INSPIRING FUTURES, CREATING LEGACIES
SSEENNAARRAAII KKAANNDDUUNNGGAANN PENAUNG En. Ahmad Norazhar Bin Mohd Yatim PENASIHAT Cik Roziana Ramle Cik Liyana Zahidah Binti Juri EXCO MEDIA DAN TEKNIKAL/ KETUA EDITOR Flora Anak Dian EDITOR Putri Nurul Fara’Ain Binti Yunus Muhammad Azlan Bin Hanafiah Mohamad Didi Aqasha Bin Jahar WARTAWAN Hurin Najihah Binti Hairudin Nur Ezzaifah Binti Akbar Nawab Raveanna Alysandree Robert David JURUGAMBAR Claire Ryan Richard Muhammad Zahir Fitri Bin Juri Muhammad Hafizuddin Syafie Bin Wakiau @ Sainin REKA BENTUK Nurul Syuhada Binti Daud Ameera Alya Binti Abdul Rahim Adriana Melissa Announce, Acknowledge, Apply MISI KE ARAH MELAHIRKAN MAHASISWA CAKNA DAN BERINTEKLETUAL. Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae kktparums KKTPAR SESI 2023/2024 @kktparums.official Leading Towards Innovative Societies “Inspiring Futures, Creating Legacies” UCAPAN KHAS PENGETUA UCAPAN PENASIHAT UCAPAN YANG DIPERTUA JAKMAS UCAPAN KETUA EDITOR SIDANG REDAKSI E-BULETIN EXCELENT KKTPAR PENGENALAN KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE CARTA ORGANISASI PENGURUSANDAN PENTADBIRAN FELO BLOK KEDIAMAN JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE SEJARAH KOLEJ KEDIAMAN AUKU NOMBOR KESELAMATAN BAHAGIAN PENTADBIRAN SJJV DAN STAFF PENYELENGGARAAN PROGRAM/AKTIVITI/PENCAPAIAN: MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN 2023 PERINGKAT ANTARABANGSA SEGMEN TEMU RAMAH: MENUJU SAGA BERSAMA RESIDEN KKTPAR MAJLIS MAKAN MALAM (MAMAMTPAR’23) MESYUARAT ISU BAS DAN AIR ANTARA YDP DENGANMPP BERSAMA JPP PERSEMBAHAN KELAB-KELAB KEBUDAYAAN DAN KESENIAN KKTPAR GOTONG-ROYONG PUSTAKA MINI SLOT SANTAI KKTPAR: PENTINGNYA TIDUR! SERINSIM: “BERSATU DENGAN ALAM” MEDIA DAN PENGGUNA 3 4-5 6 7 8 9 10 11 12 13-14 15 16-17 18 20 21-23 24-25 26 27-28 29 31 32 33
Ucapan Khas Pengetua Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana dengan izin-Nya kita masih lagi diberi kekuatan dan kesungguhan untuk memikul amanah sebagai pemimpin dan pendidik. Pada kesempatan ini, saya juga ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan E-Buletin Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dibawah nama Excellent KKTPAR. Syabas dan tahniah kepada semua staf pentadbiran, felo-felo, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) dan para sekretariat yang terlibat dalam merealisasikan penghasilan E-Buletin Excellent KKTPAR bagi sesi 2023/2024. Secara amnya, pembangunan E-Buletin ini bukan sahaja memberikan kemudahan kepada pengguna, malah sekaligus berkongsi informasi tentang pengenalan kolej, aktiviti kolej serta pencapaian kejayaan semasa pengurusan kolej kediaman. Dalam kita meniti arus kemajuan teknologi, E-Buletin sebegini amat penting supaya kita dapat menyampaikan sebarang bentuk maklumat secara terus kepada pelajar-pelajar khususnya di kolej kediaman serta dunia luar tentang aktiviti-aktiviti dan semua bentuk kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang berlaku di kolej kediaman. Akhir kata,saya mendoakan agar mahasiswa/i KKTPAR terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang dari segenap dimensi dengan usaha yang gigih tanpa mengenal erti penat lelah, seperti kata pepatah ‘Berjuang itu memenatkan, tapi untuk berjaya perlukan perjuangan’. “JADILAH INSAN YANG MENINGGALKAN JASA BUKAN MENINGGALKAN NAMA” Sekian, Ahmad Norazhar Mohd Yatim Pengetua KKTPAR EN. AHMAD NORAZHAR BIN MOHD YATIM (Pengetua) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae
Ucapan Penasihat CIK ROZIANA RAMLE Salam sejahtera, Syukur kepada Tuhan dan kurniannya E-Buletin ini telah disiapkan dengan baik dan lancarnya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbir Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana memberi sokongan penuh terhadap penerbitan E-Buletin ini. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pengetua Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) iaitu Encik Ahmad Norazhar Mohd Yatim di atas tunjuk ajar dalam penghasilan buku EBuletin ini. Seperti yang semua maklum bahawa, kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) antara Kolej yang paling aktif dalam menjalankan aktiviti dalam apa jua bidang termasuklah sukan, akademik, kesenian dan kebudayaan, kemasyarakatan dan sebagainya. Justeru, dalam penghasilan buku E-Buletin ini adalah salah satu usaha dalam memperkenalkan Kolej Kediaman Tun Pengiram Ahmad Raffae (KKTPAR) dalam keaktifannya dalam menjalankan aktiviti dan program yang dijalankan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Exco Media dan Teknikal, Saudari Flora Anak Dian dan para sekretariat Media dan Teknikal yang telah bertungkus-lumus, tanpa mengira penat lelah dan memberi sepenuhnya masa dalam menyiapkan tugasan ini dengan begitu komited. Tanpa adanya bantuan daripada mereka, E-Buletin ini tidak mungkin akan disiapkan dengan jayanya. Oleh itu, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun secara tidak langsung dalam membantu dan memberi bekerjasama yang sangat baik kepada Exco Media dan Teknikal ini dalam menyiapkan E-Buletin ini. Harapan saya sebagai penasihat E-Buletin dengan adanya e-buletin ini ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai panduan dan menjadi capaian yang berguna bagi kegunaan Kolej Kediaman ini. E-buletin ini sebagai tanda kenangan dari kami dan Exco Media dan Teknikal bagi sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih. (Penasihat E-Buletin) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae
Ucapan Penasihat CIK NUR LIYANA ZAHIDAH BINTI JURI Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan limpah kurnianya EBuletin ini dapat disiapkan dengan lancar oleh sidang redaksi E-Buletin Excellent KKTPAR. Terlebih dahulu ,saya ingin mengucapkan jutaan terima kepada pihak pentadbir Kolej kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) kerana memberikan sokongan terhadap penerbitan E-Buletin ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan khas kepada pengetua Kolej Kediaman Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae, Encik Ahmad Norazhar bin Mohd Yatim di atas kepercayaan serta tunjuk ajar bagi menghasilkan E-Buletin ini. KKTPAR sememangnya merupakan antara kolej paling aktif dalam menjalankan aktiviti sukan, akademik, kesenian dan kebudayaan. Justeru, buletin ini adalah satu usaha untuk menonjolkan Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae sangat aktif dalam menjalankan pelbagai aktiviti. Setinggi - tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga buat sidang redaksi E-Buletin yang telah bertungkus lumus, tanpa mengira penat lelah, masa yang dikorbankan dan komitmen atas tugasan yang diberikan. Harapan saya sebagai felo penyelaras dengan adanya E-Buletin ini ianya dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai panduan dan menjadi satu pencapaian yang dibanggakan oleh Portfolio Media dan Teknikal JAKMAS Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae sesi 2023/2024. Sekian, terima kasih. (Penasihat E-Buletin) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae
Ucapan YDP JAKMAS LEORNAD LASUNG LAKUI YANG DIPERTUA JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE SESI 2023/2024 Salam sejahtera dan salam UMS Kampus Rahmah, Terlebih dahulu, saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tulus kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae sesi 2023/2024 untuk membangunkan dan menjalankan gerak kerja mengurus E-Buletin ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada sidang redaksi EBuletin yang telah bertungkus lumus menghasilkan E-Buletin ini dengan penuh semangat, komitmen dan kreativiti. Penghasilan E-buletin ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) beserta pencapaian-pencapaian yang berjaya dikecapi oleh para residen KKTPAR dan pihak pengurursan sendiri. E-Buletin ini juga sekaligus merupakan satu platform yang baik bagi memperkenalkan kolej kediaman ini kepada pelajar dan masyarakat luar. Oleh itu, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan kontribusi yang luar biasa dari sidang redaksi E-Buletin dan semoga E-Buletin ini terus menjadi sarana yang bermanfaat bagi kita semua. Sekian, terima kasih.
Ucapan Ketua Editor FLORA ANAK DIAN Salam sejahtera dan salam UMS Kampus Rahmah. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk mengetuai sidang redaksi E-Buletin Excellent KKTPAR. Sesungguhnya, E-Buletin ini merupakan satu platform untuk memperkenalkan dan mempromosikan KKTPAR dari segi pencapaian khususnya serta menjadi wadah penyampaian maklumat kepada residen KKTPAR dan warga UMS yang lain. Saya dan ahli-ahli yang lain akan sentiasa memastikan kami boleh memberi suatu kelainan melalui penghasilan E-Buletin ini sekaligus mengembangkan kemahiran diri dari segi pengurusan media, interaksi dengan pengurusan serta para pelajar yang menyumbang jasa pada peringkat kolej kediaman, fakulti, universiti, negeri dan negara. Saya juga berharap agar pihak kolej kediaman dan universiti dapat memberi bimbingan yang baik kepada kami dalam penghasilan E-Buletin agar selaras dengan objektif pemerkasaan mahasiswa. Saya akan memastikan pasukan saya sentiasa saling membantu dalam segala gerak kerja penghasilan E-Buletin dengan mengadaptasi penggunaan pelbagai aplikasi yang telah dibangunkan serta berani mencuba kemahiran berasaskan inovasi dan teknologi. Kesimpulannya, saya ingin menyatakan bahawa sesebuah matlamat tidak tercapai tanpa kerjasama dan keinginan belajar yang kuat. Maka, saya menyeru sidang redaksi E-Buletin tidak mudah mengalah dan terus berbakti agar legasi E-Buletin dapat diteruskan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. Ketua Editor/Exco Media dan Teknikal Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae Sesi 2023/2024
sidang redaksi E- buletin exCELLENT KKTPAR. Jawatankuasa yang bertanggungjawab menghasilkan buletin ini ialah Portfolio Media dan Teknikal Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae sesi 2023/2024. Portfolio ini merupakan salah satu daripada 9 portfolio yang terdapat dalam Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Exco JAKMAS yang memegang portfolio ini ialah Flora Anak Dian. Felo penyelaras bagi penghasilan E-Buletin ini ialah Cik Nur Liyana Zahidah Binti Juri dan Cik Roziana Ramle. Terdapat 12 orang sekreteriat yang berfungsi untuk membantu menggerakkan sidang redaksi e-Buletin ini. Aktiviti utama portfolio ini adalah mendapatkan maklumat yang sahih dan menyampaikannya kepada pembaca, khususnya warga Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. E-Buletin ini dibangunkan semula untuk dijadikan wadah meguar-uarkan pelbagai aktiviti pelajar terutamanya JAKMAS dari peringkat kolej kediaman hingga peringkat antarabangsa. Melalui kreativiti dan usaha sama sidang redaksi, kami boleh memupuk minat membaca dan meningkatkan sikap ambil tahu dalam kalangan residen KKTPAR mengenai pemakluman penting kolej kediaman.
pengenalan KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE LOGO e-BULETIN Logo ini direka dengan memasukkan ikon kamera sebagai antara peralatan elektronik paling penting untuk mendapatkan media visual iaitu gambar sebagai bukti untuk pelaporan dalam E-Buletin. Frasa Excellent KKTPAR menepati matlamat E-Buletin dalam mempamerkan aktiviti-aktiviti para pelajar terutamanya residen Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae yang sentiasa mencapai objektifnya yang tersendiri. MISI KE ARAH MELAHIRKAN MAHASISWA CAKNA DAN BERINTEKLETUAL. MOTO ANNOUNCE, ACKNOWLEDGE, APPLY. SIDANG REDAKSI e-BULETIN PENAUNG En. Ahmad Norazhar Bin Mohd Yatim PENASIHAT Cik Roziana Ramle Cik Liyana Zahidah Binti Juri EXCO MEDIA DAN TEKNIKAL Flora Anak Dian EDITOR Putri Nurul Fara’Ain Binti Yunus Muhammad Azlan Bin Hanafiah Mohamad Didi Aqasha Bin Jahar WARTAWAN Hurin Najihah Binti Hairudin Nur Ezzaifah Binti Akbar Nawab Raveanna Alysandree Robert David JURUGAMBAR Claire Ryan Richard Muhammad Zahir Fitri Bin Juri Muhammad Hafizuddin Syafie Bin Wakiau @ Sainin REKA BENTUK Nurul Syuhada Binti Daud Ameera Alya Binti Abdul Rahim Adriana Melissa
(IBNU SINA) (IBNU QAYYIM) (IBNU HAITHAM) (IBNU TUFAIL) (IBNU KHALDUN)
Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae merupakan salah satu daripada tiga buah kolej yang berada di dalam Universiti Malaysia Sabah kampus Kota Kinabalu iaitu Kolej Kediaman Tun Mustapha, Kolej Kediaman Tun Fuad selain Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Terdapat dua lagi kolej kediaman yang berada di luar kampus iaitu Kolej Kediaman Antarabangsa Kingfisher (KKAF) dan Kolej Kediaman Wanita (USIA-1Borneo). Sebelum Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae bertapak di sini, ia dulunya adalah sebuah perkampungan kecil yang dinamakan “Suang Paroi“ (padi). Namun, setelah penubuhan Universiti Malaysia Sabah yang memerlukan penempatan untuk pelajar-pelajarnya, Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae telah dibangunkan dan secara rasminya diduduki oleh pelajar pada 15 Jun 2004, yang mana pada awalnya hanya terdapat Blok A1 (IBNU SINA), A2 (IBNU QAYYIM) dan A3 (IBNU HAITHAM). Kolej kediaman ini dibina atas konsep penswastaan mengikut kaedah “BLT” (Build, Lease & Transfer) atau (Bina, Sewa & Pindah) oleh Syarikat Konsesi Sepanggar Jaya JV Sdn. Bhd. Projek ini dimiliki oleh tiga pengusaha besar iaitu Chase Perdana Development Sdn.Bhd (60%), Segi Warisan Sdn. Bhd (30%) dan Yayasan UMS (10%). Berdasarkan perjanjian Konsesi selama 30 tahun, Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2. Fasa 1 adalah di mana sebanyak tiga buah blok asrama telah didirikan pada awalnya iaitu A1, A2 dan A3. Manakala pada Fasa 2 pula, dua buah blok lagi telah didirikan iaitu Blok B1 dan B2. Bangunan Blok A1 dan A2 mempunyai 64 buah rumah manakala bangunan A3 mempunyai 61 buah rumah. Bangunan Blok B1 mempunyai 70 buah rumah manakala B2 mempunyai 72 buah rumah. SEJARAH KOLEJ TUN KEDIAMAN PENGIRAN AHMAD RAFFAE
EN. NASRUL BIN RUKUNG CIK NURELLA EZIWANA BINTI JUWAHIR CIK NURASYIQIN BINTI AWANG SHAIRI CIK NORSAFRIZAH BINTI MALANJI BLOK IBNU KHALDUN (B2) EN. DALL RICARDO PHILIP EN. NELMON JEOFFERY EN. MUHD DANIAL MU’IZ BIN JAMAIN EN. MOHAMMAD RAHMAT BIN DERISE BLOK IBNU TUFAIL (B1) EN. MOHAMMAD ASLY BIN BUNCHO (TIMB.PENGETUA 2) CIK AIMAN NABILA BINTI ABDUL MALIK CIK NUR LIYANA ZAHIDAH BINTI JURI CIK CATHERIN ANAK LIOM BLOK IBNU QAYYIM (A2) BLOK IBNU SINA (A1) DR DYG SAFRINA AG BUDIN (TIMB.PENGETUA 1) CIK SITI ASMAH BIN MUSLIM CIK SITI NUR ANISA BINTI MUHD MAIDIN CIK ROZIANA RAMLE BLOK IBNU HAITHAM (A3) EN. AHMAD NORAZHAR BIN MOHD YATIM CIK NIVASINI PARAMASIVAM CIK HELYATUL RASMAH BINTI MAHALI PENGENALAN KEPADA BLOK ASRAMA PELAJAR KKTPAR
Ruangan ini disediakan untuk mendedahkan pelajar tentang peraturan kolej yang sering kurang diberi perhatian. Isu yang sering menjadi masalah di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae adalah apabila pemakaian pelajar semasa berada di sekitar kawasan kolej kediaman termasuk kafe dan pejabat HEP. Pelajar sepatutnya mengenakan pakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata. Mengikut akta pindaan AUKU 2012, dalam Fasal (C) Etika Pakaian ada dinyatakan; Pelajar perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berurusan di pejabat Pentadbran Kolej/ Kafeteria Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian sukan yang kotor dan berpeluh ke pejabat Pentadbiran Kolej/ Kafeteria Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata semasa ke pejabat kolej/ Kafeteria. Pemakaian seluar pendek @ hot pants dalam kalangan pelajar perempuan dan lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekali di sekitar kawasan kolej. Isu ini kurang mendapat perhatian pelajar kerana mereka mrngambil enteng mengenai isu pemakaian seluar pendek ini. Sesiapa sahaja yang dilihat memakai seluar pendek oleh felo ketika berada di sekitar kawasan kolej kediaman akan dikenakan hukuman dan denda AUKU
088-329054 [email protected] NOMBOR KESELAMATAN KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE Pejabat Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae. Bahagian Keselamatan UMS Pusat Rawatan Warga UMS 088-448201 088-320392 [email protected] [email protected]
(EMERGENCY CONTACT) NOMBOR KECEMASAN BAHAGIAN KESELAMATAN UMS PUSAT RAWATAN WARGA UMS BALAI POLIS ALAMESRA BALAI POLIS KK, JALAN DEWAN BALAI BOMBA KOTA KINABALU (SEMBULAN) BALAI BOMBA LINTAS HOTLINE BOMBA HOSPITAL QUEEN ELIZABETH HOSPITAL WANITA & KANAK-KANAK LIKAS HOTLINE EMERGENCY HOTLINE PERTAHANAN AWAM 088-329053/0127922979 088-329054 ext. 212324 088-488222 088-310254 088-210214 088-422652 994 088-517555 088-522600 999 991
GENERAL & PROPERTY MANAGER OPERATION MANAGER SNR, ADMIN MANAGER ADMIN EXECUTIVE MR. LEE CHEE KEONG MR. MAXIMMILAN LIDONG PUAN SUZANNE CHRISTINE CIK NOR IZZAH BINTI WONGA EN. RETHAUDDIN OTO (CHARGEMAN/TECHNICIAN) SJJV (KK OFFICE) KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE BAHAGIAN PENTADBIRAN SJJV (KK OFFICE) DAN STAFF PENYELENGGARAAN STAFF PENYELENGGARAAN BLOK A1 (IBNU SINA) BLOK A2 (IBNU QAYYIM) BLOK A3 (IBNU HAITHAM) BLOK B1 (IBNU TUFAIL) BLOK B2 (IBNU KHALDUN) EN. CHRISTER JONIMOL (PENGURUS PENYELENGGARAAN) EN. SAMIRU ALI (TECHNICIAN) EN. AMER SYUKRY (TECHNICIAN) CIK DEBORAH ALEXANDRA (CHARGEMAN/TECHNICIAN) EN. FRADOLIN JOHN (PENGURUS / KETUA PENYELENGGARAAN) EN. WESLEY WENCESLAUS (TECHNICIAN)
PROGRAM/ AKTIVITI/ PENCAPAIAN WARGA KOLEJ KEDIAMAN TUN PENGIRAN AHMAD RAFFAE
MAJLIS PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN 2023 PERINGKAT ANTARABANGSA Pada tanggal 8 hingga 9 Disember 2023 bersamaan hari Jumaat dan Sabtu telah berlangsungnya Persidangan Majlis Kolej Kediaman 2023 Peringkat Antarabangsa yang bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, Terengganu. Saudara Muhammad Izzan bin Ismail selaku Exco Sukan dan Rekreasi JAKMAS sesi 2023/2024 telah mewakili Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae ke persidangan tersebut dan telah membawa usul bertemakan kesukanan iaitu Sukan Kolej kediaman Antara Universiti (SUKTI) menfokuskan sukan antara kolej kediaman, universiti sama seperti Sukan Antara Kolej (SUKOL) tetapi menglibatkan seluruh Universiti di Malaysia. Sukan Kolej Kediaman antara Universiti (SUKTI) merupakan antara 10 usul yang diterima di Dewan Senat, Bangunan Pentadbiran , UniSZA untuk dibawa ke peringkat Majlis Perumahan Universiti Awam Malaysia (MAPUM) dan akan diselaraskan kepada seluruh universiti di peringkat kolej kediaman di seluruh Malaysia .
Menuju SAGA Bersama Residen KKTPAR Menuju SAGA Bersama Residen KKTPAR Sukan Sabah (SAGA) X telah dijalankan dari 16 hingga 22 Disember 2023 di pelbagai lokasi sekitar Pantai Barat Sabah di mana, ia mempertandingkan 10 sukan wajib dan 12 sukan pilihan. Sidang Redaksi E-Buletin Excellent KKTPAR telah menjalankan temu ramah bersama beberapa residen KKTPAR yang merupakan atlet SAGA dalam acara sukan masingmasing.
Nur Liyana Binti Yusof, berumur 20 tahun yang berasal dari Semporna, Sabah merupakan pelajar Tahun 1 telah mewakili KK dalam acara bola sepak yang telah merangkul gelaran Johan dalam acara tersebut. Nur Liyana kini melanjutkan pengajian dalam Pengurusan Hospitaliti kelolaan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP). Hasil temu ramah ini, Nur Liyana telah mengeluarkan pendapatnya bahawa penganjuran Sukan Sabah (SAGA) sangat penting kepada generasi muda pada masa ini kerana SAGA dapat memupuk semangat komuniti antara pasukan dan mempromosikan identiti budaya tempatan serta menggalakkan gaya hidup sihat. “Persediaan mental saya sebelum perlawanan melibatkan visualisasi positif, menguruskan tekanan, dan membangunkan keyakinan diri. Dari segi fikizal, latihan intensif yang berkesan, dan pengetahuan taktikal perlu diterapkan untuk mencapai prestasi optimal dalam perlawanan” - Nur Liyana Binti Yusof. Di samping itu, Nur Liyana berasa amat berpuas hati dan bangga kerana, selaku wakil Kota Kinabalu dan penghuni KKTPAR terhadap pencapaiannya untuk kali terakhir bagi menyertai pertandingan SAGA X. “Peristiwa yang paling bermakna bagi saya sepanjang SAGA berlangsung adalah ketika kami telah mencuba sedaya upaya untuk masuk ke peringkat separuh akhir. Walaupun pesaing-pesaing lebih hebat tetapi kami mampu untuk melawan” - Nur Liyana Binti Yusof “Harapan saya kepada pelajar yang bermain bola sepak, teruskan usaha anda untuk mencapai impian. Jangan berputus asa kerana gagal sekali bukan bermakna kita gagal selama-lamanya” - Nur Liyana Binti Yusof
SUKOL 2023 telah diadakan melalui 2 fasa: Fasa 1 diadakan pada 24-25 November 2023 bertempat di gelanggang pantai UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), Fasa ke- 2 berlangsung seminggu selepas fasa 1 dijalankan dan bertempat di UMS Kampus Induk. Kontinjen KKTPAR telah diiringi oleh Encik Ahmad Norazhar Bin Mohd Yatim selaku pengetua KKTPAR, Encik Mohammad Asly Bin Buncho dan Encik Mohammad Rahmat serta felo-felo KKTPAR yang lain. Seterusnya, kesemua pihak kolej kediaman telah menghantar wakil-wakil ke acara SUKOL 2023. Antara kolej kediaman yang telah mengambil bahagian ialah Kolej Kediaman Tun Pengiran Raffae (KKTPAR), Kolej Kediaman Tun Fuad (KKTF), Kolej Kediaman Tun Mustapha (KKTM), Kolej Kediaman Wanita USIA 1B (KKU1B), Kolej Kediaman Antarabangsa Kingfisher, Kolej Kediaman Labuan dan Sandakan. Saudari Folley Cella Alice James selaku Exco Sukan dan Rekreasi JAKMAS sesi 2022/2023 telah menjelaskan peranannya dalam program SUKOL, saudari Folley berperanan mengurus rakan-rakan atlet dari segi penyediaan pengangkutan, penginapan serta makanan dan minuman bagi para kontinjen KKTPAR sepanjang SUKOL dijalankan. Saudari Folley juga berperanan memastikan tiada kontinjen yang tercicir dalam acaraacara yang disertai. KKTPAR telah berhasil memperoleh 5 pingat (3 emas, 1 perak dan 1 gangsa) di fasa 1 yang telah dilaksanakan di UMSKAL dan telah berjaya mendapat tempat pertama secara keseluruhan. “Harapan saya sebagai mantan JAKMAS Exco Sukan & Rekreasi yang lalu adalah supaya pencapaian yang telah dicapai dapat diteruskan oleh pelapis jakmas yang baru. Saya juga sedia memberikan sokongan dan motivasi kepada JAKMAS yang baru. ” - Folley Cella Alice James Ke j ohanan Sukan Ant a r a Ko l e j 2023 (SUKOL ) Ke j ohanan Sukan Ant a r a Ko l e j 2023 (SUKOL )
Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. “Seharusnya Majlis Makan Malam seperti ini wajar diteruskan selain dapat mengeratkan hubungan antara pihak pentadbiran dan warga, kita juga dapat memberikan penghargaan kepada residen, JAKMAS, felo dan pihak pengurusan pentadbiran yang telah menyumbang khidmat bakti mereka sepanjang menjalankan tugas di kolej kediaman sebagai warga kolej.”- Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Pada 30 Disember 2023 yang lalu, Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae telah menganjurkan Majlis Makan Malam (MAMAMTPAR’23) yang bertempat di Hotel Lintas Platinum, Kota Kinabalu. MAMAMTPAR’23 merupakan majlis makan malam Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) yang pertama diadakan dan telah di pimpin oleh Exco Perhubungan Luar JAKMAS Sesi 2022/2023. Seramai 20 orang ahli jawatankuasa yang terdiri daripada sekretariat JAKMAS sesi 2023/2024 termasuk pengarah, dan felo-felo penyelaras yang telah bersama berganding bahu demi menjayakan majlis makan malam ini. Seramai 100 orang peserta yang telah menghadiri program ini. Antaranya terdiri daripada Jemputan VIP, pihak Pengurusan dan Pentadbiran, Ahli Jawatankuasa Program, Felo KKTPAR, JAKMAS Sesi 2022/2023, JAKMAS Sesi 2023/2024, Sekretariat JAKMAS Sesi 2022/2023, Sekretariat JAKMAS Sesi 2023/2024, Ahli Jawatankuasa Blok, Ahli Kelab KKTPAR dan residen KKTPAR. Selain itu juga, MAMAMTPAR’23 juga telah berjaya mendapatkan tajaan daripada pihak Majlis Belia Sabah, Yayasan Sabah, Page Eight, Borneo Laksa, Kuai Dian Recipe dan Restoran Siti Selera.
“Majlis Makan Malam Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae 2022/2023 adalah julung kalinya diadakan untuk memberi penghargaan kepada residen Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) yang telah menyumbang kepada pencapaian program dan aktiviti yang dianjurkan di peringkat kolej sepanjang sesi 2022/2023.”- Nur Qamarina Binti Madani, Pengarah MAMAMTPAR’23. Terdapat pelbagai anugerah dan pengisian yang telah berlangsung sepanjang majlis makan malam ini dijalankan. Antaranya ialah penyampaian anugerah kepada residen KKTPAR seperti Anugerah PSM-29 , Anugerah Kelab Unggul, Anugerah Felo Bakti, Anugerah Khidmat Setia Sekretariat JAKMAS 22/23, Anugerah Program Terbaik, Anugerah Khas, Anugerah Busana Kreatif dan Anugerah ‘King & Queen Of The Night’. Penyampaian anugerah-anugerah tersebut juga telah diselangi dengan beberapa persembahan nyanyian, dan slot cabutan bertuah. “Saya berharap majlis ini dapat memberikan semangat kepada warga KKTPAR dalam usaha untuk menaikkan nama kolej kediaman di masa hadapan.” - Encik Ahmad Norazhar Bin Mohd Yatim, Pengetua Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae.
MESYUARAT ISU BAS DAN AIR ANTARA YDP DENGAN MPP BERSAMA JPP Selain itu, bas yang tersedia berada dalam keadaan yang rosak dan akan dibaiki untuk kegunaan di UMS sahaja seperti untuk menghantar mahasiswa dan mahasiswi ke dewan kuliah atau tempat mereka belajar tidak kira di dewan kuliah, perpustakaan dan sebagainya. Hal ini berbangkit apabila pelajar mengalami kesukaran untuk menaiki bas dan terpaksa bersaing dengan pelajar lain untuk mendapatkan tempat di dalam bas. UMS berkemungkinan tidak mampu untuk menyewa bas luar untuk mengambil pelajar NR. Mesyuarat air yang telah diadakan antara YDP, MPP bersama pihak JPP dijalankan pada 20 Disember 2023 dan telah membawa agenda utama iaitu tentang permasalahan bas NR (Non-Resident) untuk tahun 2024 dengan surat ke JPP untuk hantar tuntutan ke JANS. Antara pengisian mesyuarat tersebut mengenai masalah bas NR, telah dinyatakan bahawa UMS kekurangan bas untuk NR dimana kekurangan bas ini telah merencatkan program dan aktiviti yang ingin dianjurkan pihak terlibat. Di samping Itu, agenda lain bagi mesyuarat ini adalah berkenaan surat tuntutan kepada JANS dimana MPP telah membuat rombongan dengan JPP ke JANS dan telah mengusulkan permasalahan yang timbul di sana khususnya masalah air yang timbul di kolej kediaman.
Majlis Tamu Gadang yang ke-25 bertajuk Cultural Soiree yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah pada 10 Disember 2023 telah menjadi sorotan utama dalam kalangan masyarakat. Majlis yang dijalankan oleh pihak pengurusan pelajar sendiri dengan sokongan pihak universiti ini menarik perhatian masyarakat dan pelajar dengan antusiasme yang tinggi. Acara ini telah menawarkan pengalaman budaya yang kaya, di samping menampilkan artis-artis terkenal dan pelbagai persembahan yang memukau. Majlis ini telah menawarkan yuran kemasukan percuma kepada orang ramai, memastikan kehadiran yang padat di Anjung Siswa bersebelahan dengan Dewan Canselor. Keputusan ini diterima dengan baik oleh pihak universiti dan masyarakat, yang menghargai aksesibilitas dan peluang untuk merasai keunikan budaya yang dipamerkan dalam majlis ini. Para hadirin sangat berterima kasih kepada wakil dari Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae yang telah menyediakan kesempatan ini tanpa membebankan biaya kepada mereka. Ekspektasi yang tinggi telah diberikan kepada majlis ini dengan adanya artis-artis terkenal yang dijemput sebagai tetamu khas. Penampilan Stacy, Haris Baba, dan artis-artis lain telah mencuri perhatian para peminat muzik dan mereka telah memberikan penampilan yang memukau di atas pentas. Kehadiran mereka telah menggamatkan lagi atmosfera majlis ini dan memberikan pengalaman yang tak akan dilupakan kepada para hadirin. PERSEMBAHAN KELAB-KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN KKTPAR PERSEMBAHAN KELAB-KELAB KEBUDAYAAN & KESENIAN KKTPAR
TAMU GADANG KALI KE-25 TAMU GADANG KALI KE-25 Selain itu, majlis ini juga menampilkan persembahan dari pelbagai suku dan etnik yang memberikan keunikan budaya masing-masing. Persembahan daripada Effah, Brenda, KKTF & KKTM, Hanafie, Lala, dan KKTPAR juga turut menyertai majlis ini dengan persembahan tarian, muzik, dan seni yang menakjubkan. Mereka telah mempersembahkan kekayaan budaya mereka dengan penuh semangat dan kecemerlangan, memberikan wawasan mendalam kepada para hadirin tentang kepelbagaian budaya di Malaysia. SompoTune, dengan penampilan mereka yang penuh semangat dan energik, telah menghibur para hadirin dengan muzik yang memukau dan menyerlahkan lagi suasana majlis. Penampilan mereka yang dinamik dan bersemangat telah menghidupkan suasana majlis ini dan memberikan pengalaman hiburan yang tak terlupakan. Majlis Tamu Gadang yang ke-25 ini berjaya mencapai matlamat untuk mempromosikan dan meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia terutamanya di Sabah. Para hadirin diberikan peluang untuk merasai keunikan budaya dari pelbagai etnik dan menikmati penampilan artis-artis terkenal secara percuma. Acara ini telah menjadi titik tumpuan dan kebanggaan bagi Universiti Malaysia Sabah dan wakil dari Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae yang telah berjaya menyampaikan majlis yang berkualiti dan bermakna. Secara keseluruhannya, majlis Tamu Gadang yang ke-25 ini telah menjadi suatu acara tahunan yang berjaya dan memuaskan. Keunikan budaya, penampilan artis-artis terkenal, dan suasana yang meriah telah memberikan pengalaman baru kepada para hadirin. Majlis ini juga telah memainkan peranan penting dalam meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia dan mempromosikan pemahaman antara etnik yang berbeza.
PADA 12 DISEMBER 2023 YANG LALU, KOLEJ KITA TELAH MENGADAKAN SATU LAGI INISIATIF GOTONG-ROYONG YANG BERJAYA DI PUSTAKA MINI. AKTIVITI INI MELIBATKAN PARA JAWATANKUASA KEBAJIKAN MAHASISWA, FELO DAN PIHAK SJJV YANG BERSATU TENAGA UNTUK MEMBERSIHKAN DAN MENYUSUN SEMULA RUANG PELAJAR KITA. KEJAYAAN INISIATIF INI MERUPAKAN HASIL DARIPADA KERJASAMA DAN SEMANGAT GOTONG-ROYONG KITA BERSAMA UNTUK KESELESAAN MESYUARAT, PERJUMPAAN RASMI DAN AKTIVITI PELAJAR. KEPADA SEMUA YANG TELAH MENYERTAI, TERIMA KASIH DIUCAPKAN ATAS SUMBANGAN DAN USAHA ANDA DALAM MENJADIKAN PUSTAKA MINI KITA LEBIH SELESA DAN TERATUR. SEMOGA SEMANGAT GOTONGROYONG INI DAPAT DITERUSKAN UNTUK MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN KOLEJ KITA BERSAMA-SAMA. GOTONG ROYONG
SLOT SANTAI KKTPAR
Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Kurang tidur mendedahkan kepada banyak risiko penyakit. Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar bilangan jam, kualiti juga adalah penting dan perlu diambil perhatian. Antara kepentingan tidur yang mencukupi adalah merangsang memori dan proses pembelajaran. Tidur membantu otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Seterusnya dapat mengawal metabolisme dan berat badan. Hal ini kerana walaupun sudah mengamalkan diet pemakanan yang baik namun berat badan susah untuk turun disebabkan tidur yang tidak mencukupi. Ini akan menjejaskan cara badan memproses dan menyimpan karbohidrat, serta mengubah kadar hormon tertentu yang mengawal selera makan. Di samping itu, tidur yang mencukupi dapat mengekalkan mood yang baik. Apabila letih dan mengantuk, kita akan lebih mudah marah, kurang sabar, hilang fokus dan lebih beremosi. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hari secara keseluruhannya dan menyebabkan kemurungan. https://siraplimau.com https://iluminasi.com/bm/13
1. Admin. (2020, October 25). 10 Sejarah dan Fakta Menarik Daerah Kota Marudu Ramai Tak Tahu. BadusInfo.com. https://badusinfo.com/sejarah-dan-fakta-menarik-daerah-kota-marudu/ 2. MySabah.com. (2024, January 17). Serinsim, a different face of Kinabalu Park. https://www.mysabah.com/wordpress/serinsim-substation-kinabalu-park/ 3. Orangsabahan. (2022, December 8). Taman Kinabalu Serinsim. Orang Sabah. https://orangsabahan.blogspot.com/p/taman-kinabalu-serinsim.html 4. Serinsim Park (Kinabalu Park substation) | Sabah, North Borneo. (n.d.). Sabah, North Borneo. https://sabahtourism.com/destination/sorinsim-waterfall/ Tempat-tempat menarik Taman Kinabalu Sub-Stesen Serinsim merupakan salah satu tempat menarik yang terletak di daerah Kota Marudu, iaitu lebih kurang 35 km dari Pekan Kota Marudu, Sabah. Taman ini juga dikenali dengan nama Taman Serinsim atau Sorinsim yang juga merupakan salah satu daripada empat sub-stesen yang terdapat di Taman Kinabalu. Tempat ini dahulunya adalah kawasan pertanian yang dibuka oleh penduduk Serinsim sebelum kawasan ini diwartakan sebagai salah satu daripada Taman-Taman Sabah pada tahun 1992. Sub-stesen Serinsim ini merupakan habitat semula jadi bagi pelbagai spesis flora dan fauna. Bagi pencinta alam semula jadi , Taman Serinsim adalah pilihan terbaik untuk melakukan aktiviti riadah, perkelahan serta perkhemahan bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat banyak kawasan menarik yang boleh diterokai di dalam taman rekreasi ini. Antaranya, pengunjung berpeluang untuk mendaki Gunung Nambuyukong setinggi 1603 meter, bermandi-mandi di Air Terjun Sorinsim atau juga dikenali sebagai Air Terjun Misumpak setinggi 12 meter, melawat gua kelawar dan makam Sigunting , melawat ke ladang rusa seluas 10 ekar dan lainlain lagi. Tambahan lagi, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk penginapan, tapak perkhemahan, elektrik dan sebagainya. Gunung Nombuyukong Sungai Kanarom Makam Sigunting Ladang rusa "Marudu" berasal daripada bahasa Bajau-Suluk atau Bannaran, dan ia berasal daripadaperkataan "Mairudu" atau "Maiuludu," yang dalam bahasa Melayu bermaksud "suatutempat juga di situ." Papan tanda Taman Serinsim Gambar oleh: Flora Anak Dian (Pelajar Fakulti Perhutanan Tropika) Sub-stesen Serinsim, Kota Marudu ini dikendalikan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (LPATTS) sejak dibangunkan pada tahun 1992. Untuk ke kawasan ini, pengunjung akan melalui Kampung Marak Parak dan Kampung Sorinsim. Setibanya pengunjung di kawasan ini, pengunjung akan disajikan pemandangan puncak Gunung Nombuyukong dan kawasan Sungai Kanarom yang segar dan menyejukkan. Menurut Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah, Gunung Nambuyukong mempunyai ketinggian 1603.57 meter dari aras laut. Jarak daripada Pejabat Sub-Stesen Serinsim ialah 6.5 km dan membawa kira-kira 9 jam tempoh pendakian pergi dan balik. Kadar bayaran terkini mendaki Gunung Nambuyukong (LPATTS): Permit : Dewasa Tempatan RM30/orang Dewasa Asing RM100/orang Pelajar Tempatan RM12/orang (bawah 10 Tahun) Pelajar Asing RM40/orang Insurans: RM7/orang Sijil : RM5 Malim Gunung: RM90/hari Sungai Kanarom kebiasaannya menjadi tumpuan utama pelancong untuk berkelah dan berkhemah berhampiran sungai. Ladang Rusa Serinsim pula di bawah pengurusan Unit Penyelidikan Taman Kinabalu menternak 20 rusa dengan keluasan 10 ekar. MakamSiguntingg diabadikan sebagai penghormatan kepada beliau yang merupakan pahlawan terulung dari suku kaum Dusun. Menurut sejarah, beliau dan pengikutnya telah melancarkan perang gerila terhadap penjajah British sehingga berjaya memusnahkan balai polis yang dibina pihak British di Kampung Sorinsim. Pihak British telah menisytiharkan perang yang dikenali sebagai Perang Sigunting di antara tahun 1894-1901. FAKTA
“Media Sosial didefinisikan sebagai satu kumpulan aplikasi berasaskan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0” - Andreas Kaplain dan Micheal Haenlein. Dalam erti kata lain, media sosial merupakan platform yang membolehkan pengguna membuat atau berkongsi bahan serta bertukar fikiran dan maklumat secara maya tanpa keluar dari rumah. Media sosial membolehkan kita untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di seluruh dunia tanpa sempadan geografi. Selain itu, platform media sosial turut menjadi tempat untuk berkongsi maklumat, mendapatkan isu semasa serta memperluas jaringan sosial. Melalui media sosial, masyarakat dapat mengakses pelbagai ilmu, hiburan dan berita yang dapat meningkatkan pengetahuan kita. Di samping itu, media sosial juga boleh menjadi platform bagi usahawan untuk memasarkan produk mereka tanpa mengeluarkan kos yang besar untuk mempromosi. Salah satu keburukan utama media sosial adalah penyebaran maklumat atau berita palsu yang mengakibatkan konflik dan fitnah antara Masyarakat. Selain itu, penggunaan media sosial yang berlebihan juga dapat menyebabkan kemerosotan Kesihatan mental seperti stress dan depresi akibat tekanan untuk tampil sempurna di alam maya. Tambahan pula, kes ‘cyberbullying’ yang semakin membimbangkan tanpa mengenal usia. Di samping itu, media sosial juga boleh menjadi wadah bagi kegiatan haram seperti penipuan, perdagangan manusia dan eksploitasi. Oleh itu, kita perlu meningkatkan kesedaran akan risiko-risiko agar dapat dielakkan. 1. Ahlee, S. J. A. (2023, January 16). Media sosial: kesan baik dan buruk terhadap masyarakat. IKRAM. https://ikram.org.my/mediasosial-kesan-baik-dan-buruk-terhadap-masyarakat/ 2. Rahim, M. F. (2023, May 10). Bagaimana Ingin Menggunakan Media Sosial dengan Bijak? Hello Doktor. https://hellodoktor.com/kesihatan-mental/kesihatan-mental-lain/bagaimana-ingin-menggunakan-media-sosial-dengan-bijak/ https://www.freepik.com/free-photos-vectors/social-media-background
AZLAN (EDITOR) DIDI (EDITOR) ADRIANA (REKA BENTUK) SYUHADA (REKA BENTUK) AMEERA (REKA BENTUK) ZAHIR (JURUGAMBAR) CLAIRE (JURUGAMBAR) HAFIZUDDIN (JURUGAMBAR) EZZAIFAH (WARTAWAN) HURIN (WARTAWAN) ROZIANA RAMLE (PENASIHAT) LIYANA ZAHIDAH FLORA (PENASIHAT) KETUA EDITOR (EXCO MEDIA DAN TEKNIKAL) EN. AHMAD NORAZHAR BIN MOHD YATIM (PENAUNG) PUTRI (EDITOR) RAVEANNA (WARTAWAN)