KOLOKIUM
PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN
TAHUN 2020
INTERVENSI PELONJAKAN KEPIMPINAN SEKOLAH
(InPeKS) KOHORT 2018
INISIATIF # 111:
PEMANTAPAN PROFESIONALISME
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
PEMIMPIN BERINOVASI
PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN
1
Kata Alu-aluan
Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi atas nikmat kurniaan-Nya kerana Kolokium Pemimpin
Cemerlang Institusi Pendidikan tahun 2020 dapat dijayakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB),
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekalung tahniah dan syabas atas penganjuran kolokium ini.
Adalah diharapkan kolokium ini dapat menjadi suatu medium ke arah peningkatan kecemerlangan yang
telah sedia ada dalam kalangan pemimpin pendidikan yang terpilih. Lebih-lebih lagi kita kini sedang
berhadapan dengan cabaran dan persaingan globalisasi yang semakin rencam dan menuntut agar kita
lebih bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi.
IAB merupakan sebuah pusat latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan terunggul di
Malaysia. IAB telah memainkan peranan besar untuk memantapkan dan memperkasakan kepimpinan
barisan pemimpin pendidikan demi menghasilkan kepimpinan yang cemerlang dan berprestasi
tinggi. Melalui kolokium ini, golongan pemimpin pendidikan wajar didedahkan dengan pendekatan
dan strategi yang pelbagai dan boleh diadaptasi dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Kolokium ini juga diharapkan dapat menyediakan platform yang signifikan untuk perbincangan dan
perkongsian pengalaman dalam usaha membangunkan kapasiti pemimpin pendidikan cemerlang ke
arah kepimpinan yang berkualiti dan berwibawa.
Sesungguhnya, tema kolokium “Pemimpin Berinovasi Peneraju Transformasi Pendidikan” bertepatan
dengan fungsi dan tugas pemimpin pendidikan cemerlang untuk memastikan peranan mereka
menentukan kelicinan, kecekapan dan keberkesanan fungsi sesebuah organisasi dilaksanakan dengan
efisien dan efektif. Perkembangan kepimpinan pendidikan merupakan suatu proses berterusan dan
bukannya bersifat peristiwa sekali sahaja (one off event). Cabaran dan tuntutan terhadap kepimpinan
dalam pendidikan semakin kompleks dan sentiasa berkembang dan berubah. Justeru, pemimpin
pendidikan yang cemerlang dan berinovasi hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan kepelbagaian
ilmu dan kemahiran agar mampu berdaya saing. Melalui program sebegini, saya yakin dan percaya
khazanah ilmu pengetahuan dalam kalangan pemimpin pendidikan cemerlang dapat ditingkatkan dan
dikongsi bagi mendepani cabaran pendidikan di peringkat antarabangsa.
Semoga kolokium ini dapat memberi impak yang besar ke arah penerokaan pembaharuan ilmu dan
kemahiran dalam dunia pendidikan, mewujudkan budaya inovasi dan kreativiti yang berterusan dalam
mencemerlangkan organisasi pendidikan.
Selamat Maju Jaya dan Selamat Berkolokium
Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
2
Kata Alu-aluan
TIMBALAN KETUA PENGARAH
PELAJARAN MALAYSIA
SEKTOR PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME KEGURUAN
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan Salam Sejahtera
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas keizinan-Nya kita dapat menjayakan Kolokium Pemimpin
Cemerlang Institusi Pendidikan (PCIP) bagi tahun 2020. Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah
buat seluruh warga kerja Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah
memberikan sepenuh komitmen untuk merealisasikan kolokium ini. Penghargaan juga saya rakamkan
kepada semua pembentang yang telah sudi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran dalam
bidang pengurusan dan kepimpinan dengan para peserta yang menghadiri kolokium pada kali ini.
Memandangkan pemimpin pendidikan merupakan tunjang utama sebagai penggerak dalam
menghasilkan kecemerlangan pendidikan, pemilihan tema “Pemimpin Berinovasi Peneraju Transformasi
Pendidikan” untuk kolokium pada kali ini adalah amat bertepatan dengan perubahan yang sedang
berlaku dalam sistem pendidikan negara. Penganjuran kolokium ini sendiri dilihat sebagai suatu wadah
dalam memperkembangkan lagi amalan dan pengalaman pemimpin pendidikan dengan perkongsian
idea dan amalan terbaik daripada pembentang dan peserta yang menghadiri kolokium pada kali ini.
Keberkesanan kepimpinan pendidikan pada hari ini haruslah selari dengan perubahan-perubahan
yang berlaku dalam masyarakat di negara ini agar dapat membantu meningkatkan lagi potensi individu
melalui sistem pendidikan negara. Ketika ini banyak isu pendidikan yang harus dihadapi dan perlu
ditangani secara bijaksana oleh pemimpin pendidikan serta pada masa yang sama, sistem pendidikan
negara haruslah dimantapkan lagi untuk menghadapi setiap isu tersebut.
Oleh itu, sama-samalah kita berdoa agar kolokium ini dapat mencapai matlamatnya dalam melahirkan
pemimpin pendidikan yang berprestasi tinggi. Selamat berkolokium dan semoga memperoleh manfaat
daripadanya.
Sekian, terima kasih.
DR. HAJI AHMAD RAFEE BIN CHE KASSIM
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pendidikan Malaysia
3
Kata Alu-aluan
Pengarah Institut
Aminuddin Baki
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurnia-Nya, Institut Aminuddin Baki (IAB), Kementerian Pendidikan Malaysia dapat melaksanakan
Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan bagi tahun ini. Saya bagi pihak IAB, mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang gigih berusaha untuk
memastikan kolokium ini berjaya dilaksanakan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada para pembentang yang bersedia berkongsi kepakaran,
pengetahuan, pengalaman dan idea dalam kolokium ini.
Tema kolokium iaitu “Pemimpin Berinovasi Peneraju Transformasi Pendidikan” dipilih bersesuaian
dengan perubahan dan perkembangan terkini dalam sistem pendidikan negara. Selaras dengan hasrat
ini, pemimpin pendidikan perlu meningkatkan kompetensi, profesionalisme serta mampu menerajui
perubahan. Perubahan ini perlu untuk memastikan sistem pendidikan negara sentiasa relevan bagi
melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri dan berupaya mengharumkan Malaysia di persada
antarabangsa.
Gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah berorientasikan
wawasan dan pemikiran ke arah masa hadapan. Sehubungan itu, pemimpin pendidikan masa kini perlu
berfikiran strategik dan proaktif dalam mendepani cabaran Pendidikan Abad Ke-21. Peranan pemimpin
pendidikan dalam melestarikan kecemerlangan pendidikan memerlukan sokongan dalam bentuk
pembangunan profesional yang berterusan. Pembangunan kapasiti pemimpin pendidikan amat penting
dalam usaha memastikan kemenjadian murid secara holistik.
Sesungguhnya penglibatan semua pihak yang terdiri daripada semua peringkat kementerian hinggalah
ke sekolah dalam kolokium ini memberikan keyakinan serta petunjuk kepada kejayaan agenda
pendidikan negara. Diharapkan kolokium ini merupakan medan terbaik untuk memperoleh pengetahuan,
maklumat dan berkongsi pengalaman dalam usaha membudayakan amalan kepimpinan berprestasi
cemerlang terutamanya dari segi amalan terbaik yang dikongsi bersama warga Pendidikan yang lain.
Saya berharap agar para peserta kolokium dapat memanfaatkan peluang menimba ilmu ini ke arah
memperkasakan diri dan kecemerlangan organisasi masing-masing.
Sekian, terima kasih dan Selamat Berkolokium.
Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus
Pengarah Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
4
PENGENALAN
ProPeKS (Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah) dilaksanakan selaras dengan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di bawah Anjakan ke-5 iaitu
memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Ini selaras dengan
Inisiatif PPPM #111: Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
iaitu memperkukuhkan pendekatan strategik bagi memastikan pemimpin berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat
Profesional KPM Bil.13/2017 (3.2 iv), 20 April 2017 memutuskan IAB diberi tanggungjawab
melaksanakan Kursus Intervensi yang lebih dikenali sebagai InPeKS (Intervensi Pelonjakan
Kepimpinan Sekolah) bagi pengetua/guru besar berprestasi tinggi (PGBBC) yang ditempatkan
di semua sekolah. ProPeKS merupakan program membangunkan sekolah melalui kaedah
memperkasakan pengetua/guru besar berprestasi cemerlang (PGBBC).
Bagi menjayakan ProPeKS lima (5) bahagian dalam KPM memainkan peranan
utama iaitu PADU, BPSM, EPRD, BPSH dan IAB. PGBBC ProPeKS yang telah dikenal pasti oleh
BPPDP dan BPSH melalui JPN dan PPD masing-masing perlu menghadiri Kursus Intervensi
Kepimpinan Sekolah (InPeKS) yang dikendalikan oleh IAB. Program ini juga bermatlamat bagi
meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pengurusan untuk memimpin sekolah berprestasi
rendah (SBR). Semua pengetua yang terlibat akan melalui program ini selama tiga tahun bagi
mencapai KPI yang telah ditetapkan.
Pada tahun 2018, seramai 41 orang pengetua telah telah menghadiri kursus InPeKS
pada 14 hingga 19 Oktober 2018 di IABCGH. Majlis Penyampaian Watikah kepada semua
peserta terlibat telah disampaikan oleh YB Dr. Maszlee bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia
pada ketika itu di Awana Resort World, Genting Highlands. Kesemua peserta akan dibimbing
oleh Pensyarah IAB dan SIPartner+ masing-masing selama 3 tahun.
Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan (PCIP) ini diharap dapat
membantu peserta:
1. Berkongsi amalan terbaik semasa melaksanakan penambahbaikan sekolah.
2. Membuka minda pemimpin sekolah ke arah kecemerlangan organisasi.
3. Mewujudkan kolaboratif dan jaringan antara peserta kolokium supaya mereka
dapat berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan-amalan kepimpinan
terbaik bagi dilaksanakan di sekolah masing-masing.
5
ATUR CARA KOLOKIUM
PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN
TAHUN 2020
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pedidikan Malaysia
MASA /TARIKH 28 SEPTEMBER 2020 (ISNIN) LOKASI
12.00 tengahari Pendaftaran Peserta Asrama
Eksekutif
2.30 petang Taklimat kepada Peserta dan Moderator Auditorium
4.30 petang Minum petang Dewan Besar
Asrama
6.30 petang Makan Malam Eksekutif
HARI 1 29 SEPTEMBER 2020 (SELASA) LOKASI
6.30 pagi Sarapan Asrama
Eksekutif
8.00 pagi Taklimat Urus Setia Auditorium
SIDANG 1A
Auditorium
TEMA : AKADEMIK
1. En. Abd. Razak bin Ibrahim
SMK Seri Intan, Kluang, Johor
Menggilap Intan Mencari Sinar
8.30 pagi 2. En. Subramaniam a/l Veeriah
SMK Sungai Pari, Kinta Utara, Perak
Program Pembangunan Kecemerlangan
Pemangkin Kemenjadian Murid
3. Pn. Gambalidah binti Mohd Jahiri
SMK Tagasan, Semporna, Sabah
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu
4. Pn. Rohani binti Ramlee
SMK Taun Gusi II, Kota Belud, Sabah
Projek 40:60
Moderator:
YBrs. Dr. Marzita binti Abu Bakar,
Ketua Pusat Pengurusan Dasar dan Inovasi
6
8.30 pagi SIDANG 1B Bilik
10.30 TEMA : HAL EHWAL MURID Antarabangsa
11.00 pagi 1. Pn. Sahilah binti Ahmad Dewan Besar
SMK Pokok Sena 2, Kota Setar, Kedah
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar Auditorium
2. En. Azmi bin Othman
SMK Pengkalan Lebai Man, Kuala Muda
Yan, Kedah
Melangkah ke Sekolah
3. Pn. Khanah @ Rohanah binti Mamat
SMK Taman Medan, Petaling Utama, Selangor
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
4. En. Mohamad bin Muda
SMK Datuk Awang Jabar, Marang, Terengganu
DAJ Di Hati Ku
Moderator:
YBrs. Dr. Rohana binti Abdul Rahim
Ketua Pusat Pentaksiran dan Pembangunan
Bakat
Minum pagi
SIDANG 2A
TEMA : HAL EHWAL MURID
1. En. Abdul Aziz bin Ibrahim
SMK Dato’ Idris, Manjung, Perak
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-
anak Ke Sekolah)
2. En. Nik Mohamad bin Yusof
SMK Seri Wangi, Gua Musang, Kelantan
Permata Rimba
3. En. Zainal bin Hj Umar
SMK Matang, Larut Matang Selama, Perak
Program i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
4. En. Abd Hassan@Hassan bin Bennah@Salleh
SMK Kabogan, Semporna, Sabah
“ELU COME NGISKUL”
Moderator: YBrs. Dr. Sham bin Ibrahim
Ketua Pusat Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan
7
11.00 pagi SIDANG 2B Bilik
TEMA : AKADEMIK Antarabangsa
1.00 tengahari 1. En. Mustapah bin Mulop
SMK Rahmat, Alor Gajah, Melaka
2.30 petang Program MeKAR DINAMIK
2. En. Roslan bin Yusof
4.30 petang SMK Hutchings, Pulau Pinang
6.30 petang CAknA (Cakna Akhlak dan Akademik)
3. En. Johan bin Okasa
HARI 2 SMK Bum-Bum, Semporna, Sabah MeKAB
4. En. Masdi bin Abdul
6.30 pagi SMK Tekek, Rompin, Pahang
8.00 pagi Program PROBi
Moderator:
Tn Hj Paridon bin Hj Sahid
Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Teknologi
Makan Tengah Hari Dewan Besar
Majlis Perasmian dan Ucaptama
Pemimpin Berinovasi Pemacu Transformasi Auditorium
Pendidikan : Satu Perspektif
YBhg. Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim Dewan Besar
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Asrama Eksekutif
Moderator:
YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin Bin Mohd Yunus, LOKASI
Pengarah IAB
Minum petang Asrama Eksekutif
Makan Malam Auditorium/Bilik
Antarabangsa
30 SEPTEMBER 2020 (RABU)
Sarapan
Taklimat Urus Setia
8
SIDANG 3A
TEMA : AKADEMIK
1. En. Md Hasram bin Omar
SMK Munshi Abdullah, Kulai, Johor
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
2.0 Pn. Puzirah binti Abd Lateh
SMK Guar Nangka, Perlis
Projek Double “C”
8.30 pagi 3.0 YM Tengku Mohd Nazri bin Tengku Anang Auditorium
SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah,
8.30 pagi Semporna, Sabah
10.30 pagi SINAR PERKASA
4.0 En. Md Nazri bin Hassan
SMK Bahau 2, Jelebu, Negeri Sembilan
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian
Sekolah
Moderator:
Tn. Hj. Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab Rahman
Ketua Pusat Pembangunan Komuniti
SIDANG 3B
TEMA: HAL EHWAL MURID DAN KO-KURIKULUM
1. En. Yusaini bin Salleh
SMK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (SPOT V01)
2. En Anuar bin Ibrahim Bilik
SMK Westlands, Pulau Pinang Antarabangsa
Projek `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
3. En. Mail bin Suanda
SMK Chinta Mata, Tenom, Sabah
Cakna Kehadiran
4. En. Abd Rahman bin Safar
SMK Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
Moderator: YBrs. Dr. Hj Joohari bin Ariffin,
Pengarah IAB Cawangan Utara
Minum pagi Dewan Besar
9
11.00 pagi SIDANG 4A Bilik
TEMA : KO-KURIKULUM DAN KUALITI GURU Antarabangsa
11.00 pagi 1. En. Mazlan bin Ali
1.00 tengahari SMK Jeneri, Sik, Kedah Bilik
Kapoje Mapan Antarabangsa
2. En. Mohd Yusof bin Said Dewan Besar
SMK Seri Bemban, Jasin, Melaka
Info Di Hujung Jariku
3. Tn Hj Hamzah bin Abdul Wahib
SMK Paris, Kinabatangan, Sabah
Program HIMS (High Impact Management
Skills)
4. Pn. Siti Rubiah binti Mohd Arshad
SMK Jerlun, Kubang Pasu, Kedah
Pemugaran Komuniti Pembelajaran Profesional
Moderator: YBrs. Dr. Ekerim A/P Din Chen
Ketua Pusat Dokumentasi dan Sumber
Pendidikan
SIDANG 4B
TEMA : AKADEMIK
1. En. Azuri bin Hamzah
SMK Sungai Asap, Gua Musang, Kelantan
ProPPLus IMPAKS
2. En. Johnny Apin
SMK Ulu Sugut (Malinsau), Ranau, Sabah
Minda Nuklear & 1Week 1Group 1Essay
3. Pn. Siti Rahimah binti Tormodi
SMK Sultan Abdul Samad, Klang, Selangor
Sinergi Kecemerlangan Akademik
4. En. Abd Naser bin Othman
SMK Prai, Seberang Perai, Pulau Pinang
Masih Ada Yang Sayang
Moderator:
Tn Hj Hassan bin Mohd Deli
Ketua Pusat Konsultasi dan Pembangunan
Organisasi Pendidikan
Makan Tengah Hari
10
2.30 petang FORUM Auditorium
Kelestarian Kecemerlangan Pendidikan:
HARI 3
6.30 pagi Bersama Melangkah Lebih Jauh
8.00 pagi 1. YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus
8.30 pagi Pengarah IAB
2. YBhg. Dato’ Mohd Jamil bin Mohamed
Pengarah Bahagin Pengurusan Sekolah Harian
3. YBrs. Dr. Mohd Azam bin Ahmad
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
4. Pn. Zubidah Mohd Yunos
Pengetua Cemerlang SMK Tinggi Setapak,
Peserta ProPeKS Kohort 2017
Moderator:
Encik Zainureen bin Mohd Nor Pengarah IAB
Cawangan Genting Highlands
1 OKTOBER 2020 (KHAMIS) LOKASI
Sarapan Asrama Eksekutif
Taklimat Urus Setia Auditorium/ Bilik
SIDANG 5A Antarabangsa
TEMA : AKADEMIK
1. En. Shahrizan Abdullah@Peter bin Gobus Auditorium
SMK Telaga, Pitas, Sabah
90Plus
2. Pn. Nur’Ashikin binti Othman
SMK Tunku Abd. Aziz, Kota Setar, Kedah
AnAz Hebat
3. En. Mohd Anuar bin Ibrahim
SMK Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan
“Kita Gomo”
4. En. Idris bin Ngah Mat Ariffin
SMK Seri Teja, Perak
Program Sentuhan Kasih
(Keberadaan Murid Tingkatan 5)
Moderator:
Tn Hj Edmund Shah bin Tambi
Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
11
8.30 pagi SIDANG 5B Bilik
TEMA : HUBUNGAN LUAR DAN PERSEKITARAN Antarabangsa
10.30 pagi
11.00 pagi FIZIKAL
1.00 petang 1. En. Jaiman bin Lumak
2.00 petang
SMK Entilibon, Telupid, Sabah
PIBK Sebagai Rakan Sinegi Sekolah
2. Pn. Rusmawati binti Mahmood
SMK Chalok, Setiu, Terengganu
SMoCS COMEY
3. En. Mohammad bin Brahim
SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak
MUN SIK KITA, SAPA AGIK?
(KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI?)
4. En. Nedumaran a/l Lingappn
SMK Serian, Serian, Sarawak
Enchancing English Through HIP
5. En. Zolkifli bin Abd Ghani
SMK Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Memperkasa Subjek
Moderator:
YBrs. Dr. Jeffri bin Idris
Pensyarah Cemerlang menjalankan tugas
Ketua Pusat Penyelidikan dan Penilaian
Minum Pagi Dewan Besar
Majlis Perasmian Penutup Auditorium
YBrs. Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Makan Tengah Hari Dewan Besar
Bersurai
12
ATUR CARA KOLOKIUM
PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN
TAHUN 2020
Institut Aminuddin Baki, Cawangan Genting Highlands
Kementerian Pendidikan Malaysia
29 September 2020 (Selasa)
Atur Cara Majlis Perasmian
8.30 pagi Ketibaan Dif-Dif Kehormat
9.00 pagi
Ketibaan YBhg. Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Lagu Negaraku
Lagu Kebesaran Negeri Pahang
Lagu Rasmi IAB
Bacaan Doa
Tayangan Montaj Program Pelonjakan Kepimpinan
Sekolah (ProPeKS)
Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin Bin
Mohd Yunus, Pengarah IAB
Ucaptama dan Ucapan Perasmian Kolokium PCIP oleh
YBhg. Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim,
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pelancaran Prosiding Kolokium PCIP-ProPeKS
Sesi Bergambar
Bersurai
1 Oktober 2020 (Khamis)
Atur Cara Majlis Penutupan
10.30 pagi Ketibaan Dif-Dif Kehormat
11.00 pagi
Ketibaan YBrs. Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pembangunan
Profesionalisme Keguruan)
Lagu Negaraku
Lagu Kebesaran Negeri Pahang
Lagu Rasmi IAB
Bacaan Doa
Tayangan Montaj Kolokium PCIP 2020
Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin Bin Mohd Yunus,
Pengarah IAB
Ucapan Penutupan Kolokium PCIP oleh YBrs. Dr Ahmad Rafee bin Che
Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor
Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Sesi Bergambar
Bersurai
13
ABSTRAK
TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 1A | TEMA : AKADEMIK
MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR
Abdul Razak Bin Ibrahim
Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan, Kluang, Johor
Nor Kamsiah Bt. Jaapar
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Samsudin Bin Haron
Pegawai SIP+ PPD Kluang
Salah satu elemen untuk mengukur prestasi sesebuah sekolah adalah tahap pencapaian akademiknya.
Pencapaian GPS SPM bagi SMK Seri Intan pada tahun 2014 hingga 2017 adalah di antara 5.94 dan
6.30 dan menjadikan sekolah ini sekolah fokus bimbingan PPD Kluang. Tinjauan awal mendapati
prestasi rendah ini sering dikaitkan dengan budaya kerja guru yang kurang berdaya saing dan
semangat berbangga dengan sekolah yang rendah dalam kalangan murid. Bagi mengatasi masalah ini,
kajian tindakan ini dijalankan bagi membolehkan pasukan kepimpinan sekolah membuat perubahan.
Menurut Elemen Kepimpinan Instruksional (Model Hallinger), perkara pertama yang perlu dilaksanakan
adalah mendefinisikan misi sekolah, seterusnya mengurus program instruksional serta mewujudkan
iklim pembelajaran positif. Sehubungan itu, sebagai kaedah penambahbaikan, pasukan kepimpinan
sekolah telah mengambil inisiatif mewujudkan suasana ini melalui slogan sekolah “MENGGILAP
INTAN MENCARI SINAR.” Sasaran utama kajian adalah 136 orang calon SPM 2018 dan 31 orang guru
yang mengajar mereka. Hasilnya, analisis daripada pemerhatian dan data kajian mendapati hala tuju
sekolah mula dihayati dan semua warga sekolah mula menunjukkan cara bekerja yang lebih berkualiti
dan berkesan. Walaupun impaknya belum mencapai tahap yang diharapkan dengan pencapaian GPS
SPM tahun 2018 masih berada ditakuk GPS lebih daripada 6.0, cara dan budaya kerja guru-guru telah
berubah serta nilai telah dapat diterapkan dalam diri murid. Ringkasnya, slogan MENGGILAP INTAN
MENCARI SINAR telah menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid.
Antara pengajaran penting yang diperolehi ialah mengurus sekolah dalam dunia VUCA memerlukan
hala tuju (VISI) yang jelas, kefahaman (UNDERSTANDING) yang jitu, gambaran yang jelas (CLARITY) dan
ketangkasan bertindak (AGILITY).
PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID
Subramaniam A/L Veeriah
Pengetua SMK Sungai Pari
Balasandran a/l Ramiah, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
[email protected]
Mohd Kamil Abdul Rahman
Pegawai SIP+PPD Kinta Utara
Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di Sekolah
Berprestasi Rendah di bawah kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi, iaitu Pembangunan program
Kecemerlangan, Fizikal dan Sahsiah Pemangkin Kemenjadian Murid SMK Sg. Pari. Kegagalan
sebahagian besar murid di sekolah ini mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan PT3
dan SPM dan kedudukan dalam kategori sekolah berprestasi rendah dengan GPS 6.71 berpunca
dari pencapaian yang tidak memuaskan dalam beberapa subjek khususnya dalam subjek Bahasa
Melayu dan Sejarah. Kedua-dua subjek ini mencatatkan pencapaian GPMP melebihi 6 iaitu bahasa
melayu 6.10 dan sejarah 6.59 .Pelaksanaan pelbagai program kecemerlangan secara umum berjaya
melonjakkan GPS ke 6.02 (2018) dari 6.71 (2017) yang merupakan sekolah yang mencatat lonjakan
tertinggi 0.69) di peringkat Daerah Kinta Utara dan seterusnya 6.10 (2019). Peningkatan GPMP bahasa
Melayu dari 6.10(2018) ke 6.04 manakala Sejarah berlaku kemerosotan dari GPMP 6.59(2018) ke
6.91 (2019) Dapatan juga menunjukkan pembangunan program kecemerlangan, fizikal dan sahsiah
14
yang terancang akan membantu melonjakkan kemajuan akademik murid khususnya dalam subjek
Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai subjek wajib lulus. Walau bagaimanapun untuk kecemerlangan
kedua subjek ini memerlukan usaha yang berterusan dan banyak usaha perlu dimulakan diperingkat
menengah rendah lagi.
PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU
Gambalidah Binti Mohd Jahiri
Pengetua SMK Tagasan
[email protected]
Hamizi bin Osman
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
Linna binti Hassan
Pegawai SIP+ PPD Semporna
Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar adalah pada tahap yang lemah. Oleh yang
demikian, projek gerbang bahasa melayu dilaksanakan bertujuan untuk membaiki penguasaan bahasa
melayu dalam kalangan pelajar iaitu dari tingkatan 1 sehingga 5. terutamanya bagi pelajar yang
menduduki spm. projek gerbang bahasa melayu dilaksanakan pada awal januari sehingga oktober.
memandangkan, subjek bahasa melayu merupakan subjek utama wajib lulus di peringkat SPM. Projek
ini dijalankan selama 1 jam setiap hari Khamis yang mana para pelajar akan dibimbing oleh guru-guru
bahasa melayu. Jumlah pelajar yang terlibat ialah seramai 1246 orang, dari jumlah tersebut diharapkan
bahawa 80% dapat menguasai bahasa melayu dengan baik.
PROJEK 40:60
Rohani Bt Ramlee
Pengetua Smk Taun Gusi 2
Jamelaa Bibi Bt Abdullah, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Zakaria Bt Othman, Ph.D
Pegawai SIP+,PPD Kota Belud
Projek 40:60 dijalankan untuk meningkatkan peratus penguasaan tahap minimum murid tingkatan
dua 2019 dalam peperiksaan kendalian sekolah. Isu murid Tidak Menguasai Tahap Minimum (TMTM)
dalam peperiksaan kendalian sekolah perlu ditangani awal. Kajian keperluan adalah strategi pertama
digunakan untuk mengenal pasti isu. Murid terlibat terdiri daripada 142 orang murid tingkatan 2 di
SMK Taun Gusi Dua, Kota Belud. Analisis headcount AR3 tingkatan satu 2018 digunakan sebagai TOV.
Dalam projek ini markah peperiksaan murid tidak diambil 100% daripada keputusan peperiksaan.
Jumlah 40 mewakili kerja kursus di mana skema 5% untuk pemeriksaan buku latihan murid, 15% folio,
15% pembentangan dan 5% bersemuka. Autonomi guru menentukan tajuk dan jenis projek.Tempoh
masa menyiapkan sesebuah projek adalah 1 hingga 3 bulan. Jumlah 60 pula adalah markah daripada
peperiksaan penggal. Program ini juga merangkumi intervensi untuk guru iaitu program FTF. Program
FTF bermatlamat untuk mengupayakan guru selain mengoptimumkan bimbingan dan pementoran.
Setelah projek dijalankan, keputusan AR2 menunjukkan keputusan yang positif iaitu penurunan peratus
TMTM sebanyak 32.16% berbanding AR3 2018 46.39%. Walau bagaimanapun, dapatan ini belum
jelas menunjukkan projek 40:60 memberi impak positif kepada setiap kategori murid yang berbeza
di sekolah ini. Oleh itu, projek 40:60 yang lebih terperinci akan dilakukan dalam fasa kedua di mana
pemilihan tajuk projek lebih kepada soalan KBAT dan kumpulan pentadbir pertengahan diupayakan
dalam FTF bagi melihat keberkesanan program tersebut dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
15
TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 1B | TEMA : HAL EHWAL MURID
PROGRAM BARAKAH: CAHAYA PASTI MENYINAR
Hajjah Sahilah Binti Ahmad
Pengetua SMK Pokok Sena 2
Abd Wahab bin Muda, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Salleh Yusof
Pegawai SIP+ PPD Kota Setar
Program Barakah merupakan beberapa inisiatif dan amalan baik yang kreatif. Program Barakah
menitikberatkan aktiviti keagamaan merupakan AMALAN BAIK yang diadakan setiap pagi dari jam
7.20 hingga 7.40 pagi. Bacaan Matsurat dilaksanakan setiap hari Isnin dan Selasa. Hari Rabu hafalan
ayat-ayat lazim, doa iftitah dan doa qunut manakala pada hari Khamis bacaan Yaasin. Semua aktiviti
ini diketuai oleh pelajar yang celik AlQuran daripada pelbagai tingkatan dan dibimbing oleh guru
bertugas mingguan. Program yang mantap ini bertujuan mendisiplinkan pelajar untuk belajar dan akur
mengikuti semua program yang dirancang oleh pihak sekolah agar lebih produktif dan berdaya maju.
Impak daripada program ini diharap menampakkan perubahan dari sikap pelajar yang boleh sampai
ke sekolah seawal jam 7.15 pagi. Sikap pelajar terhadap pembelajaran dan persekitaran yang ceria
dan kondusif untuk belajar semakin menampakkan hasil melalui keputusan Ujian 1 (AR1). Pengetua
di bawah program ProPeKS bertanggungjawab membentuk persekitaran pembelajaran yang teratur,
serius, berfokus serta memberi cetusan semangat bekerja di kalangan upper leader, midle leader dan
guru-guru agar lebih kreatif dan inovatif demi mencapai sinar kejayaan dan kegemilangan. Ini kerana
pencapaian akademik sering dijadikan kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah samada di bandar
mahu pun di luar bandar. Pembugaran pedagogi yang menitikberatkan PAK21 dan PLC ditekankan
kepada semua guru agar semua pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dengan baik. “Love,
Happiness and Mutual respect” dibudayakan dalam sekolah di bawah satu kata kunci Sederap
Melonjak Kecemerlangan Sekolah 2019. Budaya Kerja Pengetua yang peduli dan ambil tahu tentang
perkembangan terbaru dunia pendidikan, pasti membolehkan SMKPS2 duduk sama rendah, berdiri
sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang di daerah ini melalui Program Barakah, InsyaAllah.
MELANGKAH KE SEKOLAH
Azmi bin Othman
Pengetua SMK Lebai Man
Norihan binti Azizan
[email protected]
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Azahari bin Abdullah, Ph.D
Pegawai SIP+ PPD Kuala Muda Yan
Program ini adalah untuk menangani isu utama yang membelenggu Sekolah Menengah Kebangsaan
Pengkalan Lebai Man iaitu peratus kehadiran murid yang sangat rendah sehingga menyebabkan
pencapaian akademik juga rendah. Program ini memberikan fokus terhadap semua pelajar tingkatan
lima sesi 2019 yang berjumlah 126 orang. Punca utama masalah ini adalah tahap motivasi mereka yang
rendah sekaligus tidak berminat untuk hadir ke sekolah. Di samping itu kebanyakan latar sosioekonomi
keluarga yang berada dalam kemiskinan menyebabkan mereka terjebak dengan pekerjaan sambilan.
Program ini mensasarkan pemantapan minat dan motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah dengan
menggarapkan teori pelaziman klasik, yakni rangsangan(Pavlof) dan peneguhan(Skinner). Data
kehadiran lima tahun sebelum ini dijadikan TOV manakala purata kehadiran Januari hingga September
(SSDM) sebagai penandaaras kejayaan(output), di samping prestasi akademik peperiksaan percubaan
SPM(outcome). Sasaran program ini adalah pada akhirnya purata kehadiran Januari hingga September
adalah 90%. Berdasarkan data dalam SSDM dan pemerhatian didapati, program ini telah berjaya
meningkatkan peratus kehadiran sehingga 89.04% dan prestasi akademik juga telah meningkat
dari aspek GPS dan peratus lulus semua mata pelajaran. Rumusannya, program ini bukan sahaja
16
dapat meningkatkan kehadiran murid, malahan dapat meningkatkan semangat guru untuk mengajar
sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar.
SMKTMku_HEBAT: JOM KE SEKOLAH
Khanah@Rohanah Binti Mamat
Pengetua SMK Taman Medan
[email protected]
Nor Hasimah Binti Hashim, IAB
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Rosita Wati Binti Abdul Aziz
Pegawai SIP+ PPD Petaling Utama
[email protected]
Kehadiran murid ke sekolah sering kali dikaitkan dengan pencapaian murid. Jika kehadiran murid
ke sekolah mencapai peratusan yang tinggi maka pembelajaran akan berlangsung dan pencapaian
akademik turut akan berada pada tahap yang membanggakan. Oleh itu, kajian ini akan menjurus
kepada usaha untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah memandangkan purata peratus
kehadiran murid SMK Taman Medan ke sekolah pada tahun 2018 adalah sebanyak 78.12%. Target
yang disasarkan untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah ialah sebanyak 5% iaitu kepada
83.12%. Data yang digunakan ialah data kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018 sebagai TOV
kepada kajian yang dijalankan. Kerjasama daripada PIBG melalui program Jom ke Sekolah telah
membolehkan pelbagai usaha dirancang dan dijalankan bagi memastikan peratus kehadiran murid
pada tahun 2019 meningkat seperti yang disasarkan. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa telah
berlaku peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah melebihi target yang disasarkan, iaitu 83.12%
pada setiap bulan hasil daripada usaha yang berterusan.
DAJ DI HATI KU
Mohamad bin Muda
Pengetua, SMK Datuk Awang Jabar
[email protected]
Hajjah Akma Binti Hj. Abd. Hamid, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Abdul Rahim Bin Mat Zin
Pegawai SIP+ PPD Marang
[email protected]
Kehadiran ke sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik sesebuah
sekolah. Berdasarkan analisis peratus kehadiran murid sepanjang tahun 2018, SMK Datuk Awang
Jabar, Marang, Terengganu mencatat kehadiran 88.03 peratus. Tindakan yang drastik diambil bagi
mengatasi masalah ini. Projek DAJ DI HATIKU dirancang dan dilaksana bagi melahirkan rasa sayang
pada sekolah serta mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. Projek ini telah dimulakan
seawal bulan Januari dan setiap minggu data kehadiran murid dianalisis. Sebelas aktiviti dilaksanakan
iaitu DAJ-PKG, DAJ-RoM, DAJ-MeMe, DAJ-CaP, DAJ-CIB, DAJ-ZiM, DAJ-JJ, DAJ-PIB, DAJ-AT, DAJ-RSS, DAJ-
PsPS. Berdasarkan data kehadiran bulanan bermula bulan Januari hingga September 2019, peratus
kehadiran keseluruhan pelajar SMK Datuk Awang Jabar semakin meningkat dan mencapai KPI yang
ditetapkan.
17
TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 2A | TEMA : HAL EHWAL MURID
PROGRAM KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-anak Ke Sekolah)
Abdul Aziz bin Ibrahim
Pengetua, SMK Dato’ Idris, Perak
[email protected]
Hamsiah binti Mohd Dahalan
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
Ahmad Zamili bin Mokhtar
Pegawai SIP+ PPD Manjung
[email protected]
Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng
Sekolah” telah mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-
guru tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah laku ponteng di sekolah.
Kementerian Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah mesti melebihi 95%.
Justeru laporan Program KACAK ini memfokuskan beberapa intervensi ponteng sekolah dengan tujuan
untuk membudayakan disiplin kehadiran murid ke sekolah, seterusnya meningkatkan pencapaian
akademik murid-murid, Istilah KACAK ialah singkatan untuk pernyataan ‘Kami Ambil Cakna Anak-Anak
ke Sekolah’. Intervensi Program KACAK Unit Hal Ehwal Murid berfokuskan kawalan kehadiran harian
murid melalui Sistem Zon,, anugerah bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling “Hati ke Hati
dan Suluh Kasih”, majlis dialog prestasi dan aku janji kehadiran. Unit Kurikulum turut memberikan
sokongan melalui program pemantapan PDPC guru dan Pusat Akses Sekolah. Unit Kokurikulum turut
menyumbang melalui aktiviti Fun Club dan Projek Mural selain sokongan Permuafakatan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK) dengan projek Ziarah Cakna. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar
untuk mencapai sasaran kehadiran purata tahunan sekolah iaitu 93.83% bagi tahun 2019.
PERMATA RIMBA
Nik Mohamad bin Yusof,
Pengetua SMK Sri Wangi
[email protected]
Norita binti Ismail, IAB
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Haji Mohd Sauki bin Hussin
Pegawai SIP+ PPD Gua Musang
Berdasarkan peratus kehadiran murid ke sekolah yang rendah iaitu 72.77 pada tahun 2016, 75.78
pada tahun 2017 dan 78.24 pada tahun 2018 iaitu di bawah 80 peratus, maka dengan keadaan
ini akan memberi kesan kepada prestasi akademik murid sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah
terlalu kerap. 60 peratus murid sekolah ini adalah terdiri dari murid Orang Asli yang tinggal jauh di
pedalaman yang memerlukan perjalanan selama 7 jam melalui jalan balak menggunakan kenderaan
pacuan empat roda. Apabila cuaca buruk seperti hujan, murid ini tidak dapat hadir ke sekolah kerana
jalan yang rosak dan licin serta merbahaya kepada keselamatan mereka. Keadaan ini berlaku terutama
awal tahun di mana musim tenkujuh belum berakhir. Murid Orang Asli ini tinggal di asrama sekolah
dan pengangkutan mereka dari kampung disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA).
Apabila mereka terlepas jadual perjalanan pengangkutan oleh pihak JKOA, maka mereka tidak hadir
ke sekolah selama 2 bulan untuk jadual perjalanan yang berikutnya. Ibubapa murid Orang Asli ini tidak
berkemampuan untuk menghantar sendiri anak ke asrama kerana faktor kemiskinan dan kemudahan
pengangkutan yang mereka miliki. Program PERMATA RIMBA ini dirancang bagi meningkatkan
kehadiran murid ke sekolah terutama murid Orang Asli. Program ini digerakkan melalui kerjasama
awam dan swasta terutama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah, Polis DiRaja Malaysia, sekolah rendah
saluran, Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Tok Batin Orang Asli dan ibubapa pelajar.
18
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Zainal bin Hj Umar
Pengetua, SMK Matang, Taiping, Perak
[email protected]
Hamsiah binti Mohd Dahalan
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
Ahmad Abas bin Saidin
Pegawai SIP+, PPD Larut Matang Selama
[email protected]
Intervensi Program i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah) lebih berfokuskan kepada program menarik
minat murid untuk hadir ke sekolah di samping program penguatkuasa sebagai program sokongan.
Salah satu projek dalam program i-Sukses adalah Projek PIMAS (Perintis Industri Matang School) yang
merupakan usaha memperkenalkan Program Sijil Kemahiran Masakan dan Sijil Kehadiran Automatif/
Kimpalan kepada murid dengan kerjasama institusi swasta yang berdaftar. Tujuan PIMAS dibuat adalah
untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronakkan
murid dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid serta menyediakan alternatif pembelajaran
dalam bidang kemahiran. PIMAS juga berusaha untuk menimbulkan minat dan motivasi murid melalui
pengalaman ‘hands on’ serta menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan murid
Program dilaksanakan menggunakan waktu PdPc dan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada
institusi yang terlibat, Sarana ibubapa dan dibantu oleh guru Voktek di sekolah. Impak daripada
program PIMAS menunjukkan ada kesan kepada peningkatan motivasi dan kehadiran murid. Temubual
dengan murid-murid dan guru-guru menunjukkan terdapat perubahan sikap yang positif. Murid-murid
ini tidak lagi ponteng kelas, tidak mengantuk, lebih mudah dan berkeyakinan untuk berkomunikasi,
lebih berdisiplin, kemas dari segi pakaian dan perwatakan menarik.
“ELU COME NGISKUL”
Tuan Haji Abd Hassan B. Haji Bennah
Pengetua SMK Kabogan Semporna, Sabah
Siti Anidah Binti Mahadi, IABCGH
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Encik Ibnu Bin Jaani,
Pegawai SIP+ PPD Semporna
[email protected]
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubung kait antara peratus kehadiran pelajar dengan pencapaian
dalam akademik amnya di daerah Semporna dan khususnya di SMK Kabogan Semporna. Kebelakangan
ini kehadiran murid ke sekolah semakin membimbangkan semua pihak ini kerana pelajar lebih gemar
menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Oleh itu,
kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti punca murid tidak suka datang ke sekolah dan
mencari beberapa alternatif agar murid dapat membudayakan amalan rajin ke sekolah. Beberapa data
yang digunakan antaranya ialah soal selidik, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Sahsiah Diri
Murid (SSDM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Responden kajian melibatkan beberapa
orang guru, ibu bapa dan murid yang dipilih secara rawak. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan
kehadiran murid mempunyai hubung kait yang positif dengan pencapaian murid. Beberapa program
yang telah dirancang dan dilaksanakan agar dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
19
TARIKH:29/9/2020 | HARI: SELASA | SIDANG 2B | TEMA : AKADEMIK
PROGRAM MeKAR DINAMIK
Mustapah Bin Mulop
Pengetua, SMK Rahmat
Ekerim a/p Din Chen, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bnadar Enstek
[email protected]
Hazmi bin Ali
Pegawai SIP+ PPD Alor Gajah
[email protected]
Kertas penulisan ini memfokuskan pada usaha meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik.
Objektif utama adalah untuk meningkatkan pencapaian peratus lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
SMK Rahmat. Isu utama yang menjadi fokus ialah prestasi sederhana murid dalam bidang akademik
dan peratus kehadiran murid yang rendah. Program MeKAR Dinamik (Memacu Kecemerlangan
Anak Rahmat) telah dirangka untuk mengatasi masalah pencapaian prestasi akademik yang rendah
khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Program
ini tertumpu kepada murid yang mempunyai markah terendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Sejarah semasa di Tingkatan 4. Selain dari itu, kemudahan infrasturktur turut menjadi fokus sebagai
pemangkin semangat murid dalam meningkatkan prestasi akademik. Banyak prasarana yang telah
dibaik pulih dan dinaik taraf sebagai usaha menaikkan semangat para pelajar. Kesan pelaksanaan
Program MeKAR ini telah menunjukkan peningkatan peratus lulus murid SPM dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah. Program MeKAR ini telah membuktikan bahawa prestasi murid dapat
dipertingkatkan dengan adanya program yang tersusun dan berfokus.
Kata kunci: pengurusan dan kepimpinan berfokus
CAknA
(Cakna Akhlak dan Akademik)
Roslan Bin Yusof, PhD.
Pengetua, SMK Hutching, Georgetown
Noor Hashimah Binti Hashim, PhD.
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
[email protected]
Roland @ Rozaidi Bin Abu Hassan
Pegawai SIP+ PPD Timur Laut
[email protected]
Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan salah
satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan
di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah
dan dibimbing oleh SIPartner+, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Jabatan Pendidikan
Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi Sekolah Berprestasi
Rendah. Sampel diambil daripada Sekolah Berprestasi Rendah iaitu SMK Hutchings yang mempunyai
enrolmen murid yang kecil iaitu 171 orang pada tahun 2019. Sekolah ini dipilih oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil bahagian dalam ProPeKS yang
akan dijalankan selama tiga tahun dari 2019 hingga 2021.Pelaksanaan program ini adalah untuk
melihat satu perubahan yang signifikan dalam pencapaian akademik dan sahsiah murid SMK Hutchings
melalui Program Budaya Cakna Peneraju Hutchings yang akan diterjemahkan melalui aktiviti yang
berimpak tinggi ke arah Kecemerlangan Akhlak dan Akademik Murid SMK Hutchings. Hasil ProPeKS
menunjukkan terdapat perubahan dari segi akademik dan kehadiran murid dalam kalangan murid
SMk Hutchings pada tahun 2019. Peratus lulus BM dan Sejarah sekolah diukur daripada Peperiksaan
Percubaaan SPM telah melonjak daripada 72.97 masing-masing pada tahun 2018 kepada 84.62 dan
20
87.50 pada tahun 2019. Peratus kehadiran 7 daripada 11 kelas juga menunjukkan peningkatan lebih
daripada nilai TOV iaitu 82.90%.
MeKAB
Tuan Haji Johan Bin Haji Okasa
Pengetua SMK Bum Bum Semporna, Sabah
Hamizi bin Osman
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bnadar Enstek
[email protected]
Linna binti Hassan
Pegawai SIP+ PPD Semporna
Berdasarkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2018, didapati bahawa pencapaian prestasi
tiga mata pelajaran Teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak memberangsangkan dan
ini mempengaruhi pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) di peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia. Oleh
itu, Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB) dilaksanakan untuk menjadi pemangkin
kepada semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2019 di sekolah ini supaya mereka belajar dengan lebih
bermotivasi dan berfokus serta boleh meningkatkan pencapaian gred purata 3 mata pelajaran teras
tersebut. Seramai 312 orang pelajar calon SPM 2019 yang terlibat dalam kajian program ini. Kaedah
penilaian program yang digunakan adalah melalui data pencapaian pelajar di dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2019 (PPT2019) dibandingkan dengan pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM
2019 (PPC2019) serta perbandingan juga dengan PPC2018. Hasil akhir Projek MeKAB ini akan dinilai
dalam Peperiksaan SPM 2019 yang sebenar sama ada pencapaian 3 Mata Pelajaran Teras ini akan
mempengaruhi Gred Purata Sekolah keseluruhannya. Dalam pada itu, semua pelajar Tingkatan 5
terlibat dalam pelbagai program ke arah meningkatkan pencapaian mereka dalam 3 mata pelajaran
teras tersebut.. Dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa peningkatan dari segi GPS iaitu sebanyak
0.26 di mana PPT 2019 dengan GPS 7.59 berbanding PPC 2019 dengan GPS 7.33. Kajian ini juga
mendapati bahawa PPC SPM 2019 menunjukkan pencapaian GPS 7.33 adalah lebih baik berbanding
pencapaian PPC SPM 2018 dengan GPS 7.72 dengan peningkatan sebanyak +0.39. Selain itu,
kajian juga menunjukkan bahawa dua daripada tiga mata pelajaran teras berkaitan menunjukkan
peningkatan. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membuktikan Projek MeKAB telah memberi
impak yang amat memberangsangkan ke arah peningkatan pencapaian GPS dalam SPM 2019.
PROGRAM PROBi
Masdi Bin Abdul
Pengetua SMK Tekek, Pulau Tioman
[email protected]
Puan Meriam Binti Allias
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Tuan Haji Azaman Bin Ahmad
Pegawai SIP+PPD Pekan
[email protected]
Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah memantap dan melengkapkan diri dengan kemahiran
dan pengetahuan untuk mendepani cabaran isu pendidikan masa kini. Proses perbincangan dua hala
bersama pihak berkepentingan bersetuju berkongsi tanggungjawab, membuat keputusan bersama,
sukarela membantu sekolah, berkongsi idea, merancang dan menilai aktiviti yang dilaksanakan
untuk menambah baik kualiti hasil pelajar dan sistem persekolahan melalui peningkatan tadbir urus
dan permuafakatan yang lebih baik. Kajian ini membincangkan pendekatan PROBi yang digunakan
pemimpin setelah melihat isu-isu dalam organisasi. Gred Purata Sekolah (GPS) SPM pada tahun 2017
adalah 6.48. Setelah dibuat beberapa perubahan dan penambahbaikan SMK Tekek berjaya melakukan
lonjakan sebanyak 0.64 kepada 5.84 pada 2018 dengan mencatat GPS terbaik sejak tahun 2014.
21
Sekolah mendapat anugerah dan pengikhtirafan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi kategori
“Sekolah Terbaik – Lonjakan Saujana”. SPM Tahun 2019 SMK Tekek sekali lagi melakarkan sejarah
apabila seorang pelajar memperolehi semua A dalam lapan mata pelajaran walaupun GPS sekolah
tidak dapat dipertahankan.
TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 3A | TEMA : AKADEMIK
PROJEK SENTUHAN KASIH BAHASA MELAYU
Md Hasram Bin Omar
Pengetua SMK Munshi Abdullah Kulai Johor
Nor Kamsiah Binti Jaapar
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Azman Bin Safii
Pegawai SIP+ PPD Kulai
Setiap tahun pencapaian Bahasa Melayu SMK Munshi Abdullah gagal mencapai ETR yang ditetapkan
oleh pihak sekolah sama ada dari segi peratus atau Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Walaupun
projek ini telah dilaksanakan pada tahun 2011 hingga 2018 dan mencatatkan peratus melebihi 90
peratus berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan purata antara 70 peratus hingga
80 peratus sahaja namun masih gagal mencapai ETR yang ditetapkan. Oleh hal yang demikian,
pelaksanaan projek ini mampu meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
peperiksaan SPM pada tahun 2019. Projek ini dilihat mampu memberi fokus yang maksimum kepada
murid-murid mengikut tahap penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu kerana setiap murid pastinya
mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Selain itu, efikasi kolektif guru-guru yang terlibat dalam
program ini juga akan lebih berfokus dan secara tidak langsung pelaksanaan PdPc akan lebih berkesan
Diharapkan program ini terus memberi impak yang besar dalam keputusan SPM 2019 dan seterusnya
mencapai sasaran 100 peratus seperti yang terkandung dalam Perancangan Strategik Sekolah 2015-
2019.
PROJEK DOUBLE “C”
Purizah Bt Abd. Lateh
Pengetua, SMK Guar Nangka
Norihan binti Azizan
[email protected]
Pensyarah Cemerlang Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
Siti Hatifah Yahya
JPN Perlis
Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan salah
satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan
di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah
dan dibimbing SIPartner+, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki
dalam misi melonjakkan prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel diambil dari Sekolah Berprestasi
Rendah iaitu SMK Guar Nangka yang dipilih oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan
Pendidikan Negeri. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi
pelajar di Sekolah Berprestasi Rendah di bawah kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi, melalui
pendekatan Projek Double ‘C’ dalam PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan Kecemerlangan
Akademik Dalam Membentuk Kemenjadian Murid. Kajian ini membincangkan pendekatan yang
sesuai dan boleh digunakan oleh pemimpin untuk menghadapi isu-isu dalam organisasi pendidikan.
Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa peningkatan PdP yang berkualiti dapat memberi impak yang
22
positif kepada kecemerlangan akademik dan seterusnya dalam membentuk kemenjadian murid.
Pedagogi yang menarik dan sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) amat
menitikberatkan penglibatan murid sebagai pembelajar aktif, di samping mampu menggalakkan murid
untuk berkolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif serta mampu menyatakan idea mereka dengan bentuk
komunikasi yang berkesan. Selaras dengan perubahan kepimpinan didapati peningkatan PdP guru
yang berkualiti telah dapat melonjakkan prestasi akademik pelajar SMK Guar Nangka dari GPS SPM
iaitu 6.76 pada tahun 2018 melonjak kepada 6.14 (lonjakan 0.63) dalam peperiksaan percubaan SPM
pada tahun 2019 baru-baru ini. Semoga program ini akan dapat meningkatkan peratus lulus SPM 2019
yang sebenar dan seterusnya menjadikan GPS SPM 2019 SMK Guar Nangka semakin meningkat.
SINAR PERKASA
Tengku Mohd Nazri Bin Tengku Anang
Pengetua, SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah
Siti Anidah Binti Mahadi, IABCGH
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Encik Ibnu Bin Jaani,
Pegawai SIP+ PPD Semporna
[email protected]
Kecemerlangan kurikulum sekolah adalah aspek utama yang hendak dicapai. Sehubungan dengan itu,
Jawatankuasa Intervensi Kurikulum telah diwujudkan agar dapat membantu ke arah kecemerlangan
kurikulum Sekolah. Mata pelajaran Sejarah dijadikan fokus dalam usaha untuk meningkatkan
pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini kerana didapati bahawa subjek Sejarah masih
berada pada tahap sederhana dan memerlukan program intervensi. Subjek Sejarah merupakan subjek
wajib lulus bersama-sama dengan subjek Bahasa Melayu untuk melayakkan murid mendapat sijil
SPM. Penguasaan dan peningkatan mata pelajaran Sejarah juga penting untuk meningkatkan jati
diri dan juga semangat patriotik dalam kalangan murid dan sejak kebelakangan ini didapati bahawa
nilai tersebut semakin luntur dan terhakis. Hasilnya, Sinar Perkasa telah dilaksanakan untuk mencapai
hasrat tersebut. Penilaian program telah dilaksanakan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan
SPM. Peratus lulus telah menunjukkan peningkatan daripada 39% dalam peperiksaan pertengahan
tahun kepada 71.97% dalam peperiksaan percubaan SPM. GPMP juga meningkat daripada 7.62
kepada 6.38. Ini menunjukkan bahawa program yang dirancang dan telah dilaksanakan memberi
impak yang besar ke arah peningkatan peratus lulus dan gred mata pelajaran Sejarah.
BAHASA MELAYU PENGGERAK PENCAPAIAN SEKOLAH
Haji Md Nazri Bin Haji Hassan
Pengetua SMK Bahau 2
Raja Ibrahim Bin Raja Midin
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
Puan Zamrud Binti Redzuan
Pegawai SIP+ PPD Jempol/Jelebu
[email protected]
Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2 (SMKB2) telah dipilih secara rasmi mengikuti Program
Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) Kohort 2 tahun 2019 – 2021 pada tarikh 17 Oktober 2018.
Program ini dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih bertaraf Sekolah Harapan untuk meningkatkan
pencapaian dan kemenjadian murid agar setanding dengan sekolah-sekolah lain yang lebih baik
pencapaiannya. Program Peningkatan Kecemerlangan Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Program
Peningkatan Kehadiran di Kalangan Murid telah dipilih untuk dilaksanakan di SMKB2 bagi meningkatkan
prestasi akademik murid dan seterusnya mengembangkan lagi potensi diri dan kemenjadian murid
dalam pelbagai bidang. Program ini dirancang untuk meningkatkan kebolehan murid-murid bukan
23
Melayu iaitu murid Cina dan India dalam menguasai Bahasa Melayu. Kelemahan penguasaan Bahasa
Melayu ini menyebabkan pencapaian keputusan peperiksaan awam SMKB2 seperti Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) sering turun dan naik saban tahun kerana Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar
utama di sekolah menengah kebangsaan. Manakala Program Peningkatan Kehadiran di Kalangan Murid
dilaksanakan untuk meningkatkan lagi peratus kehadiran murid ke sekolah setiap hari untuk mencapai
KPI JPNNS iaitu 95%. Ini disebabkan pada tahun 2018, peratus keseluruhan kehadiran murid SMKB2
adalah 88%. Perancangan program telah dirangka dan dibincangkan pada penghujung tahun 2018
dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh 3 tahun (2019 hingga 2021). Diharapkan perancangan ini
berjaya mencapai targetnya menjelang tahun 2021.
TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 3B | TEMA : HAL EHWAL MURID DAN KO-KURIKULUM
SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU (SPOT V01)
Yusaini Bin Salleh
Pengetua SMK Bagan Terap
Suriani Binti Sulaiman
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
Rohani Binti Marjuki
Pegawai SIP+ PPD Sabak Bernam
[email protected]
Hasil analisis data kehadiran murid mendapati kehadiran murid ke sekolah masih belum mencapai
tahap yang memuaskan. Projek SPOTV1.0 dilaksanakan bagi memastikan pelonjakan kehadiran murid
di samping membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan muri. Selain dari itu perisian SPOT telah di
gunakan agar laporan kehadiran, statistik kehadiran dan carta kehadiran dapat dijana secara cepat
dan mudah.. Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada 200 orang murid tingkatan satu
hingga tingkatan 5 yang telah mencatatkan ketidakhadiran melebihi 15 hari bermula dari Januari
hingga Oktober. Daripada kajian yang dijalankan, didapati Projek SPOTV1.0 dapat membantu
meningkatkan peratus kehadiran murid dari 79.4 %(TOV 2018) kepada 84.66% (purata sehingga Ogos)
iaitu peningkatan sebanyak 5.26%. Kajian ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat
bagi merangka jalan penyelesaian kepada permasalahan ini.
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
Anuar Bin Ibrahim
Pengetua Smk Westland, Georgetown
Noor Hashimah Binti Hashim, PhD.
Pensyarah Cemerlang Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
[email protected]
Izemar Bin Jamaludin
Pegawai SIP+ PPD Timur Laut
[email protected]
Projek ini dijalankan di SMK Westlands, untuk menangani isu kehadiran murid rendah. 90 peratus
murid berlatar belakang keluarga B40 (miskin bandar). Situasi ponteng sangat kritikal di mana purata
kehadiran 80.92% tahun 2018 dan telah merencatkan prestasi akademik. Objektif projek untuk
meningkatkan kehadiran murid serta membina sahsiah. Intervensi Projek SInAR diaplikasikan dengan
beberapa pendekatan nilai untuk pelanggan dan idea token (Quick Win`, Kuiz) dan disokong dengan
inisiatif Clearance Stock, Dashboard Kehadiran Murid dan ikon bulanan`D`SeGaK`, SUMur Data
dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian berfokus, analisis kehadiran bulanan dan
SSDM, dokumen dan soal selidik bagi menyokong projek ini. Dapatan menunjukkan peningkatan jumlah
kehadiran ke sekolah bagi enam bulan pada tahun 2019 berbanding dengan tahun 2018, sembilan (9)
24
kelas atau 52,94% kehadiran melebihi KPI 85%, kehadiran klien berfokus turut bertambah baik dan
meningkat, dan peratus purata tahun 2019 meningkat sebanyak 1.05% (81.97%). Sahsiah meningkat
39.04% dengan penampilan diri Untuk penambahbaikan, proses PdPc bermakna dalam bilik darjah
perlu ditingkatkan agar lebih menarik dengan merujuk SKPMg2 Standard 4 supaya kehadiran murid ke
sekolah menyeronokan.
CAKNA KEHADIRAN
En. Mail bin Suanda
Pengetua SMK Chinta Mata
Jamelaa Bibi bt Abdullah, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Bahaman bin Ismail
Pegawai SIP+ PPD Tenom
Ponteng merupakan perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang
pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada
tempoh hari persekolahan. Ponteng juga merujuk kepada istilah yang digunakan bagi merujuk kepada
apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Terdapat
2 kategori ketidak hadiran, iaitu luar kawalan dan dalam kawalan. Isu luar kawalan adalah seperti
ponteng dengan kebenaran seperti sakit atau dilanda musibah seperti ahli keluarga sakit tenat atau
meninggal, termasuk juga bencana alam. Yang penting ada surat makluman kepada pentadbir sekolah.
Kedua, dalam kawalan iaitu ponteng tanpa sebab iaitu pelajar sengaja ponteng tanpa sebarang
pemakluman. Merujuk kepada SMK Chinta Mata, masalah ponteng lebih kepada kategori kedua iaitu
ponteng tanpa sebab dan makluman. Program CAKNA KEHADIRAN dijalankan menggunakan kaedah
PDCA iaitu perancangan, Perlaksanaan, Semakan dan Tindakan Susulan berasaskan kesesuaian
program dana aktiviti yang dilaksanakan. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan peratus
kehadiran dan penurunan kadar ponteng di SMK Chinta Mata. Justeru, laporan ini menunjukkan usaha-
usaha yang dibuat oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ketidakhadiran pelajar 2019 -2021.
Meskipun belum menampakkan impak yang besar, tetapi masih boleh diperkasakan lagi.
PAJSK PENGGERAK KEJAYAAN SEKOLAH
Haji Abdul Rahman Bin Safar
Pengetua SMK Taman Indah,
Raja Ibrahim Bin Raja Midin
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
YM Raja Azahar Bin Raja Sulaiman
Pegawai SIP+ PPD Tampin
[email protected]
Menerokai peluang kemenjadian murid berasaskan minat dan kecenderungan memberikan ruang
yang luas bagi menjana peluang kejayaan. Kejayaan sekolah lazimnya diukur melalui pencapaian yang
diperolehi dalam segenap aspek pengurusan. Seringkali pencapaian Akademik merupakan tunjang
kepada perdebatan dan merupakan kayu ukur yang bersifat jumud. Dewasa ini kepelbagaian murid
mencerminkan kebolehan yang berbeza. Pengurus sekolah perlu membangunkan kebolehan yang ada
dan merebut peluang yang tersedia. Pembangunan murid secara holistik perlu direalisasikan dengan
melengkapkan kemenjadian murid dari segi IQ dan EQ. Hebat dalam akademik sahaja tidak menjamin
kemenjadian yang sempurna dan lengkap, ia perlu disokong dengan pembinaan jati diri, kekuatan dari
mental dan fizikal, kebolehan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi merupakan tunjang
kepada kejayaan dalam mengharungi cabaran dunia yang semakin mencabar. Ruang dan peluang yang
ada perlu di kenal pasti dan dibangunkan agar lepasan sekolah menjadi nadi pembangunan negara
pada masa hadapan. Pemikiran dan tanggapan yang bersifat positif perlu dibangunkan dan disemai
dalam kalangan murid, ibu bapa dan semua pemegang taruh bahawa setiap murid ada potensi yang
boleh dikembangkan selaras dengan keinginan dan minat murid.
25
TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 4A | TEMA : KO-KURIKULUM DAN KUALITI GURU
Kapoje Mapan
En Mazlan bin Ali
Pengetua SMK Jeneri, Sik, Kedah,
Hajah Siti Arija binti Abd Rahman
[email protected]
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Haji Asmadi bin Abdul Rahim@Yusoff,
Pegawai SIP+ PPD Sik
Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah, amat kompleks dan mencabar.
Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan
kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan yang mantap membolehkan pengetua
menggabungjalinkan segala bidang-bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal Murid
(HEM) dan sebagainya bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan kemenjadian murid. Pengetua dapat
menghayati dan menguasai standard kompetensi kepimpinan apabila mereka mempunyai pengetahuan,
memiliki nilai professional dan melakukan amalan terbaik. Walau bagaimanapun, beberapa ciri lain
juga penting dalam proses meningkatkan kepimpinan pengurus sekolah. Program ini menempatkan
Pengetua Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner Plus dari Pejabat
Pendidikan Daerah Sik dan Pensyarah dari Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi
sekolah. Program ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri, Sik, Kedah. Program ini
dijalankan untuk menentukan Perubahan Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah
yang mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota dalam aktiviti PAJSK. Kajian ini
membincangkan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan aktiviti pelajar dalam kokurikulum untuk
mendapatkan GPS yang lebih tinggi dan mendapat kerjasama penuh daripada agensi-agensi luar. Data
Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Pengurusan Kokurikulum adalah berdasarkan dari GPS dalam Kelab/
Persatuan, GPS dalam Sukan/ Permainan dan GPS dalam Badan Beruniform.
INFO DI HUJUNG JARIKU
Mohd Yusof bin Said
Pengetua SMK Seri Bemban
Ekerim a/p Din Chen, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
Johari bin Bakar,
Pegawai SIP+ PPD Jasin
[email protected]
Projek Inovasi QR Code ini bertujuan untuk membangunkan kualiti guru yang telah dikenalpasti sebagai
isu utama menyebabkan prestasi rendah dalam keputusan SPM di SMK Seri Bemban. Isu kualiti guru
ini telah diteliti secara lebih mendalam dan didapati punca utama yang perlu diambil tindakan segera
adalah masalah guru tidak masuk kelas dan guru lewat masuk kelas. Bagi menyelesaikan masalah ini
Pengetua telah membangunkan inovasi aplikasi QR Code bagi memantau keberadaan guru agar tiada
waktu lara dan PdPc dijalankan dengan lebih bermakna dan arahan Memenuhi Masa Instruktional
(MMI) dapat dipenuhi. Inovasi aplikasi QR Code ini dapat membantu pentadbir dalam memantau
keberadaan guru di kelas melalui Google Drive dengan menggunakan smart phone walau di mana
pentadbir berada. Keadaan ini mewujudkan suasana keberadaan pentadbir (visibility) sentiasa dirasai
oleh guru. Selain dari itu, inovasi aplikasi QR Code yang dibangunkan ini turut menyelesaikan beberapa
masalah lain berkaitan pengurusan pentadbiran, akademik dan mengurangkan beban tugas guru.
Hasil projek ini menunjukkan lonjakan yang ketara dalam pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun
dan Peperiksaan Percubaan SPM berbanding tahun sebelumnya. Keputusan GPS SPM 2019 juga
melebihi KPI yang telah ditetapkan, iaitu peningkatan 0.48 daripada 6.44 (2018) kepada 5.96 (2019).
Pencapaian Inovasi applikasi QR Code keberadaan guru ini juga telah meraih tempat pertama dalam
pertandingan Inovasi Pengurusan dan Kepimpinan Daerah Jasin tahun 2019 dan seterusnya telah
26
digunapakai bagi seluruh Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Jasin bermula tahun 2020. Kata
kunci: pengurusan akademik, mengurus perubahan, inovasi, qrcode, memenuhi masa instruksional,
visibility
Program HIMS (High Impact Management Skills)
Dalmansa Bin Tahil, Ph.D
Mantan Pengetua SMK Paris, Kinabatangan, Sabah
Tn. Hj. Hamzah Bin Abd. Wahid
Pengetua SMK Paris, Kinabatangan, Sabah
[email protected]
Mohd Zaidi Bin Basir
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Abdul Malek Bin Abdul Rahim
Pegawai SIP+PPD Kinabatangan
[email protected]
Rahsia kecemerlangan sesebuah sekolah terletak kepada kepimpinan yang efektif dan pengajaran
guru yang berkualiti. Kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan prestasi murid-murid dalam bidang
akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah dan kepimpinan. Sekolah tidak akan berjaya jika tiada
perancangan yang teliti dan hala tuju yang jelas serta dihayati oleh seluruh warga sekolah. Bagi
menjayakan gagasan ini, pengetua bersama-sama warga SMK Paris telah memperkenalkan program
High Impact Teaching Skills (HITS) dan High Impact Management Skills (HIMS). HITS bermaksud
kompetensi guru-guru dalam aspek pedagogi dan pengurusan diperkasakan bagi memberi impak
positif terhadap kecemerlangan murid secara dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan
kepimpinan. HIMS pula ialah program mempertingkatkan kompetensi penolong-penolong kanan
dan pemimpin pertengahan sekolah dari aspek kepimpinan dan pengurusan bagi membangunkan
organisasi (organisational development) dan membangunkan individu (individual development) yang
impaknya akan dirasai oleh murid-murid SMK Paris.
PEMUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Puan Siti Rubiah Binti Mohd Arshad
Pengetua SMK Jerlun
Abd Wahab bin Muda, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Mukhtar Mansor
Pegawai SIP+ PPD Kubang Pasu
Pendidikan Abad 21 terus menjadi agenda KPM, justeru saya memberi fokus kepada Pembudayaan
Pendidikan Abad 21 di SMK Jerlun dengan mengambil kira Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang
menekankan 3 sub naratif. Sub Naratif 1 (Perubahan pedagogi) menekankan aspek PdPc berpusatkan
guru kepada berpusatkan murid, Sub Naratif 2 (Pembangunan kapasiti guru) dan Sub Naratif 3
(Pengurusan pendidikan). SKPMg2 sebagai instrumen yang dijadikan rujukan dalam pengoperasian dan
pemantauan pelaksanaan. Justeru, dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran abad 21 berlaku di
sekolah perkara utama adalah memastikan persediaan guru-guru dari segi pengetahuan, kemahiran,
fizikal dan mental perlu dibangunkan seiring dengan matlamat yang hendak dicapai. Saya memilih
projek pembugaran PLC dalam meningkatkan kualiti guru sebagaimana yang terkandung dalam sub
naratif ke-2, Naratif Baharu dalam usaha memacu kualiti sekolah.
27
TARIKH:30/9/2020 | HARI: RABU | SIDANG 4B | TEMA : AKADEMIK
ProPPLus IMPAKS
Azuri bin Hj Hamzah
Pengetua SMK Sungai Asap
Norita Ismail
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Ting Len Siong, Ph.D
Pegawai SIP+ PPD Gua Musang
ProPPLus IMPAKS adalah projek Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) anjuran
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Aminddin Baki
(IAB). Projek Pengetua SMK Sungai Asap, daerah Gua Musang, Kelantan ini bertujuan meningkatkan
peratusan murid Layak Dapat Sijil (LADASI) dan menambah baik Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2019.
Kumpulan sasaran projek ialah 60 orang murid Tingkatan 4 2018 yang gagal dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Sejarah. Untuk mengenal pasti isu penambahbaikan, alat yang digunakan ialah
Analisis SWOT, Analisis Jurang, Rajah Ishikawa dan Diamond Nine. Pelaksanaan projek bermula
Januari - Oktober 2019 bermula dengan Program Motivasi Genggam Menuju Jaya oleh Kaunselor,
Min-G Bahasa Melayu, LADASI BM Sejarah, Genggam A BM Sejarah dan Bengkel Near Miss oleh
Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah. Impak projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap ditunjukkan
dengan peningkatan LADASI daripada TOV sebanyak 84.62% pada 2018 kepada 92% pada 2019 dan
penambahbaikan GPS dalam pencapaian SPM 2019.
Minda Nuklear & 1Week1Group1Essay
Johnny Apin
Pengetua, SMK Ulu Sugut (Malinsau) Ranau, Sabah
Mariani Binti Rahim
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Saridih Bin Ahmad
Pegawai SIP+PPD Ranau
Antara mata pelajaran yang menunjukkan kemerosotan atau tiada peningkatan, adalah mata pelajaran
Matematik dan Bahasa Inggeris. Dalam 3 tahun pencapaian lepas didapati GPS PT3, bagi ujian bertulis
Bahasa Inggeris ialah 4.68 (tahun 2016), 5.81(2017) dan 4.93(2018). Manakala peperiksaan SPM, GPS
Bahasa Inggeris ialah 7.99(tahun 2016), 8.13(2017) dan 8.02 (2018). Manakala bagi mata pelajaran
Matematik PT3, GPS adalah 4.46(tahun 2016), 5.35(2017) dan 3.92(2018). Bagi matapelajaran
peperiksaan SPM, GPS ialah 7.18 (tahun 2016), 7.50 (2017) dan 7.22 (2018). Satu analisis telah dibuat
terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Jawatankuasa kurikulum dan panitia mata
pelajaran berkenaan telah mengenalpasti kelemahan, kekuatan, serta penambahbaikan. Beberapa
program peningkatan prestasi telah dikenalpasti bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Bagi mata pelajaran
Matematik, Program Minda Nuklear dan Klinik Matematik telah diperkenalkan. Manakala bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris pula, aktiviti 1Group1Week1Essay telah dibuat. Hasil daripada aktiviti ini
terdapat perubahan yang signifikan dari segi peningkatan peratus lulus dan GPS pelajar-pelajar selepas
beberapa siri aktiviti dibuat.
SINERGI KECEMERLANGAN AKADEMIK
Siti Rahimah Bt Tormodi
Pengetua, SMK Sultan Abdul Samad
Suriani Binti Sulaiman
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
[email protected]
Mohd Shahrul Iza Bin Ismail
28
Pegawai SIP+PPD Klang
[email protected]
Sinergi Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Sejarah telah dijadikan sebagai satu pendekatan yang
digunakan oleh SMK Sultan Abdul Samad untuk menghadapi isu-isu yang menghalang pencapaian
prestasi akademik murid di sekolah berkenaan . Hal ini, berpunca daripada masalah penguasaan
bahasa sehingga murid tidak mahir mengarang karangan Bahasa Melayu yang matang dan tidak
juga kompetan untuk menjawab aplikasi KBAT di dalam kertas Sejarah 2 dan 3. Hasil kajian telah
dapat disimpulkan bahawa terdapat petunjuk prestasi yang signifikan melalui pelaksanaan program
Cakna Akhbar , Sehari Selembar Benang dan Aplikasi Kemahiran KBAT bagi mata pelajaran Sejarah
terhadap peningkatan prestasi murid SMK Sultan Abdul Samad Klang di dalam Peperiksaan Percubaan
secara perbandingan dengan peperiksaan Pertengahan tahun. Amat diharapkan program ini akan
meningkatkan peratus lulus SPM 2019 dan menjadikan GPS sekolah semakin berkualiti.
MASIH ADA YANG SAYANG
Abd Naser bin Othman
Pengetua, SMK Prai
[email protected]
Hamzah bin Said, IAB
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
[email protected]
Rosli Md Radzi, SIP+
Pegawai SIP+PPD Seberang Perai
[email protected]
Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar menjadi fokus dalam projek pada kali ini. Perkara
ini memberi kesan yang besar kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Projek pada kali akan menumpukan penguasaan Bahasa Melayu kepada pelajar peralihan. Pelajar ini
dipilih kerana memperolehi gred E dalam Pentaksiran Sekolah Rendah dalam subjek Bahasa Melayu.
Dalam dianogstik awal yang dilaksanakan didapati seramai 92.31 peratus pelajar gagal dalam ujian
membaca dan bertutur. Program ini menekankan aspek membaca, menulis dan bertutur dalam
Bahasa Melayu dan berjalan selama tiga bulan iaitu Jun, Ogos, September 2019. Program ini juga cuba
melihat kesan terhadap kehadiran pelajar kelas peralihan ke sekolah. Hasil dari program ini mendapati
seramai 8 orang murid telah berjaya membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu berbanding TOV
seramai seorang dan sasaran 13 orang. Peratus kehadiran murid juga meningkat kepada 81.40%
berbanding TOV yang dicadangkan pada 79.40%.
TARIKH:1/10/2020 | HARI: KHAMIS | SIDANG 5A | TEMA : AKADEMIK
90Plus
Shahrizan bin Abdullah
Pengetua SMK Telaga
Mariani binti Rahim
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Yong Ka Moi @ Yong Nyuk Moi
Pegawai SIP+PPD Pitas
[email protected]
90plus merupakan satu projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar SMK
Telaga agar sejajar dengan hasrat Pejabat Pendidikan daerah Pitas dan Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah. Projek ini adalah antara salah satu usaha sekolah untuk mengangkat prestasi akademik melalui
peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah. Analisis data kehadiran tahun 2016, 2017 dan 2018
29
menunjukkan peratus kehadiran tertinggi sepanjang tiga (3) tahun tidak mencapai target daerah, apatah
lagi target negeri dan jauh sekali target kebangsaan. SMK Telaga tidak mencapai 90 peratus kehadiran
murid setiap bulan atau saban tahun. Projek 90plus dikonotasi dengan hasrat agar kehadiran pelajar
SMK Telaga sentiasa pada paras 90 peratus ke atas setiap bulan. Projek 90plus dilaksanakan mulai
bulan Januari melalui enam (6) aktiviti utama iaitu Audit Kehadiran, Guru Penyayang, Ziarah Cakna
Pelajar, Ganjaran Pelajar, Keceriaan Kelas dan Sekolah dan Dialog Prestasi. Analisis data kehadiran
menunjukkan berlaku peningkatan peratus kehadiran pelajar bermula bulan Julai hingga November.
Jika sebelum ini, peratus kehadiran adalah di bawah 80 peratus, bermula Julai peratus kehadiran
sentiasa berada pada tahap 90 peratus ke atas.
AnAz Hebat
Nur’asikin binti Othman
Pengetua SMK Tunku Abd. Aziz, Alor Setar, Kedah.
Hajah Siti Arija binti Abd. Rahman, IAB
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
Mohd A’sri bin Abdul Ghani
Pegawai SDIP+ PPD Kota Setar
Isu yang dilihat di SMK Tunku Abd. Aziz ialah kurang rasa bangga terhadap diri sendiri dan sekolah. Sebab
itu lah isu yang dipilih untuk diselesaikan ialah Peningkatan “self esteem” Dalam Kalangan Murid Untuk
Membentuk Kemenjadian Murid. Murid mempunyai potensi untuk menyerlah dalam bidang kurikulum
dan juga kokurikulum. Keputusan yang dicatatkan dalam SPM menunjukkan potensi meningkat GP
dari tahun ke setahun. GP SPM tahun 2016 ialah 5.93 dan melonjak sebanyak 0.16 kepada 5.77. Tren
prestasi ini terus meningkat pada keputusan SPM 2018 dengan GP 5.45. ETR sebenarnya untuk tahun
2018 adalah 5.5 sejajar dengan misi kurikulum tahun 2018 ialah #misi5.5. Lonjakan prestasi sebanyak
0.32 adalah kerana usaha pengurusan terus menerus meningkat “seft esteem” murid untuk mencipta
kejayaan.
“Kita Gomo”
Mohd Anuar bin Ibrahim
Pengetua, SMK Sungai Petai
[email protected]
Hamzah bin Said
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara
[email protected]
Haizan binti Zakaria
Pegawai SIP+PPD Pasir Puteh
[email protected]
Isu utama SMK Sungai Petai ialah pencapaian yang rendah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan antara punca dikenal pasti ialah kehadiran murid ke sekolah. Pihak sekolah telah merancang
beberapa program bagi mengatasi isu tersebut yang melibatkan Bidang Kurikulum dan Hal Ehwal Murid
(HEM). Matlamat utama ialah meningkatkan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM
2019 serta bilangan murid memperoleh 3A ke atas. Antara Program Kurikulum yang melibatkan murid
ialah Gold Modules dan Gemilang Sabtu, untuk guru ialah PAK21, PLC dan Guru Mahir, manakala
komuniti ialah Anakku Sayang dan Kecek Kiro. Program HEM pula ialah Anugerah Umi, Ziarah Kasih,
Dialog Kasih, Program ICU dan CCU, Guru Bertugas di Medan Perhimpunan, WhatsApp i-Hadir dan
Memperkasa SSDM. Program dilaksanakan sehingga November 2019. Impak program ialah peratus
kehadiran murid meningkat sebanyak 1.81% iaitu dari 89.19% pada tahun 2018 kepada 91.00% pada
tahun 2019. Bilangan murid memperoleh 3A dan ke atas juga meningkat dari tujuh orang tahun 2018
kepada sembilan orang tahun 2019. Walau bagaimanapun, pencapaian dalam peratus lulus menurun
agak ketara iaitu 82.69% tahun 2018 kepada 67.06% tahun 2019. Pencapaian Bahasa Melayu dalam
SPM 2019 menunjukkan penurunan sebanyak 2.97% manakala Sejarah 15.19% berbanding tahun
2018.
30
PROGRAM SENTUHAN KASIH
(KEBERADAAN MURID TINGKATAN 5)
Idris Bin Ngah Mat Ariffin
Pengetua SMK Seri Teja
Dr Balasandran A/L Ramaiah
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
Saiful Azman
Pegawai SIP+, PPD Kinta Selatan
Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng Sekolah”
telah mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang
tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah laku ponteng di sekolah. Kementerian
Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah mesti melebihi 95%. Justeru laporan
Program Keberadaan ini memfokuskan beberapa intervensi ponteng sekolah dengan tujuan untuk
membudayakan disiplin kehadiran murid ke sekolah, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik
murid-murid, Unit Hal Ehwal Murid memfokuskan kawalan kehadiran harian murid melalui Sistem
warna, (Biru : Program Kami Hebat, Hijau : Program Menjana Minda, Kuning : Program Sekolah Dalam
Taman, Merah : Program PIMA), anugerah bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling, majlis
dialog prestasi dan aku janji kehadiran. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar untuk
mencapai sasaran kehadiran purata tahunan sekolah iaitu 90.% bagi tahun 2019.
TARIKH:1/10/2020 | HARI: KHAMIS | SIDANG 5B | TEMA : HUBUNGAN LUAR DAN PERSEKITARAN
FIZIKAL
PIBK SEBAGAI RAKAN SINEGI SEKOLAH
Jaiman bin Lumak
Pengetua, SMK Entilibon, Telupid-Tongod
Mohd Zaidi bin Basir
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Kaipin@Haipin bin Sahimin
Pegawai SIP+PPD Tongod-Telupid
Kerjasama komuniti amat penting dalam menjayakan visi dan misi sekolah. SMK Entilibon telah
mengukuhkan hubungan dan kerjasama pintar dengan komuniti serta agensi kerajaan yang berada
di sekitar daerah Telupid-Tongod. Impak kerjasama ini amat besar terutama kepada murid-murid
sekolah ini terutama dari aspek pembelajaran dan pembangunan diri. Inisitiatif pengetua dan barisan
kepimpinan sekolah dalam membina hubungan dan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan
memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kedua-dua pihak. Langkah awal yang
diambil oleh pihak sekolah ialah mengadakan dialog dengan agensi-agensi berkenaan dan hasil
perjumpaan yang pertama ini, banyak lagi kerjasama akan dilaksanakan.
SMoCS COMEY
Hajah Rusmawati binti Mahmood
Pengetua SMK Chalok Model Khas Setiu, Terengganu
Hajah Akma binti Abd Hamid, Ph.D
Pensyarah Pembimbing Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
[email protected]
Wan Yaacob bin Wan Ibrahim
Pegawai SIP+ PPD Setiu
Bersandarkan kepada dapatan program Pembudidayaan PGB daerah Setiu 2018, didapati bahawa
peratus skor keseluruhan yang diberikan oleh PGB yang terlibat sangat tidak memberangsangkan, hanya
31
mencapai 74.62% sahaja. Situasi ini menimbulkan kebimbangan kerana hasil pemantauan tersebut
telah memberi gambaran bahawa sebahagian besar instrumen yang menjadi fokus utama sekolah
belum menepati kriteria yang diperlukan bagi memastikan persekitaran fizikal kondusif dan menjadi
daya tarikan kepada semua warga sekolah. Projek SMoCS COMEY dilaksanakan untuk menyediakan
persekitaran fizikal yang kondusif sebagai asas bagi melonjakkan prestasi dan pencapaian sekolah.
Projek SMoCS COMEY memberi fokus kepada 4 tumpuan utama iaitu SMoCS MAHABBAH, SMoCS BBK,
SMoCS WELCOME dan SMoCS Di Hatiku. Kaedah kajian yang digunakan ialah melalui pemerhatian,
temu bual dan analisis dokumen. Projek SMoCS COMEY menyaksikan keterlibatan semua 700 orang
murid, 84 orang guru dan 18 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) serta turut melibatkan
kerjasama daripada PIBG dan PIBK. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran sekolah semakin ceria
dan kondusif. Peratus kehadiran murid ke sekolah telah menunjukkan peningkatan daripada 86.54%
pada tahun 2018 kepada 88.12%(2019). Gred Purata Sekolah (GPS) di dalam peperiksaan SPM juga
telah meningkat daripada 6.29 pada tahun 2018 kepada kepada 6.06(2019). Secara keseluruhannya
kajian ini telah membuktikan bahawa projek SMoCS COMEY telah berjaya menghasilkan persekitaran
fizikal yang kondusif dan seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah.
MUN SIK KITA, SAPA AGIK?
(KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI?)
Mohammad Bin Brahim
Pengetua SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak
Dr Hamidon Bin Abd Rahman
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
Hj Shbini Bin Saini
Pegawai SIP+, PPD Samarahan
Inisiatif Mun Sik Kita, Sapa Agik? merupakan program memperkasa sumber manusia yang meliputi guru,
AKP, murid, PIBG dan Pemegang Taruh yang berkenaan di SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak.
Sumber manusia merupakan entiti yang sangat penting dalam menentukan jatuh dan bangunnya serta
transformasi sesebuah organisasi itu. Hal ini amat signifikan seperti yang terungkap dalam peribahasa
Melayu : pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Inisiatif yang bersandarkan laungan keramat
“Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang” dan “#smksjbangkitbersama” telah disepakati oleh warga sekolah
dan kebanyakan pengisiannya telah dicetuskan oleh guru-guru dan AKP menenrusi program Hari Kualiti.
Pelaksanaan inisiatif ini menggunakan pendekatan POLC / PDCA dan SPeCT. Selain itu, dokumentasi
lain seperti Log Harian, Borang PK-01, dan sebagainya dijadikan sebagai kaedah mengawal, menilai,
dan membuat tindak susul. Insisatif ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap prestasi SMK
Sadong Jaya. Oleh hal yang demikian, inisiatif ini perlu diteruskan tetapi mungkin perlu juga ditambah
baik untuk memastikan keberkesanannya.
ENHANCING ENGLISH THROUGH HIP
Nedumaran a/l Lingappan
Pengetua SMK Serian, Sarawak
[email protected]
Dr. Hamidon bin Abd Rahman
Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highland
[email protected]
RAFI TAIZEL
Pegawai SIP+ PPD Serian
Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah pada tahap yang lemah. Oleh yang demikian,
Enhancing English Through HIP dilaksanakan bertujuan untuk membaiki serta mempertingkatkan
penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, iaitu dari tingkatan 1 sehingga 5. Fokus utama
ialah kepada pelajar yang menduduki SPM. Salah satu alat pengukur prestasi sekolah ialah melalui
32
pencapaian keputusan SPM. Pihak berkepentingan akan melihat keputusan keseluruhan SPM serta
prestasi setiap subjek. Antara subjek yang setiap tahun menjadi fokus ialah Bahasa Inggeris. Ini kerana
pencapaian dalam SPM amat tidak memuaskan. Enhancing English Through HIP dilaksanakan pada
awal Januari sehingga Disember. Ia menjadi salah satu hasrat sekolah untuk semua calon SPM agar
mereka mendapat kelulusan minimum dalam SPM, khasnya dan dapat menggunakan Bahasa Inggeris
apabila tamat persekolahan amnya. Pelbagai projek dirancang dan dilaksanakan demi mencapai
matlamat yang dihajati. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan melibatkan pelbagai pihak demi
memastikan program ini mencapai objektif yang dihajati.
33
JADUAL KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG
INSTITUSI PENDIDIKAN
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands
29 September Hingga 1 Oktober 2020
8.30 pagi - 10.30 pagi - 11.00 pagi - 1.00 ptg - 2.30 ptg -
10.30 pagi 11.00 pagi 1.00 tgh 2.30 ptg 4.30 ptg
28.9.2020 Raptai Majlis Raptai Majlis Taklimat
(Isnin) Perasmian dan Perasmian dan kepada
moderator,
Penutup Penutup pembentang
dan ujilari
Ucaptama,
Ucapan
Perasmian
29.9.2020 SIDANG 1A R SIDANG 2A R dan
(Selasa) SIDANG 1B E SIDANG 2B E Pelancaran
H H Prosiding
A A Kolokium PCIP
TT
30.9.2020 SIDANG 3A SIDANG 4A FORUM
(Rabu) SIDANG 3B SIDANG 4B
1.10.2020 SIDANG 5A Perasmian TAMAT
(Khamis) SIDANG 5B Penutup
34
JAWATANKUASA INDUK
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN
2020
Penaung Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Pengerusi YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus
Pengarah
Timbalan Pengerusi YBrs. Dr. Abd Razak Bin Manaf
Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional)
YBhg. Datuk Dr. Hj. Mohd Kassim Bin Hj. Mohd Ibrahim
Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Latihan)
En. Mohd Bustaman Bin Abdul Aziz
Pendaftar
En. Zainuren bin Mohd Nor
Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands
Setiausaha En. Abdul Mu’ti bin Ahmad
Ketua Pusat
Pusat Pembangunan Kepimpinan Pendidikan
Bendahari Puan Zalina binti Zainal
Ketua Seksyen Kewangan dan Akaun
Urus Setia Puan Hamsiah binti Mohd Dahalan
Ketua Alur Kerja
Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme PPP
YBhg. Datin Nik Marini binti Nik Abdull Malik
Ketua Jabatan
Jabatan Asas Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
YBrs. Dr Abdul Wahab bin Muda
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan
Pendidikan JPPKP (IABCGH)
YM Raja Ibrahim bin Raja Midin
Pensyarah Kanan
Jabatan Asas Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan
35
Ahli-Ahli YBrs. Dr. Marzita binti Abu Bakar
Ketua Pusat
Pusat Pengurusan Dasar Dan Inovasi
YBrs. Dr. Norlaila binti Kuslan
Ketua Pusat
Pusat Penyelidikan dan Penilaian
Tn. Hj. Hassan bin Mohd Deli
Ketua Pusat
Pusat Konsultasi & Pembangunan Organisasi Pendidikan
Tn. Hj. Paridon bin Hj. Sahid
Ketua Pusat
Pusat Pembangunan Pengurusan Teknologi
YBrs. Dr. Rohana binti Abdul Rahim
Ketua Pusat
Pusat Pentaksiran Dan Pembangunan Bakat
YBrs. Dr. Sham bin Ibrahim
Ketua Pusat
Pusat Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan
Tn. Hj. Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab Rahman
Ketua Pusat
Pusat Pembangunan Komuniti
YBrs. Dr. Ekerim A/P Din Chen
Ketua Pusat
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
YBrs. Dr. Hj. Joohari bin Ariffin
Pengarah
IAB Cawangan Utara
Tn. Hj. Edmund Shah
Menjalankan tugas Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Hjh. Bernadette John
Menjalankan tugas Pengarah IAB Cawangan Sabah
36
JAWATANKUASA PELAKSANA
KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN
2020
1. Jemputan Peserta/Pembentang Kertas Projek
YBhg. Datin Nik Marini binti Nik Abdull Malik (K)
Pn. Nor’ Amimah binti Omar
YBrs. Dr. Redzuan bin Jantan
Urus Setia: YM Raja Ibrahim bin Raja Midin
2. Sambutan VVIP, VIP, Ucaptama, Panel Forum, Pembentang Dan Peserta
En. Mohd. Ruslan Bin Hassan (K)
En. Ahmad Azuan bin Zainuddin
YBrs. Dr Ahmad Kamal bin Ariffin
YBrs. Dr. Ang Jit Eng
YBrs. Dr Ramli bin Yaacob (IABCGH) (PK)
En. Nik Mat bin Berahim
En. Husney bin Hamzah
Pn. Noraizan binti Md Nor
Pn. Rashinawati binti Rashid
Pn. Che Maznah binti Mohamad
Pn. Sheriza Nur binti Kamarudin
Pn. Sapinah binti Zakaria (IABCGH)
En. Ahmad Rusli bin Abd Gani
Pn. Azlin binti Zainal Abidin
Urus Setia: En. Kanagarajan a/l Pandiyan
3. Protokol (Floor Manager, Juru Acara, Moderator Dan Pembaca Doa)
En. Zulfikar Husni Shamsul Khalil (K)
Pn. Hasmiah binti Mohd Ramli
YBrs. Dr. Nor Azman bin Mohamed
Pn. Fadzilah binti Abdullah
Tn. Hj. Zulhazmi bin Zakaria
En. Alias bin Mohaned Naim
En. Mohd Solehan bin Ahmad Shah
Pn. Netty Yushani binti Mohd Yusof
En. Mohd Nashaharudin bin Mat Daud
En. Azwan bin Wamin
En. Mat Zizi bin Ismail (IABCGH) (PK)
Urus Setia: YBrs. Dr. Redzuan bin Jantan
37
4. Teks Ucapan Dan Kata Alu-Aluan
En. Hairolhamzi bin Bahroddin (K)
Pn. Dayang Rahanah binti Awang Mashor (IABCSWK)
Pn. Dayang Jamillah binti Abang Walip (IABCSWK)
Pn. Ismmawati binti Semail (IABCSWK)
Pn. Nur Agnes Linda Andrew Bowgel (IABCSWK)
Pn. Anita binti Othman (IABCSWK)
YBrs. Dr. Hamidon bin A. Rahman (IABCGH) (PK)
Urus Setia: Pn. Norfadzlianawaty binti Mohd Fathel
5. Kertas Projek Dan Prosiding Kolokium
Pn. Aziah binti Samichan (K)
YBrs. Dr. Wahab bin Muda (IABCGH)
Pn. Hjh. Nor Hasimah binti Hashim (IABCGH)
YBrs. Dr. Nakoo bin Mustan (IABCGH)
Pn. Meriam binti Allias (IABCGH)
Pn. Nik Karimah binti Nik Hassan (IABCGH)
Cik Nor Hayati binti Aziz @ Esa (IABCGH)
YBrs. Dr. Jamelaa Bibi binti Abdullah (IABCGH)
Pn. Ahzan Salvina Wati binti Ahmad(IABCGH)
Urus Setia: Pn. Noor Azilah binti Jamuri
6. Pelaporan Kolokium
En. Azman bin Abdan (K)
Pn. Norleha binti Ibrahim (IABCU)
Pn. Suzana binti Abd Latif (IABCU)
En. Abdul Azim bin Othman (IABCU)
Pn. Suriati binti Suhaimi (IABCU)
Pn. Zainab binti Ali (IABCU)
YBrs. Dr. Teoh Hong Kean (IABCU)
Pn. Shuhaida binti Shaari (IABCU)
Cik Ayu Suhana binti Wan Jan (IABCU)
Pn. Mardiana binti Muhamad (IABCU)
YBrs. Dr. Maimunah binti Husien (IABCU)
En. Mohd Amir Shaukhi bin Hj. Ahmad (IABCU)
YBrs. Dr. Gu Saw Lan (IABCU)
YBrs. Dr. Ilyana binti Mohd Yusof (IABCGH) (PK)
Urus Setia: Pn. Maznah binti Abdullah
38
7. Penilaian Kolokium
YBrs. Dr. Nor Foniza binti Maidin (K)
YBrs. Dr. Tarzimah Tambychik
Pn. Noor Azimah binti Abdul Aziz
Pn. Alida binti Ali
En. Tamri bin Abdul Halim
En. Khairul Azwan bin Abdul Aziz
En. Zaharul Arifin bin Md Zin
Urus Setia: Pn. Fauziah binti Ismail
8. Pendaftaran Dan Penginapan
En. Mazli Hasril bin Hasarudin (K)
En. Suhajanazer bin Suboh
En. Mohamad Arqam bin Mohammad
Pn. Noor Baizura binti Harun (IABCGH) (PK)
Pn. Roslida binti Perak (IABCGH)
Pn. Noraida binti Mohd. Amin (IABCGH)
En. Abu Hassan Asahari bin Mohd Noh (IABCGH)
Muhamad Shahimi bin Abdul Rahman (IABCGH)
En. Abd Hamid bin Ishak. (IABCGH)
Urus Setia: Pn. Azlin binti Zainal Abidin
9. Website, Teknikal Dan Multimedia
En. Ekhwan bin Sitam@Besah (K)
En. Sahrul Bin Sulaiman
Ust Nik Abdullah bin Nik Abd Kadir (IABCGH) (PK)
YBrs.Dr. Muhamad Azhar bin Stapa@Mustapa (IABCGH)
En. Fazil bin Ahmad (IABCU)
En. Wan Mohd Farid Bin Wan Yusoff (IABCGH)
Pn. Nor Kamsiah Binti Jaapar (IABCGH)
Cik Aziyah Binti Md. Yusoff (IABCGH)
YBrs. Dr. Norabeerah Binti Saforrudin (IABCGH)
YBrs. Dr. Mohd Afifi Bin Bahurudin Setambah (IABCGH)
En. Hisham bin Jamen
En. Mohd Jamri bin Mohd Nawawi
En. Aminurrizam bin Sabri
En. Mohd Faizal bin Abd Majid (IABCGH)
En. Hasbarani bin Chin (IABCGH)
En. Mohd Zailan Bin Aziz
39
Website
Pn. Mazwin binti Ahmad
Pn. Norlinda binti Hashim
Urus Setia: Pn. Noraisah binti Md Yusof
10. Buku Program, Poster, Banner, Tag Nama Dan Bunting
Pn. Zuriah binti Mad Ali (K)
Pn. Ng Lee Ching
Cik Nor Ishsan binti Abdul Razak
Pn. Noriza binti Mohd Nasir
Pn. Marina binti Abas
En. Mohd Hanif bin Ramli@Fauzi
Urus Setia: Pn. Fadzilah binti Abdullah
11. Pameran
Pn. Nadzida binti Mohd. Nadzim (K)
Pn. Maryati binti Athan
Pn. Normah binti Mohamad Idzhar
Urus Setia: Tn. Hj .Jamaluddin bin Md Jalil
12. Cenderamata
Pn. Maimunah binti Karim (K)
YBrs. Dr. Salwati binti Shafee
Pn. Misliah binti Mesran
Pn. Ainol Hidayah binti Abdul Rauof
Pn. Latifah binti Othman
Pn. Siti Arija binti Abd Rahman (IABCGH) (PK)
Pn. Sabariah binti Nordin (IABCGH)
Pn. Norazlina binti Samsuddin (IABCGH)
Pn. Siti Nadhira binti Nor Sohari (IABCGH)
Pn. Wan Noasne binti Wan Mustaffa (IABCGH)
Pn. Zarita binti Kamaruzaman(IABCGH)
Pn. Nurul Syaqilah binti Abdullah (IABCGH)
Pn. Nordiani Aime binti Abdul Basek (IABCGH)
Pn. Norizan binti Ismail (IABCGH)
Pn. Soffizan binti Shamshul Ariffin (IABCGH)
Urus Setia: YBhg. Datin Nik Marini binti Nik Abdull Malik
40
13. Seranta Dan Media, Jemputan VVIP, VIP, Ucaptama Dan Forum
Pn. Emy Harlina binti Ibrahim (K)
Pn. Maznah binti Abdullah
En. Mohd Zaidi bin Basir (IABCGH) (PK)
Pn. Norliza binti Samad (IABCGH)
Pn. Norlinda binti Hashim
Pn. Mazwin binti Ahmad
Pn. Suriani binti Abdul Rani
Urus Setia: Pn. Che Zakiah binti Mohamad Salim
14. Jamuan VVIP Dan Peserta
Pn. Normala binti Ibrahim (K)
Pn. Rohani binti Sadan (IABCGH) (PK)
Pn. Siti Monazairin binti Jelani (IABCGH)
Pn. Faridah Binti Mohamad (IABCGH)
En. Rusli Bin Wahab (IABCGH)
Pn. Hong Boon Ching (IABCGH)
YBrs. Dr. Teh Kim Peng (IABCGH)
Pn. Hanisah binti Ismail (IABCGH)
Pn. Zurinah binti Yunus
Urus Setia: YBrs. Dr. Mislinah binti Makin
15. Persiapan Tempat Kolokium (Auditorium, Ruang Makan, Dan Bilik-Bilik Khas)
En. Khairul Anuar bin Abd. Rahman (K)
En. Ahmad Rusli bin Hj. Abdul Gani (IABCGH) (PK)
Pn. Normah Binti Ramli (IABCGH)
En. Kamal Ariffin Bin Jaih (IABCGH)
En. Muhammad Fazreen bin Azmuddin (IABCGH)
En. Mohd Fahmi bin Zulkifli
En. Mohd Azri bin Shairan
En. Muhammad Syafiq bin Tahir
Pn. Rabiatun binti Abu Bakar
En. Mohamad Sallehuddin bin Hassan
En. Muhamad Aliff bin Abd Haris
En. Sulaiman bin Ismail (IABCGH)
En. Kamaruliza bin Hamlan (IABCGH)
En. Amirul Huzairy bin Ahmad Riza (IABCGH)
Urus Setia: En. Shahir bin Abdul Razak
41
16. Keceriaan Dan Kebersihan
Pn. Siti Aishah binti Ibrahim (K)
Cik Darliana binti Nordin (IABCGH) (PK)
Pn. Noor Mala binti Othman (IABCGH)
Pn. Nor Afidah binti Noor Saidon (IABCGH)
En. Azahari bin Taib (IABCGH)
En. Lukman bin Mat (IABCGH)
En. Mohamad Nor Bakri bin Md Zain (IABCGH)
Urus Setia: Pn. Salmah binti Ismail
17. Pengangkutan, Keselamatan, Kebajikan
En. Mohd. Ishak bin Ismail (K)
En. Shamsulnaha bin Md Yunos
Tn. Hj. Zulkiflee bin Jalil (IABCGH) (K)
En. Mohd Shawaluddin bin Mohd Yusoph
En. Janordin bin Zainal Abidin
En. Zul bin Hasan
En. Zulkifli bin Makmor
Urus Setia: YBrs. Dr. Nor Azman bin Mohamed
18. Sijil
En. Ahmad Juaidil Amin bin Adenan (K)
Pn. Hasnidah binti Zaman
Pn. Haidaliza binti Ibrahim
En. Muhd Ikhsan bin Ishak
Urus Setia: Pn Nor’Amimah binti Omar
19. Kewangan
En. Muhammad Rizal bin Abdullah (K)
Pn. Mardiana binti Jamaludin (IABCGH)
En. Mohd Taufik Hidayad bin Zakaria
En. Muhamad Hafiz bin Ismail
Pn. Nur Hidayah binti Mohd Zakarie
Urus Setia: YBrs. Dr. Samsiah binti Si-Rajab
42
Sekalung Budi
Jawatankuasa Pelaksana
Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan
Tahun 2020
merakamkan setinggi-setinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada:
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Pengarah-pengarah Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Ketua-ketua Pejabat Pendidikan Daerah
Media Massa
Serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan
kerjasama sama ada secara langsung atau tidak
bagi menjayakan kolokium ini.
43