The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Hajar, 2021-08-12 00:52:57

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SECARA MAYA

SK JELAI 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI
34520 BATU KURAU PERAK

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM

SECARA MAYA

ANJURAN:
UNIT KOKURIKULUM

SK JELAI

TARIKH:
20-22 OGOS 2021

TEMPAT:
KEDIAMAN MURID MASING-MASING

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
SECARA MAYA

1.0 PENGENALAN

Pandemik Covid -19 yang melanda negara telah memberi impak besar kepada
pelbagai sektor termasuklah sektor pendidikan samaada peringkat rendah, menengah
mahupun peringkat pengajian tinggi. Peningkatan kes Covid-19 telah memaksa
semua sekolah di seluruh negara ditutup berikutan pihak kerajaan mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 16 Mac 2020.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengeluarkan surat siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
Akibat Penularan Jangkitan Covid -19 bertarikh 27 Mac 2020 bagi memastikan
pembelajaran murid tidak terjejas (Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula
Sekolah KPM 2020). Bagi memastikan pembelajaran murid-murid tidak terjejas
sepanjang tempoh PKP ini, guru-guru telah diarahkan untuk melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPr), sama ada secara dalam talian
ataupun luar talian mengikut kesesuaian guru dan murid.

Musibah yang melanda negara sedikit sebanyak telah memberi impak terhadap
pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia
telah memperlihatkan kepentingan dalam melaksanakan perkhemahan unit
beruniform dalam talian dalam norma baharu. Selain itu, pelaksanaan secara dalam
talian merupakan pengalaman baharu dalam proses pembelajaran murid, khususnya
di sekolah rendah. Hal ini demikian, proses perkhemahan yang dijalankan secara
dalam talian mampu menarik minat murid dan membantu dalam memahami sesuatu
isi pelajaran dengan cepat dan mudah.

Sebagai kesimpulan, diharapkan program ini akan mendapat kerjasama daripada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak. Semoga segala objektif yang
digariskan dan perancangan yang diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2

2.0 RASIONAL

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Secara Maya diadakan sebagai medan utama
yang boleh dimanfaatkan murid sepanjang tempoh PKP ini. Program ini membantu
murid dari segenap aspek kehidupannya sebagai murid iaitu kepentingan akademik
dan ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan
rohani, penjanaan akhlak serta ukhuwah dan kesatuan di kalangan murid. Program
seperti ini amat penting bagi seorang murid kerana di sinilah pelbagai menu mental
dan jasad dinikmati secara intensif.

Program ini dikendalikan dengan pendekatan bersepadu melibatkan empat komponen
manusia iaitu aspek kerohanian, mental, intelektual dan fizikal. Program ini
dikendalikan dalam suasana kasih sayang, hormat menghormati di samping aktiviti-
aktiviti yang santai tetapi menyeronokkan

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

a. Meningkatkan keyakinan diri
Sebagai murid, peserta yang mengikuti program ini akan lebih berkeyakinan
bila berhadapan siapa jua yang mereka temui.

b. Meningkatkan kemahiran dan kreativiti
Peserta program akan didedahkan dengan ‘multi-skill’ dan menggunakan
bakat kreatif dalam menjalani proses kehidupan (thinking out of box).

c. Menambah nilai jati diri
Peserta akan didedahkan dalam proses mengenal potensi diri mereka sendiri.
Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan dan bakat semulajadi diri.

d. Pembentukan nilai peribadi yang mulia
Peserta dibentuk ke arah menjadi insan berkualiti. Kebolehan berdikari dalam
mencapai matlamat dengan memberi fokus kepada keperluan melaksanakan
tanggungjawab.

e. Membentuk sikap bertanggungjawab

3

Peserta akan didedahkan dengan nilai tanggungjawab terhadap amanah dan
arahan. Bersedia menjadi seorang murid yang baik dan berakhlak mulia.
4.0 BUTIRAN PROGRAM
4.1 Tarikh : 20 Ogos – 22 Ogos 2021
4.2 Masa : Bermula pukul 2.30 pada hari Jumaat dan berakhir pada pukul 1
petang hari Ahad.
4.3 Tempat : Kediaman murid masing-masing.
Justifikasi mengapa program ini perlu dibuat di luar kawasan sekolah:
i) Di kediaman masing-masing berikutan pandemik Covid-19, tempat ini adalah
sesuai dan tidak begitu sesak untuk menjalankan program outdoor.
ii) Dapat memberikan suasana yang berbeza berbanding sekiranya di buat di
dalam sekolah di mana suasananya adalah suasana pembelajaran formal.
iii) Memberi peluang kepada murid ini melihat dunia luar dengan keindahan alam
ciptaan Tuhan dan kemajuan teknologi dunia semasa.

4.4 Anjuran : Unit Kokurikulum SK Jelai
4.5 Motto : ‘Ko Kurikulum Norma Baharu’
5.0 PENYERTAAN
Semua murid tahap 2
6.0 STRUKTUR JAWATANKUASA
**Rujuk Lampiran 1

4

7.0 CADANGAN AKTIVITI

JUMAAT 20 Ogos

2.00pm : Makluman daripada guru penasihat masing-masing.
Pendaftaran Peserta
3.00pm Taklimat Program
5.00pm
5.30pm : Murid mendirikan Khemah
7.00pm : Solat Asar
: “ICE-BREAKING”
9.00pm : Solat Maghrib & Bacaan Yassin
9.30pm
10.00pm Solat Isyak
: Majlis Perasmian
: Minum Malam
: Bacaan Al-Mulk

Diulit Mimpi

SABTU 21 Ogos

6.00am : Solat subuh
7.00am : Santapan Pagi
7.30am : Riadhah (AEROBIK)
8.00am : Menyediakan sarapan (contoh : Sandwich atau nasi goreng)

12.00pm Mengibarkan bendera malaysia di halaman rumah
1.30pm Membuat satu gajet/peralatan perkhemahan seperti rak kasut, rak
2.00pm pinggan, penyidai baju atau apa saja yg difikirkan mampu
5.00pm menggunakan Kayu, buluh atau sebagainya.
5.30pm : Menyediakan masakan ringkas tengah hari
7.00pm : Solat Zuhur
: Pertolongan cemas (ikat anduh)
9.00pm : Solat Asar
10.00pm : Menyediakan makanan petang mudah seperti sandwich atau cucur
: Solat Maghrib & Kuliah Maghrib
Solat Isyak
: Minum Malam
: Bacaan Al-Mulk
Diulit Mimpi

5

AHAD 22 Ogos : Solat subuh
: Santapan Pagi
6.00am : Berkawad
7.00am : Membuat kraftangan dari bahan kitar semula
8.30am : Majlis Penutupan
9.30am
1.00pm

8.0 Cadangan Anggaran Perbelanjaan

Bil Butiran Perbelanjaan Amaun
1 Hadiah :

Anugerah peserta terbaik lelaki 30 00
Anugerah peserta terbaik perempuan 30 00
Peserta saguhati terbaik 3 x 4 unit 240 00
(RM20 x 3 orang x 4 Unit)

Jumlah 300 00

2 Sijil Penyertaan (100 orang) 100 00

Sijil Guru dan Staf

Jumlah 100 00

Jumlah 400 00

Kos Yang Perlu Dalam Anggaran : RM400 ÷ 100 Peserta Terlibat / Pegawai =

RM4.00 Seorang

9.0 IMPLIKASI JIKA CADANGAN DITOLAK

Sekiranya murid-murid sekolah rendah ini tidak diberi sokongan dan motivasi
kemungkinan besar mereka akan lalai, tiada keyakinan diri dan tidak dapat mengekal
dan meningkatkan pencapaian mereka dari segi akademik, sahsiah diri, pembangunan
jasmani dan emosi mereka dalam menempuh cabaran kehidupan seharian.

6

10.0 PENUTUP

Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Maha Esa itu lebih baik
dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan kami agar segala program
yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta
dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, kami merakam
setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(SITI HAJAR BINTI MOHD KASER) (AZLIANA BINTI ABD AZIZ)
Guru Penasihat Unit Beruniform PK Kokurikulum,
SK Jelai SK Jelai

Disahkan oleh:

(ROSLIZA BINTI OMAR)
Guru Besar
SK Jelai

7

LAMPIRAN 1

Jawatankuasa Induk
Program Perkhemahan Perdana Unit Beruniform Secara Maya

Sekolah Kebangsaan Jelai

Pengerusi : Pn. Rosliza binti Omar
Guru Besar SK Jelai

Naib Pengerusi : Pn. Azliana binti Abd Aziz (PK KOKO)
Pn. Norlia binti Ismail (PK 1)
En. Abd Aziz bin Ahmad (PK HEM)

Pendaftaran/surat menyurat/ : En. Mohd Silmi bin Othman
Promosi Pn. Anaton binti Mohamed Di
Pn. Nor Azlina binti Abdul Majid
En. Mohamad Amin bin Abdul Karim

Kem Komandan : En. Muhammad Safuan bin Senawi (Pengakap)
En. Mohd Izhar bin Brahim (TKRS)
En. Mohd Faiz bin Mohd Tohir (BSMM)
Pn. Azirah binti Kamaruddin (Puteri Islam)

Penyampai maklumat : Pn Faridah binti Mahadi (Pengakap)
Pn. Nurul Raihana binti Kamarulhisham (TKRS)
Pn. Siti Hajar binti Mohd Kaser (BSMM)
Pn. Lizawati binti Zainuddin (Puteri Islam)

Hadiah : Pn. Hamidah binti Hasanal Bashri (Pengakap)
Pn. Nor Elyana binti Chik Rosdi (TKRS)
Pn. Maznah binti Mat Saari (BSMM)
Pn. Asnidah binti Hamdan (Puteri Islam)

Kerohanian : En. Mohd Faiz bin Mohd Tohir
Pn. Salmah binti Mohd Noor
Pn. Lizawati binti Zainuddin
Pn. Asma binti Mohamad Aziz

8

Ketua Penilai Program Pelajar : Pn. Noorsusara binti Abdullah Pasek (Pengakap)
Pn. Radziah binti Omar (TKRS)
Pn. Ruhil Hayati binti Mohd Yusoff (BSMM)
Pn. Rosazlina Mastura binti Abd Aziz (Puteri Islam)

Gambar / Dokumentasi : En. Muhamad Nor bin Mat Daud
Cik Nor Syazwani Afiqah binti K.N.A Abdul Salim
Pn. Zurina binti Don

Bil AJK Tugas
1. Pendaftaran/surat - Membuat surat makluman kepada ibu bapa.
- Menwar-warkan di semua saluran seperti facebook,
menyurat/ Promosi
2. Kem Komandan whatsapp akan pelaksanaan program.
3. Penyampai maklumat - Mengambil kehadiran murid pada hari pelaksanaan.
- Memantau aktiviti murid.
4. Hadiah /sijil - Memberi tunjuk ajar setiap aktiviti yang dilakukan.
5. Kerohanian - Menyedikan contoh aktiviti murid.
- Menyalurkan maklumat kepada peserta berkenaan
6. Ketua Penilai Program
Pelajar program.
- Mengingatkan peserta setiap perjalanan aturcara
7. Gambar / Dokumentasi
program.
- Membantu peserta menjalankan aktiviti.
- Menyediakan hadiah mengikut kategori yang telah

ditetapkan berdasarkan bajet yang diperuntukkan.
- Menyediakan sijil penghargaan dan sijil penyertaan.
- Memantau aktiviti kerohanian murid.
- menyedikan video bacaan Al-Mulk dan Bacaan

Yassin.
- Menyediakan kuliah pendek yang bersesuaian (link

youtube) untuk diberikan kepada murid.
- Memilih murid yang layak untuk menerima hadiah bagi

unit masing-masing.
- Menentukan murid yang dapat anugerah peserta

terbaik lelaki dan perempuan.
- Mengumpul gambar untuk setiap unit untuk membuat

laporan.
- Menyediakan video pendek pelancaran.

9


Click to View FlipBook Version