Disediakan oleh: Anis Humaira Binti Ahmad Ruslan (DEC 00401) Disediakan oleh: Anis Humaira Binti Ahmad Ruslan (DEC 00401)
Tersebutlah sebuah kisah tentang sepasang kembar yang merupakan anak petani di Desa Sentosa. Kedua-dua beradik ini seperti “bau-bau bacang”. Mereka tidak pernah berbaik sejak kecil lagi. Si abang yang diberi nama Atan merupakan seorang yang sangat nakal dan sangat membenci dan malu akan fizikal adiknya yang tidak sempurna manakala si adik pula Fahimi seorang yang berhati mulia dan sangat baik dengan abangnya walaupun sering dibenci dan dihina.
Pada suatu petang, Atan keluar bermain bersama rakan-rakannya Amin dan Abid. Mereka sangat nakal dan suka melastik burung. Fahimi yang kebetulan berada di tempat yang sama cuba untuk mengajak mereka bermain gasing bersama-sama tetapi mereka menolak ajakan Fahimi. "Hoi Si Tempang! tiada yang sudi bermain dengan kau lah, sedar diri sikit.” Ejek Amin dan Abid. Tanpa memandang ke arah adiknya, si abang pula berkata “Sudahlah tempang, ada hati nak main dengan orang. Lebih baik kau balik rumah sekarang sebelum kami kerjakan kau!".
“Alahai, jauhnya anak ibu termenung. Fikir apa tu?”. Soal Ibu kepada Fahimi. “Kenapa abang begitu benci dan malu pada Fahimi? Fahimi juga ingin merasai kasih sayang dari seorang abang”. Ucap Fahimi. Sampai sahaja di rumah, Fahimi hanya duduk di bawah pokok di hadapan rumahnya. Fahimi termenung memikirkan nasib yang ditimpa olehnya. “Kalau aku dilahirkan tidak tempang mesti abang aku sayangkan aku”. Bisik Fahimi dalam hatinya. Ibu hanya senyum dan memeluk Fahimi dengan begitu erat tanpa sepatah kata pun. Lalu, Fahimi lansung pulang kerumah dengan ditemani air mata yang membasahi kedua belah pipinya.
Setiap pagi di hari minggu, Fahimi menolong ibunya untuk mengutip sayuran di kebun untuk dijual di pekan. Fahimi sangat rajin menolong ibunya tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. “Nanti kamu teman ibu ke pekan ya? Sayur-sayur ini sangat segar. Mesti laku nanti”. Ucap ibunya dengan sangat teruja. Fahimi mengangguk tanda setuju dan berkata, “Baiklah ibu, apa sahaja untuk ibu”. Ibu tersenyum mendengar jawapan Fahimi.
Apabila tiba di pekan, Fahimi dan ibunya berniaga seperti biasa. Ramai orang yang mengunjungi tapak jualan mereka. Sayur-sayuran yang dijual sangat segar. Mereka pulang kerumah dengan sangat gembira.
Sebaik saja pulang kerumah, Fahimi keluar untuk bersiar-siar di taman permainan. Ketika dia sedang leka bermain. Datanglah sekumpulan lelaki lalu mengejek Fahimi. “Eh tengok tu budak cacat, kakinya tempang itulah dia Fahimi si tempang. hahahahaha”. Ejek mereka beramai-ramai. Fahimi hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
Pada suatu hari, ibu cuba untuk menasihati Atan. “Layan lah adik kamu dengan baik Atan. Jika ibu sudah tiada siapa lagi yang kamu harapkan kalau bukan adik kamu. Dia juga darah daging kamu. Janganlah begitu benci padanya hanya kerana kekurangannya, kasihani lah Fahimi”. Atan lansung tidak mahu menerima apa yang dinasihatkan oleh ibunya. Masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri. Begitulah perangai si Atan apabila dinasihati. Sangat keras kepala.
Apabila ibu menegur Atan tentang Fahimi, Atan menganggap Fahimi mengadu tentang keburukannya pada ibu. Oleh itu, Atan sangat marah. Dengan penuh amarah, Atan keluar dari rumah dan menuju ke tempat Fahimi selalu bermain.
Fahimi yang sedang leka bermain disergah oleh Atan dan rakan-rakannya. “Oh dekat sini rupanya kau”, ucap Atan. Fahimi terpinga-pinga tidak faham apa yang sedang terjadi. Fahimi hanya diam dan tidak melawan. “Sekali lagi kau berani mengadu pada ibu, nahas kau Fahimi!”, Atan menengking Fahimi. Fahimi menangis.
Pada keesokan harinya, ibu terlantar sakit. Risau akan kesihatan ibunya, Fahimi dan abangnya membuat keputusan untuk tidak ke sekolah sehingga ibu kembali sihat. Mereka sangat risau akan ibu. Bagi mereka, ibu adalah satu-satunya. Jika tiada ibu maka gelaplah dunia ini.
Pada suatu petang, Fahimi ke pekan untuk membeli ubat kepada ibunya. Ketika dalam perjalanan pulang, Fahimi terdengar satu jeritan yang sangat kuat. “ADUH, SAKITNYA! TOLONGGGG!!!” Fahimi tercari-cari dari arah mana bunyi jeritan tersebut. Apabila Fahimi menghampiri satu pohon, Fahimi melihat abangnya sedang dikerumuni oleh sekumpulan lebah. Melihat keadaan tersebut, Fahimi sangat terkejut. Fahimi sedaya upaya menolong abangnya untuk lari daripada sekumpulan lebah tersebut.
Apabila sampai di rumah, Atan menangis dengan sangat kuat kerana kesakitan. Mendengar tangisan Atan yang kuat, ibu terus ke ruang hadapan untuk melihat apa yang telah terjadi. “Ibu, Atan disengat lebah”, kata Fahimi kepada ibunya. Ibu sangat terkejut. Lalu, mereka merawat kecederaan Atan bersama-sama.
Kejadian tersebut membuatkan Atan sedar betapa sayang Fahimi terhadapnya. Walaupun dilayan dengan begitu buruk, adiknya tetap kasih kepadanya. Atan sangat menyesal atas erbuatannya terhadap Fahimi selama ini. Dia tidak henti-henti meminta maaf kepada Fahimi. Ibu sangat senang hati melihat anak-anaknya yang selama ini seperti ‘Bau-bau bacang’ kini sudah saling melengkapi antara satu sama lain. Kini Atan, Fahimi dan ibu hidup dengan gembira. -T A M A T-
PENGAJARAN 1) Jangan pernah menghina kekurangan orang lain kerana dalam setiap kekurangan pasti ada kelebihannya. 2) Tetaplah berbuat baik kepada semua orang walaupun sering dikhianati. 4) Nasihat daripada insan yang bernama ibu sangat berharga. Jadi, hargailah setiap nasihat mereka. Jangan masuk ke telinga kanan keluar telinga kiri. 3) Adik beradik kita adalah darah daging kita, kekurangannya, kitalah yang perlu melengkapi bukan mengasingkan diri.