peningkatan kerjaya. (PA 44 BAB C)

Tempoh : Dihadkan kepada tarikh / hari peperiksaan sahaja

5. MENGHADIRI MESYUARAT KHAS PERSATUAN IKHTISAS
Boleh diluluskan kepada pegawai yang menghadiri mesyuarat agung atau mesyuarat agung luar biasa dalam persatuan

ikhtisas di mana pegawai menjadi ahli.

8

6. MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM OLAHRAGA / SUKAN
Boleh diberi kepada staf yang telah dipilih untuk mengambil bahagian dalams ebarang perlawanan atau sukan. Syaratnya

ialah:-
1. Perlawanan di peringkat negeri atau antarabangsa.
2. Anjuran dari kerajaan layak. Tidak layak jika anjuran dari swasta.
3. Diberi atas budi bicara Ketua Jabatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
4. Boleh diberi juga kepada pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau Jawatan kuasa Pertandingan Negeri

atau antarabangsa untuk menghadiri mesyuarat majlis/jawatan kuasa yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu
pertandingan [PA 46(b) Bab C 1974] 5.
Tempoh : Terhad kepada masa yang betul-betul diperlukan tetapi tidak melebihi 30 hari setahun.

7. CUTI TUGAS KHAS PERUBATAN
Boleh diberi kepada pegawai yang menjalankan tugas x-ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran x-ray 2. Bertugas

di pusat-pusat perubatan tertentu di mana jenis tugas yang dijalankan merbahaya. [PA 47 Bab C 1974] 3.
Tempoh : 14 hari setahun. Tidak boleh ’carry forward’. Sekiranya tidak diambil dalam tahun yang diperolehi, cuti ini akan

luput.

8. CUTI ISTERI BERSALIN
Diberi kepada pegawai lelaki kerana isteri bersalin. Kemudahan ini dibenarkan sebanyak 5 kali sahaja dalam tempoh

perkhidmatan. (Perenggan 58.2 PP 9/1991)
Tempoh : 7 Hari sahaja (PP 9/2002)
Salinan perakuan bersalin hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.

9. CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT
Diberi kepada pegawai untuk menziarahi dan membantu urusan berkaitan kematian ahli keluarga terdekat. Salinan

pengesahan kematian hendaklah dikemukakan kepada Ketua Jabatan.
AHLI KELUARGA TERDEKAT : Suami/isteri, anak, ibu, dan bapa kandung, ibu dan bapa mentua, ibu 2 dan bapa angkat

yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-
undang. (JPA.SARAAN 223/5/4-3 JLD.2 (3) )
Tempoh : 3 hari sahaja. ( PP 10/2002)

10. MENGIKUTI KURSUS INTENSIF DI BAWAH PROGRAM PJJ
Boleh dipertimbangkan kepada pegawai untuk menghadiri kursusi ntensif sepenuh masa yang disyaratkan di bawah program

pendidikan jarak jauh (PJJ).
Syarat : Telah mendapat kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu untuk mengikuti program pengajian di peringkat Diploma,

Ijazah Pertama / Lanjutan di 6 mana-mana IPT dan belum mempunyai kelayakan di peringkat pengajian yang berkenaan.
Tempoh : Tempoh sebenar kursus intensif tetapi tidak melebihi 30 hari (maksima) dalam setahun. 4. Jika lebih 30 hari,

gunakan cuti rehat yang berkelayakan. Jika kehabisan cuti rehat, gunakan cuti tanpa gaji.

11. MENGIKUTI PROGRAM PLKN
Diberi kepada pegawai yang mengikuti kursus jurulatih PLKN dan menjalankan tugas-tugas jurulatih PLKN (PP 1/2004)
Tempoh : Masa sebenar dan tambahan 2 hari bagi perjalanan (pergi dan balik)

12. SELEPAS TAMAT CUTI BELAJAR
Pegawai boleh memohon kepada Ketua Jabatan ( melaluiKetua Unit/Pusat/ Dekan kepada Pendaftar) cuti tanpa rekod tidak

melebihi 7 hari selepas tamat kursus/latihan/pengajian.
Syarat : Tempoh Kursus/Latihan/Pengajian pegawai adalah lebih 12 bulan (PA 38 BAB C 1974)

9

SKIM KEBAJIKAN KELUARGA (SKK)

BIL. PERKARA JUMLAH SUMBANGAN
(RM)
1. Kematian Biasa
2. Kematian Akibat Kemalangan 15,000.00
3. Keilatan Kekal* 28,000.00
4. Manfaat Wad Hospital (Had Maksima Tuntutan 90 Hari Dalam Setahun) 20,000.00
5. Manfaat Perbelanjaan Pengebumian 15.00 / Hari
6. Manfaat Kematian Keluarga (Isteri / Suami) 1,500.00
7. Manfaat Kematian Keluarga (Anak) 1,500.00
8. Manfaat Kematian Keluarga (Ibu Bapa) 1,000.00
9. Manfaat Persaraan*
500.00
1,500.00

TABUNG KEBAJIKAN KKGLMSM

BIL. PERKARA JUMLAH SUMBANGAN
(RM)
1. Kematian Ahli
2. Rawatan Ahli Masuk Hospital 1,000.00

(Had Maksima Tuntutan 14 Hari Dalam Setahun) 10.00 / Hari
3. Ahli Masuk Universiti (Pengajian Peringkat Ijazah)
4. Ahli Bersara 150.00
5. Hadiah Galakan SPM (Sekurang-Kurangnya 7A Lulus BM, Sejarah) 300.00
6. Hadiah Galakan STPM, STAM, Matrikulasi (CGPA 3.5 Keatas) 150.00
7. Anak Ahli Berjaya Memperolehi Ijazah 150.00
100.00
8. Kemalangan/Lain-Lain Tertakluk Kepada Keputusan Ahli
Majlis Agung KKGLMSM

Nota : Berkuatkuasa 1 Januari 2018 dan *Tertakluk pada Terma Dan Syarat.
Semua Permohonan Melalui Borang Permohonan Tabung Kebajikan / SKK, Dalam Tempoh 6 Bulan Dari Tarikh Kejadian.

Permohonan Menjadi Ahli
1. Mengisi borang keahlian rasmi KKGLMSM.
2. Gaji Boleh Dipotong Yuran Setiap Bulan Tanpa Melanggar Peraturan Bank Negara Malaysia (60%/40%).
3. Sah Keahlian KKGLMSM Apabila Potongan Yuran Bulan Pertama Telah Dibuat Oleh Pihak ANGKASA.

JUMLAH POTONGAN MENJADI AHLI RM

BIL. PERKARA 2.00
5.00
1. Fi Masuk (Sekali Sahaja) 4.00
2. Yuran Keahlian 10.00
3. Tabung Kebajikan 19.00
4 Skim Kebajikan Keluarga (SKK)*
5. Jumlah Potongan Bulanan

10

CORETAN PENGERUSI KEPIMPINAN KOPERASI
ANTARA FANTASI ATAU REALITI
DALAM URUSTADBIR KOPERASI mesti dilaksanakan sebelum runtuhnya sebuah tamadun dan
empayar koperasi.
Untuk mengangkat martabat sebuah koperasi daripada
berskala kecil kepada berskala sederhana dan besar, bukan Sebagai Pengerusi, saya ingin menyeru kepada semua Pegawai,
boleh dibuat secara bersahaja atau cuma-cuma. Anggota Lembaga, staf dan anggota keseluruhannya, lahirkan
Seluruh kudrat Anggota Lembaga, staf sokongan dan anggota kesedaran bahawa jatuh bangunnya koperasi kita bergantung
koperasi, harus dikerah bangun sederap, saling bekerjasama kepada peranan kita semua. Ambillah peranan sebagai agen
membulatkan fokus dan halatuju. koperasi, duta kepada produk koperasi, dalam menyebar luas
status Koperasi KKGLM Malaysia Berhad dikalangan warga
Satu indikator yang cukup jelas adalah apabila aset semasa guru Malaysia.
mengatasi liabiliti semasa, peningkatan turnover tahun demi
tahun, peruntukan penebus syer yang sangat munasabah,
dividen berbayar setiap tahun, memberi gambaran bahawa
koperasi berada di landasan betul. Barakah daripada
pengamalan sistem pembiayaan Islam telah banyak tertunjuk
apabila 3 tahun kebelakangan ini, wang lebihan koperasi
meningkat 3 kali ganda.

Namun demikian, satu ancaman yang tidak harus dipandang Sekian.
kecil ialah nisbah anggota baru dengan anggota yang berhenti
adalah 1 kepada 5. Jika dibiarkan fenomena ini berlarutan, Salam Hormat Daripada;
koperasi akan mengalami kemerosotan anggota, lantas
akan mengecilkan pendapatan koperasi secara langsung. Haji Awang bin Mohmad
Oleh itu, tanpa kompromi, kegiatan merekrut anggota baru Pengerusi

KOPERASI KKGLM (M) BERHAD

PERMOHONAN MENJADI ANGGOTA

1. Mengisi Borang Keanggotaan Rasmi Koperasi.
2. Sah Keanggotaan Apabila Potongan Yuran Bulan Pertama .

PEMBIAYAAN

1. Pembiayaan Sehingga RM 150,000.00 Dan Boleh Bertindih (Tertakluk Terma Dan Syarat).
2. Pembiayaan Kecemasan Sehingga RM 10,000.00.

KEISTIMEWAAN

1. Skim Pembiayaan Menggunakan Sistem Patuh Syariah (Tawarruq).
2. Caj Keuntungan Atas Semua Pembiayaan Hanya 4.85%
3. Pembiayaan Akan Diproses dan Diluluskan Dalam Tempoh Tiga Hari Bekerja.

TABUNG KEBAJIKAN

1. Derma Siswa (Selepas Anggota Tamat Pengajian Di peringkat Ijazah/Master/PHD) *Sekali Sahaja – RM 1,000.00
2. Kematian Anggota (Berkuatkuasa Januari 2021) – RM 6,000.00
3. Faedah Persaraan Setelah Bersara Wajib Daripada Perkhidmatan Dan Berhenti Menjadi Anggota Koperasi
(Berkuatkuasa Januari 2021) – RM 700.00
4. Bencana Alam / Kemalangan Anggota (Berkuatkuasa Januari 2021) *Sekali Untuk Dalam Tempoh Tahun Semasa

RM 400.00

* Permohonan Faedah Koperasi Hendaklah Dalam Tempoh 6 Bulan Dari Tarikh Kejadian.

YURAN ANGGOTA

PERKARA RM PERKARA RM

Fi Masuk (Sekali Sahaja) 10.00 Tabung Kebajikan 10.00

Yuran Keanggotaan 30.00

Jumlah Potongan Bulanan RM 40.00

11

LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI CAWANGAN

KELANTAN TERENGGANU PAHANG

Mesyuarat JK Cawangan Kelantan Pada Mesyuarat Agung Dwitahunan Borang Keahlian Baharu KKGLMSM
16.8.2020 Bertempat Di Bilik Mesyuarat KKGLMSM Cawangan Terengganu Di Cawangan Pahang

Koperasi KKGLM Malaysia SMK Sultan Sulaiman
Pada 20 April 2019

Ziarah Cakna Ajk Kelantan Program Penambahan Ahli Dan Bengkel Mesyuarat Pengurusan Persediaan
Cikgu Nik Sazila Bin Nik Abdullah Goggle Classroom Bertempat Di MADT Koperasi KKGLM (M) Berhad

SK Pusat Bukit Besar, Kuala Terengganu Kali Ke-12 Tahun 2020

JOHOR NEGERI SEMBILAN MELAKA

Lawatan Penandaarasan Ke Majlis Persaraan Bendahari KKGLMSM Program Penambahan Ahli Usahasama
SK Temin, Jerantut, Pahang Dan Cawangan Negeri Sembilan Bersama Encik Izhar
Program Kelestarian 03-06 Mac 2020

Program Penambahan Keahlian Baharu Majlis Persaraan Bendahari KKGLMSM Majlis Persaraan Cikgu Zairani
28 Disember 2019 Cawangan Negeri Sembilan Pada 13 Januari 2020

SK Tanjung Putri, Johor Bahru Di Medan Ikan Bakar Umbai.

12

LAPORAN AKTIVITI-AKTIVITI CAWANGAN

PERAK PULAU PINANG KEDAH

Urusan Pengedaran Notis Mesyuarat Perjumpaan Dengan Pengarah JHEKS Audit JHEKS Akaun Kewangan
Agung Koperasi KKGLM Malaysia Berhad Kawasan Utara KKGLMSM Cawangan Kedah

Kawasan Perak

Misi Mencari Anggota Penerima Mesyuarat AJK KKGLMSM Majlis Sempena Persaraan Tuan Hj.
Anugerah Cakna Koperasi Cawangan Pulau Pinang Anuar Bin Husin Mantan Pengerusi

Kawasan Perak Di SK Pekan Rabu SELANGOR KKGLMSM Cawangan Kedah

PERLIS WILAYAH PERSEKUTUAN

Audit KKGLMSM Cawangan Perlis Di Majlis Persaraan Program Penambahan Ahli Baharu
Pejabat JHEKS Di Pulau Pinang Tn. Hj. Shaffie Dan Tn. Hj. Yunus Di SK Bandar Bharu Sentul

Program Ramah Mesra Keahlian Dan Mesyuarat AJK KKGLMSM Mesyuarat Terakhir Bersama-sama
Keanggotaan Baharu 2019 Cawangan Selangor Mantan Pengerusi

13 En. Shopian Bin Mokhtar

Mesyuarat Ahli Majlis Jawatankuasa Agung (EXCO)

Perjumpaan Kongres Bersama-sama JPA

Mesyuarat KOMPAS Urusan Rumah Kesatuan Titian Kaseh Mesyuarat Dengan Bahagian Sumber
Manusia

Urusan Pemeriksaan JHEKS

14

15

16


Click to View FlipBook Version