Punca Stres Haba
Stres haba terjadi apabila tubuh terdedah kepada bahang matahari (suhu
persekitaran tinggi berbanding suhu badan) dan kelembapan udara yang
tinggi semasa menyertai aktiviti sukan.
Keadaan ini menyebabkan badan tidak berupaya untuk menghilangkan
haba menerusi radiasi.
Kelembapan udara persekitaran yang tinggi (65% hingga 75%) boleh
menjejaskan kehilangan haba melalui proses perpeluhan.
Kesan Stres Haba
Ketika dalam keadaan rehat, badan akan kehilangan
75% daripada haba secara konduksi, perolakan atau
radiasi melalui peredaran darah di bawah permukaan
kulit.
Apabila haba dalam badan meningkat, saluran darah
akan mengembang dan kadar nadi meningkat lebih
tinggi.
Keadaan ini memberi tekanan kepada jantung dan
sistem peredaran darah.
Carta Indeks Haba
Kecederaan Yang Disebabkan
Oleh Stres Haba
A. Ketidakaturan Mainor
Kecederaan Yang Disebabkan Oleh Stres
Haba
Kecederaan Yang Disebabkan Oleh Stres
Haba
B. Ketidakaturan Major
1. Kekejangan haba
Kekejangan haba ialah kecederaan haba yang disebabkan oleh kehilangan
sejumlah besar elektrolit dan air melalui senaman.
Kekejangan haba disebabkan oleh air atau elektrolit yang tidak
mencukupi dalam badan.
2. Keletihan haba
Keletihan haba disebabkan oleh kehilangan air dan
elektrolit melalui perpeluhan.
Keadaan ini berlaku kerana terdedah kepada suhu
tinggi, dan dehidrasi yang boleh menyebabkan berlaku
strok haba yang boleh menyebabkan kematian.
3. Strok haba
Strok haba memerlukan rawatan perubatan dengan
segera kerana telah merekodkan kadar kematian yang
tinggi.
Strok haba bermula dengan gejala kekejangan haba,
keletihan haba dan seterusnya meningkat secara
mendadak kepada keadaan strok haba diikuti oleh
kemerosotan tahapfizikal atlet.
Apabila badan kehabisan bekalan air dan elektrolit,
perpeluhan akan terhenti menyebabkan suhu badan
akan meningkat dengan cepat. Strok haba berlaku
dengan lebih mudah apabila badan telah mengalami
gangguan haba.
Simptom Awal dan Lanjut
Strol Haba
Strategi Mengurangkan Stres Haba
1. Aklimasi terhadap keadaan panas secara
beransur-ansur.
Atlet perlu menyesuaikan diri terhadap
perubahan cuaca panas dan kelembapan yang
tidak stabil sebelum pertandingan.
Atlet juga digalakkan untuk memulakan latihan
penyesuaian lebih awal seperti beberapa bulan
sebelum musim pertandingan yang sebenar.
2. Peka kepada cuaca panas dan kelembapan.
Suhu dan kelembapan udara persekitaran perlu
diambil kira semasa melakukan latihan. Atlet disarankan
untuk membuat pengiraan jumlah
suhu dan kelembapan humiditi.
3. Kekerapan sela rehat antara aktiviti
Semasa melakukan aktiviti, seseorang atlet perlu
mengambil kira masa rehat. Semasa cuaca panas
seseorang atlet perlu berehat pada kadar 15 minit
untuk setiap 1 jam.
4. Keperluan air
Atlet perlu minum sebanyak yang boleh apabila
berada di tempat yang panas semasa latihan atau
pertandingan.
5. Timbang berat badan
Atlet perlu menimbang berat badan setiap kali
sebelum dan selepas latihan bagi tujuan mengawasi
kadar kehilangan air dalam badan.
6. Pakaian yang sesuai
Pakaian atlet mesti sesuai dengan keadaan cuaca yang
panas.
Topi atau pelindung kepala yang sesuai adalah
disarankan ketika berlatih atau bermain di tempat
terbuka.
7. Mengenal pasti atlet yang berisiko
Perhatian rapi perlu dilakukan kepada atlet yang
berisiko seperti obesiti, diabetes dan berpenyakit
kronik.
8. Mengenal pasti simptom atau tanda awal
Jurulatih dan atlet perlu mengambil
berat tentang tanda awal dehidrasi atau
penyakit haba seperti keletihan, kelesuan,
hilang fokus atau pitam.