The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syau2702, 2021-08-31 11:34:44

KAJIAN KES SEJARAH BAB6 TINGKATAN4

NURIN SYAURAH BINTI MOHD HASNAN

ANCAMAN KOMUNIS DAN PERISYTIHARAAN DARURAT
NAMA: NURIN SYAURAH BINTI MOHD HASNAN
KELAS: 4 CAMBRIDGGE
NO. MAKTAB: CP 180024

ISI KANDUNGAN: PERKARA CATATAN
BIL: TARIKH
1. 10 JULAI 2021 Menerima taklimat daripada /
guru subjek Sejarah berkaitan
2. 11 JULAI 2021
penulisan tugasan
3. 12 JULAI 2021
4. 13 JULAI 2021 Membuat rujukan awal ke laman /
5. 14 JULAI 2021 web yang berkaitan dengan
6. 27 JULAI 2021
tajuk tugasan
7. 31 JULAI 2021
Mengenalpasti cara penulisan /
tugasan

Menetukan tajuk penulisan /
tugasan

Membuat rujukan lanjut /

berkkaitan dengan tajuk tugasan

Memyiapkan kajian kes dengan /
perara-perkara yang perlu ada di

dalamnya seperti

pendahulaun,pengenalan dan

rumusan

Mengemskini dan menghantar /
tugasan

OBJEKTIF KAJIAN:

Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk memberi kefahaman yang lebih kepada pelajar
dalam bab 6. Pelajar juga sekaligus dapat mengulangkaji pelajaran bab 6 yang telah diajar
oleh guru matapelajaran sejarah masing-masing. Hal ini, pelajar dapat bersiap sedia dalam
peperiksaan SPM yang akan dihadapi pada tahun hadapan.

KAEDAH KAJIAN:

1. Melayari internet
➢ Saya telah melayari beberapa halaman internet bagi mengukuhkan lagi kefahaman

saya terhadap pelajaran bab6 iaitu Ancaman Komunis dan Perisytiharan Darurat.

2. Merujuk buku teks tingkatan 4
➢ Saya sering kali merujuk buku teks tingkatan 4 KSSM tentang bab 6 iaitu Ancaman

Komunis Dan Pengisytiharan Darurat bagi menjawab soalan-soalan yang
dinyatakan.

3. Bimbingan guru
➢ Saya akan mengajuakn soalan kepada guru meta pelajaran saya sekiranya terdapat

kemunsykilan dan keraguan semasa menyiapkan tugasan kajian kes ini.

PENDAHULUAN:

Dalam bab 6 tajuk Ancaman Komunis Dan Perisytiharan Darurat menerangkan tentang
perkembangan pengaruh komunis di negara kita sebelum perang dunia kedua. Pelbagai
tindakan yang dilakukan oleh komunis bagi melumpuhkan ekonomi negara dan menggugat
kestabilan politik. Matlamat komunis adalah untuk merampas kuasa daripada British dan
menggantikannnya dengan sebuah Republik Komunis. Zaman darurat telah membawa
pelbagai kesan kepada politik, ekonomi ndan social di negara kita. Darurat ini diikuti dengan
penarikan hak-hak sivil (bukan semua hak-hak sivil), pemberian kuasa istimewa kepada
pihak polis, dan langkah-langkah lain. Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik
yang berlaku di antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula
dari penyerahan Jepun pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak PKM dan
kerajaan Malaysia ditandatangani pada Disember 1989.

CARA KEMASUKAN PENGARUH KOMUNIS KE NEGARA KITA
➢ Kemasukan pengaruh komunis ke negara kita terbahagi kepada dua iaitu
kemasukan dari china dan kemasukan dari Indonesia. Bermulanya ideologi komunis
di negara kita sejak awal 1920-an melalui cawangan Parti Kuomintang (KMT) yang
beribu pejabat di China. Menjelang tahun 1924, cawangan KMT ditubuhkan pada
hampir setiap bandar di negeri Melayu bagi menyebarkan pengaruh komunis. Main
School ditubuhkan dan bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan
Parrti KOmunis China (PKC). Pada tahun 1927, perpecahan berlaku antara KMT
dengan PKC. Maka, The Communist International (Comintern) di Moscow
mengarahkan Parti Komunis Nanyang (PKN) ditubuhkan pada tahun 1928. Namun
begitu, PKN tidak Berjaya mencapai matlamatnya. Keadaan ini mendorong
Comintern Mengarahkan penubuhan parti baharu, Parti Komunis Malaya (PKM).
Pada tahun 1920 juga, pemimpin komunis dari Indonesia seperti Tan Malak dan
Alimin menyebarkan kefahaman komunis di Seberang Perai, Pulau Pinang, Perak
Utara dan Kedah. Kegagalan Parti Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa
pada 1926 menyebabkan PKI membuka cawangan di Tanah Melayu. Akibat
menggunakan kekerasan orang Melayu enggan memberikan sambutan kepada
mereka.

PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH KOMUNIS UNTUK MENGGUGAT KEAMANAN
DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

1) KOMUNIS MELUMPUHKAN EKONOMI
➢ Dari tahun 1948 hingga tahun 1956, komunis menyerang 80 lombong bijih timah

anataranya di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan. Mereka merosakkan pokok
getah, kilang estet, rumah asap,rumah kongsi , kedai dan sekolah serta membunuh
pekerja.

2) KOMUNIS MEROSAKKAN INFRASTRUKTUR
➢ Komunis menjalankan pelbagai kegiatan sabotaj terhadap kemudahan asas,

terutama system pengangkutan dan perhubungan. Mereka mengebom,
merosakkan dan mengalihkan landasan kereta api. Kenderaan yang melalui jalan
raya pula ditembak dan dibakar. Mereka turit mensabotaj kemudahan telefon dan
telegraf serta merosakkan paip air. Seterusnya, mereka bertindak menyerang
pekerja awam yang ditugaskan untuk membaiki jalan raya, memasang paip air,
membina sistem pengairan dan pekerja yang menjalankan penyelidikan di tapak
skim hidroelektrik. Keadaan ini menjejaskan kehidupan harian penduduk tempatan
keran infrastruktur tidak dapat diselenggara dengan baik.

3) KOMUNIS MENGANCAM KESELAMATAN RAKYAT
➢ Komunis mengugut,mensabotaj, menyerang, melakukan kekejaman, menganiaya,

menculik, merampas, membakar harta benda dan membunuh penduduk yang
enggan bekerjasama. Pada malam 5 Julai 1949, Komunis mencampakkan bom
tangan di Sheum Circus, Kampar, Perak. Akibatnya seramai 46 orang cedera parah
dan empat orang mati.

4) KOMUNIS MENGANCAM PASUKAN KESELAMATAN
➢ Parti Komunis Malaya (PKM) menyasarkan pasukan keselamatan daan menyerang

balai polis. Tindakan inindilakukan untuk mencetuskan keadaan yang huru-hara dan
menunjukkan ketidakupayaan kerajaan untuk melindungi keselamatan penduduk.

CARA DAN KAEDAH KERAJAAN UNTUK MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS PADA
MASA TERSEBUT

➢ PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG DARURAT


▪ sebarang perbicaraan.
▪ Mengetatakan undang-undang senjata api dengan mengenakan hukuman mati

terhadap mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan.
▪ Mengharamkan PKM dan parti politik berkefahaman radikal. Antaranya,

termasuklah AWAS, Ikatan Pembela Tanah Air (PETA), Pemuda Radikal Melayu
(PERAM), PKMM dan Hizbul MUslimin.
▪ Mengenakan hukuman berat kepada sesiapa sahaja yang membantu komunis
▪ Menggeledah rumah kediaman, memagar kampong, mengadakan perintah
berkurung mewujudkan kampong baru dam memindahkan serta menempatkan
penduduk.
▪ Menangkap pemimpin gerakan radiakl seperti Ahmad Boestamam, Ishak Haji
Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Khatijah Sidek.

➢ PEMERKASAN PASUKAN KESELAMATAN
❖ POLIS
• Cawangan Khas
▪ Pada Ogos 1950, Guy C. Madoc dilantik mengetuai badan
perisikan. Beliau menubuhkan Cawangan Khas (Special
Branch) yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada
pasukan polis.
• Special Constable (SC)
▪ Ditubuhkan pada 1948 semasa Rancangan Briggs
dilaksanakan. 24 ribu orang SC dilatih dan dihantar ke
kawasan lombong. Menjadi barisdan hadapan menghadapi
ancaman komunis.
• Polis Hutan
▪ Memburu komunis, membuat rondaan di pinggir hutan,
membawa bekalan makanan kepada pasukan yang bertugas
di dallam hutan dan menjaga kubu.
• Polis Wanita
▪ Ditubuhkan pada Ogos 1955. Barbara D.R. Wentworth
merupakan pegawai polis wanita pertama
• Senoi Praaq
▪ Mengesan tempat persembunyian komunis di dalam hutan.
• Auxiliary Police
▪ Mempertahankan bandar dan kampung daripada serangan
komunis.

❖ TENTERA
• Pasukan Askar Melayu
▪ Membanteras gerila komunis di dalam hutan. Memusnahkan
kubu operasi komunis.
• Pasukan Askar Komanwel

▪ Membantu dalam usaha memeerangi komunis
• Serawak Rangers

▪ Terdiri daripada orang Iban. Menjejak persembunyian
komunis di dalam hutan. Mahir dalam selok belok hutan.

❖ SUKARELAWAN
• Home Guard
▪ Pasukan pengawaal kampung. Membantu menyekat
pergerakan bekalan makanan dan ubatan daripada jatuh ke
tangan komunis. Membantu dalam usaha mengamankan
kampung dan melindungi pekerja lombong bijih timah
daripada serangan komunis

➢ PENDAFTARAN KEBANGSAAN DAN KAD PENGENALAN
• Memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan
komunis. Setiap orang berusia 12 tahun ke atas dikehendaki
mendaftar dirinkepada pihak berkuasa. Orang awam perlu
membawa kad pengenalan kemana-mana sahaja.

➢ RANCANGAN BRIGGS
• Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs dilantik menjadi pengarah
operasi. Memutuskan hubungan PKM dan Min Yuen yang
membekalkan makanan, senjata , maklumat dan ubat-ubatan kepada
PKM.

➢ TAWARAN PENGAMPUNAN
• Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pengampunan diedarkan dalam
Bahasa Cina, Melayu dan Tamil.

➢ KEMPEN BULAN RAKYAT MELAWAN PENJAHAT
• Melibatkan rakyat berbilang kaum yang bekerjasama menentang
komunis. Pelaksanaan kempen tersebut dapat menggalakkan
interaksi dan mengeratkan hubungan antara kaum.

➢ PERINTAH BERKURUNG
• Melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu.
Dikenakan terhadap penduduk yang enggan bekerjasama dengan
pihak berkuasa untuk membanteras ancaman komunis.

➢ PERANG SARAF
• Rancangan British untuk menghapuskan komunis melalui usaha
memenangi hati dan fikiran rakyat. Memenangi hati dan fikiran
penduduk tempatan supaya mereka bekerjasama dengan pihak
kerajaan dan menyampaikan segala maklumat tentang komunis.

▪ Mengadakan Lawatan
▪ Melonggarkan Syarat Kewarganegaraan
▪ Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
▪ Menawarkan Hadiah Wang Tunai
▪ Memenangi Kepercayaan Orang Asli
▪ Memajukan Perkhidmatan Penerangan
▪ Memperkenalkan Kawasan Hitam Dan Kawasan Putih

➢ RUNDINGAN BALING
• Mengadakan pertemuan dengan pemimpin PKM. Tunku Abdul
Rahman meminta Chen Peng membubarkan PKM, meletakkan
senjata dan menyerah diri. Akan tetapi rundingan tersebut menemui
kegagalan.

SEBAGAI PELAJAR SEJARAH YANG PINTAR, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK
MENGEKALKAN KEDAMAIAN DAN KEMAKMURAN YANG KITA BINA PADA HARI
INI.

➢ Sebagai pelajar sejarah yang pintar, cara untuk mengekalkan kedamaian dan
kemakmuran yang kita bina pada hari ini adalah dengan sentiasa membaca atau
menonton perkara-perkara yang berunsurkan patriotik atau kemerdekaan. Hal ini
demikian supaya, anak-anak muda pada zaman ini dapat menghayati dan
mensyukuri kemerdekaan yang dikecapi pada hari ini. Oleh itu, mereka akan
menjaga pertalaian yang baik di antara kaum kerana mereka pasti sekiranya mereka
menjadi duri dalam daging kepada negara sendiri, mereka tidak dapat
mempertahankan kemerdekaan pada hari ini. Kesannya, lebih kurang pergaduhan
antara kaum yang berlaku dan negara menjadi makmur. Kesimpulannya, anak-anak
muda perlu dididik dengan perkara yang dapat menyumbang kepada negara.

MENGAPAKAH GENERASI MUDA PADA HARI INI PERLU MENGHAYATI DAN
MENGAMBIL IKTIBAR PERJUANGAN PEMIMPIN DALAM USAHA UNTUK
MENDAPATKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU
➢ Generasi muda pada hari ini perlu menghayati dan mengambil iktibar perjuangan

pemimpin dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu supaya
tidak mengulangi kesilapan yang sama yang dilakukan seperti nenek moyang

mereka terdahulu. Oleh itu, mereka akan sentiasa bersiap-sedia dengan segala
kemungkinan yang bakal berlaku. Tambahan pula, generasi muda inilah yang akan
menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. Kesannya,kebarangkalian Malaysia
untuk dijajah sekali lagi adalah sedikit kerana semangat patriotic mereka yang kuat.
Jika bukan kita yang memajukan dan menjaga neagara siapa lagi yang kita
harapkan? Kesimpulannya, setiap orang wajarlah mengambil inisiatif untuk
mempertingkat semangat patriotic terutama kepada anak-anak muda generasi kini.

RUMUSAN

1. Antara pengetahuan yang saya peroleh ialah kita sebagai rakyat Malaysia
haruslah tidak mengulangi kesilapan yang sama supaya tidak berlaku
peristiwa yang sama. Kita hemdaklah menjadi lebih pintar dan tidak mudah
percaya kepada mana-mana berita yang belum pasti kesahihannya. Kita juga
hendaaklah mengambil tindakan secepat mungkin sekiranya berlakku apa-
apa permusuhan.

2. Nilai-nilai murni yang saya perolehi semasa membuat kajian ini adalah:
• Nilai kerjasama.
• Nilai kepimpinan
• Nilai kebijaksanaan

3. Saya berharap agar Malaysia dapat menjadi negara yang lebih maju dan
bekerjasama pada suatu hari nanti. Saya juga berharap agar anak-anak
muda Malaysia mempunyai keinginan untuk memajukan dan
membanggakan Malaysia supaya dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan negara maju yang lain. Hal ini kerana, anak-anak muda inilah
yang akan menjadi pemimpin negara suatu hari nanti. Jika bukan mereka
siapa lagi yang kita harapkan. Saya juga berharap agar bangsa di Malaysia
dapat menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain sebagai satu
tanah air yang dipunyai secara bersama.

SUMBER RUJUKAN

1. BUKU TEKS:
• Ridzuan bin Hasan
• Sharifah Afidah binti Syed Hamid
• Muslimin bin Fadzil
• Subramaniam A/L Raman

▪ 2019
❖ SEJARAH TINGKATAN 4
➢ Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 Kuala Lumpur

2. INTERNET:
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Darurat_Tanah_Melayu
• https://question.pandai.org/note/read/kssm-sj-10-06/KSSM-F4-SJ-06-01
• http://repo.uum.edu.my/3166/1/S2.pdf
• https://youtu.be/3igUZz8E8Cs


Click to View FlipBook Version