TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM BAHASA MELAYU (1103/1)
Kertas 1 (1103/1) -100 markah Bahagian A- Karangan Respons Terhad (150-200pp) 30 markah Bahagian B Karangan Respons Terbuka (350-500pp) 70 markah
Bahasa Melayu (1103/1) Penanda Wacana AYAT PENDAHULUAN Dasawarsa ini Belakangan ini Dalam era modenisasi Dalam era globalisasi kini AYAT CONTOH Contohnya Tamsilnya Sebagai contoh Misalnya AYAT ISI UTAMA Pada hemat saya Jika ditinjau dari sudut yang lain Pada pendapat saya Beralih kepada perspektif seterusnya AYAT PENEGASAN Sudah terang lagi bersuluh Jelaslah/ Tuntasnya / Impaknya Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa Intihanya AYAT HURAIAN Hal ini dikatakan demikian kerana Perkara ini disebabkan oleh Hal ini bermaksud Secara tidak langsung AYAT PERIBAHASA .....bak kata pepatah... Pujangga Melayu ada menyebut Benarlah kata orang tuatua Hal ini bersesuaian dengan peribahasa Melayu
Tema Tema 1. Kesihatan dan kebersihan 10. Pelancongan 2. Keselamatan 11. Sejarah dan Warisan 3. Perpaduan 12. Sukan dan Rekreasi 4. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika 13. Perindustrian 5. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan 14. Pendidikan 6. Sains, Teknologi dan Inovasi 15. Bahasa dan Kesusasteraan 7. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau 16. Kerjaya 8. Pertanian, Penternakan dan Perikanan 17. Integriti 9. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan 18. Pentadbiran dan Politik A. Karangan Respons Terhad Format : Pendapat, Rencana, Surat, Resume, E-mel
Pengagihan Masa dengan Betul • Fahami dan analisa tajuk 5 minit • Rangka karangan 5 minit • Menulis karangan 15 minit • Menyemak karangan 5 minit • Jumlah masa 30 minit TEMA FORMAT FOKUS
PENDAHULUA N 3 AYAT • Tema • Isu (Kenapa) •Kehendak Soalan (Arahan soalan) ISI 4/5 AYAT • 2 isi (5 ayat) / 3 isi (4 ayat) • Topik •Huraian •Contoh KKESIMPULAN 3 AYAT •Kesimpulan •Cadangan •Harapan A. Karangan Respons Terhad
T TEMA TEMA YANG DIBINCANGKAN Belakangan ini, Dewasa ini, Dasawarsa ini, Kini, Sejak akhir-akhir ini, Pada era globalisasi ini, Dalam meniti kehidupan marcapada, I ISU TANYA MENGAPA Hal ini dikatakan demikian kerana Perkara ini disebabkan K KEHENDAK SOALAN ARAHAN SOALAN/KATA KUNCI Persoalannya, apakah .. Oleh itu, mari kita rungkai satu demi satu.. Pendahuluan - Tema, Isu , Kehendak Soalan (TIK)
Isi - Topik, Hurai, Contoh, Kesan, Penegas TOPIK Isi utama/idea HURAI Mengapa berlaku CONTOH Beri contoh relevan/data/peristiwa KESAN Apakah kesan positif/negatif (impaknya, implikasinya, kesannya) PENEGAS Ulang semula ayat topik (terbuktilah, jelaslah, Benarlah kata-kata...)
Penutup - Kesimpulan, Cadangan, Harapan (KECAHA) KESIMPULAN Tegaskan arahan soalan (Jelaslah/ Terbuktilah..) CADANGAN Cadangan umum/khusus (Oleh itu,) HARAPAN Kesan positif daripada cadangan (Jika usaha ini direalisasikan,....)
te Tema: Penjimatan belanja keluarga Fokus: Cara-cara penjimatan belanja keluarga Format: Rencana Isi 1: menanam sayur-sayuran Isi 2: menjimatkan penggunaan elektrik Isi 3: membeli barangan buatan Malaysia
Pendahuluan - Tema, Isu , Kehendak Soalan (TIK) T TEMA TEMA YANG DIBINCANGKAN Belakangan ini, perbelanjaan keluarga semakin meningkat disebabkan oleh kenaikan harga barangan tidak terkawal. I ISU TANYA MENGAPA Hal ini dikatakan demikian kerana masalah inflasi dan sikap peniaga yang suka menaikkan harga sesuka hati ibarat menangguk di air keruh. K KEHENDAK SOALAN ARAHAN SOALAN/KATA KUNCI Persoalannya, apakah caracara penjimatan belanja keluarga.
Isi (1) - Ahli keluarga menanam sayur-sayuran di rumah TOPIK Ahli keluarga perlulah menanam sayur-sayuran di rumah sebagai cara penjimatan belanja rumah. HURAI Hal ini secara tidak langsung, dapat membantu negara mengurangkan import makanan yang dikatakan berjumlah RM55.5 billion pada tahun 2021 CONTOH Misalnya, sayur-sayuran seperti cili, bawang, serai, lobak, terung dan daun kesum boleh ditanam di balkoni atau di belakang rumah. KESAN Hasilnya, ahli keluarga dapat menikmati sayur segar dan bebas kimia yang dapat menyihatkan tubuh di samping dapat mengeratkan hubungan keluarga ibarat sambil menyelam minum air PENEGAS Terbuktilah, ahli keluarga dapat menjimatkan belanja rumah dengan menanam sayur-sayuran di rumah.
Penutup - Kesimpulan, Cadangan, Harapan (KECAHA) KE KESIMPULAN Kesimpulannya, terdapat pelbagai cara untuk membantu keluarga berjimat CA CADANGAN Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak berjimat cermat dalam kehidupan sejak kecil ibarat melentur buluh biarlah waktu rebung. HA HARAPAN agar kebiasaan ini akan menjadikan mereka menjauhi prinsip biar papa asalkan bergaya.
PENDAHUL UAN 5 AYAT • Tema •Huraian • Isu •Natijah •Kehendak soalan ISI 5 AYAT • 2 isi (5 ayat) / 3 isi (4 ayat) • Isi •Huraian •Contoh KESIMPUL AN 4 AYAT •Kesimpula n •Cadangan •Pendapat •Harapan B. Karangan Respons Terbuka
Tema popular gejala sosial, kemasyarakatan, kekeluargaan, alam sekitar, pendidikan, pelancongan, kesihatan, sukan, sains dan teknologi Agihan masa • Memahami dan analisis tajuk 5min • Bina rangka kararangan 15m • Menulis karangan 60min • Menyemak karangan 10min • Jumlah masa 90 min B. Karangan Respons Terbuka
Patriotisme bermaksud perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Semangat ini wajar dipupuk sejak anak-anak di bangku sekolah lagi sehingga peringkat universiti dan seterusnya menjangkau usia warga emas. Tidak kira bangsa dan keturunan, kesetiaan kepada raja dan negara ialah benteng pegangan kita yang berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara. Sumber: Berita Harian Online Jelaskan cara-cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat tersebut dalam kalangan masyarakat Isi 1 - Memupuk semangat dalam diri kanak-kanak sejak di bangku sekolah Isi 2 - Kesetiaan kepada raja dan negara Isi 3 - Ibu bapa perlu menanam kesedaran tentang kepentinganmemelihara kedaulatan dan kemerdekaan negara Isi 4 - Peranan pihak sekolah Contoh soalan
Pendahuluan Tema, Huraian, Isi, Natijah, Kehendak Soalan Semangat patriotisme yang semakin luntur sering diperkatakan. Perkara ini menimbulkan rasa bimbang dan mewujudkan pelbagai masalah dalam negara. Sebagai contoh, kita tidak menghiraukan sambutan hari kebangsaan dan tidak mengibarkan bendera. Natijahnya, kemakmuran negara kita akan terjejas. Oleh itu, mari kita rungkai satu demi satu cara-cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
Isi 1- memupuk semangat dalam diri kanak-kanak sejak di bangku sekolah Isi, Huraian, Contoh, Kesan Penegas Cara memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat ialah pemupukan semangat dalam diri kanak-kanak sejak di bangku sekolah. Perkara ini dikatakan demikian kerana pemupukan semangat ini akan mudah sebati dalam diri kanak-kanak ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai contoh, pihak sekolah mengadakan sambutan hari merdeka dan nyanyian lagu patriotik seperti lagu Negaraku. Implikasi daripada tindakan ini dapat melahirkan rasa cinta kepada negara. Mereka juga tidak melakukan perkara yang memburukkan nama negara. Jelaslah bahawa langkah menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat ialah pemupukan semangat sayang akan negara dalam diri kanak-kanak sejak kecil.
Penutup Kesimpulan, Cadangan, Harapan Kesimpulannya, semangat patriotisme merupakan aspek penting dalam keharmonian dan kestabilan negara. Seseorang yang memiliki semangat patriotik yang tinggi akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya demi mencapai kemajuan seiring dengan negara maju yang lain ibarat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, semua pihak haruslah berganding bahu dalam usaha memupuk semangat patriotisme persis bagai aur dengan tebing, agar semangat cinta akan negara ini dapat disuburkan dalam generasi akan datang.