The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursakinah83, 2023-05-25 02:58:16

PENGURUSAN DIET DIABETES SEMASA MENGANDUNG

GDM PAMPHLET - 13.4.2022

Keywords: GDM,DM,DIET

PANDUAN PEMAKANAN UNTUK KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG (GDM) Disediakan oleh: PEGAWAI DIETETIK HOSPITAL TUNKU AZIZAH, KUALA LUMPUR


2 Adalah keadaan dimana kandungan gula dalam darah semasa hamil melebihi kadar normal. Ia disebabkan oleh perubahan hormon badan yang menyekat tindakan hormon insulin. Ia bersifat sementara tetapi berisiko tinggi untuk mendapat diabetes mellitus jenis 2 pada masa akan datang. PENGENALAN KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG (GDM)? SASARAN PARAS GULA NORMAL UJIAN ORAL GLUCOSE TOLERANCE TEST (OGTT)* BERPUASA : ≤ 5.1 2 JAM SELEPAS MAKAN : ≤ 7.8 BSP (SELF-MONITORING BLOOD GLUCOSE)* BERPUASA : ≤ 5.3 2 JAM SELEPAS MAKAN : ≤ 6.7 *Sumber rujukan: CPG Management of Diabetes in Pregnancy, MOH, 2017 KATEGORI BMI (kg/m2) SEBELUM HAMIL KENAIKAN BERAT BADAN (kg) Kurang berat badan (< 18.5) 12.5 – 18.0 Berat badan normal (18.5 – 24.9) 11.5 – 16.0 Terlebih berat badan (25 – 29.9) 7.0 – 11.5 Obesiti (> 30) 5.0 – 9.0 BMI sebelum mengandung > 27 kg/m2 Mempunyai sejarah GDM pada kehamilan lalu Terdapat sejarah keluarga yang menghidapi Diabetes Mellitus Sejarah melahirkan bayi besar (macrosomia; > 4 kg) atau kematian bayi dalam rahim Mengandung pada peringkat umur > 35 tahun SIAPA YANG BERISIKO? SASARAN KENAIKAN BERAT BADAN SEMASA HAMIL


3 PANDUAN ASAS DIET DIABETIK UNTUK GDM Makan tiga hidangan utama; sarapan, makan tengahari, makan malam dan 1-3 snek, seperti: minum pagi, minum petang dan minum malam. Kenali makanan yang berkarbohidrat Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan tinggi garam Karbohidrat Diagihkan mengikut masa tertentu. Karbohidrat perlu disukat mengikut konsep pertukaran Lebihkan pengambilan serat KARBOHIDRAT DAN DIABETES Makanan berkarbohidrat yang diambil akan meningkatkan aras gula darah. Dibahagikan kepada dua jenis; 1) Karbohidrat ringkas (perlu dielak) 2) Karbohidrat kompleks (perlu disukat) Ia tidak perlu dihadam, jadi akan masuk terus ke dalam darah, menyebabkan aras gula darah naik dengan cepat. Perlu dielak Contoh: gula, glukosa, madu, kaya, jem, kordial, susu pekat manis, minuman/makanan yang dicampur gula. KARBOHIDRAT RINGKAS (GULA) Ia perlu melalui proses penghadaman, jadi kadar kenaikan gula darah lebih perlahan. Perlu diambil kerana membekalkan tenaga namun kuantiti perlu disukat. Contoh: nasi, roti, mi, biskut, ubiubian, kekacang, susu, buah. KARBOHIDRAT KOMPLEKS (KANJI)


4 APAKAH PERTUKARAN KARBOHIDRAT? 1 pertukaran makanan = 15g karbohidrat Pertukaran karbohidrat merupakan sistem/konsep untuk mengawal kuantiti karbohidrat yang diambil. Makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat yang sama dikelaskan mengikut kumpulan. Makanan dalam kelas yang sama boleh ditukar antara satu sama lain ketika perancangan hidangan. Kuantiti yang diperlukan adalah mengikut keperluan individu. Contoh: 1/2 cawan nasi = 1 keping roti BIJIRIN DAN HASIL BIJIRIN NASI: 1/2 CAWAN MI KUNING: 1/2 CAWAN MIHUN: 1/2 CAWAN KUETIAU: 1/2 CAWAN PASTA: 1/2 CAWAN OATS: 3 SUDU MAKAN EMPING JAGUNG: 1/2 CAWAN CAPATI: 1/3 KEPING TOSAI: 1/2 KEPING ROTI: 1 KEPING BISKUT TAWAR: 3 KEPING BUN KOSONG: 1 KEPING


5 SAYURAN BERKANJI & KEKACANG KACANG PIS: 3/4 CAWAN KACANG DHAL: 1/3 CAWAN LABU MERAH: 1 CAWAN KACANG PANGGANG: 1/2CAWAN JAGUNG: 1/2 CAWAN KACANG HIJAU: 3/4 CAWAN UBI KAYU: 1/2 CAWAN KENTANG: 1 BIJI KECIL UBI KELEDEK: 1/2 CAWAN KELADI: 1/2 CAWAN 1 pertukaran makanan = 15g karbohidrat JAGUNG: 1/2 TONGKOL


6 BUAH-BUAHAN EPAL: 1 BIJI LAI: 1 BIJI OREN: 1 BIJI PEAR: 1 BIJI TEMBIKAI: 1 POTONG BETIK: 1 POTONG ANGGUR: 8 BIJI RAMBUTAN: 5 BIJI DURIAN: 3 ULAS KECIL CEMPEDAK: 4 ULAS PISANG: 1 BIJI MANGGA: 1 BIJI KECIL KISMIS: 1 SUDU MAKAN JAMBU: 1/2 BIJI SUSU & PRODUK TENUSU 1 pertukaran makanan = 15g karbohidrat SUSU RENDAH LEMAK/SEGAR/UHT 1 GELAS (200ML) KEJU CHEDDAR: 2 KEPING YOGURT TANPA PERISA: 1 BEKAS KECIL (150 ML) SUSU TEPUNG SKIM/ RENDAH LEMAK: 4 SUDU MAKAN


7 MAKANAN YANG TINGGI KALSIUM Membantu mengurangkan osteoporosis Menampung peningkatan keperluan kalsium di kalangan ibu mengandung Untuk pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat IKAN SARDIN DALAM TIN SUSU DAN HASIL TENUSU HASIL KACANG SOYA (TOFU, TEMPEH) SAYUR BERDAUN HIJAU IKAN BILIS MAKANAN YANG TINGGI ZAT BESI Penting untuk pembentukan darah merah DAGING MERAH MAKANAN LAUT (KERANG) SAYUR BERDAUN HIJAU KEKACANG BIJIRIN YANG DIKAYAKAN ORGAN DALAMAN


8 SERAT/FIBER Kebaikan serat: 1. Mampu melambatkan penyerapan gula dalam darah. 2. Memberi rasa kenyang dengan lebih cepat dan tahan lama. 3. Mengawal kenaikan berat badan dan mengatasi masalah sembelit. SUMBER SERAT: 1. Sayur 2. Buah 3. Makanan bijirin penuh; beras perang, oat, roti/ biskut gandum penuh Sekurang-kurangnya 1/2 cawan sayur masak atau 1 cawan sayur mentah, 3 kali sehari JOM BACA LABEL PEMAKANAN! MAKLUMAT PEMAKANAN Saiz Hidangan: 2 keping (20 gram) Jumlah Hidangan setiap bungkusan: 3 Per Saiz Hidangan (20 g) Tenaga/ Kalori (kcal) 105 Jumlah Lemak (g) 6 Jumlah Karbohidrat (g) 35 Gula (g) 1 Jumlah Protein (g) 4 CARA PENGIRAAN JUMLAH PERTUKARAN KARBOHIDRAT: Jumlah karbohidrat : 35 gram ÷ 15 = 2.3 pertukaran (*kerana 1 pilihan pertukaran karbohidrat = 15 gram karbohidrat) Jadi, TIDAK PERLU kira jumlah gula secara berasingan kerana telah termasuk dalam kiraan jumlah karbohidrat Lihat pada jumlah karbohidrat 1 hidangan (2 keping) = 2 pertukaran karbohidrat Jika makan 1 keping = 1 pertukaran karbohidrat


9 HIPOGLISEMIA 2) Periksa semula aras gula darah selepas 15 minit. Jika aras gula darah masih rendah, ambil semula salah satu makanan di atas. 3) Periksa semula aras gula darah selepas 20-30 minit. 4) Anda digalakkan mengambil hidangan makanan utama/snek secepat mungkin bagi mengelakkan hipoglisemia berlaku semula. 1 sudu makan gula 3 biji gula-gula 1 sudu makan madu 120ml minuman manis LANGKAH –LANGKAH PENJAGAAN PEMAKANAN SEWAKTU HIPOGLISEMIA 1) Ambil salah satu makanan/minuman berikut (15g karbohidrat ringkas): APAKAH ITU HIPOGLISEMIA? Hipoglisemia bermaksud keadaan aras gula darah menjadi rendah (<4.0 mmol/L). 3.5 APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN? TANDA-TANDA HIPOGLISEMIA MENGGIGIL DEGUPAN JANTUNG LAJU BERPELUH RASA LAPAR PANDANGAN KABUR RASA PENING KEPALA Anda perlu terus periksa aras gula darah jika ada tanda-tanda berikut:


10 PELAN HIDANGAN MENU MASA MENU 1600 KCAL PERTUKARAN 1800 KCAL PERTUKARAN Roti mil penuh @ Nasi/ bihun/ kuetiau/ spaghetti/ Mee @ Capati/ dosai @ Oat @ Biskut tawar + Susu rendah lemak + Ayam/ ikan/ daging/ telur 2 keping @1 cawan/ 2 senduk rata @ 1 keping @ 6 sudu makan paras @ 6 keping + 1 gelas/ 4 sudu makan paras + 1 ketul/ 1 biji 2 1 2 keping @1 cawan/ 2 senduk rata @ 1 keeping @ 6 sudu makan paras @ 6 keping + 1 gelas/ 4 sudu makan paras + 1 ketul/ 1 biji 2 1 MINUM PAGI 1 biji kuih tak manis (karipap/ popiah basah/ apam/ vadai) @ Biskut tawar @ Roti mil penuh @ Susu rendah lemak/ @ yogurt 1 biji @ 3 keping @ 1 keping @ 1 gelas/ 4 sudu makan paras @ 1 bekas kecil 1 1 biji @ 3 keping @ 1 keping @ 1 gelas/ 4 sudu makan paras @ 1 bekas kecil 1 Nasi/ bihun/ kwayteow/ spaghetti/ Mee @ Capati/ dosai @ Roti mil penuh + Ayam/ ikan/ daging + Sayur-sayuran + Buah-buahan 1 cawan/ 2 senduk rata @ 1 keping @ 2 keeping + 1 ketul/ 1 ekor + 1 – 1 ½ cawan + 1 pertukaran 2 1 1 ½ cawan/ 3 senduk rata @ 1 ½ keping @ 3 keeping + 1 ketul/ 1 ekor + 1 – 1 ½ cawan + 1 pertukaran 3 1 MINUM PETANG/ MINUM MALAM 1 biji kuih tak manis (karipap/ popiah basah/ apam/ vadai) @ Biskut tawar @ Roti mil penuh @ Jagung + Susu rendah lemak @ Yogurt @ Keju 1 biji @ 3 keping @ 1 keping @ 1/2 tonggol + 1/2 gelas/ 2 sudu makan paras @ 1/2 bekas kecil @ 1 keping 1 1/2 1 biji @ 3 keping @ 1 keping @ 1/2 tonggol + 1 gelas/ 4 sudu makan paras @ 1/2 bekas kecil @ 1 keping 1 1/2 SARAPAN PAGI MAKAN TENGAH HARI/ MAKAN MALAM


11 CONTOH HIDANGAN UNTUK MAKAN UTAMA 4. Mihun Sup CONTOH HIDANGAN MINUM PAGI/PETANG/MALAM 1 Ketul Karipap (saiz kecil) 1 Gelas Susu 1 Keping Roti 1/2 Tongkol Jagung 3 Keping Biskut Tawar ATAU ATAU ATAU ATAU


12 DISEDIAKAN OLEH: Pegawai Dietetik Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pegawai Dietetik di talian berikut; 03-2600 3000 Ext: 1533/1532 2021


Click to View FlipBook Version