The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1108-15-iman, 2022-03-27 04:17:43

INTISARI SELOKA PAK KADUK

INTISARI ISI SELOKA PAK KADUK

INTISARI
ISI SELOKA
PAK KADUK



Seloka ini mengenai nasib malang yang menimpa
Pak Kaduk. Kemenangan yang dicapai hanya
pada nama namun hakikatnya kerugian tetap
dialaminya. Hal ini kerana Pak Kaduk telah
memenangi ayam tetapi malangnya kampung
telah tergadai.

Sesuatu yang menjadi miliknya hilang atau
musnah. Rezeki yang menjadi miliknya (ada nasi
dicurahkan atau dibuang). Kesannya
mengakibatkan kelaparan kerana tidak
mensyukuri nikmat serta rezeki yang telah
diberikan.

'' Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang;
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput,''

Maksudnya : melakukan sesuatu tindakan atau
perbuatan yang membawa masalah kepada diri
sendiri. Pak Kaduk tidak dapat menyesuaikan diri
dengan menyesuaikan suasana dan keadaan bagi
memudahkan sesuatu pekerjaan

Pak Kaduk mundik atau berkayuh ke hulu
sungai ketika air surut. Hal ini bermakna
Pak Kaduk terpaksa melawan arus sungai
yang deras ( menongkah surut)

Sebaliknya, ketika air pasang Pak Kaduk
berkayuh pula ke hilir. Perbuatan Pak
Kaduk itu sudah tentu memenatkan serta
mengambil masa yang agak lama

''Ada rumah bertandang duduk''
Maksud : Walaupun Pak Kaduk memiliki
rumah sendiri, tetapi disebabkan nasib
malangnya akhirnya Pak Kaduk tinggal dan
menumpang di rumah orang lain

PENGAJARAN

Memberi pengajaran dan ikhtibar agar kita
jangan sesekali terlibat dengan kegiatan
perjudian kerana amalan ini bukan sahaja
salah di isi agama Islam tetapi akan membawa
kesan buruk

Kita janganlah mengharapkan kesenangan
akan datang secara mudah misalnya melalui
'' bertaruh'' atau ''berjudi'' (laga ayam).

Kita hendaklah melakukan sesuatu pekerjaan
atau perbuatan mengikut kesesuaian masa,
keadaan dan suasana agar pekerjaan kita
dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat
dan sempurna

Kita mestilah mengelakkan perbuatan
membazir tidak kiralah dari segi masa,wang
dan sebagainya kerana sifat ini hanya
merugikan diri sendiri. Contohnya Pak Kaduk
tidak sewajarnya membuang nasi yang
sepatutnya menjadi makanan untuk
keluarganya.


Click to View FlipBook Version