KISAH KELDAI
YANG SELALU
DIPERBODOHKAN
DIBUAT OLEH: MUHAMMAD NAJWAN
MONICA MAH
ALYA IRDINA
Di sebuah hutan rimba, terdapat seekor
keldai yang selalu diperbodohkan oleh
haiwan-haiwan lain di hutan rimba itu.
Keldai itu selalu menjadi mangsa kepada
haiwan-haiwan di situ. Dia selalu dihina
dan diperlekehkan kerana sifatnya yang
lurus bendul dan bodoh.
Pada suatu pagi yang cerah, Si Keldai berjalan-jalan ke
tepian sungai untuk mencari makanan. Setelah sekian
lama dia berjalan, akhirnya dia ternampak serangkai
buah rambutan yang masih kemerahan. Si Keldai
bergegas secepat mungkin berjalan kearah buah
rambutan itu untuk memakannya.
Namun tanpa disedari, Si Keldai ternampak seekor
binatang yang berlari pecut kearah buah rambutan
tersebut. Si Keldai terpaku melihat kelajuan binatang
itu yang dikenali sebagai Si Arnab. Si Arnab yang
pantas terus meluru kearah rambutan tersebut.
“Wahai Si Keldai, buah rambutan ini tidak elok kalau kau makan.”
Kata Si Arnab sambil tersenyum.
“Kenapa tak elok Arnab?” Tanya Keldai dengan muka gusar.
“Buah rambutan itu beracun, kalau kau makan mesti kau sakit
nanti”. Kata Si Arnab kepada Si Keldai yang bodoh itu.
“Betul Keldai, haritu tikus makan rambutan ini dan dia jatuh sakit”.
Ujar Arnab sambil ketawakan Keldai tersebut.
“Baiklah Arnab, aku tak nak makan buah rambutan ni. Nanti aku
jatuh sakit susah lah aku nanti”. Ujar Keldai dengan riak wajah yang
gelisah.
Lantasnya, Si Keldai berlalu pulang dari
tempat tersebut. Keldai itu tertipu dengan
kata-kata Si Arnab tersebut. Si Keldai pulang
dengan perut yang kosong kerana terpedaya
dengan kata-kata itu.
“Sebenarnya buah rambutan ini tak beracun
pun wahai Si Keldai yang bodoh. Untung aku
hari ini dapat makanan percuma”. Kata Si
Arnab di dalam hati.
“Kenapalah kau ini lurus sangat Si Keldai”.
Tambah Si Arnab lagi.
Pada keesokkan harinya, Si Keldai berjalan-jalan lagi di
tepian sungai untuk mencari makanan. Ketika berjalan-
jalan, beliau ternampak buah ciku yang sudah masak. Si
Keldai bergegas kearah ciku tersebut namun sekali lagi
dia terserempak dengan Si Arnab. Pada ketika itu Keldai
sudah menghampiri buah tersebut namun di halangan
oleh Si Arnab.
“Keldai tunggu”. Jerit Arnab dengan kuat.
“Kenapa Arnab”. Jawab Keldai dengan lemah lembut.
“Buah ini berbahaya untuk kau makan”. Balas Si Arnab.
“Kenapa, aku tengok binatang lain elok sahaja makan
buah ini”. Ujar Si Keldai.
“Percaya kata aku, buah ini boleh buat kau sakit perut
nanti”. Kata Arnab dengan muka yang menyakinkan.
Lalu Keldai itu percaya dan kecewa kerana sudah dua hari dia
tidak makan. Si Arnab tertawa kepada Keldai kerana mudah
tertipu dengan kata-katanya. Dalam perjalanan Si Keldai pulang
ke rumahnya, Si Arnab memanggil Si Keldai tersebut. Arnab
terfikir untuk menipu Keldai itu sekali lagi. Arnab seronok
melihat keadaan Keldai yang sentiasa termakan helah dan tipu
daya beliau
“Keldai, kau tahu pada esok hari Raja Rimba nak buat jamuan besar-besaran.”
Kata Arnab kepada Keldai.
“Betul ke Arnab, aku sudah dua hari tak makan ni.” Balas Keldai dengan perasaan
yang amat gembira.
“Betul Keldai, esok kau boleh makan banyak buah dan binatang. Esok apa saja
yang kau nak makan, kau boleh ambik.” Ujar Arnab sambil tersenyum-senyum.
“Macam mana aku nak pergi esok Arnab? Aku dah la tak tahu apa-apa tentang
jamuan ini”. Kata Keldai.
“Takpe esok aku akan jemput kau, kita pergi sama-sama ke jamuan itu.” Kata
Arnab kepada Keldai.
Lalu Keldai beransur pulang ke rumahnya. Riak wajah Keldai
kelihatan gembira kerana di dalam fikirannya dia hanya
terfikirkan tentang makanan sahaja. Namun jamuan yang
diperkatakan oleh Arnab ini hanyalah muslihat semata-mata.
Jamuan yang dicakapkan oleh Arnab kepada Keldai itu hanyalah
penipuan sahaja. Arnab tidak berhenti-henti ketawa setelah
Kerdal beransur-ansur pulang.
“Kalau aku buat perangkap untuk Keldai seronok jugak”.
Fikir Arnab di dalam hati.
“Kalau aku gali lubang ini pasti aku boleh bodohkan Si
Keldai supaya di terjatuh di dalam lubang ini”. Fikir Si Arnab
di dalam hati lagi.
Setelah itu, Arnab pun melalui sebatang jalan yang suram.
Arnab yang ingin memperbodohkan Keldai telah pun
mengali satu lubang yang besar menggunakan kayu.
Selepas itu Arnab mengambil daun-daun
dan meletakkan di atas lubang tersebut.
Arnab juga meletakkan daun-daun di atas
tanah bagi mengelirukan Si Keldai yang
bodoh itu.
“Pasti Si Keldai akan jatuh di dalam lubang
ini”. Ujar Si Arnab sambil tergelak-gelak.
Pada keesokkan harinya, Si Arnab menjemput Si
Keldai untuk pergi ke jamuan makan-makan yang
tidak wujud itu. Keldai pada ketika itu sungguh
gembira untuk hadir ke jamuan tersebut. Tidak lama
kemudian mereka pun beransur pergi
Arnab membawa Si Keldai melalui jalan yang mempunyai perangkap itu tadi.
Setiba sahaja mereka di perangkap yang dibuat oleh Arnab pada hari kelmarin,
Arnab terlupa mana satu daun yang mempunyai lubang yang dalam itu.
“Ahhh, daun yang mana satu ada lubang ni”. Fikir Si Arnab.
“Aku rasa lubang tu ada di sebelah kiri”. Fikir Si Arnab lagi.
Selepas itu Arnab pun memulakan muslihat jahatnya kepada Si Keldai yang
bodoh itu.
“Keldai cuba kau tengok daun-daun di atas tanah itu, aku rasa mesti ada salah
satu lubang di bawah daun-daun yang tebal ini”. Kata Arnab kepada Keldai.
“Macam mana ni Arnab, daun yang mana satu tiada lubang? Tanya Keldai dengan
gelisah.
“Apa kata kita lalu di atas daun di sebelah kiri ini, aku rasa di sebelah sini tiada
lubang”. Kata Arnab sambil menahan ketawanya.
Setelah itu, mereka berjalan melalui daun tersebut namun Si Arnab
mengubah laluannya ke daun yang berada di sebelah kanan dengan pantas.
Setelah berjalan di atas daun tersebut tiba-tiba Arnab termasuk ke
perangkap yang dibuat olehnya.
Si Keldai terkejut melihat Arnab tersebut.
“Ahhh, tolong-tolong”. Jerit Arnab sekuat hati.
“Arnab kenapa engkau menukar arah. Apa yang patut aku buat? Tanya
Keldai kepada Arnab.
“Tolong aku Keldai, aku terjatuh dalam lubang dalam ini”.Jerit Arnab.
“Macam mana aku boleh tolong kau? Tanya Si Keldai sekali lagi.
“Pergi dapatkan bantuan untuk aku”. Kata Arnab tersebut.
Setelah itu, Keldai bergegas mencari pertolongan untuk Arnab. Keldai
menjerit meminta pertolongan, “Tolong-tolong, Arnab jatuh dalam lubang”.
Keldai menjerit sepenuh hatinya. Raja Rimba yang mendengar menjerit
Keldai terus mencari dari mana datangnya suara yang meminta pertolong
tersebut. Raja Rimba bergegas meluru kearah Si Keldai.
“Apa yang berlaku wahai Si Keldai?” Tanya Raja Rimba kepada Si Keldai.
“Arnab jatuh lubang”. Kata Si Keldai dengan muka gelisah.
“Di mana?” Tanya Raja Rimba lagi.
Lalu mereka berdua bergegas ke lubang itu. Raja Rimba memangil
beberapa ekor binatang lagi untuk membantu Si Arnab. Setelah sampai ke
lubang itu, binatang-binatang lain membaling seutas tali ke dalam lubang
tersebut untuk menaikkan Si Arnab. Mereka sedaya upaya membantu Si
Arnab tersebut. Arnab berjaya dinaikkan tetapi terdapat sedikit kesan luka
di kaki Si Arnab.
“Kamu berdua hendak pergi ke mana?” Tanya Raja Rimba.
“Kami berdua hendak pergi ke jamuan”. Balas Si Keldai.
“Siapa yang buat jamuan? Aku tidak tahu apa-apa pun tentang jamuan di
rimba ini. Balas Raja Rimba.
“Arnab cakap jamuan itu, kau yang buat. Kata Si Keldai itu.
Raja rimba berasa hairan ketika Si Keldai berkata begitu.
“Siapa yang cakap aku ada buat jamuan”. Tanya Raja Rimba kepada Arnab.
“Aku sebenarnya nak menipu Keldai.” Jawab Arnab sambil tergagap-gagap.
“Ini lah balasan kau Arnab, suka menipu sangat dan membodohkan
binatang lain.” Balas Raja Rimba dalam keadaan yang marah.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Peribahasa
ini sesuai dengan situasi yang berlaku di antara Arnab dan Keldai di mana
walaupun banyak kali Arnab menipu Keldai tetapi akhirnya dirinya sendiri
termakan umpan yang dibuatnya. Arnab amat menyesali dengan
perbuatannya yang ingin memperbodohkan Si Keldai tersebut.
“Aku minta maaf Keldai sebab aku tipu kau.” Kata Arnab kepada Keldai
dengan sayu hati.
“Takpe Arnab aku tak ambil hati pun dengan aku.” Balas Keldai.
“Kau maafkan aku tak?” Tanya Si Arnab dengan riak wajah yang kecewa.
“Aku maafkan kau.” Balas Keldai sambil tersenyum.
Setelah kejadian tersebut, Arnab dan Keldai menjadi kawan rapat. Ke
mana sahaja mereka pergi, pasti mereka berdua akan berjalan sekali.
Arnab berjanji tidak akan lagi memperbodohkan Si Keldai tersebut.