NURUL FAQIHAH SYASYA BINTI BORHAN
BAHASA MELAYU 2
SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PENGENALAN
01 (2015)Menurut Nik Safiah bahasa Melayu bermula pada
-7 .abad ke iaitu dikenali sebagai bahasa Melayu Kuno
02 Ini dapat dibuktikan dengan penemuan beberapa batu
.bersurat di kepulauan Melayu
03 ,Dalam tugasan ini sejarah perkembangan tulisan dalam
.bahasa Melayu akan diterangkan secara terperinci
04 Sejarah perkembangan bahasa Melayu Pramerdeka
.dan Pascamerdeka
05 Cabaran dan masa depan bahasa Melayu juga akan
.dihuraikan
SEJARAH PERKEMBANGAN
TULISAN DALAM BAHASA
MELAYU
SISTEM TULISAN PALLAWA
Tulisan Pallawa ialah sistem tulisan abjad suku kata yang
berasal dari India.
Sistem tulisan ini digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit
Tulisan ini merupakan sistem tulisan paling awal banyak
digunakan dalam bahasa Melayu Kuno.
Bukti penggunaan tulisan Pallawa dapat dilihat pada batu
bersurat pada abad ke-7.
Tulisan Pallawa
SISTEM TULISAN KAWI
Ia juga dikenali sebagai sistem tulisan Jawa Kuno.
Merupakan sistem tulisan yang terawal di kepulauan Melayu.
Ia dikatakan telah wujud pada kurun ke-8 Masihi.
Tulisan Kawi dikembangkan dari satu tulisan iaitu Pallawa.
Tulisan kawi telah digunakan oleh orang jawa untuk menulis bahasa Kawi.
Walau bagaimanapun, tulisan kawi ini telah lenyap pada tahun 1400 Masihi.
Orang-orang Melayu menulisnya di atas kulit-kulit kayu, kepingan-kepingan
logam, daun-daun lontar dan pada batu bersurat.
Kewujudan tulisan ini dapat dibuktikan dengan batu nisan orang Melayu yang
dikenali dengan nama Ahmad Majnun dengan tulisan Jawi dan Kawi di Pengkalan
Kempas, Sungai Ujung, Negeri Sembilan.
Tulisan Kawi
SISTEM TULISAN JAWI
Tulisan ini merupakan bahasa Arab yang diadaptasi oleh bahasa
Melayu.
Menurut Amat Juhairi Moain (1996), tulisan Jawi telah digunakan oleh
orang Melayu dalam pelbagai lapangan dan kegiatan penulisan.
Sistem tulisan Jawi berkait rapat dengan kedatangan Islam.
Tulisan ini datang ke kepulauan Melayu bersama dengan agama Islam.
Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah agama dan kepercayaan
masyrakat kepulauan Melayu tetapi aspek lain seperti budaya.
CIRI-CIRI TULISAN
JAWI
Mempunyai 6 huruf Huruf Alif Huruf ya
pertambahan 6 tambahan melambangkan melambangkan
iaitu huruf ca, vokal a dan e vokal i dan e
abjad yang nga, pa, ga, pepet manakala
disesuaikan nya, dan va. huruf wau iaitu tailing.
dengan bahasa vokal o dan u.
Melayu.
Tulisan Jawi
SISTEM EJAAN ZA'BA
Sistem ejaan Za'ba telah tersiar dalam Daftar Ejaan Melayu
Jawi-Rumi 1949.
Sitem ejaan Wilkinson yang dipakai sebelum ini terdapat
beberapa kelemahan.
Sistem ini diperkenalkan untuk memantapkan sistem ejaan
Rumi dalam bahasa Melayu.
Kelemahan sistem ini agak sukar kerana masih terdapat ejaan
yang mengikuti sistem ejaan Wilkinson.
Ketidakseragaman ejaan kata berlaku kesan daripada
pengunaan pelbagai lambang huruf.
PEMBAHARUAN DALAM SISTEM ZABA
Membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf
benar.
Huruf saksi merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjad iaitu a, e, i, o,
dan u.
Huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf.
Terdapat 40 peraturan dalam sistem ejaan Za'ba.
Antara contoh peraturan yang telah dikemukan ialah berkaitan dengan
keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua.
SISTEM EJAAN RUMI KONGRES
Sistem ejaan rumi kongres merupakan hasil dalam salah satu sidang di
bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada 16-21
September 1956.
Sidang itu telah menghalusi tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi
bahasa Melayu.
Sidang itu juga telah membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu,
2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan
Jawi.
PRINSIP EJAAN
Menggunakan sistem fonologi bukan fonetik iaitu melambangkan satu
fonem dengan satu grafem atau huruf sahaja.
Perbezaan telah ditetapkan semula dari segi keserasian vokal dalam suku
kata awal dan suku kata akhir tertutup.
Tanda sempang dihapuskan penggunaannya kecuali pada kes-kes tertentu.
Terdapat pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan
tertentu berdasarkan sebutannya yang asal.
Terdapat perubahan dalam penggunaan kata-kata partikel seperti kata
gelaran "si", kata depan "di", "ke" dan penanda sama se- dipisahkan
ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa sempang.
PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA
MELAYU
Abjad dan huruf
Huruf vokal
Huruf diftong
Huruf konsonan
Huruf yang diperkenalkan
ABJAD DAN HURUF
Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu
yang diselaraskan dengan sistem ejaan
Bahasa Indonesia yang menggunakan
sebanyak 26 huruf abjad tulisan rumi.
Contohnya : ci, di
LARISSA
HURUF VOKAL
Terdapat enam vokal atau bunyi vokal standard
dalam bahasa Melayu.
Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri
daripada a,e,i,o dan u.
Terdapat dua versi huruf e iaitu e pepet dan e taling
HURUF DIFTONG
Diftong dilambangkan dengan dua
gabungan huruf vokal iaitu ai, au, dan oi
yang disebut sebagai bunyi geluncuran.
LARISSA
HURUF KONSONAN
Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu
terdiri daripada th, uv,ruwf,
-hx,uyr,udfabn, c, d, f, g, h, j, k,
l, m, n, p, q, r, s, z.
Terdapat lima gabungan huruf konsonan iaitu
gh, kh, ng, ny, dan sy.
HURUF YANG
DIPERKENALKAN
Terdapat tiga huruf yang
diperkenalkan supaya digunakan
secara tetap iaitu q, v dan x.
LARISSA
SEJARAH PERKEMBANGAN
BAHASA MELAYU
PRAMERDEKA DAN
PASCAMERDEKA
PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG
Ditubuhkan pada 19 November 1922 di Tanjung Malim, Malaysia.
Dipimpin oleh OT Dussek dan dibantu oleh Zaba.
Jabatan ini telah diambil alih oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956.
Tujuan Pejabat Karang Mengarang ini ditubuhkan adalah untuk menerbitkan
sebanyak mungkin buku-buku sekolah Melayu, menerbitkan bahan bacaan kepada
masayarakat Melayu, mengadakan perpustakaan bergerak, mengeluarkan jurnal-
jurnal bergambar dan menjual buku-buku di kampung.
Justeru itu, dapat dirumuskan bahawa Pejabat Karang Mengarang ini memainkan
peranan penting dalam pelajaran sekolah Melayu.
Peranan Pejabat Karang Mengarang dalam bidang penterjemahan pula adalah
menterjemahkan perkara-perkara yang hendak diterjemahkan oleh Jabatan-Jabatan
Kerajaan dan bergiat untuk melatih penterjemah-penterjemah baharu dengan cara
mengambil mereka bekerja di Pejabat Karang Mengarang.
MATLAMAT PEJABAT KARANG MENGARANG
RANCANGAN JANGKA PANJANG RANCANGAN JANGKA PENDEK
Mengadakan perpustakaan bergerak Mengeluarkan sebanyak mungkin
Mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar buku-buku sekolah Melayu.
Membawa buku-buku ke kampung untuk
Mengeluarkan bahan bacaan untuk
dijual masyarakat umum.
Menulis dan menterjemah serta
menyunting novel-novel lalu
menyelenggarakan pencetakan.
Mengadakan khutubkhanah di merata-
rata.
Melatih penterjemah baru
Menterjemah perkara-perkara yang
hendak diterjemah oleh jabatan kerajaan.
PERANAN PAKATAN BELAJAR MENGAJAR
PENGETAHUAN BAHASA
Merupakan salah sebuah badan pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
sebelum merdeka.
Pakatan ini ditubuhkan di Johor Bharu untuk memajukan bahasa Melayu secara
berkumpulan.
Pengasanya ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak & Dato' Muhammad
Ibrahim Munsyi.
Pakatan ini pada peringkat tidak berjalan dengan lancar.
Pada 7 April 1934, pakatan ini dihidupkan semula dengan mendapat sokongan
daripada Sultan dan kerajaan Johor.
Nama pakatan ini ditukar kepada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja
Johor.
Antara contoh karya pakatan ini ialah majalah bulanan Peredar dan Buku-Katan.
MATLAMAT PAKATAN BELAJAR
MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA
01 Memelihara tulisan Jawi
02 Menstandardkan ejaan & perkataan
03 Memelihara, memperlengkap & mempermoden bahasa Melayu
04 Mencipta perkataan baharu
05 Mengembangkan pengetahuan melalui ceramah & penyelidikan
PERANAN ASAS 50
Angkatan sasterawan 50 merupakan pertubuhan pramerdeka yang
paling besar sumbangan kepada perkembangan bahasa.
Ia ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura.
Pengasasnya ialah Angkatan penulis muda seperti Tongkat Waran, Keris
Mas, Samad Ismail, Masuri S.N, Ashraf dan lain-lain.
Tujuan penubuhan adalah untuk melakukan pembaharuan dalam
sastera, mengembangkan bahasa Melayu dan sastera serta menjaga
kebajikan para penulis.
Antara sumbangan angkatan sasterawan 50 dalam era pramerdeka
adalah menghimpunkan persatuan bahasa, sastera dan budaya dan
mencadangkan agar bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan
mengutamakan kelulusan bahasa Melayu untuk memohon kerja.
Pada tahun 1952, sebuah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
pertama diadakan untuk memutuskan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Kongres Bahasa dan Persuratan yang kedua diadakan pada 1954 dan
Bahasa Melayu telah diputuskan sebagai bahasa rasmi pada ketika ini.
Pada tahun 1956, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga
berlaku dan balai Pustaka telah ditubuhkan.
Pada masa ini, balai Pustaka dikenali sebagai Dewan Bahasa dan Pustaka.
Selain itu, terdapat cadangan untuk menyatukan bahasa Melayu dan
bahasa Indonesiadan bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa
pengantar.
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
LAPORAN BARNES (1951)
LAPORAN FENN-WU (1951)
ORDINAN PELAJARAN ( 1952)
LAPORAN RAZAK (1956)
LAPORAN BARNES (1951)
Ditubuhkan pada tahun 1950.
Diketuai oleh L. J. Barnes, Pengarah Latihan Sosial daripada Universiti
Oxford.
Mendapat sambutan yang tidak memuaskan daripada masyarakat Cina
yang menentang Pendidikan Vernakular Cina dibubarkan.
CADANGAN Meningkatkan kualiti guru dan
LAPORAN pencapaian pedagogi pelajar.
BARNES Meningkatkan pencapaian bahasa
(1951) Inggeris.
Menaikkan taraf pencapaian pelajar
Melayu di sekolah vernakular.
Mencadangkan pelbagai inisiatif
untuk pembaikian pentadbiran,
sama ada dengan menubuhkan
Penguasa Pendidikan Tempatanatau
badan tempat dengan fungsi yang
sama.
LAPORAN FENN-WU (1951)
Laporan Fenn-Wu 1952 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan
Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap
laporan tersebut bertujuan untuk bahasa dan budaya Cina.
Laporan ini diketuai oleh Dr. Fenn dari Setiausaha Kerja Bersekutu
Negara Cina serta Dr. Wu dari pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Dalam laporan Fenn-Wu 1952, terdapat beberapa cadangan yang
dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).
Laporan ini dipertimbangkan bersama-sama Laporan Barnes oleh
jawatankuasa khas untuk menyelesaikan cadangan yang
diperkatakan.
CADANGAN Bahasa Melayu dan Inggeris
LAPORAN dijadikan sebagai bahasa pengantar
FENN-WU
dan bahasa lalu menjadi pilihan
(1951)
Perapatan jurang perbezaan
dilakukan dengan menggantikan
sistem persekolahan yang
mengikut kaum kepada yang tidak
berasaskan perkauman.
ORDINAN PELAJARAN (1952)
Ordinan ini diluluskan pada 21 November 1952 oleh
Majlis Perundangan Persekutuan.
Membawa kelainan kepada sistem susunan pelajaran
negara.
Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa
penasihat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes
dan Laporan Fenn-Wu
MATLAMAT Memberi dan mengekalkan
ORDINAN pengetahuan, kemahiran dan
PELAJARAN perwatakan yang baik bagi semua
(1952) masyarakat.
Berusaha untuk mewujudkan
warganegara yang bersatu padu
antara semua kaum.
Bagi menggalakkan sesuatu kaum
selesa dan dapat menyesuaikan diri
dalam masyarakat yang pelbagai
kaum.
LAPORAN RAZAK (1956)
Laporan Razak ini diperkenalkan pada April 1956 yang bertujuan
untuk mewujudkan sistem pelajaran yang sama bagi semua kaum.
Laporan ini diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak.
Laporan ini juga merupakan laporan pendidikan yang ditubuhkan
semasa Era Ketiga iaitu era selepas kemerdekaan.
Laporan-laporan pendidikan gelah dirangka untuk menggubal
suatu sistem pendidikan bersepadu.
Pada 6 Mei 1956, Dato Abdul Raz
ak bin Dto' Hussein Onn yang
merupakan pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah membuat
beberapa cadangan.
CADANGAN Bahasa Melayu sebagai bahasa
LAPORAN pengantar di sekolah-sekolah
rendah akan ditubuhkan.
RAZAK
(1956) Memberi peluang kepada sekolah-
sekolah rendah yang menggunakan
bahasa Inggeris, Tamil dan Cina
untuk sentiasa maju.
Menyusun semula sistem
pengajaran di Tanah Melayu.
Menjadikan sukatakan pelajaran
yang sama bagi semua sekolah.
PENGENALAN BAHASA MELAYU
MODEN
Bahasa Melayu moden merupakan bahasa yang telah mengalami pelbagai
perubahan jika dibandingkan dengan bahasa Melayu sebelum ini.
Bahasa Melayu kini semakin bagus dari aspek tatabahasa, ejaan dan larasnya
yang selari dengan perkembangan dunia.
Bahasa Melayu moden ialah bahasa Melayu yang berkembang pada
pertengahan abad ke-19 yang dipercayai diwujudkan oleh Abdullah bin Abdul
Kadir Munsyi.
Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2008), bahasa Melayu kini berpotensi tinggi
mengalami perubahan dan menjadi alat perhubungan dan alat menyampaikan
buah fikiran dan perasaan. OWF • 2020
PERANAN DEWAN
BAHASA DAN
PUSTAKA
memajukan memperkaya menerbitkan menggubal
bahasa bakat sastera buku dan istilah dan dan
bahan menyeragamkan
kebangsaan
cet
akan
dalam ejaan dan
bahasa sebutan.
kebangsaan OWF • 2020
KERJASAMA SERANTAU DAN
PENGANTARABANGSAAN
Pada tahun 1972, Malaysia dan Indonesia menubuhkan Majlis Bahasa Indonesia -
Malaysia (MBIM) bagi memulakan era baru dalam kerjasama kebahasaan peringkat
serantau.
Pada tahun 1985, Brunei Darussalam pula menyertai pakatan ini dan ia ditukarkan
kepada Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia (MABBIM).
Tujuan MBIM dan MABBIM ini ditubuhkan adalah untuk merancang dan memantau
perkembangan bahasa Melayu dan Indonesia di rantau ini.
Kerjasama ini telah berhasil untuk menyeragamkan pedoman ejaan, pedoman
pembentukan istilah, dan istilah-istilah ilmu tinggi peringkat profesional.
OWF • 2020
CABARAN DAN MASA DEPAN
BAHASA MELAYU
Pada masa ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang
sengit pada abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah
menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang
termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152
yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa
Melayu. Oleh itu, pada abad ke-21, bahasa Melayu yang
diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa
menghadapi saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris
yang merupakan bahasa global. Hal ini demikian,
menyebabkan masa depan bahasa Melayu semakin tergugat.
PENDIDIKAN
Dalam bidang pendidikan, ada tiga perkara yang mempengaruhi masa depan bahasa
Melayu. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.
Sebagai contohnya, guru-guru tidak menggunakan bahan yang kreatif dalam mengajar
bahasa Melayu dan kualiti bahasa yang digunakan juga tidak dititikberatkan. Justeru itu,
guru hendaklah mendalami ilmu pedagogi serta menguasai bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Selain itu, penjenamaan
bahasa melayu menjadi cabaran dan mengikis kredibiliti bahasa Melayu. Hal ini
demikian, telah mencemarkan bahasa kebangsaan dan menimbulkan salah faham
kepada masyarakat. Disamping itu, bahasa Melayu dalam Akta Pendidikan Tinggi Swasta
telah menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam akta ini, institusi
pengajian tinggi telah diberi pengecualian dalam melaksanakan Dasar Bahasa
Kebangsaan sebagai pengantar utama. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana
masyarakat tidak sepatutnya memingirkan bahasa Melayu.
EKONOMI
Dalam urusan perniagaan, bahasa Melayu masih lagi dipinggirkan.
Bahasa Melayu telah dikalahkan oleh bahasa Inggeris yang menjadi
bahasa utama dalam sektor industri. Hal ni demikian berlakunya jurang
perbezaan yang sangat besar. Dalam konteks ini, bahasa Melayu seolah-
olah menjadi bahasa kedua berbanding bahasa Inggeris. Seterusnya, isu
bahasa Melayu dalam peluang pekerjaan juga menjadi cabaran untuk
memajukan bahasa Melayu. Contohnya, graduan dalam bidang bahasa
Melayu dikatakan sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Namun, mereka
ini sebenarnya mempunyai masa depan yang cerah. Ini dapat dinbuktikan
apabila mereka boleh untuk memilih kerjaya dalam bidang pendidikan
atau perguruan iaitu sama ada sebagai guru, pensyarah, dan sebagainya.
PENTADBIRAN KERAJAAN
Kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling untuk memberi panduan tentang
penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan rasmi negara bagi memastikan
bahasa Melayu sentiasa digunakan dalam pentadbiran awam. Contohnya, semua
surat rasmi dan dokumen perjanjian hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan.
Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris boleh digunakan pada lampiran jika ada.
Tambahan pula, penganjuran majlis rasmi yang melibatkan kehadiran warganegara
Malaysia perlu menggunakan bahasa kebangsaan. Disamping itu, pengiklanan
kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam perlulah disiarkan dalam bahasa
kebangsaan. Malah, perkhidmatan kaunter juga disarankan menggunakan bhasa
kebangsaan tetapi jika melibatkan komunikasi dengan pelanggan luar negara,
petugas tersebut boleh menggunakan bahasa yang bersesuaian.
KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL
Pada era globalisasi ini, dapat kita lihat penggunaan yang semakin meluas
tentang kerancuan dalam ayat bahasa Melayu di media sosial. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), perkataan 'rancu' bermakna tidak
teratur, bercampur aduk dan kacau manakala kerancuan bermaksud
keadaan kekeliruan penggunaannya. Penggunaan media sosial telah
menimbulkan polemik tentang bahasa Melayu dalam kalangan remaja.
Justeru itu, kerancuan dalam ayat bahasa Melayu sering tidak
dititikberatkan oleh masyarakat pada masa kini. Sebagai contohnya,
penggunaan bahasa rojak, penggunaan bahasa dialek, penggunaan
singkatan dan kesalahan ejaan. Kerancuan bahasa ini merangkumi aspek
sebutan, ejaan, kosa kata, istilah dan laras bahasa. Pengaruh kerancuan
bahasa ini dapat dikesan dalam dunia teknologi seperti Facebook,
Instagram, Twitter dan lain-lain.
PERCAMPURAN KOD
Percampuran kod ialah suatu fenomena yang biasa bagi mereka yang boleh
berbahasa lebih dari satu. Ini berlaku apabila seseorang bertutur
mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan dialek yang lain. Situasi ini
sering berlaku di dalam Malaysia kerana terdapatnya pelbagai jenis bahasa dan
dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil, dan kaum yang lain. Pencampuran
kod ini telah berlaku di persekitaran kita tanpa disedari mahupun tidak. Ianya
juga turut menular di media-media seperti majalah, akhbar, televisyen, radia
dan sebagainya. Ini berlaku di dalam media-media tersebut kerana majikan
yang hanya ingin mengaut keuntungan daripParedseantpatrioondsuarke cyoamnmgundicikateiolnutaoroklsathnat can
sehingga mengetepikan kepentingan bahasabeMdeemlaonysutr.ations.
SLANGA
Menurut Fischer (1996) slanga telah muncul pada abad ke-18 yang
membawa maksud ketidaktentuan sebenarnya. Secara etimologi
perkataan slanga berasal dari perkataan "sling" yang dikatakan
dengan bahasa kelompok pengemis. Harimurti Kridalaksana
(1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak
rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja
tertentu sebagai ‘komunikasi dalaman’ untuk mengelakkan orang dari
luar kelompok memahani kosa kata dan istilah yang mereka
ungkapkan. Bahasa slanga ini telah berleluasa dalam kalangan para
remaja kini. Bahasa slanga ini memiliki ciri-ciri unik dalam bentuk
pengujaran dan ungkapan sehingga menjadi sangat sinonim dan
berakar umbi untuk membentuk identiti kumpulan.
PENERAPAN ELEMEN HAK ASASI
Hak asasi merupakan hal mutlak yang dimiliki setiap manusia yang perlu
dijalankan dengan benar. Hak asasi manusia juga merupakan hak mutlak
yang ada dalam diri manusia sejak ia berada dalam kandungan, kemudian
lahir ke dunia dan menjalankan kehidupannya hingga akhir hayatnya.
Penegakan Hukum dan Hak Asasi Manusia di Era Otonomi Daerah, Johan
Jasin (2019:87) bahawa secara umum hak asasi manusia diartikan sebagai
hak seorang manusia yang sangat asasi yang tidak bisa diintervensi oleh
manusia di luar dirinya atau oleh kelompok atau oleh lembaga-lembaga
manapun untuk meniadakannya. Sebagai contohnya, saling menghormati
dan menyayangi sesama manusia tanpa membedakan golongan atau
memandang suku, ras, budaya, agama dan lain sebagainya
PENUTUP
Tuntasnya, bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan
hendaklah dijadikan sesuatu yang penting dalam hidup.
Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu telah
banyak dilakukan oleh pihak-pihak bertanggungjawab.
Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah
sentiasa memartabatkan bahasa Melayu dan bangga
dengan bahasa Melayu agar kita dapat menjadi
masyarakat yang bertanggungjawab dan bahasa Melayu
kekal sebagai bahasa kebangsaan negara ini.
BIBLIOGRAFI
Amat Juhairi Moain. (1996). Perancangan bahasa : Sejarah aksara Jawi, Kuala Lumpur : \
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Razak Mohd Kassim (2021, Julai 5). Cabaran dalam memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ibunda penutur asli bahasa Melayu, Jendela DBP.
https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2021/07/05/cabaran-memartabatkan-
bahasa-melayu-sebagai bahasa-ibunda-penutur-asli-bahasa-melayu/
Awang Sariyan. (2004). Teras pendidikan bahasa Melayu asas pegangan guru. PTS Publications &
Distributors
Choo, S, T., Goay, T, C., & Zainuddin Ahmad (t.t). Teks pra-u STPM bahasa Melayu. Sasbadi.
Harun, Makmur & Bukhari, Muhammad. (2015). Pengajaran tulisan Jawi kaedah Za'ba dan Matlob (r.h):
Satu Kajian Perbandingan.10.13140/RG.2.1.5059.2727.
Hashim Musa. (2006). Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Jaafar bin Jambi. (2008). Cabaran dan proses pemantapan bahasa Melayu. Jurnal Pengajian
Melayu, 19.
Khairuddin Mohamad, Ghazali Ismail & Mastura Berawi. (2015). Sejarah perkembangan
bahasa Melayu, perkamusan & penterjemahan. Sasbadi.
Mohamad Kamil, Ibrahim Majdi & Maliati Mohamad. (2020). Cabaran pemerkasaan bahasa Melayu
dalam usaha mencapai negara bangsa di Malaysia. Asian People Journal, 3(2), 181-91.
https://doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.152.
Mohd Naim Daipi. (1990). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu. Sekata, 8(2), 23-51.
Nik Safiah Karim, Farid M, Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan (edisi ke-3). Dewan Bahasa dan Pustaka