The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasrunetiqa2u, 2021-09-29 00:09:02

SLIDE SAKIT JANTUNG

SLIDE SAKIT JANTUNG

 Jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang
tulang dada (sternum).

 Ia diselaputi oleh lapisan yang dikenali sebagai perikardium dan
dikelilingi oleh peparu.

 Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar
300-350 g.

 Jantung terbina daripada otot-otot jantung (miorkardium) yang diliputi
epikardium dipermukaan luarnya dan endokardium dibahagian dalam.

Kedudukan Jantung dalam badan manusia.

 Jantung terdiri daripada atrium dan ventrikal.

 Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis
dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh
septum interatrial.

 Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel
adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara
kedua-dua ventrikel.

 Atrium berperanan sebagai ruang penerima darah.

 Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen
daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima
darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru.

• Ventrikel pula bertindak sebagai pam yang mengepam
keluar darah yang diterima dari atrium.

• Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru
sementara ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh
bahagian tubuh.

 Pengepaman jantung oleh otot-otot jantung
(myocardium) menghasilkan tekanan darah sistolik dan
distolik.

 Tekanan sistolik –waktu jantung mengepam
(penguncupan jantung)

 Tekanan distolik – waktu jantung rehat (Pengenduran
jantung)

JANTUNG AUTRIUM AUTRIUM > Menerima
VENTRIKEL KANAN darah.

AUTRIUM > Menghantar
KIRI keluar darah
daripada jantung.
VENTRIKEL
KANAN

VENTRIKEL
KIRI





 Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel
dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung,
membenarkan pengaliran darah pada satu arah
sahaja.

 Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid)
hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke
ventrikel sahaja.

 Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar
aortik pula menghalang aliran darah ke belakang
yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari
dan aorta

• Pada jantung terdapat injap atrioventrikular (AV)
dan injap semilunar.

• Injap atrioventrikular membenarkan darah mengalir
ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan
seterusnya ke arteri.

• Terdapat dua injap (AV) iaitu injap trikuspid pada
sebelah kanan jantung dan injap bikuspid pada
bahagian kiri jantung.

 Terdapat 2 jenis sistem kitaran dalam tubuh
manusia.

➢ Kitaran Pulmonari
➢ Kitaran Sistematik

 Peredaran Pulmonari

 Atrium kanan menerima darah daripada tisu-
tisu badan.

 Ventrikel kanan mengepam darah tersebut ke
paru-paru melalui batang pulmonari

 Di paru-paru, darah mengambil oksigen dan
melepaskan karbon dioksida.

 Peredaran Sistemik

 Atrium kiri menerima darah beroksigen
daripada paru-paru.

 Ventrikel kiri mengepam darah tersebut ke
seluruh tubuh melalui aorta

 Oksigen dibekalkan kepada tisu-tisu tubuh dan
karbon dioksida diangkut keluar.



 Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:

 Arteri
 Vena
 Kapilari

• Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar
dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.

• Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia
boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan
oleh denyutan jantung.

• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol.
• Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali

arteri pulmonari

 Vena ialah salur darah yang membawa darah ke
jantung dari bahagian-bahagian lain badan.

 Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang
lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.

 Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan
yang rendah dan oleh itu, dinding yang tebal tidak
diperlukan.

 Saluran yang besar memberikan kurang rintangan
terhadap pengaliran darah.

 Vena dilengkapi dengan injap-injap yang
menentukan darah mengalir hanya dalam satu arah
sahaja, iaitu arah ke jantung.

 Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke
belakang dalam alirannya. Vena yang terkencil
sekali dinamakan venul.

 Semua vena membawa darah tidak beroksigen
kecuali vena pulmonari.

 Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.
 Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.
 Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.
 Dinding-dindingnya yang nipis serta telap

memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan
tisu-tisu berlaku dengan cepat.



PENGUNCUPAN JANTUNG

 Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan
pengenduran jantung dikenali senagai diastolik.

 Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi
yang disukat semasa penguncupan ventrikel.

 Tekanan darah diastolik merupakan tekanan darah
minimum pada akhir pengenduran ventrikel.

 Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter
merkuri).

 Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

Sambungan…. (degupan jantung)

 Degupan jantung berbunyi seperti “lubb-dupp” yang
dapat didengar melalui stethoscope.

 Lubb – ventrikular mengucup (injap A-V tertutup)
 Dupp- ventrikular mengendur(pulmonary dan injap aortic

tertutup)
 Bunyi injap aortic & pulmonari berlaku di ruang

intercostal ke 2.

* bunyi aortic disebelah kanan & bunyi pulmonari
di sebelah kiri

Elektrokardiogram

 Apakah Elektrokardiogram?
Elektrokardiogram (ECG) ialah rakaman aktiviti elektrik jantung.

 Elektrokardiogram memberi anda maklumat tentang:
 Kehadiran penyakit jantung iskemia. Ini sangat berguna untuk pesakit yang

pernah mengalami serangan jantung atau sedang menderita sakit dada. Ia
adalah ujian asas yang bagus untuk perbandingan pada masa hadapan. Ia
adalah sesuatu yang normal untuk pesakit jantung.
 Penyakit struktur jantung seperti pembesaran ruang-ruang jantung atau
penebalan otot-otot jantung.
 Keabnormalan ritma degupan jantung sama ada laju atau perlahan.

Electrocardiogram (ECG)

Hal-Hal yang dapat diketahui dari
pemeriksaan EKG adalah :

 Denyut dan irama jantung
 Posisi jantung di dalam rongga dada
 Penebalan otot jantung (hipertrofi).
 Kerusakan bagian jantung.
 Gangguan aliran darah di dalam jantung.
 Pola aktifitas listrik jantung yang dapat menyebabkan gangguan

irama jantung

 Prosedurnya tidak invasif dan tidak berbahaya.
 Bertujuan untuk mengesan kehadiran penyakit jantung iskemia,

penyakit jantung struktur atau keabnormalan ritma degupan
jantung.
 Secara umumnya, ujian ini disyorkan untuk individu-individu
tertentu :

I. Tekanan darah tinggi

II. Penyakit injap jantung , contohnya deruan jantung

III. Penyakit jantung Kongenital (penyakit yang ada sejak lahir)

IV. Debaran jantung

V. Tidak sedar dan sukar bernafas

KITARAN KARDIAK

 Merupakan turutan setiap degupan jantung
 Terbahagi kepada 3 bahagian :
i. Sistol atrium (atrial systole)-pengecutan kedua-dua atrium.
ii. Sistol ventrikel (ventricular systole)-pengecutan kedua-dua

ventrikel.
iii. Diastol kardiak sepenuhnya (complete cardiac diastole)-

pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.



Aturan Kitar Kardiak

 Otot kardiak adalah myogenik.
~ Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang memerlukan

rangsangan ( sama ada seda atau reflex), rangasangan otot jantung
adalah secara automatik.
 Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh
berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa
terancam.

 Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (
atrioventricular valves) akan terbuka.

 Darah dipam masuk ke dalam ventrikel.

 Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula.
Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap
atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves)
terbuka.

 Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri
pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.

 Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung.
Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam
jantung, tetapi ini tidak akan berlaku kerana penutupan injap
sabit.

 Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh
penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan
injap sabit (bunyi kedua).



Gejala-gejala
Kegagalan Jantung

 Kegagalan jantung adalah keadaan kronik dan berterusan yang menyebabkan
otot jantung agak sukar untuk mengepam darah secukupnya ke seluruh
jantung bagi memenuhi keperluan darah dan oksigen tubuh.

 Kegagalan jantung boleh melibatkan bahagian jantung sebelah kiri, kanan
atau kedua-dua bahagian.

 Namun begitu, selalunya kegagalan jantung menyerang pada bahagian kiri
terlebih dahulu.

 Gejala-gejala kegagalan jantung bermula untuk berlaku apabila
jantung anda tidak dapat mengepam darah secukupnya ke seluruh
tubuh.

 Pada peringkat awal, keadaan berikut boleh berlaku.

❖Rasa letih dengan mudah.
❖Sukar untuk bernafas apabila bersenam.
❖Rasa seperti jantung anda berdegup dengan terlalu laju

(palpitasi).
❖Rasa lemah, amat letih atau rasa pening.

 Apabila kegagalan jantung semakin teruk, cecair mula akan mula berkumpul
pada paru-paru dan bahagian lain tubuh.

 Keadaan ini boleh menyebabkan keadaan seperti berikut;

❖Rasa sukar bernafas walaupun ketika sedang berehat.
❖Berlakunya pembengkakan (edema) terutamanya pada kaki, buku

lali dan jari kaki.
❖Pertambahan berat badan yang akan berlaku dalam masa kira-kira

satu atau dua hari atau lebih perlahan.
❖Batuk atau bernafas termengah-mengah terutamanya apabila

berbaring.Rasa kencing yang mendesak terutamanya pada waktu
malam.Rasa kembung atau sakit pada perut.

Apa itu kegagalan jantung sebelah kiri ?

 Tindakan jantung mengepam membawa darah yang kaya dengan oksigen
daripada paru-paru ke atrium kiri,kemudian ke bahagian ventrikel kiri yang
seterusnya akan mengepam ke seluruh tubuh.

 Ventrikel kiri membekalkan kebanyakan kuasa mengepam jantung.
 Oleh itu bahagian ventrikel kiri lebih besar daripada bahagian lain dan amat

penting bagi fungsi normal.
 Jika ventrikel kiri menerima kegagalan, makan bahagian kiri jantung perlu

bekerja keras bagi mengepam jumlah darah yang sama.
 Terdapat dua jenis kegagalan jantung bahagian kiri iaitu kegagalan sistolik

dan kegagalan diastolik.

Apa itu kegagalan jantung sebelah kanan ?

 Tindakan jantung mengepam membawa darah yang telah digunakan kembali
semula ke jantung melalui vena melalui atrium kanan ke dalam ventrikel kanan.

 Ventrikel kanan ini kemudiannya akan mengepam darah keluar daripada jantung ke
para-paru bagi menambah oksigen.

 Kegagalan jantung pada ventrikel kanan terjadi berikutan dengan akibat kegagalan
bahagian kiri jantung.

 Apabila ventrikel kiri gagal, ia meningkatkan tekanan cecair dan kesannya
dikembalikan semula ke paru-paru, sekaligus merosakkan jantung sebelah kanan.

 Apabila bahagian kanan kehilangan kuasa mengepam, darah simpanan berkumpul
pada vena tubuh.

 Keadaan ini menyebabkan pembengkakan pada kaki dan buku lali.

Apa itu kegagalan jantung kongestif ?

 Kegagalan jantung kongestif adalah jenis kegagalan jantung yang
memerlukan bantuan perubatan yang tepat.

 Apabila darah keluar daripada jantung dengan perlahan-lahan
darah akan kembali semula kejantung melalui vena simpanan
menyebabkan kesesakan pada tisu tubuh.

 Selalunya pembengkakan (edema) akan berlaku. Kebanyakan
bengkak ini akan berlaku pada kaki dan buku lali, namun ia juga
boleh berlaku pada bahagian lain tubuh.

 Kadangkala cecair boleh ditemui pada paru-paru dan mengganggu
pernafasan sekaligus menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

 Keadaan ini selalunya berlaku apabila anda sedang berbaring.

 Keadaan ini dikenali sebagai edema pulmonari dan jika tidak dirawat
boleh menyebabkab masalah pernafasan.

 Kegagalan jantung juga boleh memberi kesan pada kebolehan buah
pinggang untuk membuang garam dan air.

 Air yang terkumpul ini juga turut meningkatkan pembengkakan pada
tubuh atau edema.

 Bagi mencegah kegagalan jantung berlaku pada diri anda, berikut
adalah beberapa cara bagi meransang kesihatan jantung anda.

1. Amalkan gaya hidup sihat.
2. Pastikan anda memeriksa tekanan darah, gula dalam darah dan

tahap kolesterol dengan kerap. Jika salah satunya telah
meningkat , pastikan, menurunkannya dalam apa cara sekalipun.
3. Pastikan diri memakan ubat yang telah di preskripsi oleh doktor.

4. Jika berat badan semakin bertambah, anda perlu mengurangkannya.
5. Berhenti merokok, jika anda merokok.
6.Bersenam seperti yang diajar oleh pengamal perubatan bertauliah.
7. Bagi anda yang mengambil minuman beralkohol, perlulah

menghadkannya atau terus meninggalkannya.







 Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot
jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah
yang teruk ke bahagian tersebut.

 Tanda-tanda infarksi miokardia adalah :
❖Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak
ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa
tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang
berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala
seolah dada berasa ketat.
❖Sukar bernafas
❖Pening kepala
❖Muntah.

Pencegahan

 Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita
memiliki jantung yang sihat.

 Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh
memiliki jantung yang sihat.

 Aktiviti-aktiviti lain yang boleh juga di amalkan ialah
berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun
dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh
menyihatkan jantung anda.

 Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung :
❖ Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan
bebanan pada jantung anda
❖ Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan
kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung
❖ Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai
‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL)
❖ Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan
❖ Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
❖ Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
❖ Ia membantu anda tidur dengan nyenyak.

➢10 petua bagi memiliki jantung yang sihat :

1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali
2. Makan secara teratur dan seimbang
3. Kekalkan berat badan unggul
4. Tidak merokok
5. Menangani tekanan perasaan
6. Mengawal tekanan darah
7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah
8. Mengawasi paras kolesterol
9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.




Click to View FlipBook Version