MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 1
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 2 Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani Yang dimuliakan Tuan Penolong Kanan Pentadbiran Sk Terap En. Hafiz bin Ismail. Serta barisan pentadbir sekolah. Seterusnya barisan guru-guru sekolah terap, ibubapa serta waris pelajar yang dihormati sekalian. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan keizinanNya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah sama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam pelbagai program anjuran sekolah. Saya mewakili semua AJK PIBG akan terus menyokong segala program yang dianjurkan oleh pihak sekolah bagi memacu kecemerlangan pelajar. Sekolah Kebangsaan Terap ini menggalas Visi dan Misi, iaitu Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Ianya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, sokongan dan penglibatan semua ibu bapa amat diperlukan dalam memastikan kejayaan anak-anak ini. Sebagai permulaan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan perkembangan semasa yang kita sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek, khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar bagi kita untuk mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid Berjaya. Tinta Yang Di-Pertua PIBG
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 3 Saya bagi pihak PIBG merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak samada guru atau waris yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama secara berterusan maka anak-anak didik sekolah ini dapat terbina sebagai insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Akhir kata, saya berharap agar kerjasama pihak waris dan Ahli Jawatankuasa PIBG, juga guru-guru dapat diteruskan usaha dengan lebih gigih bagi meningkatkan kecemerlangan anak-anak pelajar SK TERAP. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum wrt. ALIAS BIN SAARI YDP PIBG SK TERAP
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 4 Bersyukur saya ke hadrat ALLAH SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, Mesyuarat Agung PIBG kali ke46 dapat direalisasikan lagi dengan pertemuan antara ibu bapa dan guru serta barisan pengurusan SK Terap. Dalam menerajui dunia pendidikan yang semakin mencabar, pertemuan ini menjadi penggerak utama bukan sahaja kepada warga sekolah, malahan kepada para waris agar sama seiring menyediakan diri dalam menghadapi cabaran alaf baru pendidikan anak-anak. Hal ini sejajar dengan matlamat kerajaan dalam melahirkan modal insan serta meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam Program Sarana Disamping itu, tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab dalam memastikan kemandirian kecemerlangan sekolah tidak hanya bersandar pada warga sekolah semata-mata. Oleh itu, diharapkan kehadiran para waris hari ini dapat memperhalusi dan menjadi titik tolak kepada segala bentuk penyelesaian, segala halangan dan kekangan yang dihadapi. Semoga kehadiran pada hari ini dapat dimanfaatkan dan menjadi sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras modal insan yang efektif serta pengurusan pentadbiran sekolah yang cemerlang. Saya amat berbangga dan berterima kasih atas usaha-usaha yang telah dilaksanakan dalam pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2022. Oleh itu, besarlah harapan saya agar barisan AJK PIBG terus sentiasa peka dan berusaha memaksimumkan semua usaha pada tahun 2023/2024 dan berupaya memberi impak yang besar dalam usaha menjana pendidikan berkualiti dan mencorak masa depan institusi sekolah serta negara. Sekian, Terima Kasih dan Selamat Bersidang Sekapur Sireh Seulas Pinang Daripada PK Pentadbiran SK Terap
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 5 JAWATANKUASA INDUK PIBG SK TERAP SESI 2023/2024 PENASIHAT : EN. HAFIZ BIN ISMAIL (PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK TERAP) YANG DIPERTUA : EN.ALIAS BIN SAARI NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD AZIZUL BIN JAUDIN SETIAUSAHA : EN. MOHD SYAZILI BIN MAT BENDAHARI : EN. MURSHID BIN ARSHAD AJK GURU :- : EN. ABDUL RAHIM BIN MOHD YUSOFF PN. SURIAYATI BINTI MAT NOR PN. SITI RAHAYU BINTI ISMAIL JURUAUDIT SEKOLAH : PN. HAFIZAH BINTI OSMAN JURUAUDIT WARIS : PN. ZALELA BINTI SAID AJK WARIS :- KG TERAP : EN. MOHD YUSNI BIN MOHD YUSOFF KG BENDANG SARA : PN. SITI HAJAR BINTI AZIZAN KG BATU 10 : PN. ROSIMAH BINTI MD YUSOF KG BATU 12 : EN. MOHD SUHAIMI BIN MUHD. SHAFIAI EN. SAAD BIN YUSOF LDG. ANAK KULIM : EN. WAN AZRI SHAM BIN WAN AZME LDG SOMME : EN. ROSLAN BIN SAAD
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 6 JAWATANKUASA PELAKSANA A. PENASIHAT 1. EN HAFIZ BIN ISMAIL(PK1) B. PENGERUSI MESYUARAT 1. EN ALIAS BIN SA’ARI (YDP) C. PROTOKOL & PENYAMBUT TETAMU 1. EN MUHAMMAD NURJUWAIDI BIN JAAFAR (PK HEM) 2 PN SITI KHAIRULL NIZA BT RAMLI (PK KOKU) 3. EN ALIAS BIN SA’ARI (YDP) 4. EN MOHD AZIZUL BIN JAUDIN (NYDP) 5. AJK WARIS D. BUKU PROGRAM 1. PN KHAIRUL SAFRAH BT JAAFAR(K) 2. EN MOHD SYAZILI BIN MAT E. JURUACARA MAJLIS 1. EN AZZIHAN BIN RAMLI @ ISMAIL 2. EN MOHD HUSNI BIN MOHD. HANAPI F. SIARAYA & PA SISTEM 1. EN MURSHID BIN ARSHAD(K) 2. EN MOHD IZWAN BIN MOHD SABRI 3. EN MOHD SYAZILI BIN MAT G. BANNER/SLAID 1. PN KHAIRONNAJMI BT HARON(K) 2. PN MASSITA BT ABU BAKAR H. PERSIAPAN TEMPAT DAN PENTAS 1. EN MOHD AZIZUL BIN JAUDIN(K) 2. EN ABDUL RAHIM B. MOHD YUSOFF 3. MOHAMAD FARIQ B. OMAR 4. PN AMIRA NAJWA BT MOHD SANUSI 5. PN JURIZA BT A RAHMAN 6. PN ZUHANA BT SHAARI 7. PN ZAINATTUL AMIRA BT ZAINOL 8. PN ROHANI BT AHMAD ZAALI 9. EN MOHD SYAZILI BIN MAT I. MAKAN & MINUM GURU/WARIS 1. PN NOOR HAFIZAH BT MOHD ISA(K) 2. PN AZLINA BT ISHAK 3. PN NORZELITA BT ABD RASHID 4. CIK NORAZLIZA BT ZAKARIA 5. PN PONNMALAR A/P ALAGUMALAI 6. PN AZIZAH BT ABD.RAHIM 7. PN ANIS BT MAHAMAD 8. PN NORAINI BT MOHAMAD TAMIZI 9. AJK WARIS J. BACAAN DOA 1. UST FADZLULLAH BIN NORDIN K. PENDAFTARAN 1. PN HAFIZAH BT OSMAN(K) 2. PN SURIAYATI BT MAT NOR 3. PN NURUL NADIA BT AZMIN 4. PN JAMILAH BT HJ ABD RAHMAN 5. PN THERRESA A/P JOSEPH SAMYDAS L. FOTO & DOKUMENTASI 1. PN JAMILAH BT NORDIN(K) 2. PN SITI RAHAYU BT ISMAIL M. PENCATAT 1. WAN AIN NUR NABILAH BT WAN ZURAIDI 2. UST FADZLULLAH BIN NORDIN
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 7 8.30 pagi -Pendaftaran 8.40 pagi -Barisan AJK PIBG bersedia mengambil tempat 8.50 pagi -Bacaan Doa 9.00 pagi -Ucapan Aluan yang Dipertua PIBG (En. Alias Bin Saari) 9.10 pagi -Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG oleh En. Hafiz bin Ismail, Penolong Kanan Pentadbiran SK Terap (Wakil SK Terap) 9.20 pagi -Mesyuarat Agung bermula TENTATIF KALI KE-46 MESYUARAT AGUNG PIBG
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 8 AGENDA MESYUARAT 1) ALUAN PENGERUSI MESYUARAT (E. ALIAS BIN SAARI) 2) UCAPAN TUAN PENASIHAT (EN. HAFIZ BIN ISMAIL) 3) PEMBENTANGAN DAN PENERIMAAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LEPAS (2022) SETIAUSAHA MEMBENTANG MINIT MESYUARAT AGUNG 2022 (EN. MOHD SYAZILI BIN MAT) - CADANGAN PENERIMAAN - SOKONGAN UNTUK PENERIMAAN 4) LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2022 SETIAUSAHA MEMBACA LAPORAN AKTIVITI 2022 - CADANGAN PENERIMAAN - SOKONGAN UNTUK PENERIMAAN 5) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN TAHUN LEPAS (2022) BENDAHARI MEMBENTANG PENYATA KEWANGAN 2022 (ENCIK MURSHID ARSHAD) - CADANGAN PENGESAHAN - SOKONGAN UNTUK PENGESAHAN 6) PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN EN. HAFIZ BIN ISMAIL MEMBACA USUL ATAU CADANGAN SEKIRANYA ADA DAN MEMBERI RESPON PERKARA TERSEBUT. 7) HAL-HAL LAIN 8) MAKLUMAN PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2023/2024 - DIKEKALKAN 9) UCAPAN PENANGGUHAN SESI UCAPAN PENGGULUNGAN SERTA UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT. 10) MAJLIS BERSURAI
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 9 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 TAHUN 2022 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN TERAP 09800 SERDANG, KEDAH TARIKH : 21 MEI 2022 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI KEHADIRAN : 80 Orang 1. ALUAN PENGERUSI DAN UCAPAN PENASIHAT 1.1. En. Alias Bin Saari selaku pengerusi sementara mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar, Setiausaha PIBG, guru-guru serta waris-waris kerana sudi hadir ke Mesyuarat PIBG kali ke-45 bagi tahun 2022.Semua AJK PIBG mengambil tempat di atas pentas. 1.2. Tuan Penasihat iaitu Pn. Ruzaidah memaklumkan kecukupan guru iaitu 32 orang yang dibekalkan oleh pihak PPD. 2 orang PPM di Pra, 1 orang PPM baru Pendidikan Khas, 1 orang Juruteknik Komputer, 1orang PT dan 1 orang PO. 1.3. Perkongsian tentang kejayaan sekolah walaupun kekangan PKP, ucapan tahniah kepada unit KOKO terutamanya. Kerana telah memastikan murid mendapat sijil untuk diisi dalam PAJSK. Berikut kejayaan dalam unit KOKO 1.3.1. TKRS-Naib Johan Peringkat kebangsaan dalam perkhemahan. 1.3.2. TKRS-Johan Peringkat Daerah masakan Rimba 1.3.3. Pertandingan Rekorder- tempat ke3 peringkat negeri 1.3.4. Pengakap-Johan Tilawah 1.4. Penasihat juga telah memaklumkan kejayaan menyediakan minuman air bertapis yang boleh digunakan pada persekolahan pagi dan KAFA, Sumber kewangannya dari PIBG dan sekolah. 1.5. Isu Beg Berat KPM - PK 1 En Hafiz Telah memurnikan jadual waktu. 1.6. PBD dan laporan Al -Quran dan jawi berjalan seperti biasa dan tiada isu dari pihak waris. 2. MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Setiausaha iaitu En. Mohd Syazili Bin Mat membentangkan minit Mesyuarat Agung Kali Ke-44. Pn Massita binti Abu Bakar mencadangkan minit mesyuarat tersebut diterima dan disokong oleh En. Mat Suhaimi Shafie.
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 10 3. LAPORAN AKTIVITI 2021 3.1 Setiausaha melaporkan 7 aktiviti PIBG bagi tahun 2021 yang berjaya dilakukan dalam keadaan Pendemik dan mematuhi SOP. i. Mengadakan mesyuarat Pertama 17 Jan 2021 ii. Merancang aktiviti-aktiviti yang membantu kecemerlangan murid. iii. Bekerjasama dan membantu dalam semua program anjuran sekolah : - Edaran modul PDPR - Menyebarkan sebarang maklumat pihak sekolah kepada waris - Menyediakan minuman bagi peserta merentas desa 11.5.2022 iv. Bekerjasama dengan pihak sekolah bagi menyediakan penapis air di pondok rehat murid. v. Mesyuarat Agung Kali ke 44 (10.4.2022) vi. Mengurus jualan kedai Teknik yang menjual barang keperluan Pendidikan anak-anak. vii. Perbincangan Bersama guru Besar untuk mesyuarat Agong Kali ini. 3.2 Pn. Jamilah binti Abd. Rahman mencadangkan agar laporan aktiviti PIBG 2021 dan disokong oleh En. Husni bin Mohd Hanafi 4. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN YANG LALU 4.1 Bendahari PIBG iaitu En. Murshid Bin Arshad membentangkan penyata kewangan bagi tahun 2021. 4.2 Pn Siti Hajar binti Azizan mencadangkan penyata kewangan bagi tahun 2021 diterima dan disokong oleh Pn. Ramlah binti Che Mat. 5. PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN 5.1 Tiada usul bagi tahun ini 5.2 En Azihan b Ramli@Ismail mencadangkan usul keselamatan anak-anak yang membawa motor ke sekolah dan meletakkannya di pondok (tepi padang) dibincangkan. 5.2.1 Pengerusi sementara meminta pandangan ahli-ahli lain. 5.2.2 Penasihat mengulas isu ini: • Datang kesekolah membawa motor tanpa lesen dan parking di luar pagar, namun kawasan sekolah • Tempat berhimpun berbentuk negatif • Beberapa remaja berkumpul dan difahamkan ada pembekalan dadah di situ • Gangguan bagi pelajar KAFA waktu petang.
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 11 5.2.3 Penasihat meminta kata sepakat untuk merobohkan pondok kerana tiada keperluan untuk pihak sekolah dan bukan lagi tempat menunggu bagi waris kerana telah penuh dengan motor murid-murid. 5.2.4 Pihak sekolah akan keluarkan surat larangan membawa motor ke sekolah. 5.2.5 En. Mat Suhaimi bin Mat mencadangkan pondok tersebut dirobohkan. 5.2.6 En Saad menyatakan pondok itu berguna untuk murid sekolah menengah meletakkan motor untuk menunggu bas. 5.2.7 En Ahmad bin Awang mencadangkan agar kekalkan pondok namun pagar. (Siang dibuka, malam berkunci). 5.2.8 Ustaz Fadlullah mengulas tentang keselamatan motor yang diletakkan disitu agak diragui kerana pernah ternampak dua orang murid diwaktu pagi berkeliaran disitu. 5.2.9 En Saad mencadangkan agar pondok itu digunakan dengan baik, dari tidak digunakan, lebih baik digunakan. 5.2.10 Pn. Siti Hajar mencadangkan pondok tidak dirobohkan dan murid tidak dibenarkan membawa motor 5.2.11 Guru besar mengulas tentang cadangan memagar pondok tersebut apabila kewangan PIBG mencukupi atau sumbangan dana Khas untuk memagar pondok tersebut. • 28 ahli sokong robohkan pondok • 33 ahli sokong pagarkan pondok 5.2.12 Keputusan sebulat suara untuk memagar pondok tersebut. 6. PEMBUBARAN AJK PIBG TAHUN 2020/2021 En Alias selaku pengerusi sementara PIBG membubarkan AJK PIBG SK Terap bagi Tahun 2020/2021 pada jam 10.30 a.m. 7. PERLANTIKAN AJK PIBG TAHUN 2022/2023 Rujuk lampiran A 8. LAIN-LAIN HAL 8.1 Sumbangan PIBG kekal sebanyak RM 20 8.2 Sesi perkenalan Bersama AJK baharu
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 12 9. UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG iaitu En. Alias Bin Saari mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiausaha, bendahari dan Guru Besar. Beliau memohon kerjasama agar semua pihak dapat hadir bagi menjayakan sesuatu program yang dianjurkan atau dilaksanakan. Pencatat 1, Pencatat 2, ............................................... ............................................................. (Pn. Juriza binti A Rahman) (En. Fadhlulah bin Nordin) Disemak semula oleh, Disahkan oleh, ........................................... ................................ (En. Mohd Syazili Bin Mat) (En. Alias Bin Saari) Setiausaha PIBG SK Terap Yang Di Pertua PIBG SK Terap
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 13 1- Mengadakan mesyuarat AJK pertama 2022 (17 Feb 2022) 2- Mengadakan mesyuarat AJK ke 2 2022 (27 Nov 2022) 3- Mengadakan mesyuarat AJK ke 3 2022 (19 Feb 2023) 4- Merancang aktiviti-aktiviti membantu kecemerlangan murid. 5- Berkerjasama dan membantu dalam semua program anjuran/aktiviti sekolah. -Kerjasama mengadakan KARNIVAL KECEMERLANGAN SK TERAP. -mengadakan pertemuan dengan Penghulu membincangkan untuk membersihkan sungai tepian sekolah bagi mengelakkan dari banjir kilat. 6- Mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 (21 Mei 2022). 7- Berkerjasama dengan sekolah bagi mengurus bekalan dan jualan kedai teknik atau alat tulis sekolah. 8- Mengadakan perbincangan ringkas bersama guru-guru bagi melancarkan urusan mesyuarat AJK dan M.A.T LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2022
MESYUARAT AGU BAKI DI TANGAN = RM272.00 BAKI DI BANK = RM 12 DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH; ………………………………………… ……………………………………… (MURSHID BIN ARSHAD) (PN.HAFIZAH BT OSMAN) BENDAHARI PIBG 2021/22 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2021/22 PENYATA K PENYATA KEWANGAN PIBG ( 1 JA JUMLAH (RM) 1 1.1.2023 BAKI DIBAWA KE HADAPAN 2371.28 1 25.1.2023 2 11.2.2023 SEWA TAPAK 650.00 2 6.2.2023 3 11.2.2023 SUPA DUPA 25% 250.00 3 8.2.2023 4 11.2.2023 RUMAH HANTU 963.00 4 11.2.2023 5 11.2.2023 PHOTO BOOTH 79.00 5 11.2.2023 6 11.2.2023 GERAI PIBG 904.70 6 11.2.2023 7 15.2.2023 8 19.2.2023 9 13.5.2023 10 17.4.2023 11 24.5.2023 JUMLAH WANG MASUK 5217.98 1472 WANG MASUK BIL SUMBER DANA BIL
UNG PIBG 2023 14 200.69 DISEMAK OLEH DISAHKAN OLEH; …........................... …………………………………. PN ZALELA BT SAID EN ALIAS BIN SA'ARI PEMERIKSA KIRA-KIRA 2021/22 YDP PIBG SK TERAP KEWANGAN AN 2023 SEHINGGA 19 JUN 2023) JUMLAH (RM) BANNER HARI ANUGERAH CEMERLANG 260.00 RUMAH HANTU 350.00 HIASAN PENTAS DAN PHOTO BOOTH 149.00 PROP PHOTO BOOTH DAN CECAIR ASAP 40.00 CENDERAHATI UNTUK AGENSI 100.00 BARANGAN UNTUK JUALAN GERAI PIBG 576.29 JAMUAN MURID (NASI MINYAK DAN SEWA PERIUK BELANGA) 350.00 MAKAN DAN MINUM MESYUARAT KHAS AJK PIBG 80.00 BAYAR ENCIK GAMESH PEMBELIAN BUKU TULIS 1370.00 PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK 300.00 CENDERAHATI PERSARAAN GURU BESAR 170.00 JUMLAH WANG KELUAR 3745.29 2.69 WANG KELUAR
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 15 USUL PIBG 2023 BIL NAMA IBU/BAPA/WARIS AHMAD BIN AWANG SELAMAT 1 NAMA ANAK IZZARA YASMIN 3 DELIMA USUL/CADANGAN: • Adakah kelas pra pada tahun 2024 untuk umur 6 tahun sahaja atau 5 tahun juga dibenarkan memandangkan kelas pra sudah penuh sekarang untuk sesi 2024. 2 NAMA IBU/BAPA/WARIS ZUBIR MOHD YUSUF NAMA ANAK NUR AINA ZURINA BT ZUBIR 3 NILAM USUL/CADANGAN: 1. Saran pihak guard menjaga lalu lintas waris dan murid ketika waktu penghantaran dan pengambilan murid. 2. Berlaku pilih kasih pada pemberian rmt kepada murid 3. Jangan meletakkan jumlah(rm) kepada sumbangan yang dipohon daripada pelajar. 3 NAMA IBU/BAPA/WARIS ZUBIR MOHD YUSUF NAMA ANAK NUR ZUHAIRAH BT ZUBIR 5 DELIMA USUL/CADANGAN: 1. Minta pihak keselamanatn(guard) menjaga lalu lintas ketika waktu hadir dan pulang. 2. Minta pihak sekolah beri bantuan kepada pelajar yang betul tanpa memilih kepada murid yang disukai guru. 4 NAMA IBU/BAPA/WARIS ROZANA YAHYA NAMA ANAK NUR AQILAH ALISHA 6 DELIMA USUL/CADANGAN: • Bertanya adakah akan diwujudkan sistem peperiksaan upsr atau apa penilaian untuk murid tahun 6. 5 NAMA IBU/BAPA/WARIS JAAFAR HASHIM NAMA ANAK MOHD ADAM MUSLIM 6 NILAM USUL/CADANGAN: 1. Sekolah tiada paip (pili) bomba. 2. Sekolah tiada tong sampah. 3. Tempat pembuangan sampah skt berbau busuk dan berulat 5 NAMA IBU/BAPA/WARIS ZAITON MOHD HALIM NAMA ANAK DARNIAL FAZREIL 3 DELIMA USUL/CADANGAN: • Minta pihak sekolah sediakan kotak ( loker berkunci untk murid letak buku seterusnya tidak memberatkan beg murid
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 16 USUL PIBG 2023 6 NAMA IBU/BAPA/WARIS ANIS FADILA ZAKARIA NAMA ANAK NUR QALISYA AUNI 3 NILAM USUL/CADANGAN: • Buat laluan keluar masuk dua lorong bagi memudahkan hantar/ambiL anak. 7 NAMA IBU/BAPA/WARIS NOOR FAZILAH ABDUL RAHMAN NAMA ANAK MOHAMMAD AZFAR 4 DELIMA USUL/CADANGAN: • Jalan utama masuk dan keluar sempit. 8 NAMA IBU/BAPA/WARIS NOORASHIKIN MOHAMAD ZANON NAMA ANAK MUHAMAD LUTH KAASYAFF 1 DELIMA USUL/CADANGAN: 1. Cadang membalut meja murid (buat kutipan duit daripada waris) 2. Hentikan jualan makanan tidak sihat di kantin cth: sosej/nugget 9 NAMA IBU/BAPA/WARIS AMIRAH NAJWA BT SANUSI NAMA ANAK MOHAMMAD RAQEEB B AFIQ 1 DELIMA USUL/CADANGAN: 1. Menaikkan jumlah/kadar sumbangan pibg dari rm20 kepada rm30 2. Menetapkan sumbangan pibg mengikut bil anak/per kepala 9 NAMA IBU/BAPA/WARIS MASITAH MOHD TAJUDIN NAMA ANAK NUR AFINA 4 DELIMA USUL/CADANGAN: • Besarkan jalan untuk keluar masuk sekolah.
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 17 Seluruh warga SK Terap mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46. Yang Dipertua PIBG Naib Yang Dipertua PIBG AJK PIBG SK Terap Pentadbir SK Terap Para Ibu Bapa Guru-guru Staf Sokongan Sekalung Budi
MESYUARAT AGUNG PIBG 2023 18