The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hadjar80, 2022-02-16 01:19:43

MM 2 GURU 2021

MM 2 GURU 2021

Mesyuarat Guru SKSI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERTING ILIR
MINIT MESYUARAT GURU BIL 2/2021

TARIKH : 21 JUN 2021

HARI : ISNIN

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : ATAS TALIAN – KEDIAMAN MASING-MASING

KEHADIRAN

1. En Shaharom bin Sulaiman (Guru Besar)
2. Pn Faridah binti Mohd Yunos (GPK Pentadbiran)
3. Tn Hj Mohd Asif bin Ahmad (GPK HEM)
4. Pn Hjh Samsuria binti Ahmad (GPK KO)
5. Pn Zunita binti Zainal
6. Pn Goh Kar Yeang
7. Pn Nur Hanis binti Zainal Abidin
8. Pn Noor Azlina binti Zakaria
9. En Mohd Nasir bin Daud
10. En Lukman bin Che Hassan
11. Pn Nurfarrah Ain binti Mohd Ali
12. Pn Norshaifa Nadia binti Yaacob
13. Pn Ramnah binti Jaalam
14. Pn Kamsiah binti Meemo
15. Pn Noor Hasnira binti Ramli
16. Pn Norfazalah binti Abdul Maulud
17. Pn Norzulaikha binti Mohd Noor
18. Pn Noor Hanim binti Abd Latif
19. Pn Siti Hadjar binti Hassan

1

Mesyuarat Guru SKSI

1. UCAPAN GURU BESAR
1.1. Menzahirkan kesyukuran dapat berkumpul untuk bermesyuarat walaupun di alam
maya demi kemenjadian murid.
1.2. Mengucapkan terima kasih diatas komitmen yang diberikan sepanjang penggal
pertama persekolahan walaupun dalam keadaan pandemik covid-19.
1.3. Semua guru diminta menjaga kesihatan dan SOP supaya kita dapat mengelakkan
penularan wabak covid-19.
1.4. Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana memberi komitmen yang
terbaik dalam pelaksanaan PdPR.
Makluman : Semua Guru

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2021
2.1. Pn Noor Hanim binti Abd Latif mencadangkan minit mesyuarat kali ke 1/2021
diterima dan disokong.
2.2. Disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

3. PERKARA BERBANGKIT : Tiada

4. PERBINCANGAN / LAPORAN
4.1. GURU BESAR
4.1.1. Sepanjang PKP 3.0 dilaksanakan, pejabat sekolah tidak dibuka kecuali untuk
perkara yang mustahak seperti urusan gaji dan pencen.
4.1.2. Guru besar memaklumkan beliau hanya boleh datang ke sekolah 3 kali
seminggu untuk menandatangi dokumen sahaja.
4.1.3. Pekerja pembersihan hanya 2 orang sehari. Waktu bertugas sehingga pukul
11.00 pagi.
4.1.4. Pekerja keselamatan bertugas seperti biasa dimana keselamatan
dipertingkatkan supaya tiada perlanggaran SOP.
4.1.5. Semua guru dikehendaki berada di stesen masing-masing. Sekiranya guru
berada di luar stesen mohon maklumkan kepada guru besar atau guru
penolong kanan.
4.1.6. Program Imunisasi Kebangsaan: hanya 2 orang guru sahaja yang telah
lengkap 2 dos. Selebihnya masih menunggu giliran untuk dipanggil.
2

Mesyuarat Guru SKSI

4.1.7. Sekiranya guru-guru ada simptom covid-19 mohon segera dapat rawatan di
hospital dan maklumkan kepada guru besar.

4.1.8. Berkenaan pembukaan sekolah, guru besar belum mendapat sebarang
maklumat. Namun guru-guru dikehendaki bersedia untuk pembukaan sekolah
pada bila-bila masa.
Tindakan : Semua Guru

4.2. GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
4.2.1. Mohon semua ketua panitia ambil tahu mengenai PCG panitia masing-
masing walaupun belum ada pembelian dibuat.
4.2.2. Memaklumkan kelas atas talian sewaktu PdPR tidak melebihi 2 jam sehari.
Guru-guru dikehendaki mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.2.3. TS25 ditangguhkan, tetapi sekolah tetap melaksanakan sama ada atas
talian atau luar talian didalam Bahasa Inggeris.
4.2.4. Memaklumkan pengganti bagi Puan Noraini telah ada dan akan lapor diri
pada pertengahan bulan Julai.
Tindakan: Semua Guru

4.3. GURU PENOLONG KANAN HEM
4.3.1. Mohon guru memperkasakan penggunaan google drive di email sekolah
bagi menyimpan dokumen yang berkaitan bagi memudahkan sekiranya
untuk melaksanakan sebarang aktiviti.
Tindakan : Semua Guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1. Puan Zunita
5.1.1. Memaklumkan kutipan Tabung Prihatin SKSI berjumlah RM 1810 dan berbaki
sebanyak RM964. Baki akan diberi kepada bendahari KKGP untuk dimasukkan
dalam tabung KKGP.
5.1.2. Mengucapkan terima kasih kepada guru besar dan GPK HEM kerana turut
mencari sumbangan untuk manambah dana.
Makluman: Semua Guru
Tindakan: Puan Zunita dan Bendahari KKGP
3

Mesyuarat Guru SKSI

6. PENUTUP
6.1. Mengucapkan terima kasih di atas kehadiran.
6.2. Berharap semua guru dapat menjalankan amanah yang diberi sebaik mungkin.
6.3. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Disediakan oleh. Disahkan oleh,.

……………………….. …………………………..
(SITI HADJAR BINTI HASSAN) (SHAHAROM BIN SULAIMAN)
Setiausaha Mesyuarat Guru Guru Besar
SK Serting Ilir SK Serting Ilir

4


Click to View FlipBook Version