SK BAHAGIA TAWAU WDT 183, 91007 TAWAU, SABAH (30 muka surat termasuk kulit) Tarikh : 8 Jun 2024 - Sabtu Masa : 8:00 pagi Tempat : Dewan Sri Bitara, SK BAHAGIA TAWAU, SABAH. Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.70 Kukusan, Pengerusi Lembaga Pengarah Benta Wawasan Sendirian Berhad
Sabtu Atur Cara Program 08/06/2024 8:00 pagi : Ketibaan Perasmi dan Para Jemputan 7:00 pagi : Pendaftaran Guru, ibu bapa dan penjaga murid : Bacaan Doa oleh Ustaz Sirajulbilad bin Tagiling : Ucapan Alua-aluan oleh Encik Bego bin Kimda YDP PIBG sesi 2023/2024 : Ucapan Penasihat PIBG oleh Encik Ismail bin Banchir Guru Besar SK Bahagia Tawau : Ucapan Perasmian oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Abdul Karim bin Hj. Abdul Wahid Ketua Bahagian Gagasan Rakyat N.70 Kukusan, PengerusiLembaga Pengarah Benta Wawasan Sendirian Berhad : Penyampaian Cenderahati Perasmi : Ahli Jawatankuasa Tertinggi PIBG Sesi 2023/2024 mengambil tempat : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung 2023/2024 : Perkara Berbangkit : Laporan Tahunan : Laporan Setiausaha : Laporan Bendahari : Pembubaran AJK PIBG sesi 2023/2024 : Penyampaian sijil Penghargaan Barisan AJK PIBG Sesi 2023/2024 : Pemilihan dan Perlantikan AJK PIBG bagi Sesi 2024/2026 (Sesi Cadangan dan Undian) : Ucapan YDP PIBG sesi 2024/2026 : Pembentangan Usul : Hal-halLain : Ucapan Penangguhan : Cabutan Tiket Bertuah 12:30 t/h : Bersurai
Sabtu Kata Alu-Aluan 08/06/2024 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapat kita bertemu dalam MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SK BAHAGIA TAWAU 2023/2024 kali ke11. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran dan pelibatan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan puan semua, hubungan sesama kita dapat dipererat, cadangan dapat disepakati, segala usul dapat dirungkai, dan seterusnya segala masalah dapat dileraikan secara musyawarah. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Semangat mengambil berat dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli PIBG merupakan petanda baik untuk program usahasama bagi kejayaan murid di sekolah ini. Semoga anak-anak didik SK Bahagia Tawau akan bertambah cemerlang, gemilang dan terbilang dalam semua aspek dengan adanya permuafakatan antara pihak sekolah dan PIBG. Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Akhir kata, Jadikanlah platform MAT PIBG ini sebagai wadah percambahan idea, jambatan maklumat dan pengikat ukhuwah. Semoga kerjasama yang terjalin dapat memupuk hubungan yang saling melengkapi dalam usaha menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung bagi menjayakan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PIBG SK BAHAGIA TAWAU 2023/2024. Sesungguhnya segala bakti dan sumbangan yang diberikan sama ada dalam bentuk kewangan dan perkongsian idea serta kerjasama bagi kecemerlangan anak didik sekolah ini amatlah dihargai. Sekian. Terima kasih. Wabillahhittaufikwalhidayah, wassalamualaikum w.b.t. “Penjana Generasi Gemilang” ISMAIL BIN BANCHIR GURU BESAR, SK BAHAGIA TAWAU. Penasihat PIBG
Sabtu Kata Alu-Aluan 08/06/2024 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya kita dapat bersama-sama lagi untuk merealisasikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-11 bagi tahun 2024. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepasa semua AJK PIBG sesi 2023/2024 dan semua guru-guru SK Bahagia Tawau di atas segala usaha dan pengorbanan bagi memastikan majlis ini dapat diterjemahkan dengan jayanya. Seperti sedia maklum, PIBG merupakan satu agensi yang sepatutnya membantu pihak sekolah dalam mewujudkan kecemerlangan anak-anak. Sebagai jambatan perantara ibu bapa dan pihak sekolah, saya berharap lebih ramai lagi para ibu bapa terlibat secara aktif serta memberi sokongan yang jitu kepada setiap program yang dirancang oleh PIBG. Tuan-tuan dan puan-puan, Penglibatan ibu bapa dan masyarakat penting dalam membantu sekolah meningkatkan tahap akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, besarlah harapan saya sekiranya ibu bapa dapat turut serta dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah kerana ini ialah satu amanah dan tanggungjawab kita bersama dalam mendidik anak murid. Akhir kalam, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa untuk hadir dalam mesyuarat ini. Saya berharap agar mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan seterusnya merencana agenda-agenda utama untuk menjadikan anak-anak kita supaya lebih cemerlang dan lebih gemilang di masa akan datang. Sekian , terima kasih. BEGO BIN KIMDA YDP PIBG, SK BAHAGIA TAWAU. YDP PIBG
Sabtu 08/06/2024 Jawatankuasa Induk Pengerusi : Encik Ismail bin Banchir Timbalan Pengerusi1 : Puan Suzana binti Jelin Timbalan Pengerusi 2 : Encik Aris bin Tawakal Timbalan Pengerusi 3 : Tuan Hj. Rimba bin Abu Bakar Setiausaha : Puan Asrimah binti Asmad Bendahari : Puan Darliana binti Dahalan : Puan Murni binti Ismail Jawatankuasa Pelaksana
Sabtu 08/06/2024 Penyediaan Tempat & Peralatan ENCIK LAUPA BIN PALLA (KETUA) ENCIK AZAMAN BIN AHMAD ENCIK NUR SALAM BIN SALIM ENCIK MOHD FAREDZ KHAN BIN GULAM HAIDAR ENCIK ZULKIFLI BIN TAWILE KONTRAK PEMBERSIHAN LELAKI Penyambut Tetamu BARISAN PENTADBIR ENCIK BEGO BIN KIMDA (YDP) AJK PIBG Jurugambar ENCIK YOUNG TING KHONG (KETUA) PUAN MAZNAH BINTI MASSI ENCIK MOHD HAZIER BIN NASIR Pengurus Makanan VIP PUAN MARIANA BINTI HUNDU (KETUA) AJK PIBG PUAN MURNI BINTI ISMAIL Cenderamata Perasmi PUAN KARMILA SUSANTI BINTI JUMHARI
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG) BIL.1 / 2023 SEKOLAH KEBANGSAAN BAHAGIA, TAWAU. TARIKH : 24 JUN 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : DEWAN SRI BITARA, SK. BAHAGIA, TAWAU. AGENDA : 1. Ucapan Penasihat 2. Ucapan Yang Dipertua PIBG 3. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG 4. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Bil.1/2022 5. Perkara Berbangkit 6. Laporan Tahunan 6.1 Laporan Setiausaha 6.2 Laporan Bendahari 7. Perlantikan Semula Ahli Jawatankuasa PIBG 2022/2024 8. Perbincangan Usul 9. Hal-hal lain. 10. Ucapan penangguhan
KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SK BAHAGIA, TAWAU BIL. 1 2023/2024 BIL NAMA IBU BAPA 1 ISMAIL BIN BANCHIR 2 SUHAILA BINTI SAHABUDDIN 3 KURIAH BINTI KADIR 4 NURFI BINTI IMRAN 5 AZRIAH AHMAD 6 FARIDA BINTI TAWILE 7 MURNI ISMAIL 8 HASNI BINTI TANANG 9 SYAHIBIL BIN IMLAN 10 AHMEZAN BIN AHMAD AFANDI 11 SAINA BINTI FARAKKASI 12 LAUPA BIN PALLA 13 DARLIANA BINTI DAHALAN 14 SUSANTI BINTI 15 NURAINA BINTI PAHAPAT 16 NORLIZA BINTI JUNIOR 17 ZULKIFLI BIN TAWILE 18 ROHAIZA MAKAWARU 19 KAMISAH AHMAD 20 JARINAH BINTI HAJI PALIAMA 21 MOHAMMAD HARRIS BIN PAILAND 22 NOOR FATIN SYUHAIDA BINTI JAAFAR 23 ASRI SAMSUDDIN 24 SITI HAWA BINTI ERADI
KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SK BAHAGIA, TAWAU BIL. 1 2023/2024 25 ROSIZAH BINTI RAJA 26 DAYANG JUANA BINTI M. ARIFFIN 27 NURUL NADIAH HUSNA BINTI ABDUL RAHMAN 28 AIREL ABDULLAH 29 HASMINI BINTI SUDIN 30 FITRIANI BINTI TUO 31 SARIBA BINTI PASANING 32 ASMI BINTI SAPPE 33 JAMULIS BIN ANDUGI 34 NOOR SYAHIDA BINTI MD NOH 35 NORJIA BINTI DAIM 36 PATMAH BINTI JOKKA 37 MARDIANA BINTI RAMING 38 SYRONIE ABDULLAH 39 SITI KHAIRUNISSA BINTI SANI 40 NUT AZATUL HASANAH NORAZME 41 THULASI DEWI A/ P MOGAN 42 MASNA BINTI MARTOLA 43 JOHARI BIN LAHAT 44 MOHD FAIZAL BIN RAHIMI 45 ABD KARIM BIN BASANEN 46 MOHD ALI BIN SAKKA 47 JAMAL BIN LAUPE 48 RADIANA BINTI BANDU 49 SYAMSY MUNIRAH BT HJ. MOHD. SAMPON 50 MOHD HANIFF BIN OMAR 51 HANIZAH HAMZAH 52 NURAYUNITA BINTI NAHIRUDDIN 53 DEWIY BINTI ANWAR
KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SK BAHAGIA, TAWAU BIL. 1 2023/2024 54 NUR AZZA BINTI RAMLEE 55 JAMILAH BINTI NASRUL 56 FADZRINAWATI BINTI LUNGGO 57 SUKIMAN BIN SAMANUDDIN 58 MOHD FIRDAUS BIN AG OMAR 59 SHAHRIZA BINTI SIDEK 60 SYAMIR BIN ABDUL MAJID 61 NORDINANSAH KASIM 62 AMIRZAN BIN MADIN 63 S. MARDI BIN SABTU 64 MURNI BINTI ARIFUDDIN 65 DAGANGAN BIN LAHIP 66 SYAMSIAH YAAKUB 67 HASANUDDIN BAKRI 68 RASIDAH HJ AHMAH DAMLI 69 TENGKU MUHAMMAD ARSYAD BIN TENGKU MD FAUZI 70 HAPIDA BINTI HAMA 71 SALASIAH DALLE 72 NAEMA BINTI MANTADAK 73 ROSMITAH BINTI ABD SARANG 74 ALIZA BINTI MADE 75 ZULKARNAIN BIN RANMAN 76 MARLYN NOOR RAMLEE 77 MATILDA OCTOPIANUS 78 KASMAH BINTI MATTO 79 SAPIAH BINTI SURU 80 SALMAH BINTI SUARDI 81 MAISAH BINTI APO 82 ABDUR RAHMAN ISMAIL
KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SK BAHAGIA, TAWAU BIL. 1 2023/2024 83 KAMARIA BINTI SABURAHIM 84 NURHAJANI BINTI RUSLI 85 ROZAINI BINTI JUNIOR 86 NURSHELLAH ADHA BINTI HUSSEN 87 NUR HAZZAKINAH BINTI JUMAAT 89 SUKMAWATY BINTI SUDIRMAN 90 S NOOR HAMID B. SAMSUDDIN 91 JOHARI BIN JALIL 92 NURHAYATI HARIJONG 93 NURUL SYUHADAH BINTI KASMAN 94 MARIANA HUNDU 95 SONIA LANTIK 96 SITTI BINTI MAHSI 97 NIRFADHILAH HAMZAH 98 HAYATI BINTI SUYUTI 99 JULIANA BINTI YUSIP 100 ROSNI BINTI BEDDU 101 HAINON ABU BAKAR 102 MAZNAH BINTI MASSI 103 MARUPIAH BINTI DULLAH 104 SATURA PAGANDA 105 NOROSLIZA BINTI MAMAT 106 ROZEKIN BIN SURATMAN 107 HASNAWATI MATTAWANG 108 NORMA BINTI UDING 109 RAHMAH BASRI 110 MOHD ZARIMY BIN MD ZIN 111 WAHIDA BTE AMINUDDIN 112 ARIS BIN TAWAKAL @ TAWAL
KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SK BAHAGIA, TAWAU BIL. 1 2023/2024 113 MARIAH BINTI MD NAWI 114 SADANIAH BINTI PASADDEI 115 HARYATI BINTI MOHD ARAS 116 HALEDA BINTI HAMKA 117 MOHD HAZWAN BIN MOHD TARIPIN 118 ARNIEZAN BINTI AHMAD 119 PERIHATIN SUWATI 120 SITTI EFFARIZAH BINTI BAKAR 121 KARTINI BINTI MAME 122 MOHD SHAIFUL ADZMI BIN ABD ANG 123 RAHMAD BIN ABD RAUF 124 SITI BINTI DUMPASAN 125 MAZRAN BIN KASMAN 126 MARIAM MOHD HASAN 127 DARMAYANTI BINTI SUYUTI 128 MOHD ASRUL BIN MEDARIN 129 MOHAMAD NAZREE BIN JAFFAR 130 OTHMAN BIN ABDUL RAHMAN 131 HADMIDA HASIM 132 ELVICA MADING 133 JURIYAN SHAH BIN AHMAD JUNI 134 MOHAMMAD ZIAULHAQ BIN TALLING 135 YAKKA B SAKKA 136 YUZLEE BIN YUS 137 SHARIN ABDUL RAHIM 138 WIEDIASTUTY BINTI BACHO 139 SIRAJULBILAD BIN TAGILING 140 MARIAM MOHD HASAN 141 MOHD HAZIER BIN NASIR
KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SK BAHAGIA, TAWAU BIL. 1 2023/2024 142 JULIYANTI BINTI MATTUJU 143 OLIVIA SIAHAAN 144 ASRIMAH BINTI ASMAD 145 SUHAILY BINTI SIBAT 146 NUR SYAHIRAH ZULKIFLI 147 KARMILA SUSANTI BINTI JUMHARI 148 NUR SALAM BIN SALIM 149 AMILAWATIE BINTI AMBO 150 KHUZAIMAH BINTI NOR 151 SAIDA BINTI SUDDIRMAN 152 HASNAWATI 153 SAMSIAH BINTI SALAHUDDIN 154 ASMAH BINTI DAIAM 155 SATRIANI ANDI T. 156 ROSIANI ABDUL 157 AZLYNE BINTI ARSHAD 158 ANUAR BIN AHMAD SHAH 159 HARDIA BINTI A. AZIZ 160 JUNAIDAH BINTI SAMSU 161 WAHYUNI 162 MOHD ESPIL 163 MOHD YUSUF BIN NC PG HINDI 164 IBULAN BINTI ROSLEE 165 ESTHER JOHNY 166 MOHAMAD SYAIFUL BIN SALIM 167 ISKANDAR BIN SAUDE 168 NURULHUDA BINTI PALIAMA 169 NORSELA LIEW ABDULLAH 170 RAFIDAH BINTI BACO
KEHADIRAN IBU BAPA & GURU KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG, SK BAHAGIA, TAWAU BIL. 1 2023/2024 171 MAIZARAH BINTI ABDULLAH 172 FAZIR BIN HASSAN 173 RABAISA BINTI MENDE 174 NORATIKAH BINTI LINGGAM 175 NAZRINA BINTI LAMASAN 176 HERMAN ZUEIN 178 ALMALIN BINTI ALIBASA 179 FAJRIN IMRANIAH 180 SHIRIY BINTI DURAHMAN 181 RAMLAH 182 NURAINI BINTI JIDE 183 NOORNAZATUL BINTI KUDUS
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Encik S Noor Hamid bin Samsuddin, menyampaikan teks ucapan selaku wakil YDP PIBG Encik Bego bin Kimda, yang tidak dapat hadirsemasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK. Bahagia, Bil. 1/2023. 1.2 Beliau memberikan kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah, para Pentadbir, Ahli Jawatan Kuasa PIBG, ibu bapa dan guruguru yang hadir pada perjumpaan tersebut. 1.3 Dalam ucapannya, Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran En. Abdul Rahman bin Ismail selaku Penolong Pegawai Sektor Pembelajaran PPD Tawau dan En. Azmie@Ajami bin Abdul Wahid, Pegawai Kemajuan Masyarakat N.72 Merotai, Merangkap Ahli Majlis Perbandaran Tawau, juga Merangkap Naib Ketua Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian N.70 Kukusan bagi mewakili Mejar Kehormat, Yang Berbahagia Datuk Hj. Abdul Karim bin Hj Abdul Wahid, Ketua Gagasan Rakyat Sabah, Pengerusi Benta Wawasan Sdn Bhd kerana sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Bahagia Tawau pada tahun 2023 kali ini, ucapan syabas beliau juga berikan kepada Guru Besar sekolah dan kepada semua ibu bapa dan guru yang bertungkus lumus dalam usaha mendidik. 1.4 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua yang hadir kerana ini membuktikan komitmen ibu bapa kepada pendidikan anak-anak dan tanggungjawab mereka sebagai ahli persatuan PIBG SK Bahagia. 1.5 Tambah beliau lagi, Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan perlaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2022 - 2023, di samping mengeratkan lagi hubungan di antara pihak sekolah dengan ibu bapa, program ini juga membolehkan kedua-dua pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan insfakstuktur sekolah bagi mewujudkan zon selamat di kalangan anak-anak SK Bahagia. 1.6 Dalam mesyuarat ini juga membolehkan ibu bapa memberi buah fikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak. Sebagai Ahli Jawatan Kuasa PIBG agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga untuk membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari masa ke semasa, serta membantu sekolah menempah nama sebagai sekolah yang terbaik di Daerah Tawau khususnya.
1.7 Beliau meminta kerjasama ibu bapa dan waris agar sentiasa peka dengan maklumat dan insformasi yang disampaikan oleh pihak sekolah, mencapai kejayaan yang diimpikan bukanlah sesuatu yang mudah pastinya memerlukan pengorbanan kedua-dua pihak , ibu bapa dan pihak sekolah perlu sama-sama menyumbang tenaga kewangan, idea demi pembangunan dan perkembangan anak-anak dalam kejayaan anak-anak sekolah ini. Kejayan anak-anak di sekolah ini pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memberikan peranan masing-masing. 1.8 Sempena Mesyuarat PIBG ini juga, beliau meminta ibu bapa mengambil pendekatan, ibu bapa, guru dan masyarakat menjadi satu komuniti yang saling lengkap dan melengkapi. Ibu bapa harus memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam mendidik dan mendisplinkan anak-anak, kerana untuk mencapai kejayaan anak-anak perlu di disiplinkan dan mematuhi peraturan sekolah. Ibu bapa tidak seharusnya mengambil tindakan melulu berdasarkan maklumat dan apa yang disampaikan oleh anak-anak semata-mata, kerana mungkin sikap anak-anak di rumah tidak sama ketika berada di sekolah. 1.9 Akhir ucapan beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutamanya kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu yang telah diberikan selama ini, dan berharap mesyuarat ini akan mencapai kesepakatan daripada semua ibu bapa dan guru dalam memantapkan lagi kecemerlangan anak-anak sekolah ini kelak. 2.0 PERUTUSAN PENASIHAT 2.1 Guru Besar En. Ismail bin Banchir mengalu-alukan kehadiran En. Azmie@Ajami bin Hj. Abdul Wahid, Pegawai Kemajuan Masyarakat N.72 Merotai, Merangkap Ahli Majlis Perbandaran Tawau, juga merangkap Naib Ketua Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Bahagian N.70 Kukusan. Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Tawau , En. Abdul Rahman bin Ismail, Penolong Pegawai Sektor Pembelajaran Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Encik S. Noor Hamid wakil YDP PIBG SK Bahagia yang tidak dapat hadir pada hari ini. Barisan semua pentadbir, ahli jawatan kuasa PIBG SK Bahagia sesi 2022-2023, guru-guru, ibu bapa, juga para rombongan daripada bahagian PGRS N.70 Kukusan En. Mustapa dan rombongan, serta ibu bapa yang telah hadir dan memberi komitmen dalam mesyuarat yang di adakan pada kali ini.
2.2 Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En. Azmie kerana sudi hadir seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Bahagia pada kali ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang dapat hadir pada kali ini, walaupun maklum balas kehadiran dijangkakan lebih ramai yang hadir namun kekangan atas keperihatinan ibu bapa atas kepentingan mesyuarat ini. 2.3 Dalam mesyuarat ini lah peluang ibu bapa bersama berbincang dan mencari penyelesaian berkaitan dengan isu-isu yang melibatkan anak-anak di sekolah. Sama ada berkaitan dengan akademik mahupun hal-hal lain yang berkaitan. Seterusnya menambah baik hubungan ibu bapa sesama ibu bapa, ibu bapa sesama guru, ibu bapa bersama masyarakat. 2.4 Melalui mesyuarat ini juga diharapkan dapat mencari jalan untuk meningkatkan kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat PIBG walaupun telah pernah dibuat mesyuarat mengikut masa yang di minta ibu bapa. 2.5 Dalam Ucapan Beliau menerangkan tentang PIBKS iaitu penglibatan ibu bapa Komuniti dan juga sektor-sektor swasta. dengan kerjasama erat di kalangan ibu bapa dapat menambah baik hubungan dengan pihak-pihak luar, sebagai contoh pihak sekolah telah menjalinkan kerjasama yang baik dengan Pihak Nestle, melalui hubungan strategik tersebut pihak sekolah telah dapat melakukan satu Program Kepentingan Kitar Semula dan memberi kesedaran tentang pentingnya Kitar Semula di kalangan anak-anak, selain daripada dapat menghasilkan bahan-bahan yang dikitar semula melalui latihan bersama Nestle. 2.6 Selain daripada itu ada beberapa pihak lagi yang dapat menjalinkan kerjasama strategik dengan pihak sekolah seperti pihak Bank, dan sebagainya. Ini memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah mendapatkan bantuan bukan sahaja kewangan, tetapi juga kepakaran daripada pihak-pihak tersebut. Hubungan baik NGO orang-orang politik ini perlu untuk pihak sekolah mendapatkan bantuan, kebanyakan sekolah mengadakan hubungan strategik dengan pihak NGO untuk mendapat bantuan daripada pihak NGO untuk kepentingan anak-anak.
2.7 Beliau memaklumkan beberapa perkembangan semasa sekolah seperti: 2.7.1 Bilangan murid keseluruhan masih lagi 739 orang murid, satu sidang. Bilangan kelas Perdana iaitu 24 kelas (tahun 1-6) dan 2 kelas Pra Sekolah untuk umur 5 dan 6 tahun. 2.7.2 Kekuatan guru seramai 52 orang, seorang guru keluar berpindah ke Kelantan iaitu guru pendidikan Islam, 4 orang guru sedang menunaikan Haji dan ada 4 orang guru yang menggantikan. Ini adalah inisiatif sekolah memohon kepada PPD Tawau, dan bantuan daripada pihak PIBG melalui Mesyuarat AJK PIBG. 2.7.3 Bilangan anggota Kumpulan Pelaksana atau Pembantu Tadbir Pengkeranian seramai 5 orang, 2 orang merupakan pembantu pengurusan murid di Pra Sekolah. 2.7.4 Pencapaian pihak sekolah setakat ini, buat makluman dan memberi semangat kepada semua ibu bapa, pihak sekolah telah menyertai beberapa pertandingan seperti Karnival Perpaduan Bahasa English, dalam pertandingan ini pihak sekolah berjaya mencapai Juara atau Johan dalam 2 kategori, satu tempat ke-3, 5 terbaik dan 10 terbaik. 2.7.5 Untuk Kokurikulum Sukan Bola Baling Perempuan dapat tempat ke-3, Badminton Bergu Perempuan dapat tempat ke 2 Naib Johan dan banyak lagi aktiviti-aktiviti pertandingan yang akan disertai antaranya Pertandingan Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) yang sedang diperkasakan diperingkatsekolah rendah. Pertandingan Bola Sepak dan pertandingan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam akan pihak sekolah sertai.
2.8 Beliau turut memaklumkan ibu bapa tentang pemansuhan UPSR pada tahun 2020 dan telah digantikan dengan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah ( PBD). Ibu bapa diminta peka tentang kepentingan kehadiran anak-anak ke sekolah untuk memastikan anak-anak mereka dapat ditaksir bagi mendapat keputusan atau TP (Tahap Pencapaian) yang baik dalam penilaian PBD. 2.9 Di mana melalui Pentaksiran PBD secara berterusan pihak sekolah dapat memastikan tahap penguasaan anak-anak menjadi anak ABC iaitu anak yang Baik lagi Cerdik. Pihak Sekolah juga amat menitik beratkan pencapai tertinggi PBD sekurang-kurangnya TP 4 dan ke atas di SK Bahagia. 2.10 Selain itu, Beliau menyeru ibu bapa agar sama-sama memantapkan tahap penguasaan 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira ditahap 1 dan 1 lagi M iaitu Menaakul di tahap 2 dengan kerjasama pihak sekolah. 2.11 Beliau juga menyentuh tentang masalah buli yang mana berawal daripada tingkah laku dan bahasa anak-anak. Hal ini berlaku kerana anak-anak terdedah dengan media massa yang gemar menggunakan bahasa yang bukanbukan yang tidak sepatutnya dituturkan anak-anak di sekolah. Jesteru ibu bapa perlu memantau dan mengawal penggunaan gadjet di rumah. 2.12 Beliau juga memaklumkan ibu bapa tentang usaha pihak sekolah dalam mengilap bakat yang ada dalam diri anak-anak SK Bahagia agar menjadi anak-anak ABC. Dan mengetengahkan bakat mereka dalam aktiviti sukan agar dapat memasuki Sekolah-Sekolah Khusus seperti Sekolah Seni umpamanya. Dari segi sokongan bahasa pula, beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah menghantar beberapa orang murid untuk mengikuti Pertandingan Bahasa Ala Parlimen. 2.13 Ibu bapa diseru memberi galakan kepada anak-anak untuk menyertai mana-mana pertandingan bagi menjadikan anak-anak menjadi anak-anak ABC seperti yang dihasratkan pihak sekolah dan ibu bapa. Beliau berharap kerjasama dan peranan kedua-dua belah pihak antara ibu bapa dan guru- guru di sekolah akan bertambah erat dan terus dimantapkan bagi melahirkan anakanak yang hebat.
3.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH EN. AZMIE@AJAMI BIN ABDUL WAHID, PEGAWAI KEMAJUAN MASYARAKAT N.72 MEROTAI, MERANGKAP AHLI MAJLIS PERBANDARAN TAWAU, JUGA MERANGKAP NAIB KETUA PENAJA PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (PGRS) BAHAGIAN N.70 KUKUSAN. 3.1 Ucapan terima kasih beliau kepada Guru Besar SK Bahagia dan wakil dari PPD Tawau, wakil YDP PIBG, juga kepada guru-guru Penolong Kanan, Rombongan daripada PGRS Kukusan, iaitu Bendahari PGRS Kukusan, Ketua Penerangan PGRS Kukusan, Ketua Beliawanis Kukusan, AJK PGRS Kukusan, para Ahli Jawatan kuasa PIBG SK Bahagia, guru-guru dan juga ibu bapa yang hadir pada hari ini. 3.2 Beliau menyampaikan salam daripada Yang Berbahagia Mejar Kehormat, Datuk Hj. Abdul Karim Bin Hj Abdul Wahid, Ketua Gagasan Rakyat Sabah, Pengerusi Benta Wawasan Sendirian Berhad yang sepatutnya hadir bagi merasmikan mesyuarat ini, namun atas kekangan Yang Berbahagia Datuk, ada mesyuarat penting ke Kota Kinabalu, telah mewakilkan beliau untuk hadir dalam mesyuarat pagi ini, untuk itu beliau ingin menyampaikan setinggitinggi penghargaan kepada En. Ismail bin Banchir kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Bahagia bil.1/2023. 3.3 Dalam ucapan beliau memaklumkan ibu bapa tentang satu plan pembangunan Negeri Sabah melalui satu konsep Sabah Maju Jaya. Salah satu teras keutamaan adalah kepada aspek pendidikan berkualiti dengan harapan suatu hari nanti dapat melahirkan satu modal insan yang dapat berdaya saing, berkemahiran tinggi, serta mampu menerima cabaran. Sokongan dan dokongan Kerajaan Negeri Sabah pada perancangan Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam Usaha strategi dan Plan Pembangunan Pendidikan Negeri sentiasa mendapat sokongan positif pihak Kerajaan Negeri. Dengan harapan agar Plan Pembangunan ini akan membantu melonjakkan prestasi dan kecemerlangan pendidikan Negeri Sabah. 3.4 Beliau juga mengulas tentang kepentingan Mesyuarat PIBG, khususnya kepada ibu bapa untuk bertemu dan bersemuka dengan pihak sekolah demi mencari kesepakatan bersama dan segala pandangan, idea perlu diambil maklum demi keberkesanan pentadbiran sekolah ini. Segala peraturan sekolah perlu dipatuhi demi melihat kejayaan anak-anak sekolah ini. 3.5 Sebelum mengakhiri ucapan, beliau memaklumkan bahawa Yang Berbahagia Datuk sudi menyumbangkan RM5 ribu bagi membantu usaha guru untuk membina sebuah Bilik Darjah Digital bagi kegunaan murid-murid di sekolah ini.
4.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG BIL.1/2022 4.1 Pn. Suhaila binti Sahabuddin mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung bil.1 /2022 disahkan. 4.2 Pn. Rasidah binti Hj. Ahmad Damli menyokong cadangan Pn. Suhaila agar Minit Mesyuarat Agung PIBG Bil.1/2022 disahkan. 5.0 PERKARA BERBANGKIT 5.1 En. S Noor Hamid membangkitkan perkara 9.1 tentang Tabung Sumbangan dan Derma untuk membantu golongan murid yang memerlukan dan terkena Musibah. Program Kutipan untuk Tabung tersebut telah pun mula dilaksanakan pada bulan Ramadhan, kutipan daripada program tersebut telah diberikan kepada murid-murid Asnaf SK Bahagia. 5.2 Tambah beliau lagi, Tabung Jumaat juga telah mula dilaksanakan pada 9 Jun yang lalu dan akan diteruskan pada setiap hari Jumaat yang akan datang. Hal ini tiada lain bertujuan untuk mendidik anak-anak SK Bahagia agar sentiasa bersedekah walau di mana mereka berada dan program tersebut dinamakan Tabung Jumaat Bersedekah. 5.3 Ulas beliau lagi, selain daripada memberi bantuan kepada murid-murid Asnaf dan murid-murid yang memerlukan bantuan dari segi kelengkapan sekolah, wang kutipan tabungan tersebut juga dapat disalurkan untuk pembaikan Surau sekolah dan seumpamanya.
6.0 LAPORAN TAHUNAN 6.1 LAPORAN SETIAUSAHA PIBG 6.1.1 Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2022-2023 6.1.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Sesi 2021/2022 6.1.1.2 Mesyuarat AJK PIBG bagi Bil. 1,2, & 3 Tahun 2022/2023 6.1.1.3 Program Kitar Semula -Anjuran Nestle 6.1.1.4 Perkhemahan Bersepadu Unit Berunifom Tahun 2022 6.1.1.5 Salam Merdeka kali ke-65 Tahun 2022 6.1.1.6 Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2022 6.1.1.7 Sambutan Harijadi Mega Tahun 2022 6.1.1.8 Majlis Sua Temu Waris Tahun 6 sesi 2022/2023 6.1.1.9 Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SK. Bahagia Tahun 2022 6.1.1.10 Majlis Sanjungan Budi Staff yang Berpindah 6.1.1.11 Kejohanan Sukan Tahunan Peringkat SK Bahagia Tahun 2022 6.1.1.12 Majlis Jamuan Akhir Tahun bagi Sesi 2022/2023 6.1.1.13 Majlis Lambaian Kasih Guru Bersara 6.1.1.14 Program Lawatan Sambil Belajar (LASABEL) Sesi 2022/2023 6.1.1.15 Majlis Anugerah Cemerlang Sesi 2022/2023 6.1.1.16 Majlis Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan & Anugerah Khas Tahun 6 Sesi 2022/2023 6.1.1.17 Program Transisi SK. Bahagia Tahun 2023 6.1.1.18 Hari Bertemu Pelanggan Tahun 2023 6.1.1.19 Majlis Gotong Royong Perdana Tahun 2023 6.1.1.20 Majlis Iftar Jama’ie & Solat Terawih Warga SK. Bahagia Tahun 2023 6.1.1.21 Majlis Penutupan Ih’ya Ramadhan bagi Tahun 2023 6.1.1.22 Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2023 6.1.1.23 Sambutan Hari Guru Tahun 2023 6.1.1.24 Majlis Suatemu Waris Tahun 6 bagi Sesi 2023/2024
6.2 LAPORAN BENDAHARI 6.2.1 Bendahari Persatuan PIBG membuat laporan dan membentangkan perkaraperkara yang berkaitan dengan Penyata Kewangan dan akaun PIBG sekolah ini bagi tahun 2022/2023. Terlebih dahulu beliau telah mengedarkan helaian Penyata Kewangan PIBG tahun semasa kepada AJK induk, dan secara Digital melalui Anyflip ke dalam Group Kelas anak- anak murid bagi rujukan ibubapa. 6.2.2 Penyata Kewangan tersebut telah dibentangkan oleh Bendahariseperti di dalam Lampiran 2. 6.2.3 Terdapat Ralat dalam Laporan Bendahari tersebut namun telah diperbetulkan dan mendapat pengesahan dengan pindaan yang telah dipersetujui ibu bapa pada masa itu. 6.2.4 Laporan Bendahari tersebut telah diterima dan dicadang untuk disahkan dengan pindaan oleh Pn. Rasidah binti Hj. Ahmad Damli dan disokong oleh Pn. Norjia binti Daim. Laporan dengan Pindaan itu akan diperbetulkan dan diberikan kepada ibu bapa melalui group kelas anak-anak nanti. 7.0 PEMBUBARAN AJK 2021/2022 DAN PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BARU BAGI TAHUN 2022/2023 7.1 Wakil YDP En. S Noor Hamid bin Samsuddin memaklumkan AJK 2021/2022 dikekalkan kerana tiada pembubaran yang dilakukan pada mesyuarat kali ini. Namun ada 3 orang AJK yang baru dilantik bagi mengantikan AJK yang berpindah tempat bertugas ke Negeri lain. Perlantikan tersebut diputuskan oleh Guru Besar selaku Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk. Bahagia. 7.2 Dalam mesyuarat tersebut Guru Besar telah melantik Pn. Indotuo @ Samsidar binti Yasse untuk mengantikan Ustaz Mohd Sahiran bin Awang yang akan berpindah ke Negeri Kelantan , dan Pn. Farida binti Tawile dilantik untuk mengantikan Pn. Nurul Afidah binti Halim yang akan berpindah ke Labuan. Pn. Norjia binti Daim pula dilantik untuk mengantikan Pn. Rosmini binti Shahir yang juga telah berpidah tempat bertugas. 7.3 Dalam mesyuarat tersebut juga telah diputuskan bahawa Puan Farida binti Tawile dan Puan Norjia binti Daim dilantik untuk menjadi Juruaudit Dalaman dalam Persatuan melihat kepada kepakaran mereka dalam menjadi Juruaudit dibahagian agensi-agensi yang lain. Perlantikan tersebut telah mendapat sokongan daripada semua ibu bapa yang hadir dalam mesyuarat tersebut.
7.4 Keputusan Perlantikan Semula ahli jawatankuasa 2023/2024: BIL. NAMA AHLI JAWATANKUASA JAWATAN 1 BEGO BIN KIMDA YANG DIPERTUA 2 DR.HARYATI BINTI HAMZAH NAIB YANG DIPERTUA 3 ASRIMAH BINTI ASMAD SETIAUSAHA 4 DARLIANA BINTI DAHALAN BENDAHARI 5 MATILDA OCTOPIANUS AHLI JAWATANKUASA 6 ARIS BIN HJ TAWAKAL AHLI JAWATANKUASA 7 RIMBA BIN ABD RAZAK AHLI JAWATANKUASA 8 JURIYAN SHAH BIN AHMAD JUNI AHLI JAWATANKUASA 9 FARIDA BINTI TAWILE AHLI JAWATANKUASA 10 NORJIA BINTI DAIM AHLI JAWATANKUASA 11 ROZEKIN BIN SURATMAN AHLI JAWATANKUASA 12 S.NOOR HAMID BUN SAMSUDDIN AHLI JAWATANKUASA 13 MUSTAPAH BIN MASE AHLI JAWATANKUASA 14 JAMAL LAUPE AHLI JAWATANKUASA 15 JAPAR BIN RUSTAM AHLI JAWATANKUASA 16 LAUPA BIN PALLA AHLI JAWATANKUASA 17 DEWI BINTI IDRIS AHLI JAWATANKUASA 18 ALMALIN BINTI ALIBASAR AHLI JAWATANKUASA 19 NORKADIJAH BINTI MUSALKHAN AHLI JAWATANKUASA 20 JULIYANTI BINTI MATTUJU AHLI JAWATANKUASA 21 NOOR SYAHIDA BINTI MD NOH AHLI JAWATANKUASA 22 INDOTUO@SAMSIDAR BINTI YASSE AHLI JAWATANKUASA 23 MARIANA BINTI HUNDU JURUAUDIT DALAMAN 24 JULIANA BINTI YUSIP JURUAUDIT DALAMAN
8.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN IBU BAPA (LAMPIRAN DAN SLAID) 8.1 Terdapat 30 usul dan cadangan yang diutarakan ibu bapa. Usul tersebut di tayangkan dalam Lampiran dan Slaid yang dipaparkan pada mesyuarat tersebut. 8.2 Antara usul yang di utara ibu bapa adalah meminta yuran PIBG dikurangkan, namun Guru Besar memaklumkan yuran tersebut telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa PIBG dalam mesyuarat AJK bil.2 yang lalu. Untuk itu beliau tidak dapat mengurangkan yuran tersebut namun berkata, beliau akan memastikan bahawa yuran sejumlah RM30 bagi setiap 1 keluarga itu, tidak akan dinaikkan untuk sementara waktu dan pada masa yang akan datang jika difikirkan masih sesuai dengan keadaan ekonomi masa kini. 8.3 Semua usul tersebut telahpun dibentangkan dan dibincangkan bersama semasa mesyuarat tersebut serta mendapat penyelesaian. Segala penerangan dan maklumbalas dari guru besar, penolong-penolong kanan sekolah telah diterima oleh semua ibu bapa yang hadir pada masa itu. 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Encik S Noor Hamid mencadangkan dan menekankan semula agar pihak sekolah mewujudkan satu peti sumbangan dan derma di surau sekolah bagi mendapatkan kutipan derma pada setiap hari Jumaat. Hal ini bertujuan untuk mendidik anak-anak bersedekah dan peti tersebut di bawah pemantauan dan jagaan guru-guru bertugas mingguan dan Bendahari PIBG sekolah. 9.2 Puan Norjia mencadangkan agar di masa hadapan Laporan Kewangan persatuan hendaklah dinyatakan dengan lebih terperinci, setiap aktiviti pengeluaran dan kemasukan mana-mana dana ke dalam akaun PIBG tersebut hendaklah dinyatakan, bagi mengelakkan kekeliruan di masa akan datang. 10.0 PENUKARAN PENANDATANGAN CEK PIBG 10.1 Yang DiPertua PIBG, Bendahari dan Setiausaha PIBG bertukar dan penukaran penandatangan PIBG Pada tahun 2022 yang lalu perlu dibuatseperti dibawah :- BIL PENANDATANGAN / JAWATAN 01 EN. BEGO BIN KIMDA ( YDP PIBG SK BAHAGIA ) 02 DARLIANA BINTI DAHALAN (BENDAHARI PIBG) 03 ASRIMAH BINTI ASMAD (SETIAUSAHA PIBG)
11.0 UCAPAN PENANGGUHAN 11.1 En. S Noor Hamid selaku pengerusi Mesyuarat dan wakil YDP PIBG En. Bego bin Kimda mengucapkan jutaan terima kasih kepada para ibu bapa yang hadir, ini menunjukkan komitmen ibu bapa dalam kemajuan anak-anak di SK Bahagia. 11.2 Ucapan terima kasih beliau juga tujukan kepada semua guru-guru yang telah berusaha dalam mendidik anak-anak di SK Bahagia sehingga ada di kalangan anak-anak ini telah berjaya memasuki menara gading. Beliau berharap SK Bahagia akan terus cemerlang dalam semua aspek dan mengharapkan semua ibu bapa memberi kerjasama dan sokongan yang padu kepada pihak sekolah demi kecemerlangan anak-anak SK Bahagia kelak. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Bil.1 2023/2024 ditangguhkan pada pukul 12.50 tengah hari. Disediakan oleh: ____________________ (ASRIMAH BINTI ASMAD) Setiausaha, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau. Disahkan Oleh: ____________________ (EN. ISMAIL BIN BANCIR) Guru Besar, Merangkap Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Bahagia, Tawau. Pengesahan minit: Dicadang oleh:________________________________________ Disokong oleh:________________________________________ Tarikh :__________________________________________
DENGAN TULUS IKHLAS KAMI MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA : YANG BERBAHAGIA DATUK HJ. ABDUL KARIM BIN HJ. ABDUL WAHID KETUA BAHAGIAN GAGASAN RAKYAT N.70 KUKUSAN, PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH BENTA WAWASAN SENDIRIAN BERHAD ENCIK BEGO BIN KIMDA YANG DIPERTUA PIBG SK BAHAGIA TAWAU BARISAN JAWATANKUASA PIBG SK BAHAGIA TAWAU SESI 2022/2024 SYARIKAT BIKMIE SDN BHD ROSMIE SNACK INDUSTRI TABUNG PIBG AZMOI ENTERPRISE BANK RAKYAT CAWANGAN TAWAU PERODUA CAWANGAN TAWAU LEMBAGA TABUNG HAJI CAWANGAN TAWAU BANK MBSB CAWANGAN TAWAU PENGHARGAAN
DENGAN TULUS IKHLAS KAMI MERAKAMKAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA : GURU-GURU SK BAHAGIA TAWAU AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-11 SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA MURID SK BAHAGIA TAWAU DAN SEMUA PIHAK YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI TERIMA KASIH PENGHARGAAN SK BAHAGIA PENJANA GENERASI GEMILANG