The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hadjar80, 2023-03-03 20:12:20

MM 3 GURU 2022

MM 3 GURU 2022

Mesyuarat Guru SKSI 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ILIR MINIT MESYUARAT GURU BIL 3 2022/2023 TARIKH : 11 FEBRUARI 2023 HARI : SABTU MASA : 8.30 PAGI TEMPAT : BILIK MESYUARAT, SK SERTING ILIR KEHADIRAN 1. En Shaharom bin Sulaiman (Guru Besar) 2. Pn Azarina binti Abd Aziz (GPK Pentadbiran) 3. Pn Rahimah binti Ismail (GPK Kokurikulum) 4. Pn Zunita binti Zainal 5. Pn Goh Kar Yeang 6. Pn Nur Hanis binti Zainal Abidin 7. En Mohd Nasir bin Daud 8. En Lukman bin Che Hassan 9. Pn Ramnah binti Jaalam 10. Pn Noor Hasnira binti Ramli 11. Pn Norzulaikha binti Mohd Noor 12. Pn Siti Hadjar binti Hassan 13. Cik Siti Norasiah binti Wahid 14. Pn Nor Rahimi binti Abd Razak 15. Pn Norshaifa Nadia binti Yaacob 16. Pn Noor Azlina binti Zakaria 17. Pn Zaleha binti Idris 18. Pn Noor Hanim binti Abd Latif 19. Nor Fazalah binti Abdul Maulud TIDAK HADIR 1. Pn Samsuria binti Ahmad (Bersebab) 2. Pn Nurfarrah Ain bin Mohd Ali (Bersebab)


Mesyuarat Guru SKSI 2 1. UCAPAN GURU BESAR 1.1. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan menyatakan ini adalah mesyuarat terakhir bagi sesi 2022/2023. 1.2. Menyatakan berkemungkinan sesi persekolahan akan kembali beroperasi pada bulan Januari pada sesi akan datang. 1.3. Mesyuarat ini akan lebih berfokus kepada kerja buat pada sesi 2022. 1.4. Menyatakan kaedah pentaksiran yang memerlukan penjanaan di dalam SPPB ada dua iaitu Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bagi Tahap 2 sahaja dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk Tahun 1 hingga 6. 1.5. Pihak sekolah mengambil pendekatan menggunakan keputusan pentaksiran PBD untuk dimasukkan ke dalam sijil berhenti sekolah Tahun 6 serta perjumpaan 3 penjuru. 1.6. Guru boleh dipanggil betugas pada Sabtu ke-2 dan ke-4 dan berharap guru dapat merancang dengan baik sekiranya dipanggil. 1.7. Guru diminta memperkasakan “drive”, “blog” serta sistem data studio. Jawatankuasa baharu akan diwujudkan bagi perkara tersebut yang akan dimasukkan dalam manual sekolah. 1.8. Pada sesi 2023/2024, akan terdapat perubahan portfolio guru bagi mendapatkan pengalaman baharu untuk penambahbaikan serta menambah ilmu yang ada. Agihan tugas serta pemberatan jawatan akan ditimbang sama banyak untuk tahun 2023 dan berharap tiada bantahan daripada guru-guru. 1.9. Cuti Rehat hendaklah dimohon seminggu lebih awal kecuali ada perkara yang tidak boleh dielakkan. 1.10 Memaklumkan cuti adalah keistimewaan dan gaji serta pencen adalah hak penjawat awam. 1.11 Guru boleh dipanggil bila-bila masa bagi tempoh cuti yang panjang. 1.12 Mohon guru-guru tidak bercerita hal sekolah dengan orang luar waima ahli keluarga sendiri. 1.13 Berharap guru-guru dapat menggunakan bahasa yang baik semasa berkomunikasi. 1.14 Semua guru diingatkan supaya berpakaian mengikut etika pakaian yang telah ditetapkan untuk penjawat awam. 1.15 Meminta semua guru sentiasa berhati-hati ketika memuat naik bahan dimedia


Mesyuarat Guru SKSI 3 sosial untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. 1.16 Berharap ada penambahbaikan bagi PA sistem sekolah supaya majlis berjalan dengan lancar. 1.17 Penulisan rancangan pengajaran harian masih lagi menggunakan buku rekod mengajar (BRM). Makluman : Semua Guru 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2/2022 2.1. Pn Zunita binti Zainal mencadangkan minit mesyuarat kali ke 2/2022 diterima dan disahkan. 2.2. Disokong oleh Puan Ramnah binti Jaalam serta sebulat suara ahli mesyuarat. 3. MAKLUM BALAS : 3.1. Perkara 4.1.1 dan 4.1.2 telah selesai 3.2. Perkara 4.1.3 belum selesai. Meminta KP mengemaskini fail supaya ia lebih ringkas serta seragam. 4. PERBINCANGAN / LAPORAN 4.1. GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN 4.1.1. Guru-guru diminta untuk mengisi HRMIS untuk memohon cuti. Semak dahulu jumlah kelayakan cuti sebelum cuti dipohon. Sila maklumkan kepada pembantu tadbir (PT) jika jumlah kelayakan cuti belum diselenggara. Tindakan : Semua guru dan PT 4.1.2. Pengagihan guru kelas dan pembantu 4.1.2.1 Tahun 1 Arif : Puan Ramnah + Pn Norzulaikha 4.1.2.2 Tahun 2 Arif : Puan Zaleha + Puan Siti Hadjar 4.1.2.3 Tahun 2 Bestari : Puan Noor Azlina + Encik Mohd Nasir 4.1.2.4 Tahun 3 Arif : Puan Goh + Puan Nur Hanis 4.1.2.5 Tahun 3 Bestari : Puan Norshaifa Nadia + Encik Lukman 4.1.2.6 Tahun 4 Arif : Cik Siti Norasiah + Puan Nor Rahimi


Mesyuarat Guru SKSI 4 4.1.2.7 Tahun 5 Arif : Puan Noor Hanim + Puan Nurfarrah Ain 4.1.2.8 Tahun 6 Arif : Puan Zunita + Puan Noor Hasnira 4.1.3. Penggunaan PCG hanya untuk aktiviti murid serta bahan bantu mengajar/bahan bantu belajar Tindakan dan makluman: Semua Guru 5. HAL-HAL LAIN : Tiada 6. PENUTUP 6.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bekerja dengan baik sejak awal persekolahan sehingga akhir sesi 2022/2023. 6.2. Berharap semua guru dapat meningkatkan lagi usaha demi kemenjadian murid untuk tahun 2023. 6.3. Mesyuarat pertama sesi 2023 pada 13 Mac 2023 jam 8.30 pagi. 6.4. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:30 pagi Disediakan oleh. ……………………….. (SITI HADJAR BINTI HASSAN) Setiausaha Mesyuarat Guru SK Serting Ilir


Click to View FlipBook Version