MANIFESTASI
AKAL BUDI
DALAM PUISI
TRADISIONAL
PANTUN
4 baris dalam Rima akhir a-b-a-b
serangkap
Dua baris awal dikenali
sebagai pembayang, dua
baris akhir dikenali sebagai
maksud
KONSEP PANTUN
Terdapat bentuk dan ciri-ciri yang
tertentu bagi pantun. Pantun dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu, bahagian
pembayang dan bahagian maksud.
Kebiasaannya, unsur alam digunakan
untuk bahagian pembayang. Setiap baris
mempunyai empat perkataan serta jumlah
suku antara lapan hingga dua belas.
Seterusnya, skima rima hujung adalah
sejajar iaitu a,a untuk pantun dua kerat
manakala pantun empat kerat
menggunakan rima a,b,a,b. Menurut Cho
Min Sung & Mat Zoid (2020), pantun
diciptakankan khas untuk setiap generasi.
FUNGSI PANTUN
Menyampaikan nasihat kepada masyarakat.
Meluahkan pelbagai jenis perasaan seperti
marah, sayang, cinta, suka dan duka (Cho Min
Sung & Mat Zaid, 2020).
Sebagai alat mendidik tapa mengira lapisan
umur.
Memartabatkan adat isitiadat dalam kalangan
masyarakat.
Menunjukkan penghargaan dan sebagai tanda
ucapan terima kasih (Tenas Effendy, 2007).
Menyampaikan ajaran agama yang
menerangkan berkenaan pahala, dosa dan
banyak lagi (Harun Mat Piah, 1989).
Sindir-menyindir kerana kesopanan yang
wujud dalam masyarakat Melayu telah
membuatkan mereka malu untuk beterus-
terang.
MANIFESTASI AKAL BUDI
DALAM PANTUN
Rangkap 1:
Cedok air dengan baldi,
Cedok nasi dengan senduk,
Baik dibawa resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.
Rangkap pertara pantun di atas membawa maksud semakin
banyak, ilmu pengetahuan berada dalam diri, semakin
tunduk ataupun rendah diri seseorang itu. Pantun ini
mengetengahkan tentang sikap masyarakat yang rajin
menimba ilmu akan sentiasa merendah diri apabila bergaul
dengan orang lain dalam kehidupan seharian. Masyarakat
Malayu Zaman dahuli amat menitikberatkan kesantunan
berbahasa. Pada zaman dahulu, kesantunan berbahasa
merupakan aspek yang paling penting yang perlu diamalkan
oleh masyarakat. Masyarakat yang mempunyai kesantunan
berbahasa seperti sentiasa merendahkan diri apabila
bertutur, dia akan dipandang tinggi oleh orang di sekeliling.
Hal ini kerana masyarakat yang mempunyai kesantunan
dalam berbahasa akan wujud moral dalam diri mereka.
Terbuktilah bahawa kesantunan bahasa merupakan sesuatu
perkara yang memainkan peranan yang penting untuk
melahirkan seseorang yang sentiasa merendahkan diri dan
bersikap mulia dalam pertuturan dan pergaulan seharian
berasama orang di sekelilingnya.
MANIFESTASI AKAL BUDI
DALAM PANTUN
Rangkap 2:
Tingkap papan kayu persegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa,
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.
Rangkap ini pula membawa maksud masyarakat yang
mengamalkan sikap berbudi bahasa akan dipandang mulia
oleh orang sekeliling kerana bahasa menunjukkan identiti
sesuatu bangsa ataupun individu itu sendiri. Masyarakat
Melayu zaman dahulu menilai darjat sesuatu bangsa atau
individu itu melalui bahasa yang dituturkan. Hal ini kerana
budi bahasa lebih penting berbanding kekayaan harta yang
dimiliki. Budi bahasa dapat menunjukkan keperibadian
seseorang dalam sesuatu bangsa dan secara tidak langsung
dapat mengukuhkan perpaduan kaum dalam negara.
Kebijaksanaan dan kesopanan sesuatu bangsa atau individu
itu akan lebih menonjol jika dia mengamalkan amalan
berbudi bahasa dalam bahasa. Ketinggian budi bahasa
dapat melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan
sentiasa bersopan santun. Ini membuktikan bahawa
ketinggian budi bahasa dapat mencerminkan sikap peribadi
sesuatu bangsa ataupun masyarakat.
MANIFESTASI AKAL BUDI
DALAM PANTUN
Rangkap 3:
Berburu ke padang jajar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Rangkap ini menceritakan tentang kepentingan mempelajari
sesuatu ilmu dengan bersungguh-sungguh agar mendapat
manfaat sebagai hasilnya dan dapat simpan untuk
penggunaan kelak. Sesuatu ilmu pengetahuan yang
dipelajari tidak dipelajari dengan sempurna, maka ilmu itu
tidak akan mendatangkan faedah ataupun manfaat kepada
seseorang itu. Pantun ini mengandungi maksud-maksud
tersirat yang boleh dijadikan sebagai nasihat untuk sentiasa
belajar menuntut sesuatu ilmu itu dengan bersungguh-
sungguh agar memperoleh hasil yang baik dan boleh
digunakan dalam kehidupan seseorang. Pada zaman dahulu,
masyarakat Melayu dahulu mengutamakan ilmu
pengetahuan yang berada dalam diri seseorang. Hal ini
kerana ilmu pengetahuan dapat dijadikan sebagai bekalan
pada masa hadapan dan digunakan dalam kehidupan
seharian agar kehidupan berada dijalan yang betul.
RUJUKAN
Cho Min Sung & Mat Zaid Hussein, (2020). Fungsi Pantun Melayu Tradisional Dilihat
dari Perspektif Budaya dan Alam Pemikiran Masyarakat Melayu. Jurnal Puitika, I6(1),
1-28.
https://jurnalpuitika.fib.unand.ac.id/index.php/jurnalpuitika/article/download/106/91
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tenas Effendy. (2007). Khazanah Pantun Melayu Riau. Dawama Sdn Bhd.