The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amanirusli03, 2022-04-02 14:22:17

ARJUNA SI LURUS BENDUL (CERPEN)

ARJUNA SI LURUS BENDUL (CERPEN)

ARJUNA SI
LURUS BENDUL

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya

menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah tercinta saya, Dr. Zanariah binti Hamid kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini
dengan suksesnya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak
terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk
menyiapkan penghasilan produk ini. Mereka telah memberikan saya segala
kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya

menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka
membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada

mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan produk ini.Terima kasih.

BIODATA PENULIS

Nama diberi Nurul Amani Nazihah Binti Rusli.
Namun berikut, Amani merupakan seorang siswi

Persediaan Program Ijazah Saujana Muda
Pendidikan (PPISMP) yang sedang menjalani
semester keduanya di Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM). Harapan beliau
setelah berjaya menghasilkan buku pertamanya
merupakan satu permulaan yang baik dalam
pendidikannya. Penulisan karya yang kreatif dapat
menarik minat masyarakat untuk mengeksploitasi

dalam bidang Kesusasteraan Melayu juga
merupakan satu harapan belian.

Pada suatu ketika dahulu, ada seorang budak bernama Arjuna. Dia seorang
yang otak cair dan mempunyai hajat yang tersendiri. Dia tinggal di
pedalaman sebuah kampung yang bernama Kampung Tok Raja. Dia
merupakan anak tunggal kepada sepasang suami isteri di kampung
tersebut. Namun dia seorang yang rajin berusaha kerana dia ingin
membanggakan keluarganya malahan kepintaran Arjuna dalam
pembelajaran ini diketahui oleh guru-gurunya.

Bahkan ramai orang sekeliling dia tidak

menyangkakan akan kebolehannya itu kerana

Arjuna seorang yang lurus bendul. Sifat Arjuna

sama seperti diam-diam ubi berisi. Namun

demikian, dia seorang yang lurus bendul SEKOLAH
kerana dia sentiasa menurut kehendak

rakan-rakan yang sentiasa KEBANGSAAN TOK
membulinya. Arjuna juga diejek RAJA
sebagai budak tiga suku.

Arjuna bersekolah di

Sekolah Kebangsaan

Tok Raja.

Dia selalu dibuli oleh sekumpulan
pelajar di sekolahnya. Sifat lurus
bendul yang terdapat pada dirinya
menyebabkan rakan sekelasnya
sentiasa membulinya. Nama kumpulan
yang sentiasa membuli Arjuna adalah
‘Kaki Gangster’ yang terdiri daripada 2
orang ahli yang bernama Safuan dan
Jamal. Safuan merupakan anak kepada
orang kaya di Kampung Tok Raja dan
ibu bapa Jamal pula bekerja sebagai
orang gaji di rumah keluarga Safuan.
Disebabkan oleh itu, mereka menjadi

sahabat baik.

Arjuna sering dibuli di kantin sekolah. Dia
dipaksa beratur untuk membeli makanan.
Selain itu, Arjuna juga sering dipaksa untuk
membuat kerja rumah . Arjuna juga pernah
dipukul oleh kedua-dua pelajar tersebut
kerana enggan membuat tugasan mereka.

Sifat Arjuna yang terlalu baik hati
menyebabkan dia tidak melaporkan kes buli ke
atas dirinya itu kepada keluarganya dan pihak

sekolah. Namun begitu, Safuan dan Jamal
merupakan murid yang selalu dipanggil ke
dalam bilik disiplin kerana kesalahan yang

mereka lakukan di sekolah itu.

SEKOLAH
KEBANGSAAN

TOK RAJA

Pada suatu hari, Arjuna mendapat banyak tugasan daripada gurunya .
Semasa dia sedang berjalan untuk pulang dari sekolah dengan

suasana angin menampar pipinya kemudian lalulah dua orang pelajar
di sisinya iaitu Safuan dan Jamal. “Weh Arjuna budak bendul, tolong

buatkan tugasan aku dan Jamal ni,” kata Safuan kepada Arjuna.
Namun Arjuna berlari anak dengan diam seribu bahasa sehingga
terbunyi tapak kasutnya. Tapp..tapp..tapp..tapp.. bunyi tapak kasut

Arjuna.

Lalu Safuan mengikuti Arjuna. “ Weh Arjuna kau pekak ke?” laung Safuan dengan
kuatnya. Lalu Arjuna berhenti. “Kenapa kamu berdua ni selalu memaksa aku untuk
siapkan tugasan kalian, hari ini aku ada banyak kerja yang nak dibuat, jadi kamu
berdua buatlah sendiri,” kata Arjuna sambil tercungap-cungap dan hatinya hancur
bagai kaca terhempas ke batu kerana panggilan itu membuatnya terasa. “Ahhhhh,
aku tak kira aku nak kau tolong siapkan kerja aku dan Jamal,” kata Safuan dengan
marahnya bernyala-nyala. “Baiklah Safuan, Jamal aku akan siapkan tugasan kamu

berdua ini.” “ Baguslah bendul, siapkan kerja aku ni ye!” Safuan dan Jamal
beransur pulang ke rumah.

Pada waktu petang, semasa Arjuna keluar untuk bersenam Arjuna ternampak
Safuan di tepi sungai. “Safuan buat apa tu kat tepi sungai,” kata Arjuna

dengan lembutnya kepada Safuan lalu pergi menghala ke arah Safuan. Namun
kelihatan Safuan sedang menangis teresak-esak dan hampir ingin terjun ke

dalam sungai yang deras arusnya. “Weh! Safuan kau kenapa,” sambil menarik
baju Safuan sekuat-kuatnya. Kemudian, Arjuna menenangkan Safuan dengan
menggosok di belakang bahu Safuan sambil berkata “ Safuan kau jangan buat

macam ni nanti ibu bapa kau risau.” Arjuna meminta safuan untuk
menceritakan mengapa dia ingin terjun ke dalam sungai yang arus deras itu.

Lalu Safuan menceritakan bahawa dia mempunyai masalah keluarga berkaitan keputusan
peperiksaannya yang selalu mendapat markah rendah dan Safuan merupakan anak

harapan keluarga kerana ibu bapanya selalu menunjukkan keputusan peperiksaan Safuan
kepada rakan-rakan mereka malahan ibu bapa Safuan telah menghantar Safuan ke pusat
tuisyen untuk memperolehi keputusan yang cemerlang. Namun Arjuna memberi semangan
kepada Safuan untuk lebih berusaha dan Arjuna menceritakan bahawa dia seorang yang

lurus bendul tetapi sifat yang ingin menjadi anak yang berguna untuk keluarga telah
membakar semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh walaupun sering dibuli.

“Betul Safuan ada rotan ada duri walaupun sesenang mana kita sekarang namun
terselit juga kesusahan dalam kesenangan tersebut oleh itu kita sebagai pelajar jangan
mudah untuk berputus asa bak kata peribahasa melayu hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih.” “Terima kasih Arjuna kerana kau telah beri aku nasihat dan menjadi
pembakar semangat kepada aku. Kau tak perlu buat kerja sekolah yang aku berikan tu.
Esok kau bawa la ke sekolah dan tolong aku untuk siapkan.”

“Baiklah Safuan esok
aku bawakan.”

Pada keesokkan harinya, Safuan datang
ke meja Arjuna untuk mengambil semua
kerjanya dan berkata “ Arjuna tolong
aku untuk siapkan tugasan ini,” kata
Safuan kepada Arjuna.
“Baiklah nanti waktu
senggang kita buat
bersama-sama.”

Seminggu telah berlalu, namun pada
minggu tersebut merupakan minggu
bahasa lalu guru Jamal meminta Jamal

untuk mendeklamasi pantun yang
bertemakan kepentingan kesantunan

berbahasa semasa berkomunikasi
dengan orang lain.

Semasa sedang berjalan, Jamal ternampak
Arjuna lalu dia memanggil Arjuna. “Arjuna,

Arjuna.” Lalu Arjuna pusing. “Ye, Jamal
kenapa?” “Arjuna boleh tak kau tolong aku
untuk buat persediaan pantun untuk aku
deklamasikan di hadapan pelajar sekolah
tentang kepentingan kesantunan berbahasa
kerana guru menyuruh aku untuk memberi
keterangan serba sedikit tentang tajuk itu.”
“Boleh Jamal, aku akan tolong kamu,” kata

Arjuna kepada Jamal. Semasa sedang
menyiapkan pantun untuk dideklamasikan di

hadapan orang ramai Jamal sedar tentang
bersantun dengan orang lain adalah penting.

Lalu Jamal berasa sedih.“ Arjuna, aku
ingin meminta maaf kerana selama ini
aku dan Safuan selalu berkasar bahasa

dengan kau dan memanggil kau
dengan gelaran bendul. Aku minta

maaf ye.”
Sambil menangis disebabkan rasa
sedih kerana sering dibuli, Arjuna
menjawab. Baiklah tidak mengapa
Jamal, aku faham kau bukan sengaja
untuk memanggil aku sebegitu. Setelah
siap pantun Jamal meminta untuk
Arjuna membaca pantunnya kerana
takut terdapat kesilapan. Lalu Arjuna

membaca.

Irama puisi memaut rasa,
Gambus dialun gendang dipalu;
Indah peribadi kerana bahasa,

Sopan santun diamal padu.



Kecil perahu bukan penyebab,
Masuk air karamlah pula;

Sudah tahu demikian beradab,
Kelak zahir kehidupan sempurna.



Lubang Buaya ungkapan gerun,

Biasa disebut menjadi nama;
Tidak kaya jangan melamun,

Tidak rugi berhemah rasa.

“Bagi aku Jamal, pantun ini sudah sesuai dan berkaitan
dengan tajuk yang diberi,” kata Arjuna kepada Jamal.
Kemudian, setelah selesai Jamal mengajak Safuan untuk
bersama-sama meminta maaf atas kesalahan yang

telah mereka lakukan.

Pada keesokkan pagi, Jamal mendeklamasikan
pantun yang dibuat bersama-sama dengan Arjuna di

hadapan para pelajar. Kemudian sekali lagi Jamal
berasa kesal atas perbuatannya terhadap Arjuna.

Setelah selesai pembentangan di depan warga
sekolah, Jamal mengajak Safuan untuk berjumpa
dengan Arjuna. “Arjuna, terima kasih kerana sudah
menolong aku dalam pembentangan pantun itu tadi,”
kata Jamal kepada Arjuna. Lalu Safuan berkata
“Arjuna terima kasih kerana kau juga sudah dengar
tentang masalah yang dihadapi oleh aku semalam.”

Namun demikian Safuan dan Jamal sedar tentang betapa
pentingnya untuk menjaga percakapan dengan orang lain.
Mereka sedar akan kesilapan mereka tentang tingkah laku

mereka serta percakapan mereka berdua yang banyak
menyakitkan hati dan memperlekehkan Arjuna. “Tidak
mengapa Safuan dan Jamal aku okey je tapi aku harap kamu
berdua sedarlah akan kesilapan yang telah dilakukan itu dan
jagalah tutur kata kerana ini sangat penting sama ada dengan
orang kecil ataupun orang sekeliling kerana menjaga
percakapan dapat mencerminkan diri seseorang.” “Baiklah,
terima kasih Arjuna. Kami sangat hargai jasamu wahai
kawanku.” Wahai kawan-kawanku, marilah kita masuk ke
kelas kerana sekarang sudah waktu belajar,” kata Arjuna.

Setelah kejadian itu, mereka bertiga menjadi kawan baik dan
sentiasa menolong orang lain. Sejak daripada kes itu juga
mereka menghormati antara satu sama lain dan tidak
memanggil dengan panggilan yang kasar. Kebanyakkan guru-
guru di Sekolah Kebangsaan Tok Raja tidak mempercayai
bahawa Safuan dan Jamal telah berubah kerana mereka
merupakan pelajar yang sentiasa keluar masuk ke bilik
disiplin. Mereka juga menjadi murid harapan di
Sekolah Kebangsaan Tok Raja dan
mendapat banyak pengiktirafan
daripada pihak sekolah
tersebut.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version