BULETIN JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MELAKA
PERUTUSAN PENGARAH AKTIVITI SEKSYEN SPQKKP & ABMS EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) AKTIVITI PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKAN JKKP MELAKA ANUGERAH DAN PENCAPAIAN PROGRAM LATIHAN JABATAN 01 02 03 04 05 06 07 ISIKANDUNGAN PEMERIKSAAN STATUTORI PENGUATKUASAAN DAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA RISIKO KHAS KERJA BINA ANALISA DAN PEMPROSESAN HIGIEN INDUSTRI KESIHATAN PEKERJAAN KHIDMAT PENGURUSAN PROMOSI DAN SUMBER SIASATAN DAN PENDAKWAAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9-11 12-13 14-15 16 17 18 19 20
SIDANG EDITORIAL Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Melaka Aras 3 & 4, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka Penaung Supian Bin Alias Pengarah Ketua Sidang Redaksi Ir Mohammad Fadzil Bin Abdul Manap Timbalan Pengarah Ketua Editor Mohd Afizul Bin Mat Daud Editor Muhammad Najib Bin Jaafar Editor Emi Fariza Binti Mohamed Shukor Penyelaras Mohd Hairy Bin Japah Penolong Penyelaras Hazlizal Bin Hamzahari Penulis Artikel Sariyah Binti Ibrahim Farah Bazilah Binti Baidilleh Wanlop A/L Phai Rod Dr. Najwa Bt. Mustafa Mohd Ghazali Bin Mohd Jajuli Siti Nor Nadirah Binti Mohamad Fazdhley Hafiz Bin A Wahid Mohd Hafizuddin Bin Mohamad Ghazali In.Azurawati Binti Ali Rekabentuk Faizul Izudin Bin Razali +06 234 5123 [email protected] www.dosh.gov.my
Salam Melakaku Maju Jaya Rakyat Bahagia , Menggamit Dunia Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya eBuletin JKKP Melaka Bilangan 2 tahun 2022 berjaya diterbitkan. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh sidang redaksi di atas komitmen dan sinergi dalam terhasilnya penerbitan ini. Harapan tinggi dengan terhasilnya eBuletin JKKP Melaka ini akan memacu JKKP Melaka ke arah kecemerlangan. eBuletin ini merupakan salah satu usaha jabatan untuk menguar-uarkan pelaksanaan dan pencapaian aktiviti jabatan yang berlangsung sepanjang enam bulan terakhir tahun 2022 dari bulan Julai sehingga Disember 2022. Kendatipun, perubahan teknologi dan cara kerja kontemporari terutamanya ketika Malaysia dalam tempoh fasa peralihan endemik COVID-19, jabatan menghadapi pelbagai kekangan yang mencabar dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang bagi memastikan mencapai sasaran yang disasarkan. Sebagai memenuhi hasrat dan aspirasi negara dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, jabatan merupakan tonggak utama dan tulang belakang dalam memastikan bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan kompetitif dengan negara maju. Namun, jabatan penuh hikmah dan berhati-hati dengan memastikan segala SOP yang dikeluarkan dipatuhi dengan sepenuhnya bagi memastikan segalanya perancangan berjalan dengan lancar tanpa kecacatan dan evasif ketika menjalankan aktiviti di dalam mahupun di luar pejabat. Justifikasinya, pada tahun 2022 ini serta tahun-tahun mendatang sebagai pemegang amanah keselamatan dan kesihatan pekerjaan bertanggungjawab yang cukup mencabar dalam bidang teknologi yang semakin meningkat naik bagi memastikan keselamatan pekerja terjamin. Rakaman ucapan perhargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja JKKP Melaka dalam berusaha bersama-sama menjalankan tugas dengan amanah dan berintergriti. Akhirul kalam, kiranya dengan penerbitan eBuletin JKKP Melaka Bilangan 2 tahun 2022 ini dapat membantu warga kerja JKKP Melaka serta pihak-pihak yang berkaitan dalam paradigma merangka strategi dan langkah ke hadapan untuk tahun 2023 akan datang. Marilah kita samasama berdoa agar Allah S.W.T. memudahkan dan memberkati segala urusan serta usaha kita. Seterusnya, mengurniakan kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Insya-Allah. Pengarah JKKP Melaka Supian Bin Alias 1 PPEN e G r A u RAH tusan
PPeemmeerriikkssaaaann SSttaattuuttoorrii AKTIVITI SEKSYEN Pada bulan Ogos dan September 2022, Seksyen Pemeriksaan Statutori telah menjalankan Operasi Kilang dan Jentera beroperasi tanpa sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah. Operasi ini melibatkan semua pegawai seksyen pemeriksaan statutori yang dibahagikan kepada tiga(3) kumpulan. Operasi ini bertujuan mengurangkan backlog dan meningkatkan tindakan punitif seksyen. Tindakan tegas seperti kompaun dan pendakwaan turut diambil kepada pihak industri yang mengoperasikan jentera tanpa sijil perakuan kelayakan (CF) yang sah. Operasi seperti ini sangat relavan dan dapat mengurangkan bilangan backlog JKKP Melaka. Selain dari Operasi Kilang dan jentera beroperasi tanpa sijil perakuan kelayakan, Seksyen Pemeriksaan Statutori juga menjalankan Operasi Akaun Belum Terima (ABT) mengikut keperluan Pada 23 dan 24 November 2022 Seksyen Pemeriksaan Statutori telah menjalankan pemeriksaan ulangan SSI di Malaysia Refining Company Sdn. Bhd Sungai Udang (MRCSB). Terdapat 340 jentera yang telah diperiksa bagi menyambung sijil kelayakan perakuan yang sah. Semua pegawai seksyen terlibat dalam menjalankan aktiviti pemeriksaan ulangan ini. Secara amnya, aktiviti pemeriksaan-pemeriksaan seperti ini akan menambahkan pengalaman dan pengetahuan teknikal yang bernilai kepada pegawai-pegawai disamping dapat membantu pihak Industri dalam menjamin keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. OSHLINK BIL.2 2022 2
Seksyen Penguatkuasaan dan Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) adalah salah satu seksyen yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan, bimbingan dan promosi di sektor IKS. Disamping penguatkuasaan yang dijalankan, sektor IKS diberi bimbingan untuk kesedaran, pemahaman dan pematuhan berkaitan pelaksanaan penurusan perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) melalui beberapa program yang telah dirancang oleh ibu pejabat Bahagian Industri Kecil dan Sederhana (BIKS). Sepanjang tahun 2022, sebanyak enam(6) bengkel, dua(2) program dan satu(1) dialog yang telah dijalankan oleh SPIKS. Salah satu bengkel yang telah dijalankankan adalah Bengkel Compliance Support (SOLVE 4 SME) yang mempunyai tiga(3) bengkel berteraskan topik berbeza bagi setiap bengkel. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh 25 tempat kerja dan 20 daripadanya telah diberi kursus OSH – Coordiator (OSH-C) bagi melahirkan OSH-C bagi mewakili tempat kerja di sektor IKS untuk pelaksanaan pengurusan KKP di tempat kerja. Seksyen ini juga menjalankan penguatkuasaan pengurusan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di lain-lain sektor yang merangkumi 24 sektor tempat kerja. Selain dari itu, seksyen ini juga mempunyai sasaran tersendiri untuk menjalankan promosi KKP di kesemua sektor terlibat. Salah satu aktiviti promosi KKP yang dijalankan adalah Program Mega Toolbox yang mana berlangsung ketika Sambutan Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2022 (OSHWEEK22). Beberapa tempat kerja telah dipilih untuk menjalankan promosi KKP kepada pekerja dan kerjasama dengan pihak pengurusan tertinggi di tempat kerja. Dengan adanya program sebegini dapat melihat penglibatan dan kerjasama daripada majikan dan pekerja dalam menerapkan KKP di tempat kerja. 3 PPEENNGGUUAATTKKUUAASSAAAANN DDAANN IIKKSS AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022
Pemeriksaan Bagi Pepasangan Bahaya Besar (MHI) Pemeriksaan / audit bagi Pepasangan Bahaya Besar (MHI) merupakan satu skop / tugas di bawah Seksyen Risiko Khas. Penguatkuasaan dan audit yang dijalankan adalah mengikut kepada perundangan yang telah diperuntukkan dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 atau dikenali sebagai peraturan CIMAH. 4 Audit penguatkuasaan bagi Pepasangan Bahaya Besar (MHI) telah dijalankan di Loji Air DAF 1, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) di mana tempat kerja tersebut telah diklasifikasikan sebagai MHI di bawah peraturan CIMAH. Turut hadir semasa sesi audit dijalankan ketua unit pengeluaran, pegawai keselamatan dan kesihatan syarikat dan wakil Loji. Pemeriksaan dokumentasi dan lawatan tapak di tempat kerja dijalankan merujuk kepada peraturan di bawah peraturan CIMAH dan senarai semak DS-02-021. Skop audit yang dijalankan merangkumi pengenalpastian dan penilaian bahaya besar, pelan kecemasan (ERP), maklumat kepada umum (ITP) dan sistem pengurusan KKP di tempat kerja. Gred yang diperolehi hasil daripada audit dijalankan adalah rendah. Seksyen Risiko Khas mengambil langkah untuk menjalankan satu projek khas khusus bagi pematuhan Peraturan CIMAH di tempat kerja tersebut. Perancangan bagi projek khas telah dibuat dan sedang dilaksanakan secara berperingkat . Ini adalah salah satu usaha bagi memastikan tempat kerja tersebut mencapai tahap pematuhan yang maksimum terhadap peraturan CIMAH pada tahun 2023. RRiissiikkoo KKhhaass AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022
OPERASI TAPAK PEMBINAAN (OTP) BIL.2/2022 OTP Bil. 2/2022 dilaksanakan dari 1 Julai 2022 sehingga 15 Ogos 2022. Tema operasi pada kali ini adalah Operasi Pantau bertujuan untuk memantau aktiviti-aktiviti kerja di tempat tinggi di industri pembinaan. Selain itu, individu di sektor pembinaan juga diberikan fokus untuk memastikan pihak industri kerja bina menjalankan peranan dan tanggungjawab seperti kehendak perundangan. PROGRAM MEGA TOOLBOX OSH WEEK 2022 Program Mega Toolbox OSH Week 2022 telah diadakan pada 4 Julai 2022. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan memberi kesedaran KKP kepada industri khusus dalam bidang industri pembinaan. Program ini dilaksanakan adalah sebagai kesedaran kepada setiap pekerja akan pentingnya keselamatan di tempat kerja. Program KKP ini dijalankan secara bersemuka dengan kerjasama pegawai JKKP Melaka dan pihak China Construction Engineering (S.E.A) Malaysia Sdn. Bhd. OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU (OPB) ANTARA PELBAGAI JABATAN DI TAPAK PEMBINAAN NEGERI MELAKA Operasi ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran perhubungan dan kerjasama antara Jabatan serta dapat menghasilkan sistem kawalan dan pemantauan tapak bina yang lebih efisyen setaraf dengan tapak bina di luar negara. 5 KKeerrjjaa BBiinnaa AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022
6 Jumlah permohonan baikpulih jentera dari bulan Jun sehingga Disember adalah 52 permohonan. Manakala bagi jumlah permohonan ujian hidrostatik adalah 25 permohonan melibatkan 38 unit jentera. Bulan Julai 2022 menunjukkan permohonan paling tinggi untuk baikpulih jentera dan ujian hidrostatik. Aktiviti rutin seksyen adalah menjalankan pemeriksaan kilang dan jentera baharu. Pada bulan Oktober 2022, seksyen juga terlibat dengan aktiviti lain termasuk pemeriksaan jentera yang digunakan di tapak pembinaan. Pada Disember 2022, satu sesi libat urus melibatkan firma yang kompeten (FYK) kren menara telah dibuat bertujuan memberi penerangan dan perkongsian untuk proses pemasangan dan pengujian jentera di lapangan. AAnnaalliissiiss && PPeemmpprroosseessaann AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022
Aktiviti pemantauan pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan telah diadakan pada 2 November 2022 di Konica Minolta Business Sdn. Bhd. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti di dalam Sasaran Kerja Tahun Seksyen Higien Industri di bawah Naziran penggunaan Peralatan JKKP Negeri. Bahan kimia yang dijalankan pemantauan adalah Isopropyl Alcohol. Pengukuran pencahayaan di pejabat JKKP Melaka telah diadakan pada 11 April 2022. Pengukuran kali kedua bagi bilik dan ruang kerja yang bermasalah telah dijalankan semula 7 November 2022 bagi bilik pegawai dan ruang kerja yang mempunyai bacaan pencahayaan rendah. Pemantauan Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan Pengukuran Pencahayaan 7 HHiiggiieenn IInndduussttrrii AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022
5 - 9 Dis 2022 12-31 Okt 2022 MY HeSS 19 Ogos 2022 5 - 30 Ogos 2022 Pemantauan MRP & Program BOHS di 15 tempat kerja dari pelbagai sektor Melibatkan 69 kakitangan JKKP Melaka Latihan Refresher First Aider yang disampaikan oleh Dr Mohd Fizal Izwan OPS Kesihatan Pekerjaan melibatkan sektor pengilangan kertas dan pembungkusan (kotak) 8 KKeessiihhaattaann PPeekkeerrjjaaaann AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022
9 Komposisi Perjawatan dan Carta Organisasi JKKP Melaka KKhhiiddmmaatt PPeenngguurruussaann MAKLUMAT UMUM OSHLINK BIL.2 2022 * Data sehingga 31 Disember 2022 PRESTASI PERBELANJAAN PERUNTUKAN MENGURUS (B46) DAN PEMBANGUNAN (P46) BAGI TEMPOH BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MELAKA PERUNTUKAN MENGURUS (VOT B46) JUMLAH PERUNTUKAN : RM 5,011,474.21 JUMLAH PERBELANJAAN : RM 4,628,970.05 92.37% PERUNTUKAN PEMBANGUNAN (VOT P46) JUMLAH PERUNTUKAN : RM 24,500.00 JUMLAH PERBELANJAAN : RM RM 24,500.00 * Data sehingga 31 Disember 2022 100%
NAMA PEGAWAI / JAWATAN DARI KE TARIKH MASUK / KELUAR SITI NOR NADIRAH BINTI MOHAMAD - J 41 JKKP IBU PEJABAT JKKP MELAKA 1.9.2022 ALIZAH BINTI MAT SAH - N 19 BOMBA MELAKA JKKP MELAKA 25.5.2022 ABDULLAH BIN OMAR - H11 ILP BUKIT KATIL JKKP MELAKA 1.9.2022 KHAIRUL SYAZWAN BIN NGAJENI - J 41 JKKP MELAKA JKKP IBU PEJABAT 1.9.2022 NORAZIAN BINTI KAMAL - N 19 JKKP MELAKA BOMBA MELAKA 25.5.2022 AZMI BIN ZAINAL - H 11 JKKP MELAKA JPP MELAKA 1.9.2022 10 KKhhiiddmmaatt PPeenngguurruussaann MAKLUMAT UMUM OSHLINK BIL.2 2022 Senarai Pegawai Bertukar Masuk / Keluar JKKP Melaka Urusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Pegawai JKKP Melaka
11 Sesi Tawjihat PK 12 & 13 oleh SKPg 11 Julai 2022 Proses Penyantunan Jalur Gemilang JKKP Melaka Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2022 10 Ogos 2022 Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis Pegawai JKKP Melaka Tahun 2022 19 Ogos 2022 Sesi Taklimat myPortfolio dalam HRMIS 5 Ogos 2022 Sanitasi Pejabat oleh Jawatankuasa Protokol COVID-19 JKKP Melaka 22 Julai 2022 Kursus Penyeliaan Berkesan Pegawai Gred 41-44 JKKP Melaka 12 Ogos 2022 Sesi Taklimat Sistem myMesyuarat oleh MAMPU 25 Ogos 2022 Inspektorat Keselamatan dan Perlindungan Jabatan (AUDIT CGSO) 22 September 2022 Kursus Keterampilan Diri Warga Kerja JKKP Melaka Tahun 2022 29 September 2022 Sambutan Hari Kualiti, Inovasi & LTI JKKP Melaka Tahun 2022 24 Oktober 2022 Bengkel Pengharmonian Sasaran Kerja Utama (SKU) JKKP Di Putrajaya 13 November 2022 Lawatan IKS & Sesi Libat Urus Pengurusan ABT, Sistem Spotme & EKSA JKKP Melaka Bersama JKKP Terengganu 8 hingga 10 Oktober 2022 Proses verifikasi stok JKKP Melaka Tahun 2022 Oleh Pegawai Pemverifikasi Yang Dilantik 2 November 2022 OSHLINK BIL.2 2022
Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Negara atau OSHWEEK adalah satu acara tahunan yang disambut pada minggu kedua bulan Julai setiap tahun. Ia diadakan susulan daripada kelulusan dan arahan Kabinet pada 24 Mei 2006. Pada tahun 2022, sambutan telah dilancarkan pada 4 Julai 2022. Antara program yang dijalankan ialah Kempen Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan peringkat Negeri Melaka dimana perasmiannya telah disempurnakan oleh YB. Tuan Ngwe Hee Sem; Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka. Sambutan yang telah diadakan di tapak projek milik China Construction Engineering (S.E.A) Malaysia Sdn. Bhd. ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan kepada majikan dan pekerja dalam mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat di tempat kerja mereka. Pada 28 Julai 2022, Seminar KKP telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Mohd Anuar Embi, Ketua Pengarah JKKP Malaysia dimana ia merupakan penutup kemuncak program OSHWEEK bagi tahun 2022 peringkat negeri Melaka. Seminar ini adalah anjuran bersama Safety Profesional Association Malaysia (SPAM) telah dihadiri seramai 180 orang peserta. Kempen ini juga diharap akan dapat memberikan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mengenai kepentingan pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja. “Merupakan salah satu usaha kerajaan untuk menghebahkan maklumat terkini berkaitan isu-isu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan” PPRROOGGRRAAMM OOSSHHWWEEEEKK JJKKKKPP MMEELLAAKKAA 2 0 2 2 12 PPrroommoossii ddaann SSuummbbeerr AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022
13 PPrroommoossii ddaann SSuummbbeerr PROGRAM OSHLINK BIL.2 2022 Ceramah@PERPUSTAM Ceramah&Pameran @Hospital Jasin Ceramah@Honda Malaysia Pameran@Prym Consumer Pameran @Honda Malaysia Ceramah@EDRA Ceramah@EDRA Pameran@SMJK Notre Dame Pameran @Honda Malaysia Pameran@SMJK Notre Dame Ceramah@MPAG Pameran Karnival Kerjaya @MITC Convention Centre Pameran@Prym Consumer Ceramah@MPAG Ceramah@NIOSH
14 SSiiaassaattaann && PPeennddaakkwwaaaann AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022 Perjumpaan pegawai JKKP Melaka bersama Penasihat Undang-Undang (PUU) Jabatan telah diadakan di ibu pejabat JKKP Putrajaya pada 02 Ogos 2022 bagi membincangkan isu-isu berbangkit dan permasalahan penyediaan kertas siasatan (IP). Hasil perbincangan dan persetujuan daripada penasihat undang-undang membolehkan kertas siasatan ini dikemukakan kepada pihak mahkamah bagi tujuan pendakwaan dan dikemukakan juga kepada pihak industri bagi tujuan kompaun. Seterusnya Pengarah JKKP Melaka akan melantik pegawai pendakwa bagi sebutan kes di mahkamah. Gambar pegawai penyiasat (IO) bersama Penasihat Undang-Undang JKKP Malaysia. Pegawai teknikal JKKP Melaka menghadiri Kursus Penyediaan Kertas Siasatan pada 06 Oktober 2022 bersama Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Negeri Melaka di Bilik Tun Fatimah, JKKP Melaka. Kursus ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai teknik menyediakan kertas siasatan dan menambahbaik kertas siasatan pegawai penyiasat (IO) agar lebih kemas. Selain itu, timbalan pendakwa raya memberikan tip dan teknik untuk mengambil rakaman percakapan saksi. Kursus ini melibatkan kesemua pegawai teknikal JKKP Melaka. Pelbagai persoalan dan permasalahan dapat dibincangkan dengan adanya kursus seperti ini.
15 SSiiaassaattaann && PPeennddaakkwwaaaann AKTIVITI SEKSYEN OSHLINK BIL.2 2022 Pegawai JKKP Melaka dari Seksyen Siasatan dan Pendakwaan (SSP) dan Seksyen Kesihatan Pekerjaan (SKP) menjalankan siasatan kemalangan maut pada 22 Disember 2022 yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan di salah satu taman tema di Melaka. Skop siasatan maut ini telah dijalankan bersama wakil majikan bagi membincangkan aspek keselamatan di taman tema yang melibatkan pengunjung taman tema khususnya kanak-kanak. Pegawai penyiasat yang dilantik juga telah melihat tempat kemalangan bersama wakil majikan. Hasil siasatan yang dijalankan, pihak JKKP Melaka telah membantu pihak majikan untuk mengemaskini HIRARC dan prosedur kerja selamat (SOP) sedia ada agar kejadian yang sama tidak akan berulang dan dapat dielakkan. Pada 10 November 2022, satu sebutan kes pendakwaan telah dilangsungkan di kamar Mahkamah Majistret Jasin, Melaka berkaitan dengan kegagalan pihak industri untuk melantik penaksir risiko bising bagi menjalankan risiko bising (NRA) di tempat kerja. Pihak Pegawai Pendakwa JKKP Melaka telah diwakili oleh Encik Mohd Ghazali bin Mohd Jajuli dan dibantu oleh Encik Mohamad Fahmi bin Mohamad Ali. Siasatan dijalankan oleh pegawai penyiasat iaitu Encik Eddy bin Rozan serta dibantu oleh Encik Nik Wan Aznan bin Wan Abdul Kadir dan Encik Azizulkamal bin Ahmad Raduan di sebuah kilang di Lipat Kajang, Jasin, Melaka. Majikan telah dituduh di bawah Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Pihak industri telah mengaku salah dan dikenakan denda oleh pihak mahkamah sebanyak RM4,000.00 atau lapan bulan penjara sekiranya gagal membayar denda. Pihak JKKP Melaka berharap agar pihak industri mengambil iktibar agar lebih peka mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. DARI KAMAR MAHKAMAH
AUDIT DALAMAN JKKP MELAKA BAGI SISTEM PENGURUSAN KUALITI, KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (SPQKKP) DAN SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH (ABMS) BAGI TAHUN 2022 Audit ini telah dilaksanakan di pejabat JKKP Melaka dari 18 hingga 21 Julai 2022. Tujuan audit dilaksanakan adalah untuk memastikan JKKP Melaka melaksanakan Sistem Pengurusan QKKP dan ABMS mengikut piawaian dan prosedur yang ditetapkan dengan penambahbaikan dibuat secara berterusan. Audit dilaksanakan merujuk kepada klausa bagi sistem pengurusan berikut: 1. Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 2. Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan MS ISO 45001 :2018 3. Sistem Pengurusan Anti Rasuah MS ISO 37001:2016 Aktiviti yang diaudit merangkumi sistem pengurusan ke atas aktiviti penguatkuasaan KKP; tindakan punitif; kepuasan hati pelanggan; pengawalan rekod/dokumen; perolehan dan kontrak; tindakan pembetulan serta semua elemen merujuk kepada prosedur yang terpakai di JKKP Melaka. 16 SSPPQQKKKKPP && AABBMMSS PROGRAM JABATAN OSHLINK BIL.2 2022
17 Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik disamping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu: • Imej Korporat • Kreativiti dan Inovasi • Amalan Hijau • Persekitaran Kondusif • Kepelbagaian Agensi Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam kepada EKSA adalah untuk membolehkan jabatan/agensi kerajaan : Perlaksanaan EKSA di jabatan/agensi memberikan faedah seperti berikut:- Manakala kunci kejayaan pelaksanaan EKSA di jabatan/agensi bergantung pada faktorfaktor seperti berikut:- EKSA AKTIVITI JABATAN OSHLINK BIL.2 2022
For the 12 months to December 1, 2025 Majlis makan malam dan perpisahan pegawai yang bertemakan Bollywood ini telah diadakan pada 21 Oktober 2022 bertempat di A’Famosa Resort Alor Gajah. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia, Ybrs. En. Mohd Anuar bin Embi. Tujuan majlis ini diadakan adalah bagi meraikan pegawai-pegawai JKKP Melaka yang telah berpindah iaitu En. Mohd Rashid bin Mohd Rawi, En. Khairul Syazwan bin Ngajeni, Pn. Norazian binti Kamal dan En. Azmi bin Zainal. Program ini telah dijalankan pada 17 Disember 2022 bertempat di Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Program ini turut melibatkan ahli keluarga pegawai-pegawai JKKP Melaka. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, pertandingan mewarna dan sukaneka. Program DOSH Fishing Challenge 2022 telah dianjurkan oleh PKS-JKKP Melaka pada 3 Julai 2022 bertempat di Kolam Memancing Air Masin, Pengkalan Balak. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan iaitu sebanyak 52 kumpulan daripada pihak industri yang telah menyertai program memancing ini. AKTIVITI PKS OSHLINK BIL.2 2022 18 MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERPISAHAN PEGAWAI JKKP MELAKA HARI KELUARGA JKKP MELAKA TAHUN 2022 DOSH FISHING CHALLENGE PKS JKKP MELAKA TAHUN 2022 Pertubuhan Kebajikan Dan Sukan
MUHAMMAD NAJIB BIN JAAFAR Pemeriksa Kilang Dan Jentera J48 MOHAMAD NAZARUDDIN BIN JAAFAR Pemeriksa Kilang Dan Jentera J44 MARIASYA BINTI OMAR Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera JA36 NORASIDAH BINTI MAT YASAN Pembantu Pemeriksa Kilang Dan Jentera J22 MOHD ZAID BIN AHMAD Pembantu Tadbir (P/O) N22 MOHD AFIZUL BIN MAT DAUD Pemeriksa Kilang Dan Jentera J41 TS. MOHD ASHRAF BIN SHAMSUDDIN Pemeriksa Kilang Dan Jentera J44 MOHD FAUZI BIN FADZIL Penolong Pemeriksa Kilang Dan Jentera JA 29 IN.AZURAWATI BINTI ALI Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA 29(KUP) 19 AANNUUGGEERRAAHH PPEERRKKHHIIDDMMAATTAANN CCEEMMEERRLLAANNGG 22002211 AANNUUGGEERRAAHH PPEEKKEERRJJAA CCOONNTTOOHH ((JJUULLAAII--DDIISSEEMMBBEERR 22002222)) OSHLINK BIL.2 2022 TAHNIAH Sekalung Semoga terus cemerlang pada masa akan datang
Pelajar Latihan Industri sedang mengikuti penerangan daripada Pn Zainab dari Seksyen Higien Industri. Pada tahun 2022, JKKP Melaka menerima empat pelajar latihan industri dari UTeM dan UMP. Semua pelajar perlu mengikuti jadual yang ditetapkan oleh unit latihan. Program Attachment Industry yang telah dijalankan di Seremban Engineering Sdn. Bhd., Negeri Sembilan pada 25 Ogos 2022 melibatkan pegawai baharu JKKP Melaka. Program ini bertujuan menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal pegawai. Persidangan Panel Temu Duga Drebar Enjin Stim dan Enjin Pembakaran Dalam diadakan pada 26 hingga 28 September 2022 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil. Persidangan ini bertujuan untuk menyelaras dan menambah baik format soalan temu duga selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Persidangan Pegawai Pengurusan Dan Profesional JKKP Melaka yang di adakan di Pusat Latihan KEMAS, Bukit Baru pada 7 hingga 8 November 2022. Persidangan Pegawai Pelaksana JKKP Melaka yang diadakan pada 9 hingga 10 November 2022 di Jabatan Kimia Melaka, Bukit Katil. LATIHAN JABATAN OSHLINK BIL.2 2022 20
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MELAKA Aras 3 & 4, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka