The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Hajar, 2021-05-23 23:41:42

INFOGRAFIK TS25 2021

SK JELAI TS25 KOHORT 6

Keywords: TS25

PROGRAM 2
TRANSFORMASI 0
2
SEKOLAH
5

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

|KOHORT 6 TAHUN 2021|

Edisi 2021
1

KANDUNGAN 2
2
Visi dan Misi Sekolah Kebangsaan Jelai 3
Matlamat dan Objektif Sekolah Kebangsaan Jelai 3
Slogan Sekolah Kebangsaan Jelai 3
Moto Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) 4
Cogankata TS25 Sekolah Kebangsaan Jelai 6
Sejarah, Lencana dan Lagu Sekolah Kebangsaan Jelai
Hala Tuju Sekolah Kebangsaan Jelai 7
Prakata 8
9
1. Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jelai 10
2. Penolong Kanan Pentadbiran 11
3. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 12
4. Penolong Kanan Kokurikulum 13
5. Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru 13
Pengenalan Program Transformasi Sekolah 2025 13
Matlamat Program Transformasi Sekolah 2025 14
Objektif Program Transformasi Sekolah 2025 14
Hala Tuju Program Transformasi Sekolah 2025 15
Rakan ELIT Program Transformasi Sekolah 2025 16
Konsep Program Transformasi 2025 17
Elemen Sekolah Berkualiti 17
Elemen Kemenjadian Murid
Program SK Jelai

1

VISI SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu
bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI
Melahirkan Murid-Murid yang Berilmu, Berdisiplin dan Berakhlak Mulia

OBJEKTIF SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

1. Melaksanakan 100% PdP berdasarkan Rancangan Pelajaran Tahunan kecuali berlaku
perkara-perkara yang di luar kawalan

2. Memastikan pengurusan panitia diurus dengan terancang dan berkesan supaya Gred
Purata Mata Pelajaran (GPMP) atau Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan
awam / peperiksaan pertengahan tahun / peperiksaan akhir tahun meningkat 0.01%
atau mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) minimum UPSR 2.00

3. Memastikan 100% murid mendapat Perkhidmatan Bimbingan dalam Kemahiran
Belajar, Pembangunan Diri Murid, Motivasi dan Kerjaya melainkan berlaku perkara-
perkara yang di luar kawalan sekolah

4. Memastikan 100% aduan dan maklum balas pelanggan akan dilayan sebagaimana
yang dinyatakan dalam Prosedur Kualiti Aduan dan Maklum Balas Pelanggan

5. Melaksanakan Pengurusan Kewangan Tanpa Teguran Audit

2

SLOGAN SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Ilmu Sumber Kemajuan

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)
Penggerak Pembelajaran Bermakna

TS25 SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Make It Happen, Make It Excel

3

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Sekolah Kebangsaan Jelai, Batu Kurau, Perak bermula pada tahun 1898 atas daya usaha
penduduk tempatan dimana sebuah bangunan telah didirikan di seberang Sungai Jelai lebih
kurang 1.6km jauhnya dari tapak sekarang.

Sekolah ini diberi nama Sekolah Melayu Jelai iaitu bersempena dengan nama kampung

ini. “Jelai” ialah sejenis tumbuhan liar yang banyak terdapat di kawasan ini. Ia juga disebut “Jelai
Batu”. Guru besar yang pertama En. Mat Saman. Jumlah murid pada ketika itu adalah seramai
30 orang sahaja.

Pada tahun 1908 sekolah ini telah dipindahkan ke kawasan sekarang kerana kawasan asal
selalu ditenggelami banjir daripada air Sungai Jelai. Malangnya pada tahun 1909 bangunan
tersebut telah terbakar.

Pada tempoh darurat Persekutuan Tanah Melayu iaitu semsa Encik hashim Bin Mat Aris
menjadi Guru Besar, tanah lot 6489 seluas 1 rod 13.2 pol telah dibeli oleh kerajaan sebagai tapak
rumah guru.

Memandangkan betapa pentingnya pelajaran kepada penduduk kawasan ini, maka pada
tahun 1957, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan sementara seluas 90’ x 20’ bagi
menampung pertambahan bilangan murid (blok KP 3355) di atas tapak lot 1585.

Pada tahun 1958, atas arahan Kementerian Pelajaran, Sekolah Melayu Jelai di tukar
nama kepada Sekolah Umum. Seterusnya ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Jelai pada
21 Mac 1959. Ahli Lembaga Pengurus Sekolah yang pertama dengan dianggotai oleh Wakil Ibu
Bapa Tn. Hj. Saud bin Hj. Din, Tn. Hj. Yahya bin Sirun dan En. Talib bin Abu Bakar. Wakil Murid
Tua, En. Bahari bin Sirun, En. Othman bin Nakim dan En. Ibrahim bin Mat iIsa. Wakil Kerajaan,
En. Ismail bin Dirun, En. Md. Janid bin Md. Yasin dan En. Yahaya bin Che Omar.

Walaupun bangunan sementara berjaya didirikan oleh kerajaan, namun keperluan
tempat belajar masih tidak mencukupi hingga menyebabkan sebuah kelas terpaksa menumpang
belajar di bangunan tambahan Masjid Jelai. Pada tahun 1969, sekolah terpaksa diadakan dua
sesi iaitu pagi dan petang.

Pada 1979, Ahli Lembaga Pengurus dan PIBG sekolah telah mendesak kerajaan supaya
mendirikan sebuah bangunan baru bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat.

Pada 27 Februari 1982, sebuah bangunan dua tingkat mula dibina oleh kerajaan.
Bangunan ini (JKR 342) mengandungi enam bilik darjah, bilik guru, pusat sumber, stor, tandas
dan kantin serta mendapat bekalan air dan elektrik.

Pada 22 Ogos 1983, bangunan baru siap dibina dan mula digunakan sepenuhnya. Semua
murid belajar di sesi pagi sahaja dalam keadaan selesa dan sempurna.

Pada 4 Februari 1987 bersamaan 5 Jamadilakhir 1407 merupakan detik bersejarah yang
abadi di mana bangunan baru telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Ramli Ngah Talib SPCMJP,
Menteri Besar Perak.

Pada tahun 2000, dengan usaha PIBG yang dibawah pimpinan En. Adnan Bin Mohd isa
telah Berjaya mendirikan sebuah dewan terbuka di antara bangunan JKR 342 dan KP 3355.
Dewan ini digunakan untuk kegunaan umum seperti mengadakan acara kecil-kecilan sekolah.

Pada tahun 2001, sekolah telah mendapat faedah daripada perkembagan teknologi

maklumat dan komunikasi (TMK). Sebuah makmal komputer telah didirikan bersebelahan
bangunan kayu JKR 23. Ia hanya mengandungi 11 buah komputer bersama sebuah pelayan
server. Murid-murid sekolah ini mendapat faedah daripadanya.

Pada akhir tahun 2002, pihak Jabatan Pelajaran Perak telah mengarahkan sekolah ini
menyediakan satu bilik darjah untuk dijadikan kelas prasekolah.Bilik yang disediakan ialah bilik
bangunan KP 3355. Maka pada Januari 2003, sekolah ini telah memulakan satu kelas prasekolah
dengan 25 orang murid yang terdiri daripada anak-anak berumur 6 tahun semuanya. Guru
prasekolah yang pertama ialah Pn. Maznah binti Mat Saari dengan dibantu oleh seorang
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) iaitu Pn. Anaton binti Mohamed Di.

Pada penghujung tahun 2008, sebuah bilik darjah diwujudkan di bangunan KP 3355 bagi
melaksanakan Kelas Pemulihan. Kelas ini di bawah binmbingan En. Mohamad Daud bin Mohd
Noor.

4

LENCANA SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Mikroskop & Bulat Gear
Menandakan kemajuan perkembangan pelajaran dan pembelajaran zaman sains dan

teknologi.
Bunga Jelai
Tanda asal nama sekolah.
Tiga Bulatan Gelang
Tanda kesukaan, perpaduan dan disiplin.
COGAN KATA SEKOLAH
“ILMU SUMBER KEMAJUAN”

5

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

“ILMU SUMBER KEMAJUAN”
Bersama kita semua
Mencipta cita mulia

Bersama kita gembeling tenaga
Maju Jaya arah jaya
Marilah kita berbakti
Kepada ibu pertiwi

Dengan semangat untuk jaya diri
Mencapai cita yang murni
Ilmu sumber kemajuan
Itu pedoman kita
Berasas dan berlandaskan
Pada rukun Negara
Pada tuhan yang esa
Kami pohon limpah kurnia

Berkatilah sekolah yang tercinta
Maju jaya selamanya

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI
1. Berusaha ke arah 100% penguasaan murid mencapai tahap minimum dari segi

disiplin ilmu, kemahiran dan sahsiah yang mendorong kepada kemenjadian murid

2. Mewujudkan kelas KBM yang boleh dijadikan showcase dan menjadi medan kepada
persekitaran pembelajaran bermakna

3. Memastikan pendidikan yang terbaik diberikan kepada semua murid yang akhirnya
menjadi pencetus kepada sekolah berkualiti

4. Memastikan 100% murid mempunyai akhlak terpuji serta penampilan diri yang
unggul

5. Melestarikan hubungan dan kerjasama pihak sekolah, PIBG dan komuniti

6

PRAKATA GURU BESAR SK JELAI

Terlebih dahulu marilah kita menzahirkan rasa penuh kesyukuran kerana dengan
izinNya, risalah kecil ini berjaya dihasilkan dan diterbitkan untuk rujukan awal kepada
semua pihak yang terlibat dalam Program Transformasi Sekolah 2025 atau ringkasnya
TS25 di sekolah ini.

Sekolah Kebangsaan Jelai secara rasminya telah pun melangkaui usia 123 tahun pada
tahun 2021. Maka pemilihan sekolah ini sebagai sekolah rendah dalam Zon Batu Kurau
amatlah bertepatan dalam mengubah landskap pendidikan selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dalam meningkatkan
KEMENJADIAN MURID dan SEKOLAH BERKUALITI.

Sekolah Berkualiti dapat dihasilkan apabila sekolah mempunyai barisan pemimpin yang
mampu mengurus sekolah dengan berkesan dengan dibantu oleh barisan guru yang
komited dan kompeten dalam bidang kepakaran masing-masing serta disokong oleh
Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti sekitarnya secara holistik. Ianya akan dapat
membentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta
mempunyai impak kepada pembentukan kemenjadian murid.

Pembentukan kemenjadian murid pula ditentukan oleh satu dokumen standard
kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian melalui pendekatan pedagogi
yang bersesuaian dan sudah pasti ia perlu dinilai melalui beberapa pentaksiran dalam
mengukur sejauh mana kemenjadian murid berlaku sepanjang persekolahan rendah.

Sehubungan dengan itu, semua warga pendidikan dituntut untuk melakukan perubahan
minda dan cara bekerja ke arah memastikan hasrat dan tujuan PPPM 2013-2025 tercapai.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi terima kasih
kepada Rakan ELIT TS25 Penyelaras TS25 Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pejabat
Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, SIPartner+ dan SISC+ Pejabat Pendidikan
Daerah Larut Matang dan Selama atas bimbingan, nasihat serta segala sumbangan idea
yang telah diberikan kepada kami.

Make It Happen, Make It Excel

ROSLIZA BINTI OMAR
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jelai

7

PRAKATA PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK JELAI

Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Jelai telah dipilih daripada lebih 10,000 buah
sekolah di seluruh negara dalam melaksanakan Program Transformasi Sekolah 2025.

Ianya menuntut suatu perubahan minda dan cara bekerja yang biasa diamalkan dan
dipratikkan sebelum ini kepada cara bekerja yang baharu.

Terlaksananya TS25 di sekolah ini, membolehkan seluruh warga sekolah diberikan
pendedahan dan dibimbing oleh barisan Rakan ELIT daripada pelbagai peringkat
pendidikan secara terancang, tersusun dan bersistematik.

Pelbagai input telah diberikan kepada barisan pentadbir dan pemimpin pertengahan
dalam memantapkan kualiti kepimpinan sekolah. Selain itu, pelbagai aktiviti dirangka,
dirancang dan dilaksanakan dalam usaha memaksimumkan potensi guru serta murid
menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Tidak dilupakan
juga usaha berterusan dalam mengukuhkan penglibatan ibu bapa dan komuniti serta
pihak berkepentingan demi masa hadapan murid.

Sehubungan itu, proses seterusnya adalah ke arah mengaplikasikan dan membudayakan
konsep dan amalan PdP yang berkualiti dan terbaik. Seterusnya membangunkan
kepakaran dalaman kepada pembimbing pedagogi dan pembimbing kepimpinan serta
membangunkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dengan memberikan
fokus kepada kemenjadian murid.

Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan semua untuk turut bersama melaksanakan
perubahan minda dan cara bekerja serta berusaha memastikan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) berada di peringkat yang baik.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan salah satu alat pengukur kemenjadian murid yang perlu diberikan perhatian
serius oleh semua pihak yang terlibat.

Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua Rakan ELIT TS25
pelbagai peringkat atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta segala sumbangan yang
telah diberikan kepada kami.

Make It Happen, Make It Excel

NORLIA BINTI ISMAIL
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Jelai

8

PRAKATA PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK JELAI

Alhamdulillah, Sekolah Kebangsaan Jelaii telah pun melangkaui usia 123 tahun.
Usia 100 tahun bermakna ia sewajarnya telah pun mempunyai suatu budaya jati diri yang
tersendiri.

Murid adalah aset sesebuah Negara dan untuk melihat maju atau mundur sesebuah
negara pada masa akan datang, maka lihatlah pada muridnya terutama remaja pada hari
ini.

Menyedari betapa pentingnya pendidikan dalam mengubah kehidupan masa depan
seseorang, maka penekanan kepada kehadiran murid ke sekolah amatlah penting selain
proses pembentukan akhlak dan sahsiah murid perlu diberikan perhatian. Pembentukan
akhlak dan sahsiah murid merupakan tanggungjawab bersama semua pihak bermula dari
rumah ke sekolah dan persekitaran komuniti meliputi ibu bapa, pendidik, masyarakat,
pemimpin dan paling utama adalah empunya diri itu sendiri.

Oleh itu, setiap murid perlu mempunyai 6 ciri utama iaitu memiliki pengetahuan yang
luas, kemahiran berfikir terutama aras tinggi, kemahiran memimpin dalam sesuatu
organisasi, menguasai kemahiran dwibahasa terutama Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, beretika dan kerohanian yang tinggi serta mempunyai identiti nasional sebagai
Bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, pelbagai program dan aktiviti dirangka, dirancang dan
dilaksanakan oleh Unit Hal Ehwal Murid seperti Ziarah Cakna dan sebagainya untuk
memastikan kehadiranmurid ke sekolah dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa
serta ke arah pembentukan sahsiah murid dapat dibentuk.

PentaksiranPsikometrik digunakansebagaialatpengukurkemenjadianmurid dalam
mengenal pasti kecenderungan, kekuatan atau kelemahan, minat, bakat dan kesediaan
murid dalam situasi PdP dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan
dilaksanakan ke atas murid Tahun Enam.

Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak berkepentingan
dari pelbagai peringkat atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar serta segala sumbangan yang
telah diberikan kepada kami.

Make It Happen, Make It Excel

ABD AZIZ BIN AHMAD
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Jelai

9

PRAKATA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK JELAI

Program Transformasi Sekolah 2025 atau lebih mesra dikenali sebagai TS25 turut
memberikan penekanan kepada peningkatan kemenjadian murid.

Kemenjadian murid yang dimaksudkan adalah merujuk kepada 6 ciri utama murid yang
ingin dicapai dalam PPPM 2013-2025. Kesemua ciri ini dapat dibentuk dan dipupuk
dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah.

Kegiatan gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum atau
kesinambungan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam bilik darjah. Ianya
boleh dilaksanakan sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah mengikut
kesesuaian persekitaran sekolah.

Terdapat 3 komponen gerak kerja kokurikulum wajib disertai oleh murid iaitu
pasukan badan beruniform, persatuan dan kelab serta sukan dan permainan yang akan
ditentukan oleh Unit Kokurikulum dari masa ke semasa mengikut kesesuaian
infrastruktur dan kemudahan sukan sedia ada. Pemilihan sesuatu unit oleh murid kini
telah berubah daripada kebiasaan iaitu penetapan oleh Penolong Kanan Kokurikulum
sepenuhnya kepada pemilihan oleh murid sendiri berdasarkan minat masing-masing.

Salah satu alat pengukur kemenjadian murid ialah melalui Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) bermula daripada tahun empat hingga ke
tahun enam. Ianya meliputi Indeks Jisim Tubuh atau Body Mass Index (BMI), Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK), status penglibatan, penyertaan dan pencapaian
murid dalam aktiviti Sukan dan Kokurikulum di pelbagai peringkat serta aktiviti secara
sukarela.

Sehubungan dengan itu, semua murid perlu aktif terlibat dalam gerak kerja kokurikulum
dan berusaha untuk menyertai pertandingan atau aktiviti dan mencapai keputusan
terbaik di peringkat lebih tinggi.

Di kesempatan ini, saya ingin merakam penghargaan dan setinggi terima kasih kepada
semua Rakan ELIT TS25 atas bimbingan, nasihat serta segala sumbangan idea yang telah
diberikan kepada kami.

Guru Berkualiti, Murid Terlatih, Sekolah Cemerlang

AZLIANA BINTI ABD AZIZ
Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jelai

10

PRAKATA YANG DI-PERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

Alhamdulilah terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas
kepada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah atas inisiatif yang diambil dalam
penghasilan risalah kecil ini. Sesugguhnya ianya amat bermakna kepada ibu bapa dan
komuniti khasnya dalam menyalurkan maklumat berkaitan Program Transformasi
Sekolah 2025.

Pada hari ini, landskap dunia pendidikan telah berubah. Murid-murid bukan sahaja ke
sekolah untuk belajar tetapi turut dididik sebagai pewaris negara. Seterusnya melahirkan
modal insan yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi serta berakhlak mulia.
Sebagai ibu bapa, kita perlu sedar bahawa dunia pendidikan kini telah berubah selaras
dengan keperluan semasa ke arah Revolusi Industri 4.0. Ini bermakna, sistem pendidikan
kita perlu melalui perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Sasaran membawa negara untuk mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat
antarabangsa perlu digalas semua pihak. Sehubungan dengan itu, pelbagai program dan
aktiviti telah dirangka, dirancang dan akan dilaksana dalam membantu sekolah ke arah
Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Penglibatan ibu bapa perlu aktif dalam
memainkan peranan mereka.

Usaha menjadikan kemenjadian murid ini berjaya, sudah tentulah penglibatan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak amatlah penting untuk dilakukan secara bersepadu dan
bersungguh-sungguh oleh semua lapisan. Ibu bapa perlu menitikberatkan soal
pembelajaran dan pembentukan sahsiah secara berterusan bukan sahaja di sekolah
tetapi juga di rumah.

Oleh itu, saya menyeru semua ibu bapa dan penjaga untuk turut bersama melaksanakan
perubahan minda dan cara bekerja bagi memastikan segala apa yang dirangka, dirancang
dan akan dilaksanakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan sekolah akan berjaya
dilaksanakan.

Di kesempatan ini, saya ingin merakam penghargaan dan setinggi terima kasih kepada
semua warga sekolah atas segala sumbangan yang telah diberikan kepada kami.

Pengetahuan Suloh Kemajuan

HISHAM BIN MAHMOOD
Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jelai

11

PENGENALAN
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha
Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan KEMENJADIAN MURID dan
SEKOLAH BERKUALITI.
Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta
pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-
2025).
TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :-

1) Persekitaran pembelajaran yangmenyeronokkan
2) Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
3) Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
4) Komitmen komuniti yang padu

Hasrat akhir PPPM ?

12

MATLAMAT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

1. Memantapkan kepimpinan sekolah

2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti
pembelajaran dan pengajaran

3. Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid

OBJEKTIF PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

1. Mengaplikasikan konsep dan amalan PdP terbaik

2. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan

3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan
mengutamakan kemenjadian murid

PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025
TS25 digerakkan mulai tahun 2016 dengan 100 buah sekolah di seluruh negara, diikuti
tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah, tahun 2018 sebanyak 400 buah sekolah dan
tahun 2019 sebanyak 600 buah sekolah dan menjelang tahun 2025, semua sekolah di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia berada di dalam Program Transformasi 2025.

Pengurusan dan pemantauan pelaksanaan TS25 akan diurus sepenuhnya di bawah
Jabatan Pendidikan Negeri mulai tahun 2020 hingga 2025.

13

RAKAN ELIT PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Rakan Educational Leadership and Instructional Team atau ringkasnya Rakan ELIT
kepada TS25 terdiri daripada

IAB &
IPG M

G PK J PN

PG B PPD

SI P+ &
SI SC +

KONSEP PROGRAM TRANSFORMASI 2025

14

ELEMEN SEKOLAH BERKUALITI

Ke arah menjadikan SEKOLAH BERKUALITI, ia memerlukan satu pendekatan
pengurusan yang berasaskan sekolah dan memiliki autonomi tersendiri dengan diterajui
oleh PEMIMPIN BERKESAN di kalangan Guru Besar dan Penolong Kanan dibantu
oleh GURU BERKUALITI serta disokong oleh PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
serta KOMUNITI dalam usaha membentuk PERSEKITARAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BERMAKNA.

Instrumen dalam mengukur SEKOLAH BERKUALITI pula adalah menggunakan

instrumen sedia ada iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2) yang dikeluarkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan

Kualiti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

15

ELEMEN KEMENJADIAN MURID

Ke arah membentuk KEMENJADIAN MURID, ia memerlukan gabungan beberapa
perkara seperti kurikulum terkini yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam bentuk DOKUMEN STANDARD,
pendekatan PEDAGOGI yang sesuai terutama Pembelajaran Abad Ke-21, Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi, penggunaan i-Think dan sebagainya serta PENTAKSIRANdalam
mengukur sejauh mana kemenjadian murid berlaku.

Instrumen dalam mengukur KEMENJADIAN MURID pula adalah menggunakan

instrumen sedia ada iaitu PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
RENDAH (PPSR) yang merangkumi 4 pentaksiran iaitu Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) yang dinilai oleh guru semasa proses PdP sepanjang 6
tahun persekolahan, Pentaksiran Pusat iaitu Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dari tahun 4 hingga tahun 6 serta
Pentaksiran Psikometrik iaitu berkaitan kecenderungan dan sahsiah

murid.

16

ELEMEN PROGRAM SK JELAI

17

Untuk mengikuti perkembangan sekolah dari masa ke semasa, sila layari laman web di
alamat berikut :

http://skjelai.blogspot.com

Sila sertai saluran facebook SK JELAI :

FB : Sk Jelai

18

ABA 6029
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI

34520 BATU KURAU
PERAK DARUL RIDZUAN

TEL : 05 – 888 0244
FAKS : 05 – 888 0244


Click to View FlipBook Version