BUKU SKRAP DIGITAL TOKOH
PEMIMPIN JOHOR
(ANYFLIP)
Dato Sri Amar Diraja Abdul
Rahman Andak
(13 Jun 1859 -10 September 1930)
BIODATA PESERTA
NAMA: SITI QHADEEJA BINTI KHAIRULAKMAN
KELAS: 4 EARNEST
ALAMAT E-MAIL :
[email protected]
NAMA SEKOLAH: SMK ULU TIRAM
ALAMAT SEKOLAH : SMK ULU TIRAM, 81800, ULU
TIRAM, JOHOR
PENDAHULUAN
JOHOR sememangnya terkenal sebagai negeri yang melahirkan ramai golongan bijak pandai dan
pejuang bangsa.
Sehingga hasil titik peluh mereka diguna pakai masyarakat seluruh negara hingga ke hari ini.
Antara tokoh yang banyak berjasa di negeri Johor ialah Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak
yang menyelamatkan
Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah
Nama Penuh: Dalam Jawatan
01
03 1894 - April
Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman
Andak 1909:
Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor
Lahir: 02
13 Jun 1859 04 Meninggal
Teluk Belanga, Singapura, Negeri-Negeri Dunia:
Selat
10 September 1930 (umur 71)
London, United Kingdom
PENDIDIKAN TOKOH
-Seorang berpendidikan Inggeris dan dianggap sebagai antara pembesar negeri yang sangat
pintar hinggakan wujud usaha menyingkirkannya dari bumi sendiri.
-Beliau adalah anak Johor yang pertama melanjutkan pelajaran di England pada 1870
sebelum memulakan kerjayanya dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan
berakhir dengan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.
-Dato Sri Amar Di Raja mendapat pendidikan awal dibawah Muhammad Ibrahim Bin
Abdullah Munsyi (kemudian bergelar Dato Bentara Dalam) yang merupakan pengetua di
Sekolah Melayu Telok Belanga, Singapura.
-Kepetahan dan kebijaksanaan beliau menambat hati Maharaja Abu Bakar yang ketika itu
masih belom dikurniakan cahayamata.
-Pada tahun 1871 Maharaja Abu Bakar menghantar anak saudaranya Ungku Othman Bin Ungku Abdu
Rahman melanjutkan pelajaran ke England dan baginda menitahkan agar Abdul Rahman mengiringi ana
saudaranya serta melanjutkan pelajaran disana
-Mereka meninggalkan England pada 23 Februari 1871.
- Sepanjang berada di England, selain menimba ilmu, beliau banyak memerhati dan mempelajari selok
belok cara pemikiran orang-orang Inggeris
- Pendidikan Inggeris dan pengalaman sosial yg ditimba menjadi bukti penting dalam kerjaya masa
depannya yang cemerlang sebagai orang yang paling berpengaruh dan berjaya di Johor.
KERJAYA TOKOH
➢ Disebabkan mempunyai pendidikan Inggeris, beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan
pegawai Inggeris dan pedagang asing di Johor.
➢ Tugas utama yang dilakukan oleh Dato Sri Diraja Abdul Rahman ialah mengawal hubungan
yang dijalankan di antara kerajaan Johor dengan pihak Inggeris.
➢ Tugas yang dilakukan sememangnya berat dan beliau harus menentukan agar hubungan berjalan
dengan seimbang.
➢ Disebabkan keadaan itu, Inggeris tidak dapat mengambil kesempatan untuk menguasai dan
menjajah negeri Johor.
➢ Beliau menjalankan tugasnya dengan baik sehingga ada di kalangan pegawai Inggeris yang tidak
menyukainya kerana sikapnya
yang tegas terhadap mereka.
➢ Dalam menyelamatkan Johor dari terperangkap dengan muslihat penjajah, Dato Sri Diraja
Abdul Rahman selak Penasihat
Sultan bertanggungjawab menasihat Sultan Abu Bakar menandatangani teriti persahabatan
dengan Inggeris pada 1885,
Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan menyekat percubaan Inggeris melantik Penasihat Am
Inggeris.
➢ Pada 1888, Dato Sri Diraja Abdul Rahman Andak bersama putera Abdullah Munsyi, Datuk
Muhammad Ibrahim Munsyi membuka lembaran baru memperjuangkan kedaulatan Bahasa
Melayu dengan mengasaskan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (PBMPB) di Johor
Bahru.
➢ Walaupun berpendidikan Inggeris, beliau mewujudkan kesedaran untuk memperjuangkan kemajuan
bahasa Melayu secara berkumpulan melalui PBMPB.
➢ Tujuannya untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu
lebih mudah disebarkan kepada orang Melayu.
➢ Usaha yang utama organisasi ini (PBMPB) ialah menterjemahkan istilah atau perkataan daripada
bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Beberapa perkataan yang dicipta ketika itu dan kekal
hingga sekarang adalah seperti Setiausaha, Pejabat dan Kerja Raya.
➢ Pendekatan yang diamalkan Dato Sri Diraja Abdul Rahman termasuk usaha melahirkan ramai
bijak pandai Melayu melalui pendidikan menyebabkan wujud ‘taktik kotor’ untuk
menyingkirkannya bagi mengelakkan pengaruhnya berkembang.
➢ Inggeris mendapati selagi ada Dato Sri Diraja Abdul Rahman Andak mereka sukar menguasai
Johor. Oleh itu, Sultan Ibrahim dipengaruhi untuk menamatkan perkhidmatan beliau dan
‘disemadikan’ di England pada 1909.
➢ Gabenor Anderson bertindak menyingkir Dato Sri Diraja Abdul Rahman dengan persetujuan
Sultan Ibrahim dan mencadangkan Dato Sri Diraja Abdul Rahman dibayar pencen 1000 pounds
sterling setahun. Keadaan ini membolehkan Inggeris bertapak di Johor pada 1909 dan menguasai
Johor mulai 1914.
➢ Situasi itu menyebabkan Dato Sri Diraja Abdul Rahman dibuang ke London dan meninggal dunia
di sana, namun jasanya tetap dikenang sebagai seorang daripada tokoh yang membawa
pembaharuan dalam pendidikan khususnya perjuangan bahasa Melayu.
➢ Walaupun tidak membabitkan sebarang penentangan atau tumpah darah dalam memperjuangkan
bangsa, Dato Sri Diraja Abdul Rahman tetap dikenang dalam usahanya mengasaskan PBMPB.
➢Antara 1935 hingga 1947, PBMPB menghasilkan 34 buku, 16 daripadanya mengenai bahasa
yang meliputi perkamusan, tatabahasa, ejaan dan daftar kata, manakala 18 lagi mengenai Sejarah,
Kebudayaan dan Laporan.
➢Dalam bidang peristilahan pula, PBMPB memainkan fungsi besar mencipta beberapa istilah baru
seperti Pesuruhjaya, Warta, Jurucakap, Jadual Waktu dan Timbalan.
SUMBANGAN TOKOH
• Sumbangan awal Dato Sri Diraja Abdul Rahman itu diakui banyak memberi kesan
dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga membawa kepada penubuhan Balai
Pustaka pada Jun 1956 sebelum ditukar nama kepada Dewan Bahawa Pustaka
(DBP) pada September 1956.
Akibat keuzuran pada 10 September 1930 beliau telah menghembuskan nafas terakhir di usia 71
tahun di London dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Working. Beberapa tahun
kemudian Aguste meninggal dunia dan dikebumikan dimakam yang sama dengan Abdul Rahman.
NILAI
KEMPIPINAN
1
Kita patut mencontohi pemimpin tempatan masa lampau yang mempunyai
semangat juang yang kental. Kita patut belajar daripada sifat pemimpin masa
lampau yang tidak mudah berputus asa dalam perjuangan. Sifat tersebutlah yang
menyebabkan mereka gigih berjuang hingga mencapai kejayaan.
Kita patut mencontohi sifat pemimpin masa lampau yang mempunyai semangat
2 setia negara yang tinggi menyebabkan mereka sanggup berkorban untuk bangsa dan
tanah air. Mereka sedia mempertahankan kedaulatan tanah air walaupun menghadapi
pelbagai halangan
Kita patut mencontohi sifat pemimpin tempatan yang mempunyai disiplin yang
tinggi menyebabkan mereka dapat mewujudkan kerjasama antara pemimpin dengan
3 pengikutnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia dan rakyat negeri Johor kita mestilah berbangga dengan tokoh
yang sangat bijak
seperti Dato Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak ini.
Kita jugak haruslah mengikut jejak langkah beliau yang berusaha untuk memperjuangkan kemajuan
bahasa melayu, serta menjalankan tugasnya dengan sangat baik.
Oleh itu kita perlulah mengenang jasa tokoh seperti beliau.
Kita boleh mengadakan kuiz di sekolah tentang tokoh yang hebat seperti beliau,melukis mural tentang
beliau di dinding-dinding sekolah atau meletakkan gambar beliau di muzium serta di dalam kelas.
Dengan cara ini generasi yang akan datang sentiasa mengingati tentang jasa berliau.
Sekian Terima Kasih
SUMBER RUJUKAN
Internet:
01 02 03
https://wangsamahkota.wor https://www.thepatriots.asia https://cikguizatulhanim.
dpress.com/2010/06/20/dat /dato-seri-amar-diraja- blogspot.com/2015/11/ikt
uk-seri-amar-diraja-abdul- abdul-rahman-permata- ibar.html
rahman-andak-tokoh-
perjuang-bahasa-melayu/ johor/