SEKOLAH AGAMA MENENGAH PAYA JARAS
PERSIARAN ELMINA, 47000 SUNGAI BULOH
SELANGOR DARUL EHSAN.
BULETIN ZULHIJJAH
EIDUL ADHA 1443H
AMALAN PUASA HARI RAYA
10 AWAL ARAFAH AIDILADHA
ZULHIJJAH
TAHLIL, HAIWAN HARI
TAKBIR DAN KORBAN TASYRIK
TAHMID
ANJURAN : UNIT BADAR DAN SUMUR SEMAJU
SURAU AL RAHMAH SAM PAYA JARAS
UNIT MULTIMEDIA BADAR SEMAJU
APAKAH KELEBIHAN
PUASA ARAFAH?
Puasa Arafah adalah satu jalan / ruang yang diberikan oleh Allah SWT supaya umat
Islam memperoleh pengampunan yang besar.
Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya
mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.
Hari 9 Zulhijjah termasuk dalam 10 hari terawal bulan Zulhijjah. Sepanjang
tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran yang
lebih besar berbanding apabila dilakukan pada bulan-bulan yang lain.
Digalakkan juga perbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah
bersabda : “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”.
ِص َياُم َيْو ِم َع َرَف َة ِإِّني َأْحَتِس ُب َع ىَل ِهَّللا َأْن ُيَكِّف َر الَّس َنَة اَّلِتي َق ْب َلُه َو الَّس َنَة اَّلِتي َبْع َد ُه
“Puasa hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat
menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun
sesudahnya.” (Sunan al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)
UNIT MULTIMEDIA BADAR SEMAJU
UNIT MULTIMEDIA BADAR SEMAJU
HARI RAYA AIDILADHA DISAMBUT PADA HARI KE-10, 11, 12 DAN 13 BULAN ZULHIJJAH
SETIAP TAHUN.
HARI RAYA AIDIL ADHA ADALAH SALAH SATU PERAYAAN TERBESAR YANG
DIRAYAKAN OLEH UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA SELAIN HARI RAYA AIDIL FITRI.
TARIKH 10 ZULHIJJAH INI
JUGA MERUPAKAN TARIKH
PENTING DALAM SEJARAH
ISLAM DI MANA NABI
ADAM DAN ISTERINYA
HAWA DIKELUARKAN DARI
SYURGA DAN DITURUNKAN
KE BUMI SEBELUM
BERJUMPA DI PADANG
ARAFAH, DI LUAR BANDAR
MEKAH.
UNIT MULTIMEDIA BADAR SEMAJU
UNIT MULTIMEDIA BADAR SEMAJU
APAKAH HARI TASYRIK?
Hari Tasyrik merupakan hari raya bagi orang berhaji.
Hari-hari Tasyrik adalah penanda ibadah para jemaah haji
telah selesai melakukan wukuf, jamarat dan tahalul.
HADIS UQBAH BIN ‘AMIR BAHAWA NABI SAW BERSABDA,
َأْك ٍل َأَّي ا ُم اَل َأْه َل َنا
ْش َو َأَّياُم الَّن ْحِر َع َر َف َة
َو ُه َّن ِم اِإْل ْس ُد ي ِع َوِرُشيِْقر الَّت َو َيْو ُم َيْو ُم
ٍب
MAKSUDNYA:” HARI ARAFAH, HARI RAYA KORBAN, DAN HARI TASYRIK ADALAH
”.KESEMUANYA HARI RAYA BAGI UMAT ISLAM, IA MERUPAKAN HARI MAKAN DAN MINUM
Marilah kita
membanyakkan
perkara sunat supaya
menjadi kekasih Allah
dan Baginda
Rasulullah saw..
UNIT MULTIMEDIA BADAR SEMAJU
Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim
Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpahan
rahmat dan limpah rahmat yang dikurniakan oleh-Nya, saya dapat
menyiapkan tugasan BULETIN ZULHIJJAH 1443H dengan jayanya.
Saya, Sumayyah binti Harun ingin mengucapkan berbanyak-banyak
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru bimbingan dan
penasihat, Ustazah Norhana binti Jasin dan Ustazah Nor Fazilah binti
Sulaiman kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan untuk menyiapkan
tugasan ini. Tidak lupa juga, Ustazah Nur Syahirah binti Mohiadin yang
telah memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan seperjuangan
dalam menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua Abi dan Ummi
saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang
proses menyiapkan tugasan ini.
Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan
seperjuangan, Puteri Nur Qistina binti Mohd Yusof dan Unit Multimedia
BADAR serta rakan-rakan yang turut memberi peringatan dan sebagai
pemudahcara. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap
kemusykilan umum yang saya utarakan.
Akhir kata , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada
semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyiapkan
tugasan ini.Hanya Allah sahaja dapat membalas budi kalian.
UNIT MULTIMEDIA BADAR SEMAJU