JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP2132 PROFESIONALISME KEGURUAN Nama : SITI KHADIJAH BINTI JAMALUDIN No. K/P : 990206-56-5310 Angka Giliran : 2023202400115 Program : DIPLOMA PENDIDIKAN ISLAM Ambilan : OKTOBER Unit : T1S2.03 Nama Pensyarah : EN. AZMAN BIN ISMAIL Tarikh Hantar : 25 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 25 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : 25 MAC 2024
ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan 1 2. Ciri-ciri profesional 1 3. Akauntabiliti guru yang berkualiti peribadi dan sosial 3 4. Impak terhadap Pembangunan profesionalisme guru 4 5. Penutup 5 6. Rujukan 6
1 1.0 PENGENALAN Profesion membawa maksud suatu pekerjaan yang memberi sumbangan kepada sosial di mana kemahiran dan pengetahuan di perlukan oleh individu tersebut. Seorang profesion perlulah mempunyai intelek dan mendapatkan latihan yang cukup bagi meningkatkan mutu perkhidmatan (Lieberman, 1956). Jadi untuk menjadi seorang professional perlulah mempunyai beberapa ciri-ciri yang baik supaya imej seorang profesional itu tidak dipandang buruk mahupun dipandang rendah oleh Masyarakat. 2.0 CIRI – CIRI GURU PROFESIONAL Seorang guru yang profesional perlu mempunyai kepercayaan terhadap tingkah laku sendiri untuk memenuhi ciri-ciri profesional iaitu: Seorang yang berilmu pengetahuan yang luas. Ilmu pengetahuan adalah aspek yang penting yang perlu dimiliki oleh setiap orang yang bergelar pendidik (Halim et al. 2019). Seorang guru perlulah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan luas kerana tugasnya adalah menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Menurut Hasan & Musa (2020) bahawa pendidik mestilah berkeupayaan untuk mengubah, memahami dan berpengetahuan terhadap sesuatu pengajaran atau subjek diajar terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada murid. Ini kerana untuk mengelakkan kekeliruan yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dapat menyampaikan maklumat yang betul dengan baik dan mudah untuk murid hadam ilmu tersebut terhadap subjek yang dipelajari. Tambahan lagi, guru yang berilmu dapat menentukan cara yang betul untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mempunyai sahsiah yang baik dan menjadi role model kepada orang lain. Dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berfokus kepada perkembangan potensi indidividu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Bagi memenuhi dasar ini, guru terlebih dahulu perlu memiliki kemahiran insaniah dan akhlak yang baik kerana perkara ini mempengaruhi setiap tindak tanduk seorang guru di luar mahupun di dalam kelas. Hal ini dipersetujui oleh Kamal (1998) bahawa akhlak seseorang murid itu dipengaruhi mahupun dibentuk dari akhlak yang ditunjukkan oleh gurunya. Secara umumnya, nilai murni perlu diterapkan dalam setiap insan terutamanya bergelar guru kerana mereka adalah cerminan kepada sebuah pendidikan serta role model kepada murid dan masyarakat. Jadi guru perlu mempamerkan sahsiah yang baik dan imej yang positif serta amanah dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab demi kebaikan masyarakat dan negara.
2 Berketerampilan dan mempunyai pelbagai kemahiran. Berketerampilan adalah ciri penting yang perlu ada pada setiap guru kerana keterampilan guru itu merangkumi aspek kemahiran mengajar seperti merancang, menilai, mengurus, memilih strategi pengajaran dan pembelajaran, kemahiran teknologi, kemahiran generik dan kemahiran kaunseling. Penguasaan terhadap aspek-aspek ini dapat meningkatkan mutu pengajaran serta menjadikan pengajaran lebih bersistematik dan mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran (Anuar & Nelson, 2015). Pengajaran yang bersistematik dapat merangsang penglibatan murid untuk aktif dalam aktiviti pembelajaran disamping wujud komunikasi dua hala menjadikan murid lebih bermotivasi serta dapat mengasah ‘softskills’ murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru perlu menguasai pelbagai kemahiran atas faktor pendidikan itu sendiri yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Jadi guru perlu lebih kreatif dan berinovasi dalam mengaplikasikan amalan pedagogi. Komited dan bekerja sejajar dengan misi dan visi Pendidikan. Seorang guru perlulah ada nyala rasa dalam mendidik anak bangsa tanpa rasa lelah, jemu dan mengajar sambil lewa. Ini kerana guru yang komited meruapakan guru yang menjalankan visi dan misi pendidikan secara berterusan serta konsisten dengan falsafah Pendidikan dengan menerima muridnya seadanya tanpa membeza-bezakan dengan murid yang lain dalam mendidik semampu yang boleh untuk membina generasi yang lebih baik (Yakcop & Chua, 2017). Guru yang komited juga akan memenuhi tanggungjawab professional terhadap pihak yang berkaitan agar taraf Pendidikan negara bertambah baik dan maju seiring dengan negaranegara maju. Jadi, komitmen yang wujud dari perasaan keinginan dan obligasi yang kuat menjadikan seseorang guru itu kekal dan konsisten dalam menggalas tanggungjawab seiring dengan visi dan misi sekolah tersebut. Justeru itu, guru perlu mempersiapkan diri untuk mempertingkatkan kecekapan dan kebolehan diri sejajar dengan transformasi kurikulum yang sentiasa berubah dek perubahan negara yang dinamik dengan memiliki ciri-ciri guru profesional supaya tanggapan masyarakat terhadap profesional guru ini tidak dipandang rendah. Pada era ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengangkat profesion guru sebagai profesion yang unggul dan disegani sehingga ia menjadi profesion pilihan terutamanya kepada golongan muda yang sedang mencari pekerjaan. Jadi, adakah profesion guru ini semata-mata untuk mengajar dan mengharapkan gaji? Semestinya tidak, kerana guru yang berkualiti mempunyai akauntabiliti terhadap peribadi dan sosial.
3 3.0 AKAUNTABILITI GURU YANG BERKUALITI PERIBADI DAN SOSIAL Menurut kamus dewan Bahasa dan Pustaka, akauntabiliti membawa maksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap sesuatu tindakan. Menurut Khairul (2000) bahawa akauntabiliti merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh seseorang dengan bersedia untuk menerima sebarang kesan dan implikasi terhadap perbuatan atau tindakan yang dilakukan. Akauntabiliti guru yang berkualiti peribadi. Akauntabiliti guru terhadap tingkah laku adalah seorang guru yang berkualiti perlulah mempunyai tingkah laku yang baik dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti Ikhlas, disiplin, jujur, amanah, cekap dan pertimbangan dalam menggalas tanggungjawab (Syafiqah, 2016). Selain itu, guru perlu mengawal emosi apabila berhadapan dengan murid dengan tidak membawa masalah di rumah ke sekolah. Sebagai contoh, guru tidak membawa masalah rumah tangga dan melepaskan tekanan dan marah kepada murid sesuka hati. Tambahan lagi, guru bertanggungjawab untuk menjaga imej dengan menjaga penampilan diri seperti mematuhi kod etika berpakaian di sekolah kerana pakaian mencerminkan siapa guru itu. Akauntabiliti guru terhadap profesion adalah guru bertanggungjawab untuk menjaga dan meningkatkan imej profesion dengan mengelakkan diri daripada terlibat kegiatan negatif atau berbahaya. Sebagai guru hendaklah menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai kemahiran (Syameer, t.t). Sebagai contoh, guru menyertai kursus, seminar atau latihan bagi meningkatkan professional keguruan. Akauntabiliti guru yang berkualiti sosial. Akauntabiliti guru terhadap sekolah adalah menurut Shanti & Said (2019) bahawa guru bertanggungjawab untuk meningkat prestasi murid dalam pelajaran dengan memotivasikan mereka serta memahami perkembangan murid dan mempunyai kemahiran kaunseling untuk memamahami psikologi pelajaran mereka. Selain itu, guru bertanggungjawab menjalankan tugas yang diamanhkan oleh sekolah dengan menjalankan tugas dengan baik terhadap jawatan yang disandang seperti guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum dan jawatanjawatan lain. Akauntabiliti guru terhadap komuniti adalah guru bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dengan komuniti dengan menghormati perbezaan budaya dan fahaman dan menerapkan nilai murni seperti bersatu teguh, penyayang dan semangat patriotisme dalam kalangan murid (Shari, t.t). Guru juga perlu bertingkah laku sopan dalam menyertai sebarang aktiviti yang menyumbang kepada Masyarakat. Di samping itu, guru perlu mengelakkan diri
4 daripada menyebarkan fahaman atau ajaran yang negatif yang mana boleh membawa kepada perpecahan kaum demi kepentingan sesuatu pihak. Akauntabiliti guru terhadap murid adalah guru bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan dan keselamatan murid terjamin di sekolah dengan menyediakan fasiliti yang selamat untuk digunakan (Shari, t.t). Guru juga perlulah bersikap adil dalam menyelesaikan masalah murid tanpa mengira latar belakang atau status sosial. Tambahan lagi, guru bertangungjawab untuk mendidik anak murid dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran di samping memberi Kerjasama dengan pihak sekolah dan ibubapa terutamanya dalam pelaporan perkembangan prestasi murid dan hal disiplin murid. Secara tuntasnya, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pelbagai pihak seperti diri sendiri, profesion, sekolah, komuniti dan murid. Tanggungjawab ini perlu djalankan dengan baik demi kesejahteraan institusi Pendidikan. 4.0 IMPAK TERHADAP PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU Meningkatkan prestasi dan mutu Pendidikan. Guru yang memiliki ciri profesional dan tahu akan tanggungjawabnya akan meningkatkan prestasi kerjaya mereka dengan menyertai latihan atau kursus yang dapat meningkatkan tahap profesionalisme guru di samping menambah ilmu pengetahuan baru terutamanya dalam amalan pedagogi. Selain itu, program guru cemerlang meningkat Pembangunan profesional guru untuk membimbing guru dalam memenuhi kriteria kecemerlangan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (Liong, T.T). Membentuk pengetahuan professional. Menurut Saadiah et.al (2000) bahawa lahirnya kualiti guru yang jitu dapat memberi impak terhadap efikasi kendiri guru di tahap yang tinggi di mana pengetahuan guru terhadap cara mengubah murid sama ada melalui keterampilan dirinya mahupun faktor latar belakang, persekitaran dan ibubapa dapat diaplikasikan. Bukan semata-mata pengetahuan sahaja, tetapi ia adalah satu siri tindakan yang disusun oleh guru untuk melaksanakan tugas tersebut secara spesifik. Memastikan guru bersedia untuk berubah. Guru yang professional sentiasa malar segar dengan mengikuti arus pemodenan kerana dunia pendidikan hari ini sentiasa berubah. Jadi guru sentiasa bersedia untuk membuat perubahan terutamanya dalam amalan pedagogi terbaru seperti PAK21 di mana pedagogi ini bebantukan teknologi maklumat dan komunikasi dan pelbagai bentuk pembelajaran yang diwujudkan (Wong et.al, 2018).
5 Oleh itu, guru-guru perlu sentiasa membangunkan profesionalisme mereka bagi memastikan murid-murid dapat menerima ilmu pengetahuan dan kemahiran seiring dengan peredaran masa kerana pemodenan negara tidak membawa makna jika pendidikan masih di takuk yang lama. 5.0 PENUTUP Kesimpulannya, guru perlu sentiasa memperbaiki diri dengan membina kualiti diri mereka dengan memiliki ciri profesional seorang guru. Menggalas jawatan sebagai guru tidak membawa makna tanpa menjalankan akauntabiliti guru terhadap pelbagai pihak. Di samping itu, guru juga perlu meneroka peluang pembangunan dan kerjaya guru dengan meningkatkan tahap kecekapan dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap sebagai guru professional.
6 6.0 RUJUKAN Yep, W. F. & Ambotang, A. S. (2021). Perbezaan Tahap Profesionalisme Guru Tingkatan Enam Berdasarkan Demografi Terpilih. International Journal of Education, Psychology and Counselling (Ijepc), 6(40), 49-59. Asmawi, Z., Wan Mohammad, W. M. R. (2021). Amalan Profesionalisme Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Dalam Aspek Nilai. International Journal of Modern Education (Ijmoe), 3(8), 196-210. Jantan, Y. & Piaw, C. Y. (2017). Kompetensi Guru Dalam Membentuk Sahsiah Pelajar Sekolah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(3), 1-12. Ahmad, A. & Jinggan, N. (2015). Pengaruh Kompetensi Kemahiran Guru Dalam Pengajaran Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11. Masnan, A. H., Anthony, N. E., & Zainudin, N. A. S. (2019). Pengetahuan Pengajaran Dalam Kalangan Guru Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 8, 33- 41. Shari, B. (t.t). Konsep Asas Mengajar Sebagai Satu Profesion. Dapatan dari https://www.academia.edu/34058432/EDU3083b_rev1_doc Gobalakrishnan, S. A/P. & Ambotang, A. S. (2019). Pengaruh Tahap Akauntabiliti Guru, Peranan Pentadbir Dan Efikasi Kendiri Guru Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 4(6),170 – 180. Syameer, M. (t.t). Akauntabiliti Keguruan. Dapatan dari https://www.scribd.com/doc/242899193/AKAUNTABILITI-KEGURUAN Idris, K. A. (2000, Jan 1). Akauntabiliti Menurut Pandangan Islam. Dapatan dari https://www.ikim.gov.my/index.php/2000/01/01/akauntabiliti-menurut-pandangan-islam/ Chuan, L. S. (t.t). Pembangunan Profesionalisme guru kea rah Pendidikan berkualiti. Dapatan dari http://eprints.iab.edu.my/v2/586/1/Kertas%20Kerja%206.pdf Shuiba, S., Nordin Yunus, J., & Yusof, H. (2020). Pembangunan Profesionalisme Guru terhadap Efikasi Kendiri Guru Sekolah Menengah di Negeri Selangor. Evaluation Studies in Social Sciences, 9 (2), 37-48.