TAJUK :
ENCIK MOHD AZURI BIN SHAARI : SUMBANGAN DAN PERANAN SEBAGAI
GURU CEMERLANG MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH TEMIN, JERANTUT
DARI TAHUN 2000 HINGGA 2012.
1.0 PENGENALAN
Definisi pendidik berdasarkan Kamus Dewan Edisi Kedua ialah orang yang mendidik
atau guru.1 Tokoh pendidik merupakan insan yang telah banyak berjasa dalam bidang
pendidikan yang boleh dijadikan suri teladan kepada generasi akan datang mahupun generasi
terkini. Kejayaan yang dicapai dan sumbangan yang dicurahkan dijadikan inspirasi dan
motivasi kepada semua lapisan masyarakat agar terus berjaya dalam kehidupan. Kerjaya
seorang pendidik bukanlah suatu perkara yang mudah malah pelbagai pengorbanan dan
kepayahan perlu mereka hadapi demi mendidik masyarakat menjadi kebanggaan negara.
Ilmu Matematik atau dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab merupakan salah satu mata
pelajaran penting yang wajib dipelajari oleh semua anak didik bermula dari peringkat awal
persekolahan. Hal ini dikatakan demikian kerana Matematik digunakan di seluruh dunia
sebagai alat penting dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula jadi, kejuruteraan,
perubatan dan sains sosial. Menurut Noraini binti Tahir dalam bukunya, ‘Pembelajaran
Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak’, Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih
minda supaya berfikir secara mantik dalam menyelesaikan masalah dan dalam membuat
sesuatu keputusan. Sifat matematik secara tabiinya menggalakkan pembelajaran yang
bermakna dan mencabar pemikiran.2
Antara tokoh yang boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat dalam bidang pendidikan
Matematik ialah Encik Mohd Azuri Bin Shaari. Keperibadian tokoh tersebut haruslah diberi
perhatian oleh masyarakat setempat. Beliau memainkan peranan penting dalam bidang
pendidikan berkaitan subjek Matematik. Beliau juga telah berusaha menaikkan nama sekolah
dalam bidang Matematik sepanjang beliau bertugas menjadi guru dari tahun 2000 hingga tahun
2012.
2.0 LATAR BELAKANG ENCIK MOHD AZURI BIN SHAARI
Encik Mohd Azuri Bin Shaari dilahirkan pada 5 September 1978 di Pasir Mas, Kelantan.
Beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.
1
2