The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kertas Kerja Jom Hiwar Panitia Bahasa Arab 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muallimah Murni, 2021-09-06 11:03:09

Kertas Kerja Jom Hiwar Panitia Bahasa Arab 2021

Kertas Kerja Jom Hiwar Panitia Bahasa Arab 2021

KERTAS KERJA JOM HIWAR, PANITIA BAHASA ARAB 2021

‫سكوله كبغساءن جرام‬

SEKOLAH KEBANGSAAN JERAM
JALAN SIMPANG TIGA JERAM
45800 JERAM
SELANGOR

KERTAS KERJA
JOM HIWAR

PANITIA BAHASA ARAB 2021
SK JERAM

TARIKH:

SEPANJANG TAHUN

TEMPAT:

SK JERAM

ANJURAN:

PANITIA BAHASA ARAB
SK JERAM

”Mari kita berbicara dalam Bahasa Arab”

)‫( هيا نتكلم باللغة العربية‬
)‫))لغة‬

KERTAS KERJA JOM HIWAR, PANITIA BAHASA ARAB 2021

1.0 PENDAHULUAN

Jom Hiwar adalah satu daripada aktiviti Panitia Bahasa Arab yang dimasukkan dalam takwim
persekolahan bagi tahun 2019. Ini kerana pihak sekolah berasa program ini perlu bagi
memupuk minat dan kebolehan murid- murid dalam menguasai bahasa arab. Lebih–lebih lagi
bahasa arab kini di perluaskan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Justeru itu, kami dari
Jawatankuasa Panitia Bahasa Arab SK Jeram sukacita ingin menganjurkan Jom Hiwar bagi
merealisasikan harapan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pihak sekolah
kepada kami bagi menggalakkan murid berbicara dalam Bahasa Arab di sekolah sesama murid
dan guru.

2.0 MATLAMAT

Program yang dirancang adalah untuk meningkatkan penguasaan bahasa arab di kalangan
murid SK Jeram sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam konteks pendidikan hari
ini, aktiviti murid yang pelbagai boleh diaplikasikan dengan 6 aspirasi murid antaranya ialah
bermaksud mempunyai sikap yang lebih positif, peningkatan ilmu pengetahuan, serta etika
dan kerohanian dan mempunyai identiti nasional. Program yang dirancang perlu dilaksanakan
secara berterusan agar membuahkan hasil yang membanggakan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menarik minat murid untuk mempelajari Bahasa Arab.
3.2 Mengukuhkan lagi kefahaman dan penguasaan murid dalam pelajaran Bahasa

Arab.
3.3 Mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid-murid melalui aktiviti yang

dicadangkan.
3.4 Menyemai sikap berani mencuba dan semangat kerjasama dalam kumpulan.
3.5 Mewujudkan ‘biah arabiyyah’ (suasana arab) di dalam dan luar kelas.
3.6 Menambah perbendaharaan kata Bahasa Arab di kalangan murid.

4.0 SASARAN
Murid-murid SK Jeram Tahun 1-6

KERTAS KERJA JOM HIWAR, PANITIA BAHASA ARAB 2021

5.0 JAWATANKUASA

PENGERUSI
Pn. Hjh. Hasnita binti Hassan

TIMB. PENGERUSI
En. Mohd. Hairul Razib bin Nordin

NAIB PENGERUSI
Pn. Azirawani binti Ab.llah

NAIB PENGERUSI
Pn. Suzana binti Chen

KETUA PANITIA / PENYELARAS PROGRAM
Pn. Murnizahayu binti Aripin

SETIAUSAHA
Pn. Saidatul Akmar binti Shaari

BENDAHARI
Pn. Nor Juhana binti Ma’ayob

JAWATANKUASA PELAKSANA
Risalah & Buku Program

Pn. Murnizahayu binti Aripin
Pn. Saidatul Akmar binti Shaari

Dokumentasi/Gambar
Pn. Murnizahayu binti Aripin
Pn. Saidatul Akmar binti Shaari

Penyediaan Bahan
En. Nor Juhana binti Ma’ayob
Pn. Murnizahayu binti Aripin
Pn. Saidatul Akmar binti Shaari

KERTAS KERJA JOM HIWAR, PANITIA BAHASA ARAB 2021

6.0 SUMBER KEWANGAN
Tiada peruntukan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Tiada peruntukan

8.0 TENTATIF AKTIVITI / TAJUK TEMPAT SASARAN TINDAKAN
TARIKH Pelancaran ”Jom Tapak Semua guru Pn. Murnizahayu
Hiwar” Panitia Bahasa Perhimpunan / dan murid
MINGGU KE 3 Arab kelas Pn. Murnizahayu
SEPANJANG Tapak Semua guru
‫هيا نتعارف‬ Perhimpunan / dan murid Pn. Nor Juhana
TAHUN kelas binti Ma’ayob
‫تفضل إلى الفصل‬ Tapak Semua guru
Perhimpunan/ dan murid Pn. Saidatul
‫في المطبخ‬ kelas Akmar
Tapak Semua guru
‫كم الساعة الآن؟‬ Perhimpunan / dan murid Pn. Nor Juhana
kelas binti Ma’ayob
‫في اي فرقة تشترك؟‬ Tapak Semua guru
Perhimpunan / dan murid Pn. Saidatul
‫أحب أسرتي‬ kelas Akmar
Tapak Semua guru
‫ملابسي الجميلة‬ Perhimpunan/ dan murid Pn. Murnizahayu
kelas
‫الجهات الست‬ Tapak Semua guru Pn. Nor Juhana
Perhimpunan/ dan murid binti Ma’ayob
‫أملي في المستقبل‬ kelas
Tapak Semua guru Pn. Saidatul
‫وسائل النقل في بلادنا‬ Perhimpunan/ dan murid Akmar
kelas
Tapak Semua guru Pn. Nor Juhana
Perhimpunan/ dan murid binti Ma’ayob
kelas
Tapak Semua guru Pn. Saidatul
Perhimpunan/ dan murid Akmar
kelas
Tapak Semua guru
Perhimpunan/ dan murid
kelas

KERTAS KERJA JOM HIWAR, PANITIA BAHASA ARAB 2021

9.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini dapat memberikan keyakinan kepada pelajar-
pelajar untuk terus belajar dan menguasai bahasa arab dengan baik serta menyeronokkan
dan akan memberi kesan yang positif kepada murid-murid khasnya dan kepada warga sekolah
amnya dalam memartabatkan Bahasa Arab sebagai Bahasa Al-Quran. Kerjasama dan
sokongan semua pihak amatlah diperlukan demi menjayakan program ini. Besarlah harapan
semoga program-program ini mendapat pertimbangan yang wajar dan sokongan yang padu.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………............................. ...........................................................
(MURNIZAHAYU BINTI ARIPIN) (MOHD. HAIRUL RAZIB BIN NORDIN)
Ketua Panitia Bahasa Arab PK Pentadbiran
SK Jeram SK Jeram

Disahkan oleh,

................................................
(HJH. HASNITA BINTI HASSAN)
Guru Besar
SK Jeram

KERTAS KERJA JOM HIWAR, PANITIA BAHASA ARAB 2021


Click to View FlipBook Version