BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH PEMIMPIN JOHOR
(ANYFLIP)
Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
(13 Jun 1859 -10 September 1930)
BIODATA PESERTA
NAMA: SITI QHADEEJA BINTI KHAIRULAKMAN
KELAS: 4 EARNEST
ALAMAT E-MAIL :[email protected]
NAMA SEKOLAH: SMK ULU TIRAM
ALAMAT SEKOLAH : SMK ULU TIRAM, 81800, ULU TIRAM, JOHOR
PENDAHULUAN
JOHOR sememangnya terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan pejuang bangsa.
Sehingga hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.
Antara tokoh yang banyak berjasa di negeri Johor ialah Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak yang menyelamatkan
Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah
Nama Penuh: 01 Dalam Jawatan
1894 - April 1909:
Dato Sri Amar Diraja
Abdul Rahman Andak 03 Setiausaha
Kerajaan Negeri
Lahir: 02 Johor
13 Jun 1859 Meninggal Dunia:
Teluk
Belanga, Singapura, Negeri- 10 September 1930 (umur 71)
Negeri Selat
04 London, United Kingdom
PENDIDIKAN TOKOH
-Seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat pintar hinggakan wujud usaha
menyingkirkannya dari bumi sendiri.
-Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870 sebelum memulakan kerjayanya dalam
Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
-Dato Sri Amar Di Raja mendapat pendidikan awal dibawah Muhammad Ibrahim Bin Abdullah Munsyi (kemudian bergelar
Dato Bentara Dalam) yang merupakan pengetua di Sekolah Melayu Telok Belanga, Singapura.
-Kepetahan dan kebijaksanaan beliau menambat hati Maharaja Abu Bakar yang ketika itu masih belom dikurniakan
cahayamata.
-Pada tahun 1871 Maharaja Abu Bakar menghantar anak saudaranya Ungku Othman Bin
Ungku Abdul
Rahman melanjutkan pelajaran ke England dan baginda menitahkan agar Abdul Rahman
mengiringi anak saudaranya serta melanjutkan pelajaran disana
-Mereka meninggalkan England pada 23 Februari 1871.
- Sepanjang berada di England, selain menimba ilmu, beliau banyak memerhati dan
mempelajari selok belok cara pemikiran orang-orang Inggeris
- Pendidikan Inggeris dan pengalaman sosial yg ditimba menjadi bukti penting dalam kerjaya
masa depannya yang cemerlang sebagai orang yang paling berpengaruh dan berjaya di Johor.
KERJAYA TOKOH
Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai Inggeris dan pedagang
asing di Johor.
Tugas utama yang dilakukan oleh Dato Sri Diraja Abdul Rahman ialah mengawal hubungan yang dijalankan di antara
kerajaan Johor dengan pihak Inggeris.
Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan dengan seimbang.
Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan menjajah negeri Johor.
Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak menyukainya kerana sikapnya
yang tegas terhadap mereka.
Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Dato Sri Diraja Abdul Rahman selak Penasihat
Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan dengan Inggeris pada 1885,
Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am Inggeris.
Pada 1888, Dato Sri Diraja Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk Muhammad Ibrahim Munsyi
membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar
Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor Bahru.
Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan bahasa Melayu secara
berkumpulan melalui PBMPB.
Pendekatan yang diamalkan Dato Sri Diraja Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai bijak pandai Melayu melalui pendidikan
menyebabkan wujud ‘taktik kotor’ untuk menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.
Inggeris mendapati selagi ada Dato Sri Diraja Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk
menamatkan perkhidmatan beliau dan ‘disemadikan’ di England pada 1909.
Gabenor Anderson bertindak menyingkir Dato Sri Diraja Abdul Rahman dengan persetujuan Sultan Ibrahim dan mencadangkan Dato Sri Diraja
Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai
Johor mulai 1914.
Situasi itu menyebabkan Dato Sri Diraja Abdul Rahman dibuang ke London dan meninggal dunia di sana, namun jasanya tetap dikenang
sebagai seorang daripada tokoh yang membawa pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.
Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan bangsa, Dato Sri Diraja Abdul Rahman tetap
dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.
Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata,
manakala 18 lagi mengenai Sejarah, Kebudayaan dan Laporan.
SUMBANGAN TOKOH
• Sumbangan awal Dato Sri Diraja Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan dalam
perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai Pustaka pada
Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka (DBP) pada September
1956.
Akibat keuzuran pada 10 September 1930 beliau telah menghembuskan nafas terakhir di usia 71 tahun di London dan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam di Working. Beberapa tahun kemudian Aguste meninggal dunia dan dikebumikan dimakam yang sama dengan
Abdul Rahman.
NILAI KEMPIPINAN
Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai semangat juang yang kental. Kita
1 patut belajar daripada sifat pemimpin masa lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. Sifat
tersebutlah yang menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.
2 Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat setia negara yang tinggi
menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan tanah air. Mereka sedia mempertahankan kedaulatan
tanah air walaupun menghadapi pelbagai halangan
3 Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang tinggi menyebabkan mereka dapat
mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan pengikutnya.
SUMBER RUJUKAN
Internet:
01 02 03
https://wangsamahkota. https://www.thepatriots.a https://cikguizatulhanim.
wordpress.com/2010/06 sia/dato-seri-amar-diraja- blogspot.com/2015/11/ikt
/20/datuk-seri-amar- abdul-rahman-permata- ibar.html
diraja-abdul-rahman-
andak-tokoh-perjuang- johor/
bahasa-melayu/
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia dan rakyat negeri Johor kita mestilah berbangga dengan tokoh yang sangat bijak
seperti Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak ini.
Kita jugak haruslah mengikut jejak langkah beliau yang berusaha untuk memperjuangkan kemajuan bahasa melayu, serta
menjalankan tugasnya dengan sangat baik.
Oleh itu kita perlulah mengenang jasa tokoh seperti beliau.
Kita boleh mengadakan kuiz di sekolah tentang tokoh yang hebat seperti beliau,melukis mural tentang beliau di dinding-dinding
sekolah atau meletakkan gambar beliau di muzium serta di dalam kelas. Dengan cara ini generasi yang akan datang sentiasa
mengingati tentang jasa berliau.
Sekian Terima Kasih