The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL CADANGAN AKTIVITI MESRA PEDAGOGI PERIBUMI TAHUN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asnawizone91, 2023-04-15 23:55:43

MODUL CADANGAN AKTIVITI MESRA PEDAGOGI PERIBUMI TAHUN 1

MODUL CADANGAN AKTIVITI MESRA PEDAGOGI PERIBUMI TAHUN 1

1 KATA ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH Assalamualaikum wbt. Salam Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara, Negara Sejahtera. Alhamdullilah segala puji dan syukur kepada tuhan kerana dengan limpah kurnianya, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dengan kerjasama Jurulatih Utama PIKAP Negeri Perak telah berjaya menghasilkan Modul Cadangan Aktiviti Mesra Pedagogi Peribumi Tahun 1 yang dihasilkan oleh guru-guru sekolah Murid Orang Asli di daerah ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada pihak yang berusaha memastikan bahawa Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP) terus dilaksanakan dengan jayanya di sekolah Murid Orang Asli di daerah ini. Program ini sebenarnya sangat baik kerana dapat menyelami persekitaran peribumi masyarakat Orang Asli dan menerapkan elemen tersebut ke dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid tersebut di sekolah. Pihak Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang menyambut hasrat murni pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang komited untuk mempertingkat dan memantapkan pedagogi murid Orang Asli dan Peribumi (OAP) di bawah Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Selaras dengan usaha ini, Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP) telah dibangunkan sebagai satu pilihan intervensi untuk menjayakan insiatif tersebut. Akhir kata sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga pendidik yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Saya yakin guru-guru yang berkhidmat di sekolah Murid Orang Asli kreatif dan inovatif dalam menghasilkan aktiviti PdP yang mesra pedagogi murid Orang Asli. Tahniah cikgu, anda adiwira pedagogi peribumi. OSMAN BIN MOHAMED BAHARI, AMP Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang.


2 PENGHARGAAN TERIMA KASIH PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG EN. OSMAN BIN MOHAMED BAHARI, AMP TIMBALAN PPD SEKTOR PEMBELAJARAN PPD BATANG PADANG EN. MOHAMAD HALMI BIN MISWAN PEGAWAI MEJA PIKAP DAERAH BATANG PADANG PN. ITAERDAYU BT. SHAHIDAN PEGAWAI UNIT PEMULIHAN KHAS PPD BATANG PADANG DR. HAJAH NORAAZIAN BT. OSMAN PN. ITAERDAYU BT. SHAHIDAN PN. AZAHZUHRAH BT. AZHARI PN. ELYANA BT. AZMEE JURULATIH UTAMA PIKAP NEGERI PERAK EN. MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY (BI) PN. ITAERDAYU BT. SHAHIDAN (BM) PN. NORSHALINA BT. MOHD SHAHAR (MATEMATIK)


3 GURU ADIWIRA PEDAGOGI PERIBUMI EN. MOHD JOHALIZAN BIN MOHAMED ALI PN. KAMISAH A/P TEOR BAK SONG PN. NURUL ASIKIN BT LONG PN. SITI ZAHARAH BINTI TOHA PN. SITI SALMAH BINTI SOBRI PN. NOOR ZARIYAH BT ZAINUL EN. MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD RAZALI PN. SALASIAH BINTI HAMID PN. AQILAH IZZATI NORZAIDI PN. INTAN ZULIYATI BINTI BAHARI EN. AHMAD LUTFIL HADI BIN MOHD YUSOF EN. MUHAMMAD FATHUL HAZIQ BIN KHAIRI AZARI PN. KOMALA DEVI A/P NALATHAMBI EN. MUHAMMAD AISHAM BIN AZAHAR EN. MUHD FAIRUZ BIN AMAD BISTOMAM EN. AHMAD KHAIRIRI BIN AHMAD WADZIR EN. ABDULLAH HARIS BIN MOHAMMED SAIDI PN. HAFAWATI SALWA BINTI RAZEMAN EN. MUHAMMAD NIZAM BIN ZAMIR PN. PUTERI AMIRAH ADILA BINTI MEGAT NOR MAZLAN EN. MUHAMMAD AFIQ BIN MAT HUSSIN EDITOR TEKNIKAL EN. MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY


4 PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia komited untuk mempertingkat dan memantapkan pedagogi murid Orang Asli dan Peribumi (OAP) di bawah Inisiatif #57: Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi. Selaras dengan usaha ini, Program Intervensi Khas Murid Orang Asli dan Peribumi (PIKAP) telah dibangunkan sebagai satu pilihan intervensi untuk menjayakan insiatif tersebut. Pelaksanaan PIKAP bertujuan untuk menarik minat murid OAP bagi mengikuti pembelajaran dengan suasana yang kondusif dan menyeronokkan serta mengekalkan minat murid OAP hadir ke sekolah. Selain itu program ini membantu murid OAP menguasai dan meningkatkan kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul). PIKAP juga dibangunkan untuk merapatkan jurang pendidikan antara murid OAP dengan murid arus perdana agar mereka tidak ketinggalan dalam arus transformasi pendidikan. Panduan Pengajaran dan Pembelajaran PIKAP dibangunkan berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Murid Asli dan Penan (KAP) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pelaksanaan PIKAP memberi penekanan kepada pendekatan didik hibur untuk menarik minat murid OAP terhadap pembelajaran mereka. Program ini berhasrat untuk menyediakan murid OAP yang lebih berdaya saing, membentuk insan seimbang dan dapat menyumbang kepada keharmonian serta kesejahteraan negara. Pihak PPD Batang Padang dan Jurulatih Utama PIKAP Daerah Batang Padang telah mengambil inisiatif proaktif dengan membangunkan satu modul cadangan aktiviti mesra pedagogi murid Orang Asli yang boleh digunakan bagi guru yang mengajar di sekolah Murid Orang Asli tahun 1. Cadangan aktiviti ini menerapkan elemen pengajaran berasaskan perspektif peribumi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pembangunan aktiviti ini telah mendapat kerjasama jitu daripada guru-guru di sekolah Murid Orang Asli Daerah Batang Padang. Pada masa hadapan modul ini akan dikembangkan ke tahun 2 dan tahun 3 pula. Pengenalan berkenaan Pedagogi Terbeza Sekolah Orang Asli (SOA) turut diselitkan di dalam modul ini sebagai panduan kepada guru-guru untuk dilaksanakan semasa sesi PdP masing-masing.


5 SEKOLAH-SEKOLAH MURID ORANG ASLI DAERAH BATANG PADANG


6 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PIKAP Strategi PdP bagi PIKAP adalah mengikut kesesuaian persekitaran, kemudahan infrasruktur, keupayaan dan kecenderungan murid OAP. Guru boleh mempelbagaikan strategi PdP supaya menarik minat murid OAP dan menggalakkan murid OAP hadir ke sekolah. Antara strategi PdP yang dicadangkan adalah Pengajaran Berasaskan Perspektif Peribumi, Pembelajaran Masteri, Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dan Pembelajaran Abad Ke-21. PENGAJARAN BERASASKAN PERSPEKTIF PERIBUMI Pengajaran berasaskan perspektif peribumi merujuk kepada pengajaran yang menggunakan latar belakang, budaya dan persekitaran murid OAP yang diintegrasikan dalam aktiviti PdP. Pengintegrasian perspektif Peribumi di dalam pedagogi dapat membantu murid OAP dalam pembelajaran. Proses pengumpulan maklumat dan pengintegrasian dilakukan secara berterusan agar murid OAP dapat memahami pendidikan yang disampaikan. Terdapat lapan elemen PdP berasaskan perspektif peribumi iaitu: a) Bina Semula/Ubah suai Bina semula/ubah suai merujuk kepada pengubahsuaian kurikulum atau aktiviti PdP mengikut persekitaran dan keupayaan murid OAP bagi mencapai hasrat pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu. Bina semula/ubahsuai boleh dilaksanakan secara modular. b) Hubungan dengan Tempat Tinggal/Alam Aktiviti PdP yang berkaitan dengan tempat tinggal/alam merujuk kepada hubungan kehidupan dengan tempat tinggal dan persekitaran murid OAP. Persekitaran ekologi dan kemudahan sedia ada mempengaruhi aktiviti pembelajaran murid OAP bagi membolehkan mereka berinteraksi dan mengaitkan aktiviti dengan persekitaran secara langsung. c) Hubungan Komuniti Kehidupan komuniti dan nilai-nilai dalam masyarakat OAP mempunyai hubungan dengan pembelajaran murid OAP. Nilai budaya masyarakat setempat boleh diserapkan dalam pengajaran agar murid OAP dapat menyesuaikan kandungan dengan kehidupan mereka. Aktiviti berasaskan nilai kemasyarakatan komuniti boleh membina kekuatan tingkah laku positif murid OAP untuk penerapan nilai yang lebih kukuh dalam diri murid OAP.


7 d) Secara Tidak Langsung Aktiviti yang dilaksanakan dapat membantu murid OAP menguasai kemahiran tanpa mereka sedari. Guru boleh menyoal dan memberi arahan secara tidak langsung. Aktiviti PdP yang boleh dijalankan adalah seperti permainan, nyanyian, lakonan dan simulasi. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah murid OAP seperti melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh, bermotivasi dan membentuk jati diri serta intrinsik yang tinggi. e) Simbol dan Imej Penggunaan simbol dan imej yang konkrit boleh digunakan oleh guru untuk mengukuhkan pemahaman murid OAP. Aktiviti PdP yang melibatkan simbol dan imej dapat merangsang deria, ingatan dan pergerakan murid OAP yang cenderung kepada kecerdasan visual ruang. f) Praktikal Aktiviti praktikal (hands-on) membolehkan murid OAP mengalami sendiri sesuatu tugasan seperti melihat, menyentuh, merasa dan mendengar untuk mengenali dan memahaminya. Aktiviti ini dijalankan untuk mengekalkan tumpuan murid OAP dan memastikan keberkesanan PdP. Dalam melaksanakan aktiviti ini, murid OAP boleh membilang menggunakan alatan, membuat tugasan seperti menghasilkan buku skrap, melakukan pergerakan fizikal dan berkomunikasi. g) Peta Pemikiran Grafik Peta pemikiran grafik (mind-map) merujuk kepada aktiviti yang melihat sesuatu perkara secara keseluruhan sama ada dalam bentuk teks atau aktiviti ke bentuk visual yang jelas. Guru menggunakan gambar rajah atau teknik visualisasi untuk merangka proses pembelajaran bagi murid OAP. Kaedah ini memerlukan murid OAP menggambarkan fakta penting dalam bentuk lakaran tersendiri untuk memudahkan mereka memahami pelajaran. Murid OAP dilatih membuat peta pemikiran grafik untuk memindahkan maklumat yang dibaca melalui gambar rajah atau secara visual. Murid OAP boleh menggunakan alat pemikiran seperti peta pemikiran i-THINK dan peta minda. h) Bercerita Guru boleh menggunakan cerita, memetik isi pelajaran dari kisah yang diceritakan sebagai asas dalam menarik dan mengekalkan minat belajar murid OAP serta mengaitkannya dengan jiwa murid OAP. Guru digalakkan menyisipkan unsur kecindan (humor) dan kasih sayang dalam menyampaikan maklumat kepada murid OAP. Penggunaan cerita dan nilai murni merupakan pengalaman langsung murid OAP melalui proses membuat, mengalami atau melalui sendiri perkara yang hendak dipelajari.


8 PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran Masteri adalah satu pendekatan PdP yang memerlukan guru memastikan semua murid OAP menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi. Pembelajaran Masteri dilaksanakan kerana murid OAP mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza-beza. Murid OAP perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan sebelum berpindah ke unit baru. Aktiviti pemulihan dijalankan bagi murid OAP yang belum menguasai dan aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid OAP yang telah mencapai aras masteri APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai melibatkan kecenderungan potensi seseorang iaitu verbal linguistik, logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Aplikasi teori ini dijalankan untuk menerima persamaan dan perbezaan antara individu yang unik dan belajar dengan cara yang berlainan dan menggalakkan potensi yang tidak terbatas. PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Proses pembelajaran yang berpusatkan murid OAP berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. a) Komunikasi Interaksi antara guru-murid OAP, murid OAP-murid OPP yang lain dan murid OAPbahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan. b) Kolaboratif Kerjasama dan muafakat antara guru-murid OAP dan murid OAP-murid OAP yang lain secara aktif dan menyeluruh yang membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid OAP. c) Pemikiran Kritis Penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. d) Kreativiti Proses penjanaan idea yang menghasilkan inovasi bahan, aktiviti dan projek yang baharu, unik, berguna dan berkualiti. e) Nilai Murni dan Etika Penerapan dan pemupukan nilai murni dan etika ke arah pembentukan jati diri nasional mengikut acuan negara.


9 AKTIVITI BAHASA MELAYU


10 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Nama Aktiviti Topeng Haiwan Tajuk Flora dan Fauna Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan tempat tinggal/alam Standard Pembelajaran 1.1.1 Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi: i) vokal Huraian 1. Murid mengambil topeng haiwan yang terdapat dalam kotak misteri. 2. Murid mengajuk bunyi haiwan berserta pergerakan berdasarkan topeng yang dipilih. 3. Murid menjawab persoalan guru berkaitan huruf vokal yang terdapat pada bunyi perkataan haiwan tersebut. 4. Murid menyebut huruf vokal yang terdapat dalam bunyi haiwan secara individu dan kumpulan. 5. Murid menulis huruf vokal tersebut di papan putih kelas. Lampiran BBM Topeng haiwan dan kotak misteri. NAMA GURU: ITAERDAYU BINTI SHAHIDAN NAMA SEKOLAH: PPD BATANG PADANG MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU


11 KEMAHIRAN ASPEK SENI BAHASA Nama Aktiviti Menyanyi dalam Pantun Tajuk Tolong Menolong Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan tempat tinggal/alam Standard Pembelajaran 4.2.1 Melafazkan pantun dengan intonasi yang betul: ii) Pantun dua kerat Huraian 1. Murid dipaparkan dengan gambar ikan tengas, ikan haruan, ikan kelah, 2. Murid menyatakan pengalaman mereka melihat ikan-ikan tersebut. Guru kaitkan dengan perbuatan tolong menolong dalam situasi yang diceritakan 3. Murid dipaparkan dengan pantun dua kerat dan murid mengulangi semula apa yang di sebut guru. 4. Murid menyanyikan pantun tersebut dengan irama lagu ‘ikan keke’ diiringi muzik. 5. Murid dipilih secara rawak untuk menyanyi secara individu. Lampiran Ikan tengas si ikan haruan, Pupuk kerjasama erat perpaduan. Tangkap kelah di balik batu, Ada kawan perlu dibantu. Mari mendaki Bukit Putih, Perlu membantu walaupun letih. Mari beratur sewaktu di kantin, Amalan membantu jadikan rutin. - Irama lagu ‘ikan keke’ BBM Televisyen dan mikrofon, NAMA GURU: MOHD JOHALIZAN BIN MOHAMED ALI NAMA SEKOLAH: SK POS MUSOH LZ MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU


12 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Nama Aktiviti Kolaj Huruf Tajuk Flora dan Fauna Elemen Pedagogi Peribumi Praktikal / hands on Standard Pembelajaran 1.1.2 Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi: ii) Konsonan Huraian 1. Murid mengambil dan mencabut huruf konsonan yang terdapat dalam kotak misteri. 2. Murid menyebut huruf yang ditunjukan oleh guru menggunakan kad huruf. 3. Murid mengangkat tangan terhadap huruf yang dipamerkan di hadapan kelas. 4. Murid menyebut huruf konsonan secara beramai ramai. 5. Murid diminta menyurih/ sambung titik pada huruf tersebut. 6. Murid diminta mengambil daun/ kertas warna yang ada disekitar mereka untuk melakukan aktiviti kolaj. 7. Guru memantau aktiviti murid. Lampiran BBM Daun, kertas warna, gam, kad huruf, dan kotak misteri. NAMA GURU: KAMISAH A/P TEOR BAK SONG NAMA SEKOLAH: SK JERNANG MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU


13 KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Nama Aktiviti Puzzle Misteri (Peralatan berkebun) Tajuk Hari Minggu bersama Keluarga Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan tempat tinggal/alam Standard Pembelajaran 1.1.1 Mengajuk dan menyebut perkataan, frasa, dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi: ii) Konsonan Huraian 1. Murid di paparkan gambar sebuah keluarga sedang membuat aktiviti berkebun. 2. Murid di dengarkan audio aktiviti berkebun berdasarkan gambar yang dipaparkan. 3. Murid di minta menceritakan pengalaman mereka melakukan aktiviti berkebun bersama keluarga. 4. Murid mengambil puzzle misteri dan di minta untuk melengkapkan puzzle tersebut. 5. Murid di minta untuk menyebut gambar yang terdapat pada puzzle yang telah di selesaikan. 6. Murid di minta untuk mencari huruf konsonan yang terdapat pada perkataan di puzzle yang telah di lengkapkan. 7. Murid menyebut huruf konsonan yang terdapat dalam perkataan di puzzle tersebut. 8. Murid menulis huruf konsonan tersebut di papan putih mini masing-masing. Lampiran BBM Puzzle dan papan tulis mini. NAMA GURU: NURUL ASIKIN BT LONG NAMA SEKOLAH: SK BATU TUJUH MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU Kereta sorong parang cangkul


14 KEMAHIRAN MEMBACA Nama Aktiviti Dadu Bergolek Tajuk Keluargaku sayang Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan komuniti Standard Pembelajaran 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul iii) vokal Huraian 1. Murid mengambil dadu yang mempunya huruf vokal . 2. Murid mencari huruf vokal yang sama yang terdapat di dinding. 3. Murid menjawab persoalan guru berkaitan huruf vokal yang mereka jumpa. 4. Murid menyebut huruf vokal yang rakan mereka jumpa tadi secara individu dan kumpulan. 5. Murid menulis huruf vokal tersebut di papan putih kelas. 6. Dari huruf vokal tersebut mereka menyebut perkataan berkaitan keluarga mereka ( ba - bapa , I - ibu, e- emak, a- abang ) Lampiran BBM Dadu huruf vokal. NAMA GURU: SITI ZAHARAH BINTI TOHA NAMA SEKOLAH: SK BATU 14 MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU


15 KEMAHIRAN MEMBACA Nama Aktiviti Suku Kata KV dan KVK Tajuk Kampungku Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan tempat tinggal/alam Standard Pembelajaran 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul (i) suku kata Huraian 1. Ulang sebutan bunyi huruf vokal a,e,i,o,u 2. Bimbing murid menyebut suku kata kv dan kvk dengan betul berpandukan pada kad suku kata. 3. Murid menyebut gambar objek yang ditunjukkan. 4. Murid memadankan suku kata membentuk perkataan berdasarkan gambar. 5. Murid membaca perkataan yang dibentuk dengan sebutan yang betul dan jelas. Lampiran pokok rumah lebah bukit BBM Kad suku kata dan gambar. NAMA GURU: SITI SALMAH BINTI SOBRI NAMA SEKOLAH: SK KAMPUNG SENTA MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU


16 KEMAHIRAN MENULIS Nama Aktiviti Mencari Kawan Tajuk Bercuti di kampung Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan tempat tinggal/alam Standard Pembelajaran 3.1.1 Menulis secara mekanis - Perkataan Huraian 1. Murid memilih kad gambar dipamerkan dihadapan kelas. 2. Murid menyebut dan membaca perkataan pada gambar tersebut secara individu. 3. Murid memadankan perkataan berdasarkan gambar 4. Murid menyambung garisan putus-putus untuk membentuk huruf dan perkataan berdasarkan gambar dalam lembaran kerja yang diberi dengan kemas. Lampiran BBM Kad gambar dan kad perkataan. NAMA GURU: NOOR ZARIYAH BT ZAINUL NAMA SEKOLAH: SK TAPAH MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU


17 KEMAHIRAN ASPEK TATABAHASA Nama Aktiviti Biperyos Ha Juare! Tajuk Sehari di sekolah Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan tempat tinggal/alam Standard Pembelajaran 5.1.1 Memahami dan mengenal pasti penggunaan golongan kata mengikut konteks : iv) Kata nama am Huraian 1. Murid diperkenalkan tentang konsep kata nama am melalui cerita - “kisah kitmot”. 2. Murid guru membawa murid berjalan di keseluruhan kawasan sekolah secara terkawal untuk mengenal pasti nama lokasi dan beberapa simbol. 3. Murid diminta mencari “kad perkataan kata nama“perkataan tersembunyi di lokasi (kantin/kelas/pusat sumber). 4. Murid yang menjumpai kad akan diberikan hadiah “juare”. 5. Kad perkataan yang telah dikumpul akan ditampal di papan putih oleh murid untuk penerangan guru. 6. Murid akan menyatakan dan menyenaraikan “kad perkataan kata nama lokasi” 7. Murid menulis semula perkataan yang telah yang tersenarai di buku latihan. Lampiran BBM “Kad kata nama lokasi” dan hadiah. NAMA GURU: MOHAMAD RIDZUAN BIN MOHAMAD RAZALI NAMA SEKOLAH: SK POS GEDONG MATA PELAJARAN: BAHASA MELAYU kantin pejabat padang


18 AKTIVITI BAHASA INGGERIS


19 SPEAKING SKILL Activity Name Snake Hopscotch Game Topic Unit 4: Lunch Time Elements of Indigenous Pedagogy Symbol and Image Learning Standards Main Skills 2.1.3 Express basic likes and dislikes. Complementary Skills 3.2.2 Understand specific information and details of very simple phrases and sentences. Elaboration 1. Teacher explains the rules of Snake Hopscotch Game and demonstrate it. 2. A pupil uses a token and throws it on the hopscotch. 3. Based on the spot the token landed, the pupil expresses his/her like and dislike of the food. For example: a) I like rice b) I don’t like milk 4. Pupils take turn to play hopscotch. Appendix Teaching Aids Pictures of food. NAMA GURU: MUHAMMAD NUR ASNAWI BIN ROMLY NAMA SEKOLAH: SK POS MUSOH LZ MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


20 SPEAKING SKILL Activity Name Target Sticky Ball Dartboard Game Topic Unit 5: Free time Elements of Indigenous Pedagogy Symbol and Image Learning Standards Main Skills 2.1.3 Express basic likes and dislikes. Complementary Skills 3.2.2 Understand specific information and details of very simple phrases and sentences. Elaboration 1. Teacher explains the rules of Target Sticky Ball Dartboard Game and demonstrate it. 2. A pupil uses a sticky ball and throws it on the dartboard. 3. Based on the spot the sticky ball landed, the pupil expresses his/her like and dislike of the activities. For example: c) I like swimming. d) I don’t like jogging. 4. Pupils take turn to play the game. Appendix Teaching Aids Pictures of activities. NAMA GURU: SALASIAH BINTI HAMID NAMA SEKOLAH: SK TAPAH MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


21 LISTENING SKILL Activity Name WHAT’S THIS? Topic Unit 1: At School Elements of Indigenous Pedagogy Practical (Hands-on) Learning Standards Main Skills 1.1.1 Recognise and reproduce with the support of a limited range of highfrequency target language phonemes Complementary Skills 1.2.5 Understand short supported questions Elaboration 1. Teacher shows a few classroom objects (book, pencil, ruler, bag, sharpener) 2. Teacher explains the rules of the game and demonstrates. 3. Pupils get in pairs (one of them is blindfolded). One pupil chooses an object and asks “What’s this?” and the partner (blindfolded) will touch and guess the object. 4. Pupils take turns playing. Appendix Teaching Aids Pictures of classroom objects. NAMA GURU: AQILAH IZZATI NORZAIDI NAMA SEKOLAH: SK BATU TUJUH MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


22 LISTENING SKILL Activity Name Guessing game Topic Unit 1: At school Elements of Indigenous Pedagogy Symbol and Image Learning Standards Main Skills 1.2.2 Understand with support specific information and details of very simple phrases and sentences Complementary Skills 2.1.5 Name or describe objects using suitable words from word sets Elaboration 1. Teacher pasted the classroom objects flashcards on the board. 2. Teacher writes the wrong word under each picture. 3. Teacher says the word and a few pupils are called out to swap pictures to the correct words. 4. Pupils listen to the teacher and take out the object mentioned. 5. Pupils put the object quickly on the table. Appendix Teaching Aids Pictures and flashcards of classroom object. NAMA GURU: INTAN ZULIYATI BINTI BAHARI NAMA SEKOLAH: SK KAMPUNG SENTA MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS pencil rubber book bag


23 SPEAKING SKILL Activity Name Guess It Right Game Topic Unit 1: At School Elements of Indigenous Pedagogy Relationship With Residence/Nature Learning Standards Main Skills 2.1.1 Give very basic personal information using fixed phrases Complementary Skills 1.2.1 Understand with support the main idea of simple sentences Elaboration 1. Teacher explains the rules of Guess It Right Game and demonstrate it. 2. A pupil picks a card number given by a teacher. 3. Based on the picked number, pupil need to say the name of the object from the card. For example: e) Bamboo f) Blowpipe g) Stink bean 4. Pupils take turn to play Guess It Right game. Appendix Teaching Aids Pictures of objects. NAMA GURU: AHMAD LUTFIL HADI BIN MOHD YUSOF NAMA SEKOLAH: SK POS MUSOH LZ MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


24 READING SKILL Activity Name Let’s Explore! Topic Unit 3: Pet Show Elements of Indigenous Pedagogy Connection with Nature, Story telling Learning Standards Main Skills 3.2.1 Understand the main idea of very simple phrases and sentences Complementary Skills 3.2.2 Understand specific information and details of very simple phrases and sentences. Elaboration 1. Teacher explains the rules of the activity and demonstrate it. 2. A pupil looks around and name an animal/ insect that he/ she sees. 3. Teacher prepares pictures of possible answers (spider, bird, lizard, cat) 4. Based on the animal, the pupil describes and read about it using the text provided. h) There is a _____. It is ________ in colour. I like _____. 5. Pupils take turn to explore. Appendix Teaching Aids Pictures of animal and a short text. NAMA GURU: MUHAMMAD FATHUL HAZIQ BIN KHAIRI AZARI NAMA SEKOLAH: SK JERNANG MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


25 WRITING SKILL Activity Name Jigsaw Puzzle Game Topic Unit 3: Pet Show Elements of Indigenous Pedagogy Symbol and Image Learning Standards Main Skills 4.2.3 Express basic likes and dislikes. Complementary Skills 3.2.2 Understand specific information and details of very simple phrases and sentences. Elaboration 1. Teacher explains the rules of Jigsaw Puzzle Game and demonstrate it. 2. Pupils choose the envelopes containing animal jigsaw puzzle pieces in groups. 3. Pupils solve the puzzle in groups. 4. Pupils paste the solved puzzle on a piece of paper. 5. Based on the animal pictures and the names, pupils write simple sentences. For example: i) I like cats. j) I don’t like spiders. 6. Based on the animal, each pupil has to write their likes and dislikes. Appendix Teaching Aids Pictures of animals (cut into puzzle pieces) NAMA GURU: KOMALA DEVI A/P NALATHAMBI NAMA SEKOLAH: SK BATU 14 MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


26 LANGUAGE ARTS Activity Name Zigzag Book Topic Unit 1: At School Elements of Indigenous Pedagogy Practical (Hands On) Learning Standards Main Skills 5.2.1 Name people, things or places of interest in illustrations accompanying texts. Complementary Skills 5.3.1 Respond imaginatively and intelligibly through creating simple art and craft products. Elaboration 1. Teacher divides pupils into groups according to their abilities. 2. Teacher shows how to make a zigzag book. 3. Pupils make the book with guidance. 4. Pupils draw and label 4 classroom items. 5. Pupils chant in group by showing pictures drawn in their zigzag book. Appendix Teaching Aids Pictures of items in classroom. NAMA GURU: MUHAMMAD AISHAM BIN AZAHAR NAMA SEKOLAH: SK POS GEDONG MATA PELAJARAN: BAHASA INGGERIS


27 AKTIVITI MATEMATIK


28 OPERASI ASAS (OPERASI TOLAK) Nama Aktiviti Mari Memancing Tajuk Operasi Asas (Tolak dalam Lingkungan 20) Elemen Pedagogi Peribumi Bercerita Standard Pembelajaran 2.4.2 Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan situasi harian (tolak dalam lingkangan 20) Huraian 1. Murid mendengar cerita pendek berkaitan peristiwa di sungai/tasik daripada guru. 2. Murid dibantu untuk memahami kehendak soalan. 3. Murid diminta untuk menampal gambar 12 ekor ikan di atas kad manila. 4. Murid lain kemudiannya diminta untuk mengeluarkan 5 ekor ikan daripada gambar tersebut. 5. Murid dikehendaki untuk membilang jumlah ikan yang tinggal pada gambar. 6. Murid dibimbing untuk melengkapkan ayat Matematik. - = 7. Murid diberikan contoh lain dan mengulang aktiviti semula. Lampiran BBM Gambar dan kad manila NAMA GURU: NORSHALINA BINTI MOHD SHAHAR NAMA SEKOLAH: SK BATU TUJUH MATA PELAJARAN: MATEMATIK 12 5


29 NOMBOR BULAT HINGGA 100 (PRA-NOMBOR) - KUANTITI SECARA INTUTITIF Nama Aktiviti Banyak, Sedikit Tajuk Menyatakan kuantiti melalui perbandingan Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan tempat tinggal/alam Standard Pembelajaran 1.1.1 Menyatakan kuantiti melalui perbandingan Huraian 1. Murid mendengar penerangan guru tentang isi pelajaran 2. Murid membentuk beberapa kumpulan 3. Murid di dalam kumpulan mengumpulkan ranting kayu di kawasan sekitar sekolah 4. Murid dibimbing untuk membuat perbandingan kumpulan yang mengumpulkan ranting kayu yang banyak dan kumpulan yang mengumpulkan ranting kayu yang sedikit. 5. Murid diberikan contoh lain dan mengulang aktiviti semula. Lampiran BBM Ranting kayu. NAMA GURU: MUHD FAIRUZ BIN AMAD BISTOMAM NAMA SEKOLAH: SK KG SENTA MATA PELAJARAN: MATEMATIK


30 NOMBOR BULAT HINGGA 100 (NOMBOR 0-20) - NILAI NOMBOR DAN MENULIS NOMBOR Nama Aktiviti Membilang Nombor Tajuk Nombor Bulat Hingga 100 Elemen Pedagogi Peribumi Hubungan dengan Tempat Tinggal/Alam Standard Pembelajaran 1.21 Menamakan nombor hingga 100 (nombor 0 hingga 20 dalam angka) Huraian 1. Murid membilang mata petai yang ditunjukkan oleh guru di hadapan kelas. 2. Guru boleh mengantikan objek petai dengan objek lain yang terdapat di sekeliling murid seperti meja dan kerusi. 3. Murid menyatakan bilangan objek dengan tepat. 4. Murid kemudiannya diminta ke hadapan dan menulis angka bilangan mata petai tersebut di papan putih. Lampiran BBM Petai / objek lain yang bersesuaian. NAMA GURU: AHMAD KHAIRIRI BIN AHMAD WADZIR NAMA SEKOLAH: SK POS MUSOH LZ MATA PELAJARAN: MATEMATIK


31 OPERASI ASAS (OPERASI TAMBAH) Nama Aktiviti Mari Mencari ‘Sempak’ (Durian) Tajuk Operasi Asas (Tambah dalam lingkungan 20) Elemen Pedagogi Peribumi Bercerita Standard Pembelajaran 2.4.2 Menyelesaikan masalah tambah dan tolak yang melibatkan situasi harian (tambah dalam lingkangan 20) Huraian 1. Murid melihat gambar bakul yang dipenuhi buah durian. 2. Murid mendengar cerita pendek berkaitan situasi murid menolong bapa mencari durian daripada guru. 3. Murid dibantu untuk memahami kehendak soalan. 4. Murid diminta untuk menampal 7 gambar berbentuk buah durian di atas gambar berbentuk bakul rotan. 5. Murid lain kemudiannya diminta untuk menampal 6 gambar berbentuk buah durian di atas satu lagi gambar berbentuk bakul rotan. 6. Murid dikehendaki untuk membilang jumlah kesuluruhan buah durian yang ada pada kedua-dua bakul tersebut. 7. Murid dibimbing untuk melengkapkan ayat Matematik. + = 8. Murid diberikan contoh lain dan mengulang aktiviti semula. Lampiran BBM Gambar bakul (2 keping) dan gambar buah durian (20 keping). NAMA GURU: ABDULLAH HARIS BIN MOHAMMED SAIDI NAMA SEKOLAH: SK POS GEDONG MATA PELAJARAN: MATEMATIK 7 6


32 OPERASI ASAS (OPERASI TOLAK) Nama Aktiviti Teng Teng Tajuk Operasi Asas (Operasi Tolak) Elemen Pedagogi Peribumi Simbol dan Imej Standard Pembelajaran 2.3.1 Menolak dalam lingkungan fakta asas. Huraian 1. Murid melihat susunan nombor di atas lantai (Teng Teng) yang dilekatkan oleh guru. 2. Murid diminta untuk menyebut nombor yang terdapat pada Teng Teng tersebut. 3. Murid mendengar penerangan operasi tolak oleh guru. 4. Murid diberikan arahan untuk menjawab soalan yang terdapat pada papan putih. 5. Murid menjalankan aktiviti secara berpasangan. 6. Murid diminta untuk melompat sehingga nombor 8 dan murid yang lain perlu menolak 3 nombor. 7. Murid melompat kebelakang dengan mengira sehingga nombor 3. 8. Murid mendapat jawapan dengan lompatan yang terakhir. - = Lampiran BBM Tikar Teng Teng NAMA GURU: HAFAWATI SALWA BINTI RAZEMAN NAMA SEKOLAH: SK BATU TUJUH MATA PELAJARAN: MATEMATIK 8 3


33 WANG Nama Aktiviti Belajar Kenali Wang Tajuk Wang Elemen Pedagogi Peribumi Secara tidak langsung / Simbol dan imej Standard Pembelajaran 4.1.1 Mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas. Huraian 1. Murid diterangkan kegunaan wang dan cara mendapatkan wang dalam kehidupan seharian 2. Murid melihat tayangan video mengenai bentuk dan nilai wang. 3. Murid ditunjukkan wang contoh dan diminta menyebut serta mengecam wang yang ditunjukkan. 4. Guru menyamakan nilai wang dengan barangan. Contoh : i. Pensil = RM 0.20 ii. Pemadam = RM 0.50 iii. Buku = RM 1.00 iv. Pensi warna = RM 5.00 5. Murid melakukan simulasi/lakonan jual beli 6. Murid menjawap lembaran kerja. Lampiran BBM Video, Wang contoh dan Lembaran kerja.


34 MASA DAN WAKTU Nama Aktiviti Cerita tentang waktu Tajuk Masa dan waktu (Hari dan bulan) Elemen Pedagogi Peribumi Bercerita Standard Pembelajaran 5.1.2 Menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari. Huraian 1. Murid mendengar cerita pendek bertajuk ‘Lebai Malang’ daripada guru. 2. Murid dibantu untuk memahami kehendak soalan. 3. Murid diminta untuk menampal gambar aktiviti harian yang telah disediakan di atas kad manila mengikut turutan yang betul. 4. Murid yang terpilih kemudiannya diminta untuk bercerita tentang aktiviti yang dilakukan seharian dengan bimbingan guru. 5. Murid diberikan contoh aktiviti harian lain dan mengulang aktiviti semula. Lampiran LEBAI MALANG Di sebuah desa, terdapat seorang lebai yang diberi gelaran Lebai Malang. Beliau tinggal di sebuah dusun. Ketika dalam perjalanan, Pak Lebai terjumpa dengan penduduk kampung yang menghadiri pengebumian jenazah itu. Mereka bertanyakan sebab Pak Lebai tidak hadir semasa upacara pengebumian. Pak Lebai hanya menjawab, "sudahlah, apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya". Pada suatu hari, datang seorang lelaki ke rumahnya untuk mengajaknya pergi menziarahi jenazah. Kemudian, datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai untuk menghadiri kenduri berkhatam pengajian. Kemudian, datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai untuk datang ke rumahnya untuk berbincang tentang kenduri sempena Maulidur Rasul. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing setelah mendapat persetujuan daripada Pak Lebai. Pada petang itu, ketiga-tiga orang tetamu yang mengajak Pak Lebai sebentar tadi menunggu ketibaan Pak Lebai. Namun begitu, Pak Lebai tidak juga datang dan mereka terpaksa menjalankan urusan majlis mereka. Pada masa yang sama, setelah selesai solat Zohor, Pak Lebai pun duduk memikirkan jemputan yang diterimanya pagi tadi. Dia berfikir majlis manakah yang sepatutnya dia pergi pada petang itu. Jika dia pergi menziarahi jenazah, dia akan menerima sedekah kain putih dan segulung tikar. Kedua, jika dia pergi ke majlis NAMA GURU: PUTERI AMIRAH ADILA BINTI MEGAT NOR MAZLAN NAMA SEKOLAH: SK TAPAH MATA PELAJARAN: MATEMATIK


35 khatam pengajian dan kenduri Maulidur Rasul, dia akan menikmati jamuan makan dan dapat membawa pulang bekalan makanan. Akhirnya, Pak Lebai membuat keputusan untuk menziarahi jenazah terlebih dahulu. Kemudian, Pak Lebai pun pergi ke majlis khatam pengajian. Setibanya Pak Lebai di sana, semua tetamu sudah hendak pulang. Mereka bertanyakan sebab Pak Lebai tidak hadir semasa majlis berkhatam sebentar tadi. Pak Lebai hanya menunduk dan menjawab, "tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah". Kemudian Pak Lebai pun berjalan ke majlis kenduri Maulidur Rasul. Setibanya Pak Lebai di sana, semua tetamu juga sudah hendak pulang ke rumah. Mereka bertanyakan kepada Pak Lebai sebab dia tidak hadir ke kenduri tengah hari tadi. Pak Lebai bernasib baik kerana tuan rumah kenduri telah menyimpan sebungkus lempeng untuk Pak Lebai. Pak Lebai pun mengambil bungkusan itu lalu pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Pak Lebai teringat akan bungkusan air nira yang diikatnya di atas pohon kabung. Pak Lebai terus menuju ke pokok kabung itu. Pak Lebai terus memanjat pokok kabung dan mengikat bungkusan lempeng pada dahan pokok. Tanpa disedari Pak Lebai, seekor anjing telah menggonggong bungkusan lempengnya. Pak Lebai pun terus membaling bungkusan air nira ke arah anjing tetapi gagal. Pak Lebai pun turun dari pokok kabung lalu mengejar anjing itu. Semasa mengejar anjing itu, hari sudah beransur malam. Pak Lebai ternampak anjing itu sedang bersembunyi di dalam sebuah lubang kayu. Pak Lebai terus membuka pakaiannya lalu disumbat ke dalam lubang tersebut. Tanpa disedarinya, anjing itu telah melarikan diri melalui lubang kayu kedua. Pak Lebai hanya mampu melihat anjing tersebut melarikan diri bersama-sama dengan bungkusan lempengnya. Pak Lebai terus menjejaki anjing itu tetapi gagal. Apabila Pak Lebai pulang ke tempat lubang kayu tadi untuk mengambil pakaiannya, Pak Lebai sangat terkejut apabila pakaiannya telah hilang. Pak Lebai pun pergi ke pokok kabung untuk mengambil bungkusan air niranya tetapi dia mendapati bungkusan air nira itu telah pecah. Pak Lebai berasa sangat menyesal dengan perbuatannya yang cuai. Pak Lebai pun pulang ke rumah dengan keadaanya yang tanpa berpakaian itu. BBM Gambar dan kad manila, Klip video/Audio cerita/Buku cerita


36 UKURAN DAN SUKATAN Nama Aktiviti Mari Mengukur Tajuk Ukuran Dan Sukatan Elemen Pedagogi Peribumi Praktikal Standard Pembelajaran 6.1.1 Membuat pengukuran, jisim dan menyukat objek menggunakan unit bukan piawai. Huraian 1. Murid ditanya tentang pengalaman murid mengukur panjang sesuatu objek. 2. Guru membentuk beberapa kumpulan yang terdiri dari pelbagai aras kecerdasan. 3. Murid diedarkan beberapa alat untuk mengukur seperti buluh dan pemadam kepada setiap kumpulan. 4. Setiap kumpulan juga akan dibekalkan dengan lembaran kerja ukuran. 5. Setiap kumpulan akan mengukur objek berdasarkan arahan pada lembaran kerja tersebut seperti tinggi meja, lebar meja, dan panjang buku tulis. 6. Untuk ukuran yang panjang sedikit, murid akan menggunakan anggota tubuh untuk mengukur seperti ukuran panjang kelas dengan menggunakan depa atau kaki. Lampiran Objek Panjang Tinggi meja ……..buluh ………jengkal Panjang buku tulis ……..pemadam ………buku jari Tinggi kerusi ……...buluh ………jengkal Panjang papan putih ………buluh ………kasut Panjang kelas ……...kaki ……….depa Panjang meja guru ………pemadam ………jengkal BBM Lembaran kerja, buluh, pemadam dan kasut. NAMA GURU: MUHAMMAD AFIQ BIN MAT HUSSIN NAMA SEKOLAH: SK BATU 14 MATA PELAJARAN: MATEMATIK


37 PEDAGOGI TERBEZA SEKOLAH ORANG ASLI (SOA) Modul Pedagogi Terbeza Sekolah Orang Asli (SOA) ini pada asalnya dibangunkan di bawah inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu yang memfokuskan hanya kepada Bahasa Melayu. Namun pihak yang bertanggungjawab dalam membangunkan modul ini iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu merasakan adanya keperluan dan bersesuaian dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik bagi Sekolah Orang Asli. Justeru itu, modul ini diperluaskan skopnya mencakupi ketiga-tiga mata pelajaran berkenaan. Pedagogi Terbeza merujuk kepada usaha untuk mempelbagaikan metodologi berdasarkan kerangka pedagogi yang mudah lentur untuk membolehkan murid belajar berdasarkan potensi dan persekitaran mereka. Fokus Modul Pedagogi Terbeza Sekolah Orang Asli ialah bahan budaya yang dapat menarik minat murid ke sekolah. Pengajaran Terbeza bertujuan untuk: 1. Meningkatkan minat murid untuk belajar. 2. Meningkatkan hasil pembelajaran. 3. Peluang belajar yang sama antara murid. 4. Meningkatkan kesedaran dan potensi murid. 5. Meningkatkan pelibatan murid. Elemen yang terkandung di dalam pengajaran terbeza ini ialah seperti berikut:- Persekitaran ✓ Membina iklim bilik darjah. ✓ Meliputi pengurusan bilik darjah; peraturan kelas, keceriaan warna, susunan perabot, pencahayaan, prosedur dan proses yang memberi kesan kepada suasana bilik darjah. ✓ Ruang belajar meliputi luar dan dalam bilik darjah termasuk pembelajaran maya. Persekitaran Proses Kandungan Produk Elemen Pengajaran Terbeza


38 Proses ✓ Merujuk kepada cara murid memahami maklumat, idea dan kemahiran yang akan dikuasai. ✓ Mereflek gaya pembelajaran dan keutamaan pembelajaran murid. ✓ Mempelbagaikan proses pembelajaran bergantung kepada cara murid belajar. ✓ Mencakupi aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan untuk mencapai objektif pembelajaran. Produk ✓ Mestilah bermakna kepada murid. ✓ Mereflek kefahaman murid. ✓ Membezakan dengan cara menyediakan cabaran, kepelbagaian dan pilihan. ✓ Hasil daripada PdP yang dilalui oleh murid. ✓ Murid mempersembahkan atau menghasilkan sesuatu dalam PdP. Kandungan ✓ Meliputi topik dalam Sukatan Pelajaran atau DSKP. ✓ Meliputi ilmu yang terkandung dalam bahan PdP. ✓ Membezakan dengan pra ujian tentang kefahaman dan kemahiran murid disusuli dengan memadankan murid dengan aktiviti. ✓ Menyediakan pilihan kepada murid untuk mendalami pembelajaran. ✓ Menyediakan sumber tambahan bersesuaian dengan tahap kefahaman murid. POLA PENGAJARAN TERBEZA


39


Click to View FlipBook Version