i SURAU TAMAN KERUING JALAN 4A, TAMAN KERUING 44200 RASA, SELANGOR D.E. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE - 18 (TAHUN 2020-2022/2023) TARIKH : 21 JANUARI 2024 (9 REJAB 1445H) HARI : AHAD MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : SURAU TAMAN KERUING
1 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN 01. Isi Kandungan 2 02. Perutusan Pengerusi 2 03. Senarai Jawatankuasa Surau Sesi 2020-2022/2023 3 04. Minit Mesyuarat Agung Ke-17 4 - 8 05. Laporan Aktiviti Tahun 2020-2022/2023 Lampiran 1a-1d 06. Laporan Kewangan Tahun 2020-2022/2023 Lampiran 2a-2b 07. Senarai Jawatankuasa Surau Sesi 2024-2026 9 Agenda Mesyuarat 01. Pendaftaran 9.30 pagi 02. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa 10.00 pagi 03. Ucapan Pengerusi Surau Tmn Keruing 10.10 pagi 04. Perasmian Mesyuarat AgungTahunan Ke-18 10.20 pagi 05. Mesyuarat Agung Tahunan Ke-18 10.30 pagi 06. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan Ke-18 6.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-17 6.2 Membentangkan Laporan Aktiviti Tahun 2020-2022/2023 6.3 Membentangkan Laporan Kewangan Tahun 2020-2022/202 6.4 Usul/Cadangan 6.5 Hal-Hal Lain 6.6 Ucapan Penangguhan 07. Penghargaan Kepada AJK 2020-2022/2023 08. Penyampaian Nota Serah Tugas 09. Jamuan dan bersurai
2 UCAPAN ALUAN PENGERUSI (2020-2022/23. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, atas kurniaan naikmatNya ke atas kita semua. Selawat dan salam atas Junjungan Rasul saw, ahli keluarga serta sahabat baginda. Selepas kematian Allahyarham Harun bin Abdul Rahman, pada 28 Mac 2019, saya diamanahkan untuk mengetuai pengurusan surau sebagai Pemangku Pengerusi hingga 31 Disember 2019. Mulai 1 Januari 2020, saya terpilih sebagai Pengerusi bagi sesi 2020 - 2022; kemudiannya diarah melanjutkan tugas sehingga 31 Disember 2023 (Rujuk: MAIS.600-8/4/4 Jld.2(1) bertarikh 7 Oktober 2021M bersamaan dengan 30 Safar 1443H. Tempoh 2020 hingga 2022 adalah tempoh yang mencabar selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020, akibat wabak C19. Kelaziman-kelaziman aktiviti surau yang sebelum ini dijalankan tanpa sekatan, terpaksa dikendurkan oleh kawalan ketat pihak berkuasa untuk mengelakkan mudarat yang lebih besar daripada wabak tersebut. Antara kesannya, Mesyuarat Agung bagi tahun 2020 dan 2021 tidak diadakan bagi membentang aktiviti dan kewangan surau untuk ahli. Mesyuarat Agung yang terakhir sebelum ini diadakan pada 19 Januari 2020 (ke-17), ketika saya menjawat Pemangku Pengerusi. Mesyuarat Agung ke -18 pada hari ini, merangkumkan laporan aktiviti dan kewangan bagi tahun 2022 dan 2023; dengan kebenaran PAID. Semoga pembentangan aktiviti dan kewangan dalam mesyuarat pada hari ini, dapat memberi informasi dan kefahaman terhadap pelbagai aktiviti dan perkembangan surau kita. Kepada AJK sesi 2020-2022/23, saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kebersamaan kita melaksanakan tugas dengan ikhlas dan amanah. Sekiranya terdapat kesalahan, kelemahan dan ketidakselesaan dengan ‘stail’ kepimpinan saya, saya mohon maaf. Kepada Pengerusi dan AJK sesi 2024-2026, saya ucapkan selamat bertugas untuk menjayakan #JOMSURAUKITA. Selamat bermesyuarat. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang benar. (AHMAD FAUZI MOHAMAD ZIN) Pengerusi STK 2020-2022/23 Tarikh: 21 Januari 2024 / 09 Rejab 1445H.
3 SENARAI JAWATANKUASA SURAU TMN KERUING SESI 2020-2022/2023 JAWATAN NAMA 01. PENGERUSI : AHMAD FAUZI BIN MOHAMAD ZIN 02. TIMBALAN PENGERUSI : MUHAMAD IDRIS BIN AHMAD 03. IMAN : AN;NAHARI BIN SARIF 04. BILAL : REDZUAN BIN AHMED RAFIE 05. SIAK : SAMSUDDIN BIN HASSAN 06. SETIAUSAHA : MOHD SAYUTI BIN HARUN 07. BENDAHARI : ALIDZA BIN MAAROF 08. PENOLONG BENDAHARI : ZULLAILI BIN HASSAN 09. WAKIL PEMUDA : MOHD ZAINI BIN MOHD SALLEH 10. WAKIL MUSLIMAT : JUWARIAH BINTI ABD RAHMAN 11. PENGURUS JENAZAH MUSLIMAT : NORFADZILAH BINTI MISRAN 12. AJK KECIL : MOHD SAELAN BIN HASSAN : ISMAIL BIN MOHD SALLEH : KAMARUDDIN BIN ATAN 13. PEMERIKSA KIRA-KIRA : KAMARUZAMAN BIN MAT SIN : ABDUL HAFIZ BIN MUSA
4 SURAU TAMAN KERUING MINIT MESYUARAT AGUNG KE-17 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- TARIKH : 19 JANUARI 2020 HARI : AHAD MASA : 9.30 PAGI TEMPAT : SURAU TAMAN KERUING KEHADIRAN : 75 Ahli Kariah AGENDA : 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis Dan Bacaan Doa En. Abdul Hafiz Bin Musa mengalu-alukan kehadiran Jemaah surau ke majlis Mesyuarat Agung ke - 17 dan minta jemaah bersama-sama membaca Umul Kitab sebelum memulakan majlis, seterusnya menjemput Tuan Imam Surau Ustaz An’nahari Bin Sarif untuk membacakan doa selamat. 2. Ucapan Aluan Pemangku Pengerusi Suaru Taman Keruing Ucapan alu-aluan pemangku pengerusi surau di antaranya ialah : i) Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Nazir Masjid AlKholidiah, Rasa, Encik Redzuan Bin Mohd Isa kerana sudi untuk merasmikan Mesyuarat Agung Surau Taman Keruing kali ke 17. ii) Perancangan surau dalam masa 3 tahun akan datang untuk menjadikan surau bukan sahaja tempat beribadah seperti solat berjemaah atau mengadakan kuliah-kuliah mingguan tetapi surau dijadikan juga pusat perkembangan ilmu untuk ahli kariah terutamanya golongan remaja . iii) Untuk tujuan menjayakan perancanag ini pihak surau juga memerlukan kerja sama dan sumbangan daripada ahli kariah dari segi ilmu, pengalaman selain dari tenaga termasuk dari segi kewangan dan peralatan. iv) Beliau juga berharap perhubungan baik yang terjalin selama ini diantara AJK surau dan ahli kariah terus dipertingkatkan lagi. Sekiranya wujud
5 perasaan tidak puas hati atau salah faham yang berkaitan dengan surau atau dengan jemaah lain, eloklah dirujuk kepada pihak surau terutama kepada Pengerusi surau supaya penyelesaian secara harmoni dapat diambil untuk kebaikan bersama. v) Sebelum mengakhiri ucapannya, pemangku pengerusi memaklumkan pihak surau akan memberikan AJK 2017-2019 cenderahati sebagai penghargaan perkhidmatan mereka selama 3 tahun . Pemangku Pengerusi juga memaklumkan akan menyampaikan sijil perlantikan rasmi dari MAIS kepada AJK baru 2020-2022. 3. Perasmian Mesyuarat Agung Ke-17 oleh Tuan Nazir Masjid Al-Kholidah Rasa Encik Redzuan bin Mohd Isa i) Encik Redzuan telah bersetuju dan menyokong perancangan pihak surau untuk menjadikan surau sebagai pusat perkembangan ilmu selain dari untuk beribadah sahaja. ii) Berkaitan dangan perkara-perkara mungkar yang berlaku di taman ini, beliau meminta ahli kariah bekerjasama dengan memberikan maklumat kepada pihak surau supaya tindakan pencegahan dapat dibuat tanpa rasa takut kerana tindakan akan dibuat oleh Jabatan Agama. iii) Encik Redzuan juga memaklumkan kemajuan pembinaan masjid baru Kg Melayu Rasa . Kemajuan pembinaan adalah mengikut yang dijadualkan dan dijangka masjid siap dibina pada bulan Oktober tahun ini. iv) Sebelum mengakhiri ucapannya, Encik Redzuan telah merasmikan Mesyuarat Agung Surau kali Ke -17. 4. Agenda Mesyuarat Agung Ke-17 : 4.1 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Ke-16 bertarikh 17 Mac 2019. Setiausaha surau Mohd Sayuti Bin Harun telah membentangkan Minit Mesyuarat Agung Ke-16 bertarikah 17/3/2019 untuk disah dan dibincangkan. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Ke-16 bertarikh 17/3/2019 : Pencadang : Ismail Bin Salleh Penyokong : Mohd Ariffin bin Sidek
6 4.2 Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan Surau bagi Tahun 2019 Bendahari surau En. Baddu Tali Bin Tokaran telah mebentangkan Laporan Kewanagn bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2019 dan diringkaskan seperti berikut : Baki buka pada 1/1/2019 : RM 50,698.92 Wang masuk : RM135,330.89 Jumlah : RM186,029.81 Wang keluar : RM139,647.91 ============ Baki wang pada 31/12/2019 : RM 46,381.90 ============ Nota: Baki di Public Bank Berhad – A/C simpanan : RM 212.16 Baki di Public Bank Berhad – A/C Semasa : RM44,830.74 Baki di tangan : RM 1,339.00 Pengesahan Laporan Kewangan Surau bagi Tahun 2019 : Pencadang : Mohd Ariffin Bin Sidek Penyokong : Abd Rahim Bin Pandak Othman 4.3 Usul/Cadangan 4.3.1 Usul Encik Osman : Pihak surau sediakan kerusi bersandar semasa kuliah Ulasan Pengerusi : Pada masa ini belum sesuai 4.3.2 Usul Cikgu Rahim Pandak Othman: Diadakan semula kelas Quran selepas subuh hari Ahad dan menyediakan peti cadangan untuk keperluan jemaah memberikan cadangan Ulasan Pengerusi : Usul diambil perhatian 4.3.3 Usul Encik Ariffin Sidek : Supaya mengadakan budget surau Ulasan Pengerusi : Usul diambil perhatian
7 4.3.4 Usul Cikgu Razali Hj Ahmed Hejas : Meminta jemaah jumaat memghormati masa Khutbah Jumaat (tidak bersembang atau bercakap-cakap) dan meminta pihak surau membuat kawalan ke atas Whatsapp surau supaya tidak menyalah gunakan Ulasan Pengerusi : Usul diambil perhatian 4.3.5 Usul Haji Idris Haji Ahmad : Kuliah subuh dikendalikan oleh (idola) terkenal bagi menarik jemaah yang ramai dan memasang LCD untuk memaklumkan kepada jemaah program dan aktiviti surau. Ulasan Pengerusi : Usul pertama akan diusahakan tetapi usul pemasangan LCD bergantung kepada kemampuan kewangan surau 4.3.6 Usul Ustaz Azhar Awang : Pihak surau menyediakan peruntukan sarapan pagi selepas kuliah subuh Sabtu dan Ahad Ulusan Pengerus : Usul terima 4.4 Hal-Hal Lain Pencerahan berkaitan dengan Pendaftaran Ahli Kariah Surau Taman Keruing Pendaftaran bermula setelah Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan arahan hanya ahli kariah berdaftar dengan mengisi borang pendaftaran sahaia layak mengundi di dalam Mesyuarat Agong Pemilihan Jawatan Kuasa Surau mulai pemilihan Sesi 2017-2019. Sebelum ini pihak surau hanya membuat bancian penduduk untuk tujuan agihan daging korban dan menyediakan jadual moreh pada bulan puasa. 4.5 Perlantikan ganti Pemeriksa Kira-Kira 2 bagi sesi 2020 -2022 Perlantikan ini untuk mengantikan Pemeriksa Kira-Kira 2 yang namanya tidak disenaraikan dalam : SENARAI PERLANTIKAN ANGGOTA JAWATANKUASA SURAU DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA BAGI TEMPOH 1 JANUARI 2020 HINGGA 31 DISEMBER 2022 : oleh MAIS bertarikh 23 DIS 2019. Calon : Abdul Hafiz Bin Musa Pencadang : Faridah Hanim Bbinti Khamis Penyokong : Abd Rashid Bin Othman
8 4.6 Pengharagaan kepada AJK tempoh 2017 hingga 2019 Sebagai penghargaan keatas perkidmatan AJK selama 3 tahun iaitu dari 1 Januari 2017 hingga 31 Disember 2019, cenderahati telah disampaikan oleh pengerusi surau Majlis Mesyuarat Agung Ke-17 ditanggukan pada pukul 11.20 pagi. Disediakan oleh Disahkan oleh Sayuti Ahmad Fauzi MOHD SAYUTI BI HARUN SETIAUSAHA 2017-2019 AHMAD FAUZI BIN MOHAMAD ZIN PEMANGKU PENGERUSI 2017-2019
9 SENARAI JAWATANKUASA SURAU TMN KERUING SESI 2024-2026 JAWATAN NAMA 01. PENGERUSI : SAMSOL MAARIF BIN SAIBANI 02. TIMBALAN PENGERUSI : KHAIROL ANUAR BIN MASUAN 03. IMAN : AHMAD FAUZI BIN MOHAMAD ZIN ZOL HAZIZI BIN MAHAT 04. BILAL : REDZUAN BIN AHMED RAFIE ABDUL RASHID BIN OTHMAN 05. SIAK : MOHD ROZALI BIN SAIDIN ISHAK BIN SAID 06. SETIAUSAHA : MUHAMAD KHUZIL BIN MOHAMED HASHIM 07. BENDAHARI : ALIDZA BIN MAAROF 08. PENOLONG BENDAHARI : ISMAIL BIN MOHD SALLEH 09. WAKIL PEMUDA : WIRA BIN RAPEIH 10. WAKIL MUSLIMAT : JUWARIAH BINTI ABD RAHMAN 11. PENGURUS JENAZAH MUSLIMAT : NORFADZILAH BINTI MISRAN 12. AJK KECIL : ZAHRIN BIN KATAN : HAMZAH BIN UMAR : ZULKARNAIN BIN SURATMAN 13. PEMERIKSA KIRA-KIRA : SUHAIMI BIN GHAZALI : MOHD ARIFFIN BIN SIDEK
i Lampiran 1a LAPORAN AKTIVITI 2020 Nota: Tempoh PKP: Sejak PKP dilaksanakan mulai 18 Mac 2020, akibat wabak C19, maka kegiatan-kegiatan lazim di surau terpaksa diadakan dalam kawalan dan arahan pihak berkuasa keselamatan dan pihak berkuasa agama (JAIS). Kepatuhan terhadap peraturan dan SOP yang ketat memberi implikasi terhadap usaha pengimarahan surau, antaranya:- 1. Solat fardu dengan jumlah terhad dan penjarakan. 2. Solat Jumaat dengan jumlah terhad / penggiliran dan penjarakan. 3. Kuliah-kuliah hanya dibuat secara ‘online’. 4. Ibadat-ibadat dalam bulan Ramadan, terencat. 5. Solat Hari Raya Puas dan Hari Raya Korban, terencat. 6. Tidak boleh malaksanakan ibadat korban di surau. …dan sebagainya. AKTIVITI BERKALA – UMUM TARIKH AKTIVITI Setiap malam Jumaat Bacaan Yassin dan Tahlil. Semasa PKP dilaksanakan dalam bilangan terhad. Isnin - 2 Selasa - 1 & 3 Ahad - 4 Kuliah Mingguan: - Ustaz Fazlul Rahimi b Maarof - Ustaz Mohd Harnain b Jajuli - Ust. Wan Muhammad Nor b. Wan Ali Al-Hafiz Nota: Semasa PKP dilaksanakan secara dalam talian sahaja. AKTIVITI BERKALA – MUSLIMAT TARIKH AKTIVITI Setiap Sabtu 5.00 - 6.00 petang Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Kuliah Dhuha: - Ustazah Norfadzilah Misran - Ustazah Juwariah Abd. Rahman - Ustazah Rozana Burhanudin - Ustazah Rosmawati Wahab Nota: Kuliah bersemuka bermula 11 Jan - 29 Feb. Semasa PKP kuliah ditangguhkan bermula Mac - Dis.
ii AKTIVITI TIDAK BERKALA – UMUM TARIKH AKTIVITI 1 Jan Ceramah Khas Sambutan Tahun Baru 2020 - Ustaz Kamaruzzaman Bin Md Ranip (Kolej Komuniti HS) 15 Feb Surau menjadi tuan rumah melaksanakan majlis kenduri perkahwinan anak Hj. Ismail Salleh. 7 Mac Bengkel SU Masjid dan Surau HS di Masjid AsSalam Bkt Sentosa, Dihadiri oleh En. Mohd Sayuti Harun. 15 Mac Diskusi Peningkatan Profesional Pengurusan Surau HS, di Masjid Arrahman Sg. Buaya. Program dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Hj Mohd Idris Ahmad, Bendahari Alidza Maarof dan SU Mohd Sayuti. *18 Mac 2020 bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak C19 24 April - 23 Mei Ihya Ramadan: Solat Sunat Tarawih PKP dilaksanakan oleh Imam, Bilal dan Siak sahaja. Ahli kariah diarah oleh JAIS melaksanakan solat tarawih di rumah. 7 Julai Taklimat Kebenaran Membuka Semula Solat Jumaat Di Masjid dan Surau (kebenaran Jumaat). 31 Julai Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha. Nota: Semasa PKP dilaksanakan dalam bilangan terhad. Tiada ibadat korban dibenarkan di surau. 20 Ogos Doa akhir tahun, solat Maghrib dan program Selangor bermunajat dengan jumlah jemaah terhad.
iii Lampiran 1b LAPORAN AKTIVITI 2021 TARIKH AKTIVITI Nota: Tempoh PKP: Sejak PKP dilaksanakan mulai 18 Mac 2020, akibat wabak C19, maka kegiatan-kegiatan lazim di surau terpaksa diadakan dalam kawalan dan arahan pihak berkuasa keselamatan dan pihak berkuasa agama (JAIS). Kepatuhan terhadap peraturan dan SOP yang ketat memberi implikasi terhadap usaha pengimarahan surau, antaranya:: 7. Solat fardu dengan jumlah terhad dan penjarakan. 8. Solat Jumaat dengan jumlah terhad / penggiliran dan penjarakan. 9. Kuliah-kuliah hanya dibuat secara ‘online’. 10. Ibadat-ibadat dalam bulan Ramadan, terencat. 11. Solat Hari Raya Puas dan Hari Raya Korban, terencat. 12. Tidak boleh malaksanakan ibadat korban di surau. 13. …dan sebagainya. AKTIVITI BERKALA - UMUM TARIKH AKTIVITI Setiap malam Jumaat Bacaan Yassin dan Tahlil Semasa PKP dilaksanakan dalam bilangan terhad Isnin - 2 Selasa - 1 & 3 Ahad - 4 Kuliah Mingguan - Ustaz Fazlul Rahimi Bin Maarof - Ustaz Mohd Harnain Bin Jajuli - Ust. Wan Muhammad Nor Bin Wan Ali Al-Hafiz Nota: Semasa PKP dilaksanakan secara dalam talian sahaja. AKTIVITI BERKALA - MUSLIMAT TARIKH AKTIVITI Setiap Sabtu 5.00 - 6.00 petang Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Kuliah Dhuha: - Ustazah Norfadzilah Misran - Ustazah Juwariah Abd. Rahman - Ustazah Rozana Burhanudin - Ustazah Rosmawati Wahab Kuliah ditangguhkan dari Januari hingga Julai . Kuliah dilaksanakan secara dalam talian dari 14 Ogos – 23 Okt
iv AKTIVITI TIDAK BERKALA - UMUM TARIKH AKTIVITI Ihya Ramadan: Solat Sunat Tarawih PKP dilaksanakan oleh dalam jumlah yang terhad dan penjarakkan 18 Jun Pembangunan surau: Binaan bumbung dapur lama, sumbangan Syarikat GELNEXUS Sdn, dilaksanakan oleh Alidza Maarof Ent. Pembangunan Surau Binaan lantai mozek, railing, awning, tempat wuduk dan lain-lain, untuk keselesaan jemaah solat Jumaat. Kini, menjadi ruang makan pada malam kuliah dsb.. Jun Sumbangan Hari Raya Aidil Fitri Solat Sunat Tarawih dan Tadarus Al-Quran Semasa PKP dilaksanakan secara penjarakan 31 Julai Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri Semasa PKP dilaksanakan secara penjarakan Tiada ibadat korban dibenarkan di surau. AKTIVITI TIDAK BERKALA - MUSLIMAT TARIKH AKTIVITI 24 April - 23 Mei Ihya Ramadan: Solat Sunat Tarawih PKP dilaksanakan oleh dalam jumlah yang terhad dan penjarakkan 10 Mei Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri Nota: Semasa PKP dilaksanakan dalam bilangan terhad. 10 Julai Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha. Nota: Semasa PKP dilaksanakan dalam bilangan terhad. Tiada ibadat korban dibenarkan di surau.
v Lampiran 1 c LAPORAN AKTIVITI 2022 AKTIVITI BERKALA - UMUM TARIKH AKTIVITI Setiap malam Jumaat Bacaan Yassin dan Tahlil Majlis juga dilaksanakan secara dalam talian di Youtube Setiap Isnin - 1 & 2 Selasa - 1 & 3 Rabu - 2 & 4 Isnin - 3 Isnin - 4 Ahad - 4 Kuliah Mingguan - Ustaz Muhammad Alif Azwan Bin Anuar (Tasawwuf) - Ustaz Mohd Harnain Bin Jajuli (Tafsir dan Aqidah) - Ustaz Mohd Kamal Azhari Zuhra Tasawwuf) - Ustaz Fazlul Rahimi Bin Maarof (Sirah darp AlQuran) - Ustaz Muhammad Bin Muhd Hassan (Hadith) - Ustaz. Wan Muhammad Nor Bin Wan Ali Al- Hafiz (Feqah) Nota: Kuliah juga dilaksanakan secara dalam talian di Youtube, untuk ahli kariah yang tidak dapat hadir. Sabtu Dan Ahad (Selepas Solat Subuh) Tazkirah Subuh: Hj. Yusof Bin Abdul Rahman (Aqidah) Ustaz An’nahari Sarif (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) Cikgu Ahmad Fauzi Mohamad Zin (Tajwid) Zol Hazizi Bin Mahat (Bahasa Arab) Selasa @ Rabu (Selepas Isyak) Kelas Tajwid untuk Dewasa (L), Bimbingan Cikgu Ahmad Fauzi Bin Mohmad Zin. AKTIVITI BERKALA - MUSLIMAT TARIKH AKTIVITI Setiap Sabtu 9.00 – 10.30 pagi Minggu 2 Minggu 4 Kuliah Dhuha: - Ustazah Juwariah Abd. Rahman - Ustazah Norfadzilah Misran Setiap Rabu, Khamis & Jumaat 9.30 - 10.30 pagi Kelas Mengaji Dewasa, dilaksanakan pada wakti pagi. - Ustazah Norfadzilah Misran - Ustazah Juwariah Abd Rahman - Ustazah Zaiton Samad * Dibantu 13 pembimbing dari kalangan muslimt
vi TARIKH AKTIVITI Isnin - Jumaat 5.30 - 6.45 petang Kelas Mengaji Kanak-Kanak: Penyelia: Cikgu Ahmad Fauzi Bin Mohamad Zin dan Ustazah Norfadzilah Misran Pembimbing: Ustazah Fauziah Mokhtar, Ustazah Rahmah Solihan, Ustazah Roshadah Binti Abdul Rahman, Ustazah Zahariah Daud, Ustazah Sagitawati Abdullah dan M Hadif Hilaman Bin Saiful Hasna. Setiap Khamis 9.30 - 10.30 pagi Kelas Tajwid Muslimat, pada waktu pagi. - Ustazah Norfadzilah Misran Setiap Rabu @ Jumaat 9.30 - 10.30 pagi Kelas Tadabbur Surah - Ustazah Juwariah Abd Rahman Setiap Jumaat 9.00 - 11.00 pagi Gotong Royong keceriaan dan kebersihan kawasan dan bangunan surau. - Penyertaan aktif 16 ahli gotong-royong kalangan muslimat. AKTIVITI TIDAK BERKALA - UMUM TARIKH AKTIVITI 3 April - 2 Mei Ihya Ramadhan: - Iftar & Moreh(Diadakan setiap hari, melalui tajaan individu, keluarga, kumpulan, syarikat dan sebagainya. - Agihan bubur lambuk selepas asar pada hari tertentu - Solat Sunat Tarawih dan Tadarus Al-Quran - dijalankan setiap malam dengan penyertaan lelaki dan wanita dewasa, serta remaja L/P. 28 April Majlis Khatam Al-Quran & Penghargaan Ramadhan, bagi menghargai mereka yang menghidupkan malam-malam sepanjang Ramadan. 2 Mei Takbir dari rumah ke rumah dijalankan dengan penyertaan ahli-ahli yang menyertai baraan. 3 Mei Solat Sunat Hari Raya Aidil Fitri dengan penyertaan jemaah dari ahli kariah Surau Taman Rasa Utama, Surau Muhajirin dan saudara Islam dari Bangladesh dan lain-lain. 29 Mei Jamuan Mesra Hari Raya Aidil Fitri diadakan untuk meraikan ahli kariah dan para jemputan. 6 Jun Surau menjadi tuan rumah menjayakan kenduri perkahwinan siak En. Samsuddin Hassan dengan Pn. Rohana Binti Subohi. 10 Julai Solat Sunat Hari Raya Aidil Adha Ibadah Korban dilaksanakan secara gotong-royong, bagi menyembelih 5 ekor lembu dan seekor kambing. 7 Oktober Ceramah Maulidurrasul - Ustaz Dzulkarnain Hamzah (Penceramah bebas) dengan tajaan PEDI Taman Keruing.
vii AKTIVITI TIDAK BERKALA - MUSLIMAT TARIKH AKTIVITI Program DM Care – Badan Kebajikan Wanita HS & Yadim - Solat sunat tasbih & tazkirah 20 & 27 April Muslimat Bermunajat - Solat sunat dhuha & zikir munajat 23 Jun / 1 & 8 Sept /23 Okt Ziarah kasih - Ziarah ahli keluarga yang diuji dengan pelbagai musibah: Pn. Norazlin Baharuddin, En. Abd Razak ‘bank’, Hjh. Rozlinah Hashim dan Pn. Syaaziyah Souud.
viii Lampiran 1d LAPORAN AKTIVITI 2023 AKTIVITI BERKALA - UMUM TARIKH AKTIVITI Setiap malam Jumaat Bacaan Yassin dan Tahlil Majlis juga dilaksanakan secara dalam talian di Youtube Setiap Isnin - 1 & 2 Selasa - 1 & 3 Rabu - 2 & 4 Isnin - 3 Isnin - 4 Ahad - 4 Kuliah Mingguan - Ustaz Muhammad Alif Azwan b Anuar (Tasawwuf) - Ustaz Mohd Harnain Bin Jajuli (Tafsir dan Aqidah) - Ustaz Mohd Kamal Azhari Zuhra (Tasawwuf) - Ustaz Fazlul Rahimi Bin Maarof (Sirah dari AlQuran) - Ustaz Muhammad Bin Muhd Hassan (Hadith) - Ustaz. Wan Muhammad Nor Bin Wan Ali Al- Hafiz (Feqah Nota: Kuliah juga dilaksanakan secara dalam talian di Youtube, untuk ahli kariah yang tidak dapat hadir. Sabtu dan Ahad (Selepas ubuh) Tazkirah Subuh: - Hj Yusof Bin Abdul Rahman (Aqidah) - Ustaz An’nahari Bin Sarif (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) - Cikgu Ahmad Fauzi Bin Mohamd Zin (Tajwid) - Zol Hazizi Bin Mahat (Nahu Bahasa Arab) Selasa @ Rabu (Selepas Isyak) Kelas Tajwid untuk Dewasa (L), Bimbingan Cikgu Ahmad Fauzi Bin Mohmad Zin. AKTIVITI BERKALA - MUSLIMAT TARIKH AKTIVITI Setiap Sabtu 9.00 – 10.30 pagi Minggu 2 Minggu 4 Kuliah Dhuha - Ustazah Juwariah Abd. Rahman - Ustazah Norfadzilah Misran Setiap Rabu, Khamis & Jumaat 9.30 - 10.30 pagi Kelas Mengaji Dewasa - Ustazah Norfadzilah Misran - Ustazah Juwariah Bd Rahman - Ustazah Zaiton Samad * Dibantu 13 pembimbing dari kalangan muslimt Isnin - Jumaat 5.30 - 6.30 petang Kelas Mengaji Kanak-Kanak: Penyelia: Cikgu Ahmad Fauzi bin Mohamad Zin dan Ustazah Norfadzilah Binti Misran.
ix TARIKH AKTIVITI Pembimbing: Ustazah Fauziah Mokhtar, Ustazah Rahmah Solihan, Ustazah Roshadah Binti Abdul Rahman, Ustazah Zahariah Daud, Ustazah Sagitawati Abdullah dan M Hadir Hilman Bin Saiful Hasna. Setiap Khamis 9.30 - 10.30 pagi Kelas Tajwid Muslimat - Ustazah Norfadzilah Misran Setiap Rabu @ Jumaat 9.30 - 10.30 pagi Kelas Tadabbur Surah - Ustazah Juwariah Abd Rahman Setiap Jumaat 9.00 - 11.00 pagi Gotong Royong keceriaan dan kebersihn kawasan dan bangunan surau. - Penyertaan aktif 16 ahli gotong royong, kalangan muslimat. Setiap Jumaat @ Sabtu (3.00 ptg) Bacaan Yassin Dari rumah ke rumah, sebagai ikhtiar ukhwah, merapatkan silaturrahim. Setiap kali berlaku kematian Ziarah Kasih - Ziarah ahli keluarga kariah yang diuji musibah AKTIVITI TIDAK BERKALA - UMUM TARIKH AKTIVITI 8 Jan Misi bantuan mangsa banjir di Taman Seri Nanding, Hulu Langat. Bantuan berupa makanan, pakaian, kitab alQuran, sejadah dan tikar, disampaikan oleh 7 orang AJK surau, kepada sebilangan penduduk yang terpilih. 26 Feb Ceramah Israk Mikraj - Ustaz Wan Muhammad Nor Wan Ali 1 - 9 Mac Program Cuti Sekolah - Amali Solat, dengan penyertaan 81 orang remaja lelaki dan perempuan. 3 April - 2 Mei Ihya Ramadhan: Iftar dan moreh diadakan setiap hari melalui tajaan individu, keluarga, kumpulan, syarikat dan sebagainya. -Solat Sunat Tarawih didirikan dengan 8 rakaat dan 3 witir. Selepas moreh, aktiviti Tadarus dijalankan dengan penyertaan jemaah dewasa dan remaja. - Agihan bubur lambuk dibuat pada hari-hari tertentu dengan seliaan Chef Zainal dan crew dapur. 16 April Majlis Khatam Al-Quran & Penghargaan Ramadhan, dilaksanakan bagi menghargai jemaah yang menghidupkan malam-malam Ramadan. 18 - 20 April Projek Pembangunan Surau - Pemasangan karpet baru, melalui sumbangan ‘waqaf’ seorang dermawan, serta sumbangan ahli kariah (mengambil barakah bulan Ramadan). 27 Mei Jamuan Ramah Mesra Hari Raya Aidil Fitri pada waktu malam, bermula dengan solat fardu Maghrib.
x TARIKH AKTIVITI 29 Jun Solat sunat Hari Raya Aidil Adha, bersama jemaah surau-surau sekitar, serta saudara Islam Bangladesh dan lain-lain. Ibadah Korban, dilaksanakan dengan sembelihan 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing. 8 Julai Surau menjadi tuan rumah menjayakan Majlis Kenduri Perkahwinan - anak Ahmad Tajudin ‘sate’. 18 Julai Doa Akhir Tahun 1444H & Doa Awal Tahun 1445H. Nov - Dis Projek Pembangunan Surau: - Binaan pagar anti-climb, menggantikan pagar lama yang telah rosak dan sebahagiannya telah runtuh. - Binaan perluasan dapur, bagi keselesaan crew dapur yang diketuai oleh Chef Zainal. 30 Dis Program Ijtimak - Lawatan Ke Pondok Pendidikan Al-Barakah Ustaz Kazim Alias di Manjoi, Ipoh. Rombongan anjuran ‘Sahabat Mengaji’ Biro Wanita, disertai 44 orang (termasuk 4 orang lelaki). Sumbangan berupa wang tunai disampaikan terus kepada Dato’ Kazim. AKTIVITI TIDAK BERKALA - MUSLIMAT TARIKH AKTIVITI Setiap hari pagi 1 April - 2 Mei Ihya Ramadhan: - Iftar & Moreh (Diadakan setiap hari, melalui tajaan individu, keluarga, kumpulan, syarikat dan sebagainya. - Solat Sunat Tarawih danTadarus Al-Quran - dijalankan setiap malam dengan penyertaan lelaki dan wanita dewasa, serta remaja L/P. 23 - 31 Mac Infaq Makanan berbuka puasa bagi ahli kariah yang terpilih, oleh Biro Wanita. Makanan terus dihantar ke rumah-rumah menjelang waktu berbuka puasa. 25 Mac Bersama DM Care – Badan Kebajikan Wanita HS & Yadim - Solat sunat tasbih & tazkirah 16 April Majlis Khatam Al-Quran & Penghargaan Ramadhan bagi menghargai mereka yang menghidupkan malam-malam sepanjang Ramadan. 27 Mei Jamuan Ramah Mesra Hari Raya Aidil Fitri 29 Jun Solat sunat Hari Raya Aidil Adha Ibadah Korban, dilaksanakan secara gotong-royong, menyembelih 7 ekor lembu dan 2 ekor kambing. 8 Julai Mernjadi tuan rumah melaksanakan Majlis Perkahwinan - anak Ahmad Tajudin ‘sate’.
xi TARIKH AKTIVITI 30 Dis Program Ijtimak - Lawatan Ke Pondok Pendidikan Al-Barakah Ustaz Kazim Alias di Manjoi, Ipoh. Rombongan anjuran ‘Sahabat Mengaji’ Biro Wanita, disertai 44 orang (termasuk 4 orang lelaki). Sumbangan berupa wang tunai disampaikan terus kepada Dato’ Kazim.
xii Lampiran 2a
xiii Lampiran 2a