PN. MAZILAH BT ISHAK
BAB 1 : APLIKASI TEKNOLOGI
STANDARD KANDUNGAN :
1.1 REKA BENTUK MEKATRONIK
by : Mazilah bt Ishak 05/07/2021
STANDARD PEMBELAJARAN :
Murid boleh:
1.1.1 Menyatakan maksud reka bentuk mekatronik.
1.1.2 Mengenal pasti elemen mekatronik.
1.1.3 Menerangkan fungsi elemen mekatronik pada produk sedia ada.
by : Mazilah bt Ishak 05/07/2021
1.1.1 Menyatakan Maksud Reka Bentuk Mekatronik
Reka bentuk mekatronik bermaksud reka bentuk produk atau
sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal,
elektronik, kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan
yang dikehendakki.
by : Mazilah bt Ishak 05/07/2021
APLIKASI MEKATRONIK
DALAM KEHIDUPAN HARIAN
by : Mazilah bt Ishak 05/07/2021
SEJARAH PERKEMBANGAN REVOLUSI INDUSTRI
Automatif, komputer dan Gabungan reka bentuk
elektronik bersama internet, data raya
dan pengkomputeran bagi
membentuk pengeluaran
pintar.
Penggunaan mekanikal bagi penggunaan tenaga
menggantikan tenaga elektrik untuk
manusia pengeluaran secara besar-
besaran
by : Mazilah bt Ishak 05/07/2021
1.1.2 Mengenalpasti Elemen Mekatronik
Empat elemen asas mekatronik iaitu :
Sistem Elektrik
Sistem Mekanikal
Sistem Elektronik
Sistem Kawalan dan Pengaturcaraan
A. SISTEM ELEKTRIK
Merujuk kepada sistem yang menggunakan arus elektrik sama
ada arus terus (AT) atau arus ulang alik (AU) sebagai sumber
bekalan kuasa.
Berfungsi untuk membekalkan arus elektrik bagi membolehkan
peranti mekatronik menjalankan fungsi yang ditetapkan.
B. SISTEM MEKANIKAL
Gabungan beberapa komponen mekanikal yang berfungsi
sebagai penghantar untuk memindahkan suatu sumber
gerakan kepada bentuk yang lain.
Contoh : gear dan tali sawat untuk membolehkan pemain
dvd dibuka dan ditutup
C. SISTEM ELEKTRONIK
Susunan dan sambungan fizikal komponen
elektronik dalam suatu litar bagi
menjalankan operasi sesuatu sistem.
Contoh : perintang, diod, papan litar, suis,
penderia, transistor, kapasitor, litar
bersepadu dan lain-lain
D. SISTEM KAWALAN DAN PENGATURCARAAN
Satu kaedah kawalan sistem untuk mengurus, mengarah
atau mengawal atur tindakan bagi memastikan reka bentuk
mekatronik berfungsi secara automatic dengan sempurna.
Sistem kawalan Sistem
Pengaturcaraan