Definisi Kraf “Keluaran Kraftangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan “keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. Akta 222 : Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu. BATIK SEJARAH BATIK
ANYAMAN Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
WAU Wau juga dikenali dengan layang-layang. Permainan wau amat digemari oleh pendudukpenduduk kampung. Permainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Wau Merak/Kipas - Bugis Wau Seri Negeri - Negeri Sembilan Wau Dodo Helang - Terengganu Wau Bulan - Kelantan/Pantai Timur Wau Puyuh - Kelantan Wau Helang - Perlis Wau Kucing - Kelantan Wau Jalabudi - Kedah Wau Kapal - Selangor Wau Kikik/Kemetek - Melaka Wau Seri Bulan - Perak Wau Kebayak - Kelantan Wau Barat/Daun/Pagi - Kelantan Wau Kangkan - Kelantan Wau Kenyalang - Sarawak JENIS-JENIS WAU
KUDA KEPANG Kesenian penghasilan Kuda Kepang pula dikaitkan dengan unsur alam kayangan. Perbualan mulut ke mulut, kononya dikatakan ada Kuda Kayangan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah bertemu, mereka menari-nari keseronokkan. Ada yang berpendapat asal usul tarian ini dikaitan dengan Saidina Ali seorang kalifah dan pahlawan yang hebat berkuda, ada juga yang mengaitkan dengan Wali Songo, seorang tokoh yang cuba menyebarkan ajaran Islam di Kawasan pedalaman Jawa pada abad ke-15. Akibat kesukaran untuk mendekati masyarakat di sana, beliau telah menggunakan pendekatan menari sambil menunggang kuda. Oleh itu, kewujudan dari mana datangnya seni tarian Kuda Kepang tidak dapat disimpulkan. Melalui masyarakat Jawa yang merantau dan mendiami di kawasan sekitar Batu Pahat, Johor, aktiviti kesenian Kuda Kepang tersebar luas dan menjadi satu budaya persembahan yang sinonim dengan masyarakat Johor. Kuda Kepang sering digunakan untuk persembahan budaya dan di majlis keramaian seperti kenduri dan acara kebudayaan. Selain itu, kerana nilai artistiknya yang tinggi, ia juga dipamerkan sebagai hiasan yang menarik.
KUDA KEPANG
Sepak raga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Ia telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 M. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Pada masa ini sepak raga dimainkan apabila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, menggunakan gelanggang seperti dalam permainan badminton. Sepak raga juga telah digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam. SEPAK RAGA
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing dibuat daripada kayu berbaru,kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Biasanya 1 meter panjang. Minyak kelapa digunakan untuk melicinkan pergerakan tali gasing. GASING
KERIS LEMBING GOLOK PERISAI ALAT PERTAHANAN DIRI Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlismajlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.
TEMBIKAR Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.