Mesyuarat Guru SKSI
SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ILIR
MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 2022/2023
TARIKH : 15 MAC 2022
HARI : SELASA
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
KEHADIRAN
1. En Shaharom bin Sulaiman (Guru Besar)
2. Tn Hj Mohd Asif bin Ahmad (GPK Pentadbiran)
3. Pn Hjh Samsuria binti Ahmad (GPK HEM)
4. Pn Rahimah binti Ismail (GPK KO)
5. Pn Zunita binti Zainal
6. Pn Goh Kar Yeang
7. Pn Nur Hanis binti Zainal Abidin
8. Pn Noor Azlina binti Zakaria
9. En Mohd Nasir bin Daud
10. En Lukman bin Che Hassan
11. Pn Nurfarrah Ain binti Mohd Ali
12. Pn Norshaifa Nadia binti Yaacob
13. Pn Ramnah binti Jaalam
14. Pn Noor Hasnira binti Ramli
15. Pn Norfazalah binti Abdul Maulud
16. Pn Norzulaikha binti Mohd Noor
17. Pn Noor Hanim binti Abd Latif
18. Pn Siti Hadjar binti Hassan
19. Pn Zaleha binti Idris
20. Cik Siti Norasiah binti Wahid
1
Mesyuarat Guru SKSI
1. UCAPAN GURU BESAR
1.1. Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran.
1.2. Tujuan mesyuarat adalah untuk menyelaras kerja buat pada tahun ini dan awal
tahun hadapan.
1.3. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan PDPR
serta yang telah dipantau oleh PPD.
1.4. Membudayakan gaya kerja mikro untuk membentuk sekolah yang berkualiti.
1.5. Memaklumkan keseluruhan minggu persekolah selama 44 minggu dan 38 minggu
untuk PDP.
Makluman : Semua Guru
2. PENGURUSAN PENTADBIRAN
2.1. PENGURUSAN WAKTU KERJA
2.1.1. Semua guru mestilah datang ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi pada setiap
hari persekolahan.
2.1.2. Guru-guru hendaklah menepati masa.
2.1.3. Kehadiran guru hendaklah ditulis dan ditanda tangani sendiri waktu sampai
dan balik di pejabat.
2.1.4. Kehadiran guru hendaklah ditulis dan ditanda tangani sendiri waktu sampai
dan balik di pejabat.
2.1.5. Guru hendaklah memaklumkan kepada guru besar atau GPK Pentadbiran
sekiranya lewat atau tidak dapat dapat hadir ke sekolah.
2.1.6. Segala urusan peribadi hendaklah dilakukan selepas waktu persekolahan.
2.1.7. Mencatat maklumat dan merekod waktu masa keluar didalam buku
kebenaran keluar serta menguruskan guru ganti dan meninggalkan bahan
pdp dan maklumkan kepada guru besar atau penolong kanan.
Tindakan: Semua Guru
2.2. GURU BERTUGAS MINGGUAN DAN HARIAN
2.2.1. Guru bertugas perlu hadir 10 minit awal dan orang yang terakhir pulang.
2
Mesyuarat Guru SKSI
2.2.2. Menyediakan laporan harian dan mencatatkan butiran dengan terperinci
dan lengkap dalam Buku Laporan bertugas dan dihantar kepada PK HEM
untuk tindakan.
2.2.3. Pengerusi setiap program @aktiviti sekolah dan menjalankan program guru
penyayang.
2.2.4. Melaporkan isu atau masalah yang timbul kepada pihak pentadbir dengan
segera untuk tindakan.
2.2.5. Menulis laporan dengan terperinci didalam buku laporan bertugas.
Tindakan Guru Bertugas Mingguan dan Harian
2.3. PERATURAN PEMAKAIAN GURU
2.3.1. Guru-guru diminta memakai blazer semasa perhimpunan rasmi setiap hari
Isnin.
2.3.2. Guru-guru perlu mematuhi etika berpakaian mengikut SPI penjawat awam
yang ditetapkan.
2.3.3. Berpakaian sukan semasa aktiviti jasmani, berpakaian uniform kokurikulum
setiap hari Rabu dan berpakaian batik setiap hari Khamis
Tindakan : Semua Guru
2.4. TANGGUNGJAWAB GURU KELAS
2.4.1. Guru kelas perlu merancang , menyediakan dan memastikan kelas diajar
mememenuhi ciri-ciri PAK21 yang kondusif.
2.4.2. Mengurus dan mengambil berat akan perohal kehadiran dan kebajikan
murid.
2.4.3. Bertanggungjawab dalam urusan rekod dan maklumat kelas, Jadual
kedatangan murid ,kad pelaporan, kad kesihatan, APDM dan Amalan Baik
Murid, inventori kelas, keselamatan murid dan keceriaan kelas.
2.4.4. Memastikan Surat Amaran 1, 2,3 dikeluarkan kepada murid-murid yang tidak
hadir berturut-turut 1, 3, 7, 14 hari atau berkala.
Tindakan Guru Kelas
2.5. TANGGUNGJAWAB GURU MATAPELAJARAN
2.5.1. Bertanggungjawab sepenuhnya atas subjek yang diajar.
3
Mesyuarat Guru SKSI
2.5.2. Memastikan murid mencapai kualiti standard dan KPI yang ditetapkan bagi
mata pelajaran yang diajar ( 6 C ).
2.5.3. Melaksanakan pentaksiran PBS dengan tepat dan terperinci bagi setiap
murid ( holistik ).
2.5.4. Membuat postmortem dan analisa bagi mata pelajaran yang diajar selepas
pentaksiran .
2.5.5. Berfikiran kreatif dan inovatif dalam setiap tindakan.
2.5.6. Merancang dan mencipta inovasi untuk meningkatkan kualiti prestasi mata
pelajaran bersama panitia.
2.5.7. Boleh diarahkan untuk menjalankan tugas guru kelas apabila perlu.
2.5.8. Bertanggungjawab mencatatkan Amalan Baik dalam SSDM dan
kebersihan kelas.
2.5.9. Sentiasa berperanan sebagai guru disiplin dan kaunselor.
Tindakan Guru Matapelajaran
2.6. TANGGUNGJAWAB GURU GANTI
2.6.1. Berfikiran positif apabila menerima tugasan guru ganti.
2.6.2. Bertanggungjawab untuk menggantikan guru yang tidak hadir seperti dalam
jadual guru ganti.
2.6.3. Menandai jadual kedatangan bagi kelas yang diganti.
2.6.4. Bertanggungjawab mengajar sepenuhnya bagi kelas yang diganti atau
melaksanakan NILAM, VLE dan sebagainya.
2.6.5. Memastikan berlaku pembelajaran aktif dalam yang diganti (murid bukan
buat kerja sendiri).
2.6.6. Menerima slip guru ganti dan mencatatkan aktiviti pdpc kelas yang diganti
(MMI).
2.6.7. Sentiasa berperanan sebagai guru disiplin dan kaunselor
Tindakan Guru Ganti
2.7. PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN KHAS
2.7.1. Guru Pemulihan Khas bertanggungjawab sepenuhnya atas Pengurusan Kelas
,Fail, dokumentasi, rekod prestasi murid dan murid pemulihan khas.
4
Mesyuarat Guru SKSI
2.7.2. Memastikan murid pemulihan Khas ( Tahun 1, 2 dan 3 ) mencapai kualiti
standard (3 M) dan KPI prestasi PMK .
2.7.3. Kewangan program pemulihan menggunakan PCG Panitia Bahasa Melayu
dan matematik dengan mematuhi sop dan Tatacara Kewangan terkini .
2.7.4. Kelas Pemulihan Khas TIDAK BOLEH DITUTUP. SSP KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (34)
Tindakan : Guru Pemulihan Khas
2.8. PENGURUSAN PRASEKOLAH
2.8.1. Guru Prasekolah bertanggungjawab sepenuhnya atas Pengurusan Kelas , Fail
Dokumentasi dan murid prasekolah.
2.8.2. Memastikan murid prasekolah mencapai kualiti standard (6 Tunjang) dan KPI
Prasekolah .
2.8.3. Merancang pengurusan kewangan ,pengurusan stor ,stok prasekolah
mengikut SOP dan Tatacara Kewangan terkini.
2.8.4. Mewujudkan dan mengadakan mesyuarat Waris Prasekolah.
2.8.5. Merancang dan mencipta inovasi untuk meningkatkan kualiti prestasi
prasekolah dalam panitia.
Tindakan : Guru Prasekolah
2.9. BUKU REKOD MENGAJAR
2.9.1. Buku Rekod Mengajar (BRM) merupakan dokumen rasmi guru ( rujuk SPI Bil
3/1999 dan mesti diuruskan dengan baik .
2.9.2. Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Buku Rekod
Mengajar, penulisan RPH yang lengkap dan semua maklumat dalam BRM
hendaklah ditulis dengan kemas dan teliti.
2.9.3. BRM mesti dibawa setiap kali masuk ke kelas untuk melaksanakan pdpc.
2.9.4. Buku atau fail ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar setiap hari
Jumaat. Surat tunjuk sebab akan diberikan kepada guru yang gagal
menghantar BRM 3 kali berturut-turut.
2.9.5. Apabila guru menghadiri kursus, mesyuarat, taklimat, bengkel, program
sekolah dan sebagainya, penulisan RPH perlu ditulis seperti biasa.
2.9.6. BRM hendaklah diserahkan ke pejabat sebelum atau pada hari terakhir
persekolahan.
5
Mesyuarat Guru SKSI
2.9.7. Tarikh akhir penghantaran BRM yang lengkap ialah 26 April 2022.
Tindakan : Semua Guru
2.10. PENGURUSAN CUTI
2.10.1. Guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan
cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak
melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan
tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa.
2.10.2. Cuti rehat khas adalah satu kelayakan, bukan HAK.
2.10.3. Kelulusan cuti rehat khas atas kebenaran guru besar sahaja dengan syarat
tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran .
2.10.4. CRK Mesti dipohon secara rasmi daripada Guru Besar iaitu berjumpa secara
peribadi bukan melalui SMS,’Whatapps’ atau dimaklumkan kepada
pembantu tadbir. (KECUALI KECEMASAN).
2.10.5. Permohonan hendaklah dimaklumkan awal selewat-lewatnya TIGA (3) hari
sebelum bercuti kecuali kes-kes kecemasan .
2.10.6. Guru besar berhak membatalkan cuti atau memanggil guru kembali
bertugas sekiranya perlu.
2.10.7. Sijil Sakit (MC) yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari
berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
2.10.8. .Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh doktor kerajaan 90 hari setahun dan doktor
swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun.
2.10.9. Sijil cuti sakit (MC) perlu dihantar segera kepada Pembantu tadbir sebaik
hadir bertugas untuk disahkan oleh guru besar sebelum dihantar ke PPD.
2.10.10. Sekiranya tidak hadir bertugas sila hubungi dan maklumkan kepada
GB/PKP. Sekiranya sakit, kemukakan sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh
hospital kerajaan @ swasta ( MC ) dalam lingkungan 25 kilometer.
2.10.11. Bagi guru yang ingin bercuti keluar negara mesti mendapat kelulusan
daripada PPD . Sila layari laman web www.jpats.gbsb.my
2.10.12. Isi di eLampiran A kemudian cetak dan hantar borang permohonan
dalam 5 Salinan ke pejabat sekolah selewat-lewatnya 5 minggu sebelum
tarikh bercuti untuk pengesahan guru besar.
6
Mesyuarat Guru SKSI
2.10.13. Cuti Khas Isteri Bersalin diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti
Tanpa Rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki.
2.10.14. Cuti kematian keluarga terdekat diberikan kepada pegawai yang
kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai Cuti Tanpa
rekod. Maksud ahli keluarga terdekat ialah suami atau isteri, anakanak, ibu
bapa kandung dan ibu bapa mentua.
2.10.15. Cuti Umrah selama 7 hari merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai
perkhidmatan awam yang beragama Islam dan bertaraf tetap (kontrak dan
interim tidak layak)
2.10.16. Cuti Kuarantin diberikan kepada pegawai yang anaknya menghidap
penyakit berjangkit dan perlu dikuarantin .
Tindakan : Semua Guru
3. UCAPAN PENANGGUHAN
3.1. Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran.
3.2. Berharap semua guru dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.
3.3. Berharap SKSI dapat menghasilkan murid yang lagi cerdik.
3.4. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 pagi
Disediakan oleh. Disahkan oleh,.
……………………….. …………………………..
(SITI HADJAR BINTI HASSAN) (SHAHAROM BIN SULAIMAN)
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar
SK Serting Ilir SK Serting Ilir
7