PENGHASILAN
PRODUK
BSCIANIYKLTUAISSMMITOAOIFHHF D KARYA NURUL AMARNUISNLAI ZIHAH BINTI
KESUSASTERAAN 2021192310125
MELAYU
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta
saya, Cik Siti Salamah Binti Mohd Yusoff kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan penghasilan produk ini. Mereka telah
memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya
berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan produk ini.Terima kasih.
BIODATA
PENULIS
Nama diberi Nurul Amani Nazihah Binti Rusli. Namun berikut, Amani merupakan
seorang siswi Persediaan Program Ijazah Saujana Muda Pendidikan (PPISMP) yang
sedang menjalani semester keduanya di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu (IPGKBM). Harapan beliau setelah berjaya menghasilkan buku pertamanya
merupakan satu permulaan yang baik dalam pendidikannya. Penulisan karya yang
kreatif dapat menarik minat masyarakat untuk mengeksploitasi dalam bidang
Kesusasteraan Melayu juga merupakan satu harapan belian.
PUIS I TRADISIO NAL
MULA
KONSEP
Puisi tradisional adalah satu warisan Melayu sangat unik. Puisi
tradisional ini muncul sebelum sistem tulisan lagi. Namun
begitu, puisi merupakan satu bentuk wadah pemeliharaan adat,
pembinaan sahsiah diri, pengajar agama, pertahanan, hiburan
dan kepercayaan. Terdapat beberapa jenis puisi tradisional,
antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka.
CIRI-CIRI PUISI TRADISIONAL
Antara ciri-ciri puisi tradisional ialah penggunaan bahasa
yang lebih ekspresif, kental dan mengandungi nilai
keindahan. Di samping itu, baris, rima dan irama disusun
mengikut bentuk pola yang dipengaruhi jumlah baris dan
perkataan, keseimbangan bunyi dan panjang-pendek
perkataan tersebut. Selain itu, puisi tradisional juga
mempengaruhi ungkapan kata dan bahasa disebabkan
unsur muzik, lagu, itonasi, kadensi, irama dan keharmonian
bunyi. Akhir sekali, ciri puisi tradisional ialah wujudnya
pembahagian unit dalam pernyataan idea, contohnya dua
baris serangkap atau beberapa baris dalam seuntai.
FUNGSI PUISI TRADISIONAL
Fungsi puisi tradisional ialah
mendidik, menyindir, menyatakan
perasaan, menyampaikan buah
fikiran dan menghiburkan orang
ramai. Di samping itu, puisi ini juga
berfungsi sebagai cara memberi
nasihat kepada rakyat. Ini juga
dikenali sebagai puisi lisan yang
berkembang dalam kesenian
rakyat.
P ANTUN
KONSEP PA Pantun adalah sejenis puisi tradisional
NTUN masyarakat Melayu yang wujud sejak
berzaman lagi. Selain itu, setiap rangkap
tidak dapat berdiri sendiri dan biasanya
rangkap-rangkap tersebut memerlukan
beberapa rangkap lain untuk
melengkapkan keseluruhan idea. Di
samping itu, Setiap rangkap terbahagi
kepada dua iaitu rangkap pembayang dan
rangkap maksud.
FUNGSI PANTUN
Setiap pantun mempunyai fungsi. Antara fungsi pantun ialah sebagai alat komunikasi
untuk menyampaikan nasihat kepada orang ramai tentang orang yang berbudi sentiasa
akan dikenang sehingga mereka tiada. Oleh itu, pantun budi ini bertujuan untuk cara
orang menyampaikan nasihat yang lebih kukuh supaya orang ramai lebih memahami
tentang konsep orang berbudi.
Di samping itu, pantun ini juga berfungsi sebagai alat pendidikan iaitu sama ada
dalam bentuk penyindiran, kiasan atau berterus-terang. Hal ini demikian kerana pantun
sentiasa digunakan dalam pendidikan kerana pantun erupakan warisan tradisi sejak dulu.
Seterusnya, untuk menguji minda merupakan salah satu daripada fungsi pantun. Ini
kerana pantun dicipta untuk mencabar ketangkasan fikiran seseorang. Pantun-pantun
sebegini sangan disukai oeleh orang ramai terutama golongan kanak-kanak.
Akhir sekali, pantun juga berfungsi untuk menyampaikan rasa penghargaan seseorang.
Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu terkenal sebagai masyarakat yang sentiasa
mengenang budi. Oleh itu, pantun Melayu dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan
dan terima kasih kepada orang yang telah berbudi.
PEMIKIRAN PANTUN
Pantun ini bertemakan budi ini
telah dicipta untuk merealisasikan
sikap berbudi dalam kalangan
masyarakat melayu. Namun begitu,
persoalan berkaitan dengan
kepentingan berbudi dalam
kehidupan seharian telah terjawab
dalam pantun ini. Selain itu, jika sikap
berbudi diaplikasi dalam kehidupan
ditekankan dalam pantun ini.
HASIL KARYA
Disambar helang burung kedidi, Jauh terletak Kota Melaka,
Anak itik matinya lemas;
Banyaknya tangga harus dinaik;
Kalau hidup sentiasa berbudi,
Tidak dipandang walaupun beremas. Jika berbudi kepada mereka, Berdiri tegak dibelakang garis,
Berenang laju anak memerang, Kelak akan dibalas baik. Mata berlari setelah tembakan;
Anak burung di atas titi;
Jangan memotong ketika berbaris,
Bukan berharta dipandang orang,
Orang berbudi juga diingati. Negara Malaysia pelbagai bangsa, Jasa dan budi saya kenangkan.
Ada Melayu, India dan Cina;
Sentiasa kita berbudi bahasa,
Tidak bersatu akan merana.
PEMIKIRAN KARYA
Bagi rangkap pertama ialah walaupun seseorang itu tidak
mempunyai emas bernilai mereka tetap dipandang kerana berbudi.
Seterusnya, bagi rangkap kedua pula ialah orang berbudi lebih
dipandang tinggi oleh orang sekeliling. Di samping itu, bagi
rangkap ketiga pula bermaksud orang yang sentiasa berbudi kepada
orang lain akan dibalas jasa pada masa akan datang. Bagi rangkap
keempat pula ialah kita haruslah berbudi antara pelbagai kaum
malah kita akan merana jika tidak bersatu hati. Akhir sekali,
maksud bagi rangkap kelima ialah jasa dan budi seseorang itu
mestilah dikenang walaupun sudah tiada kerana mempunyai budi
yang baik.
CIRI-CIRI PANTUN
Antara ciri pantun ialah terdiri daripada 4 baris dalam
setiap rangkap conothnya rangkap satu hingga rangkap 5
mempunyai 4 baris. Di samping itu, setiap baris mempunyai
4 hingga 6 kata sebagai contoh rangkap pertama baris
kedua mempunyai 4 kata. Seterusnya, ciri-ciri yang lain ialah
setiap baris mempunyai 8 hingga 12 suku kata seperti
rangkap ketiga baris pertama mempunyai 10 suku kata.
Selain itu, rima akhir berbentuk a-b-a-b juga merupakan
salah satu ciri-ciri pantun. Akhir sekali, setiap rangkap
pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian
pembayang dan bahagian maksud.
SYAIR
KONSEP SYAIR
Syair merupakan sejenis puisi yang berlagu. Namun
syair juga sejenis puisi melayu lama yang
mempunyai rangkap yang menggunakan bahasa
kiasan yang indah dengan pilihan diksi dan majas
metafora. Di samping itu, syair ini berasal dari
Parsi yang telah dibawa masuk ke Nusantara
bersama-sama dengan kedatangan islam. Syair
adalah cerita yang lengkap (mempunyai watak,
urutan peristiwa, teknik dan penyusunan plot
seperti ada subjek dan huraian tentang subjek
berkenaan secara berurutan.
FUNGSI SYAIR
Syair ini berfungsi sebagai kegiatan seni dan budaya
masyarakat melayu. Selain itu, syair ini berfungsi
untuk memberi nasihat kepada ibu bapa supaya
mendidik anak mereka dengan betul malah jangan
mendidik anak mengikut peredaran zaman yang
tidak mengetahui hukum sama ada betul dan salah. Di
samping itu, syair juga digunakan untuk
menyampaikan pengajaran melalui cerita dan lagu.
Contohnya dalam hal-hal yang menyentuh dari segi
aspek pengajaran.
PEMIKIRAN
Syair ini bertemakan nasihat. Syair ini
telah dicipta untuk memperlihatkan
tentang bahawa pentingnya nasihat
dalam kehidupan seseorang
terutama kanak-kanak dari umur
muda. Dalam syair ini juga terdapat
nasihat orang yang lebih tua kepada
anak muda. Persoalan tentang
pentingnya nasihat kepada semua
generasi juga dititikberatkan dalam
syair ini.
HASIL KARYA
Wahai semua bijak bestari,
harus berusaha dan berdikari,
bila berhujah mesti didengari, Jika duduk terdiam diri,
nasihat baik jangan dilupari. biarkan anak menjadi permaisuri,
Sayang anak jangan lebihkan dulu, perbuatan jahat dihampiri,
tidaklah beroleh malu, anak akan bertanduk sendiri.
hendaklah anak mengaji selalu, Amatlah penting nasihat terbuku,
perbuatan baik mesti bertalu-talu. di dunia penuh cabaran anakku,
Akhlak anak jangan ketepikan, wahai anak jagalah tingkah laku,
sayang anak jangan nafikan, akhlak yang baik biarlah terpaku.
jagalah amal kebaikan,
perangai yang baik jangan memalukan.
PEMIKIRAN SYAIR
Rangkap pertama memberi maksud apabila orang lain memberi hujah atau
pendapat kita mestilah mendengar hujah tersebut. Malah itu merupakan nasihat
yang baik dan janganlan dilupakan.
Selain itu, rangkap kedua pula bermaksud nasihat tentang walaupun
sayangkan anak jangan lebihkan kerana kalau anak terlalu manja dia akan
melakukan apa-apa sahaja walaupun keluarga mendapat malu.
Di samping itu, rangkap ketiga pula membawa maksud seseorang itu mestilah
menjaga amal kebaikan mereka namun walaupun mempunyai perangai baik
janganlah memalukan.
Seterusnya, bagi rangkap keempat ialah nasihat tentang jika seseorang yang
membiarkan anak mereka melakukan apa-apa sahaja secara tidak langsung anak
itu akan bertanduk itu bermaksud anak akan degil.
Akhir sekali, pemikiran syair bagi rangkap kelima ialah nasihat ibu bapa
kepada anak-anak supaya menjaga tingkah laku namun akhlak yang baik
mestilah diamalkan sentiasa.
CIRI-CIRI SYAIR
Antara ciri-ciri syair ialah teridiri daripada 4 baris
serangkap contohnya rangkap 1 hingga 5 mempunyai 4
baris. Di samping itu, setiap baris mempunyai daripada 4
hingga 6 kata sebagai contohnya, rangkap ketiga baris
keempat mempunyai 4 patah kata. Di samping itu, ciri
syair yang lain ialah setiap baris mempunyai 8 hingga 12
suku kata. Contohnya, rangkap keempat baris kedua
mempunyai 12 suku kata. Akhir sekali, ciri-ciri syair ialah
menyampaikan cerita atau pesanan seperti rangkap
keempat dinasihatkan jangan jadikan anak seperti
permaisuri nanti akan menjadi degil.
GURINDA
M
KONSEP GURINDAM
Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama yang terdiri
daripada dua baris. Namun begitu, gurindam ini dibawa oleh
orang Hindu atau pengaruh sastera Hindu. Rima akhir
gurindam juga sama. Kebiasaannya, bentuk gurindam terikat
yang mengandungi 3 hingga 6 patah perkataan. Baris
pertama terdiri daripada persoalan atau masalah manakala
baris kedua merupakan jawapan atau kesan daripada
masalah tadi.
FUNGSI GURINDAM
Gurindam berfungsi sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan
pendidikan dan hiburan. Selain itu, gurindam dicipta sebagai
dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan
kreativiti dan estetika masyarakat Melayu lama dalam menangani
masalah kehidupan masyarakat. Di samping itu, dijadikan media
komunikasi antara masyarakat merupakan salah satu daripada fungsi
gurindam dan digunakan dalam majlis-majlis formal.
PEMIKIRAN
Tema pendidikan gurindam ini
dicipta. Persoalan tentang kelebihan
orang yang berpendidikan juga
terdapat dalam gurindam ini malah
orang lebih berilmu lebih tinggi
kedudukan berbanding orang yang
berharta. Gurindam ini
menitikberatkan guru mesti
dihormati kerana mempunyai
pendidikan yang lebih tinggi
berbanding anak murid.
HASIL KARYA
Tanggungjawab pelajar mesti digalas,
hendak berjaya jangan malas,
Ketika guru sedang mengajar,
hormat ditunjuk oleh pelajar.
Para pelajar inginkan dekan,
orang berilmu lebih berdudukan.
Belajar dengan hati terbuka,
untuk mengelak hati terluka.
Mengejar pendidikan berumur belia,
profesion perguruan sangat mulia .
PEMIKIRAN GURINDAM
Pemikiran gurindam ini bagi rangkap pertama ialah seseorang pelajar
mestilah digalas kerana orang yang berjaya tidak malas.
Seterusnya, bagi rangkap kedua memberi maksud ketika seseorang
guru itu sedang mengajar maka para pelajar mesti menunjuk hormat.
Di samping itu, rangkap ketiga pula bermaksud ialah semua pelajar
menginginkan dekan. Hal ini demikian kerana, orang yang mempunyai
ilmu tinggi akan lebih berkedudukan.
Selain itu, seseorang yang belajar dengan hati yang terbuka dapat
mengelakan daripada hati terluka kerana mendapat keputusan yang
tidak cemerlang merupakan maksud rangkap keempat.
Akhir sekali, bagi rangkap kelima bermaksud orang mengejar
pendidikan sejak muda ini kerana profesion perguruan sangatlah mulia.
CIRI-CIRI GURINDAM
Terdapat beberapa ciri-ciri gurindam. Antaranya, gurindam
terdiri daripada dua baris contohnya setiap rangkap mempunyai
2 baris. Di samping itu, gurindam juga terdiri daripada empat
hingga enam patah perkataaan dan lapan hingga dua belas
suku kata dalam sebaris. Sebagai contoh, rangkap pertama baris
kedua iaitu sembilan suku kata dan empat patah perkataan.
Selain itu, gurindam ini mempunyai rima akhir becorak a;a. Akhir
sekali, rangkap terbahagi kepada unit syarat iaitu baris pertama
dan jawab merupakan baris kedua.
KE S I M P U LAN
Oleh itu, puisi tradisional merupakan pancaran akal budi
masyarakat namun meliputi seleruh generasi dari awal
kanak-kanak sehingga warga tua. Penghayatan puisi ini
membolehkan kita mencungkil bakat atau rahsia
peribadi seseorang. Di samping itu, puisi tradisional juga
banyak memberi kelebihan dari segi cara bahasa,
penggunaan kata dan lain-lain lagi. Justeru itu, tunjang
utama bagi menjamin keutuhan sesebuah bangsa dan
negara mestilah menghargai terhadap tinggalan tradisi
yang menjadi identiti terus dihormati dan disegani oleh
orang ramai.
SEKIAN
TERIMA
KASIH