The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norziaton twin sis, 2021-07-18 20:35:13

SI TANGGANG ANAK DERHAKA

SI TANGGANG ANAK DERHAKA

”SI TANGGANG ANAK DERHAKA”
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai
mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku
anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba
benci melihatnya!”

Hai kawan-kawan,

Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang
terhadap ibunya dalam kisah ” Si Tanggang Anak Derhaka”
yang akan saya ceritakan pada hari ini.

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung yang terpencil
terdapat sebuah keluarga yang miskin. Di dalam keluarga
tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang
bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak
kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya
yang sedang menyapu di halaman rumah...

” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa
eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari

1

kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah
dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh
ibu...”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat
anak kesayangannya itu.

”Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang...
kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...”

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan
oleh anaknya Si Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si
Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan
berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi
Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya
dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik
jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si
Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan
miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta
bersam Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar berniaga.
Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah
berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya. Berita
kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-

2

orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan
berita kepulangan anaknya kesayangannya itu. Tanpa
berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang
dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk
berjumpa anak kesayangannya itu.

” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi
ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu
nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua
itu. Dia berasa malu kepada isterinya untuk mengaku
perempuan yang tua dan hodoh itu ibu kandungnya. Lalu Si
Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai
mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku
anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba
benci melihatnya!”

3

Kerana terlalu sedíh, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila
dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun
mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit
di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru
lepada Tuhan;

“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah
anakku yang kususui dari sususku ini dan yang ku didik dari
sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak
yang durhaka!!!”

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat dasyat telah turun.
Kilat dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-
tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam
bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si
Tanggang melaung.....

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang
bu.... Tanggang ini anak ibu........ ibu
ampunkan Tanggang bu..... Ampunkan
Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”

4

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-
orang di dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang,
isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada
penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....
Kawan-kawan sekalian,
Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang
budi dan menderhaka kepada kedua orang tuanya yang telah
bersusah payah mendidik dan membesar dari kecil hingga ke
dewasa.

Terang bulan di malam sepi,
Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.
Sekian, terima kasih

5


Click to View FlipBook Version