DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM DASAR PELAKSANAAN KOKURIKULUM Nur Aishah Husna Binti Abdul Alfatah 2022212310058 TESL C PISMP 2022
DASAR UTAMA KOKURIKULUM 1 2 3 4 5 KLIK PADA NOMBOR UNTUK AKSES!
KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN. KEGIATAN KOKURIKULUM ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KURIKULUM KEBANGSAAN. “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”(Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97. INFO TAMBAHAN
PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB PENYERTAAN MURID DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB Badan Beruniform Sukan Permainan Kelab Persatuan “Matlamat gerakerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerakerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.”{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)} KELEBIHAN PENGLIBATAN KOKURIKULUM PADA MURID
CONTOH PERANAN GURU PENYERTAAN SEMUA GURU SEBAGAI PENJAWAT ATAU PENGKHIDMAT AWAM DALAM MENGURUS, MENYELIA DAN MENGELOLA KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB. PENYERTAAN SEMUA GURU SEBAGAI PENJAWAT ATAU PENGKHIDMAT AWAM DALAM MENGURUS, MENYELIA DAN MENGELOLA KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH ADALAH WAJIB. “Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah” (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.) CONTOH AKTIVITI UNTUK GURU CLICK HERE! MANFAAT PENGLIBATAN BERAMAI
Aktiviti perlu merangkumi Falsafah Pendidikan Negara: Jasmani Emosi Rohani Intelek AKTIVITI PERLU DIRANCANG DENGAN... matlamat objektif skema penilaian kaedah pelaksanaan CONTOH AKTIVITI KOKURIKULUM PERLAKSANAAN “KEGIATAN KOKURIKULUM” “Kegiatan kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}. CLICK HERE
PENYERTAAN “BERAMAI-RAMAI” MEMBANTERAS DISKRIMINASI TERHADAP... Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsurunsur diskriminasi atau paksaan tetapi menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan murid-murid. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000) K A U M E K O N O M E I K O N O M I S T A T U S S O S I A L S T A T U S S O S I A L J A N T I N A J A N T I N A F I Z I K A L F I Z I K A L A G A M A
DASAR SOKONGAN KOKURIKULUM 1 2 3 4 KLIK PADA NOMBOR UNTUK AKSES!
1 2 DASAR SOKONGAN Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat. – {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk “Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat”}. Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk gerakerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah; gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. – {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, KP(BS)8591/Jld.(929)}. KLIK UNTUK LIHAT CONTOH AKTIVITI KLIK SINI! KLIK SINI! KLIK SINI! KLIK SINI! 1 2 3 4
DASAR SOKONGAN Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan kursus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan atau oleh pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar. - (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998). Kementerian Pendidikan membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang. Kementerian juga menggalakkan penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut. - (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000). CONTOH AKTIVITI PERKHEMAHAN
1 2 DASAR SOKONGAN TOKOH KOKURIKULUM Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. - (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000). Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan (atas penyertaan, penglibatan dan pencapaian masing-masing dalam bidang kokurikulum di sekolah). Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan / kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik. - (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).
1 2 Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antarabangsa. DASAR SOKONGAN Murid-murid juga sebaikbaiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masingmasing kepada masyarakat awam. Kesimpulannya, dasar pelaksanaan kokurikulum negara banyak menekankan berkaitan perkembangan pelajar secara individualistik dan kolaboratif bersama masyarakat awam dan pihak sekolah dalam usaha untuk mewujudkan individu yang menguasai Falsafah Pendidikan Negara iaitu berjaya dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek..
References Advianna Jowinis, Audreyna Arysa, & Fatin Firzana. (2022, July 8). Peranan Guru Penasihat Dalam Pengurusan Kokurikulum. Www.youtube.com. https://youtu.be/7e_C2xZQbfw Aflah Jamaluddin. (2022, March 22). Kegiatan kokurikulum mampu bentuk kemahiran insaniah. Www.bharian.com.my; Berita Harian. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2022/03/936997/kegiatan-kokurikulum-mampu-bentuk-kemahiran-insaniah Amirul Zainol. (2022). AKTIVITI KOKURIKULUM PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM. In www.youtube.com. https://www.youtube.com/watch?v=EWVgLveAobs Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). KPM - Kokurikulum. Www.moe.gov.my. https://www.moe.gov.my/pendidikan/pendidikan- menengah/kokurikulum-pendidikan-menengah Kementerian Pendidikan Malaysia. (2022). PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*. https://mgbbtgpdg.webs.com/PUA531.pdf Matt Jeopon. (2022). Balloon Car Challenge - Aktiviti Kokurikulum Sempena Minggu Sains dan Matematik Di SMK Air Tawar. Www.youtube.com. https://www.youtube.com/watch?v=BNRTq6nAYpA RedPlusTV. (2016). PROGRAM DENGUE PATROL - GOTONG ROYONG SEKOLAH KEBANGSAAN PENGKALAN TENTERA DARAT. Www.youtube.com. https://youtu.be/_mS1GuzYxUg Rubiah Omar. (2021, December 2). Hormat guru, ibu bapa rahsia Tokoh Kokurikulum Lelaki 2021. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/175632/edisi/hormat-guru-ibu-bapa-rahsia-tokoh-kokurikulum-lelaki-2021 Siti Ruziah. (2022, August 17). Sandwich - Aktiviti Kokurikulum Persatuan Puteri Islam SK Perwira (17 Ogos 2022). Www.youtube.com. https://youtu.be/R9WsJXQk1a0 sumbertv. (2022, October 8). Gotong Royong SK Taman Megah Bentuk Komuniti Prihatin. Www.youtube.com. https://www.youtube.com/watch?v=P9jOKrsPIsM
TERIMA KASIH