The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

teks pidato rukun negara sk tengkera 1 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norziaton twin sis, 2023-05-31 04:35:11

teks pidato rukun negara sk tengkera 1 2023

teks pidato rukun negara sk tengkera 1 2023

1 c Pes erta Teks pidato cata tan AB Singgah di kedai membeli soto, (A) Soto dibeli di Kedai Mak Ani, (B) Kalau Tidak Kerana Pidato,(A) Tak Akan Kami Berada Di Sini (B) AB Assalammualaikum, Salam Sejahtera (A) Mukadimah Bicara (B) A Tuan Pengerusi Majlis Yang Kami Hormati, B Barisan panel hakim yang penuh cakna, A Penjaga Masa Yang Setia dengan Randiknya B Def-def Kehormat serta warga hadirin sekalian. AB ”Rukun Negara Asas Perpaduan”. (Serentak bersama-sama) . A Begitulah bunyi tajuk pidato kami hari ini. Saudara dan saudari. Secara tuntasnya atau definisi seluruhnya, pidato yang akan kami dendangkan, Rukun Negara adalah satu rangkaian prinsip-prinsip yang membentuk asas kepada keharmonian dan kestabilan negara Malaysia. Ia diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai satu usaha untuk memupuk semangat perpaduan dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. B Hadirin yang saya hormati, Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan kepercayaan yang berbeza. Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat dan membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA 2023


2 harmoni di bawah bumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza. A Hasil pemikiran Majlis Perundingan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein, maka lahirlah Rukun Negara sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat yang bersatu padu, adil dan harmoni. Menurut Tun Abdul Razak, “Adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat ,tetapi juga diamalkan dengan sepenuhnya dan segala hikmat-hikmat yang terkandung di sebalik tiaptiap perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging”. Sehubungan itu, Rukun Negara telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah pada 31 Ogos 1970. Antara tujuan Rukun Negara adalah untuk dijadikan prinsip hidup semua rakyat negara ini dan menjamin perpaduan kaum dan keamanan negara. B Mari kita telusuri prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara yang dapat menjamin perpaduan negara. Prinsip pertama, Kepercayaan kepada tuhan. Semua agama menyeru umatnya, melakukan kebaikan sesama manusia. Ini akan melahirkan sikap toleransi, yang amat tinggi. yang akan menyedarkan umatnya, bahawa setiap perlakuan ada batasnya, Kerana ada hukuman dan balasannya. Sidang dewan sekalian, Kerana itulah negara kita banyak mengadakan, acara keagaamaan dan perayaan, Kita ada Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, dan kita juga ada kongsi raya. Mengapa semua ini diadakan? Kerana kita percaya, perayaan keagamaan ini, dapat membentuk kerjasama sejati serta perpaduan murni.


3 A Sidang dewan yang budiman, Prinsip yang kedua di bawah naungan kata, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Raja adalah pemerintah negara yang tertinggi, Kaitan kedua-duanya sangat rapat sekali, Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki, untuk mentaati Raja dan Negara. Setiap negeri, mempunyai lagunya sendiri, Yang senikatanya memuji dan menghargai, Raja dan negeri. Kerana itulah lagu negeri, wajib dinyanyikan setiap minggu sekali, Bagi menanam semangat kesetiaan terhadap raja dan negeri serta negara. Sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya. Tidak dapat disangkal lagi, bahawa prinsip rukun negara kesetiaan kepada raja dan negara, dapat membentuk jati semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. B Seterusnya hadirin sekalian, prinsip rukun negara yang ketiga dan keempat, Keluhuran perlembagaan dan Kedaulatan undang-undang Negara kita yang berdaulat ini, mempunyai perlembagaannya sendiri, dan undang-undang yang mantap serta tepat, mampu menjadi aspirasi negara yang hebat, Bagi melahirkan masyarakat yang seimbang, dan bersatu padu. Perlembagaan dan undang-undang sentiasa dipelihara sebagai wadah untuk memastikan perpaduan sesama kaum diamalkan. Kerana itulah perlembagaan dan undang-undag negara, mesti dipelihara dan diawasi setiap A Hadirin yang disanjungi, Prinsip yang terakhir iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan. Prinsip kelima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara masa.


4 satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang berkualiti dan memantapkan perpaduan sesame rakyat. AB Kesimpulannya, Rukun Negara adalah penting dalam membentuk perpaduan dan keharmonian di Malaysia. (A) Lima prinsip utama Rukun Negara membantu kita memahami nilai-nilai yang penting dalam membina negara yang stabil dan sejahtera. (B) Kita semua harus memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjaga keamanan dan keharmonian di Malaysia. (A) AB Sekian dari kami. Terima kasih. (Sama-sama sebut)


Click to View FlipBook Version